You are on page 1of 26

0007-02

Soalan 1:

’Guru pada ketika yang sama adalah seorang pelajar. Ia perlu sentiasa

belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi

menjadi pendidik yang profesional untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf

dunia’

Sebagai seorang pengurus sekolah, bagaimanakah anda berusaha

melahirkan guru yang profesional bagi mencapai aspirasi pendidikan bertaraf

dunia ?

1
0007-02

1.0 Pendahuluan

Perubahan dan perkembangan dunia hari ini dalam pelbagai disiplin

menuntut setiap individu sentiasa memandang jauh kehadapan. Sektor

pendidikan di negara kita sedang berubah secara dinamis dan dikira akan

mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21.

Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center

for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa

memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti

pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat

serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,

kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat

antarabangsa atau dunia.

2.0 Konsep dan definisi

”Pendidikan Bertaraf Dunia” bermaksud kemampuan dan pencapaian

cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk

mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis dari segi;

• Pembangunan tenaga manusia

• Kepesatan pertumbuhan ekonomi

• Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

2
0007-02

• Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

• Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

• Pembangunan teknologi dan sains

• Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan

masyarakat.

Profesionalisma pula dapat ditakrifkan sebagai “tingkahlaku,

kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu

mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi yang boleh diharapkan

daripada ahli sesuatu profesion itu”. Y.Bhg. Tan Sri Ahmad Sarji bin Abdul Hamid,

bekas Ketua Setiausaha Negara, semasa berucap di Seminar Penafsiran

Semula Peranan Ahli Profesional Muslim Abad ke-21, telah menggariskan lima

ciri-ciri utama yang perlu ada pada golongan profesional iaitu:

• `competent' dan `well-informed', dimana seseorang itu berkemampuan

mengolah maklumat dan pengetahuan yang sebegitu banyak dengan

ketajaman daya analisisnya dan kemampuannya untuk berfikir secara

integratif dan conceptual. Ini akan membolehkannya bertindak balas

dengan cepat terhadap perkembangan pesat di sekitarnya.

• mengamalkan life-long learning iaitu terus-menerus mencari ilmu

sepanjang hayat dengan tujuan menyesuaikan diri dengan dunia yang

sememangnya sentiasa mengalami perubahan yang dinamik;

• berupaya meramal perubahan-perubahan yang bakal berlaku dan

seterusnya berwatak kreatif dan inovatif dalam menangani cabaran-

3
0007-02

cabaran baru. Kreativiti itu perlu disertai dengan keberanian untuk

bertanggungjawab, yakni sanggup membuat keputusan dan sanggup

menghadapi risikonya. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai

kepekaan terhadap keadilan sosial, perpaduan nasional dan solidariti

kemanusiaan sejagat; dan

• memiliki harga diri dan kepercayaan pada diri sendiri yang berteraskan

iman yang kuat. Ini akan memungkinkannya berdaya usaha dan berdaya

saing di samping mendorongnya bekerjasama dengan pihak lain.

Pegangan pada iman dan agama pula akan menentukan bahawa

langkah-langkah yang diambilnya atau dicadangkannya akan

mengambilkira dimensi agama, moral dan etika.

Definisi profesionalisma yang lebih mudah ialah untuk seseorang itu

mengetahui tugasnya inside-out. Oleh itu ia perlu mempunyai kemahiran,

kebijaksanaan dan kemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh disiplin,

komitmen dan secara yang penuh berintegriti. Dengan lain perkataan melahirkan

guru yang profesional bererti menghasilkan guru-guru yang memiliki kompetensi

yang tinggi, lengkap dengan pengetahuan dan kepakaran tugas yang

dilaksanakannya.

4
0007-02

3.0 Perubahan Individu

3.1 Peranjakan minda (mind shift)

Satu fenomena global yang dialami di mana-mana juga ialah setiap

perubahan yang akan dilaksanakan memerlukan peranjakan minda di kalangan

mereka yang terlibat untuk membawa perubahan. Penulis berpendapat

perubahan kearah sesuatu yang baru memerlukan anjakan minda individu itu

sendiri. Dalam beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan golongan guru

merupakan golongan yang paling sukar untuk berubah. Keadaan ini disebabkan

keenggananan untuk keluar daripada kepompong selesa yang dinikmati sekian

lama. Malah beberapa kajian tentang pelaksanaan KBSR mendapati sebahagian

daripada kegagalannya adalah kerana guru-guru masih berpegang kepada

kepercayaan dan amalan melaksanakan pengajaran berasaskan kurikulum lama.

Penulis dalam usaha menyediakan sumber manusia kearah

mencapai pendidikan bertaraf dunia menekankan soal perubahan minda

dikalangan guru. Setiap perjumpaan dan menyuarat yang melibatkan guru

pernyataan tentang perubahan minda akan dilakukan. Bahan-bahan bercetak

berkaitan dengan perubahan diedarkan secara berkala dalam buletin bulanan

sekolah “Cetusan Pendidik”. Bahan-bahan yang dimuatkan termasuklah artikel-

artikel perubahan dunia pendidikan hari ini, koleksi penulis negara tentang

pendidikan dan perkongsian maklumat.

5
0007-02

3.2 Memotivasikan Diri

Berkaitan dengan peranjakan minda ialah usaha memotivasikan diri

untuk menjadi agen pembawa perubahan. Aspek ini melibatkan nilai, sikap dan

kekuatan daya juang dalaman (intrinsic motivation) dalam membuat

pembaharuan tanpa terlalu bergantung kepada sistem ganjaran luaran. Dalam

senario pendidikan guru masa kini, para pendidik dituntut untuk membuat

pelbagai inovasi ke arah mencemerlangkan amalan pengajaran dan

pembelajaran. Ini menuntut usaha yang berterusan secara bersungguh-sungguh

di kalangan mereka yang mempunyai daya ransangan kendiri yang tinggi (highly

self-motivated) berteraskan kepada amalan mendidik sebagai jihad.

Penulis berperanan menyediakan slot motivasi dengan menjemput

pegawai pelajaran daerah, pegawai kaunseling negeri dan penceramah daripada

“PERASA” bagi memberikan input kepada guru-guru. Kesan daripada program

tersebut dapat dilihat dengan jelas terutamanya dari segi kesungguhan

melaksanakan tugas serta kerjasama sesama guru dalam sesuatu program

sekolah.

3.3 Mengubah Peranan dan Cara Bekerja

Kejayaan pelaksanaan pembelajaran di sekolah amat bergantung

kepada budaya kerja seluruh komuniti di sekolah. Dalam persekitaran

pembelajaran , guru menjadi sebagai pemudahcara pembelajaran, pemimpin

6
0007-02

pedagogi yang inovatif, pencetus pemikiran pelajar, dan pembimbing yang

sentiasa berada di sisi untuk memandu pembelajaran pelajar. Ini berbeza

dengan peranan yang dimainkan dalam konteks pembelajaran tradisional yang

guru berperanan sebagai "sage on the stage". Pembelajaran lebih berpusatkan

pelajar dan menggalakkan pembelajaran terarah kendiri, pada kadar sendiri dan

memperolehinya secara sendiri. Pendidik guru menjadi model dimana mereka

mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat.

Mengikut Jack Welch, bekas CEO Syarikat General Electric l, dalam

sesuatu organisasi , terdapat tiga kategori kumpulan warga iaitu;

• “Kategori C” iaitu kumpulan warga yang berada pada tahap paling

bawah dari segi prestasinya dalam sesuatu organisasi, dan mereka

merupakan sehingga 10% daripada keseluruhan anggota organisasi.

• “Kategori B” iaitu kumpulan pertengahan merupakan 70% dari jumlah

keseluruhan warga organisasi. Mereka merupakan antara kumpulan

yang terpenting kerana bilangannya yang ramai.

• “Kategori A” dalam organisasi berprestasi tinggi adalah sehingga 20%

dari anggota organisasi. Golongan warga dalam kumpulan ini bukan

sahaja merupakan warga yang lebih berkesan, tetapi juga calon-calon

yang bakal menerajui organisasi di pelbagai peringkat pada masa

hadapan.

7
0007-02

Cabaran yang paling besar dalam sesuatu organisasi adalah untuk

mengurus warga dalam “Kategori C”. Penulis dalam proses membentuk budaya

kerja baru, menggabungkan guru-guru yang berprestasi tinggi dengan yang

berprestasi rendah. Guru berprestasi tinggi ini dijadikan sebagai mentor, dimana

mereka dikehendaki membimbing dan memantau guru berprestasi rendah

sehingga mencapai tahap yang sewajarnya. Program ini penulis namakan ”Guru

Mentor” dan proses ini telah berjalan hampir dua tahun. Perubahan yang ketara

dapat dilihat dikalangan guru-guru yang terlibat.

3.4 Membina Keinsafan Sebagai Pendidik

Dalam kesungguhan guru menjalankan proses pengajaran khususnya

konteks pengajaran di sekolah, dimensi sikap dan nilai hendaklah dijadikan teras

kepada usaha “memanusiakan manusia” . Persoalannnya sejauh manakah

dimensi ini boleh diterjemahkan oleh guru sewaktu menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan keinsafan sebagai pendidik

mempunyai kaitannya dengan kefahaman tentang nasib masa depan bangsa

dan negara dari segala segi termasuk aspek sosial, kerohanian, moral, intelek

dan jasmani untuk menjadi ummah yang bertamadun.

Penulis dalam situasi ini sentiasa mengingatkan kepada guru bahawa

kita bukanlah seorang guru bahasa atau guru sains tetapi sebagai seorang guru

yang mengajar murid mata pelajaran bahasa atau sains. Setiap orang guru

harus sentiasa ingat bahawa yang diajar oleh mereka ialah murid atau insan

8
0007-02

yang dipanggil sebagai murid. Pemahaman ini menjadikan guru sentiasa

berhati-hati kerana yang dihadapan mereka ialah masa depan bangsa dan

negara. Harapan negara ialah mencapai tahap negara maju menjelang 2020,

maka guru harus merasai mereka berada dalam situasi pendidikan bertaraf

dunia.

3.5 Pendidik berilmu

Perubahan yang berlaku dengan pantas memerlukan individu yang

sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap.

Disebabkan kemahiran memerlukan pengetahuan, maka pembelajaran

berterusan adalah penting untuk menjadi seseorang itu lebih professional dan

sentiasa relevan mengikut perubahan masa. Pengetahuan dikalangan individu

merupakan kunci kepada kejayaan dalam sesebuah organisasi. Justru itu,

organisasi di mana anggotanya sentiasa mencari ilmu pengetahuan akan

berusaha mencapai matlamat yang mereka kehendaki. Ilmu pengetahuan bagi

setiap individu akan meningkatkan lagi kompetensi dalam melaksanakan tugas.

Pengetahuan yang diperolehi oleh setiap individu dalam sesebuah organisasi

dapat memperkuatkan kemahiran bagi menghadapi cabaran serta mewujudkan

peluang baru di masa hadapan.

Di Amerika Syarikat yang dianggap negara paling maju dari segi

perkembangan teknologinya, sebilangan besar gurunya masih menghadapi

masalah phobia komputer dan kebanyakan kes “teachers burn-out” dikatakan

9
0007-02

berkaitan dengan pengenalan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

bilik darjah (Northrup & Little, 1996).

Penulis berpendapat, selaras dengan perubahan era multimedia dan

teknologi maklumat, guru-guru perlu di reformasikan supaya ia benar-benar

mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya

bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi

mengembangkan budaya saintifik. Justru itu, penulis menyediakan ruang dalam

perkembangan staf khusus untuk guru mendalami ilmu komputer. Guru yang

langsung tiada kemahiran asas dibenarkan menghadiri kursus sama ada yang

dianjurkan oleh JPN atau PPD disamping kursus dalaman diperingkat sekolah.

Guru-guru yang mahir komputer dijadikan fasilitator yang berfungsi secara

langsung membimbing guru yang kurang mahir.

Kursus dalaman bagi mengetengahkan idea baru yang berkaitan

dengan teknologi maklumat juga diadakan supaya guru sentiasa peka dengan

perkembangan terkini. Ini termasuklah mewujudkan hubungan guru-murid

melalui penggunaan e-mail. Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas

waktu sekolah atau waktu cuti persekolahn bagi membincangkan masalah

dalam pelajaran melalui e-mail.

10
0007-02

4.0 Menentukan hala tuju yang jelas

4.1 Pembinaan Visi, Misi dan Dasar Sekolah

Tugas yang jelas bertolak dari sasaran atau matlamat yang jelas

terhadap apa yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi. Sehubungan dengan

itu, setiap anggota dalam sekolah harus memahami akan perkongsian misi dan

visi sekolah. Organisasi yang berjaya menghasilkan aspirasi bersama

sebenarnya telah berjaya menjadi sebuah organisasi pembelajaran. Ini adalah

kerana aspirasi bersama berfungsi membangkitkan dan mengarahkan individu

kearah satu matlamat. Peter Senge dalam buku School That Learn (Senge,

2000:5) menjelaskan bahawa dalam jangka masa yang panjang manusia yang

bersatu di bawah aspirasi yang sama akan menunjukkan pencapaian yang

terbaik.

Penulis dalam urusan menjana pembinaan visi dan misi telah

melibatkan seluruh warga sekolah supaya mereka dapat merasai peranan yang

harus dimainkan bagi menjayakannya. Pembinaan visi dan misi ini juga adalah

berbentuk menuju kearah negara maju dan bertaraf dunia. Hasil gabungan

warga sekolah maka terbentuklah visinya iaitu; ”Sekolah Menjadi Sebuah

Institusi Gemilang Menjelang 2010” . Semasa perhimpunan dan mesyuarat

diingatkan bahawa peranan guru adalah;

1. Menjana pelajar untuk keperluan negara.

2. Melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak


mulia.

11
0007-02

3. Memberi peluang yang maksimum kepada pelajar untuk menimba


ilmu.

Pembinaan misi sekolah juga adalah berfokus kepada membina

sekolah sebagai wadah melahirkan warga yang menjiwai dan menjana

kegemilangan ilmu. Justru, guru mestilah komited lantas berusaha menggilap

potensi dan menerapkan nilai-nilai kecemerlangan, berdaya saing, keunggulan

sahsiah serta jati diri yang kental untuk mewujudkan masyarakat berteknologi,

berinovatif dan kreatif berteraskan iman dan takwa.

4.2 Perancangan Strategik

Lazimnya organisasi yang ingin mencapai kejayaan perlu membuat

perancangan strategik, begitulah juga dengan proses melahirkan guru yang

profesional. Dalam membuat perancangan, pembahagian bidang tugas

dinyatakan dengan jelas. Bagi penulis apabila tugas dinyatakan dengan jelas

maka seseorang itu tidak akan tertanya-tanya tentang apa yang perlu dilakukan

bila melaksanakannya. Walau bagaimanapun, pembahagian dan skop tugas

yang jelas tidaklah bermakna semua tugas dalam sekolah diasingkan mengikut

unit atau bahagian tertentu sehingga seseorang guru melihat gambaran yang

sempit dan tidak melihat organisasi itu secara keseluruhannya.

12
0007-02

Pemahaman serta penghayatan pernyataan hala tuju dan matlamat

seperti dinyatakan di atas amat penting kerana hal inilah yang akan menentukan

sama ada kerja-kerja operasional harian menghala ke arah suatu sasaran yang

jelas atau cuma untuk mengisi masa dan ruang bekerja yang ada

(Dilenschneider, 1992). Sementara itu mengingatkan matlamat yang hendak

dicapai merupakan prinsip yang perlu ada pada orang yang berjaya atau ’efektif’

dalam kehidupan, samada dalam suatu organisasi atau sebagai seorang individu

(Covey, 1989).

4.3 Pembinaan Dasar Sekolah

Melahirkan guru yang profesionalisma bagi membangunkan sistem

pendidikan bertaraf dunia harus diperjelaskan kepada guru melalui pembinaan

dasar sekolah yang merangkumi aspek kurikulum, kokurikulum dan juga sahsiah.

Dasar ini sentiasa diingatkan kepada warga pendidik melalui paparan dalam

takwim sekolah dan juga diperjelaskan secara terperinci dalam mesyuarat guru.

Selari dengan pembinaan dasar sekolah dalam bidang tersebut,

diperjelaskan juga strategi perlaksanaannya, aktiviti-aktiviti yang sepatutnya

dilakukan dan sasaran yang hendak dicapai. Menerusi dasar ini guru-guru akan

lebih bersikap profesional dalam melaksanakan tugas mereka bagi menjayakan

hasrat negara kearah pendidikan bertaraf dunia.

13
0007-02

Penulis bersama dengan penolong kanan, guru kanan mata pelajaran

serta guru-guru penyelaras setiap bahagian telah menghasilkan dasar seperti

berikut:

A. Dasar Kurikulum

P&P yang gemilang dan berkesan.


Pencapaian akademik gemilang.
DASAR Pelbagai kecerdasan
100% Sains dan Teknologi bagi tingkatan 4 dan 5
PPSMI berkesan
Akur kurikulum terkini
Rancangan pelajaran terkini.
Tepat masa
STRATEGI Inovatif dan kreatif dalam P&P
Demokratik dan tiada diskriminasi.
Head count
Penganugerahan
P&P berbantu teknologi
Tugasan/latihan yang mencukupi dan berkesan.
Pencerapan berterusan
Jejak kasih
AKTIVITI Pengukuhan/pemulihan
Ko-akademik
Pembelajaran koperatif
Projek NILAM
Pemulihan jawi dan Al-quran
SPM – pencapaian 100%, minimum gred C dalam semua subjek.
SKT PMR – pencapaian 100%, minima gred B dalam semua subjek
Peperiksaan Dalaman – Capai 60% markah dalam semua subjek

14
0007-02

B. Dasar Kokurikulum

Wajib persatuan/kelab
Unit uniform
DASAR Permainan
Minimum 2 jam/minggu
Cungkil kegemilangan
Akur dengan peraturan yang berkuatkuasa
Kepelbagaian persatuan/kelab /Unit Uniform /permainan
Hari KoKurikulum Mingguan- Rabu
STRATEGI
Perhimpunan mingguan -dikelolakan oleh Unit Beruniform
Penyertaan dan kejayaan
Penganugerahan
Perkhemahan Unit Beruniform
Sukan Tahunan/ SukanTara
AKTIVITI Merentas Desa
Football and Netball Fiesta
Permainan – minima 4 johan daerah
SKT P. Seragam – minima 1 johan negeri
Ko-akademik – minima 3 johan daerah

C. Dasar Sahsiah

Ilmu, amal dan iman


Pelbagai potensi /kebolehan /bakat
DASAR Peka dan bermaklumat
Sihat, ceria dan segak
Akur dengan peraturan yang berkuatkuasa
Peluang kepimpinan – seorang pelajar 1 jawatan utama
STRATEGI Ketrampilan/watak diri
Bimbingan dan kaunseling
Penganugerahan
Kursus kepimpinan
Organisasi kelas/ketua kelas
AKTIVITI Bimbingan individu/kelompok
Koridor bermaklumat
Kem motivasi
0% kesalahan berat
SKT Berbudaya cemerlang
Berperkerti terpuji

15
0007-02

Penulis yakin dengan pemahaman terhadap dasar diatas yang

menjurus kepada P&P gemilang dan berkesan akan mendorong guru agar

bertindak lebih profesional kearah menjayakan pendidikan yang berkualiti.

Penjelasan terhadap strategi yang perlu dilaksanakan juga memberikan

kefahaman yang jelas kepada guru untuk bertindak kearah mencapai hasrat

pendidikan bertaraf dunia khususnya yang menekankan soal inovatif dan kreatif

dalam P&P.

5.0 Reformasi pelbagai aspek pelajaran

5.1 Budaya mengajar

Golongan pendidik di negara ini amat mustahak diingat betapa

perlunya sentiasa menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman

dan sedia menghadapi cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan

kewibawaan keilmuan mereka sebagai golongan pendidik yang dihormati dan

disanjungi oleh murid, ibubapa dan masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang

berkesan menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya,

buta ilmu adalah di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis

profesionalisme perguruan di negara-negara membangun khususnya di

Malaysia, memerlukan resolusi yang lebih redikal dilakukan. Profesyen

perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami perubahan dari segi inovasi

16
0007-02

dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi maklumat berlaku dengan

pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi

mereformasikan pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran di semua

peringkat. Ini termasuklah membaiki :

• Kualiti pengajaran

• Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

• Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi

Penulis telah menjelaskan dan mempraktik suasana bagaimana

menjadi pendidik yang perihatin. Penerangan yang jelas dalam mesyuarat

kurikulum meminta supaya setiap orang guru supaya teliti setiap tindakan

bermula daripada memasuki kelas. Antara perkara yang perlu diberikan

penekanan ialah :

1. Penerokaan Fizikal – iaitu faktor ketrampilan guru, berwajah ceria,

warna pakaian dan latarbelakang kelas yang lembut.

2. Penampilan Psaikologikal – terokai zon yang samar seperti cara

memasuki kelas dari arah kiri di mana otak kiri akan terangsang.

Kedudukan mestilah berdiri, ada berlaku pergerakan, lihat pandangan

mata murid dan memohon doa. Menulis objektif pelajaran supaya

murid terfokus dan sedar apa yang harus mereka capai dan sekali gus

terbuka hati mereka untuk belajar.

17
0007-02

3. Penutupan Pengajaran – haruslah ada rumusan, menjalankan

penilaian, memberikan sedikit gambaran pelajaran hari esok,

rangsangan terhadap kerja rumah dan yang paling penting

mententeramkan emosi murid.

Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma

pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan

peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. Paradigma pendidikan perlu

diubah daripada menerima kepada mencipta atau mencari, daripada ketaatan

kepada komitmen , daripada individu kepada perkongsian, daripada rutin kepada

inovatif dan kreatif, daripada reaktif kepada proaktif dan daripada pasif kepada

progresif. Justru bagi mencapai tahap guru profesional maka setiap orang guru

harus bersedia mendalami ilmu pengetahuan semasa. Penulis sentiasa

mengingatkan guru supaya banyak membaca dan mendapat maklumat terkini

bagi menyediakan diri agar pendidikan di Malaysia diiktiraf sebagai pendidikan

berkualiti.

Program budaya membaca bagi guru bermula dengan, setiap dua

minggu sekali seorang guru dikehendaki membuat ulasan buku di perhimpunan

pagi. Program ini menjadikan guru terpaksa mencari waktu untuk membaca yang

bererti pengetahuan guru itu pasti akan bertambah. Ini adalah langkah

mempersiapkan diri guru bagi menghadapi perubahan masa depan. Cara gaya

bertindak yang membawa kejayaan hari ini mungkin menjadi penghalang kepada

18
0007-02

kejayaan hari esok, Justru, kita perlu bersedia untuk berubah (Mohd Fadzilah:

1996)

5.2 Kesungguhan Guru Dalam Proses Pengajaran

Mengikut Slavin (l997) kesungguhan guru dalam proses keberkesanan

pengajaran bergantung kepada 4 faktor, iaitu QAIT (Quality, Appropriateness,

Incentive, Time) yang bemaksud:

a. Kualiti Pengajaran (Quality of Instruction): iaitu kualiti maklumat dan

kemahiran guru di dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar

mudah memahami pelajarannya

b. Aras Pengajaran (Appropriate Level of Instruction): yang memberi

makna kesesuaian pengajaran guru dengan kebolehan pelajar dan

kesediaan pelajar untuk belajar pelajaran yang baru.

c. Insentif (Incentive): merujuk kepada kebolehan guru untuk memotivasi

pelajar untuk terus belajar, menyiapkan kerja rumah dan tugas yang lain.

d. Masa (Time): adalah jumlah masa yang diperuntukan oleh guru untuk

pengajaran.

19
0007-02

Oleh itu kesungguhan guru dalam proses pengajaran adalah elemen

yang penting bagi mempastikan kecemerlangan sekolah. Namun kajian-kajian

yang lepas mendapati ada guru yang telah ‘burn out’ setelah lama mengajar.

Terdapat juga guru yang tidak bermotivasi dan ‘hilang minat’ untuk mengajar.

Jika perkara ini tidak diatasi ianya akan menjadi duri dalam daging kepada

sekolah khasnya dalam mengekalkan sekolah sebagai sekolah cemerlang yang

berfungsi membekalkan tenaga mahir masa depan.

Penulis telah berusaha menyediakan peluang-peluang latihan,

pemantauan dan penambahbaikan untuk mencapai tujuan serta menjayakan

kelas, disamping membenarkan sedikit toleren dalam perlaksanaan terhadap

sebarang perkara yang baru. Bantuan secara berterusan kepada guru dalam

perlaksanaan kaedah baru diutamakan kerana penulis sedar mereka perlukan

masa dan bimbingan. Disamping itu penulis juga sentiasa melakukan

pemantauan berfokus bersama-sama penolong kanan serta maklumkan

maklumat terkini dalam kurikulum dan pengajaran terhadap sebarang maklumat

yang relevan kepada guru.

5.3 Pembelajaran Berkumpulan

Pembelajaran terus menerus secara berkumpulan (team learning)

memberi erti bahawa pelbagai pendapat individu dikumpul menjadi kemahiran

kolektif. Belajar mengenali keutamaan sesuatu hal seperti bagaimana untuk

hidup dan menjadi guru yang efektif amat penting dilaksanakan dalam kumpulan.

20
0007-02

Keadaan ini menggalakkan guru-guru sentiasa melakukan perkara-perkara

berikut;

- berperanan secara aktif dalam menerapkan informasi

- menjalankan refleksi terhadap sesuatu perkara yang lepas untuk

mengisi pembelajaran masa depan

- mendapatkan andaian-andaian atau dapatan-dapatan terbaik

dalam penyelesaian

Penulis dalam urusan membentuk kumpulan ini telah memulakan

dialog atau perbincangan sebelum melaksanakan sesuatu perubahan. Bagi

penulis sekolah merupakan sebuah organisasi pembelajaran dan guru-guru

mestilah membina harapan bersama bagi melaksanakan sesuatu tindakan.

Sekolah yang berjaya dan cemerlang berpunca daripada suatu kesatuan yang

kukuh. Individu yang berada dalam kumpulan yang besar, bersatu dan

berkembang adalah jebih berfungsi daripada tindakan persaorangan.

Sehubungan dengan itu, Penulis amat yakin melalui dialog atau

perbincangan bersama-sama guru mampu mendorong kearah tindakan yang

melampaui batas biasa dan berkebolehan memecahkan permasalahan yang

rumit, dimana keadaan ini amat sukar dilakukan secara individu. Pertukaran

idea, pengalaman dan pendekatan merupakan perkara yang sering berlaku

dalam bentuk kumpulan. Hasil suatu kumpulan selalunya lebih baik daripada

kerja persaorangan.

21
0007-02

5.4 Kajian Tindakan

Program in bertujuan membiasakan guru membuat kajian berdasarkan

masalah yang mereka hadapi sewaktu berada di sekolah. Sesuatu masalah tidak

akan dapat diatasi jika hanya berdasarkan kepada andaian. Justru menerusi

kajian tindakan yang dijalankan, guru-guru akan sentiasa mencari jalan terbaik

bagi menyelesaikan sesuatu kelemahan pelajar. Program ini menggalakkan guru

belajar, berbincang dan mencari idea-idea baru dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Proses penyediaan kajian tidak akan sempurna tanpa adanya bimbingan

daripada individu yang lebih berpengalaman. Guru-guru digalakkan menghadiri

kursus penyediaan kajian. Program ini diteruskan setiap tahun dengan guru yang

berbeza menghadiri kursus. Organisasi pembelajaran yang wujud dalam kajian

tindakan banyak membantu mempertingkatkan akademik pelajar.

6.0 Membina Jaringan Komuniti Pembelajaran

6.1 Pemuafakatan profesional

Kebiasaan membentuk jaringan atau pemuafakatan profesional yang

juga disebuat sebagai "collegiality" adalah suatu perkara baru dalam kehidupan

guru-guru kita. Pendidikan guru masa depan memerlukan sistem jaringan yang

22
0007-02

berkesan untuk menjadi medan bertukar fikiran dan memperbaiki amalan dalam

mengendali tugas dan tanggungjawab khasnya dalam keadaan yang serba

pantas berubah.

Penulis telah membentuk jaringan komuniti pembelajaran diperingkat

sekolah supaya setiap orang guru bersedia untuk berkongsi pengalaman.

Jaringan ini akan berkembang bagi membentuk hubungan global di kalangan

pendidik dan pihak lain. Pokoknya, jaringan komuniti pembelajaran menjadi

teras kepada “smart partnership” antara semua pihak yang prihatin terhadap

pendidikan dan nasib masa depan generasi mendatang.

6.2 Teacher On Line

Program ”Teacher On Line” bertujuan menyelesaikan masalah

semasa yang dihadapi oleh pelajar, terutamanya apa yang diajarkan oleh guru

pada hari tersebut. Program ini menuntut semua guru mempunyai e-mail sendiri.

Guru-guru mestilah mahir bukan saja menggunakan e-mail secara biasa tetapi

juga mereka mestilah tahu menjawab soalan pelajar dengan melakukan

sambungan (link) dan sangkutan(attached) dokumen. Program ini memerlukan

kepakaran dalam ICT bagi setiap orang guru dan juga setiap orang murid.

Penulis telah membuat soal selidik pengunaan e-mail dan kadar

kemampuan guru melaksanakannya. Bagi guru yang berada dalam tahap

rendah, kursus khas dijalankan oleh guru IT bagi mengajar guru tersebut

tatacara penggunaan e-mail secara berkesan.

23
0007-02

6.3 Kemudahan Fizikal

Proses membina profesionalisma bagi mencapai hasrat pendidikan

bertaraf dunia tidak dapat diasingkan daripada aspek kemudahan fizikal,

khususnya kemudahan teknologi yang masih menjadi salah satu cabaran

kepada kita. Penyediaan teknologi ke bilik darjah serta perancangan tenaga

manusia kearah pembestarian pembelajaran melalui penggunaan teknologi

komputer menagih kos yang amat tinggi. Negara maju seperti Amerika Syarikat,

Kanada dan United Kingdom memperlihatkan penglibatan pihak swasta dan

badan korporat bagi menanggung kos secara “partnership” dengan institusi

persekolahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan

teknologi komputer dan telekomunikasi. Projek Sekolah Barnaby South 2000 di

Kanada adalah contoh yang jelas tentang perkongsian bestari antara pihak

sekolah, komuniti dan korporat dalam merealisasikan konsep tersebut.

Persoalannya, sejauhmanakah “smart partnership” ini dapat dilaksanakan dalam

konteks pendidikan kita di Malaysia?

Penulis dalam melaksanakan proses ini telah menggunakan PIBG

sebagai saluran utama. Yang Dipertua PIBG sekolah merupakan orang yang

berpengaruh dan seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai, justru beliau

merupakan orang perantaraan sekolah dengan komuniti. Sebarang bantuan

khususnya dalam mencemerlangkan akademik mendapat sokongan yang jitu

dari komuniti serta pihak atasan.

24
0007-02

Penutup.

Penulis dalam melaksanakan tugas sebagai pengurus sekolah telah

melakukan penumpuan perubahan dari segi individu, penetapan halatuju

sekolah, reformasi pelbagai aspek berkaitan pengajaran guru dan pembinaan

jaringan komuniti bagi mencapai dan membentuk guru yang profesional kearah

pendidikan bertaraf dunia. Semua huraian yang dinyatakan di atas amat penting

dan sesuai dengan persekitaran guru di sekolah penulis. Kajian dari pembinaan

SWOT analisis yang telah dibuat menetapkan perkara yang diutarakan diatas

adalah perkara-perkara yang mesti diutamakan bagi membina generasi baru

pendidik di sini. Kejayaan demi kejayaan telah dicapai sama ada dalam

pencapaian akademik, kokurikulum atau sahsiah. Buktinya amat jelas dengan

peningkatan PMR baru-baru ini yang menduduki tempat kedua daerah selepas

sekolah berasrama penuh. Peningkatan dalam kokurikulum juga amat ketara

iaitu menjadi Johan Pertandingan Paluan Kompang dan Formasi peringkat negeri

dan tempat ketiga diperingkat kebangsaan. Kami amat yakin walau pun sebagai

sebuah sekolah harian biasa namun dengan program peningkatan

profesionalisma guru yang telah diutarakan diatas, kami mampu bersaing

dengan sekolah berasrama penuh di daerah ini.

25
0007-02

Rujukan:

Alimuddin bin Mohd Dom (2006), Outstanding Leaders: Membina Sekolah

Cemerlang, Putrajaya,JNM.

Blase Joseph, Bringing Out the Best in Teachers, What Effective Principals Do,

Corwin Press, California, 2000,

Mohd Fadzilah Kamsah (1996), Prinsip Dan Teknik Pengurusan Yang

Cemerlang, Sri Kembangan: Excel Training & Consultancy Malaysia.

Md. Fiah bin Md Jamin, Penerapan Amalan ”Organisasi Pembelajaran” di

Sekolah-sekolah di Malaysia, Satu Tinjauan Teoritikal; Jurnal Pendidikan

PKPSM, Julai 2006

Rahimah Hj Ahmad dan Tie Fatt Hee (2004), Principalship and School

Management,Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Senge ,P (2000) ; Schools That Learn, New York, Doubleday.

Mohd Yazid Yusof et al., (2007).Kertas Seminar Sekolah Berkesan.- Sekolah

Berkesan. Retrieved 2 April 2007, from

http://yik.itgo.com/text/sek_berkesan.html

Nik Zafri bin Abdul Majid, Learning Organisation, Siri K-Ekonomi, Daya Usaha

Strategik dan Wawasan 2020. Retrieved 2 April 2007, from

http://www.geocities.com/nikzafri/lo.html

26

You might also like