You are on page 1of 7

RENCANA

Pendahuluan, kemuncak dan kesinambungan merupakan tiga perkara utama


dalam penulisan rencana. Anda perlu mencernakan fakta-fakta yang diperolehi
dan memilih fakta-fakta yang paling menarik bagi pembaca. Setiap fakta-fakta
tersebut perlu ada kesinambungan antara satu sama lain. Dengan ini,
pendahuluan yang sesuai dapat dipilih bagi permulaan rencana.

Kerangka penulisan rencana perlu disediakan terlebih dahulu. Dalam


penulisan rencana kelak, penilisan perlu dilakukan dengan cermat supaya
kesinambungan sentiasawujud di antara ayat-ayat dan isi-isi rencana atau idea
-idea penulis. Kesinambungan ini berfungsi sebagai jambatan tempat pembaca
menyeberang.kalau jambatan bengkang-bengkok atau runtuh tentulah pembaca
terjatuh yakni tidak memahami rencana yang dibaca.

Rencana biasanya memuatkan hokum-hukum jenaka,kasihan dan


khhayalan.seseorang yang biasa menulis berita secara tidak langsungnya dapat
menulis rencana dengan baik. Dalam penulisan rencana, disamping memuatkan
kesemua penyataan,penulis boleh memakai segala daya khayal, daya cipta dan
keupayaannya yang lain.

MENGETAHUI KHALAYAK PEMBACA

Di dalam penghasilan rencana, penulis mestilah memahami kehendak


golongan pembaca samada pembaca itu kanak-kanak, golongan dewasa atau
orang tua.

Jumlah edaran majalah dan surat khabar boleh menggambarkan tentang


golongan pembaca tersebut. Angka-angka tentang peringkat umur, pendidikan
dan pendapatan golongan pembaca bagi satu terbitan juga dapat membantu
menentukan golongan pembaca.

Jumlah edaran juga dapat memberitahu tentang minat daripada pembaca.


Contohnya jika edaran sebuah majalah 50,000 naskhah dan rencana tentang
hikmat beristeri dua atau tiga, kebetulan isu tersebut sedang hangat
diperkatakan, jangkaan untuk menulis rencana yang lengkap dengan fakta-fakta
boleh dihasilkan dan akan dibaca oleh golongan yang berumur 20 tahun ke atas.

Dalam penulisan rencana, adalah seperti bercakap dengan pembaca, yakni


samalah halnya dengan apa yang dipelajari tentang pendengar semasa berucap
atau berceramah. Penulisan rencana juga adalah untuk menyatakan idea-idea
kepada pembaca yang berminat dan bersedia mendengar hasil kajian dan
pengalaman penulis.

MEMAHAMI TEMA RENCANA

Topik sepatutnya menjadi tema iaitu konsep utama yang dijadikan dasar
utama. Tema ialah pusat fikiran atau pusat moral anda. Setiap perenggan
merupakan bungkusan fikiran yang dihubungkan kepada perenggan lain dengan
suatu tema yang konsisten. Setiap ayat memperluaskan dan mendalamkan lagi
tema tersebut. Dalam pemilihan tema perlulah :

1) Memilih tema yang berkait rapat dengan kehidupan pembaca dan cukup
bererti dalam hidupnya . Dengan demikian , permasalah hidup yang dihadapi
pembaca seperti ekonomi, kesihatan, rasuah, barang tiruan, penjagaan anak,
rumahtangga, pekerjaan, cita dan pentadbiran perlulah diketahui terlebih
dahulu.
2) Memilih tema yang berkait rapat dengan emosi dan nilai-nilai asasi manusia
dan perkara-perkara yang paling banyak mempengaruhinya. Misalnya, iman,
kebencian, kasih, ketakutan, dukacita, perjuangan, kegembiraan. Penekanan
perbezaan perasaan itu seperti kasih dengan benci, harapan dan putus asa
dapat menarik perhatian pembaca.
3) Memilih tema tentang hal seseorang yang penulis tahu mendalam
tentangnya.
4) Memilih tema tentang persoalan berkaitan penulis sendiri dan persoalan juga
berkaitan dengan keluarga penulis, teman, jiran atau sesiapa sahaja yang
penulis perhatikan seperti di perhentian bas, di restoran, di pawagam dan
kejadian yang penulis sendiri baca dalam majalah dan surat khabar.
5) Memilih tema terhadap perkara yang benar. Penulisan rencana hendaklah
berdasarkan fakta yang betul dan berdasarkan penyelidikan dan pemerhatian
secara objektif.

PENDAPAT

Kebanyakkan rencana ditulis daripada pendapat orang ketiga ‘dia’ atau


‘mereka’. Jikalau rencana ditulis berbentuk ini, jangan sesekali beralih kepada
orang pertama, ‘saya’.

MENGATUR BAHAN

Sebelum menulis, nota perlu dibuat terlebih dahulu. Fikirkan bagaimana


hendak menyusun rencana samada secara kronologi, geografi atau saintifik.
Adakah menggunakan petikan deskriptif, kutipan panjang atau dokumentasi
mendalam? Apakah isi penting yang perlu digunakan untuk menyokong
penjelasan? Manakah hasil temu ramah yang memberikan hasil terbaik?
Manakah sumber yang memberikan bahan yang terbaik? Kumpulkan semua
nota, kutipan serta bahan-bahan yang diperolehi sebelum memulakan penulisan
rencana.

Taip draf pertama dengan langkau sebaris, dengan satu setengah inci margin
kira-kanan halaman teks untuk penyuntingan.

MENYUSUN RENCANA

Seperti esei, rencana juga mengandungi pengenalan (pendahuluan), isi dan


penutup. Bagi rencana 1300 perkataan, kira-kira 100 perkataan untuk perenggan
pendahuluan, 100 perkataan untuk perenggan penutup dan 1100 perkataan
untuk isi dalam beberapa perenggan. Pengenalan dalam penulisan esei adalah
untuk memberitahu pembaca tentang perkara yang akan diperkatakan dan
dalam isi pula ialah tentang memperkatakan pengenalan tersebut.
Walau bagaimanapun, permulaan dalam rencana memerlukan pendahuluan
yang berupa satu kutipan, satu perwatakan, satu anekdot, satu pertanyaan atau
satu fakta menarik untuk menawan pembaca supaya membaca terus rencana
tersebut.

Pendahuluan boleh menjadi tema seperti halnya dalam contoh fakta atau
maklumat yang menawan pembaca. Perwatakan dan anekdot boleh
menggunakan dua perenggan untuk mengembangkan yang bermakna satu
langkah memperlahankan rencana. Cara begini bersesuaian dengan rencana
jenis profil. Jikalau pendahuluan dianggap bahagian pertama pengenalan,
bahagian kedua adalah penjelasan kepada pembaca tentang rencana itu
selanjutnya.

ISI

Sebagaimana dalam esei, isi rencana bermaksud penghuraian pengenalan


rencana. Perkara yang paling penting antara perenggan-perenggan seluruh
rencana ialah peralihan hubungan di antara perenggan-perenggan yang
mengajak pembaca menghayati rencana tersebut perenggan demi perenggan.
Perkataan peralihan seperti ‘tetapi’, ‘dan’, ‘walau bagaimanapun’, ‘namun’, dapat
mengaitkan fikiran penulis dan juga pembaca. Dengan demikian, penulis
hendaklah meneruskan kesinambungan idea-idea dari satu perenggan ke
perenggan yang lain.

PENUTUP

Penutup pula merupakan bingkisan fakta, kutipan, perwatakan atau anekdot


yang telah dibincangkan di atas. Penutup rencana hendaklah tidak lebih daripada
dua perenggan.
MENYEMAK RENCANA

Setelah rencana siap ditulis, semaklah keseluruhan rencana tersebut.


Tindakan penyemakan ini juga bermaksud penyuntingan.

1. Struktur: Semak adakah kesemua perenggan berturutan? Adakah


menggunakan istilah baru dan penjelasan? Susunlah setiap halaman rencana
secara urutan nombor.
2. Penjelasan: Semak ejaan semua perkataan, nama dan pastikan semua
angka adalah betul.
3. Khalayak pembaca: Adakah bahasa bersesuaian dengan peringkat
pembaca? Adakah rencana tersebut menggunakan terlalu banyak istilah
khusus, bahasa pasar, bahasan kutipan atau bahasa ilmiah?
4. Tema: Adakah setiap ayat, setiap perenggan tidak terkeluar dari tema
rencana tersebut?
5. Terjemahan: Karya yang dihasilkan hendaklah dapat dibaca keseluruhannya.
Setiap bahan dari bahasa asing hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
6. Klise: Dalam dunia penulisan, perkataan berulang merupakan gejala umum
dan hanya dapat dihindari oleh penulis yang baik. Perkataan yang berulang
atau sama makna, jika digunakan dalam penulisan, menggambarkan bahawa
penulisnya kurang berhati-hati seperti contoh di bawah:
a) Matanya bulat dan bersinar-sinar.
b) Nenek yang sudah tua benar itu berumur 80 tahun.
c) Air kopi itu hitam dan gelap.
7. Kutipan: Kebanyakkan rencana memerlukan kutipan seperti:
a) Memasukkan pendapat seseorang dalam rencana yang berbentuk kutipan
langsung dapat menguatkan dan ‘menyerikan’ suatu rencana.
Sehubungan ini, ia hendaklah bersesuaian.
b) Kebanyakkan majalah atau surat khabar menggunakan gaya
kewartawanan mengutip bahan daripada penerbitan lain seperti ‘Menurut
penulis dalam “Tajuk Rencana” dan tidak menggunakan semua maklumat
terbitan seperti tempat, tarikh dan penerbit.
c) Jika perlu, masukkan setiap kutipan keseluruhannya dan jangan dipecah-
pecahkan ayat tersebut. Walau bagaimanapun, kutipan boleh diguna
dalam pelbagai cara iaitu:
Kutipan separuh: Dia berkata dia seorang ‘pelakon yang suka melukis’
Kutipan terganggu: ‘Mereka’, katanya, ‘adalah budak-budak nakal.’
Kutipan penuh: ‘Mereka adalah budak-budak nakal,’ katanya.
d) Apabila memasukkan suatu perbualan (kutipan) daripada satu perenggan
ke suatu perenggan yang lain, dan orang yang sama yang bercakap
janganlah gunakan tanda penutup kata di hujung perenggan pertama.
Gunakan tanda pembuka kata di permulaan perenggan kedua dan semua
perenggan berikutnya sehingga penuturnya habis bercakap, barulah
diletakkan tanda penutup kata di hujung perenggan terakhir.
e) Jangan gunakan tanda baca untuk menyatakan eufemisme seperti
‘menghembuskan nafas terakhir’, ‘pergi ke alam baka’ atau ‘buang air
besar’.
f) Dalam dialog, mulai dan akhiri perenggan dengan tanda pembuka kata
dan tanda penutup kata setiap kali orang bercakap.
g) Gaya penulisan sekarang ialah meletakkan tanda kutip di luar koma dan
noktah:
‘Dia seorang gadis yang cantik’, katanya.
‘Ayahnya sudah meninggal.’
Katanya dia ‘rajin,’ tetapi ‘gagal.’
8. Ayat aktif dan positif: Gunakan ayat atau kenyataan dalam bentuk aktif dan
positif, bukan dalam bentuk negatif. ‘Beliau telah dilantik menjadi presiden
oleh jawatankuasa persatuan itu,’ lebih baik dari ‘Jawatankuasa persatuan itu
melantik beliau menjadi presidennya.’ Malah, ianya dapat memendekkan
perkataan seperti ‘Dia sihat’ daripada ‘Dia tidak pernah sakit.’
9. Eufemisme: Jangan menggunakan perkataan-perkataan sukar jika yang
mudah dan umum sudah ada: ‘menghembuskan nafas terakhir’ bagi
‘meninggal/mati’, ‘bilik air’ bagi ‘tandas’, ‘lemah dan lesu tidak bermaya’ bagi
‘letih.’
10. Pembaziran perkataan: Gunakan perkataan yang tepat, ayat yang ringkas,
padat dan jelas.

Peringatan:
Segala bentuk penyemakkan sebenarnya merupakan usaha penyuntingan
dengan teliti. Dalam hal ini, bukan sahaja penyemakkan dan pembetulan
pada ejaan perkataan, nama orang dan nama-nama lain, tetapi juga pada
struktur dan tatabahasa supaya jalan bahasa mudah difahami dan menarik
minat pembaca.

You might also like