TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DI KALANGAN GURU PELATIH (KAJIAN SOSIAL) INSTITUT PERGURUAN SARAWAK

MIRI SEMASA MENJALANI

PRAKTIKUM DI SEKOLAH KEBANGSAAN PUJUT CORNER MIRI SARAWAK.

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga akan melihat sejauh manakah kesesuaian ABM yang digunakan dengan tajuk yang diajar, kecerdasan dan tahap umur pelajar. Jangka masa kajian adalah minggu pertama hingga minggu ketiga praktikum. Peserta kajian adalah dua orang guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri. Alat kajian yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian dan soal selidik yang dibina berdasarkan masalah dan tinjauan mengenai Alat Bantu Mengajar (ABM) dan diperolehi serta diubahsuai dari kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Soal selidik ini akan diedarkan kepada guru pembimbing untuk mendapatkan data kajian supaya dapat menilai sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak.

BAB 1

i

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

MASALAH KAJIAN

1.1

Pengenalan

Pada masa dahulu, guru mengajar tanpa menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM). Pendidikan yang diberikan adalah secara lisan oleh guru kepada pelajar. Menurut Asiah Abu Samah (1990), perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menyebabkan kaedah menyebar data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak lengkap. Maka, guru pelatih di Malaysia telah diperkenalkan dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk membantu mereka mengajar dengan lebih berkesan. Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Moldstat, J. A. (1974), penggunaan media yang sesuai perlu diintegrasikan ke dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif kepada pengajaran tersebut. Ini penting kerana menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bertenaga dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Disamping itu, pelajar yang 2

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah. Ini akan memudahkan proses pengajaran dan pengajaran guru di dalam kelas. Dengan menggunakan alat bantuan mengajar, guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik, dan berkesan. Manakala pelajar pula dapat memahami pelajaran dengan lebih berkesan. Kajian ini akan menunjukkan sejauh mana penggunaan ABM dalam proses pengajaran guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa

menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak.

1.2

Latar Belakang

Guru pelatih adalah generasi pelapis kepada warga pendidik untuk mendidik anak bangsa negara. Mereka merupakan harapan negara untuk melahirkan generasi pelapis 3

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

negara yang berkualiti. Alat Bantuan Mengajar (ABM) adalah merupakan alat yang sangat berguna kepada guru semasa mengajar pelajar. Tetapi terdapat ramai guru di Malaysia yang tidak menggunakan ABM semasa mengajar. Keadaan ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menjadi bosan dan pelajar sukar memahami apa yang diajar lalu menyebabkan prestasi pelajar merosot. Guru yang tidak menggunakan ABM semasa mengajar akan menimbulkan banyak masalah kepada pelajar untuk mempelajari apa yang diajar. Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), A. J. Philips dari University of Taxes pada tahun 1960 telah melakukan kajian berhubung dengan perkaitan antara ingatan dengan cara sesuatu data itu disampaikan. Hasil kajiannya ialah: Aktiviti Apa yang dibaca Apa yang didengar Apa yang dilihat Apa yang didengar dan dilihat Apa yang disebut Apa yang disebut dan dilakukan Ingatan 10% 20% 30% 50% 70% 90%

Hasil kajian ini telah menunjukkan kepentingan guru untuk mengaplikasikan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ABM untuk memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar. Keadaan ini berlaku kerana penggunaan ABM dapat memberi pelajar menggunakan lebih banyak deria untuk belajar seperti penggunaan filem dokumentari untuk mengajar sejarah. Dengan memberi pelajar menonton filem dokumentari, pelajar berpeluang belajar sejarah dengan lebih mudah dan berkesan tanpa berasa bosan kerana mereka dapat melihat apa yang berlaku dan tidak perlu mengimaginasi sejarah berdasarkan buku teks.

4

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Oleh kerana guru pelatih merupakan generasi pelapis kepada warga pendidik yang akan membentuk warganegara Malaysia yang berkualiti maka guru pelatih harus diajar cara menggunakan ABM semasa praktikum. Keadaan ini penting kerana dengan menyemaikan tabiat menggunakan ABM semasa menjalani praktikum, sudah tentu guru pelatih akan menggunakan ABM untuk mengajar selepas mereka tamat pengajian untuk mengajar pelajar pada masa akan datang. Banyak kajian telah dijalankan di sekolah dan institut perguruan Malaysia tentang ABM untuk meningkatkan penggunaan ABM di kalangan guru. Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000), penggunaan ABM seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Kajian yang dibuat oleh Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), hanya menekankan kepada guru pelatih KPLI (M) di Negeri Sembilan sahaja terhadap tahap penggunaan ABM semasa praktikum. Kajian mereka hanya bertumpu kepada guru pelatih KPLI (M) sahaja dan mengabaikan guru pelatih yang lain. Maka, kajian ini akan meneruskan kajian mereka tetapi hanya melibatkan dua orang guru pelatih daripada dua kursus pengajian yang berbeza tentang penggunaan ABM semasa praktikum. Persoalannya adalah mengapa masih ada ramai guru terutamanya guru-guru pelatih tidak peka terhadap penggunaan alat-alat teknologi pendidikan di dalam proses pendidikan mereka? Apakah sebab mereka tidak menggunakan ABM semasa mengajar dan ABM jenis apakah yang sering digunakan? Bagaimana cara untuk meningkatkan penggunaan ABM di kalangan guru? Maka, guru pelatih dipilih untuk dikaji kerana mereka akan menjadi generasi pelapis pendidik. Hasil kajian ini diharapkan dapat 5

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

memberi gambaran kedudukan penggunaan ABM oleh guru-guru pelatih institut perguruan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sewaktu menjalani praktikum. Ini diharap data hasil kajian boleh membantu untuk meningkatkan penggunaan ABM bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Kajian ini adalah berbentuk kajian lapangan yang menggunakan temu bual, pemerhatian dan soal selidik untuk melihat sejauh manakah penggunaan ABM di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dalam

pengajaran dan pembelajaran mereka sewaktu menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak.

1.3

Pernyataan Masalah Kajian

Walaupun sistem pendidikan sedang berkembang dengan pesat terutamanya dalam penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM), tapi masih ada guru-guru yang tidak menggunakannya. Kajian lepas yang dijalankan mendapati ada beberapa sebab mengapa guru tidak menggunakan ABM. Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan ABM. Satu faktor yang menghalang penggunaan ABM adalah kurangnya kemahiran penggunaan di kalangan guru. Fatimah (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar guru masih 6

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap dalam proses pengajaran mereka. Menyedari masalah penggunaan ABM di kalangan guru, guru-guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri telah dipilih untuk melihat sejauh manakah penggunaan ABM di kalangan mereka semasa praktikum. Kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah penggunaan ABM di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) dan faktor yang mempengaruhi mereka .

1.4

Kerangka Konsep

Pembolehubah tidak bersandar adalah: 1. Jantina (guru pelatih lelaki dan perempuan) 2. Jumlah waktu mengajar seminggu (kurang 6 waktu, 6 hingga 10 waktu, 11 hingga 14 waktu, lebih 15 waktu) Pembolehubah bersandar adalah: 1. Kekerapan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) 2. Kemahiran pengendalian ABM 3. Kesesuaian penggunaan ABM 1. Kekerapan menggunakan ABM 2. Kemahiran mengendalikan ABM 3. Kesesuaian penggunaan ABM 7

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

1. Jantina

2. Jumlah waktu mengajar seminggu

Kerangka konsep faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ABM di kalangan guru pelatih

1.5

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Menentukan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) dalam pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum. 2. ABM yang selalu digunakan semasa guru pelatih menjalani praktikum mereka. 3. Kesesuaian ABM yang digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) dalam

pengajaran mereka dari aspek tajuk pelajaran, tahap kecerdasan, dan tahap umur pelajar.

8

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

1.6

Soalan Kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan berhubung dengan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka semasa mengikuti praktikum. Soalan kajian adalah seperti berikut:

1.6.1

Sejauh manakah kekerapan guru pelatih (Kajian Sosial) menggunakan ABM semasa menjalani praktikum?

1.6.2

Sejauh manakah kemahiran guru pelatih (Kajian Sosial) dalam mengendalikan alat bantu mengajar (ABM)?

1.6.3

Apakah ABM yang selalu digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) semasa praktikum?

1.6.4

Sejauh manakah kesesuaian penggunaan ABM guru pelatih (Kajian Sosial) dalam aspek tajuk pelajaran, tahap kecerdasan, dan tahap umur pelajar?

1.7

Kepentingan Kajian

Penggunaan Alat Bantuan Mengajar (ABM) boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah menjadi lebih menarik dan berkesan. Memandangkan kajian ini dilakukan ke atas guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka menjalani praktikum maka diharap akan memperoleh satu keputusan sejauh manakah guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri menggunakan ABM kerana kajian tentang penggunaan ABM di kalangan guru pelatih 9

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

(Kajian Sosial)

Institut Perguruan Sarawak Miri semasa praktikum tidak pernah

dijalankan di Malaysia. Hasil kajian ini akan memberi satu gambaran tentang penggunaan ABM di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri untuk dijadikan rujukan kepada Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Perguruan Sarawak Miri untuk mengemaskini dan meningkatkan penggunaan ABM di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri. Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan juga boleh menggunakan hasil kajian ini untuk dijadikan panduan untuk mengatur strategi untuk meningkatkan mutu pengajaran di sekolah dengan menggunakan ABM. Akhir sekali, kajian ini akan membantu untuk memikirkan cara-cara mengubah sikap dan keengganan guru pelatih menggunakan ABM.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah di sekitar Sarawak oleh guru-guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri. Maka, hasil kajian mungkin hanya boleh digunakan oleh Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak sahaja dan bukannya di semua sekolah di Malaysia. Subjek kajian adalah guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri yang menjalani praktikum mereka di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Maka, hasil kajian ini mungkin hanya boleh digunakan oleh guru-guru pelatih Institut Perguruan Sarawak Miri sahaja dan bukannya kepada semua guru pelatih di semua institusi perguruan Malaysia. 10

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran guru pembimbing yang mengutip data-data semasa menyelia guru pelatih dalam praktikum di sekolah dan jawapan yang diberikan terhadap soalan kajian yang dijawab. Jika guru pembimbing memberi data yang tidak tepat atau palsu, kesahan keseluruhan kajian akan dipertikaikan dan tidak boleh diterima sebagai hasil kajian kerana kebanyakan data kajian dikutip oleh guru pembimbing selain daripada pemerhatian dan temu bual terus daripada penyelidik.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1

Alat Bantu Mengajar (ABM)

Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zuraidah Abd. Razak (1988), ABM adalah sebaran bahan atau alat yang digunakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah seperti Pusat Sumber atau dewan sekolah untuk membantu, menyokong, dan meneguhkan serta melengkapkan pengajaran guru.

1.9.2

Guru pelatih

11

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Menurut Sufean Hussin (1993), guru pelatih adalah individu yang sedang menjalani kursus latihan pendidikan guru sama di maktab perguruan ataupun universiti untuk menjadi seorang guru yang professional.

1.9.3

Praktikum

Menurut Sufean Hussin (1993), praktikum adalah program latihan untuk menilai tahap prestasi guru pelatih semasa mereka mengajar di sekolah.

1.9.4

Peserta Kajian

Peserta kajian menurut definisi opersional adalah sama konsepnya dengan peserta dan populasi kajian. Bezanya istilah peserta kajian digunakan khas untuk kajian kualitatif.

1.10

Rumusan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dan apakah jenis ABM yang selalu digunakan semasa mereka menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kesesuaian penggunaan ABM di kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dari segi tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar. Oleh kerana kajian mengenai penggunaan ABM di kalangan guru 12

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri belum dijalankan maka adalah diharapkan kajian ini dapat memberi data yang berguna mengenai penggunaan ABM di kalangan guru pelatih Institut Perguruan Sarawak Miri yang boleh membantu meningkatkan aplikasi penggunaan ABM di kalangan mereka.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh manakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dan apakah jenis ABM yang selalu digunakan oleh mereka semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kesesuaian penggunaan ABM di kalangan guru-guru pelatih (Kajian Sosial) dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dari segi tajuk

pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar. Bab ini mengandungi literatur berkaitan dan kajian berkaitan tentang penggunaan ABM di kalangan guru. 13

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

2.2 Literatur Berkaitan

Menurut Asiah Abu Samah (1990), perkembangan sains dan teknologi yang pesat telah menyebabkan kaedah menyebar data dan ilmu pengetahuan melalui bilik darjah menjadi tidak lengkap. Menurut Mok Soon Sang (1991), ABM merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), melalui penggunaan ABM dalam pengajaran, pelajar bukan sahaja boleh nampak pergerakan yang dilakukan tetapi pelajar dapat membaiki kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti tersebut. Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), pelajar yang pintar dapat belajar dengan sendiri menggunakan alat-alat media dan guru hanya perlu membantu pelajar yang lemah. Menurut Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004), A. J. Philips dari University of Taxes pada tahun 14

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

1960 telah melakukan kajian berhubung dengan perkaitan antara ingatan dengan cara sesuatu data itu disampaikan. Hasil kajiannya ialah:

Aktiviti Apa yang dibaca Apa yang didengar Apa yang dilihat Apa yang didengar dan dilihat Apa yang disebut Apa yang disebut dan dilakukan

Ingatan 10% 20% 30% 50% 70% 90%

Hasil kajian ini telah menunjukkan kepentingan guru untuk mengaplikasikan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ABM untuk memastikan pelajar dapat mengikuti apa yang diajar. Menurut Moldstat, J. A. (1974), penggunaan media yang sesuai perlu diintegrasikan ke dalam program pengajaran untuk memberi kesan positif kepada pengajaran tersebut. Menurut kajian yang dibuat oleh Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad (2000), penggunaan ABM seperti bahan pengajaran multimedia dapat menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Menurut kajian yang dibuat oleh Shafie bin Mohd. Daud (1990), beban kerja yang berlebihan mempengaruhi guru dalam menggunakan ABM.

15

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Menurut Sufean Hussin (1993), guru pelatih adalah individu yang sedang menjalani kursus latihan pendidikan guru sama di maktab perguruan ataupun universiti untuk menjadi seorang guru yang professional. Menurut Sufean Hussin (1993), praktikum adalah program latihan untuk menilai tahap prestasi guru pelatih semasa mereka mengajar di sekolah. Fatimah Ali (1980), dalam laporan kajiannya menyatakan sebilangan besar guru masih menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kapur dan bercakap dalam proses pengajaran mereka. Menurut Zuraidah Abd. Razak (1988), ABM adalah sebaran bahan atau alat yang digunakan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah seperti Pusat Sumber atau dewan sekolah untuk membantu, menyokong, dan meneguhkan serta melengkapkan pengajaran guru.

2.3 Kajian Berkaitan

Kajian yang dijalankan oleh Zulkafi bin Tasiron (1999) adalah bertajuk “Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru di Sekolah Menengah Dato’ Hj. Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang”. Tujuan kajian adalah untuk menentukan tahap penggunaan ABM di kalangan guru, menganalisis faktor yang menghalang guru dalam

menggunakan ABM, dan mengenal pasti peranan Pusat Sumber dalam membantu guru menggunakan ABM. Kajian ini melibatkan 51 orang guru di Sekolah Menengah Dato’ Hj. Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan peratus. Hasil kajian menunjukkan guruguru sekolah tersebut menggunakan ABM yang berbentuk bukan elektronik dan kurang 16

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

menggunakan ABM yang berbentuk elektronik dan pusat sumber kurang memainkan peranan sebagai sumber ABM bagi guru di sekolah tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Hj. Mahat bin Ibrahim (1998) adalah bertajuk “Penggunaan Media dalam Pengajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat Johor”. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau penggunaan media dalam pengajaran Matematik di kalangan guru-guru sekolah rendah daerah batu Pahat Johor. Data kajian dikumpul dengan menggunakan satu alat kajian iaitu soal selidik. Seramai 47 orang guru yang mengajar matematik telah dipilih untuk dijadikan peserta kajian. Kaedah uji dan uji semula telah digunakan untuk menentukan kebolehpercayaan alat kajian ini. Hasil kajian menunjukkan semua peserta kajian ada menggunakan media dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan media elektronik kurang digunakan. Di antara masalah yang guru hadapi semasa menggunakan media dalam pengajaran adalah mereka tidak mendapat latihan asas yang mencukupi dan beban tugas juga merupakan satu masalah yang mereka hadapi dalam menggunakan media. Kajian yang dijalankan oleh Sumilah Bte Marto (1998), adalah bertajuk “FaktorFaktor Kekangan Penggunaan Media Elektronik di Kalangan Guru Pelatih”. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti faktor-faktor yang mengekang penggunaan media elektronik dalam pengajaran di kalangan guru-guru pelatih Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim yang sedang menjalani praktikum. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menghalang penggunaan media elektronik di kalangan guru pelatih. Data kajian dikumpul dengan menggunakan dua alat kajian iaitu soal selidik dan temu bual. Seramai 60 orang guru pelatih Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim dipilih untuk dijadikan sampel kajian menggunakan kaedah 17

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

persampelan rawak bersistematik. Hasil kajian menunjukkan kekangan penggunaan media elektronik adalah sikap dan minat guru pelatih yang tidak menggalakkan, kekurangan kemudahan fizikal dan infrastruktur, kekurangan koleksi sumber media, kurangnya pendedahan dan kemahiran dalam bidang media elektronik, kelemahan pengurusan pusat sumber sekolah, beban tugas serta kurang bimbingan dan penyeliaan. Kajian yang dijalankan oleh Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004) adalah bertajuk “Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih KPLI (M) Maktab Perguruan Raja Melewar, Sewaktu Praktikum”. Tujuan kajian adalah untuk meninjau sejauh mana guru pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan 2003 Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) sewaktu mereka menjalani praktikum fasa 1 dan 2. Kajian ini melibatkan 70 orang guru pelatih yang merupakan sebahagian daripada guru pelatih KPLI (M) ambilan Januari 2003 Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan ABM adalah pada tahap kadang kala. Kajian yang dijalankan oleh Tan Siew Yin (1989) adalah bertajuk “Persepsi Guru dan Pelajar terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Sains Paduan”. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji persepsi guru dan pelajar di beberapa sekolah di Melaka terhadap penggunaan media teknologi pendidikan dalam pengajaran Sains Paduan. Kajian ini melibatkan 50 orang guru dan 50 orang pelajar. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan persepsi guru dan pelajar

18

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

terhadap penggunaan media teknologi pendidikan dalam Sains Paduan adalah baik walaupun kurang mahir. Kajian yang dijalankan oleh Nur Dzainuddin Mohammad (1989) adalah bertajuk “Masalah-Masalah yang Menghalang Guru-Guru Terlatih di Sekolah-Sekolah Menengah daripada Mengunakan Alat Bantu Mengajar”. Tujuan kajian adalah untuk meninjau masalah yang menghalang guru terlatih di sekolah menengah daripada menggunakan ABM. Kajian ini melibatkan 60 orang guru terlatih sekolah menengah. Alat kajian yang digunakan adalah soal selidik dan temu bual. Hasil kajian menunjukkan masalah yang menghalang adalah sikap guru dan pentadbiran sekolah yang tidak mahu menerima pembaharuan dalam pengajaran menghalang mereka daripada mengunakan ABM.

2.4 Rumusan 19

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Kepentingan tinjauan literatur kepada kajian yang akan dijalankan adalah ianya membantu pengkaji mengetahui subjek kajian dengan lebih mendalam supaya pengkaji dapat pengetahuan yang mendalam mengenai kajiannya. Tinjauan telah menunjukkan bahawa perkembangan dunia teknologi telah banyak mengubah cara pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru. Alat Bantu Mengajar (ABM) adalah hasil daripada ciptaan teknologi untuk membantu guru meningkatkan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan. ABM adalah sangat penting kerana dengan menggunakannya pelajar lebih senang memahami apa yang telah diajar kerana mereka dapat menggunakan kesemua deria mereka dan dapat melibatkan diri secara aktif. Tetapi banyak guru masih enggan menggunakan ABM dalam sesi pengajaran mereka dan lebih suka mengajar dengan kaedah tradisional iaitu cakap dan tulis. Banyak alasan telah diberikan untuk tidak menggunakan ABM semasa mengajar. Tinjauan kajian lepas akan menolong pengkaji untuk memhami cara membina metodologi kajian dengan lebih baik dan berkesan. Tinjauan kajian lepas menunjukkan banyak kajian telah dijalankan oleh penyelidik untuk mengenal pasti penggunaan ABM dan masalah yang dihadapi. Sebanyak enam kajian telah dikaji dan didapati kesemuanya menggunakan 40 hingga 60 orang sebagai sampel kajian. Kajian yang dijalankan oleh Zulkafi bin Tasiron (1999), Hj. Mahat bin Ibrahim (1998), dan Sumilah Bte Marto (1998) menunjukkan guru kurang menggunakan ABM berbentuk media elektronik.

Kesemua enam kajian ini menggunakan alat kajian soal selidik dan pada masa yang sama ada juga menggunakan kaedah temu bual untuk menguatkan kesahan kajian. Banyak faktor telah dikenalpasti sebagai punca guru tidak menggunakan ABM. Maka metodologi kajian telah dirangka. Penggunaan alat kajian adalah menggunakan soal 20

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

selidik, pemerhatian dan temu bual. Soal selidik digunakan kerana kesemua kajian di atas menggunakan soal selidik dan berjaya mendapat hasil kajian yang bernas. Selain itu, pemerhatian dan temu bual akan digunakan untuk mengukuhkan lagi kesahan kajian. Sampel kajian adalah sebanyak 2 orang akan digunakan walaupun jumlah sampel kajian lepas menggunakan 40 hingga 60 orang kerana kajian ini merupakan kajian lapangan dan bukannya kajian deskriptif yang dilakukan sebelum ini. Keadaan ini berlaku kerana faktor kekangan masa yang tidak dapat dielakkan semasa menjalakkan kajian, iaitu selama enam minggu sewaktu praktikum. Kajian lepas jelas menunjukkan kadar penggunaan ABM dikalangan guru masih tidak memuaskan. Maka pengkaji ingin mengkaji penggunaan ABM oleh guru-guru pelatih sebelum mereka menjadi guru yang terlatih dan cuba mengatasi masalah yang dikenalpasti pada peringkat awal.

BAB 3

21

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dan apakah jenis ABM yang selalu digunakan semasa mereka menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Selain itu, kajian ini juga akan melihat kesesuaian penggunaan ABM di kalangan guru pelatih dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dari segi tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar. Bab ini mengandungi reka bentuk kajian, tempat kajian, peserta kajian, alat kajian, teknik pengumpulan data, dan kaedah analisis data.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan mengambil bentuk kajian kualitatif iaitu kajian lapangan tentang penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) di 22

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Institut Perguruan Sarawak Miri semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Pengumpulan data kajian adalah dijalankan melalui temu bual, pemerhatian dan borang soal selidik yang diisi oleh guru pembimbing yang menyelia guru pelatih semasa praktikum. Reka bentuk kajian lapangan ini dipilih kerana kesemua data sampel kajian dapat dikumpul dalam satu masa bagi memudahkan penyelidik memahami kajian yang ingin dijalankan. Selain itu, kajian lapangan juga memberi penerangan tentang persoalan kajian serta perkaitan pembolehubahpembolehubah yang terdapat dalam kajian. Soal selidik dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian latar diri dan bahagian penggunaan ABM. Temu bual dan pemerhatian akan dilakukan oleh penyelidik sendiri. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti kemahiran penggunaan ABM, kekerapan mengunakan ABM, dan jenis ABM yang digunakan semasa guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa mereka menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Maka, kajian ini menggunakan tiga pembolehubah bersandar dan dua pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah kemahiran menggunakan ABM, kekerapan menggunakan ABM, dan kesesuaian penggunaan ABM semasa guru pelatih menjalani praktikum di sekolah. Pembolehubah tidak bersandar adalah jantina dan jumlah waktu mengajar.

3.3

Tempat Kajian

Tempat kajian adalah di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak, tempat penyelidik dan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri menjalani praktikum mereka. 23

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

3.4

Peserta Kajian

Peserta kajian adalah guru-guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Memandangkan populasi guru pelatih yang menjalankan praktikum adalah tidak ramai maka kajian ini akan mengambil 2 orang guru pelatih sebagai peserta kajian. Peserta kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah dimana semua guru pelatih yang menjalani praktikum mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai peserta kajian. Setiap guru pelatih akan diberikan nombor untuk mewakili mereka berpandukan kepada jadual nombor rawak. Di sini 2 nombor akan dipilih dan nombor tersebut akan dirujuk pada jadual nombor rawak untuk memilih guru pelatih yang akan dijadikan peserta kajian.

3.5

Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan soal selidik yang dibina berdasarkan masalah dan tinjauan mengenai Alat Bantu Mengajar (ABM). Soalan yang terdapat dalam soal selidik adalah berbentuk soalan tertutup dengan menggunakan Skala Likert lima markah. Skala Likert lima markah ini dipilih kerana cara ini adalah satu cara 24

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

yang dapat menggambarkan pengukuran pendapat secara berkesan. Pembentukan itemitem soal selidik adalah berdasarkan kepada pembolehubah-pembolehubah kajian. Kebanyakan item-item diperolehi dan diubahsuai dari kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Beberapa item lagi telah direka oleh pengkaji untuk melengkapkan kajian ini. Alat kajian ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:

Bahagian A (Latar Diri) Bahagian ini mempunyai enam item iaitu tahun pengajian, pengkhususan, jantina, dan jumlah jam mengajar seminggu.

Bahagian B (Penggunaan ABM) Bahagian ini mempunyai enam item iaitu data mengenai penggunaan ABM, kadar penggunaan ABM, kekerapan penggunaan ABM, jenis ABM yang sering digunakan, kemahiran mengendalikan ABM, dan kesesuaian ABM yang digunakan dari segi tajuk, peringkat umur, dan kecerdasan pelajar.

3.6

Teknik Pengumpulan Data

Penyelidik akan membuat temu bual dengan guru pelatih untuk mendapatkan pandangan dan keterangan. Selain itu, penyelidik juga akan menjalankan pemerhatian keatas guru pelatih yang ingin dikaji. Pada masa yang sama, 2 set borang soal selidik akan diedarkan kepada guru pembimbing yang akan menyelia guru pelatih yang akan dikaji. Guru pembimbing akan mengisi borang soal selidik yang diedarkan. Guru pembimbing 25

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

tersebut akan diberi taklimat penjelasan tentang cara mengisi borang soal selidik seminggu sebelum guru pelatih pergi menjalankan praktikum. Jangka masa kajian adalah sepanjang tiga minggu praktikum bermula dari minggu pertama hingga minggu ketiga praktikum. Pengumpulan data dijalankan setelah selesai minggu ketiga praktikum oleh guru pembimbing. Guru pembimbing perlu menyerahkan kembali 2 set borang soal selidik yang siap diisi pada hari Isnin seminggu selepas minggu ketiga praktikum kepada penyelidik di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak.

3.7 Kaedah Analisis Data

Semua data yang dikutip daripada pemerhatian dan temu bual akan direkodkan dan dianalisis oleh pengkaji. Semua data yang dikumpul daripada borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan pengiraan statistik. Statistik yang digunakan dalam penganalisian ini adalah taburan kekerapan, peratus (%) dan min untuk melihat sejauh mana kekerapan penggunaan ABM dan kemahiran mengendalikan ABM. Berdasarkan keputusan analisis, data akan dipersembahkan dalam jadual. Pandangan dan pendapat 26

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

akan dipersembahkan secara langsung dalam huraian. Hasilnya akan dibincangkan untuk membuat kesimpulan.

3.8

Rumusan

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk kajian kajian kuanlitatif iaitu kajian lapangan tentang penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih di Institut Perguruan Sarawak Miri semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Tempat kajian yang akan dijalankan adalah Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak, iaitu salah satu tempat guru-guru pelatih praktikum. Populasi kajian adalah guru-guru pelatih Institut Perguruan Sarawak Miri yang menjalani praktikum dan 2 orang guru pelatih akan dipilih sebagai peserta 27

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Alat kajian yang digunakan adalah pemerhatian, temu bual dan soal selidik berbentuk soalan tertutup dan menggunakan Skala Likert yang diubahsuai daripada kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A (Latar Diri) dan Bahagian B (Penggunaan ABM). Teknik pengumpulan data adalah dengan mengedarkan 2 set borang soal selidik kepada guru pembimbing. Guru pembimbing akan diberi taklimat penjelasan tentang cara mengisi borang soal selidik seminggu sebelum guru-guru pelatih pergi menjalani praktikum. Kajian ini akan berlangsung selama tiga minggu dan datadata kajian akan dikutip oleh penyelidik pada hari Isnin minggu keempat praktikum melalui guru-guru pembimbing di Institut Perguruan Sarawak Miri. Kaedah analisis data kajian yang akan digunakan adalah pengiraan statistik dan penganalisan hasil temu bual dan pemerhatian pengkaji.

BAB 4

KEPUTUSAN KAJIAN

4.1

Pengenalan

Bab ini akan membentangkan dua perkara utama, pertama keperihalan sampel dan kedua dapatan kajian. Di bawah peperihalan sampel akan dijelaskan siapakah sampel sebenar

28

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

yang

digunakan

untuk

mendapatkan

data

kajian.

Penjelasannya

menyentuh

pembolehubah-pembolehubah seperti jantina dan jumlah waktu mengajar seminggu. Dalam dapatan kajian dihuraikan analisis data mengikut soalan-soalan kajian. Huraian dikemukakan dalam bentuk peratus, min dan analisis.

4.2

Keperihalan Sampel

Sebanyak dua orang guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri yang sedang menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak pada tahun 2008 terlibat dalam kajian ini. Taburan responden boleh dijelaskan lagi mengikut latar belakang mereka.

4.2.1

Taburan Responden Berdasarkan Latar Belakang

Kekerapan dan peratus responden berdasarkan latar belakang peserta adalah seperti dalam jadual 4.1 hingga jadual 4.13:

Jantina Lelaki

Kekerapan 1

Peratus 50.00

Perempuan 1 50.00 Jumlah 2 100.00 Jadual 4.1 menunjukkan Taburan Responden Mengikut Jantina (Soal Selidik)

29

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Berdasarkan Jadual 4.1 tentang taburan responden peserta mengikut jantina, terdapat seramai 1 orang respondan (50 peratus) terdiri daripada guru pelatih lelaki di samping 1 orang responden (50 peratus) adalah guru pelatih perempuan. Waktu Mengajar Seminggu Kurang 6 waktu 6 hingga 10 waktu 11 hingga 14 waktu Kekerapan 0 0 2 Peratus 0.00 0.00 100.00

Lebih 15 waktu 0 0.00 Jumlah 2 100.00 Jadual 4.2 menunjukkan Taburan Responden Mengikut Jumlah Waktu Mengajar Seminggu (Soal Selidik)

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut jumlah waktu mengajar dalam seminggu. Didapati tidak terdapat peserta (0.00 peratus) yang mengajar kurang dari 6 waktu seminggu, 6 hingga 10 waktu seminggu dan lebih daripada 15 waktu seminggu. Terdapat sebanyak 2 orang responden (100.00 peratus) yang mengajar dari 11 hingga 14 waktu seminggu.

4.3

Jawapan Kepada Soalan-Soalan Kajian

Jawapan dapatan kajian yang akan dikemukakan dalam bahagian ini adalah untuk menghuraikan jawapan kepada soalan kajian, iaitu penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka semasa mengikuti praktikum.

30

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Untuk menjawab soalan-soalan kajian tersebut, penyelidik menggunakan min dan peratus dari analisis tindakan responden terhadap pernyataan yang telah dikemukakan dalam soal selidik, pemerhatian dan analisis.

4.3.1

Kekerapan menggunakan alat bantu mengajar (ABM). Sejauh manakah kekerapan guru pelatih (Kajian Sosial) menjalani praktikum? menggunakan ABM semasa

Min 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 4.00 – 4.99

Interpretasi Tidak pernah Jarang Kadang kala Kerap

5.00 Amat kerap Jadual 4.3 menunjukkan Interpretasi Kekerapan Menggunakan ABM Berdasarkan Nilai Min (Soal Selidik)

Jadual 4.3 menunjukkan interpretasi kekerapan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan nilai min yang dikemukakan dalam kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘tidak pernah’, min 2.00 31

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

hingga 2.99 menunjukkan pernyataan itu pada tahap ‘jarang’, min 3.00 hingga 3.99 menunjukkkan pernyataan itu pada tahap ‘kadang kala’, min 4.00 hingga 4.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘kerap’, dan min 5.00 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘amat kerap’.

Bilangan kali menggunakan ABM dalam seminggu 7 dan ke atas 5–6 3–4 1–2 0

Interpretasi Amat kerap Kerap Kadang kala Jarang

Tidak pernah Jadual 4.4 menunjukkan Interpretasi Kekerapan Menggunakan ABM Dalam Tiga Minggu (Soal Selidik)

Jadual 4.4 menunjukkan interpretasi kekerapan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) dalam seminggu yang dikemukakan dalam kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). 7 kali dan ke atas menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat kerap’, 5 hingga 6 kali menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Kerap’, 3 hingga 4 kali menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Kadang kala’, 2 hingga 1 kali menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Jarang’ dan 0 kali menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Tidak pernah’.

32

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Interpretasi Amat kerap Kerap Kadang kala Jarang

Kekerapan 2 0 0 0

% Skor 100.00 0.00 0.00 0.00

Min 5.000 0.000 0.000 0.000

Tidak pernah 0 0.00 0.000 Jumlah 2 100.00 5.000 Jadual 4.5 menunjukkan Interpretasi Kekerapan Menggunakan ABM oleh Responden (Soal Selidik)

Jadual 4.5 menunjukkan interpretasi kekerapan menggunakan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka semasa mengikuti praktikum adalah ‘Amat kerap’ kerana mengikut data jadual 4.5, interpretasi 100.00 peratus berada pada ‘Amat kerap’ (Min 5.000).

Alat

Bantu

% Skor

Kekerapan

Min

33

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Mengajar Bahan Bercetak Bahan Bukan Cetak Bahan Tiga Dimensi Bahan Tayang Sistem Audio Sistem Video dan TV

70.00 100.00 50.00 60.00 30.00 30.00

7 10 5 6 3 3

3.500 5.000 2.500 3.000 1.500 1.500

Komputer 60.00 6 3.000 Jadual 4.6 menunjukkan Urutan Kekerapan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Berdasarkan Peratus Skor dan Nilai Min (Soal Selidik)

Jadual 4.6 menunjukkan urutan kekerapan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih berdasarkan peratus skor dan nilai min. Bagi bahan bukan cetak, min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘amat kerap’ (5.000). Bagi bahan bercetak, bahan tayang dan komputer, min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘kadang kala’ (3.500, 3.000 dan 3.000). Bagi bahan tiga dimensi, min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘jarang’ (2.500). Bagi sistem audio dan sistem video dan TV, min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘tidak pernah’ (1.500 dan 1.500).

4.3.2 Kemahiran Pengendalian Alat Bantu Mengajar (ABM). Sejauh manakah kemahiran guru pelatih (Kajian Sosial) dalam mengendalikan alat bantu mengajar (ABM)?

34

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Min 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 4.00 – 4.99

Interpretasi Amat Tidak Mahir Tidak Mahir Sederhana Mahir Mahir

5.00 Amat Mahir Jadual 4.7 menunjukkan Interpretasi Kemahiran Pengendalian ABM Berdasarkan Nilai Min (Soal Selidik)

Jadual 4.7 menunjukkan interpretasi kemahiran mengendalikan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan nilai min yang dikemukakan. Min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat Tidak Mahir’, min 2.00 hingga 2.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Tidak Mahir’, min 3.00 hingga 3.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Sederhana Mahir, min 4.00 hingga 4.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Mahir’, dan min 5.00 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat Mahir’.

Alat Bantu Mengajar Bahan Bercetak Bahan Bukan Cetak

Amat Tidak Mahir 0 (0.0%) 0 (0.0%)

Tidak Mahir 0 (0.0%) 0 (0.0%)

Sederhana Mahir 1 (50.0%) 0 (0.0%) 35

Mahir

Amat Mahir 0 1 (50.0%) 1 (50.0%)

Min

3.500 4.500

(0.0%) 1 (50.0%)

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Bahan Tiga Dimensi Bahan Tayang Sistem Audio Sistem Video dan TV Komputer Min

0 (0.0%) 0 (0.0%) 1 (50.0%) 1 (50.0%) 0 (0.0%)

0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%)

2 (100.0%) 1 (50.0%) 1 (50.0%) 1 (50.0%) 1 (50.0%)

0 (0.0%) 1 (50.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 1 (50.0%)

0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%)

3.000 3.500 2.000 2.000 3.500 3.143

Keseluruhan Jadual 4.8 menunjukkan Min Kemahiran Guru Pelatih (Kajian Sosial) Dalam Pengendalian Alat Bantu Mengajar (Soal Selidik)

Jadual 4.8 menunjukkan min kemahiran dalam pengendalian alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) berdasarkan peratus skor dan nilai min. Berdasarkan jadual di atas (Jadual 4.8), nilai min keseluruhan ialah 3.143. Dari jadual interpretasi 4.7, min untuk kemahiran pengendalian alat bantu mengajar oleh guru pelatih (Kajian Sosial) berada pada tahap sederhana mahir (Min 3.143). Bagi bahan bukan cetak, min kemahiran pengendaliannya berada pada tahap ‘Mahir’ (Min 4.500). Sementara itu, min kemahiran pengendalian responden bagi bahan bercetak (3.500), bahan tiga dimensi (3.000), bahan tayang (3.500) dan komputer (3.500) berada pada tahap ‘Sederhana Mahir’. Bagi min kemahiran pengendalian responden bagi sistem audio (2.000) dan sistem video dan TV (2.000) berada pada tahap tidak mahir.

36

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

4.3.3 Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM). Apakah Alat Bantu Mengajar (ABM) yang selalu digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) semasa praktikum?

Min 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 4.00 – 4.99

Interpretasi Tidak pernah Jarang Kadang kala Kerap

5.00 Amat kerap Jadual 4.9 menunjukkan Interpretasi Jenis Alat Bantu Mengajar Yang Sering Digunakan Berdasarkan Nilai Min (Soal Selidik)

Jadual 4.9 menunjukkan interpretasi jenis alat bantu mengajar (ABM) yang sering digunakan berdasarkan nilai min yang dikemukakan. Min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Tidak Pernah, min 2.00 hingga 2.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Jarang’, min 3.00 hingga 3.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Kadang kala’, min 4.00 hingga 4.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Kerap’ dan min 5.00 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat Kerap’.

Alat Mengajar Bahan Bercetak

Bantu

% Skor 70.00

Kekerapan 7

Min 3.500

37

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Bahan Bukan Cetak Bahan Tiga Dimensi Bahan Tayang Sistem Audio Sistem Video dan TV

100.00 50.00 60.00 30.00 30.00

10 5 6 3 3

5.000 2.500 3.000 1.500 1.500

Komputer 60.00 6 3.000 Jadual 4.10 menunjukkan Urutan Kekerapan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Mengikut Jenis ABM Berdasarkan Peratus Skor dan Nilai Min (Soal Selidik)

Jadual 4.10 menunjukkan urutan kekerapan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) mengikut jenis di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) berdasarkan peratus skor dan nilai min. Bagi bahan bukan cetak (5.000), min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘Amat Kerap’. Bagi bahan bercetak (3.500), bahan tayang (3.000) dan komputer (3.000), min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘kadang kala’. Bagi bahan tiga dimensi (2.500), min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘Jarang’. Bagi sistem audio (1.500) dan sistem video dan TV (1.500), min kekerapan penggunaannya berada pada tahap ‘Tidak Pernah’.

4.3.4 Kesesuaian Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM). Sejauh manakah kesesuian penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dengan tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar oleh guru pelatih (Kajian Sosial)?

Min 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 38

Interpretasi Tidak Sesuai Kurang Sesuai

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

3.00 – 3.99 4.00 – 4.99

Sederhana Sesuai Sesuai

5.00 Amat Sesuai Jadual 4.11 menunjukkan Interpretasi Min Untuk Kesesuaian Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Tajuk Pelajaran, Tahap Kecerdasan dan Tahap Umur Pelajar (Soal Selidik)

Jadual 4.11 menunjukkan interpretasi kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan nilai min yang dikemukakan. Min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Tidak Sesuai’, min 2.00 hingga 2.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Kurang Sesuai’, min 3.00 hingga 3.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Sederhana Sesuai’, min 4.00 hingga 4.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Sesuai’ dan min 5.00 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat Sesuai’.

Kesesuaian Tajuk Pelajaran Tahap Kecerdasan

% Skor 100.00 80.00

Min 5.000 4.000

Tahap Umur Murid 90.00 4.500 Min Keseluruhan 4.500 Jadual 4.12 menunjukkan Urutan Kesesuaian Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Berdasarkan Peratus Skor dan Nilai Min (Soal Selidik)

Jadual 4.12 menunjukkan urutan kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) berdasarkan peratus skor dan nilai min. Berdasarkan jadual di atas (Jadual 4.12), nilai min keseluruhan ialah 4.500. Dari jadual 39

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

interpretasi 4.11, min untuk kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar oleh guru pelatih (Kajian Sosial) berada pada tahap ‘Sesuai’ (Min 4.500). Kesesuaian bagi tajuk pelajaran dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) oleh guru pelatih (Kajian Sosial) ialah pada tahap ‘Amat Sesuai’ (Min 5.000), kesesuaian bagi tahap kecerdasan (4.000) dan tahap umur pelajar (4.500) dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) oleh guru pelatih (Kajian Sosial) ialah pada tahap ‘Sesuai’.

Alat Bantu Mengajar Bahan Bercetak: Surat khabar, majalah, risalah, jurnal dan lain-lain. Bahan Bukan Bercetak: Gambar, poster, lukisan, carta, peta, dan lain-lain. Bahan Tiga Dimensi: Model, haiwan, tumbuhan, dan lain-lain. Bahan Tayangan: Filem bergerak, slaid, LCD projector, dan lain-lain. Sistem Audio: Radio, pita audio, piring hitam, dan lain-lain. Sistem Video dan TV: Pita video, program pendidikan, filem, dan lain-lain. Komputer:

Ya 0 (0.0%) 2 (100.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 1

Tidak 2 (100.0%) 0 (0.0%) 2 (100.0%) 2 (100.0%) 2 (100.0%) 2 (100.0%) 1

Computer, CD dan lain-lain (50.0%) (50.0%) Jadual 4.13 menunjukkan ABM Yang Digunakan Oleh Guru Pelatih (Pemerhatian)

Jadual 4.13 menunjukkan ABM yang digunakan oleh guru pelatih semasa sesi pemerhatian dilakukan oleh pengkaji. Melalui pemerhatian, didapati bahan bukan bercetak (100.0%) digunakan oleh kedua-dua subjek kajian. Manakala komputer (50.0%) digunakan oleh salah satu subjek kajian sahaja. Bagi alat bantu mengajar yang 40

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

lain, iaitu bahan bercetak, bahan tiga dimensi, bahan tayangan, sistem audio, dan sistem video dan TV tidak digunakan oleh kedua-dua subjek (0%). Min 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 4.00 – 4.99 Interpretasi Amat Tidak Mahir Tidak Mahir Sederhana Mahir Mahir

5.00 Amat Mahir Jadual 4.14 menunjukkan Interpretasi Kemahiran Pengendalian ABM Berdasarkan Nilai Min (Pemerhatian)

Jadual 4.14 menunjukkan interpretasi kemahiran mengendalikan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan nilai min yang dikemukakan. Min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat Tidak Mahir’, min 2.00 hingga 2.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Tidak Mahir’, min 3.00 hingga 3.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Sederhana Mahir, min 4.00 hingga 4.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Mahir’, dan min 5.00 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat Mahir’.

Alat Bantu

Amat

Tidak

Sederhana 41

Mahir

Amat

Min

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Mengajar Bahan Bercetak Bahan Bukan Cetak Bahan Dimensi Bahan Tayang Sistem Audio Sistem Video dan TV Komputer Tiga

Tidak Mahir 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0

Mahir 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0

Mahir 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 1

Mahir 0 (0.0%) 2 (100.0%) 0 (5.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 (0.0%) 0 0.000 5.000 0.000 0.000 0.000 0.000 4.000

(0.0%) (0.0%) (0.0%) (50.0%) (0.0%) Jadual 4.15 menunjukkan Min Kemahiran Guru Pelatih (Kajian Sosial) Dalam Pengendalian Alat Bantu Mengajar (Soal Selidik)

Jadual 4.15 menunjukkan min kemahiran dalam pengendalian alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) berdasarkan peratus skor dan nilai min. Dari jadual interpretasi 4.14, min untuk kemahiran pengendalian alat bantu mengajar oleh guru pelatih (Kajian Sosial) bagi bahan bukan cetak (Min 5.000) adalah ‘Amat Mahir’. Manakala min kemahiran pengendalian alat bantu mengajar komputer berada pada tahap ‘Mahir’ (Min 4.000). Sementara itu, min kemahiran pengendalian responden bagi bahan bercetak, bahan tiga dimensi, bahan tayang, sistem audio dan sistem video dan TV tidak dapat dianalisis kerana responden tidak menggunakan alat bantu mengajar tersebut. 42

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Min 1.00 – 1.99 2.00 – 2.99 3.00 – 3.99 4.00 – 4.99

Interpretasi Tidak Sesuai Kurang Sesuai Sederhana Sesuai Sesuai

5.00 Amat Sesuai Jadual 4.16 menunjukkan Interpretasi Min Untuk Kesesuaian Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Tajuk Pelajaran, Tahap Kecerdasan dan Tahap Umur Pelajar (Pemerhatian)

Jadual 4.16 menunjukkan interpretasi kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar (ABM) berdasarkan nilai min yang dikemukakan. Min 1.00 hingga 1.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Tidak Sesuai’, min 2.00 hingga 2.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Kurang Sesuai’, min 3.00 hingga 3.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Sederhana Sesuai’, min 4.00 hingga 4.99 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Sesuai’ dan min 5.00 menunjukkan pernyataan itu berada pada tahap ‘Amat Sesuai’.

Kesesuaian Tajuk Pelajaran Tahap Kecerdasan

% Skor 80.00 80.00

Min 4.000 4.000

Tahap Umur Murid 80.00 4.000 Min Keseluruhan 4.000 Jadual 4.17 menunjukkan Urutan Kesesuaian Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Berdasarkan Peratus Skor dan Nilai Min (Soal Selidik)

43

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Jadual 4.17 menunjukkan urutan kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) berdasarkan peratus skor dan nilai min. Berdasarkan jadual di atas (Jadual 4.17), nilai min keseluruhan ialah 4.000. Dari jadual interpretasi 4.16, min untuk kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar oleh guru pelatih (Kajian Sosial) berada pada tahap ‘Sesuai’ (Min 4.000). Kesesuaian bagi tajuk pelajaran dalam penggunaan alat bantu mengajar (ABM) oleh guru pelatih (Kajian Sosial) ialah pada tahap ‘Sesuai’ (Min 4.000). Kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar berdasarkan kepada tahap kecerdasan pelajar ialah pada tahap ‘Sesuai’ (4.000). Kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar dengan tahap umur pelajar oleh guru pelatih (Kajian Sosial) ialah pada tahap ‘Sesuai’ (Min 4.000). 4.3.5 Jawapan Soalan-Soalan Temu Bual

4.3.5.1 Kenapa anda memilih ABM ini?

Dapat menarik minat pelajar (komputer dan bahan bukan bercetak). Senang disediakan (Komputer dan bahan bukan bercetak). Sekolah menyediakan kad manila (bahan bukan bercetak). Sekolah membekalkan kemudahan LCD (komputer).

4.3.5.2 Kenapa anda tidak menggunakan ABM yang lain?

Susah untuk disediakan. Tidak sesuai dengan tajuk. 44

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Kos tidak mencukupi.

4.3.5.3 Kalau diberi peluang sekali lagi, adakah anda akan menukarkan ABM yang digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran?

Tidak .

4.3.5.4 Apakah kekangan yang dihadapi semasa menggunakan ABM ini?

Tidak ada, kerana penggunaan ABM ini membantu saya dalam kawalan kelas. BAB 5

RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

5.1

Pendahuluan

Bab ini akan dinyatakan semula secara ringkas tujuan kajian, kaedah kajian, pengumpulan data yang meliputi peserta kajian, alat kajian, pengumpulan data dan pemprosesan data. Perbincangan dapatan kajian juga dibincangkan di akhir bab ini di samping beberapa saranan dan cadangan dikemukakan kepada pihak institut dan para pensyarah dan kepada para penyelidik yang akan datang tentang penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam pengajaran dan pembelajaran sewaktu praktikum.

45

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

5.2

Ringkasan Kajian

5.2.1

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak, serta apakah alat bantu mengajar yang sering digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) sewaktu sesi pengajaran mereka. Kajian ini juga ingin mengetahui kesesuaian bahan yang digunakan dari segi tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar.

5.2.2

Kaedah Kajian

Kajian ini akan mengambil bentuk kajian kualitatif iaitu kajian lapangan tentang penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) di Institut Perguruan Sarawak Miri semasa menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Pengumpulan data kajian adalah dijalankan melalui temu bual, pemerhatian dan borang soal selidik. Soal selidik dibahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian latar diri dan bahagian penggunaan ABM. Data-data dikutip melalui borang soal selidik yang diberi kepada guru pembimbing sebelum guru pembimbing memberi bimbingan dan penilaian awal praktikum. Temu bual dan pemerhatian akan dilakukan oleh penyelidik sendiri.

46

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

5.2.2.1 Subjek Kajian

Populasi kajian adalah guru-guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Memandangkan populasi guru pelatih yang menjalankan praktikum adalah tidak ramai maka kajian ini akan mengambil 2 orang guru pelatih sebagai peserta kajian. Peserta kajian dipilih berdasarkan kaedah perpesertaan rawak mudah dimana semua guru pelatih yang menjalani praktikum mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai peserta kajian. Setiap guru pelatih akan diberikan nombor untuk mewakili mereka berpandukan kepada jadual nombor rawak. Di sini 2 nombor akan dipilih dan nombor tersebut akan dirujuk pada jadual nombor rawak untuk memilih guru pelatih yang akan dijadikan peserta kajian.

5.2.2.2 Alat Kajian

Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian, temubual dan soal selidik yang dibentuk berdasarkan masalah dan tinjauan mengenai Alat Bantu Mengajar (ABM) untuk mengumpul data. Soalan yang terdapat dalam soal selidik adalah berbentuk soalan tertutup dengan menggunakan Skala Likert lima markah. Skala yang paling tinggi adalah (5) dan yang paling rendah adalah (1). Penyelidik dan guru pembimbing hanya dikehendaki membulatkan salah satu angka yang disediakan (1,2,3,4,5) mengikut skala berkenaan untuk menunjukkan jawapan mereka terhadap masalah yang disediakan. Pembentukan item-item soal selidik adalah berdasarkan kepada pembolehubah-pembolehubah kajian. Kebanyakan item-item diperolehi dan 47

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

diubahsuai dari kajian Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman (2004). Beberapa item lagi telah direka oleh pengkaji untuk melengkapkan kajian ini.

5.2.2.3 Pengumpulan Data

Data-data skor berasaskan soal selidik dan pemerhatian yang didapati dari responden dikumpul dan direkodkan dalam bentuk jadual. Statistik deskriptif digunakan berbentuk min dan peratus untuk menentukan tahap dan kesesuaian penggunaan alat bantu mengajar di kalangan responden. Manakala data-data temu bual ditulis semula tanpa melakukan rakaman kerana responden enggan melakukan rakaman suara mahupun video.

5.2.3

Penganalisisian Data

Penganalisisian dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: 5.2.3.1 Profil Responden 5.2.3.2 Jawapan Soalan Kajian

48

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

5.2.3.1 Profil Responden

Profil responden merangkumi maklumat-maklumat jantina dan jumlah waktu mengajar seminggu. Rumusan dapatan kajian berasaskan profil responden adalah seperti berikut:

i)

Mengikut Jantina

Dari segi jantina, didapati 50.0 peratus responden adalah guru pelatih lelaki dan 50.0 peratus responden adalah guru pelatih perempuan (Jadual 4.1).

ii)

Mengikut Jumlah Waktu Mengajar Seminggu

Didapati sebanyak 0.0 peratus responden mengajar kurang 6 waktu seminggu, 0.0 peratus responden mengajar dari 6 hingga 10 waktu seminggu, 100.0 peratus responden mengajar dari 11 hingga 14 waktu seminggu, dan 0.0 peratus responden mengajar lebih dari 15 waktu seminggu (Jadual 4.2).

5.2.3.2 Jawapan Soalan Kajian 49

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Untuk menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan, min dan peratus telah digunakan supaya dapat menentukan jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut:

i)

Soalan Pertama

Hasil kajian menunjukkan bahawa pada keseluruhannya kekerapan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak adalah pada tahap ‘Amat Kerap'. Guru pelatih (Kajian Sosial) ‘Amat Kerap’ menggunakan alat bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran praktikum mereka. Secara terperinci, guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak ‘Amat Kerap’ menggunakan bahan bukan cetak (5.000),kadang kala menggunakan bahan bercetak (3.500), bahan tayang (3.000) dan komputer (3.000), jarang menggunakan bahan tiga dimensi (2.500) dan tidak pernah menggunakan sistem audio dan sistem video dan TV.

ii)

Soalan Kedua

Hasil kajian menunjukkan pada keseluruhannya, kemahiran guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan

50

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Pujut Corner Miri Sarawak, terhadap pengendalian alat bantu mengajar (ABM) adalah pada tahap sederhana mahir. Secara terperinci, guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak mahir dalam mengendalikan bahan bukan cetak (min 4.500), sederhana mahir dalam mengendalikan bahan bercetak, bahan tiga dimensi, bahan tayangan dan komputer, dan tidak mahir dalam mengendalikan sistem audio dan sistem video dan TV. Di dalam kemahiran pengendalian ABM, tidak terdapat alat bantu mengajar yang ‘Amat Tidak Mahir’ yang digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Ini menunjukkan bahawa guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak, boleh menggunakan kesemua jenis alat bantu mengajar walaupun pada tahap sederhana mahir (Jadual 4.8).

iii)

Soalan Ketiga

Peralatan yang ‘Amat Kerap’ digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak adalah bahan bukan cetak (Min 5.000). Terdapat tiga alatan yang kadang kala digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak, iaitu bahan bercetak (Min 3.500), bahan tayangan (3.000) dan komputer (3.000). Bahan tiga dimensi (2.500) jarang digunakan oleh guru pelatih manakala sistem audio (1.500) dan 51

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

sistem video & TV (1.500) tidak pernah digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Institut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak (Jadual 4.10).

iv)

Soalan Keempat

Dari segi kesesuaian

penggunaan ABM oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut

Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak mengikut tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur

pelajar, didapati min keseluruhan ialah pada tahap sesuai (min 4.500). Kesesuaian penggunaan ABM mengikut tajuk pelajaran berada pada tahap ‘Amat Sesuai’ (Min 5.000). Bagi kesesuaian penggunaan ABM mengikut kecerdasan (Min 4.000) dan tahap umur (4.500) pelajar adalah pada tahap sesuai (Jadual 4.12). Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat alat bantu mengajar (ABM) yang digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak yang tidak sesuai dari segi tajuk pelajaran, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar.

5.3

Perbincangan

Hasil kajian menunjukkan bahawa alat bantu mengajar yang sering digunakan oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak ialah bahan bukan cetak (100%). Ini kerana bahan bukan cetak mudah dibawa ke bilik darjah dan mudah dikendalikan oleh 52

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

guru pelatih berbanding dengan ABM yang menggunakan elektrik seperti video, sistem audio dan komputer. Kajian yang dijalankan oleh Zulkafi bin Tasiron (1999), mendapati bahawa guru-guru gemar menggunakan bahan bercetak dan bahan bukan cetak dalam sesi pembelajaran mereka. Hasil kajian juga menunjukkan guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak adalah sederhana mahir menggunakan semua alat bantu mengajar (Jadual 4.8). Ini jelas menunjukkan bahawa pengajaran yang didapati sewaktu guru pelatih mengikuti kuliah mengenai penggunaan dan pengendalian ABM adalah sangat berfaedah dan dapat diaplikasikan sewaktu guru pelatih menjalani praktikum.

5.4

Kesimpulan Hasil Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mendapatkan gambaran terhadap penggunaan alat bantu mengajar (ABM) di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum. Kajian ini dijalankan ke atas empat pemboleh ubah bersandar, iaitu kekerapan penggunaan ABM, kemahiran penggunaan ABM, jenis ABM yang digunakan dan kesesuaian ABM yang digunakan mengikut tajuk, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar. Hasil kajian mendapati pada keseluruhannya penggunaan ABM di kalangan guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak adalah berada pada tahap ‘Amat Kerap’. Peratus tindakan responden diambil kira untuk menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan. 53

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

5.5

Implikasi Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Namun begitu, hasil dapatan kajian ini berkemungkinan boleh digunakan kepada guru pelatih yang terdapat di Institut Perguruan Pendidikan yang lain yang terdapat di seluruh Malaysia (27 buah). Adalah diharapkan agar kajian ini akan dapat menjadi sumber pengetahuan, rujukan dan panduan kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sistem pengajaran dan pembelajaran terutama kepada para pensyarah di insitut pendidikan. Implikasi kajian ini boleh disenaraikan seperti berikut:

5.5.1

Dari Segi Kemahiran Penggunaan ABM

Hasil kajian mendapati bahawa guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak adalah berada pada tahap sederhana mahir dalam menggunakan semua jenis ABM. Ini menunjukkan bahawa pengajaran yang disampaikan sewaktu kuliah terutama mengenai penggunaan ABM adalah amat berkesan dan ia amat berguna kepada guru pelatih terutama sewaktu menjalani praktikum.

54

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

5.5.2

Dari Segi Kekerapan Penggunaan ABM

Walaupun kajian menunjukkan bahawa guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak adalah sederhana mahir menggunakan ABM, namun begitu pada

keseluruhannya penggunaan ABM oleh guru pelatih hanya tertumpu kepada bahan bukan cetak. Perhatian serius seharusnya diambil untuk melihat faktor-faktor yang menyebabkan guru pelatih tidak kerap menggunakan ABM yang lain sewaktu menjalani praktikum dan ini mungkinkan akan menjejaskan sesi pembelajaran dan pencapaian prestasi pelajar. Kekerapan penggunaan ABM juga harus dipertingkatkan kerana ia bukan hanya memberi faedah kepada para pelajar tetapi dapat memudahkan guru pelatih dalam menjalankan tugas pengajaran.

5.5.3

Dari Segi Jenis ABM Yang Digunakan

Walaupun hasil kajian mendapati kebanyakkan dari kalangan guru pelatih menggunakan bahan bukan cetak dalam pengajaran mereka, namun mereka juga seharusnya mempelbagaikan penggunaan ABM yang lain seperti bahan tiga dimensi, bahan tayang, sistem audio, sistem video & TV dan penggunaan komputer supaya pengajaran menjadi lebih diminati oleh pelajar. Tindakan sedemikian boleh mengimbangkan ABM di luar bilik darjah iaitu ‘Multimedia’ seperti mana yang sedang berkembang pesat.

5.5.4

Dari Segi Kesesuaian Penggunaan ABM 55

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Dari segi kesesuaian penggunaan ABM, kajian mendapati guru pelatih menggunakan ABM yang sesuai bagi tajuk pelajaran yang diajar, tahap kecerdasan pelajaran yang diajar dan juga tahap umur pelajar yang diajar sewaktu menjalani praktikum. Ini jelas menunjukkan bahawa guru pelatih dapat memilih ABM yang sesuai dengan tajuk, tahap kecerdasan dan tahap umur pelajar.

5.6

Cadangan Pelaksanaan

Berdasarkan kepada rumusan hasil kajian ini, dikemukakan pula beberapa cadangan untuk tindakan pihak-pihak tertentu selanjutnya.

5.6.1

Para Guru

Para guru, terutamanya kepada guru pembimbing seharusnya bertindak tegas terhadap guru pelatih yang kurang berminat untuk menggunakan ABM sewaktu menjalani praktikum. Maklumat dan penjelasan seharusnya diberikan kepada guru pelatih bahawa markah ABM adalah diambil kira kerana ia terdapat dalam Borang PR 1 praktikum. Kepelbagaian penggunaan ABM dan kesesuaiannya juga adalah amat perlu supaya sesi pembelajaran berjalan dengan lebih konduksif.

5.6.2

Guru Pelatih

56

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Guru pelatih perlu mengubah sikap negatif mereka ke arah yang lebih positif terhadap penggunaan ABM di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Janganlah beranggapan bahawa penggunaan ABM dalam pengajaran dan pembelajaran akan membuang masa atau menambah bebab guru. Sebenarnya penggunaan ABM boleh membantu guru pelatih mempertingkatkan dan memperluaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran di bilik darjah di samping akan menarik minat pelajar untuk belajar.

5.7

Cadangan Kajian Lanjut

i)

Kajian yang dijalankan terhad kepada guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Kajian seperti ini perlu diperluaskan lagi kepada guru pelatih di semua maktab dan institut perguruan di seluruh negara.

ii)

Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan untuk menyelidik punca-punca kurangnya penggunaan ABM di kalangan guru pelatih.

5.8

Penutup

57

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Dalam bab kelima ini telah dibentangkan beberapa isu yang menjadi pokok perbincangan dalam kajian ini. Bermula dengan ringkasan kajian yang mengandungi tujuan kajian, kaedah kajian, data kajian, peserta kajian dan kaedah analisis data yang digunakan. Seterusnya diikuti dengan dapatan-dapatan kajian dan perbincangan mengenainya. Sebagai kesimpulan, adalah diharapkan semoga kajian yang dijalankan ini sekurang-kurangnya akan dapat memberi satu gambaran kedudukan penggunaan ABM oleh guru pelatih (Kajian Sosial) Insitut Perguruan Sarawak Miri yang menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pujut Corner Miri Sarawak. Semoga maklumat-maklumat hasil kajian ini dianggap penting dan bernilai terhadap mana-mana pihak dan mengambil langkah yang lebih drastik untuk meningkatkan penggunaan ABM bagi meningkatkan lagi mutu pendidikan negara seperti mana yang diharapkan “Pendidikan Bertaraf Dunia”.

RUJUKAN

58

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Abd. Aziz Kulop Saad & Azlida Ahmad. (2000). Keberkesanan Penggunaan Bahan Pengajaran Multimedia Interaktif (BPMI) dalam Pengajaran. Jurnal BTP. 1734. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Asiah Abu Samah. (1990). Ke arah pendidikan bermutu melalui penerapan teknologi pendidikan. Jurnal Pendidikan. 1-4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fatimah Ali. (1980). The Utilization Of the malaysian educational television. Pendidik dan Pendidikan. 62-78. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hj. Mahat bin Ibrahim. (1998). Penggunaan Media dalam Pengajaran Matematik di Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat Johor. Cerana Jurnal Pendidikan. 17-20. Johor: Maktab Perguruan Batu Pahat.

Mohd. Aris bin Othman, Hajah Siti Fatihah binti Abdullah & Hajah Asmah binti Abd. Rahman. (2004). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih KPLI (M) Maktab Perguruan Raja Melewar, Sewaktu Praktikum. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Negeri Sembilan: Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban.

Mok Soon Sang. (1991). Pedadogi 2: Strategi Pengajaran dan Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

59

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Moldstat, J. A. (1974). A selective review of research studies showing media effectiveness: A primer for media directors. AV Communication Review. 387405.

Nur Dzainuddin Mohammad. (1989). Masalah-Masalah yang Menghalang Guru-Guru Terlatih di Sekolah-Sekolah Menengah daripada Mengunakan Alat Bantuan Mengajar. Jurnal Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Pertanian Malaysia.

Shafie bin Mohd. Daud. (1990). Pengaruh kesan diri dan pentadbir sekolah terhadap penggunaan media teknologi. Tesis Sarjana. Johor: Universiti teknologi Malaysia.

Sufean Hussin. (1993). Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumilah Bte Marto. (1998). Faktor-Faktor Kekangan Penggunaan Media Elektronik di Kalangan Guru Pelatih. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tan Siew Yin. (1989). Persepsi Guru dan Pelajar terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran Sains Paduan. Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

60

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Zulkafi bin Tasiron. (1999). Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru di Sekolah Menengah Dato’ Hj. Mohd Nor Ahmad, Pulau Pinang. Cerana Jurnal Pendidikan. Johor: Maktab Perguruan Batu Pahat.

Zuraidah Abd. Razak. (1988). Tinjauan persepsi pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Tengku Ampuan Durah, Seremban mengenai keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar dalam pelajaran kimia. Jurnal Latihan Ilmiah. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

LAMPIRAN

(Soal Selidik)

61

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian:

Bahagian A: Latar Diri Bahagian B: Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Guru pembimbing diminta untuk menjawab dengan jujur dan ikhlas. Soal selidik ini adalah untuk tujuan kajian sahaja.

Bahagian A: Latar Diri

Sila isikan butir-butir guru pelatih yang berkenaan dengan menanda ( / ) di ruang kosong yang disediakan.

62

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

1.

Jantina:

( (

) )

Lelaki Perempuan

2.

Jumlah waktu mengajar seminggu: ( ( ( ( ) ) ) ) Kurang 6 waktu 6 hingga 10 waktu 11 hingga 14 waktu Lebih 15 waktu

Bahagian B: Penggunaan Alat Bantu Mengajar

Sila isikan butir-butir guru pelatih yang berkenaan dengan menanda ( / ) di ruang kosong yang disediakan atau membulatkannya ( O ).

63

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

1.

Kekerapan guru pelatih menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) semasa menjalani praktikum? ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) Amat kerap Kerap Kadang kala Jarang Tidak pernah

2.

Berapa kerapkah guru pelatih menggunakan ABM seperti yang tersenarai dibawah: Bulatkan angka yang sesuai mengikut pilihan anda berdasarkan skala berikut: 1. Tidak pernah 2. Jarang 3. Kadang kala 4. Kerap 5. Amat kerap

Alat Bantu Mengajar Bahan Bercetak: Surat khabar, majalah, risalah, jurnal dan lain-lain. Bahan Bukan Bercetak: Gambar, poster, lukisan, carta, peta, dan lain-lain. Bahan Tiga Dimensi: Model, haiwan, tumbuhan, dan lain-lain. Bahan Tayangan: Filem bergerak, slaid, LCD projector, dan lain-lain. Sistem Audio: 1 1 1 1

Kekerapan 2 2 2 2 3 3 3 3 4 4 4 4 5 5 5 5

64

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Radio, pita audio, piring hitam, dan lain-lain. Sistem Video dan TV: Pita video, program pendidikan, filem, dan lain-lain. Komputer: Computer, CD dan lain-lain

1 1 1

2 2 2

3 3 3

4 4 4

5 5 5

1.

Kemahiran guru pelatih dalam mengendalikan ABM semasa praktikum. Bulatkan angka yang sesuai mengikut pilihan anda berdasarkan skala berikut: 1. Amat tidak mahir 2. Tidak mahir 3. Sederhana mahir 4. Mahir 5. Amat mahir

Alat Bantu Mengajar Bahan Bercetak: Surat khabar, majalah, risalah, jurnal dan lain-lain. Bahan Bukan Bercetak: Gambar, poster, lukisan, carta, peta, dan lain-lain. Bahan Tiga Dimensi: Model, haiwan, tumbuhan, dan lain-lain. Bahan Tayangan: 1 1 1

Kemahiran 2 2 2 3 3 3 4 4 4 5 5 5

65

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

Filem bergerak, slaid, LCD projector, dan lain-lain. Sistem Audio: Radio, pita audio, piring hitam, dan lain-lain. Sistem Video dan TV: Pita video, program pendidikan, filem, dan lain-lain. Komputer:

1 1 1

2 2 2

3 3 3

4 4 4

5 5 5

Computer, CD dan lain-lain 1 2 3 4 5 Bulatkan angka yang sesuai mengikut pilihan anda berdasarkan skala berikut bagi soalan 4 hingga 6:

1. Tidak sesuai 2. Kurang sesuai 3. Sederhana sesuai 4. Sesuai 5. Amat sesuai

4.

Adakah ABM yang digunakan oleh guru pelatih sesuai dengan tajuk yang diajar? 1 2 3 4 5

5.

Adakah ABM yang digunakan oleh guru pelatih sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar? 1 2 3 4 5

6.

Adakah ABM yang digunakan oleh guru pelatih sesuai dengan tahap umur pelajar? 66

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

1

2

3

4

5

Pemerhatian

1.

ABM yang digunakan oleh guru pelatih:

Alat Bantu Mengajar Bahan Bercetak: Surat khabar, majalah, risalah, jurnal dan lain-lain. Bahan Bukan Bercetak: Gambar, poster, lukisan, carta, peta, dan lain-lain. Bahan Tiga Dimensi: Model, haiwan, tumbuhan, dan lain-lain. Bahan Tayangan: Filem bergerak, slaid, LCD projector, dan lain-lain. Sistem Audio: Radio, pita audio, piring hitam, dan lain-lain. Sistem Video dan TV: Pita video, program pendidikan, filem, dan lain-lain. Komputer: Computer, CD dan lain-lain

Ya / Tidak Ya Tidak Ya Ya Ya Ya Ya Ya Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak Tidak

2.

Kemahiran guru pelatih dalam mengendalikan ABM semasa praktikum. Bulatkan angka yang sesuai mengikut pilihan anda berdasarkan skala berikut: 1. Amat tidak mahir

67

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

2. Tidak mahir 3. Sederhana mahir 4. Mahir 5. Amat mahir Alat Bantu Mengajar Bahan Bercetak: Surat khabar, majalah, risalah, jurnal dan lain-lain. Bahan Bukan Bercetak: Gambar, poster, lukisan, carta, peta, dan lain-lain. Bahan Tiga Dimensi: Model, haiwan, tumbuhan, dan lain-lain. Bahan Tayangan: Filem bergerak, slaid, LCD projector, dan lain-lain. Sistem Audio: Radio, pita audio, piring hitam, dan lain-lain. Sistem Video dan TV: Pita video, program pendidikan, filem, dan lain-lain. Komputer: 1 1 1 1 1 1 Kemahiran 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 4 4 4 4 4 4 5 5 5 5 5 5

Computer, CD dan lain-lain 1 2 3 4 5 1. Bulatkan angka yang sesuai mengikut pilihan anda berdasarkan skala berikut bagi soalan 3 hingga 5: 1. Tidak sesuai 2. Kurang sesuai 3. Sederhana sesuai 4. Sesuai 5. Amat sesuai

1.

Adakah ABM yang digunakan oleh guru pelatih sesuai dengan tajuk yang diajar? 68

Chin Han Wei

PISMK-KPM-OUM

1

2

3

4

5

2.

Adakah ABM yang digunakan oleh guru pelatih sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar? 1 2 3 4 5

3.

Adakah ABM yang digunakan oleh guru pelatih sesuai dengan tahap umur pelajar? 1 2 3 4 5

Soalan-soalan temu bual

1. Kenapa anda memilih ABM ini? 2. Kenapa anda tidak menggunakan ABM yang lain? 3. Kalau diberi peluang sekali lagi, adakah anda akan menukar ABM yang digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran? 4. Apakah kekangan yang dihadapi semasa menggunakan ABM ini?

69

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful