P. 1
Hubungan Iran-Amerika : Perang Kepada Mut'ah ?

Hubungan Iran-Amerika : Perang Kepada Mut'ah ?

|Views: 290|Likes:

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: mohd samsuddin bin harun on Nov 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/28/2012

pdf

text

original

Hubungan Iran - Amerika : ‘Perang’ Kepada Kahwin Mut’ah ?

Oleh Mohd Samsuddin bin Harun www.tenteradajjal.blogspot.com Satu persoalan yang harus dipersoalkan ialah mengapa serangan ke atas Iran tidak lagi dilaungkan? Sedangkan Iran terus mengayakan uranium untuk program nuklearnya. Penulis tertunggu-tunggu kebenaran provokasi Israel terhadap Iran iaitu - Israel akan menyerang Iran sebelum 20 Januari atau sebelum Obama mengangkat sumpah - setelah Bush tidak mahu menggunakan kuasanya untuk menyerang atau member lampu hijau untuk Israel menyerang Iran secara bersendirian. Yang ternyata tarikh-tarikh serangan itu menjadi palsu seperti tarikh-tarikh sebelum ini yang dipropagandakan bahawa Israel atau Amerika akan menyerang Iran. Ternyata Amerika dan Israel tidak bercadang menyerang Iran malah memilih Hamas Sunnah sebagai mangsa rasminya lewat Disember 2008 dan awal Januari 2009. Perang ini juga telah memberi peluang yang besar kepada Iran menggarap imejnya sebagai pendokong Hamas dengan pelbagai cara dan taktik mereka yang tidak jelas untuk dilihat melainkan suara yang lantang dan menggesa Perancis untuk menamatkan kekejaman Zionis. Seperti biasa Iran menjadi suara yang paling lantang membela umat Palestin ketika pemimpin-pemimpin Arab Sunnah dibuai mimpi cintakan dunia yang berselindung disebalik akidah sekular mengikut telunjuk Israel dan Bush. Daripada isu nak berperang kini mulalah masanya untuk merealisasikan seruan Richard Armitage agar Iran dan Amerika mengadakan kerjasama dan menamatkan pertelingkahan. Hari Ini samada Iran, Amerika mahupun sekutu kedua-dua negara berkenaan, blok Barat sedang berharap dengan penuh positif akan hubungan ini. Memahami Hubungan Mut’ah antara Iran dan Amerika. Kini bukanlah sesuatu yang pelik untuk membincangkan peribadi Barack Husein Obama sebagai presiden pertama kulit hitam di Amerika yang mencipta sejarah sebagai presiden termuda dalam sejarah negara cowboy itu. Terlalu ramai berharap hasil positif dan meletakkan harapan yang tinggi pada Obama yang memiliki ahli keluarga beragama muslim itu untuk mengubah imej Amerika daripada negara ‘pengganas’ kepada negara penyelamat dunia khususnya berkaitan isu Palestin, Iraq dan Afghanistan termasuk hubungan baru secara rasmi dengan Iran ditengah-tengah kedegilan Iran meneruskan program nuklearnya. Obama bertindak dengan pantas untuk memberi gambaran imej pemerintahannya dengan melantik seorang Yahudi, Rahm Emanuel sebagai ketua staffnya dan George Mithchel, seorang kelahiran Ireland dan Kristian Lebanon sebagai wakil Timur Tengah. Sikap Obama yang nyata ialah akan menambahkan bilangan tenteranya di Afghanistan dan tidak akan berunding dengan Hamas sekalipun akan menutup kem Guantanamao. Perlu diingat orang-orang yang sangat disebut-sebut bakal PM Israel selepas Ehud Olmert berundur nanti ialah Benyamin Netanyahu yang terkenal dengan kekejamannya yang akan bergandingan dengan Presiden Israel yang pernah terlibat dalam skandal Iran Contra iaitu Shimon Peres. Merekalah yang bakal bergandingan dengan Obama membela Israel.

Berkaitan isu hubungan dengan Iran, Obama telah menjanjikan sesuatu sewaktu kempennya iaitu - berunding dengan negara mullah ‘sayyid’ itu tanpa syarat. Ramai yang member reaksi positif dari kata-kata beliau termasuklah Speaker Iran sendiri, Ali Larijani yang mengharapkan kemenangan berpihak kepada Obama dengan hasrat Amerika dapat menjalinkan hubungan dengan Iran secara rasmi. Sejak kemenangan Obama dan diakhir pemerintahan Bush, rata-rata orang kanan presiden Iran, penganalisis, para think tank Amerika dan pegawai rasmi serta pelobi-pelobi Iran dari kedua-dua negara mula berkempen bagi merealisasikan apa yang diucapkan oleh Obama terhadap Iran supaya menjadi realiti. Inilah yang berlaku pada hari ini. Kesungguhan Iran agar ianya menjadi reality terbukti dengan desakan Rafsanjani kepada Obama supaya tidak meniru gaya pentadbiran Bush yang banyak kali membuli Iran berkaitan isu nuklear. Rafsanjani sendiri ketika menyampaikan khutbah Jumaatnya meramalkan Obama akan bertindak adil dan rasional terhadap Iran. (Lihat monsterandcritics.com). Ia bukan rahsia lagi untuk memahami hasrat Iran menerusi kata-kata Ahmadinejad, "We will be patient”.. "We will take our time. We will scrutinize (them) under the magnifying glass and if change takes place, and it's a fundamental change, we will welcome it." (Lihat artikel akhbar honoluluadvertiser.com ). Tetapi Ahmadinejad mengharapkan perubahan polisi Amerika itu dengan syarat Amerika menarik tenteranya dari Afghanistan. Ironinya, NATO pula menyarankan cadangan untuk mengukuhkan cengkaman Amerika di Afghanistan dan menghapuskan pergerakan Taleban dengan gagasan ‘war on terrorisme’ ialah berbaik dengan jiranjiran Afghanistan termasuk Iran yang memiliki sasaran yang sama dalam ‘war on terrosrisme’ iaitu Sunnah Taleban. Tidak lama dulu NATO dan Amerika jugalah yang mendedahkan bahawa Iran pernah bekerjasama dengan Amerika menumbangkan Afghanistan dan Iraq. Perkembangan inilah yang sangat menarik untuk kita melihat siapakah yang akan bersifat mengalah antara Iran atau Amerika. Sanggupkah Amerika memenuhi tuntutan Iran ini bagi berbaik dengan Iran atau Iran yang akan menggugurkan konsep perubahan polisi Amerika dengan menarik balik tenteranya di Afghanistan dengan syarat Amerika terus bersetuju dengan program nukelarnya. Pentadbiran Obama pula sudah mula mengumumkan akan menambah tenteranya di Afghanistan kerana desakan NATO dan sekutunya di Barat . Sementara sebelum ini Iran sudah melarang sekutunya yang juga sekutu Amerika, Barat dari berunding dengan Taleban. Sedangkan pada masa yang pula Obama telah sedia melaungkan rundingan dengan Iran tanpa sebarang syarat iaitu dengan kata Amerika akan menyetujui program nuclear Iran sepenuhnya.. Kini ceritacerita penganalisis dan para think-tank di Amerika sendiri yang menyatakan Amerika tidak lagi mampu menyekat usaha nuklear Iran dan usaha itu dikatakan sudah terlambat. Akhirnya… Hubungan yang bagaimana akan muncul? Jangkaan dari penulis ialah Iran akan terus dibenarkan untuk meneruskan program pengayaan nuklearnya. Sementara Amerika pula akan terus berjabat tangan dengan Iran bagi bersama-sama berhadapan dengan musuh mereka di Afghanistan – iaitu Taleban sebagaimana cadangan NATO. Kerjasama itu adalah akan menjadi sebagai hasil peningkatan dari persepakatan antara Amerika dan jiran-jiran Iraq dari blok Syiah seperti Iran, Syria dan ketua-ketua negara Arab Sekular dengan Amerika bagi menghapuskan pejuang Sunnah di Iraq dan

melindungi kerajaan Nuri Kamil al-Maliki sebelum ini, serta untuk mengikat dan mengunci ketua-ketua negaraa Arab dari berpihak kepada Sunnah Hamas apabila dibedil oleh Israel secara besar-besaran. Jika diteliti dengan lebih mendalam, apakah perbezaan hubungan Iran dengan Amerika yang akan wujud dengan situasi sebelum ini? Memahami perbezaan ini kita salami kebenaran fakta sejarah yang telah tersimpan dengan baik. Iaitu selepas hubungan baik antara Shah jahan dan Amerika, hubungan beku Iran – US selepas revolusi 1979 dan sebelum Obama berkuasa dibayangi pertembungan palsu ‘Axis of Evil’ dan ‘Great Satans’ yang sengaja dicipta dengan kerjasama-kerjasama rahsia disebalik tabir seperti penglibatan General Huyser Amerika dalam usaha menghalau Shah ketika revolusi Iran, skandal Iran-Contra - penjualan senjata Amerika kepada Iran menerusi Israel ketika era perang Iran-Iraq, kerjasama kerajaan Khatami di perjanjian Bonn 2002 selepas Afghanistan di bedil untuk menghapuskan pengaruh Taleban dan Iran dibenarkan melibatkan diri dalam pembinaan semula negara secular Afghanistan, kerjasama Khatami dan Ahmadinejad dengan Amerika menyerang Iraq 20 Mac 2003 yang tidak mampu dinafikan oleh sesiapa hari ini. Iran juga dibenarkan terlibat dalam pembinaan semula negara Iraq yang dipimpin oleh puppet Amerika dan Parsi – kerajaan Syiah Nuri al-Maliki. Hubungan secara rahsia menerusi peristiwa-peristiwa yang sangat besar di atas begitu secocok dengan konsep ‘taqiyyah’ Syiah yang diamalkan oleh kaum mullah syiah. Justeru Obama datang dengan membawa cadangan hubungan baru sebenarnya hubungan lama yang dijalinkan secara rahsia diperbaharui dengan hubungan ‘baru’ iaitu hubungan dipolmatik seriusyang hendak dijalankan secara rasmi oleh kedua-dua negara. Dalam meralisasikan hubungan ‘baru’ ini, Amerika terpaksa melupakan propaganda palsu yang lalu isu nuclear Iran mengancam dunia khususnya Israel dan propaganda hukukuman sekatan dagang terhadap Iran yang sebenarnya tidak pernah menjadi halangan kepada Iran kerana ianya selama itu sedia digagalkan oleh Britain, Italy, Spain, Germany, Perancis, lebih-lebih lagi Russia dan China dari blok komunis dan beberapa negara kecil Eropah lain seperti Czech, Turki, Greece, Belarus, Crotia, Switzerland dan lain-lain. Satu perkara yang perlu diingat ialah menurut aqidah Syiah taqiyyah akan tercabut setelah hadirnya Al-Qaim atau Mahdi Mereka (Messiah Dajjal Sebenarnya). Apakah usaha Obama untuk menjadikan hubungan diplomatik secara rasmi dengan Iran ini boleh membuktikan Obama itulah Mahdi (Dajjal) mereka? Tidak mungkin atau ianya secara kebetulan sahaja. Namun secara kebetulan juga ialah kesan dari hubungan Amerika –Iran yang bakal rasmi ini akan menjauhkan anasir-anasir Syiah terhadap Hamas di Palestin, kerana Obama memilih jalan tidak akan berunding dengan Hamas. Lebih penting lagi persepakatan Iran – Amerika akan menajamkan lagi serangan ke atas kelompok sunnah di Iraq iaitu al-Qaeda dan mereka yang bernaung disebalik Daulah Islamiyyah Iraq. Tidak ketinggalan ialah kelompok Taleban yang merupakan musuh bersama Iran dan Amerika di Afghanistan. Ke semuanya berada di bawah gagasan yang serupa antara Iran dan Amerika dibawah pentadbiran Bush iaitu – ‘WAR ON TERRORISME’ . Ini mengingatkan penulis kepada nas-nas syiah yang menyatakan Mahdi Syiah antara pengikutnya ialah Yahudi. Apakah Yahudi itu ialah neo-konservatif Amerika (yang diketuai oleh Rahm Emanuel dan pertubuhan Blue Dog) semasa era Obama ini yang secara rasmi akan bersatu dengan Syiah? Kemudian nas-nas agama

mereka menyebut. Messiah Dajjal atau Al-Qaim akan membunuh umat Islam selain Syiah dan bukan Yahudi tanpa menanyakan bukti. Dengan beberapa ciri persamaan dan titik pertemuan yang cuba dicapai Obama dan Iran, kita harus memandang kepada nas-nas Syiah dan Yahudi bagi mengetahui bentuk dan wajah hubungan Amerika dan Iran serta tindakan kedua-dua negara ini pada masa akan datang. Penulis merasakan rumusan yang boleh disimpulkan ialah tentera Dajjal sudah hampir memasuki barisan yang satu memerangi bukan Syiah dan Yahudi – Sunnah Hamas, Sunnah Iraq dan Taleban Sunni di Afghanistan. Cuma Messiah Dajjal itu sahaja belum muncul di bandar Yahudi Isfahan untuk diikuti oleh 70,000 kaum yang memakai Tayalisah (jubah ulama’ Iran hari ini).- maksud riwayat Imam Muslim. Mengimbas kembali nas-nas Syiah boleh dilihat disini. tenteradajjal.blogspot.com

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->