You are on page 1of 18

SEKOLAH BERKESAN : DARI PERSPEKTIF

PENSYARAH IPPM

Aimee Shahrin Bin Jais

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat kefahaman tentang konsep sekolah berkesan yang dimiliki
oleh pensyarah IPPM mengikut model Hargreaves (2001). Seterusnya kajian ini dijalankan
melalui kaedah tinjauan melalui soal-selidik kepada pensyarah IPPM yang diplih secara
rawak. Kajian ini mendapati bahawa perspektif pensyarah IPPM sejajar dengan perspektif
guru-guru sekolah melalui kajian-kajian yang terdahulu.

PENGENALAN
Konsep sekolah berkesan dan konsep keberkesanan sekolah menyaksikan trenda yang
berubah-ubah antara tahun 1960 hingga 1970. Benjamin Bloom (1964) dan sekutunya
melihat faktor latarbelakang ekonomi pelajar lebih berpengaruh daripada faktor sekolah.
Kajian Brookover (1979) dan Edmonds (1979) di Amerika Syarikat pula menunjukkan faktor
persekitaran dan budaya sekolah lebih dominan berbanding latarbelakang ekonomi. Kajian
Micheal Rutter dan rakan-rakan (1979) pula menunjukkan ’sekolah berkesan’ mempunyai
ciri-ciri yang pelbagai seperti tahap penekanan kepada akademik, tingkahlaku guru di bilik
darjah, kewujudan insentif dan ganjaran, persekitaran yang kondusif untuk pelajar-pelajar,
dan sejauh mana pelajar-pelajar diberi tanggung jawab. Mereka seterusnya mendakwa
bahawa kesan kumulatif pelbagai faktor sosial ini adalah lebih daripada kesan mana-mana
satu faktor secara berasingan. Apakah pula konsep sekolah berkesan dari perspektif ahli
akademik di Malaysia. Untuk tujuan itu kajian ini akan cuba memaparkan perspektif
pensyarah IPPM sebagai sampel kepada ahli akademik di Malaysia.

Latar Belakang Sekolah Berkesan

Levine dan Lezotte (1990) melihat keberkesanan sekolah dari aspek hasilan (outcome) yang
dikehendaki. Mortimore (1991) memberi rumusan bahawa sekolah yang berkesan ialah
sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan selepas latar
belakang mereka diambil kira. Scheerens (1992) menjelaskan konsep keberkesanan dari
perpsektif ekonomi dan perspektif pendekatan hubungan kemanusiaan dalam organisasi
sekolah. Dari perspektif ekonomi, jika ’outcome’ atau hasilan yang diingini dapat dicapai
dengan kos yang rendah maka sekolah itu dianggap sebagai berkesan sementara dari
perspektif pendekatan hubungan kemanusiaan dalam organisasi, organisasi sekolah yang
berkesan dilihat dari segi pewujudan perasaan kepuasan di kalangan kakitangan dalam
proses organisasi. Stoll dan Fink (1996) berpendapat keberkesanan sekolah perlu dilihat
daripada pelbagai perspektif dan nilai yang berbeza-beza. Mereka memberi penjelasan
bahawa ini perlu dilakukan kerana pelbagai pihak mempunyai persepsi dan pendapat yang
berbeza terhadap keberkesanan sekolah.

Rahimah Ahmad (1998) menyatakan konsep sekolah berkesan boleh dilihat dari segi sejauh
mana sekolah itu telah menjangkau Falsafah Pendidikan Negara (sekarang Falsafah
Pendidikan Kebangsaan) melalui penggunaan teknologi semasa. Walau bagaimanapun
mengikut Rahimah (1998), terdapat juga pelbagai pandangan dan anggapan tentang ciri
atau kriteria bagi sekolah yang dikatakan berkesan atau sebaliknya. Beliau menyatakan
antara lain, terdapat takrifan yang menjurus kepada gagasan yang berikut: (a) Sekolah
Berkesan (Effective School), (b) Sekolah Bestari (Smart School), (c) Sekolah Pintar
(Intelligent School), (c) Sekolah Harapan Negara (Exemplary School), dan (e) Sekolah
Wawasan (Visionary School). Rahimah (1998) merumuskan bahawa sekolah yang
mempunyai ciri-ciri sekolah yang baik dan membawa hasil pembelajaran, sekolah yang
membina watak, dan membuktikan ianya boleh membawa perubahan kepada pelajar (that
the school makes a difference), boleh dianggap sebagai sekolah berkesan. Bagi sekolah
yang inputnya kurang, beliau menambah bahawa ini boleh menyebabkan prestasi dari segi
pencapaian akademik (iaitu peratusan kelulusannya kurang berbanding dengan sekolah
lain) lebih rendah, tetapi pelajarnya berkembang lebih daripada apa yang diharapkan.

Hasil tinjauan Sharifah (2000) terhadap sekolah-sekolah di Malaysia menyokong pendapat


Abdul Shukor Abdullah (1988) yang mengaitkan sekolah yang berkesan dengan
kecemerlangan akademik. Ini nampaknya bertentangan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menekankan perkembangan menyeluruh pelajar. Keseimbangan jasmani,
emosi, dan rohani kurang terserlah kerana faktor lulus peperiksaan dengan cemerlang
menjadi keutamaan dan penekanan kebanyakan sekolah, guru, pelajar dan ibu bapa. Beliau
menyatakan guru-guru perlu memastikan perkembangan pelajar yang seimbang dan
pentadbir sekolah berperanan membantu guru untuk menjalankan tugas dengan baik. Dari
aspek membantu pelajar, Sharifah (2000) berpendapat bahawa sekolah berkesan ialah
sekolah yang mempunyai guru-guru yang mengajar dengan efektif untuk melahirkan pelajar
yang bijak dan mempunyai sahsiah dan disiplin yang baik.

Tujuan dan Objektif Kajian

Konsep sekolah berkesan serta penambahbaikan sekolah telah banyak dikaji diperingkat
sekolah-sekolah diseluruh dunia termasuklah sekolah-sekolah yang berada di negara kita.
Malangnya tiada kajian yang terperinci dijalankan di peringkat institusi pendidikan guru (IPG)
untuk melihat sejauhmana penghayatan pensyarah-pensyarahnya sebagai ahli akademik
terhadap konsep-konsep tersebut. Oleh itu pengkaji mengambil kesempatan untuk
melaksanakan kajian awal terhadap pensyarah untuk melihat sejauh mana konsep tersebut
difahami dan dihayati oleh oleh pensyarah IPG terutamanya di IPPM

Persoalan Kajian

Bersandarkan kepada huraian latarbelakang permasalahan yang dinyatakan sebelum ini,


pengkaji ingin mengkaji.

1. Apakah ciri-ciri penting kemenjadian pelajar dalam pembentukan keberkesanan IPG


sepertimana yang difahami oleh pensyarah IPPM.
2. Apakah maklumat berkaitan dengan gaya kepimpinan, kepakaran, dan kaedah
pedagogi yang diperlukan pembentukan keberkesanan IPG yang difahami oleh
pensyarah IPPM.
3. Apakah respon pensyarah IPPM berkaitan bentuk-bentuk hubungan sosial yang
diperlukan dalam pembentukan keberkesanan IPG .

TINJAUAN LITERATUR

Latar Belakang Perkembangan Sekolah Berkesan


Kajian berkaitan dengan sekolah berkesan telah bermula seawal tahun 60’an lagi
berdasarkan kepada Model Pembelajaran Carroll. Beberapa kajian awal sekolah berkesan
bertumpu kepada pemerhatian terhadap kombinasi input sekolah memaksimakan
pencapaian murid dengan bersandarkan teori input-output..

Pandangan yang popular ketika itu menyatakan bahawa faktor sekolah tidak memberikan
sebarang perbezaan. Laporan Coleman (1966) mendapati hanya 10% dari varian
pencapaian pelajar dipengaruhi oleh faktor sekolah. Bakinya merupakan faktor yang
disumbangkan oleh aspek yang berkaitan dengan faktor latar belakang pelajar dan keluarga.

Seterusnya kajian lanjutan oleh Rutter et al (1979), cuba mencari bandingan kemajuan
pelajar dengan pembolehubah latarbelakang pelajar dan keluarga juga mendapati bahawa
sesebuah sekolah di mana seseorang pelajar itu belajar sebenarnya juga memberi kesan
yang signifikan terhadap pembentukan dan pencapaiannya.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kajian-kajian yang dijalankan seluruh dunia seperti di
Amerika Syarikat (Edmonds, 1979; Goodlad, 1984), Eropah (Creemers, 1992), Britain
(Rutter, Maughan, Mortimore & Ouston, 1979; Mortimore, Sammons, Stoll, Lewis & Ecob,
1998) dan di Kanada (Renihan, Renihan & Waldron, 1986) yang mencari ciri-ciri sekolah
berkesan dan keberkesanan sekolah.

Konsep Sekolah Berkesan

James Coleman (1966), pihak pengurusan sekolah hendaklah sentiasa memastikan


kelayakan guru-guru akademik yang mengajar adalah mengikut opsyen, terlatih, dan
mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap. Wang yang dibelanjakan untuk setiap orang
murid mestilah seimbang dan diagihkan secukupnya mengikut keperluan subjek bagi
mendapatkan bahan pengajaran yang maksimum. Alat bantuan mengajar dan bahan yang
terdiri daripada peralatan, buku teks dan keperluan murid mesti disediakan dengan
sempurna.

Pengetua dan guru-guru hendaklah memahami dan mengetahui latarbelakang sosio-


ekonomi murid bagi memudahkan bantuan dan keperluan yang boleh diberikan. Sekolah
mestilah berupaya untuk mewujudkan intergrasi dan perpaduan kaum di kalangan murid
bagi memastikan semua aktiviti murid dapat berjalan lancar tanpa masalah perkauman dan
diskriminasi. Saiz sekolah dan struktur bangunan juga memainkan peranan yang sangat
penting dalam mencapai keberkesanan sekolah kerana bilangan murid yang sedikit di dalam
kelas akan membolehkan guru mengajar lebih efektif berbanding murid yang ramai. Masalah
pengawalan disiplin pelajar yang ramai akan menimbulkan sedikit masalah berbanding
bilangan pelajar yang sedikit.

Menurut Gilbert Austin (1978) kepemimpinan pengetua merupakan asas utama terhadap
mewujudkan sekolah yang berjaya dan cemerlang dengan dibantu oleh faktor kepimpinan
yang berkesan, terdapat penyertaan secara langsung dari seluruh ahli organisasi di dalam
sekolah berkenaan, mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan dan
kecemerlangan sekolah dari segi akademik dan prestasi murid serta memastikan
pencapaian akademik sentiasa berada di tahap yang tinggi.

Blimberg dan Greenfield’s (1980) pula menekankan pentingnya pengetua bersikap proaktif
dan mahu mengubah persekitaran sekolah serta berkeupayaan untuk merealisasikan visi
dan misi sekolah. Perubahan yang dinamik dan bermatlamat dengan dibantu oleh guru,
murid, staf , ibubapa akan menghasilkan sekolah yang berjaya dan berkesan

Duttweiler’s (1990) menyenaraikan beberapa faktor yang boleh membantu pihak


pengurusan sekolah menuju ke arah sekolah berkesan antaranya: pembelajaran yang
berpusatkan murid, menawarkan kepelbagaian program akademik yang meliputi kesesuaian
subjek, keperluan semasa subjek, prospek masa depan subjek di samping aktiviti
kokurikulum yang aktif. Guru semestinya membekalkan ilmu pengajaran yang terbaik dan
efektif sepanjang masa serta dapat menwujudkan suasana iklim pembelajaran yang positif
dan kondusif terhadap perkembangan intelektual murid. Guru seharusnya sentiasa
membimbing rakan sejawat dalam membina pasukan kerja yang mantap. Program yang
dirancang mestilah dilaksanakan secara kolektif dan bersungguh-sungguh dan bersepadu.
Penyeliaan yang berterusan terhadap semua kegiatan di sekolah akan memastikan semua
ahli organisasi bergerak di atas landasan yang betul dan tepat. Penglibatan ibubapa dan
komuniti memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan program akademik
dan kokurikulum berfokus dan berjalan lancar.

Austin and Reynolds (1990) melalui pemerhatian terhadap sekolah yang berjaya di
beberapa negara menyatakan bahawa kecemerlangan sekolah disokong kuat oleh :
kepimpinan pengetua, kemantapan guru mengajar, kurikulum yang terancang, program
pembangunan staf yang baik, waktu mengajar yang maksima mengikut subjek, penglibatan
ibubapa terhadap program sekolah, perhubungan akrab antara guru dalam membincangkan
hal berkaitan akademik, misi visi dan matlamat yang jelas dan disiplin murid yang baik dan
terkawal.

Pierce (1991) menyatakan sekolah yang melibatkan pelbagai kaum akan berkesan
sekiranya murid menghormati kepada kaum, bangsa dan agama murid yang lain, guru cuba
untuk belajar memahami budaya dan adat pelbagai kaum, kurikulum yang menyatupadukan
kaum berdasarkan kepada masyarakat setempat dan menggalakan aktiviti yang melibatkan
ibubapa dan sekolah.

Cheng (1996a, 1996b) dalam Zulkifli Abdul Manaf (1999),menyatakan terdapat lapan model
sekolah berkesan yang sering digunakan. Model-model yang disenaraikan tersebut adalah :.

• Model Bermatlamat
Model ini sering digunakan untuk menilai pencapaian sekolah atau mengkaji sekolah
berkesan. Model ini mengandaikan matlamat yang hendak dicapai perlu jelas dan
dipersetujui oleh warga sekolah. Sekolah dikatakan sebagai berkesan apabila
matlamat sekolah tercapai. Indikator dalam mengukur sekolah berkesan selalunya
terdapat dalam objektif program atau perancangan sekolah. Walaupun terdapat
pelbagai matlamat yang hendak dicapai tetapi menurut Cheng (1996), pencapaian
pelajar dalam peperiksaan awam sering digunakan sebagai kayu pengukur kepada
sekolah berkesan.

• Model ‘Input’ Resos


Teori dalam model ini pula menekankan kepada kecukupan resos dalam
menghasilkan sekolah berkesan. Indikator yang digunakan untuk mengukur sekolah
berkesan adalah seperti kemasukan pelajar yang berkualiti, kemudahan yang
disediakan, resos yang mencukupi, peruntukkan kewangan daripada kerajaan pusat,
pembentukan alumni, penglibatan ibu bapa dan badan-badan penaja. Walau
bagaimanapun, kelemahan yang didapati ialah sekolah mungkin terlalu asyik dengan
‘input’ sehingga mengabaikan ‘throughput’ dan ‘output’ sekolah. Pembaziran ‘input’
juga boleh berlaku jika tidak diurus dan digunakan secara bijak oleh sekolah.

• Model Proses
Melalui model ini, ‘input’ sekolah diubah kepada ‘output’ atau pencapaian sekolah
selepas melalui proses transformasi. Dalam bidang pendidikan, kualiti sesuatu
proses banyak mempengaruhi dan menentukan kualiti ‘output’ yang dihasilkan.
Model proses mencadangkan bahawa jika fungsi dalaman sekolah adalah lancar dan
kondusif maka sekolah dikatakan berkesan. Oleh sebab itu aktiviti dan amalan
(proses) yang dilakukan di sekolah merupakan ciri penting dalam menentukan
sekolah berkesan. Indikator kepada sekolah berkesan bagi model proses ini pada
umumnya adalah seperti proses pengurusan, proses pengajaran dan proses
pembelajaran dan khususnya seperti kepemimpinan, komunikasi, penglibatan,
koordinasi, penyesuaian, perancangan, membuat keputusan, interaksi sosial, iklim
sekolah, kaedah mengajar, pengurusan kelas dan strategi pembelajaran. Walau
bagaimanapun menurut Cameron (1978), model proses ini mempunyai kelemahan
daripada segi pemantauan dan mengumpul data yang berkaitan serta pemfokusan
kepada penghayatan maksud proses yang sebenar.

• Model Kepuasan
Konsep sekolah berkesan adalah berbeza-beza mengikut perspektif pihak-pihak
tertentu. Jika matlamat sekolah tinggi dan pelbagai, sekolah akan menghadapi
kesukaran untuk mencapainya. Sebaliknya jika matlamat sekolah rendah dan
munasabah, sekolah mungkin dapat mencapainya dan sekaligus memuaskan pihak-
pihak berkepentingan. Menurut Cheng (1996), model kepuasan mendefinisikan
sekolah hanya didapati berkesan jika pihak-pihak yang terlibat berpuas hati dengan
pencapaian yang telah dicapai oleh sekolah. Indikator kepada keberkesanan diukur
melalui tahap kepuasan pelajar, guru-guru, ibu bapa, pentadbir, pihak berkuasa
pendidikan, ahli pengurusan sekolah, alumni dan sebagainya.

• Model Kesahan
Menurut Cheng (1996), sekolah-sekolah di barat perlu bersaing untuk mendapatkan
resos dan mengatasi halangan dalaman di samping menghadapi cabaran luaran,
menuntut akauntabiliti dan ‘value for money’. Untuk sesebuah sekolah beroperasi ia
perlulah membuktikan akauntabiliti, memuaskan kehendak komuniti dan
mendapatkan sokongan daripada pihak-pihak berkepentingan. Menurut model
kesahan ini, sesebuah sekolah adalah berkesan jika sekolah itu boleh terus
beroperasi hasil daripada kesahan atau aktiviti pemasaran yang baik. Indikator yang
digunakan untuk mengukur keberkesanan adalah aktiviti dan pencapaian dalam
perhubungan awam dan pemasaran, akauntabiliti, imej sekolah, reputasi dan status
dalam komuniti.

• Model Organisasi Pembelajaran


Kesan kepada perubahan yang berlaku dan halangan-halangan dalaman kadang-
kala tidak dapat dielakkan, maka dengan itu sesebuah sekolah adalah dianggap
berkesan jika ia dapat menambahbaik dan mengadaptasi kepada persekitaran yang
berubah. Model ini sangat berguna bagi sekolah-sekolah yang sedang mengalami
pembangunan atau terlibat dalam reformasi pendidikan. Indikator kepada sekolah
berkesan adalah kesedaran kepada keperluan dan perubahan komuniti, proses
pemantauan dalaman, program penilaian, analisis persekitaran, dan perancangan
pembangunan. Model organanisasi pembelajaran dapat memberi cadangan kepada
cara memaksimakan keberkesanan bagi matlamat sekolah yang pelbagai.

• Model Ketidakberkesanan
Menurut Cameron (1984) dalam Cheng (1996), perubahan dan perkembangan
organisasi adalah dirangsang oleh permasalahan dan bukannya pencapaian. Maka
dengan itu Cameron mencadangkan pendekatan kepada mentaksir
ketidakberkesanan organisasi dapat memperkembangkan kefahaman konstruk
organisasi berkesan. Model ketidakberkesanan mendefinisikan sekolah berkesan
dari sudut pandangan negatif dan sekolah pada asasnya hanya berkesan jika tiada
terdapat ketidakberkesanan dalam sesebuah sekolah. Antara indikator
ketidakberkesanan adalah seperti wujudnya konflik, masalah, kesukaran, kecacatan,
kelemahan dan pencapaian lemah.

• Model Pengurusan Kualiti Keseluruhan


Menurut Bradley (1993), Cuttance (1994), Greenwood dan Gaunt (1994), Murgatroyd
dan Colin (1993) dalam Cheng (1996), konsep dan amalan pengurusan kualiti
keseluruhan di sekolah merupakan ‘senjata’ utama untuk memperbaiki kualiti
pendidikan dan meningkatkan sekolah berkesan. Elemen-elemen penting yang
diperlukan dalam model ini adalah seperti pihak-pihak berkepentingan, fokus, proses
penambahbaikan yang berterusan, dan penglibatan menyeluruh dan ‘empowerment’
ahli sekolah. Menurut model ini, sekolah adalah berkesan jika ianya boleh terlibat
dalam ‘empower’ semua ahli untuk menjalankan fungsi sekolah, menyelaraskan
penambahbaikan berterusan dalam beberapa aspek proses sekolah, dan
memuaskan kehendak, keperluan dan jangkaan dalaman dan luaran pihak-pihak
berkepentingan walaupun dalam persekitaran yang berubah. Model ini juga
merupakan integrasi daripada model organisasi pembelajaran, model kepuasan dan
model proses. Indikator kepada penilaian keberkesanan adalah kepemimpinan,
pengurusan sumber manusia, pengurusan proses, maklumat dan analisis,
perancangan strategik kualiti, kepuasan pihak-pihak yang berkepentingan,
pencapaian operasi, pencapaian akademik pelajar, dan kesan kepada masyarakat.

Setiap satu daripada lapan model yang disenaraikan di atas mempunyai kekuatan
dan kelemahan masing-masing. Model-model yang dipilih untuk digunakan dalam
menguji sekolah berkesan, perlu mengambil kira keadaan, situasi dan masa kajian
dijalankan.

Ubah Ansur Konsep Sekolah Berkesan kepada Konsep Penambahbaikan Sekolah

Gerakan sekolah berkesan ini berkembang dengan menjadi proses penambahbaikan


sekolah bermula dengan pandangan Van Velzen, et al. (1985) yang menyatakan bahawa
sekolah itu dikira berkesan seandainya terdapat dokongan usaha yang sistematik dan
berterusan menuju perubahan keadaan pembelajaran serta lain-lain perkaitan dalaman
keadaan dengan sasaran untuk menyempurnakan matlamat pendidikan yang lebih
berkesan . Pandangan beliau ini telah diterima secara meluas sebagai definisi awal
penambahbaikan sekolah

Hopkin et. Al (1996) pula secara ringkas dan padat menakrifkan penambahbaikan sekolah i)
sebagai ikhtiar umum menyediakan tempat belajar untuk pelajar ii) sebagai strategi
perubahan pendidikan dalam usaha ke arah hasilan pelajar sejajar dengan tindakan
mengukuhkan kapasiti sekolah dalam mengurus perubahan.

Seterusnya Stoll dan Fink (1996) membangunkan definisi tersebut dengan lebih terperinci.
Takrifan sekolah berkesan telah dihalusi sebagai meningkatkan hasilan pelajar melalui
jujukan proses perkaitan dalaman. Menurut Stoll dan Fink, corak penambahbaikan sekolah
mestilah mempunyai ciri-ciri

• berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran,


• membina kapasiti yang boleh mencetuskan perubahan tanpa menghiraukan
sumbernya,
• menentukan sendiri halatuju,
• menaksir budaya dan kerja semasa untuk mengembangkan norma dan adab
positif,
• mempunyai strategi untuk mencapai matlamat
• menyenaraikan butiran keadaan dalaman yang boleh meningkatkan
perubahan
• mempertahankan momentum semasa waktu berlakunya pergolakan
• memantau dan menilai proses, progress pencapaian dan perkembangannya.

Hussein Mahmod (1997) menyatakan terdapat beberapa model penambahbaikan sekolah


yang digunakan untuk kecemerlangan. Model-model tersebut ialah

• Model Hubungan (Linkage Model) Perubahan Terancang

Pendekatan utama model ini adalah ’mengubah amalan yang wujud’ di sekolah,
yang didapati tidak produktif atau tidak berkesan bagi mencapai visi atau matlamat
sekolah. Usaha yang dijalankan mengikut model ini bertujuan untuk memulihkan the
dyfunctions of the school organization termasuklah gaya kepimpinan pengetua,
perhubungan manusia dalam sekolah dan pengajaran guru. Perubahan terancang ini
menekankan kepada sebarang usaha pengupayaan melalui Peringkat Matlamat,
Peringkat Penilaian, Peringkat Perancangan, Peringkat Latihan Staf, Peringkat
Percubaan, Peringkat Transformasi dan Peringkat Budaya Baru

• Model Pembangunan Iklim Sekolah ke arah Peningkatan Disiplin

Model ini merupakan pengubahsuaian Model Hubungan Perubahan Terancang,


digunakan oleh Unit Disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan dalam
tahun awal 1980-an. Model ini menekankan perlaksanaan yang berfokuskan kepada
Tujuan Program, Konsep Program, Asas Kepercayaan Program, Strategi Program
dan Objektif Program

Sorotan Kajian-Kajian Berkaitan

• Characteristics of effective rural secondary schools in Malaysia


Abdul Karim Mohd Nor (1989) menyatakan terdapat dua belas faktor yang
membezakan ciri-ciri sekolah berkesan bandar dengan sekolah kurang berkesan di
luar bandar meliputi :

• kemahiran kepemimpinan pengetua


• persepsi peranan pengetua
• pengalaman sebagai pengetua
• strategi pembangunan sekolah
• pengelibatan ibu bapa
• jangkaan guru terhadap pelajar
• sikap guru terhadap pelajar
• disiplin pelajar
• penggunaan sumber sekolah
• kepuasan guru dengan pelajar
• persepsi guru terhadap mandat dan arahan kerajaan

• Pengajaran guru yang berkesan (Instructional Effectiveness) Model Slavin :


Satu Kajian Di sekolah Berkesan di Malaysia
Shahril @ Charil Marzuki dalam kajian yang bertajuk Pengajaran guru yang
berkesan (Instructional Effectiveness) Model Slavin : Satu Kajian Di sekolah
Berkesan di Malaysia yang telah dijalankan ke atas 238 orang guru daripada 4 jenis
sekolah rendah iaitu SK, SRK, SJKC, SJKT mendapati empat unsur yang utama
dalam memastikan keberkesanan pengajaran guru ialah :

1. Kualiti pengajaran – guru yang berkesan akan membuat perancangan bagi setiap
subjek yang hendak diajar dengan menyediakan buku rekod,ABM dan latihan
yang hendak diberikan. Isi pengajaran mestilah dikaitkan dengan kehidupan
seharian murid, isi penyampaian yang ringkas dan mudah difahami,
menggunakan kaedah pengajaran yang pelbagai dan sentiasa membuat
penilaian sumatif dan formatif.

2. Kesesuaian aras pengajaran – guru mesti tahu tahap kecerdasan murid dan
boleh menyesuaikan diri dengan semua tahap murid. Murid akan diajar secara
berkumpulan mengikut kesesuaian topik.

3. Insentif – guru yang berkesan akan sentiasa memberikan motivasi dan insentif
kepada murid yang rajin dan baik. Ini akan menambahkan minat murid untuk
belajar. Disamping ganjaran kepada murid guru juga boleh mengenakan
dendaan kepada murid yang tidak cemerlang agar mereka lebih rajin dan teliti
dan membuat tugasan.

4. Masa – penggunaan masa yang maksima didalam kelas untuk mengajar,


membuat latihan dan membuat penbetulan hasil kerja murid.

Kajian yang dijalankan juga mendapati tiada perbezaan gaya pengajaran guru lelaki
dan perempuan dan guru yang berpengalaman 10 tahun mengajar dan kurang 10
tahun.

METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian ini menggunakan gabungan Model Keberkesanan dan Penambahbaikan


dengan menggunakan empat dimensi konsep utama teoritikal keberkesanan sekolah serta
penambahbaikannya yang dikemukakan oleh David H. Hargreaves (2001). Empat elemen
tersebut yang membentuk dimensi penyelidikan ialah : elemen Hasilan, elemen Daya
Tingkat, elemen Modal Intelektual dan elemen Modal Sosial.

Elemen Hasilan akan mengkaji apakah maklumat-maklumat penting tentang ciri-ciri


kemenjadian pelajar yang juga disebut sebagai modal insan pelajar. Manakala elemen
Daya Tingkat pula pengkaji dapat mereroka tentang maklumat penting berkaitan dengan
proses penambahbaikan yang diperlukan di sekolah.

Seterusnya Elemen Modal Intelektual membolehkan maklumat berkaitan dengan gaya


kepimpinan, kepakaran, dan kaedah pedagogi yang diperlukan oleh bahagian sumber
manusia sekolah tersebut dikenalpasti. Menerusi Modal Sosial pula, pengkaji berupaya
mendapatkan maklumat berkaitan bentuk hubungan yang diperlukan oleh sekolah yang
membolehkan sekolah tersebut mempunyai ciri-ciri keberkesanan serta sifat
penambahbaikan

Kajian ini menggunakan penyelidikan diskriptif dengan pendekatan kuantitatif. Data kajian ini
diperolehi melalui set soal selidik berstruktur. Menurut Ary (1990), kajian yang menggunakan
kaedah ini berupaya memperihalkan keadaan yang sedang wujud dan juga melihat
sebarang perkaitan antara permasalahan dengan pembolehubah yang ada bersamanya
dalam situasi yang sedang berlangsung.
Populasi dan Responden Kajian

Populasi kajian terdiri daripada 150 orang pensyarah Institut Perguruan Perempuan Melayu,
Melada yang dipilih secara rawak untuk menjadi responden kajian ini.

Instrumen Kajian

Set soal selidik ini merupakan item-item yang diubahsuai dari kajian tesis Universiti Malaya
yang bertajuk Keberkesanan Sekolah : Satu Kajian Perspektif Guru Sebuah Sekolah Dalam
Negeri Melada oleh penyelidik sendiri . Set soalselidik ini telah diuji dalam penyelidikan
tersebut nilai kesahan kebolehpercayaan ( alpha cronbach) 0.976.

Set soal selidik terdiri daripada 60 item soalan. Setiap item dibekalkan dengan respon
maklumbalas 5 skala iaitu : 1 Sangat tidak setuju, 2 Tidak setuju, 3 Kurang setuju, 4 Setuju
dan 5 Sangat setuju. Set soal-selidik ini juga terdiri daripada 5 bahagian. Secara terperinci ,
bentuk- bentuk item soalan mengikut dimensi dapat diringkaskan menerusi jadual berikut :

Jadual 1 Lima konstruk utama soal selidik kajian

BAHAGIAN KONSTRUK KAJIAN


A Elemen Hasilan
B Elemen Daya Tingkat
C Elemen Modal Intelektual
D Elemen Modal Sosial

Tatacara Pengumpulan Data

Pengkaji juga akan memberitahu bahawa segala maklumbalas adalah sulit dan hanya
digunakan untuk kajian ini sahaja. Sesi penerangan ini amat perlu kerana dapat
mengelakkan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul serta boleh memberi kesan respon
yang menyimpang. Pengkaji akan meminta responden untuk memberikan maklumbalasnya
dalam jangka waktu yang tertentu. Setelah itu pengkaji akan memunggut sendiri set soal-
selidik tersebut daripada responden.

Tatacara Penganalisaan Data

Semua data dan maklumat yang yang diperolehi akan di analisa dengan menggunakan
pendekatan disriptif. Analisis statistik diskriptif yang digunakan dalam kajian menghasilkan
satu ringkasan yang menggambarkan keseluruhan dapatan kajian. Walsh (1990)
menyatakan kaedah analisis ini dapat memberikan maklumat secara langsung dan mudah.

DAPATAN KAJIAN

Elemen Hubungan Sosial

Kajian ini mendapati bahawa 98% responden amat mementingkan peranan-peranan yang
terdapat dalam hubungan sosial sebagai teras dalam mencetuskan keberkesanan institusi
melalui hubungan yang harmoni serta persekitaran yang kondusif.
peranan-peranan yang terdapat dalam
KESEDARAN TERHADAP FAKTOR LUARAN DAN DALAMAN
hubungan sosial sebagai teras dalam
mencetuskan keberkesanan institusi
100
melalui hubungan yang harmoni serta
PERATUS PENSYARAH

80 persekitaran yang kondusif


mengutamakan faktor hubungan dalaman
60 berbanding dengan faktor hubungan
luaran dalam mengerakkan elemen sosial
40 sesuatu institusi.
20 faktor persekitaran dalaman perlu
berjalan serentak dengan faktor
0
persekitaran luaran
setuju

Antara faktor yang dapat membantu pengekalan suasana kondusif sesuatu institusi
adalah
• Faktor persekitaran dalaman di kalangan warga institusi pendidikan itu sendiri.
• Persekitaran fizikal institusi
• Hubungan persekitaran luaran sama ada dengan masyarakat setempat , stake
holder mahupun dengan lain-lain agensi kerajaan dan swasta.

Kajian mendapati 92.7% responden mengutamakan faktor hubungan dalaman


berbanding dengan faktor hubungan luaran dalam mengerakkan elemen sosial sesuatu
institusi. Mereka amat bersetuju bahawa setelah faktor persekitaran dalaman kukuh dan
sempurna , barulah hubungan persekitaran luaran dapat dibina dengan baik.

Sementara itu 7.3 % responden pula berpendapat faktor persekitaran dalaman perlu
berjalan serentak dengan faktor persekitaran luaran. Walau bagaimana pun, tiada
perbezaan ekstrim di antara dua kelompok yang berbeza pendapat ini.

kemantapan elemen semangat kerjasama, kekitaan,


FAKTOR-FAKTOR PENTI NG HUBUNGAN kejelekitan ,kerja sepasukan keperihatinan,
DALAMAN DAN LUARAN mestilah menj adi tunj ang utama hubungan
100
persekitaran dalaman yang kondusif
PERATUS PENSYARAH

80 tambahan elemen perkongsian maklumat,


60
ketelusan aduan dan teguran juga sebagai elemen
tunjang modal sosial
40
rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak perlu
20
dipupuk demi untuk memastikan kewujudan
0 institusi
set uju
persekitaran fizikal memainkan peranan
mempengaruhi pembentukan persekitaran sosial
yang kondusif

94.6 % responden menyatakan dengan jelas bahawa kemantapan elemen semangat


kerjasama, kekitaan, kejelekitan ,kerja sepasukan keperihatinan, mestilah menjadi
tunjang utama hubungan persekitaran dalaman yang kondusif. 5.4% responden pula
menambah bahawa elemen perkongsian maklumat, ketelusan aduan dan teguran juga
sebagai elemen tunjang yang diperlukan. Elemen tersebut perlulah dilaksanakan secara
profesional bukannya mengikut sentimen.

93.2 % responden juga menyatakan dengan jelas rangkaian kerjasama dengan pelbagai
pihak perlu dipupuk demi untuk memastikan kewujudan institusi IPPM berterusan dan
releven.
98.3 % responden dengan jelas menerima faktor persekitaran fizikal memainkan
peranan mempengaruhi pembentukan persekitaran sosial yang kondusif. Kondisi dan
bilangan bilik kuliah, bilik pensyarah, peralatan pengajaran-pembelajaran, rangkaian
akses maklumat berupaya merencatkan aspek kepuasan kerja di kalangan warga IPPM.
Mereka berpendapat kerencatan dalam elemen kepuasan kerja boleh mengakibatkan
pembentukan hubungan sosial yang rapuh dan tidak berkesan.

Elemen Modal Intelektual

kepentingan elemen kelayakan profesionalisma keguruan KUALI TI PENSYARAH


sebagai suatu penanda-aras
100
kelayakan ikhtisas dan kelayakan akademik menjadi

Peratus Pensyarah
80
tunjang utama memperlihatkan keterampilan kualiti
pensyarah. 60

kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajaran dan 40


pembelajaran sahaja yang perlu diambil kira
20

kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan juga 0


perlu diambil kira sebagai suatu elemen kelayakan kualiti setuju
asalkan ianya berkaitan dengan bidang tugas semasa.

98.3% dari kalangan responden dengan jelas amat bersetuju dengan kepentingan
elemen kelayakan profesionalisma keguruan sebagai suatu penanda-aras dalam
menilai kualiti pensyarah institusi melalui :

• Kelayakan Ikhtisas
• Kelayakan Akademik.
• Kursus-kursus dalam perkhidmatan yang diikuti.
• Keterampilan dalam bidang kepakaran
• Tempoh bertugas sebagai pakar dalam sesuatu tugasan.

100% responden bersetuju bahawa kelayakan ikhtisas dan kelayakan akademik menjadi
tunjang utama memperlihatkan keterampilan kualiti pensyarah. Mereka berpendapat
bahawa kelayakan ikhtisas mencerminkan kewibawaan pensyarah dalam perlaksanaan
kaedah pengajaran sementara kelayakan akademik mencerminkan tahap penguasaan
kandungan sesuatu disiplin ilmu.

Walaubagaimana pun terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan responden


dalam aspek kursus-kursus dalam perkhidmatan yang perlu diikuti. 83.7% menyatakan
hanya kursus-kursus yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja yang
perlu diambil kira. 17.7% pula menyatakan kursus-kursus yang berkaitan dengan
pengurusan juga perlu diambil kira sebagai suatu elemen kelayakan kualiti asalkan ianya
berkaitan dengan bidang tugas semasa.
aspek keterampilan dalam bidang kepakaran perlu diterima KETERAMPILAN PENSYARAH
sebagai elemen kelayakan profesionalisma keguruan.
100

bukti hasil penulisan kajian dan penulisan buku ilmiah 80

PENSYARAH
akademik menjadi faktor yang menentukan keterampilan

PERATUS
dalam bidang kepakaran 60

sebarang pengiktirafan dalam sumbangan kerjaya juga boleh 40


dijadikan sebagai salah satu faktor penentu
20

empoh menyandang sesuatu tugas boleh dijadikan faktor 0


penentuan kelayakan profesionalisma keguruan. setuju

94.6% responden amat bersetuju bahawa aspek keterampilan dalam bidang kepakaran
perlu diterima sebagai elemen kelayakan profesionalisma keguruan. Terdapat sedikat
perbezaan pandangan di kalangan responden berkaitan faktor keterampilan ini. 35%
responden menyetujui hanya bukti hasil penulisan kajian dan penulisan buku ilmiah
akademik menjadi faktor yang menentukan keterampilan dalam bidang kepakaran. 65%
responden menambah bahawa sebarang pengiktirafan dalam sumbangan kerjaya juga
boleh dijadikan sebagai salah satu faktor penentu.

Hanya dengan 44% responden pula menyatakan dengan jelas bahawa tempoh
menyandang sesuatu tugas tidak perlu dijadikan sebagai faktor penentu. Mereka
berpendapat bahawa tempoh menyandang sesuatu tugas tidak membawa impak kepada
kepakaran yang dimiliki. Berbanding 56% responden bersetuju dengan kenyataan
bahawa tempoh menyandang sesuatu tugas boleh dijadikan faktor penentuan kelayakan
profesionalisma keguruan. Mereka berpendapat tempoh menyandang sesuatu tugas ini
banyak membantu membina pengalaman dan kepakaran yang tidak mungkin diperolehi
menerusi latihan formal

Elemen Hasilan

kemajuan mutakhir keberkesanan institusi mempunyai kaitan rapat dengan kemenjadian pelajar yang
ELEMEN HASILAN PELAJAR
dihasilkan
100
pelajar perlu mengutamakan prinsip keseimbangan akademik dan kokurikulum sebagai asas persediaan mental
PE R A T U S P E N SY A R A H

dan fizikal pelajar mencapai kecemerlangan. 80

kemantapan ciri sahsiah pelajar disumbangkan oleh elemen sentiasa berprinsip dan rasa bersyukur, 60
mempunyai bakat kepimpinan serta boleh menerima kepimpinan orang lain, boleh menerima persaingan
secara positif serta berupaya membentuk jati diri tersendir 40
ciri-ciri sahsiah tersebut perlu dikembangkan lagi agar pelajar juga mestilah mempunyai keprihatinan yang
tinggi, semangat dan daya juang yang tinggi dalam menempuh cabaran, berupaya mendapat pengiktirafan 20
dalam kegiatan ko-kurikulum sehingga peringkat k
elemen membuat justifikasi sikap timbang rasa, adil dan saksama sebagai elemen yang perlu ada dalam diri 0
pelajar cemerlang. setuju

100% warga IPPM amat bersetuju bahawa kemajuan mutakhir keberkesanan institusi
mempunyai kaitan rapat dengan kemenjadian pelajar yang dihasilkan oleh institusi
tersebut.

Kajian ini mendapati bahawa faktor kecemerlangan pelajar berkait rapat dengan elemen-
elemen seperti berikut :
• Menunjukkan kejayaan yang seimbang dalam aktiviti akademik dan kokurikulum
• Kesediaan untuk dinilai dalam pencapaian akademik dalam pelbagai cara.
• Berkebolehan membuat sebarang keputusan dengan cepat dan tepat.
• Sentiasa berprinsip dan rasa bersyukur.
• Berkeupayaan menerima sebarang persaingan di kalangan rakan secara positif
• Mempunyai bakat kepimpinan serta boleh menerima kepimpinan orang lain.
• Berkeupayaan membentuk jati diri tersendiri.
• Berkeupayaan menyesuaikan diri secara dinamik dalam pelbagai lapisan sosial.
• Prihatin terhadap persekitaran
• Semangat juang yang tinggi dalam menempuh cabaran
• Menunjukkan keterampilan dalam kegiatan ko-kurikulum di peringkat tinggi.
• Bersikap assertif terhadap orang lain.

98 % responden bersetuju pelajar perlu mengutamakan prinsip keseimbangan akademik


dan kokurikulum sebagai asas persediaan mental dan fizikal pelajar mencapai
kecemerlangan. Responden juga bersetuju bahawa pelajar perlu bersedia dan tekal
dalam penilaian yang dilakukan sepanjang masa dengan pelbagai cara serta
berkebolehan membuat sebarang keputusan dengan cepat dan tepat

Kajian ini mendapati responden sedar terdapat perkaitan rapat diantara ciri kejayaan
akademik dan kokurikulum dengan sahsiah pelajar. Mereka menyatakan bahawa
pencapaian akademik dan sahsiah boleh mencapai tahap cemerlang sekiranya ciri-ciri
sahsiah pelajar digilap dengan sempurna.

97% responden jelas menyatakan bahawa kemantapan ciri sahsiah pelajar


disumbangkan oleh elemen sentiasa berprinsip dan rasa bersyukur, mempunyai bakat
kepimpinan serta boleh menerima kepimpinan orang lain, boleh menerima persaingan
secara positif serta berupaya membentuk jati diri tersendiri.

83% responden pula menambah ciri-ciri sahsiah tersebut perlu dikembangkan lagi agar
pelajar juga mestilah mempunyai keprihatinan yang tinggi, semangat dan daya juang
yang tinggi dalam menempuh cabaran, berupaya mendapat pengiktirafan dalam
kegiatan ko-kurikulum sehingga peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

75% responden juga meletakkan elemen membuat justifikasi sikap timbang rasa, adil
dan saksama sebagai elemen yang perlu ada dalam diri pelajar cemerlang.

Elemen Daya Tingkat

kepimpinan pentadbir dan kepimpinan pengajaran dan kurikulum (P&K) yang perkasa akan
KEPIMIPINAN PENTADBIRAN
mencetuskan elemen penambahbaikan dan keberkesanan sesuatu institusi pendidikan.
hala tuju yang terkandung dalam perancangan strategik tahunan mestilah bersifat jelas, rasional 100
dan terkehadapan (futuristik).
PER AT U S PEN SYAR AH

80
pentadbir perlu menentukan tindakan itu adalah berterusan, tidak bertindih antara satu sama lain
60
dan tidak membazir melalui perancangan strategi
perancangan strategik sewajarnya dimulakan dengan analisis SWOT 40

20
melalui daya kepimpinan yang jitu, kawalan semua sumber strategik juga akan menjadi mantap
dan sistematik. 0
setuju
pengurusan sumber manusia yang berkesan memberi impak yang ketara dalam pembangunan
sesebuah organisasi.
Kajian mendapati 98% responden menyatakan bahawa kepimpinan pentadbir dan
kepimpinan pengajaran dan kurikulum (P&K) yang perkasa akan mencetuskan elemen
penambahbaikan dan keberkesanan sesuatu institusi pendidikan.

Di bawah aspek kepimpinan pentadbir ,98% responden juga menyatakan dengan jelas
bahawa hala tuju yang terkandung dalam perancangan strategik tahunan mestilah bersifat
jelas, rasional dan terkehadapan (futuristik). Mereka juga menyatakan keperluan pembinaan
misi dan visi perlulah menepati ciri-ciri yang S.M.A.R.T. Tanpa sifat-sifat ini, kekuatan untuk
membina sebarang anjakan dan lonjakan tidak dapat dilaksanakan kerana ianya akan
menimbulkan banyak kekeliruan dan kekaburan. Responden juga bersetuju bahawa
keupayaan sesebuah institusi mencapai matlamat dalam tempoh masa yang ditetapkan juga
mencerminkan sikap pentadbir dalam pengurusan masa .

95% responden amat bersetuju bahawa seseorang pentadbir dapat menentukan tindakan itu
adalah berterusan, tidak bertindih antara satu sama lain dan tidak membazir melalui
perancangan strategik . 78% responden menyatakan amat bersetuju bahawa perancangan
strategik sewajarnya dimulakan dengan analisis SWOT. Responden juga bersetuju dengan
langkah-langkah perlaksanan analisis SWOT dengan melihat kepada ciri-ciri :

• Menentukan permasalahan yang dihadapi berdasarkah kategori “apa dia” dan”apa


sepatutnya”.
• Membuat penganalisaan terperinci mengenai sesuatu isu serta mula mengumpulkan
data.
• Mengkonsepsi dan merangka rancangan yang dibuat
• Memaklumkan golongan yang terlibat mengenai rancangan yang diatur
• Melaksanakan perancangan
• Mencari maklumbalas yang merupakan proses menilai dan mengubahsuai.

98% responden bersetuju bahawa daya kepimpinan yang jitu, kawalan semua sumber
strategik juga akan menjadi mantap dan sistematik. Responden menyatakan amat bersetuju
bahawa kepimpinan pentadbiran perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan jelas
dalam pengurusan hal-hal kewangan institusi dengan memastikan penggunaan wang
secara optima. Pentadbir perlu mengagihkan peruntukan kewangan untuk memenuhi
keperluan kurikulum, pembelian alat dan kelengkapan institut.

Seterusnya responden juga bersetuju bahawa pentadbir juga perlu memastikan atas
kesempurnaan akaun kewangan institut menerusi

• Penyediaan Anggaran Belanjawan


• Kawalan Belanjawan yang merangkumi :Kawalan Peruntukan, Pengurusan
Perbelanjaan.
• Perakaunan yang meliputi Penyelenggaraan Buku Vot (AP.95), Perolehan ,Terimaan
dan Bayaran.
• Kawalan Auditan
• Surcaj

Dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan sebagai pengurus


kewangan, pengetua terdedah kepada beberapa masalah yang boleh menjejaskan imej
sebagai pemimpin pertadbiran sesebuah institusi pendidikan.

98% responden amat bersetuju bahawa pengurusan sumber manusia yang berkesan
memberi impak yang ketara dalam pembangunan sesebuah organisasi. Pentadbir perlu
berkebolehan mentafsir :
• Kecondongan Nilai Diri yang merangkumi aspek: tindakan, proses,
latarbelakang manusia dan idea.
• Tret personaliti memahami kepentingan diri dan staf dalam organisasi.

peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum KEPIMPINAN P&K


(P&K) ini meliputi pelbagai tugas termasuk penyeliaan
dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran 120

PERATUS PENSYARAH
di bilik darjah 100
80
pemimpin P&K harus memahami setiap aspek
kurikulum dengan terperinci supaya boleh membuat 60
perancangan menyeluruh serta memastikan segala 40
yang dirancang dapat dijalankan dengan licin.
20
penyeliaan pengajaran boleh dilakukan secara 0
individu atau berkumpulan/ penyeliaan klinikal wajar setuju
digunakan dalam proses penyeliaan.

Menerusi kepemimpinan pengajaran dan kurikulum, 98% responden amat bersetuju


peranan sebagai pemimpin pengajaran dan kurikulum (P&K) ini meliputi pelbagai tugas
termasuk penyeliaan dan cerapan serta penilaian pengajaran pembelajaran di bilik
darjah. Responden juga menyedari bahawa pemimpin P&K perlu berupaya mengubah
persekitaran pembelajaran, perlu bekerja dengan had sumber yang sedia ada dan
memperbaiki kualiti pengajaran menerusi strategi pujukan dan perubahan. Pemimpin P&K
juga perlu mengekalkan matlamat asas pembelajaran dan memperbaiki pembelajaran
pelajar dan pada masa yang sama meneroka kaedah-kaedah pengajaran baru. Responden
juga menyatakan bahawa pemimpin P&K perlu memberi perhatian berat kepada kebajikan
pelajar.

98% responden menyatakan bahawa pemimpin P&K harus memahami setiap aspek
kurikulum dengan terperinci supaya boleh membuat perancangan menyeluruh serta
memastikan segala yang dirancang dapat dijalankan dengan licin. 98% responden
bersetuju bahawa penyeliaan pengajaran boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.
Responden juga bersetuju bahawa penyeliaan klinikal wajar digunakan dalam proses
penyeliaan.

Responden juga memahami bahawa penyeliaan klinikal yang berkesan mesti mempunyai
lima peringkat yang berikut :

• Konferensi sebelum penyeliaan.


• Menyelia pengajaran guru dalam kelas.
• Membuat analisis data cerapan.
• Konferensi antara penyelia dengan guru selepas cerapan.
• Konferensi selepas penyeliaan, iaitu penyelia membuat analisis peranan mereka
sebagai penyelia iaitu memberi komen mengenai keempat-empat peringkat.

KESIMPULAN

Kajian ini telah membuktikan bahawa pensyarah-pensyarah IPPM dapat memahami dengan
jelas tentang konsep dan teori sekolah berkesan dalam konteks institut pendidikan guru
sepertimana pendidik-pendidik di sekolah. Mereka juga berupaya memahami bahawa
Institut pendidikan guru yang berkesan boleh dikonsepsikan dalam bentuk yang pelbagai.
Kajian ini juga membuktikan bahawa pensyarah IPPM juga memahami bahawa
keutamaannya perlulah berfokus kepada pencapaian pelajar (student outcome) sebagai
indikator institut pendidikan guru berkesan.

Pensyarah IPPM juga memahami dengan jelas bahawa hasil keluaran ini di nilai bukan
sahaja melalui pencapaian dalam bidang akademik bahkan aspek sahsiah seperti tingkah
laku, sikap dan disiplin pelajar yang baik, kepuasan kerja guru, Mereka juga memahami
bahawa keadaaan institut yang kondusif (seperti kebersihan dan keceriaan). Seterusnya
mereka memahami keperluan IPG berkesan boleh diukur melalui proses pengurusan dan
pentadbiran dan juga proses mewujudkan iklim, etos dan budaya institut yang positif dan
kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu sejauh mana institut itu berkesan juga boleh diukur melalui proses hubungan yang
mesra antara pihak pengurusan dengan seluruh warga institut. Keberkesanan institut boleh
juga diukur selain kecemerlangan dalam pengajian, tetapi dari aspek ekuiti (kesaksamaan)
untuk mengakses pendidikan tanpa mengira kebolehan dari segi kognitif dan fizikal pelajar,
latar belakang sosio-ekonomi status (SES) pelajar, latar agama, bangsa, keturunan dan
fahaman pelajar. Begitu juga keberkesanan institut boleh diukur dari segi peningkatan atau
progres pelajar dari aspek kadar pencapaian akademik dari tahun ke tahun yang ditunjukkan
dengan adanya nilai dalam kebolehan pelajar.

Mereka juga memahami keberkesanan sesebuah institut pendidikan guru juga adalah
bergantung kepada apakah matlamat, visi dan misi yang hendak dicapai. Sekiranya
matlamat dapat dicapai sepertimana sasaran yang diunjurkan maka sesebuah institut
pendidikan guru boleh dikatakan berjaya.

Adalah jelas kepada pensyarah IPPM bahawa untuk mencapai kecemerlangan dan
keberkesanan , institut pendidikan guru mempunyai pentadbir yang berilmu, berani
membuat perubahan, hubungan interpersonal yang baik antara warga institut, mempunyai
program akademik yang terancang dan memenuhi kehendak masyarakat, mempunyai
sumber kewangan yang mencukupi dan disiplin pelajar yang terkawal dan baik merka juga
memahami bahawa penambahbaikan institut pendidikan guru juga merupakan sub elemen
yang tidak boleh dinafikan dalam pembentukan institut pendidikan guru berkesan walaupun
tidak dilihat dari perspektif hasilan pelajar dan institut.

Kajian ini juga membuktikan bahawa perspektif pensyarah IPPM sejajar dengan perspektif
guru-guru sekolah yang telah nyatakan dalam kajian terdahulu. Oleh itu kajian lanjutan yang
boleh dijalankan untuk melihat hubungan demografi para pensyarah dengan kefahaman
terhadap konsep sekolah berkesan.

RUJUKAN

A.L. Ramaiah. (1995). Penyelidikan keberkesanan sekolah: masalah konsepsi dan


metodologi. Monograf Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Abdul Karim Mohd Nor. (1989). Characteristics of effective rural secondary schools in
Malaysia. University of Wisconsin, Madison. (Unpublished Doctoral Dissertation).

Brookover, W.B. et al. (1979). Changes in school characteristics coincidence with changes
in school achievement. East Lansing: Institute for Research on Teaching, Michigan
University.

Cameron, K.S. (1984). The effectiveness of ineffectiveness. Research in Organizational


Behavior, 6, 235-285.
Cameron, K.S. and Whetten (1983). Organizational effectiveness: a comparison of multiple
models. New York: Academic Press.

Charil bin Marzuki. (1997). Kajian sekolah berkesan di Malaysia: Model Lima Faktor.
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. (Tesis Kedoktoran Yang Tidak Diterbitkan).

Cheng, Yin Cheong (1996). School effectiveness and school-based Management: a


mechanism for development. The Falmer Press.

Edmonds, R. (1979). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 37(1):
15-27.

Hopkins, David. (2001). School improvement for real. RoutledgeFalmer, Taylor & Francis
Group.

Hoy, Wayne K., dan Miskel, Cecil,G. (1996). Educational administration: theory research and
practice, 5th Edition, McGraw-Hill, Inc., USA.

Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Levin, D., dan Lezotte, L. (1990). Unusually effective schools. Madison, WI: The National
Center for Effective Schools, Research and Development.

Mortimore, P. (1991). School effectiveness research: which way at the cross-roads? School
Effectiveness and School Improvement, 2 (3): 213-29.

Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Kertas dibentangkan pada


Seminar Sekolah Efektif, Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki, 13 – 14 July.

Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, S., dan Ecob, R. (1988). School matters: the
juniour years. Somerset, Open Books.

Purkey, S. C., and Smith, M.S. (1983) Effective schools: a review. Elementary School
Journal, 83, 427-452.

Rahimah Haji Ahmad. (1998). Profesiionalisme guru dan sekolah berkesan. Ucap Tama
Yang Disampaikan Dalam Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG):
Pendidikan Guru Untuk Sekolah Berkesan. Universiti Malaya.

Rutter, M., Maughan, B., Mortimore, P., Ouston, J. dan Smith, A. (1979). Fifteen thousand
hours, London: Open Books.

Sammons, P., Hillman, J. and Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools:
A review of school effectiveness research. London: OFSTED.

Scheerens, J. (1992). Effective shooling: research, theory and practice. London : Cassell.

Sergiovanni, T. J. (2001). The principalship : a reflective practice perspective. Texas: Allyn


and Bacon.

Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan sekolah. Satu perspektif sosiologi. Serdang: UPM.
Stedman, L.C. (1987). It’s time we change the effective school formula. Phi Delta Kappan,
69, 214-224.

Stoll, L. dan Fink, D. (1996). Effecting school change: The Halton Approach. School
Effectiveness and Improvement, 3 (1): 19-41.

Teddlie, C. and Reynolds, D. (2000). The international handbook of school effectiveness


research. London: Falmer Press.

You might also like