You are on page 1of 2

Laporan Pendidikan

    Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah


pembentukan ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di
negara ini ialah:-

a) Laporan Razak (1957)

    Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini
ialah :-

    # Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .


    # Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa
pengantar utama .
    # Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

    Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan


masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di
semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk
menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini
bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang
mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang
berlandaskan alam Malaysia.

b) Laporan Rahman Talib (1960)

    Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah
mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan
menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat
sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-

    # Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai


bahasa pengantar utama dan proses                penukaran bahasa
pengantar.
    # Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun
berlainan bahasa di peringkat rendah ,                menengah,dan menengah
atas
    # Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk
keperluan tenaga mahir .
    # Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk
keperluan kerohanian sebagai teras.
c) Laporan Kabinet (1979 )

    Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan


Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji
pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi
Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek
penting yang perlu diberi perhatian ialah :-

    # Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.


    # Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan
mengira ) dan pengajaran pemulihan.
    # Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.
    # Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
    # Pendidikan kerohanian yang kukuh.
    # Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

You might also like