You are on page 1of 19

Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 1

Soalan 2: Bincangkan peranan dan bidang khusus parlimen, kabinet, kementerian dan
jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara.

Jawapan:

1.0 PENGENALAN

Memahami sistem dan struktur pemerintahan kerajaan adalah penting bagi mengenali
cara dan hala tuju pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Sistem dan struktur ini
akan menentukan keberkesanan dan kecekapan pemerintahan serta menjamin kestabilan
negara pada masa hadapan. Lantaran itu, penulisan esei pendek ini akan menghuraikan
beberapa unsur utama yang digunakan dalam sistem dan struktur pemerintahan negara ini
yang diamalkan semenjak era selepas kemerdekaan sehingga ke hari ini. Perkara yang
bakal dihuraikan ialah peranan dan bidang khusus yang dilaksanakan oleh parlimen,
kabinet, kementerian dan jabatan dalam sistem pentadbiran awam negara. Seperti yang
kita sedia maklum, Malaysia mengamalkan Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong (YDPA)
sebagai Ketua Negara. Di bawah sistem ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga
komponen utama, iaitu Badan Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.

2.0 PARLIMEN

Badan Perundangan atau Parlimen Persekutuan mempunyai tiga komponen yang


dianggotai oleh Yang di-Pertuan Agong YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Semua undang-undang yang dibawa ke parlimen mesti diluluskan oleh ketiga-tiga
komponen di atas. Walaupun YDPA tidak menghadiri persidangan Parlimen, tetapi
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya YDPA sahaja yang boleh
memanggil Parlimen untuk bersidang, memberhentikan dan membubarkan Parlimen.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 2

Parlimen merupakan badan perundangan tertinggi negara dan undang-undang yang


diluluskan akan berkuat kuasa di seluruh negara. Parlimen akan terus berjalan untuk
tempoh lima tahun bermula dari tarikh mesyuarat pertamanya, iaitu selepas pilihan raya
umum. Bagaimanapun, di atas sebab-sebab tertentu Parlimen boleh dibubarkan walaupun
belum cukup tempoh lima tahun. Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen dengan
sendirinya terbubar. Pilihan raya umum hendaklah diadakan bagi memilih wakil bagi
Dewan Rakyat dalam masa 60 hari bagi negeri-negeri di Semenanjung dan 120 hari bagi
Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran Parlimen. Dewan Rakyat perlu bermesyarat
pada suatu tarikh yang tidak lewat dari 120 hari dari tarikh pembubaran.1

2.1 Peranan dan bidang khusus Parlimen

Parlimen berfungsi sebagai badan yang meluluskan undang-undang persekutuan,


membuat pindaan atau memansuhkan undang-undang persekutuan mengeanai percukaian
dan belanjawan tahunan negara. Parlimen juga menjadi forum untuk membincangkan
perkara-perkara yang mempunyai kepentingan nasional.

Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawab dengan berkesan,


Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak dan pengecualian yang dipanggil
”Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen” di dalam dewan. Keistimewaan ini sah digunakan
bagi ahli kedua-dua dewan.

2.2 Peranan dan Fungsi Komponen-Komponen dalam Parlimen

Parlimen Malaysia adalah berbeza daripada parlimen negara-negara lain, di mana ia


merupakan parlimen yang unik sekali. Parlimen negara ini mempunyai tiga komponen
iaitu Yang di-Pertuan agong (YDPA), Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Semua

1
Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm.75-
76.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 3

undang-undang yang dikemukakan di dalam Parlimen mestilah mendapat kelulusan


daripada ketiga-tiga komponen tersebut. Lantaran itu, saya akan mengupas peranan dan
fungsi komponen-komponen tersebut.

2.2.1 Fungsi Yang di-Pertuan Agong

Yang di-pertuan Agong adalah ketua utama negarayang mengambil keutamaan mengatasi
semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua
pembicaraan dalam mana-mana mahkamah.Sebagai ketua utama negara, YDPA
mempunyai kuasa eksekutif. Kuasa ini boleh dilaksanakan oleh baginda sendiri atau oleh
Jemaah Menteri. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, YDPA hanya boleh
melaksanakan tiga perkara mengikut budibicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana
Menteri, tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen dan meminta supaya
diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja mengenai keistimewaan kedudukan, kemuliaan dan
kebesaran Raja-raja.

Selain itu, YDPA merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.


Baginda berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman di atas kesalahan-
kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah-mahkamah Tentera. Baginda juga berkuasa
mengampunkan semua kesalahan lain yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan
juga kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

YDPA juga adalah ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak. Baginda turut diberi kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan
untuk melantik hakim-hakim Mahkamah agong, Mahkamah Tinggi, Jemaah Menteri dan
jawatan-jawatan tinggi yang lain. Perlembagaan Persekutuan Perkara 153 juga memberi
peruntukkan khas kepada YDPA untuk memelihara kedudukan istimewa orang-orang
Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak.2
2.2.2 Peranan Dan Fungsi Dewan Negara
2
Malaysia Kita, 1992, hlm.65.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 4

Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi atau Senat. Fungsi utama Dewan Negara adalah
untuk membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih teliti dan mendalam
setelah rang undang-undang tersebut dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat. Semasa
persidangan, ahli dewan juga boleh membincangkan perkara-perkara yang menjadi
kepentingan umum. Sehingga Mac 2006 keahlian Dewan Negara ialah seramai 70 orang.
Ahli Dewan Negara juga dipanggil Senator. Tempoh perlantikan seorang Senator ialah
selama tiga tahun dan seorang Senator tidak boleh memegang jawatan tersebut lebih
daripada dua penggal.

Kedudukan ahli Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli
Dewan Negara dilantik atau dipilih daripada kalangan mereka yang telah menyumbang
khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-
masing, seperti perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan dan
perkhidmatan sosial serta wakil kaum minoriti seperti Orang Asli.

2.2.3 Peranan dan Fungsi Dewan Rakyat

Dewan Rakyat merupakan satu forum untuk wakil rakyat menyuarakan permintaan, rasa
tidak puas hati serta mendapatkan pembelaan rakyat yang diwakilinya. Dewan Rakyat
mempunyai seramai 222 ahli dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli
dewan dipilih daripada calon yang menang dalam pilihan raya. Ahli Dewan Rakyat juga
dipanggil ahli Parlimen. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun
dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Setiap ahli Parlimen hendaklah
bersumpah dan berjanji bahawa mereka akan menjalankan tugas sebagai ahli dewan
dengan sebaik mungkin dan memberikan taat setia kepada negara serta mematuhi,
menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

2.3 Persidangan Parlimen


Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 5

Parlimen akan bersidang apabila dipanggil oleh YDPA dan penangguhannya tidak boleh
berlanjutan selama enam bulan selepas mesyuarat terakhir bagi sesuatu penggal.
Persidangan Parlimen diadakan di Banggunan Parlimen, Kuala Lumpur. Semua
mesyuarat Parlimen disusun dalam satu kalendar yang dipanggil Takwim Parlimen.
Parlimen mengadakan mesyuarat antara tiga atau empat kali dalam satu penggal.
Biasanya setiap mesyuarat mengambil masa dua minggu bagi Dewan Rakyat dan satu
minggu bagi Dewan Negara, kecuali Mesyuarat Belanjawan yang mengambil masa yang
lebih lama.

Setiap dewan mempunyai peraturan mesyuarat yang mesti dipatuhi oleh ahli
dewan. Sekiranya persetujuan sebulat suara tidak diperolehi, keputusan hendaklah
diambil menurut suara terbanyak ahli yang hadir dan mengundi. Yang Dipertua biasanya
tidak mengundi, tetap apabila berlaku bilangan undi menyokong dan menentang yang
sama banyak, Yang Dipertua boleh memberi undi pemutus. Jika Yang Dipertua bukan
daripada ahli dewan, beliau tidak boleh mengundi.3

2.4 Keistimewaan-Keistimewaan Parlimen

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen mempunyai keistimewaan-


keistimewaannya yang tertentu. Antara keistimewaannya ialah, sahnya apa-apa
perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak
boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah, tiada seseorang pun boleh dekena
dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa-apa
jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian
dalam apa-apa perjalanan Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.
Keistimewaan seterusnya ialah tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa

3
Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm.76-
79.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 6

jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah menhenai apa-apa jua yang disiarkan
dengan atau di bawah kuasa mana-mana Majlis Parlimen.4

3.0 KABINET

Kabinet Malaysia ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Diketuai oleh Perdana
Menteri, kabinet merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab
kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis
Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan
Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang
Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat. Perdana Menteri
dilantik daripada parti yang mendapat kemenangan majoriti dalam Parlimen sehingga
dapat membentuk sebuah kerajaan. Kebiasaannya ketua parti akan dilantik menjadi
Perdana Menteri dan mengetuai Jemaah Menteri.

Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan
Rakyat. Walaupun Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap
portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat
secara mingguan, setiap Rabu. 5

Menurut apa yang tercatat dalam buku bertajuk Malaysia Kita (1992), Kabinet atau
Jemaah Menteri merupakan sebuah badan yang melaksanakan kuasa eksekutif yang
dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Dasar dan polisi Kabinetlah yang dilaksanakan
oleh jentera pentadbiran kerajaan diperingkat Persekutuan.

Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri. Badan ini dianggotai oleh menteri-menteri yang
memegang portfolio tertentu dan bertanggungjawab secara kolektif mengenai semua
4
Malaysia Kita, 1992, hlm. 71.
5
Hj. Mohd Jali et al, 2003, hlm. 73.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 7

keputusan yang dibuat oleh kabinet. Oleh kerana Kabinet merupakan badan tertinggi di
negara ini bagi membentuk dasar-dasar kerajaan, maka beberapa buah Jawatankuasa
Tetap Kabinet telah diwujudkan. Jawankuasa-jawatankuasa ini dipengerusikan dan
dianggotai oleh menteri-menteri yang berkenaan. Di samping itu, beberapa buah Majlis
telah diwujudkan seperti Majlis Tindakan Negara, Majlis Ekonomi Negara, Majlis
Keselamatan Negara dan Majlis Perancangan dan Pembangunan Negara.

3.1 Kabinet di Sabah dan Sarawak

Sabah dan Sarawak mengamalkan sistem kabinet di mana terdapat menteri-menteri yang
bertanggungjawab ke atas kementerian-kementerian tertentu. Di Sabah, Kabinet
dipanggil Kabinet Negeri manakala kabinet di Sarawak dipanggil Majlis Tertinggi.
Pegawai Pentadbir Utama bagi sesebuah Kementerian Negeri ialah Setiausaha Tetap.
Peranan Setiausaha Tetap ini adalah lebih kurang serupa dengan peranan Ketua
Setiausaha Kementerian di peringkat Persekutuan. 6

3.2 Fungsi dan Peranan Kabinet/Jemaah Menteri

Perdana Menteri sebagai Ketua Jemaah Menteri / Kabinet mempunyai kuasa untuk
mencalonkan sesiapa sahaja kepada YDPA untuk menyertai Jemaah Menteri.
Kebiasannya seseorang yang dilantik menganggotai Jemaah Menteri / Kabinet adalah
penyokong parti yang memerintah. Perubahan keanggotaan Jemaah Mentei akan berlaku
sekiranya ada penstrukturan semula fungsi kementeian ataupun perubahan status politik
ahlinya.

Dalam konteks Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen, ahli Jemaah Menteri secara
kolektif bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.
Seseorang ahli Jemaah Menteri perlu mempertahankan keputusan yang telah dipersetujui

6
Malaysia Kita, 1992, hlm. 108.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 8

oleh Jemaah Menteriapabila dibahaskan di Parlimen. Peranan Menteri adalah penting,


kerana mereka akan membawa usul atau rang undang-undang kerajaan untuk dibincang
dan diluluskan di Parlimen.

Selain itu, Jemaah Menteri juga merupakan badan tertinggi yang


bertanggungjawab terhadap penggubalan dasar kerajaan. Dasar dan arahan Jemaah
Menteri seterusnya akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan. Biasanya
Jemaah Menteri akan mengadakan mesyuarat mingguannya pada setiap hari rabu.
Perdana Menteri akan mempengerusikan mesyuarat tersebut dan sekiranya beliau tidak
dapat hadir, tugas ini akan diambil alih oleh timbalannya.

Jemaah Menteri boleh menubuhkan beberapa Jawatankuasa Kabinet atau


Jawatankuasa Khas Kabinet Peringkat Pegawai untuk membantu Jemaah Menteri
meneliti sesuatu isu atau masalah sebelum sesuatu keputusan diambil. Jawatankuasa
Kabinet akan ditubuhkan mengikut kepentingan masalah atau isu dalam tiga keadaan.
Pertama, masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan oleh Jemaah Menteri kerana
memerlukan masa dan pengetahuan yang mendalam sebelum sesuatu penyelesaian
dibuat. Kedua, apabila sesuatu masalah itu merupakan masalah yang berlarutan dan
memerlukan kajian mendalam. Ketiga, apabila sesuatu perkara penting yang melibatkan
seluruh negara, seperti keselamatan dan perpaduan yang memerlukan kajian dari pelbagai
aspek sebelum dapat membuat dasar untuk mengatasinya.

Penubuhan Jawatankuasa Kabinet telah banyak menyelesaikan masalah,


terutamanya selepas tahun 1976, antaranya ialah Jawatankuasa Kabinet mengenai
langkah-langkah mempercepatkan perlaksanaan projek pembangunan, Jawatankuasa
Kabinet mengenai perjawatan dan kewarganegaraan, Jawatankuasa Kabinet mengenai
pembangunan luar Bandar dan Jawatankuasa Khas Kabinet Peringkat Pegawai mengenai
kemudahan asas di lading (estet) dan Rancangan Tanah FELDA.

Setiausaha tetap kepada Jabatan Perdana Menteri akan bertindak sebagai Ketua
Sekretariat Jemaah Menteri. Beliau bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat
Jemaah Menteri, menyimpan minit dan menyampaikan keputusan Jemaah Menteri
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 9

kepada badan-badan kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan keputusan


tersebut.7

4.0 KEMENTERIAN

Kementerian adalah sebuah kerajaan tertinggi di dalam sistem jentera pentadbiran


kerajaan persekutuan. Kementerian merupakan sebuah entiti yang bertanggungjawab bagi
menggubal dasar, merancang program, mengawal dan memantau serta menyelaras
perlaksanaan dasar dan program yang berkaitan dengan bidang masing-masing.
Kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri atau
Setiauaha Parlimen. Bagaimanapun, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen
bukanlah ahli Jemaah Menteri.

Bagi Kementerian yang penting dan mempunyai tanggungjawab yang besar


seperti Jabatan Perdana Menteri, ia akan diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh
Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Menteri yang dilantik bagi menjalankan
tugas tertentu. Pada masa ini, terdapat enam orang Menteri, dua orang Timbalan Menteri
dan dua orang Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri.

4.1 Peranan Kementerian

Setiap Kementerian bertangungjawab mengubal dasar, merancang program, mengawal


dan memantau serta menyelaras perlaksanaan dasar dan program serta aktiviti dan projek
yang berkaitan dengan bidang tugas kementerian berkenaan. Pada masa ini, terdapat 28
kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi melicinkan pentadbiran Negara. Setiap
kementerian mempunyai beberapa jabatan dan perbadanan awam bagi membantu
melaksanakan aktiviti dan projek yang ditetapkan dibawah dasar dan program
kementerian masing-masing.
7
Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm. 101-
102
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 10

Jabatan ditubuhkan untuk melaksanakan tugas dan tanggangjawab yang lebih


khusus. Perbadanan awam pula ditubuhkan untuk membantu kementerian dan jabatan
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Contohnya,
jabatan dan perbadanan awam di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi

Memandangkan jabatan dan perbadanan awam ditubuhkan di bawah kuasa


kementerian berkenaan, maka menjadi tanggungjawab kementerian berkenaan untuk
mengawal selia jabatan dan perbadanan berkenaan. Contohnya, Kementerian Hal-Ehwal
Dalam Negeri bertanggungjawab mengawal selia Jabatan Pendaftaran Negara dan
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan sejajar dengan bidang tugas dan kuasa undang-undang
yang diperuntukkan. Begitu juga dengan beberapa kementerian lain seperti Jabatan
Perdana Menteri, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pendidikan
TInggi dan Kementerian Perdagagan Antarabangsa dan Industri yang turut memainkan
peranan menyelaras dan mengawal selia pengurusan dan pentadbiran jabatan serta
perbadanan awam yang ditubuhkan di bawah kementerian masing-masing.8

4.2 Pegawai Pentadbir Utama dan Personel Kementerian

Pegawai Pentadbir utama sesebuah kementerian ialah Ketua Setiausaha (KSU), Tugas
dan tanggungjawab KSU adalah menggubal dan melaksana dasar serta merancang,
melaksana, mengawal dan menyelaraskan program dan aktiviti di bawah tanggungjawab
kementerian. Di samping menjalankan urusan pentadbiran an pengurusan kementerian,
KSU juga berperanan untuk menyelaraskan semua kegiatan jabatan dan perbadanan
awam yang terletak di bawah kementerian berkenaan. KSU juga berperanan sebagai
penasihat kepada menteri mengenai pentadbiran dan pengurusan kementerian dan
bertanggungjawab penuh kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang merupakan Ketua
Perkhidmatan Awam Persekutuan.
8
Ibid
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 11

KSU akan dibantu oleh sekumpulan pegawai dan kakitangan yang mempunyai
kemahiran dan kepakaran yang sesuai dengan tugas dan tanggungjawab kementerian
masing-masing. Bilangan personel ini bergantung kepada saiz, fungsi dan tanggungjawab
kementerian berkenaan untuk mendapatkan kelulusan daripada agensi pusat yang
bertanggungjawab bagi perjawatan dan kelulusan kewangan.

Pegawai tadbir utama Jabatan Perdana Menteri ialah KSN, KSN juga menjadi
Setiausaha Jemaah Menteri, penasihat kepada Perdana Menteri tentang pentadbiran dan
pengurusan perkhidmatan awam, bertangungjawab kepada keseluruhan kelicinan jentera
pentadbiran kerajaan persekutuan dan menjadi penyelaras kepada pentadbiran di
peringkat negeri dan tempatan.

4.3 Organisasi Kementerian

Sesebuah kementerian mempunyai struktur organisasi yang tersendiri. Struktur organisasi


biasanya boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian atau unit tertentu berdasarkan
kepada saiz dan keperluan kementerian berkenaan. Pada umumnya, pegawai dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional mengisi kebanyakan jawatan pengurusan dan
pentadbiran, manakala jawatan teknikal diisi oleh pegawai dalam perkhidmatan teknikal
tertentu tertakluk kepada jenis pengkhususan jabatan masing-masing.

Ketua Setiausaha merupakan pegawai pentadbir utama atau tertinggi bagi sesebuah
kementerian. Ketua Setiausaha juga merupakan penasihat kepada Menteri, terutamanya
di dalam pembentukan dasar-dasar dan tanggungjawab bagi melaksanakan dasar dan
melaksanakan arahan-arahan Menteri.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 12

4.4 Sistem Kewangan Kementerian

Sistem kewangan kementerian terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Kementerian yang mengakaun (self-accounting) adalah kementerian yang besar dan


mempunyai beberapa jabatan seperti Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan,
Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Kerja Raya, Kementerian
Dalam Negeri dan Kementerian Pertanian.

2. Kementerian yang tidak mengakaun sendiri (non self-accounting) adalah kementerian


yang kecil seperti Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelancongan
Malaysia.

Penentuan sama ada sesebuah kementerian mengakaun sendiri atau tidak adalah
berdasarkan kepada saiz kementerian berkenaan. Ini bertujuan untuk melicinkan
pentadbiran dan mempercepatkan proses kewangan bagi kementerian yang terlibat. Bagi
kementerian yang tidak mengakaun sendiri, Jabatan Akauntan Negara bertanggungjawab
menguruskan hal ehwal kewangannya. Pegawai pengawal kewangan bagi kementerian
ialah KSU. 9

4.5 Contoh: Peranan dan Fungsi Kementerian Kewangan

Secara umumnya, Kementerian Kewangan ditubuhkan untuk memastikan dasar


kewangan negara dapat mencapai pertumbuhan dan pembangunan ekonomi agar selaras
dengan Dasar Pembangunan Nasional. Antara peranan yang dilaksanakan oleh
kementerian ini ialah merumus dan melaksanakan dasar-dasar kewangan dan fiskal untuk

9
Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm. 126-
128
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 13

menjamin kecekapan dalam pembahagian dan pengurusan sumber-sumber kewangan


kerajaan. Ini meliputi aktiviti-aktiviti pengurusan belanjawan, dasar-dasar kawalan
kewangan, analisa ekonomi dan cukai, pentadbiran hasil dan pengurusan pinjaman.
Kementerian ini juga berfungsi dalam merumus dan mengawal dasar-dasar yang
berkaitan dengan perkhidmatan kontrak, bekalan dan pinjaman perumahan kerajaan.
Dalam hubungan ini, terdapat undang-undang dan peraturan kewangan yang ditadbir dan
dikuatkuasakan oleh Bahagian- bahagian di perbendaharaan.

Selain itu, Kementerian Kewangan ini juga berperanan dalam menyediakan


perkhidmatan ke atas segala aspek operasi, prosedur dan prinsip-prinsip perakaunan bagi
agensi-agensi kerajaan. Ini termasuklah penyenggaraan dan pemajuan sistem perakaunan
dan prosedur untuk digunakan oleh agensi-agensi Kerajaan seperti Kerajaan-kerajaan
Negeri dan Badan-badan Berkanun. Kerajaan juga berfungsi menyediakan pengurusan
am dan perkhidmatan bantuan kepada agensi-agensi lain di bawah Kementerian
Kewangan dan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai sebuah agensi
pusat dalam membentuk syarat-syarat dan peraturan perkhidmatan untuk sektor awam
secara keseluruhannya dan mentadbir skim pencen untuk Badan-badan Berkanun.

Kementerian Kewangan juga mengeluarkan lesen dan mengadakan kawalan bagi


perniagaan-perniagaan yang dilesenkan oleh Perbendaharaan Malaysia mengikut undang-
undang. Bahagian-bahagian yang sentiasa di hubungi oleh orang ramai ialah Bahagian
Analisa Cukai, Pengurusan Kontrak dan Bekalan dan Bahagian Bahagian Pengurusan
Kewangan, hutang dan pelaburan. 10
5.0 JABATAN

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diwujudkan di dalam sesebuah Kementerian.


Jabatan kerajaan di peringkat persekutuan terdiri daripada jabatan di peringkat pusat dan
jabatan persekutuan di setiap negeri. Setiap jabatan mempunyai ibu pejabatnya sendiri
yang terletak di Putrajaya, Kuala Lumpur. Ibu pejabat jabatan berfungsi menggubal
dasar, undang-undang dan peraturan, merancang mengawas serta menyelaras akiviti
10
Ahmad Atory Hussain, 2002, hlm. 204 - 205.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 14

jabatan di peringkat ibu pejabat, negeri dan daerah. Di samping itu, ibu pejabat juga
bertanggungjawab terhadap perkara yang berkaitan dengan kemajuan kerjaya pegawai
dan kakitangan jabatan masing-masing.

Jabatan kerajaan ini terletak di bawah pengawasan kementerian masing-masing.


Conthnya, Jabatan Polis Diraja Malaysia terletak di bawah Kementerian Keselamatan
Dalam Negeri. Kebanyakan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada sesebuah
jabatan itu akan dilaksanakan oleh jabatan berkenaan. Bagaimanapun, dalam hal ehwal
yang diperuntukkan oleh undang-undang, pihak jabatan akan merujuk kepada
kementerian untuk mendapatkan keputusan muktamad. Contohnya, Jabatan Imigresen
Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang terletak
di bawah Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri akan merujuk kepada kementerian
tersebut dari semasa ke semasa mengenai sesuatu perkara yang memerlukan keputusan
menteri.

Jabatan kerajaan ini mempunyai cawangan di peringkat negeri dan dipanggil


jabatan negeri. Tugas jabatan ini ialah memberi perkhidmatan kepada seluruh rakyat.
Contohnya, di Selangor, Jabatan Imigresen Selangor terletak di Shah Alam yang
menjalankan tugas menyediakan perkhidmatan dan penguatkuasaan di seluruh Selangor.
Sesetengah jabatan yang besar seperti Pertanian, Kebajikan dan Pendaftaran, mempunyai
pejabat masing-masingdi peringkat daerah. Cawangan jabatan di peringkat daerah
dipanggil jabatan peringkat daerah seperti jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat.

5.1 Peranan Jabatan

Fungsi jabatan adalah melaksanakan dasar dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Jabatan kerajaan berperanan memberi perkhidmatan kepada masyarakat,
meliputi bidang sosial, ekonomi, kesihatan, keselamatan dan pembangunan. Contohnya,
Jabatan Pendaftaran Negara bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti pemberian
taraf kewarganegaraan kepada individu yang layak, mengeluarkan kad pengenalan,
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 15

mendaftar dan menyusun maklumat mengenai kependudukan Negara, mendaftar


kelahiran dan kematian, perkahwinan dan lain-lain.

Memandangkan keperluan dan kepentingan perkhidmatan jabatan kepada rakyat,


kerajaan telah menubuhkan beberapa jabatan di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.
Pada masa ini, terdapat 74 buah jabatan persekutuan yang berfungsi sebagai jentera
pelaksana dasar kerajaan. Jabatan ini terletak di bawah pengawasan dan kawalan pelbagai
kementerian.

5.2 Pegawai Tadbir Utama dan Personel Jabatan

Jabatan kerajaan diketuai oleh seorang pegawai tadbir utama, iaitu Ketua Pengarah
Jabatan. Nama jawatan ini disesuaikan mengikut nama jabatan yang berkenaan.
Contohnya, Ketua Jabatan Polis dinamakan Ketua Polis Negara, Ketua Jabatan Akauntan
Negara digelar Akauntan Negara dan Ketua Jabatan Pelajaran digelar Ketua Pengarah
Pelajaran. Bagi Jabatan Pelajaran di peringkat negeri dan daerah pula digelar Pengarah
Pelajaran Negeri dan Pegawai Pelajaran Daerah.

Ketua Pengarah bertanggungjawab kepada Ketua Setiausaha Kementerian dan


menteri yang mengetuai kementerian berkenaan. Peranan Ketua Pengarah Jabatan adalah
dalam menentukan matlamat jabatan dicapai dengan menggerakkan jentera pengurusan
jabatan secara cekap dan berkesan.

Ketua Pengarah dibantu oleh sebilangan pegawai dan kakitangan yang berkelayakan
sesuai dengan fungsi serta tanggungjawab jabatan berkenaan. Bagi sesetengah jabatan,
jawatan di peringkat pengurusan tertinggi diisi oleh pegawai daripada kumpulan
Pengurusan dan Profesional, iaitu Pegawai Tadbir dan Diplomatik, manakala
sebahagian jabatan lain diisi oleh Pegawai Pengurusan dan Profesional dalam bidang
pengkhususan tertentu. Contohnya, jawatan peringkat pengurusan di Jabatan Imigresen,
Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Pengangkutan Jalan diisi oleh Pegawai Perkhidmatan
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 16

Tadbir dan Diplomatik. Manakala jabatan yang lain seperti Jabatan Pelajaran diisi oleh
Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan diisi oleh Pegawai Perkhidmatan
Perubatan dan Jabatan Kerja Raya diisi oleh Jurutera.

Bilangan personel sesebuah jabatan bergantung kepada saiz dan fungsi serta
tanggungjawab jabatan berkenaan. Jumlahnya perlu mendapat persetujuan daripada
kementerian berkenaan dan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam serta
Kementerian Kewangan.

5.3 Sistem Kewangan Jabatan

Berdasarkan kepada sistem kewangan terkini, peruntukan kewangan jabatan disediakan


oleh Perbendaharaan, Kementerian Kewangan melalui kementerian masing-masing. Bagi
mewujudkan pengurusan kewangan secara berkesan, KSU sebagai Pegawai Pengawal
akan manurunkan kuasa kepada Ketua-ketua Pengarah Jabatan di bawah kementerian
masing-masing. Bagi jabatan yang terletak di bawah kementerian yang mempunyai
sistem akaun sendiri, maka jabatan ini akan menggunakan sistem akaun sendiri,
manakala jabatan yang tidak mempunyai akaun sendiri, urusan kewangan jabatan akan
diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara.Dan Ketua Jabatan Akauntan Negara digelar
Akauntan Negara.11

5.4 Contoh: Fungsi Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia

Jabatan ini sentiasa memastikan penyaluran maklumat kerajaan malalui komunikasi


bersemuka, media elektronik, cetak dan komunikasi visual dapat berfungsi dengan
berkesan. Ia bertujuan untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat mengenai falsafah,

11
Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), 2006, hlm.
130-132
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 17

dasar dan program kerajaan supaya rakyat sentiasa faham dan komited dengan aktiviti-
aktiviti kerajaan.

Antara fungsi yang dilaksanakan oleh Jabatan Penerangan Malaysia ini ialah
memasarkan maklumat berkaitan dasar, falsafah dan wawasan negara. Jabatan ini juga
memberikan perkhidmatan perundingan Perhubungan Awam kepada agensi-agensi
kerajaan di Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah khususnya dari segi perancangan dan
perlaksanaan kempen. Selain itu, jabatan ini turut mengurus isu dan maklumat sebagai
input untuk perancangan kerajaan, serta mengurus, menyelaras dan melaksanakan
aktiviti-aktiviti perhubungan media.

Bagi Jabatan Penyiaran Malaysia pula ia sentiasa memberi dan menyebarkan


maklumat serta perkhidmatan penyiaran melalui radio dan televisyen. Ia bertujuan untuk
membina sikap, peribadi, pemikiran dan nilai-nilai yang sesuai untuk membantu dalam
menggalakkan pembangunan sosioekonomi masyarakat selaras dengan cita-cita negara.
Antara fungsi yang dimainkan oleh jabatan ini ialah menerang dan memberi liputan
secara meluas dan mendalam mengenai dasar-dasar dan rancangan kerajaan bagi
membolehkan rakyat memahami dengan sepenuhnya segala dasar dan rancangan
tersebut.

Selain itu Jabatan Penyiaran Malaysia turut berfungsi dalam menggalakkan


perhatian rakyat dan cara mereka berfikir untuk melahirkan perubahan sikap yang positif
sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan. Jabatan ini turut membantu mewujudkan
integrasi kaum. Secara tidak langsung ia turut membantu melahirkan kesedaran sivik dan
menggalakkan perkembangan seni dan kebudayaan Malaysia.12

6.0 KESIMPULAN

12
Nurazila Azizan & Anwar Rafie, 2005, hlm 43-44.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 18

Secara kesimpulannya, jentera pentadbiran kerajaan di negara ini telah menampakkan


perubahan-perubahan penting. Ia selaras dengan harapan rakyat yang kian meningkat dan
keazaman kerajaan untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu, aman dan
makmur. Bertepatan dengan konsep satu Malaysia “Rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan”

7.0 RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain. 2002. Kerajaan Tempatan: Teori dan Peranan di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hj. Mohd Jali et. al. 2003. Kajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan.
Paerson Malaysia.
Pengantar Pentadbiran Awam SKSJ1043 19

Malaysia Kita. 1992. Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan. Cetakan
Ke-2. Kuala Lumpur: International Law Book Services.

Nurazila Bt Azizan & Anwar Rafie. 2005. Kementerian- Kementerian, Jabatan dan
Agensi di Malaysia Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.

Pentadbiran dan Pengurusan Awam Malaysia. 2006. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Malaysia.

You might also like