You are on page 1of 17

KOMUNIKASI KHALAYAK

1. PIDATO/SYARAHAN

Pidato atau syarahan adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan.
Melalui aktiviti ini, seseorang akan dilatih untuk berfikir secara logik, menaaku;,
menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu, aktiviti berpidato dapat melatih
seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih tepat dan
menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.

DEFINISI PIDATO/SYARAHAN

Pidato adalah pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak ramai
untuk menghuraikan dan menjelaskan sesuatu tajuk. Berpidato atau syarahan merupakan
aktiviti bekomunikasi secara sehala, iaitu pemidato akan menjelaskan perkara-perkara
tentangsesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan untuk mempengaruhi para pendengar
supaya bersetuju dengan apa yang dipidatokan. Pidato/syarahan juga bertujuan
menerangkan sesuatu maklumat bagi meyakinkan sekumpulan pendengar.

TUJUAN PIDATO/SYARAHAN

Lazimnya pidato/syarahan dilakukan untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut :

1. memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting


tentang tajuk tersebut
2. memberitahu audien tentang sesuatu perkara baru seperti peristiwa atau hal-ehwal
semas yang menarik hati
3. memberi keyakinan kepada pendengar tentang pendiriannya terhadap sesuatu
perkara; dan
4. mempengaruhi audien supaya memberi pehatian yang serius terhadap isu yang
penting

BINAAN SESUATU TEKS PIDATO/UCAPAN

Dalam pembinaan atau perancangan teks sesuatu pidato/syarahan, terdapat bahagian-


bahagaian yang perlu diambil perhatian itu,

1. Pembuka kata

Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak


tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan pidato/syarahan yang
berkenaan.

2. Menarik minat dan membina keyakinan pendengar


Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi pidato/syarahan.
Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk pidato/ syarahan perlu diberikan dalam
bahagian ini.

3. Isi atau amanat

Isi pidato/syarahan merupakan bahagian terpenting dan perlu diberikan penekanan


yang sewajarnya.

4. Penutup isi/amanat

Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat dalam
pidato/syarahan tadi.

5. Penutup pidato/syarahan

Bahagian ini merupakan bahagian terakhir. Dalam bahagian ini, pemidato perlu
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, melafazkan
ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar pidato/syarahan tadi
akan memanfaatkan para hadirin.
Dari segi penyampaian, pemidato yang cekap harus menguasai kemahiran-kemahiran
memulakan pidato/syarahan, melahirkan pendapat, penyampaian yang menarik dan
menutup pidato/syarahan.

KEMAHIRAN MEMULAKAN PIDATO/SYARAHAN


Kemahiran memulakan pidato/syarahan terdiri daripada peringkat persediaan dan
peringkat permulaan ucapan.

Peringkat Persediaan
Peringkat persediaan amat penting dan boleh menentukan kejayaan atau keberkesanan
sesuatu pidato/syarahan. Di peringkat ini, pemidato perlu melakukan persediaan seperti
yang berikut:

1. Mengetahui tujuan berpidato, iaitu sama ada hendak memberi penerangan,


menyampaikan maklumat, memberi inspirasi atau memujuk/mempengaruhi para
pendengar
2. Menganalisis audien dan majlis dari aspek-aspek seperti yang berikut:
(a) Apakah jenis dan tujuan majlis?
(b) Siapakah bakal pendengar atau audien majlis?
(c) Berapa ramaikah audien?(saiz audien)
(d) Apakah minat mereka?
(e) Apakah tahap ilmu pengetahuan, kelulusan atau kelayakan mereka?
(f) Bagaimanakah sikap audien terhadap pidato nanti?
(g) Jantina audien.
(h) Umur audien.
3. Mengumpul maklumat yang sesuai mengikut tujuan majlis dan jenis audien.
4. Menyusun maklumat dan mengelaskannya kepada tiga kategori iaitu:
(a) fakta yang wajib disampaikan untuk mencapapai tujuan pidato
(b) fakta yang harus dimasukkan untuk memantapkan pidato
(c) fakta yang boleh dimasukkan jiak perlu dan masa mengizikan
5. Menganggarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyampaikan pidato yang
berkenaan.
6. Meneliti tempat berpidato, iaitu sama ada di dewan atau di luar dewan dan
mengenalpasti ada kemudahan yang lain.

Peringkat Permulaan Ucapan


Peringkat pemulaan ucapan amat penting untuk menarik minat audien dan pemidato
harus memiliki kemahiran-kemahiran seperti berikut:

1. Menyampaikan salam mengikut kesesuaian majlis;


2. Menyampaikan kata alu-aluan kepada pengerusi majlis,dif-dif kehormat, jem[utan
khas, pihat penganjur dan para hadirin mengikut susunan protokol;
3. Menarik minat dan membina keyakinan audien melalui:
(a) pernyataan fakta yang merangsangkan
(b) kenyataan yang provokatif
(c) soalan yang membangkitkan minat dan perasaan ingin tahu dikalangan
audien. Contohnya, “Tahukah anda bahawa…”.
(d) Petikan atau data yang memeranjatkan audien.
4. Menyatakan tajuk pidato/syarahan dan memperkenalkan tajuk keseluruhan
dengan mengetengahkan beberapa idea utama yang akan dihuraikan nanti agar
audien bersedia untuk mengikuti pidato/syarahan.
Dalam pertandingan pidato/syarahan, pemidato biasanya dikehendaki memberi definisi
tajuk pidato/syarahan dengan jelas dan mantap dalam peringkat permulaan ucapan.

PENYAMPAIAN YANG MENARIK


Isi dan susunan pidato/syarahan yang berkualiti harus disampaikan dengan gaya yang
menarik. Aspek-aspek penting dalam penyampaian pidato/syarahan yang berkesan
termasuklah kelancaran,nada dan intonasi,kecekapan berbahasa dan gaya.

Kelancaran
1. Memulakan pidato/syarahan dengan keyakinan tinggi terhadap diri dan
pengetahuan yang sedia ada
2. Pandang tepat ke arah audien semasa menyampaikan pidato.
3. Pengaliran idea secara berterusan tanpa terlalu kerap merujuk kepada nota.
4. ‘Pause”- berhenti seketika pada akhir pemyampaian sesuatu fakta atau di mana
perlu untuk audien memahami atau mengikuti hujah.
5. kawalan masa, iaitu memulakan pidato/syarahan pada waktu yang ditetapkan dan
menamatkannya tepat pada waktunya.
6. Elakkan daripada melakukan gangguan wacana seperti ‘eh’,’em’, atau ‘ya’
7. Menyampaikan pidato/syarahan mengikut tempo yang sederhana, elakkan
penyampaian yang terlalu laju atau perlahan.

Nada dan Intonasi


Semasa berpidato, pastikan suara sedap didengar dan menarik. Nada dan intonasi
haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya,
1. nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian
2. nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.
3. nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
4. nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
5. nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi

Kecekapan Berbahasa
Pidato/syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat
dan indah. Pemidato perlu menguasai bahasa dengan baik. Ciri-ciri penggunaan
bahasa yang baik adalah seperti berikut :
1. Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
2. Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
3. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam pidato unuk menarik minat
audien. Keindahan bahasa yang dimaksudkan ialah pantun,bahasa kiasan,
peribahasa dan perumpamaan.
4. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik simpati.
5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradap.

Gaya Penyampaian
1. Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan fakta.
2. Jangan kaku dan beraksi berlebihan
3. Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila
gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi
4. Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai
5. Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah
yang terlalu serius.
6. Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.

Pemidato perlu menonjolkan dirinya dahulu sebelum menonjolkan idea-ideanya. Oleh


itu, pemidato perlu memperlihatkan perwatakan, sikap dan pandangan yang positif serta
penuh dengan keyakinan diri sendiri sebelum berjaya mendapatkan keyakinan audien.

Kemahiran Menutup Ucapan


1. Sebelum mengakhiri pidato/syarahan, pemidato hendaklah membuat rumusan
keseluruhan dan menegaskan pendiriannya terhadap tajuk yang disampaikan
untuk meyakinkan para pendengar;
2. Menggunakan nada suara yang lantang serta meyakinkan;
3. Menggunakan unsur-unsur keindahan bahasa yang menyerikan majlis seperti
kata-kata hikmat dan pantun apabila mengakhiri pidato/syarahan.
4. Mengakhiri pidato/syarahan dengan meninggalkan suatu pesoalan rangsangan
kepada para pendengar untuk renungan dan penilaian bersama;
5. Mengatakan harapan agar apa yang telah disampaikan boleh memanfaatkan para
pendengar;
6. Mengamalkan adab atau tatacara majlis dengan mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dan
7. Memohon maaf daripada para hadirin sekiranya tersilap kata semasa berpidato.

CONTOH PIDATO

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Yang Arif panel
hakim, guru-guru dan hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan selamat
pagi saya ucapkan. Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dapat kita bertemu pada pagi
yang berbahagia ini. Dalam majlis ini,saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk,
“ Sungai Sumber Rezeki dalam Kehidupan Kita”

Sebelum saya meneruskan pidato saya, izinkan saya menjelaskan tajuk pidato yang
akan saya sampaikan. Menurut Kamus Dewan, sungai didefinisikan sebagai tali air.
Sumber pula bermaksud punca dan kehidupan bermaksud perihal hidup. Berdasarkan
tafsiran tersebut, tajuk pidato ini dapat disimpulkan bahawa sungai memainkan peranan
yang sangat penting dalam kehidupan kita

Hadirin yang dihormati,


Sungai ialah sumber air kepada semua kehidupan.Air sungai digunakan untuk
minum,mandi,dan membersihkan pakaian. Oleh itu, sungai sangat penting dalam
kehidupan kita. Pada zaman dahulu, banyak tamadun awal wujud di tepi sungai.Sungaai
menjadi laluan utama pada waktu itu. Sungai juga menjadi punca air untuk mengairi
tanaman yang banyak memerlukan air seperti padi.

Hadirin yang saya hormati,


Selain sumber air, sungai juga membekalkan sumber rezeki. Sungai yang bersih
menjadi habitat pelbagai jenis hidupan air seperti ikan, udang, dan hidupan air yang lain.
Sumber rezeki seperti ini menjadi mata pencarian kepada nelayan.Sungai juga dapat
diempang atau dijadikan saliran ke kolam ternakan ikan air tawar. Kegiatan seperti ini
akan menambahkan keluaran ikan dan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan.
Keluaran ikan air tawar akan meningkat dan ini akan meningkatkan bekalan ikan dan
produknya.

Hadirin sekalian,
Sungai juga berpotensi untuk dimajukan menjadi kawasan rehat dan
rekreasi.Bayangkan betapa indahnya kawasan di sekitar sungai itu, jika dibina lorong
pejalan kaki di sepanjang kedua-dua belah liku sungai dan dihiasi dengan pokok bunga.
Deretan pokok kayu pula sebagai teduhan kepada pengunjungnya. Kawasan sungai boleh
dijadikan tempat beriadah yang nyaman. Kawasan sungai yang telah dimajukan dan
perindah dapat juga dijadikan tarikan pelancong. Apatah lagi jika disediakan bot untuk
menyusuri sungai atau untuk memancing.
Usaha memajukan kawasan sungai ini juga dapat menyediakan peluang
pekerjaan seperti pengusaha bot, peniaga geri, dan kerja-kerja yang bersangkutan dengan
pelancongan. Contohnya, sebuah kawasan sungai telah dibangunkan di Pasir Salak,
Perak. Kawasan tinggalan sejarah yang satu masa dulu merupakan sebuah kawasan sunyi
dan tersisih daripada keriuhan manusia telah dimajukan dan dikunjungi oleh ribuan
pelancong dari dalam dan luar negara. Pasir Salak sebuah pekan di tepi sungai kini
dilengkapkan dengan rumah Kutai yang mempamerkan warisan orang Melayu Perak dan
terowong sejarah yang menempatkan pelbagai iluterasi sejarah untuk ditonton oleh
pengunjungnya.

Hadirin yang saya muliakan,


Memang tidak dapat dinafikan lagi betapa sungai itu penting dalam kehidupan
kita. Sesungguhnya, sumber rezeki dalam kehidupan kita. Sungai yang bersih dan tidak
tercemar menjadi nadi kesejahteraan manusia. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
menjaga kebersihan sungai agar tidak tercemar. Kita seharusnya membuang sikap buruk
seperti amalan membuang sampah ke dalam sungai supaya sungai kita sentiasa terjaga
kebersihannya.

Akhir sekali, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekasaran
bahasa dan kata-kata yang menyinggung perasaan para hadirin sekalian sepanjang
syarahan saya tadi.

Sekian, terima kasih.

2. PERBAHASAN
Perbahasan adalah aktiviti perdebatan di antara dua pihak yang bertentangan
pendapat tentang sesuatu isu. Ia merupakan pengucapan yang berbentuk kumpulan iaitu
setiap kumpulan terdiri daripada sekuang-kurangnya tiga orang pembahas yang
bekerjasama untuk menjelaskan pendirian dengan menyampaikan hujah dan bukti sama
ada menyokong atau membangkang sesuatu tajuk yang dikemukakan. Pada masa yang
sama, pembahas-pembahas memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan dan
meyakinkan para penonton serta pihak penghakiman dengan menolak dan membidas
hujah-hujah pihak lawan.

Setiap pembahas, baik pencadang mahupun pembangkang diberi masa yang


ditetapkan untuk mengemukakan hujah-hujah. Kecekapan berbahas bukan saja dinilai
dari segi pembentangan hujah-hujah yang bernas dan bidasan-bidasan yang tajam tetapi
penyampaian yang menarik dari segi nada.intonasi,gaya dan penggunaan bahasa juga
dititikberatkan.

TATACARA BERBAHAS

Setiap sesi perbahasan dikendalikan oleh pengerusi perbahasan. Pengerusi


perbahasan haruslah berkeyakinan, tegas serta berkeupayaan untuk mengawal majlis
supaya perbahasan dapat dijalankan dengan licin. Pengerusi perbahasan akan dibantu
oleh seorang penjaga masa. Setiap pembahas akan diberi peluang untuk mengemukakan
pendapat atau hujah dalam masa yang ditetapkan mengikut giliran.
Pencadang pertama akan memulakan sesi perbahasan dengan mendefinisikan
tajuk perbahasan, menyatakan pendirian dan menyampaikan hujah penyokong. Masa
yang diperuntukkan adalah tujuh minit. Ini diikuti oleh pembangkang pertama. Yang
juga diberi masa tujuh minit untuk tujuan yang sama. Selepas itu, pencadang kedua
akan diberi masa enam minit untuk berhujah dan membidas isi hujah pembangkang
pertama. Kemudian pembangkang kedua pula akan menyampaikan hujah dan
membidas pencadang pertama.
Pencadang dan pembangkang ketiga juga diberi masa enam minit untuk
menjalankan tugas yang sama. Akan tetapi, pencadang ketiga akan membidas hujah
pencadang kedua manakala pembangkang ketiga akan mengemukakan bidasan terhadap
isi hujah pencadang kedua. Selepas itu, penggulungan hujah akan dilakukan oleh ketua
pasukan masing-masing. Masa yang diperuntukkan adalah tujuh minit. Pembangkang
pertama akan memulakan penggulungan dengan membidas hujah pencadang ketiga.
Dalam penggulungan hujah seluruh pasukan, kesimpulan juga harus diberi penegasan.

Akhirnya, pencadang pertama, selaku ketua pasukan akan membidas hujah


pembangkang ketiga sebelum menggulung hujah-hujah seluruh pasukannya. Masa yang
diperuntukan juga selama tujuh minit. Kesimpulan dan pendirian pencadang juga boleh
ditegaskan semasa penggulungan hujah.
Jadual berikut merumuskan tatacara berbahas :

Pencadang 1 Masa 7 minit


Definisi, Pendirian dan Hujah
Pembangkang 1 Masa 7 minit
Definisi, Pendirian dan Hujah
Pencadang 2 Masa 6 minit
Hujah dan Bidas Isi Hujah Pembangkang 1
Pembangkang 2 Masa 6 minit
Hujah dan Bidas Isi Hujah Pencadang 1
Pencadang 3 Masa 6 minit
Hujah dan Bidas Isi Hujah Pembangkang 2
Pembangkang 3 Masa 6 minit
Hujah dan Bidas Isi Hujah Pencadang 2
Penggulungan Masa 7 minit
(Pembangkang 1) Bidas Hujah Pencadang 3
Rumah Isi – Pembangkang 1,2 ,3
Penggulungan Masa 7 minit
(Pencadang 1) Bidas Hujah Pembangkang 3
Rumah Isi – Pencadang 1,2 ,3

SYARAT-SYARAT PERBAHASAN
1. Tiap-tiap pasukan biasanya terdiri daripada tiga orang peserta utama- seorang
ketua dan dua orang pembantunya- dan seorang peserta simpanan.
2. Peserta pertama diberikan masa selama tujuh minit.
3. Peserta kedua dan ketiga diberikan masa enam minit.
4. Penggulung diberikan masa selama tujuh minit.
5. Penggulung adalah peserta pertama dalam setiap pasukan
6. Satu minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan dibunyikan sekali. Apabila
masa sudah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali. Markah tidak akan diberikan
kepada sebarang hujah yang akan disampaikan oleh pembahas setelah loceng
penamat dibunyikan.
7. Pembahas tidak dibenarkan membaca terus daripada nota atau markah ditolak
sekiranya peserta melakukannya.
8. Pembahas tidak dibenarkan mengkritik peribadi lawan, orang-orang tertentu,
agama, dan kebudayaan, sesuatu kaum tertentu dan mengemukakan isu sensitif.
Markah akan ditolak jika pembahas melanggar peraturan ini.
9. Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan-peraturan di atas.
Sekiranya pembahas tidak menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak
memberhentikan perbahasan pembahas itu.
10. Jika berlaku gangguan ke atas pembahas-pembahas semasa berbahas seperti
pitam,pengerusi boleh menangguhkan perbahasan selama lima minit. Selepas
tempoh tersebut dan pembahas berkenaan masih tidak dapat meneruskan
perbahasan, peserta simpanan akan dibenarkan menggantikan tempat pembahas
berkenaan. Markah peserta simpanan akan diambil kira.

KEMAHIRAN MENYUSUN IDEA


Dalam perbahasan, idea yang diperolehi perlu disusun dengan teratur supaya buah
fikiran pembahas lebih mudah difahami, menarik dan meyakinkan audien. Seperti
dengan bentuk-bentuk wacana yang lain, perbahasan juga mempunyai bahagian
pendahuluan, isi dan penutup. Secara umum, pengucapan seluruh pasukan perbahasan
akan memperlihatkan satu penyusunan idea yang berpola “menyatakan kes dan
membuktikannya”
Pola penyusunan isi “menyatakan kes dan membuktikannya” merupakan satu
kaedah perkembangan idea secara terus iaitu pembahas memberitahu audien apa yang
akan disampaikan, menyampaikan isi dan hujahnya, dan akhirnya memberitahu
audien apa yang telah disampaikannya. Pembahas boleh bermula dengan
pendahuluan, menyatakan tesis utama dan isi-isi penting, memgembangkan isi-isi dan
membuat rumusan di bahagian akhir.
Pola penyusunan “menyatakan kes dan membuktikannya” terdiri daripada
bahagia-bahagian seperti berikut:
1. Pendahuluan
2. Pernyataan seluruh tema dan isi-isi penting
3. Huraian dan penjelasan setiap isi atau hujah
4. Kesimpulan dan rumusan isi

Dalam bahagian penutup, pembahas perlu merumuskan hujah rakan-rakan


sepasukannya dan membuat penegasan terakhir terhadap tajuk perbahasan.
Bahagian penutup merupakan penamat hujah-hujah.
Contoh pola penyusunan idea “menyatakan kes dan membuktikannya” dalam
perbahasan.

TAJUK PERBAHASAN : SISTEM PERSEKOLAHAN SATU SESI PATUT


DILAKSANAKAN
PASUKAN : PENCADANG (Menyokong tajuk perbahasan)

Pencadang 1
1. Pendahuluan
(a) Menyatakan tajuk dan memberikan definisi tajuk perbahasan;
(b) Menegaskan pendirian sebagai pencadang dan menyokong bahawa sistem
persekolahan satu sesi wajar dilaksanakan;
(c) Menyatakan tema dan isi-isi penting yang akan dikemukakan oleh
pembahas dan rakan-rakan sepasukan.
2. Isi
Memberikan hujah-hujah yang menyokong tajuk serta bukti-bukti dan data
sokongan bahawa sistem persekolahan satu sesi:
(a) Membolehkan pelajar mempunyai “contact hours” yang lebih panjang
dengan guru dan rakan sekolah mereka
(b) Membolehkan satu bentuk jadual waktu yang fleksible digunakan di
peringkat sekolah;
(c) Membolehkan tumpuan yang lebih kepada mata pelajaran Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik

Pencadang 2
Menyambung hujah pencadang 1 dan menegaskan pendirian untuk menyokong
tajuk perbahasan. Hujah-hujah yang dicadangkan ialah sistem persekolahan satu sesi
boleh :
(a) mengukuhkan suasana sekolah penyayang
(b) membolehkan pelajar membuat latihan amali dan tugasan di sekolah
(c) memperuntukkan lebih banyak masa untuk aktiviti kreatif yang boleh disertai oleh
pelajar

Pencadang 3
Menyambung hujah pencadang 2 dan membuat penegasan pendirian bahawa
sistem persekolahan satu sesi :
(a) menguntungkan penggunaan masa,misalnya pelajar tidak perlu berulang-alik ke
sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum
(b) menentukan keselamatan pelajar lebih terkawal
(c) memudahkan penyiaran rancangan radio dan televisyen pendidikan

3. Penutup
Penggulung : (Pencadang 1)
(a) merumuskan isi/hujah pencadang 1,2 dan 3
(b) membuat penegasan terakhir tentang tajuk perbahasan, iaitu sistem persekolahan
satu sesi wajar dilaksanakan

Hujah yang berkesan haruslah menarik minat dan meyakinkan audien, mengandungi
idea yang bernas dan logik,alasan yang dan bukti yang kukuh dan contoh yang
meyakinkan. Bukti merupakan unsur utama yang memperkukuhkan sesuatu hujahan. Dua
jenis bukti yang lazim dikemukakan ialah bukti yang jitu dan bukti yang sempit. Bukti
bagi menyokong sesuatu hujah boleh berdasarkan fakta, pengalaman dan pendapat yang
autoritatif. Unsur logik dan ketetapan dalam hujahan memainkan peranan penting untuk
meyakinkan audien.
Pembahas haruslah menyampaikan hujah secara rasional, tegas dan yakin. Untuk
membidas hujah pihak lawan dengan berkesan, pembahas hendaklah mencari idea yang
tepat secara spontan, menyusun isi bidasan secara teratur dan menyampaikannya dengan
menggunakan bahasa yang tepat, jelas dan mudah difahami.
Bidasan yang baik hendaklah jitu, bernas, logik dan disokong dengan bukti yang jitu
dan contoh yang munasabah. Idea - idea yang dirumuskan dalam perbahasan hendaklah
memenuhi ciri-ciri seperti yang berikut :
(a) ringkas dan berkebolehan memantapkan hujah-hujah yang telah
disampaikan
(b) mempuyai unsur-unsur kesepaduan koheren dan dan berpautan.

Pembahas yang baik dapat menunjukkan kemahirannya dalam aspek-aspek keilmuan,


kecekapan berbahasa dan gaya penyampaian.

CONTOH DAN TEKS PERBAHASAN

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, barisan
pembangkang, serta hadirin sekalian, Assalamualaikum dan selamat pagi saya ucapkan.
Tajuk perbahasan pada pagi ini ialah “ Sains Angkasa Patut Dipelajari di Peringkat
Sekolah ”.

Sebelum mengemukakan hujah,saya sebagai pencadang pertama ingin menjelaskan


maksud “Sains Angkasa”. “Sains Angkasa” ialah ilmu yang berkaitan dengan angkasa
seperti planet, matahari, galaksi, dan peralatan yang ada di angkasa. Sains Angkasa
meliputi Astronomi, iaitu ilmu pengetahuan tentang kedudukan, pergerakan, dan
perkiraan yang berkaitan dengan bintang. Mengapakah kita perlu mempelajari ilmu ini di
peringkat sekolah? Persoalan inilah yang akan saya huraikan sebentar lagi.

Hadirin sekalian,

Zaman ini merupakan zaman teknologi maklumat. Sesiapa yang menguasai


maklumat dengan cepat dan tepat akan meraih keuntungan. Contohnya, seseorang yang
mengetahui kemungkinan peningkatan saham sesebua syarikat akan membeli saham
tersebut bagi memperoleh keuntungan.
Saya menyokong tajuk ini dengan beberapa hujah yang akan saya huraikan. Hujah
saya yang pertama ialah ilmu teknologi maklumat yang berkaitan dengan satelit. Kita
tidak boleh menjadi pembeli, sebaliknya kita mestilah berusaha mencipta peralatan
satelit. Oleh itu, minat dan asas ilmu dalam bidang ini perlu ditetapkan kepada pelajar
sejak di bangku sekolah lagi.apabila minat pelajar terhadap Sains Angkasa telah dipupuk,
maka sudah pastimereka tertarik untuk mendalami bidang ini sehingga melahirkan pakar
yang disegani.

Para hadirin sekalian,

Hujah saya yang kedua, era globalisasi menuntut kepakaran dalam bidang teknologi
maklumat. Dalam meniti dunia tanpa sempadan, kita perlu menghasilkan ciptaan baru
bagi menyaingi atau mengatasi negeri lain. Ciptaan-ciptaan ini pula banyak dipengaruhi
oleh pengetahuan seseorang dalam bidang sains angkasa. Pelajar-pelajar yang diberi
pengetahuan tentang sains angkasa akan cenderung mencipta peralatan sains angkasa
pada peringkat awal lagi. Mereka mungkin mula mencipta model satelit yang akhirnya
mencipta satelit yang sebenar setelah menguasai ilmu ini.

Hujah saya yang terakhir berpaksikan kata kunci, kepakarang dalam bidang Sains
Angkasa menjulang imej negara. Sesebuah negara yang mahu menjadi maju perlulah
memiliki cendekiawan dalam pelbagai bidang. Negara kita tidak terkecuali dalam hal ini.
Justeru, ilmu tentang Sains Angkasa mesti disuburkan dalam diri pelajar bagi melahirkan
lebih banyak tenaga pakar. Dengan demikian, negara kita bukan sahaja bertambah maju,
malah dihormati oleh negara lain.

Tuan-taun dan puan-puan sekalian,

Berdasarkan hujah-hujah yang telah saya kemukakan, jelaslah bahawa Sains Angkasa
perlu diajarkan di peringkat sekolah lagi. Sebagai pencadang, saya tetap berpegang teguh
pada tajuk ini. Akhir kata, saya serta rakan pencadang yang lain tetap berpendapat
bahawa Sains Angkasa perlu dipelajari sejak bangku sekolah.

Sekian, terima kasih.

3. CERAMAH

Ceramah adalah ucapan yang disampaikan oleh seseorang jemputan yang dianggap
berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang tertentu dalam majlis yang formal.
Bahagian pertama ceramah akan diisi oelh ucapan penceramah yang membentangkan
pendapat atau pengalamannya dalam bidang tertentu. Bahagian akhir ceramah pula akan
dibuka untuk para penonton atau audien untuk megemukakan soalan-soalan atau
pandangan mereka dan penceramah cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Persediaan Ceramah
Ceramah yang berkesan perlu disediakan secara rapi oleh penceramah yang
berkenaan. Di peringkat persediaan, penceramah mesti mengenal pasti beberapa perkara
penting seperti yang berikut:
(a) Siapakah audiennya?
(b) Apakah yang diharapkan dan ingin didengar oleh audien?
(c) Dimanakah ceramah itu akan diadakan?
(d) Bilakah ceramah itu akan diadakan?
Setelah mengenalpasti perkara-perkara tersebut, seseorang penceramah boleh
merancang isi kandungan dan penyampaian ceramahnya. Di peringkat ini, penceramah
perlu melakukan perkara-perkara penting seperti berikut:
(a) mengetahui tajuk ceramah dengan teliti
(b) membuat persediaan rapi
(c) menyemak setiap ilustrasi
(d) meninjau atau melawat tempat ceramah(jika boleh)
(e) memakai pakaian yang sesuai

Dalam membuat persediaan rapi, penceramah haruslah mengambil masa yang


secukupnya untuk membuat persediaan. Persediaan yang lengkap boleh mengurangkan
perasaan gementar yang mungkin boleh di rasai oleh audien. Penceramah boleh bermula
dengan menulis nota tentang tajuk yang berkenaan,membuat rujukan seperti buku,
rencana dan kertas kerja terkini tentang tajuk ceramah berkenaan. Mencari maklumat
terkini amat penting pada tahap ini kerana kemungkinan audien akan bertanya kepada
penceramah tentang pendapatnya yang mutakhir yang berkaitan dengan tajuk ceramah
tersebut.
Apabila sudah megumpul maklumat, penceramah hendaklah menulis teks ceramah
dan mencatat seberapa banyak topik dan subtopik sebagai panduan dalam proses
penulisan teks ceramah. Penceramah hendaklah melafazkan teks ceramah di depan
cermin sebagai latihan. Latihan ini amat penting bagi membolehkan pencersmah melihat
air muka dan aksi-aksi yang kurang sesuai dan seterusnya membetulkannya secara sedar.

Kemahiran Melahirkan Pendapat


Semasa berceramah, penceramah akan melahirkan pendapat mereka sama ada melalui
pembentangan kertas kerja atau memberi tindak balas terhadap soalan-soalan yang
dikemukakan. Oleh itu, penceramah perlu menguasai kehairan untuk melahirkan
pendapat yang meliputi aspek-aspek yang berikut :
1. cara melahirkan pendapat
2. cara mempengaruhi audien
3. nada dan intonasi

Cara Melahirkan Pendapat


Dalam melahirkan pendapat, penceramah hendaklah mahir bertindak seperti yang
berikut:
(a) menentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak
menyeleweng daripada tajuk dan tujuan ceramah
(b) menjawab soalan dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton
dengan meyakinkan
(c) menggunakan bahasa yang bersesuaian dengan audien dan aras pendapat
(d) mengelakkan menggunakan bahasa yang bombastik dan sukar difahami
(e) menggunakan bahasa yang jelas, tepat dan tidak meleret-leret.
(f) Menunjukkan keyakinan diri.

Cara Mempengaruhi Audien


Dalam melahirkan pendapat, penceramah perlu juga menguasai kemahiran
mempengaruhi audien seperti yang berikut :
(a) mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosioekonomi, jantina dan
profesion audien
(b) menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan rangsangan dikalangan audien
(c) menggunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorik
(d) menyelitkan unsur humor
(e) memastikan suara anda didengar oleh semua audien
(f) menjagka had/batas tumpuan audien

Nada dan Intonasi


Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri nada dan intonasi yang wajar diberi perhatian
adalah seperti berikut :
(a) meninggikan nada apabila hendak menarik minat dan perhatian
(b) menggunakan nada suara perlahan dan renadah apabila hendak merayu
(c) jangan berhujah dengan terlalu laju atau terlalu perlahan
(d) pause- berhenti seketika apabila perlu, iaitu apabila hendak mendapatkan semula
buah fikiran atau memberi masa untuk penonton mengikut dan memahami hujah
anda.
(e) Menggunakan bahasa baku
(f) Menggunakan bahasa yang jelas, indah dan tersusun

KEMAHIRAN MENUTUP CERAMAH


Dalam menutup ceramah, penceramah sekali lagi wajar menunjukkan kewibawaannya
melalui kemahiran-kemahiran berikut:
(a) membuka majlis kepada penonton untuk mengemukakan soalan atau pandangan.
Dalam hal ini, pengerusi perlu mewujudkan susana yang kondusif dan
menggalakkan penonton untuk melibatkan diri
(b) merumuskan keseluruhan idea yang telah diceramahkan. Dalam hal ini,
penceramah perlu membuat kesimpulan dengan menghubungkan idea-idea yang
telah dihujahkan dalam ceramah untuk menimbulkan satu kepuasan di kalangan
audien
(c) menyampaikan kata-kata penutup dengan mengucapkan terima kasih kepada
pihak penganjur serta semua yang terlibat
(d) memohon maaf dari para penonton atau audien sekiranya terdapat sebarang
kesilapan semasa menyampaikan ceramah.
CONTOH TEKS CERAMAH

Selamat sejahtera Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, Encik Mahad
Jubin, guru-guru dan para pelajar sekalian. Assalamualaikum. Terlebih dahulu, saya
merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak sekolah kerana
mengundang saya menyampaikan ceramah pada petang yang permai ini. Sebagai
pegawai perubatan, saya amat berbesar hati menerima undangan untuk menyampaikan
ceramah yang bertajuk “Mengawal Lipas,Lalat Dan Tikus”

Para pelajar yang dihormati sekalian,

Sebagai permulaan, saya ingin menjelaskan perihal lipas. Terdapat beberapa jenis
lipan di Malaysia, antaranya wood roach,brown banded dan lain-lain lagi. Jangka hayat
lipas antara 15 hingga 84 minggu. Seekor lipas betina boleh mengeluarkan 30 kelongsong
telur yang mengandungi 14 hingga 30 biji telur bagi setiap kelongsong. Lipas mempunyai
tabiat buruk, iaitu mengeluarkan makanan yang separuh hadam semula. Di samping itu,
lipas juga meninggalkan najis sewaktu makan. Bulu kakinya pula menyebarkan virus,
telur cacing, kulat dan kotoran. Lipas membawa penyakit seperti keracunan makanan,
cirit-birit, disenteri dan alahan kulit.

Tempat pembiakan lipas adalah di saluran kumbahan, di tempat pembuangan


sampah, di premis makanan yang kotor, di tangki najis dan di tempat yang lembab yang
terselindung dari cahaya matahari. Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk kita
mengawal lipas. Antaranya, kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal, mengelakkan
sisa makana berterabur, menutup lubang yang dilalui lipas dan mencuci peralatan dapur
selepas digunakan.

Selain lipas, lalat juga berbahaya kepada kita. Lalat boleh hidup selama dua
bulan. Lalat sejenis serangga yang berasal daripada Order diptera dan beraneka jenis serta
mengandungi hampir 90 000 spesies yang diketahui. Lalat terbahagi kepada empat jenis,
iaitu lalat rumah, lalat kandang, lalat daging dan langau. Lalat rumah didapati di rumah
yang kotor. Lalat membiak di tempat-tempat yang kotor seperti di tempat pembuangan
sampah-sarap dan sisa makanan. Lalat membawa penyakit seperti cirit-birit, pembawa
tifoid atau keracunan makanan.

Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Kita perlu mengawal lalat dengan beberapa cara, iaitu menjaga kebersihan sama
ada di dalam rumah atau di sekitar kediaman. Kita juga perlu membuang sisa makanan ke
dalam plastik sebelum membuang ke dalam tong sampah, menutup tong sampah dan
melakukan semburan untuk membunuh lalat dewasa. Kita juga boleh mengawal lalat
dengan menggunakan perangkap lalat, lilin dan pembunuh elektrik.

Tikus membiak di tempat yang terdapat makanan dan di kawasan yang terlindung.
Selain itu, tikus tinggal di kawasan longkang, di kilang pemprosesan makanan, di premis
makanan dan di kawasan sampah sarap. Tikus menyebarkan penyakit melalui
pengguguran bulu, najis dan air kencing. Antara penyakit yang disebarkan oleh tikus
adalah hawar, tifus, leptospirosis, jangkitan virus dan jangkitan bakteria.

Para pelajar yang dikasihi sekalian,

Kita boleh mengesan tikus melalui beberapa cara seperti mengesan najis, air
kencing, bau dan tempat persembunyiannya. Kita juga boleh mengesan kehadiran tikus
apabila mendapati kesan kunyahan pada daun pintu, daun tingkap, bungkusan makanan
dan kesan korekan. Tikus dapat kita kawal dengan cara menutup tong sampah-sarap,
menyimpan makanan di tempat tertutup dan menghapuskan tempat persembunyiannya.
Kita juga boleh memasang perangkap tikus dan memasang jaring dawai di tempat-tempat
tertentu.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha mengawal lipas, lalat dan tikus bagi
menjamin kesihatan kita dan keluarga. Sekian, terima kasih.

KOMUNIKASI BERTULIS

1. UCAPAN

Ucapan ataupun ceramah yang sudah disiapkan sesungguhnya sudah sembilan puluh
peratus diucapkan – Dale Carnege-. Justeru itu dapat difahami penulisan teks ucapan
sangat penting sebelum menyampaikannya.

Ciri –ciri ucapan adalah


1. mempunyai pendahuluan iaitu kata-kata aluan .
2. isi kandungan ucapan yang dikembangkan dengan baik
3. sisipan kata iaitu ketika di tengah-tengah ucapan seperti tuan-tuan, hadirin
sekalian dan sebagainya
4. mempunyai penutup iaitu kata-kata bagi mengakhiri sesuatu ucapan

Ucapan yang diberi perhatian oleh masyarakat dan media adalah ucapan yang
mempunyai idea, buah fikiran, pandangan, hujah dan syor yang bernas. Ucapan yang
hebat daripada segi bahasa dan retorik tetapi kosong daripada segi idea tidak memberi
sebarang makna kerana yang utama adalah isi dan bukan pengolahan. Fakta, isis dan
maklumat yang terkini, benar, tepat, betul dan menyeluruh lebih bermakna kepada
khalayak daripada pengucapan yang hebat daripada segi kata-kata.
Dalam penulisan teks ucapan, terdapat beberapa gaya yang perlu di ketahui iaitu gaya
rendah, gaya pertengahan dan gaya tinggi.
Gaya rendah adalah gaya mudah dan atau pun gaya biasa dan sangat sesuai bagi
ucapan yang memerlukan pembuktian ataupun arahan. Gaya rendah sesuai bagi mereka
yang kurang pendidikan, kanak-kanak dan pelajar sekolah menengah.
Gaya sederhana bersifat lebih santai dan berada di antara gaya rendah dan tinggi
Gaya tinggi bersifat gaya terbina dan sesuai bagi mengungkapkan isu dan persoalan
keilmuan seperti politik, kewangan, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Dalam penyampaian ucapan, permulaan ucapan menjadi sangat yang kritikal sama
ada kita berjaya menarik minat perhatian khalayak ataupun tidak. Tujuan utama
pendahuluan ucapan adalah
1. Menarik minat khalayak
2. Menjalin hubungan yang baik dan menghubungkan pengucap dengan khalayak
3. Memberi sebab mengapa khalayak perlu mengikuto ucapan itu
4. Menjelaskan idea, fokus ataupun batasan ucapan itu
5. Menwujudkan tanggapan awal pada pengucap
6. Mewujudkan kredibiliti pengucap
7. Mempersembahkan tajuk

Bagaimanapun, dalam konteks ucapan di negara kita, lazimnya ucapan dimulakan


dengan menyampaikan salam dan ucapan selamat. Bagi penganut islam, salam diikuti
dengan dengan puji-pujian kepada Allah. Ada yang memulakannya dengan ucapan
penghormatan disusuli dengan ucapan salam.
Pada bahagian penutup, penyanpai ucapan perlu mengucapkan ‘selamat jalan’,
membuat kesimpulan ataupun rumusan pada tajuk yang sudah disampaikan. Dengan itu,
penutup boleh dianggap sebagai peluang menjarakkan pengucap dengan khalayak.
Pengucap perlu memberikan tanda yang ucapan akan tamat dengan menggunakan rangkai
kata dan perkataan secara hormat dan tidak terlalu banyak ataupun bertindan seperti
‘sebelum mengundurkan diri’, ‘sebagai kesimpulan’, ‘sebagai rumusan’, ’akhir sekali’,
‘sebelum saya akhiri ucapan ini’ dan sebagainya.

REKA LETAK TEKS

Teks ucapan biasanya dicetak dengan menggunakan tulisan yang mudah dibaca denga
saiz besar, selalunya 16 ataupun 18 poin supaya mudah di baca dan sedap dilihat. Teks
juga ditaip dalam jarak langkau dua baris supaya mudah di baca. Teks perlu dicetak
ataupun dipersembahkan dalam bentuk bingkai gambar dengan margin yang mencukupi
di atas, di bawah dan di tepi kertas supaya mudah di baca.
Penggunaan bullet sangat praktikal kerana ia memudahkan pembacaan untuk
menyenaraikan fakta dan isi. Teks yang mempunyai bullet sangat menarik perhatian,
mudah di baca dan mempermudahkan kesimpulan.
Selain bullet, nombor 1,2,3,4 ataupun huruf a,b,c,d dan sebagainya juga boleh
digunakan apabila menyenaraikansesuatu perkara ataupun langkah. Menomborkan muka
surat juga sangat penting dan huruf tebal (bold) adalah bagi menegaskan isi.

You might also like