You are on page 1of 35

AMALAN SIMULASI DALAM PENGAJARAN-PEMBELAJARAN

MEREKOD URUSNIAGA DALAM MATA PELAJARAN PERDAGANGAN

DAN KEUSAHAWANAN.

(KAJIAN TINDAKAN)

AIMEE SHAHRIN HJ JAIS


(MAKTAB PERGURUAN PEREMPUAN MELAYU, MELAKA)

1
BAB I

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Kajian ini merupakan satu ilham daripada refleksi dan perbincangan dengan rakan

penyelidik mengenai pengajaran merekod urusniaga kepada guru pelatih. Amalan

biasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P) melibatkan pemberian input dan

latihan susulan. Hasil perbincangan dengan rakan penyelidik dan maklumbalas

daripada guru pelatih sendiri mendorong penyelidik menggunakan pendekatan lain

untuk meningkatkan keberkesanan dalam P&P merekod urusniaga di dalam bilik

darjah.

Pendekatan yang dipilih ialah kaedah simulasi. Ini adalah disebabkan simulasi

mempunyai kelebihan seperti berikut:

• Pelajar diberi peluang untuk mengeksperimen secara aktif dalam masalah

yang realistik. Ini memerlukan integrasi pengetahuan, kemahiran, sikap dan

nilai kerja yang positif

• Elemen dalam simulasi dapat dirasai dan dialami tanpa risiko dan kerumitan

• Pelajar boleh membina dan menguji hipotesis, mengenalpasti pola

tingkahlaku sendiri dan rakan , membuat keputusan dan memerhati kesannya

dengan lebih cepat.

• Pelajar akan dapat menggunakan peluang untuk memodifkasikan keputusan

dan tindakan dan memerhati impak kepada perubahan ini.

2
• Kesilapan dapat diperbetulkan dengan lebih mudah dan menjimatkan kos

interpersonal.

• Pelajar akan sedar akan kepentingan keberkesanan individu dan kejayaan

dalam perniagaan adalah sistem yang kompleks dan interaktif.

• Perhubungan mengenai faedah , kejayaan kumpulan dan kemahiran individu

ditunjukkan dengan lebih ketara. (Corbeil, Laveault, & Saint-Germain,

1989).

1.2 Batasan Kajian

Kajian adalah terhad kepada amalan pengajaran-pembelajaran secara simulasi di

dalam kelas bersama dengan guru pelatih (GP). Ia melibatkan GP semester 2 dari 2

kelas seramai 60 orang yang mengambil elektif Kemahiran Hidup . Elektif yang

berkenaan ialah subjek Perniagaan dan Keusahawanan (P&K) yang berfokus kepada

topik merekod urusniaga sahaja.

1.3 Fokus Amalan

Melalui pengalaman dan pemerhatian pengajaran-pembelajaran (P&P ) semasa

praktikum mengenai topik merekod urusniaga dalam mata pelajaran perdagangan

dan keusahawanan (P&K) di sekolah dan maktab, guru biasanya mengajar secara

penerangan, perbincangan dan diikuti dengan latihan atau penyelesaian masalah. Ini

dapat dilihat juga dalam Jadual 3 mengenai amalan kaedah pengajaran-pembelajaran

oleh guru.

3
Tinjauan awal daripada pengalaman guru pelatih (GP) semasa di sekolah juga

menunjukkan kaedah pengajaran-pembelajaran mengenai topik yang tersebut biasa

sahaja, ada kalanya membosankan, dan memfokus kepada guru. Mereka kurang

mengamalkan kaedah-kaedah lain yang lebih menarik dan memfokuskan kepada

pelajar

P&P mengenai topik merekod urusniaga dalam P&K boleh ditingkatkan

keberkesanannya menggunakan kaedah simulasi urusniaga. Kaedah simulasi

mengujudkan suasana P&P yang lebih menyeluruh, menarik, aktif dan

menggalakkan. Pelajar akan belajar dalam kumpulannya sendiri dan juga mesti

berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan lain. Di sini pengalaman pembelajaran

akan menjelma secara tersendiri dalam aktiviti urusniaga.

1.4 Tujuan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membolehkan pensyarah menilai pengajarannya melalui

pandangan guru pelatih (GP) mengenai amalan kaedah simulasi dalam merekod

urusniaga. Maklumat yang diperoleh akan membantu pensyarah meningkatkan lagi

perancangan dan pelaksanaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah pengajaran-

pembelajaran (P&P) yang lebih berkesan dalam merekod urusniaga.

4
1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian tindakan ini adalah untuk :

1. Menentukan keberkesanan kaedah simulasi dalam P&P merekod urusniaga

dari sudut pandangan GP..

2. Mengenalpasti masalah yang dihadapai GP dalam aktiviti simulasi.

3. Menentukan perasaan GP semasa melaksanakan simulasi merekod urusniaga.

1.6 Pernyataan Masalah

Terdapat pelbagai kaedah untuk melaksanakan proses P&P topik Perdagangan dan

Keusahawanan .Pendekatan amalan yang biasa dipraktikkan adalah kaedah

penerangan, perbincangan, latihan tunjuk cara dan sebagainya. Malangnya

pendekatan amalan kaedah simulasi kurang dipraktikkan untuk mengajar topik ini

terutamanya dalam pengajaran merekodkan urusniaga Oleh sebab itu amat penting

satu kajian dibuat untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan amalan simulasi ini.

Selain daripada itu, tinjauan tentang masalah dan perasaan yang dihadapi oleh

pelajar semasa guru melaksanakan pendekatan ini perlu juga dikenalpasti

Berdasarkan kepada aspek keberkesanan, masalah dan perasaan tersebut, beberapa

persoalan kajian telah dikenalpasti :

1. Adakah kaedah simulasi berkesan dalam P&P merekod urusniaga ?

2. Apakah tahap keberkesanannya dalam P&P merekod urusniaga ?

3. Apakah masalah kritikal yang boleh menjejas P&P yang berkesan ?

5
4. Apakah permasalahan yang dihadapi GP dalam aktiviti simulasi.

5. Apakah perasaan pelajar semasa melaksanakan simulasi merekod urusniaga ?

6. Apakah aspek dan perkara yang perlu perhatian untuk tujuan

penambahbaikan rekabentuk simulasi ?

6
BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Dapatan Literatur

Business simulations do provide a context to develop competence at a macro and

micro level. The response of participant depend upon their expectations and may see

the simulation as merely an opportunity to confirm task competence at micro level.

In context of management development, the business simulation introduction

provides the learning framework and the final feedback provides the necessary

reflection on the learning experience.

(Jon Curwin and John Furnival 1984)

Simulasi perniagaan menyediakan konteks membina ketrampilan pada tahap makro

dan makro. Respon peserta bergantung kepada ekspektasi mereka dan melihat

simulasi sebagai satu peluang untuk memantapkan ketrampilan pada aras mikro.

Dalam konteks pembangunan pengurusan , simulasi perniagaan menyediakan satu

kerangka pembelajaran dan maklumbalas akhir menghasilkan refleksi mengenai

pengalaman pembelajaran.

(Jon Curwin and John Furnival 1984)

Simulations are thought to be effective, in part, because they elicit higher levels of

arousal, motivation, task engagement, and quality of problem-solving in students

than that offered by traditional classroom methods (Funke, 1988). In addition, they

teach persistence, creativity, appropriate help seeking, and cooperative teamwork.

Simulasi adalah berkesan kerana ia menggalakan tahap rangsangan , motivasi ,

penglibatan dan kualiti penyelesaian masalah yang tinggi dikalangan pelajar

7
berbanding dengan kaedah P&P yang traditional. (Funke, 1988).Tambahan kepada

ini, ia melatih ketabahan, kreativiti, permintaan bantuan dan pasukan kerja secara

kooperatif.

There are two major criteria of simulations. First, a simulation involves the

experiences of functioning in a bona fide role and encountering the consequence of

one's actions as one makes decisions in execution of that role. Second, the

participant address the issue and problem seriously and conscientiously, ie, in a

professional manner (Jones , 1984).

Terdapat dua kriteria utama. dalam simulasi Pertama, simulasi boleh melibatkan

pengalaman berfungsi di dalam keadaan ' sebenar ' dan menghadapi kesan tindakan

hasil daripada keputusan yang dilaksanakan sekaligus membentuk turutan suatu

tindakan perlaksanaan.

Kedua, peserta yang terlibat akan menghadapi isu dan masalah dengan penuh serius

dan kesungguhan . (Jones 1984)

Simulation can provide evidence of performance on specially set task which can

supplement other forms of evidence in some cases can aid assessment. Simulation

can also reduce or avoid risk and can be tailored to spesific competence

assesment.(Jon Curwin and John Furnival 1984)

Simulasi dapat menyediakan bukti mengenai kemajuan didalam tugasan yang

disetkan dan jugamenyumbang lagi bukti dalam banyak kes serta membantu dalam

penilaian. Simulasi juga boleh mengurang atau mengelak sebarang risiko serta boleh

di gubah untuk penilaian sesuatu ketrampilan tertentu. (Jon Curwin dan John

Furnival 1984).

8
Marketing is one of the key competence areas and has been adressed using

simulation, THE MARKETING GAME (Mason and Perreault 1987)

Pemasaran merupakan salah satu keterampilan utama dan boleh dilatih melalui

kaedah simulasi. THE MARKETING GAME (Mason dan Perreault 1987).

Berasaskan kepada dapatan literatur , pengalaman dalam P&P serta maklumbalas

pelajar, penyelidik merasakan kaedah ini boleh diamalkan dalam P&P bagi tajuk

merekod urusniaga. Adalah diharapkan kaedah ini dapat diselidik dengan lebih

mendalam untuk menghasilkan satu rekabentuk P&P merekod urusniaga yang

menarik, berkesan dan menjimatkan masa pembelajaran.

9
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

Untuk melaksanakan penyelidikan yang telah dirancang , penyelidik bersepakat

untuk mengamalkan kaedah kajian tindakan .

3.2 Instrument Kajian Dan Cara Perlaksaanaan.

1. Melaksanakan amalan P&P secara simulasi urusniaga dengan menggunakan

bahan-bahan seperti jurnal, lejer, wang tunai, buku cek, dokumen-dokumen

perniagaan dan lain-lain..

2. Mengumpul data melalui soalselidik selepas simulasi dilaksanakan.

3. Meminta pelajar membuat catatan refleksi mengenai pengalaman

pembelajaran melalui aktiviti simulasi merekod urusniaga.

3.3 Perancangan dan Tindakan

3.3.1 Sebelum P&P, pengkaji akan membuat persediaan yang berikut:

a. memberi input mengenai kaedah simulasi dan merekod urusniaga

b. merancang dan membentangkan kerangka perjalanan simulasi.

c. menentukan bilangan dan jenis syarikat yang akan ditubuhkan

d. mengagihkan ahli kumpulan bagi sesebuah syarikat.

e. menentukan ahli syarikat akan mengenalpasti dan menyediakan buku rekod dan

dokumen-dokumen yang diperlukan

10
f. menyediakan arahan urusniaga yang perlu untuk perjalanan simulasi

3.3.2 Semasa P&P, pengkaji akan

a. memberikan input dan arahan urusniaga secara terkawal pada peringkat awal dan

selepas itu memberi pelajar kebebasan menentukan arahan urusniaga sendiri.

b. membantu GP semasa simulasi dijalankan dan membuat pemerhatian serta

mencatatkannya.

3.3.3 Selesainya P&P bagi topik ini pengkaji akan

a. meminta GP menjawap soalselidik yang diberi

b. meminta GP menuliskan satu refleksi mengenai pengalaman P&P selepas semua

merekod urusniaga disempurnakan.

11
BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Dapatan kajian adalah daripada soalselidik,yang meliputi aspek maklumat latar GP,

perasaan semasa simulasi dan refleksi selepas simulasi dijalankan

4.2 Pengalaman belajar

Pengalaman Belajar Merekod Urusniaga


Bil %
Pernah 58 96.67
Tidak 1 1.67
Tiada respon 1 1.67
Jumlah 60 100.00

Jadual 1

Dikalangan GP yang dikaji, adalah didapati 96.67% (58) pernah mempelajari

merekod urusniaga di peringkat sekolah. Hanya seorang sahaja yang tidak pernah

mempelajarinya. (Jadual 1)

4.3 Kelulusan dalam merekod urusniaga

Kelulusan tertinggi dalam Merekod Urusniaga


Bil %
PMR 18 30.00
SPM 34 56.67
SIJIL 1 1.67
LAIN-LAIN 6 10.00
Tiada respon 1 1.67
Jumlah 60 100.00

Jadual 2

12
Dikalangan GP yang dikaji, 86.67% ( 52orang ) yang mempunyai pengalaman dalam

merekod urusniaga sehingga ke peringkat SPM. Terdapat sebilangan kecil yang

mempunyai kelulusan seperti peringkat sijil dan diploma dalam bidang ini.

(Jadual 2)

4.4 Amalan kaedah pengajaran-pembelajaran oleh guru di sekolah

Amalan Kaedah Pengajaran-Pembelajaran Oleh Guru


Bil %
1 Penerangan 51 19.03
2 Perbincangan 43 16.04
3 Latihan 36 13.43
4 Kerja Kumpulan 34 12.69
5 Latihtubi 23 8.58
6 Tunjukcara 21 7.84
7 Penyelesaian Masalah 20 7.46
8 Simulasi 14 5.22
9 Penghafalan 7 2.61
10 Kajian Kes 7 2.61
11 Projek 7 2.61
12 Kuiz 4 1.49
13 Permainan 1 0.37
Jumlah 268 100.00

Jadual 3

Daripada pengalaman GP semasa di sekolah, kaedah yang diamalkan oleh guru yang

utama adalah kaedah penerangan (19.03%), perbincangan (16.04%), membuat

latihan (13.43%) dan kerja kumpulan (12.69%)..Latihtubi, tunjukcara, penyelesaian

masalah dan simulasi juga dialami secara sederhana dalam kajian ini. Kaedah

simulasi juga pernah digunakan pada kadar 5.22% .Ini adalah dikalangan GP yang

melalui program sijil dan diploma sahaja. Ini tidak berlaku dikalangan GP di

peringkat PMR atau SPM.Lain-lain kaedah yang kurang diamalkan dikalangan guru-

13
guru daripada pengalaman GP adalah seperti penghafalan, kajian kes, projek

urusniaga, kuiz dan juga permainan (Jadual 3).

Antara ciri-ciri pengajaran-pembelajaran yang dianggap berkesan oleh GP semasa

di sekolah adalah seperti berikut:

a. Guru yang komitted dan berusaha mempelbagaikan teknik P&P

b. Guru memberi penerangan yang jelas dan boleh difahami

c. Guru memberikan banyak latihan pengukuhan

Antara ciri-ciri pengajaran-pembelajaran yang dianggap tidak berkesan oleh GP

semasa di sekolah adalah seperti berikut:

a. Guru banyak membuat penerangan sahaja , penerangan lisan yang ringkas,

lemah, kurang jelas atau sukar difahami

b. Guru yang menggunakan teknik perbincangan dan latihtubi sahaja.

c. Teknik atau penyampaian yang diamalkan tidak menarik, tidak sesuai dan

sukar difahami

d. Teknik yang memfokuskan kepada ingatan / hafalan dan bukan konsep

e. Masa interaksi yang tidak mencukupi dan singkat

f. Kurang latihan dan penekanan kepada kefahaman

g. Tiada bahan rujukan dan kurang menggunakan ABM

h. Kurang komitmen guru dan

i. Guru tidak masuk kelas.

14
Menerusi pandangan GP semasa disekolah guru-guru tidak cenderung menggunakan

teknik-teknik yang menarik dan membantu pelajar memahami konsep. Kaedah

adalah agak stereotaip dengan penerangan, perbincangan dan juga latihan.

4.5 Keberkesanan guru dalam pengajaran-pembelajaran merekod urusniaga

(pandangan Guru Pelatih)

Keberkesanan Guru Dalam P&P


Merekod Urusniaga

Skala 1 2 3 4 5 6 7 Jumlah

Bil 0 3 13 32 6 5 0 59

% 0 5 22 54 10 8 0 100

Jadual 4

Pada pandangan GP mengenai pengalaman belajar merekod urusniaga semasa di

sekolah, tidak ada guru yang tidak berkesan atau sangat berkesan.

Hanya 18% di kalangan guru daripada pandangan GP yang boleh dianggapkan

berkesan ( skala 5 – 6 sahaja). Kumpulan guru yang sederhana adalah 54 % (32

orang) dan selainnya 27% adalah kurang berkesan (16 orang).

15
4.6 Perasaan GP semasa melaksanakan simulasi merekod urusniaga.

Perasaan GP semasa melaksanakan simulasi


Bil %
1 Seronok 37 24.18
2 Ingin mencuba 33 21.57
3 Menarik 30 19.61
4 Perlu bersabar 19 12.42
5 Tidak yakin 11 7.19
6 Tertekan 5 3.27
7 Bermasalah 5 3.27
8 Was-was 3 1.96
9 Membebankan 3 1.96
10 Susah 3 1.96
11 Binggung 3 1.96
12 Bosan 1 0.65
153 100.00

Jadual 5

Merujuk kepada Jadual 5, GP yang melalui simulasi dalam merekod urusniaga

menunjukkan perasaan positif seperti merasa seronok dengan 37 respon (24.18%) ;

bilangan yang merasa ingin mencuba kaedah ini menunjukkan 33 respon (21.57%) ;

30 respon (19.61%) GP merasakan simulasi merekod urusniaga adalah satu

pengalaman yang menarik. 19 respon (12.42%) GP pula merasakan perlunya

kesabaran dalam menjalani aktiviti simulasi ini.

Walaubagaimana pun terdapat perasaan yang negatif seperti tidak yakin, tertekan,

bermasalah, was-was, beban, rasa susah, binggung dan bosan (rujuk jadaual 5).

Perasaan negatif ini adalah rendah , 53 (35%) berbanding dengan perasaan-perasaan

100 (65%) respon yang positif. Ini menunjukkan GP mempunyai lebih perasaan

positif terhadap aktiviti simulasi dalam merekod urusniaga. Sekiranya unsur

kesabaran dikeluarkan kerana tidak mempunyai unsur negatif , maka perasaan positif

16
adalah lebih tinggi lagi , iaitu 119 (78%). Ini menunjukkan satu pengalaman yang

baik dan menggalakkan.

4.7 Masalah yang dihadapi oleh GP semasa melaksanakan simulasi.

Masalah semasa simulasi


Ya Tidak Jumlah
Bil 35 25 60
% 58.33 41.67 100

Jadual 6

Merujuk kepada jadual 6, GP yang dikaji 58.33% ( 35 orang) menghadapi masalah

semasa melaksanakan simulasi. Di dapati GP yang tidak menghadapi masalah adalah

daripada golongan yang mempunyai tahap kelulusan dalam merekod urusniaga yang

lebih tinggi seperti SPM, sijil dan juga diploma.

Antara masalah-masalah yang dihadapi oleh GP semasa melaksanakan simulasi

adalah seperti dalam jadual berikut:

a. Kurang pengetahuan dan kemahiran mengenai urusniaga

• “….saya tidak begitu faham topik yang dipelajari…dah banyak kali

cuba supaya dapat melaksanakan simulasi dengan baik, itu impian

saya..tapi saya.....

• "gagal…..Masih tak faham tentang tajuk …jadi bagaimana saya dapat

laksanakan semua itu dengan baik ?…”

• “...saya kurang faham tentang konsep urusniaga..rasa topik ini

berat..mungkin cara pengendaliannya kurang bermakna bagi saya..”

17
b. Tidak faham mengenai konsep simulasi; dan perjalanan nya

• “…Kumpulan yang ingin berurusniaga dengan kami pun kurang faham

apa yang harus dilakukan…..”

• “…tidak tahu cara untuk menjalankan aktiviti simulasi…pengetahuan

yang kurang….”

• “…tidak tahu apa yang hendak dilakukan…”

c. Kesukaran mencari maklumat dan bahan .

• “….tetapi terdapat juga masalah dihadapi seperti kesukaran

mendapatkan maklumat dan bahan sehingga menyebabkan menjadi

binggung….”

d. Kekurangan maklumat, penerangan dan persediaan tidak lengkap oleh

kumpulan

• “…. Masalah timbul akibat kesukaran untuk mendapatkan maklumat

dan bahan rujukan serta bukti dalam masa yang singkat…..”

• “….saya rasa bahan yang saya sediakan ada masih kurang untuk

aktiviti simulasi…..”

• “…ada kumpulan yang tidak bersedia lebih awal ..ini menyusahkan

kumpulan lain untuk menjalankan simulasi…”

• “…masih ada bahan-bahan yang tidak mencukupi…”

• “…tidak ada maklumat yang detail…penerangan tidak jelas oleh

guru…”

18
d. Masalah kerjasama dan interaksi antara ahli dan antara kumpulan

• “…adakalanya simulasi yang dijalankan tidak mendapat kerjasama

dari kumpulan lain….”

• “..terdapat kumpulan-kumpulan yang tidak memberikan kerjasama dan

komitmen yang baik….masing-masing tidak mempunyai pengetahuan

yang dalam….”

• “…penemuan di antara ahli tidak kerap ….”

e. Kurang keyakinan dan mengelirukan

• “….pengalaman baru yang tidak pernah dilalui menjadikan ia kerja

yang merumitkan….”

• “…kurang keyakinan diri untuk melakukan …”

f. Kekangan atau tidak cukup masa interaksi

• “…aktiviti tersebut memerlukan masa yang panjang sedangkan aktiviti

dalam maktab terlalu padat….”

19
4.8 Refleksi oleh GP mengenai pengalaman melaksanakan P&P melalui

simulasi

Refleksi
Bil %
1 Berkesan 36 23.68
2 Lebih faham 29 19.08
3 Suatu pengalaman 24 15.79
4 Tambah pengetahuan 12 7.89
5 Seronok 11 7.24
6 Menarik 9 5.92
7 Gambaran lebih jelas 7 4.61
8 Tidak berkesan 6 3.95
9 Masalah komunikasi 6 3.95
10 Memerlukan kerjasama 4 2.63
11 Ada interaksi/penglibatan 2 1.32
12 Mudah ingat 2 1.32
13 Tambah minat 2 1.32
14 Ada pengukuhan 2 1.32
152 100.00

Jadual 7

Merujuk kepada jadual 7, 23.68% (36) pernyataan GP dalam refleksi yang melalui

pengajaran-pembelajaran simulasi merekod urusniaga menganggapkan aktiviti ini

berkesan . Antara pernyataan mereka adalah seperti berikut:

• “..amat berkesan sekali…mendapat pengetahuan, kemahiran ,

pengalaman baru, tidak membosankan dan lebih faham cara merekod

urusniaga..Pelajar melakukan segala aktiviti dengan bimbingan guru.

Segala perancangan , perbincangan dan lain-lain dilakukan sendiri

oleh pelajar. ..menarik ..saya sungguh gembira kerana dapat

mempelajari keadah ini dan pasti akan mempraktikkan sebagai guru

20
nanti.”

• “…memang berkesan….saya mula faham tentang topik

urusniaga…banyak menimba pengetahuan dan pengalaman ……”

• “…kaedah yang sangat sesuai untuk menjelaskan konsep merekod

urusniaga ….kaedah mengaplikasikan dalam situasi sebenar…..”

• “…mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam perbincangan dan

penerangan guru…”

• “…berkesan…mendekatkan diri dengan situasi sebenar…prosedur

yang betul untuk merekod urusniaga….”

• “…..menambahkan keyakinan semasa melakukan aktiviti….”

• “….berkesan….saya masih ingat lagi apa yang telah saya dan rakan-

rakan lain lakukan semasa simulasi…Simulasi boleh dijadikan satu

aktiviti pengukuhan yang baik dan menyeronokkan….”

Ada GP yang merasakan keberkesanan boleh ditingkatkan dengan syarat-syarat

tertentu seperti dalam pernyataan berikut:

• “….amat berkesan sekiranya persediaan ..mencukupi dan penerangan

yang jelas diberikan …..sukar untuk difahami kerana kurang

penerangan……tidak ada pemerhati serta tiada komen….untuk

memperbaiki kesalahan kami……”

• “ …lebih berkesan dengan memberi penerangan dan latihan

21
pengukuhan terlebih dahulu….apabila pelajar menguasai 80%

kemahiran merekod …..barulah simulasi boleh dijalankan.”

• “…keberkesanan simulasi …telah wujud…saya lebih memahami topik

ini kerana terlibat bersama….setiap pelajar memainkan

peranan….penerangan yang diberi…membuat saya lebih

faham….simulasi lebih berkesan sekiranya penerangan sebelum

simulasi diberikan……”

• “…akan berkesan jika mendapat maklumat dan penerangan yang

jelas….”

• “… amat berkesan untuk pelajar yang sudah mempunyai pengetahuan

sedia ada dalam topik ini. …bagi pelajar yang tidak mempunyai

pengalaman / pengetahuan …kaedah ini amat

membebankan……mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar.”

• “….sememangnya menyeronokkan…dapat menarik minat pelajar

untuk mendalami isi pelajaran …dapat dilihat dengan jelas dan mudah

difahami…tetapi penglibatan yang tidak menyeluruh menyebabkan

kurang berkesan….”

• “…lebih berkesan jika pelajar faham dan tahu cara menjalankan

aktiviti…amat perlu kerjasama dari semua murid….”

• “….berkesan…saya merasakan ia perlu dirancang dengan teliti dan

serius….pelajar sendiri terlibat dalam apa yang dipelajari…”

22
Dalam refleksi terdapat 19.08% (19) pernyataan yang menyatakan simulasi

meningkatkan kefahaman mengenai merekod urusniaga. Antara pernyataan GP

adalah seperti berikut:

• “…keadah pembelajaran yang berkesan ,…….menarik dan

menyeronokkan……dapat meningkatkan kefahaman……….”

• “……berkesan….memudahkan kita memahami cara-cara untuk

merekod…”

• “…teratur dan berperingkat-peringkat ….memberi kefahaman kepada

pelajar….”

• “ …saya telah memperoleh pengetahuan dan pengalaman…sekurang-

kurangnya…saya sudah tahu prosedur-prosedur untuk merekod

urusniaga. “

Soalselidik menunjukkan 15.79% (24) pernyataan memfokus kepada simulasi

merekod urusniaga sebagai suatu pengalaman yang baik dalam P & P..

• “….saya dapat merasai kaedah merekod urusniaga dalam situasi

yang sebenar…”

• “…lebih memahami…dapat ingat kembali….berpuas hati…”

• “…saya rasa seperti betul-betul seperti seorang usahawan yang

menjalankan urusniaga….”

• “…amat berkesan dan bermakna…..pelajar dalam lebih memahami

23
dalam merancang, menjalankan dan menyempurnakan aktivit-aktiviti

pembelajaran….merasa lebih seronok dan berminat…mengurangkan

bosan …”

• “…. Dapat menimba pengalaman baru semasa mencari maklumat

bagi melengkapkan rekod urusniaga….interaksi yang baik perlu untuk

memudahkan aktiviti….”

• . “….dapat perkenalkan ….menjalankan urusniaga dengan cara yang

sistematik…Dapat menggalakkan pelajar berbincang dalam aktiviti

berkumpulan….bertukar pendapat….menambahkan ilmu

pengetahuan…..”

• “… suasana yang menarik dan tidak terlalu merasa tertekan

berbanding dengan teknik yang biasa

diamalkan…suasana…pengalaman baru dan menyeronokkan…”

• “….berkesan…...pada mulanya ramai yang keliru dan tidak yakin

….kerana kurang didedahkan tentang teknik ini…secara tidak

langsung ramai yang dapat.mempelajar kaedah merekod urusniaga

secara simulasi…..”

• “…berkesan…suasana realiti …..memerlukan interaksi pelbagai

hala…dapat merasakan bagaimana situasi berurusniaga….”

• “ …dapat mengaplikasikan teori …menimba pengetahuan yang lebih

dalam…”

• “…kurang berkesan ….tidak faham peranan ….tidak puas hati

dengan penerangan syarikat-syarikat tertentu….”

• “…..kurang berkesan…tidak berkesempatan menghayati apa yang

24
dilakukan…kaedah memang sesuai ….tetapi perlu penyediaan rapi

dan jangka masa yang panjang…….”

• “….tidak berapa berkesan ….kami tidak dapat menghayati apa yang

kami lakukan…kami melakukan sekadar yang patut dan memnuhi

kehendak guru. Walaupun begitu, sekurang-kurangnya saya boleh

faham dan melaksanakannya…Semasa simulasi, pembimbing tidak

ada bersama …susah untuk membuat rujukan….”

• “……dikatakan berkesan ………tetapi kesahihannya……..tidak tahu

situasi sebenar …….tanpa sebarang komen dari pihak pensyarah.”

4.9 Cadangan penambahbaikan

Cadangan
Bil %
1 Perlu lebih penjelasan/penerangan 22 24.72
2 Perlu bimbingan pensyarah 16 17.98
3 Persediaan yang lebih rapi 14 15.73
4 Perlu tambah masa interaksi 12 13.48
5 Sediakan contoh/sampel 11 12.36
6 Perlu pemantauan pensyarah 10 11.24
7 Perlu lebih sistematik 2 2.25
8 Sediakan bahan sumber 2 2.25
Jumlah 89 100.00

Jadual 8

Jadual 8 menunjukkan aspek-aspek yang dicadangkan untuk penambahbaikan reka

bentuk simulasi yang telah dijalankan . Antara aspek-aspek cadangan yang utama

ialah

25
3 Perlu lebih penjelasan/penerangan

• “…Penerangan yang lengkap harus diberikan sebelum

melakasanakan simulasi …”

• “…guru perlu memberikan penerangan yang lebih terperinci dalam

topik ini…..”

• “…guru harus menerangkan dengan lebih lanjut…..”

2. Perlu bimbingan pensyarah

• “…guru sebagai fasilitator atau pembimbing harus sentiasa bersama

pelajar…”

• “…guru membimbing sepenuhnya ketika proses simulasi

dilaksanakan…”

• “…guru sepatutnya bersama-sama untuk memberi komen dan

membantu …”

• “…mengujudkan interaksi dua hala pelajar-guru ….”

3 Persediaan yang lebih rapi

• “ …pensyarah perlu menyediakan satu perancangan yang teratur

agar proses simulasi berjalan dengan licin…”

• “…perlu perancangan yang baik….”

• “…penggunakan rakan pembimbing yang lebih berpengetahuan atau

26
berpengalaman dapat membantu dalam menjayakan simulasi…”

• “….pelajar perlu bersedia sebelum simulasi….”

3 Perlu tambah masa interaksi

• “ …berikan tempoh persediaan yang lebih lama…”

• “ …masa atau tempoh P & P yang lebih lama …tidak memadai

dengan 2 bulan…”

• “…seharusnya masa untuk kaedah ini dipanjangkan…”

• “…mengadakan simulasi banyak kali untuk pelajar membiasakan

diri..”

3 Sediakan contoh/sampel

• “…memberi atu menunjukkan contoh-contoh simulasi yang telah

dijalankan…”

• “…menunjukkan contoh-contoh kertas kerja dan dokumen-

dokumen perniagaan,…..mempertontonkan teknik simulasi…”

3 Perlu pemantauan pensyarah

• “…guru harus lebih peka dan membimbing pelajar yang kurang

faham ..”

• “….pemerhatian oleh penasihat dari semasa ke semasa amat

27
penting…”

• “…pastikan semua sudah memahami apa yang dimaksudkan dengan

simulasi…”

• “…menyemak kertas kerja dari masa ke masa…”

28
BAB IV

RUMUSAN

5.1 Rumusan Dapatan Kajian

Pada keseluruhannya GP mendapati kaedah simulasi adalah sesuai, menarik dan

dapat meningkatkan keberkesanan P&P . Akan tetapi ia boleh ditingkatkan dengan

sekiranya masalah-masalah yang dikenalpasti dalam kajian dapat diatasi. Perasaan

GP menunjukkan perlunya untuk merekabentuk dan menguruskan P&P secara

simulasi ini dengan lebih teliti dan menyeluruh bagi meningkatkan keberkesananya,

mengurang masalah-maalah remeh dan juga mengujudkan suasana pembelajaran

yang lebih selesa , seronok dan sempurna.

5.2 Penutup

Pengalaman dan maklumbalas selepas melaksanakan P&P secara simulasi amat

berharga bagi kami sebagai penyelidik dan memberi peluang untuk penyelidikan

seterusnya terutama dalam reka bentuk modul P&P secara simulasi ini bagi topik

merekod urusniaga. Dapatan ini boleh juga diaplikasikan kepada mata pelajaran lain

yang sesuai untuk meningkatkan keberkesanan P&P seterusnya meningkatkan lagi

kualitinya.

29
Lampiran I

PENGAJARAN-PEMBELAJARAN MEREKOD URUSNIAGA DALAM

MATA PELAJARAN PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN.

Soalselidik No.angka giliran: …………

Soalselidik ini bertujuan untuk

• mendapatkan maklumat latar GP

• mengenalpasti pengalaman GP mengenai P&P topik merekod urusniaga

semasa di sekolah

• mengenalpasti pengalaman GP mengenai aktiviti simulasi merekod urusniaga

yang dialami.

1. Pernahkah anda mempelajari topik merekod urusniaga di sekolah?

1Ya 1Tidak

2. Apakah kelulusan tertinggi anda dalam topik merekod urusniaga ini ?

1SRP/PMR 1SPM/V 1Sijil 1Lain-lain ………

3. Manakah yang berikut biasa diamalkan oleh guru anda dalam pengajarannya?

1 Perbincangan 1 Aktiviti kumpulan 1 Penerangan

1 Simulasi 1 Permainan 1 Latihan

1 Kuiz 1 Penyelesaian masalah 1 Penghafalan

1 Tunjukcara 1Latihtubi 1 Kajian Kes

1 Projek 1 lain-lain ………………………………..

30
4. Sejauhmanakah anda rasa teknik-teknik P&P yang diamalkan oleh guru anda di

sekolah berkesan ?

Tidak berkesan ---1 2 3 4 5 6 7 ---Sangat berkesan

Berikan sebab kepada jawapan anda

…………………………………………………………………………………….…

…………

…………………………………………………………………………………….…

…………

…………………………………………………………………………………….…

…………

Semasa simulasi

1. Apakah perasaan dan pandangan anda semasa menjalani aktiviti simulasi?

1 Seronok 1 Was-was 1 Rasa tekanan

1 Membebankan 1 Susah 1 Ingin mencuba

1 Menarik 1 Bermasalah 1 Binggung

1 Bosan 1 Tidak yakin 1 Perlu sabar

1 lain-lain (sila nyatakan)……………………………………

2. Adakah anda mengahadapi masalah?

Bermasalah 1Ya 1Tidak

Jika ya, apakah masalah anda?

……………………..………………………………………………………….………

…………………..………………………………………………………….………

31
……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

……………………..………………………………………………………….………

Refleksi.

1. Apakah pendapat anda tentang keberkesanan simulasi dalam merekod

urusniaga sebagai satu kaedah pembelajaran?

……………………………………………………………………………………

……………..………………………………………………………………………

……………………………..………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

…………………………………………………..…………………………………

…………………………………………………………………..…………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

32
…..…………………………………………………………………………………

…………………..…………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………

…………………………

2. Apakah cadangan-cadangan anda untuk penambahbaikan pengajaran-

pembelajaran merekod urusniaga melalui kaedah simulasi?

…………………………………………………………………………………………

………..………………………………………………………………………………

……………………..…………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

………………………..

33
BIBLIOGRAFI

Boyatizs, R E (1982) The Competence Manager, New York Wiley

Farran , D C (1968). Compettion and learning for under archivers, in Boocock, S


and Schild, E (eds) Simulations Games in Learning, London Sage.

Kolb, D, Lublin Spoth and Baker (1986) in Henry, J (ed) Creative Management,
London. Sage

Magaret Gredler (1992). Designing and Evaluating Games and Simulations.London


Kogan

Mason, C and Perreault, W (1987) THE MARKETING GAME., London Irwin

Roebuck, M (1978) Simulations games and the teacher as adaptive interventionist,


in McAleese, R (ed) Perspective on Academic Gaming and
Simulation 3, Kogan Page London

34
SEKALUNG BUDI

Unit R&D MPPM mengucapkan setunggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

kepada individu-individu yang berikut atas sokongan dan bantuan kepakaran, sama

ada secara langsung atau tidak langsung, dalam proses penghasilan penerbitan ini :

35

You might also like