P. 1
Perancangan Pengajaran Berkesan Menjana Pembentukan Modal Insan Kelas Pertama

Perancangan Pengajaran Berkesan Menjana Pembentukan Modal Insan Kelas Pertama

|Views: 2,173|Likes:
Published by Aimeeshah67

More info:

Published by: Aimeeshah67 on Nov 19, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/19/2013

pdf

text

original

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU

PERANCANGAN PENGAJARAN BERKESAN MENJANA PEMBENTUKAN MODAL INSAN KELAS PERTAMA

Aimee Shahrin Bin Jais

-1-

RINGKASAN EKSEKUTIF Perbincangan penulisan ini adalah berfokus kepada 5 elemen utama perancangan pengajaran berkesan adalah kesesuaian bahan pengajaran, kesesuaian sumber pengajaran, penglibatan pelajar, penilaian prestasi , pengukuran dan penambahbaikan. Faktor Olahan Perancangan yang memenuhi kehendak sukatan pelajaran / modul pelajaran , faktor perancangan penggunaan bahan mengajar konvensional serta faktor pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi berkesan. Keberkesanan sesuatu sumber pembelajaran pula banyak dipengaruhi oleh faktor pemilihan dan pemusatan pembelajaran berasaskan kepada teori tingkahlaku serta faktor pemilihan pendekatan pembelajaran kontekstual, konstruktivisme dan masteri dalam bentuk pembelajaran secara bersemuka. Faktor kesediaan pelajar sama ada dari aspek kognitif afektif mahu pun psikomotor menjadi tonggak kekuatan perancangan mengajar berkesan. Selain dari itu, faktor penglibatan pelajar secara partisipatif dan kolaboratif juga menyumbang kearah keberkesanan merancang penglibatan pelajar. Keberkesanan penilaian prestasi juga dipengaruhi oleh faktor perlaksanaan proses penilaian berasaskan sekolah melalui semakan hasil portfolio hasil kerja pelajar , serta faktor refleksi menjadi kunci utama menentukan kesesuaian bahan pengajaran

kendiri pengajaran yang mendalam. Keupayaan memilih , bentuk – bentuk ujian samad ada dalam pembinaan item mahupun pembinaan PMM berdasarkan JPU juga memainkan peranan menentukan perancangan pengajaran berkesan. Seterusnya tindakan melaksanakan analisis keputusan pelajar dan analisis perancangan strategik akan mengukuhkan lagi proses tindakan penambah-baikan.

-2-

1.0 PENGENALAN Dalam pendidikan formal, proses merancang pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses utama yang perlu diberi penekanan yang sewajarnya. Ramai pakar dalam pendidikan berpendapat bahawa proses ini memerlukan suatu usaha berterusan untuk menyediakan pendidikan komprehensif serta efektif untuk menyampaikan segala isi pelajaran dengan berkesan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku sepertimana yang telah dirancang terlebih dahulu. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pula, pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada keupayaan guru merancang dan melaksana proses pembelajaran yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir sepertimana yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur sama ada segi organisasi pengurusan bilik darjah mahupun kepada kecukupan dalam kandungan isi pelajaran. Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia : Modal Insan Cemerlang Minda Kelas Pertama : Edisi Pelancaran 2008, ms 185 menyatakan bahawa pengajaran berkesan sangat memerlukan perancangan yang rapi oleh guru dengan mengambil kira kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Berdasarkan kepada dua kenyataan di atas, jelaslah bahawa untuk melaksanakan satu

proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan , satu persediaan perancangan yang rapi perlu dirangka terlebih dahulu dengan mengambil kira 5 elemen utama seperti mana yang

terkandung dalam kenyataan Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut. Untuk melihat sepintas lalu perbincangan mengenai elemen-elemen tersebut, kerangka perbincangan berfokus kepada seperti mana yang terkandung dalam rangka konsep dibawah : -3-

ELEMEN

Fokus elemen •

Huraian

Contoh /Bukti •

Olahan Perancangan pengajaran memenuhi kehendak Sukatan pelajaran dan Modul Pembelajaran

Perlu melihat dan sejajar dengan sukatan dari: o Matlamat /objektif pembelajaran o Penerapan nilai o Masa pembelajaran yang diperuntukan

Rangka perancangan pengajaran tahunan pensyarah (LAM PT 09-01) Ringkasan Rancangan Mengajar (Lesson Plan) pensyarah LAM PT 09-02

• :

Kesesuaian Bahan Pengajaran

Penggunaan bahan Bantu Mengajar (BBM) Konvensional o Bahan konkrit o Bahan separa konkrit

Perlu melihat kepada ciri-ciri bahan pengajaran yang baik • gerakbalas dengan elemen pancaindera. • membantu peningkatan kefahaman pelajar • Mudah disediakan

Bahan Bantu Belajar o Alatan sebenar o Carta/gambar (Gambaran sebenar bahan ) Bahan pengurusan Grafik o Peta minda o Carta alir o Peta konsep (Salinan gambaran grafik yang digunakan semasa P&P)

Penggunaan bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

• • • • •

Maklumat dapat dicapai secara online (atas talian) Pembelajaran secara interaktif. Menggambarkan situasi sebenar melalui rakaman-rakaman secaran movie/animasi. Dapat mengambarkan secara visual secara konkrit dari sesuatu abstrak. Meminima kos pembelajaran pelajar

• • •

Laman web E-libary Hamparan elektronik o Presentation Media o Word Spreadsheet

(Contoh Persembahan Powerpoint yang digunakan semasa P&P) • Kuliah/Tutorial/Amali ISL dalam LAM PT 09-02 Kuliah/Tutorial/Amali ISL dalam LAM PT 09-02 Amali Praktikum dalam Borang PR1 dan PR2 Amali Bina Insan Guru dalam Borang Pentaksiran BIG Amali Gerko dalam Borang LAM PT 11-06 GERKO

• Kesesuaian Sumber pembelajaran

Pemusatan pembelajaran berasaskan Teori Tingkahlaku Pendekatan pembelajaran secara bersemuka

Pemilihan dan perubahan strategi Pembelajaran dari kontinum berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar • Pemilihan pendekatan pembelajaran yang sesuai. o Pendekatan pembelajaran secara kontekstual o Pendekatan pembelajaran secara Konstruktivisme Pendekatan pembelajaran secara masteri

o

Faktor kesediaan pelajar

• • •

Kesedianaan Kognitif Kesediaan Afektif Kesediaan Psikomotor

Penyusunan jadual semester yang sesuai untuk pelajar (Jadual Waktu IPGMKPM) Penyusunan jadual waktu yang sesuai (Jadual Waktu Semester Pensyarah) Arahan pembinaan tugasan secara berkumpulan Arahan persembahan tugasan secara berkumpulan

• Penglibatan pelajar • • • • •

Kaedah Penglibatan pelajar

Penglibatan belajar secara parsitipatif (pembuat keputusan) Penglibatan belajar secara kolaboratif

-4-

Prestasi kemajuan dan perkembangan pelajar beraskan PBS Penilaian Prestasi Pengajar

Melaksanakan proses penilaian melalui • Semakan folio Hasil Kerja Pelajar

• • • •

• Penilaian Prestasi

Arahan Kerja Kursus Pendek Skema Jadual Penentuan Tugasan Rubrik Kriteria Penilaian kerja kursus ( PMM kerja kursus) Catatan/refleksi tentang faktor kekuatan, kelemahan Peluang Ancaman dalam LAM PT 0902 Borang semakan interaksi bersemuka Instrumen Penilaian perlaksanaan kerja Kursus LAM PT 14-03

Melaksanakan proses merenung kembali melalui • Refleksi kendiri pengajaran berasaskan Analisis SWOT. • Soalselidik P&P oleh pelajat terhadap guru / pensysrah. • • Pembinaan Item Ujian o Item objektif o Item subjektif o Item essei Pembinaan Panduan Markah (PMM) Memberi

• •

Pemilihan bentuk-bentu ujian dan alat penilaian

Contoh pembinaan soalan-soalan peperiksaan

• Pengukuran Dan Penambahbaikan • Analisis keputusan Pencapaian Pelajar

Berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pembinaan analisis keputusan pencapaian pelajar

Contoh Analisis Keputusan Kerja Kursus dan Peperiksaan mengikut Gred dalam LAM PT 15-02 o Penilaian sasaran Kerja tahunan (SKT)

Analisis Perancangan Strategik

Perlaksanaan tindakan penambahbaikan

Seterusnya,

perincian

perbincangan

dalam

penulisan

ini

adalah

berdasarkan

kepada

perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kursus Lepasan Ijazah (KPLI) yang dijalankan di Institusi Pendidikan Guru (IPGM).

2.0 ELEMEN KESESUAIAN BAHAN PENGAJARAN 2.1 Perancangan pengajaran memenuhi dengan Sukatan Pelajaran kursus KPLI

dan Modul Pembelajaran KPLI Sukatan pelajaran merupakan rujukan utama keperluan asas merangka

perancangan pengajaran. Akta Pendidikan 1996 dengan jelas menyatakan bahawa setiap rangka perancangan pengajaran mestilah berpandukan kepada sukatan pelajaran. Ini adalah kerana sukatan pelajaran tersebut dirangka untuk memenuhi apirasi matlamat kurikulum operasional rasmi seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

-5-

Mengikut perakuan

57(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet

pula menyatakan

bahawa kurikulum sekolah hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi, bidang manusia dengan alam sekeliling dan perkembangan bidang diri individu yang sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid. Oleh itu kesesuaian olahan perancangan pengajaran yang akan dirangka perlulah juga memenuhi kehendak apa yang disarankan dalam sukatan pelajaran. Kesesuaian

mengolah perancangan pengajaran ini memberi implikasi terhadap keberkesanan untuk mengapai • • • Matlamat /objektif pembelajaran yang disasarkan Penerapan nilai-nilai murni yang dirangka Masa pembelajaran yang diperuntukan dari sukatan

Para pensyarah seterusnya melaksanakan proses penterjemahan

pelajaran KPLI atau modul Pembelajaran KPLI untuk menjana idea dan inovasi semasa merangka Perancangan Pengajaran Tahunan Pensyarah ( rujuk lampiran 1 :LAM PT 0901). Olahan idea dan inovasi pengajaran yang dirancang dengan teliti dan terperinci ini pula akan digarap dalam Ringkasan Rancangan Pengajaran Mingguan Pensyarah ( rujuk lampiran 2 : LAM PT 09-02). Dengan usaha melengkapkan kedua-dua perancangan ini, satu gambaran menyeluruh perencanaan perancangan pengajaran dapat diwujudkan. Semasa melaksanakan proses menterjemah sukatan pelajaran atau modul pembelajaran tersebut. keupayaan dan kebolehan seseorang pensyarah memahami dan menghayati isi kandungannya dengan mendalam banyak membantu kejayaan merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan banyak dipengaruhi oleh • • kelayakan profesionalisme keguruan yang dimiliki pengalaman sebagai pakar dalam menyusun tajuk-tajuk pembelajaran -6-

kebolehan dalam pengurusan masa mengikut jam kredit yang telah ditetapkan.

Hakikat ini dibuktikan oleh kajian Aimee Shahrin (2007) menyatakan 98.3% dari kalangan responden dengan jelas amat bersetuju dengan kepentingan elemen kelayakan profesionalisma keguruan sebagai suatu penanda-aras dalam menilai kualiti pensyarah institusi melalui Kelayakan Ikhtisas, Kelayakan Akademik, Kursus-kursus dalam

perkhidmatan yang diikuti, Keterampilan dalam bidang kepakaran, dan pengalaman tempoh bertugas sebagai pakar dalam sesuatu tugasan dalam merencanakan

perancangan pengajaran. Seterusnya kajian Salinat Mohamed Ali, Hj Yahya Panot, Zamzam Abdul Rashid, Sabariah Ibrahim, Dr Jennifer Wee Beng Neo dan Hj Syed Nokman Syed Abu Bakar : Kajian Kes Persepsi Terhadap Pensyarah Di Jabatan Pendidikan Ilmu Pendidikan , MPTI telah menyatakan bahawa sebilangan besar persediaan pensyarah berada di tahap sederhana tinggi dalam merangka dan menyediakan perancangan pengajaran yang berkesan.

2.2 Penggunaan Bahan Bantu Belajar Konkrit atau Separa konkrit Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk

mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik. Bahan bantu belajar (BBM) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , menyatakan ‘ alat bantu ‘ itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bukan sahaja bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan

-7-

murid dan sebaliknya, murid sesama murid malah akan membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk “ cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek konkrit hinggalah kepada aspek abstrak. Kefungsian Bahan Bantu Mengajar ini juga

diiktiraf oleh David Berlo yang menyatakan bahawa isi pengajaran sebagai mesej dan salurannya penyampaiannya adalah melalui BBM, lisan dan tulisan. Penyelidikan Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986) yang telah dibuat menyatakan bahawa: kefahaman dan pengetahuan yang diperolehi oleh manusia, 75% adalah diperolehi melalui deria pandang, 13% daripada deria dengar, 6% daripada deria sentuh, 3% daripada deria rasa , 3% daripada deria bau. Berdasarkan kajian di atas,

nyatalah bahawa pancaindera pandang dan dengar merupakan dua saluran indera yang penting sekali dalam proses pembelajaran. Kenyataan-kenyataan di atas dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri bahan yang baik seharusnya boleh : • Memberi gerakbalas yang baik dengan elemen pancaindera yang dimiliki oleh pelajar • • Membantu memberi peningkatan kefahaman pelajar dan Disediakan dengan mudah.

Oleh itu, untuk menyediakan bahan bantu mengajar di peringkat KPLI berdasarkan kepada ciri-ciri tersebut, para pensyarah telah mengklasifikasikannya kepada dua bentuk. Bentuk-bentuk tersebut adalah : • • bahan bantu mengajar konkrit bahan bantu mengajar separa konkrit. Konkrit para pensyarah akan

Dibawah klasifikasi Bahan Bantu Mengajar

menyediakan bahan sebenar yang terdiri dari alatan sebenar, item sebenar yang wujud -8-

serta boleh digunakan sewaktu sessi pembelajaran yang dirancang.(rujuk lampiran 3 yang mengambarkan penggunaan alatan sebenar atau bahan sebenar). Pelajar-pelajar akan dibenarkan untuk mencuba menggunakan bahan-bahan tersebut untuk mengukuhkan pengalaman pembelajaran mereka. Seterusnya, para pensyarah akan menjelmakan bahan separa konkrit dalam bentuk ilustrasi grafik seperti carta alir, peta minda dan peta konsep ( rujuk lampiran 4 ). Adalah diharapkan ilustrasi grafik yang dihasilkan dari teori, idea atau konsep yang terdapat dalam sesuatu isi kandungan pelajaran itu dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar.

2.3 Penggunaan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Dewasa ini sejajar dengan pengetahuan saintifik dan perkembangan teknologi, beberapa bentuk BBM yang baru perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan bahan bantu mengajar yang berteknologi, kreatif, cantik dan menarik. Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di Sekolah, BTP, KPM, Julai 2002 pula dengan jelas menyatakan ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran serta pendidikan sepanjang hayat. Mohd Zaliman et al. (2001) pula menyatakan teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran dunia pendidikan era baru. Menurut Norhashim et al. (1996) pada perkembangan awal pembelajaran berasaskan komputer semua proses persembahan adalah berbentuk linear dan laluan

-9-

modul

pengajaran

telah

ditetapkan.

Dengan

menggunakan

teknik

multi

media

pembelajaran boleh berlaku secara interaktif. Pelajar dapat berinteraksi dengan media pengajaran tanpa kehadiran guru atau secara online. Brown et al. (1994) pula menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran berasaskan multimedia berupaya untuk memberikan berbagai contoh yang sebenar kepada pelajar dengan gabungan teks, muzik, imej, video dan animasi. Pembelajaran berasaskan komputer dalam bentuk multi media telah berkembang dengan begitu pesat. Norhashim et al. (1996) juga menyatakan elemen multimedia jika digabungkan dengan perisian kursus terkini yang dibina khas untuk pembangunan skrip akan dapat menghasilkan perisian kursus yang lebih baik dari perisian kursus yang dibangunkan dengan menggunakan sistem pengarangan tradisi kerana keupayaan perisian membina animasi sasuatu konsep atau idea dalam sesuatu kandungan pelajaran. Merrill et al (1994) juga menyatakan bahawa pembangunan perisian kursus multimedia untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran telah menjadi lebih mudah untuk diubahsuai dan disesuaikan untuk penggunaan individu. Kemudahan pembangunan ini menjadikan perisian kursus sesuai untuk digunakan sebagai pembelajaran kendiri serta berupaya menjimatkan kos. Berdasarkan kepada beberapa kenyataan di atas dapat disimpulkan bahawa penggunaan bahan ICT berkesan seharusnya mempunyai ciri – ciri : • • Maklumat boleh dapat dicapai secara on-line (atas talian) Pembelajaran secara interaktif serta boleh dijalankan tanpa penglibatan secara langung oleh guru. • Menggambarkan situasi sebenar melalui rakaman-rakaman video secara langsung. - 10 -

Dapat mengambarkan secara visual secara konkrit dari sesuatu abstrak melalui animasi

Meminima kos pembelajaran yang ditanggung oleh guru dan pelajar.

Oleh itu, berdasarkan kepada kefahaman ini, para pensyarah cuba menerapkan elemen ICT dalam bahan pengajaran dan pembelajaran mereka seperti pencarian maklumat menggunakan laman web dan E-library. Persembahan persembahan dalam

bilik darjah pula dijalankan dengan menggunakan hamparan elektronik seperti Presentation Media dan Word Spreadsheet ( rujuk lampiran 5: bahan Persembahan Powerpoint )

Hakikat kepentingan dan keperluan bahan ICT memberikan kesan pengajaran dan pembelajaran ini dibuktikan oleh oleh kajian Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Muhammad Zohir Ahmad dan Abdul rahman Abdul Aziz : Kesan efikasi kendiri guru terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT), Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 7, BPPDP, KPM Dis 2005. Kajian tersebut

menyatakan bahawa dengan penggunaan ICT , pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan tidak membosankan. Guru–guru seharusnya membiasakan diri

menggunakan teknologi dalam pengajaran mereka agar pelajar akan terangsang untuk menghayati dan mengikuti pelajaran dengan penuh minat.

3.0 KESESUAIAN SUMBER PEMBELAJARAN 3.1 Pemilihan Strategi Pembelajaran Berasaskan Teori Tingkahlaku Dalam teori tingkah laku, tumpuan pembelajaran adalah kepada perubahan tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Dalam teori ini tumpuan akan diberikan kepada prinsip rangsangan dan tindak balas terhadap bahan yang dikemukakan oleh perisian kursus kepada pelajar. Menurut Skinner (1954) teori tingkah laku adalah satu kelakuan yang boleh diperhatikan dan diukur. Melalui perisian kursus ini tumpuan - 11 -

pembelajaran berasaskan teori tingkah laku, adalah kepada tindak balas pelajar yang dipengaruhi oleh peneguhan melalui maklum balas dari komputer. Teori ini juga berpegang kepada prinsip bahawa pelajar akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Menurut pandangan Thorndike (2000) hubungan di antara rangsangan dan tindak balas akan diperkukuhkan sekiranya tindak balas yang positif diberikan ganjaran yang positif. Sebagai contoh, apabila seseorang pelajar diberikan ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerak balas, ia akan mengulangi tindak balas tersebut setiap kali rangsangan yang sama diberikan. Kebanyakkan pembelajaran yang dijalankan berdasarkan teori ini adalah tanggungjawab pendidik dan dikawal sepenuhnya oleh sistem pengajaran yang digunakan. Pengaplikasian teori tingkah laku pada perisian kursus ini ialah dengan membangunkan perisian kursus ini dengan keupayaan untuk memberikan rangsangan bagi setiap tindak balas positif yang diberikan oleh pengguna. Hasil kenyataan diatas dapatlah dirumus bahawa proses pengajaran seharusnya berubah dari berpaksikan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Situasi ini dapat digambarkan melalui rajah berikut :

Berdasarkan kepada kenyataan tentang tingkah laku di atas, nyatalah kepentingan pemilihan strategi amat penting untuk merangka strategi pembelakaran berkesan. Berpaksikan kepada tahap pemikiran dan kematangan berfikir pelajar yang sedang - 12 -

mengikuti Kursus KPLI, para pensyarah lebih menekankan strategi pembelajaran berpusatkan pelajar berbanding strategi pembelajaran berpusatkan guru. Hakikat ini

dibuktikan dengan mewujudkan elemen kaedah pengajaran seperti kaedah kuliah, kaedah tutorial, keadah amali dan kaedah pembelajaran kendiri atau ISL didalam ringkasan mengajar pensyarah (rujuk lampiran 2 : LAM PT 09-02). Keupayaaan memilih kaedahkaedah pengajaran yang dinyatakan untuk diselaraskan dengan tahap tingkah laku pelajar akan dapat menjana pengajaran yang berkesan.

3.2 Kaedah Pendekatan Pembelajaran Secara Bersemuka Pendekatan pembelajaran secara bersemuka merupakan merupakan suatu kaedah pembelajaran yang memerlukan adanya hubungan secara langsung di antara pelajar dengan guru. Aplikasi pendekatan ditentukan melalui 2 ciri kawalan utama : • •

Penentuan masa yang ditetapkan untuk sesuatu sessi pembelajaran berlaku Penentuan tempat yang ditetapkan untuk melaksanakan sesuatu sessi pembelajaran.

Terdapat 3 pendekatan pembelajaran yang berada didalam pendekatan bersemuka iaitu pendekatan Kontekstual, Pendekatan Konstruktivisme dan Pendekatan Masteri. Pendekatan kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

- 13 -

Menurut kamus Webster , Kontekstual berasal dari bahasa Latin con = with + textum = woven yang bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian: • • Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkaui kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna, terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Pendekatan Konstruktivisme pula merupakan proses pembelajaran yang

menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. A.N. Whitehead - 14 -

(1929) mengingatkan supaya tidak membebankan kanak-kanak dengan pengetahuan yang tidak berkembang (" dead knowledge").Apa yang diketengahkan oleh Whitehead ialah amalan mengajar di sekolah perlulah menjurus kepada usaha membolehkan kanak-kanak atau murid berfikir dalam persekitaran kehidupan dan mengelakkan

daripada hanya memberi pengetahuan yang bersifat kaku ( inert ideas ) yang tidak mampu digunakan bagi menyelesaikan masalah harian. Barnes (1976) dan Bransford (1986) mengkaji tentang 'inert ideas' mendapati kebanyakan pengetahuan yang diajar di sekolah adalah terasing daripada cara kanakkanak berfikir. Menurut Bransford ramai yang berpandangan bahawa pengetahuan yang didapati di sekolah hanya merupakan pengetahuan yang dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain. Pengetahuan tersebut hanya cukup untuk menjawab soalan daripada guru ataupun untuk menjawap soalan-soalan peperiksaan sahaja tetapi ianya tidak menunjukkan pengetahuan individu secara keseluruhan. Pendekatan masteri yang dipelopori oleh John Carroll (1963) pula menyarankan fokus untuk sesuatu proses pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh pelajar yang berlainan untuk menguasai perkara yang dipelajari. Ianya agak berbeza dengan teknik pembelajaran secara tradisional dimana di dalam kaedah ini pelajar diberi jumlah masa yang sama untuk menguasai sesuatu tajuk tetapi fokus kepada keupayaan yang berbeza. Levine (1985 ) dan Bloom (1981) pula menyatakan cabaran di dalam suasana pembelajaran masteri ini terletak kepada menyediakan masa yang cukup dan mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama . Elemen-elemen penting untuk kaedah pembelajaran masteri ialah : • Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan menjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. • Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. - 15 -

Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindakbalas berserta dengan langkah pemulihan yang sesuai.

Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.

Dengan memahami ketiga-tiga pendekatan pembelajaran tersebut , para pensyarah akan mengaplikasikannya dalam mod-mod pembelajaran yang dirancang. Olahan dalam mod-mod pembelajaran tersebut boleh berupa dalam bentuk kuliah/Tutorial/ Amali Gerko dan ISL yang dijalankan di dalam persekitaran kampus IPG (rujuk lampiran 2 : LAM PT 0902 dan lampiran 8 : LAM PT 11-06 Amali Gerko ) Seterusnya untuk mendapatkan

kefahaman dan penghayatan lebih mendalam dalam situasi sebenar, Amali Praktikum yang dijalankan disekolah-sekolah (rujuk lampiran 7: Borang PR1 dan PR2) dan Amali Bina Insan Guru yang dijalankan secara aktiviti luar (rujuk lampiran 7..... : Borang

Pentaksiran BIG). Kepelbagaian mod pembelajaran yang dirangka ini akan banyak memberi kesan pembelajaran yang dilalui oleh pelajar KPLI tersebut. Hakikat keberkesanan pemilihan pendekatan yang dinyatakan diatas didalam kajian Suresh Nair & Malar a/p Muthiah : Penggunaan Konstruktivisme Lima fasa Needham Dalam Pembelajaran” : Malaysian Journal Of Educators and Education 20th edition (2005) mendapati pengajaran menggunakan model lima fasa Needham (1987) dapat

meningkatkan pencapaian subjek secara signifikan.

4.0 PENGLIBATAN PELAJAR 4.1Faktor Kesedian Pelajar Untuk Belajar Kesediaan pelajar untuk belajar juga perlu diambil kira semasa merancang perancangan berkesan. Kesediaan pelajar tersebut terbahagi kepada 3 iaitu kesediaan Kognitif, Kesediaan Afektif dan Kesediaan Psikomotor.

- 16 -

Kesediaan Kognitif merupakan kesediaan mendikut peringkat perkembangan mental untuk menerima rangsangan dan memahaminya, menaakul dan berfikir serta dapat

menghubungkaitkan pengalaman sedia ada seseorang. Kesediaan Afektif merupakan kesediaan sikap dan minat terhadap sesuatu pelajaran, menjadi aktif dan mudah menerima pelajaran, memperolehi kepuasaan dan keseronokan dalam pembelajaran serta menjadi pendorong untuk berjaya. Kesediaan psikomotor merupakan kesediaan fizikal pelajar untuk menjalani latihan yang menggunakan fungsi tubuh badan sebagai pengerak utama serta menuruti kesediaan kognitif dan afektif. Kesemua kesediaan tersebut pula dipengaruhi oleh pengalaman dan kematangan. Pengalaman menjadi faktor utama mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan. Ia juga menjadi prinsip asas kepada penentu kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran. Kematangan pula di pengaruhi oleh

kematangan fizikal, mental, sosial dan emosi. Kematangan fizikal adalah kematangan yang melibatkan perkembangan psikomotor individu. Individu yang normal akan mengalami perkembangan dan mencapai kematangan fizikal yang sama dalam tempoh masa yang seragam. Kematangan mental pula merupakan perkembangan dan persediaan minda manusia untuk menerima pelajaran. Kematangan sosial pula merupakan keupayaan seseorang individu membentuk hubungan baik dengan individu atau komuniti lain serta mempamerkan sikap dan tingkah laku yang positif apabila berinteraksi. Kematangan emosi puja merujuk kepada kestabilan dalam minat, sikap serta keinginan . Santrock (2001) menjelaskan remaja yang dapat mencapai kesejahteraan (well being) mengalami perkembangan yang sempurna serta mempunyai tahap kesediaan yang tinggi. Hakikat dari kefahaman mengenai kenyataan tersebut, para pensyarah merangka perancangan Jadual waktu semester (rujuk lampiran 10 : Jadual waktu IPGMKPM) serta

- 17 -

penyusunan nya (rujuk lampiran 11 : Jadual waktu pensyarah) agar memenuhi elemenelemen kesediaan pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran.

4.2 Kaedah Penglibatan Pelajar Dalam teori pengurusan moden, penglibatan parsitipatif (pembuatan keputusan) merupakan komponen yang memainkan peranan kearah keberkesanan dan kejayaan sesuatu aktiviti yang dijalankan. Robiah Sidin (1988) menjelaskan pembuatan keputusan merupakan satu proses berfikir dan membuat pertimbangan berasaskan penganalisaan yang bersungguh-sungguh tentang sesuatu situasi dan proses memikirkan secukupcukupnya berkenaan urutan aktiviti atau cara yang dapat digunakan sebagai tindakan. Fred Luthans (1976) menyifatkannya sebagai satu proses membuat pemilihan berdasarkan kepada beberapa alternatif. Alberts (1974) pula mengklafikasi sebagai perancangan, motivasi dan pengawalan. Cambell, Corbally dan Nystrand (1983) menyatakan pembuatan keputusan sebagai cara-cara bergerak sebagai arah pencapaian matlamat. Sturman, (1992) mendefinisikan pendekatan kolaboratif sebagai. satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara timbal balas di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran Nunan (1992) pula menyatakan pendekatan kolaboratif pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara timbal balas oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. Dari pernyataan di atas dapat dirumuskan bahawa penglibatan secara kolaboratif merupakan pembelajaran yang memerlukan penglibatan semua ahli kumpulan. Ia - 18 -

memerlukan idea yang mencabar, menyokong dan menambah baik sesuatu idea sehingga mencapai persetujuan kumpulan. Dalam pembelajaran kolaboratif ini, pelajar-pelajar akan mengumpul idea atau data, berkongsi pengalaman, berbincang sesama mereka, dan menyelesaikan masalah bersama. Kriteria asas dalam pendekatan kolaboratif • • kebolehan bergaul dan bekerjasama pada peringkat peribadi perlunya ada komitmen, kesudian untuk berkorban masa bagi merancang, menilai dan membuat refleksi • saling membantu antara satu sama lain untuk mencapai prestasi akademik yang baik

Dengan mengandaikan bahawa yang dilatih,

pelajar KPLI juga merupakan bakal-bakal guru

penglibatan pelajar secara aktif dalam semua proses pengajaran dan Dalam proses pembelajaran tersebut,

pembelajaran sememangnya diberi keutamaan.

para pensyarah akan mengolah aktiviti-aktiviti yang membolehkan pelajar sentiasa berada didalam situasi partisipatif dan kolaboratif. (rujuk lampiran .. : Arahan Tugasan kerja kursus pendek Dengan bentuk penglibatan sebegini, diharapkan pelajar KPLI akan dapat menimba pengetahuan secara bersama-sama dalam pasukan (rujuk lampiran 16 : Borang Rekod Kolaborasi Aktiviti)

5.0 PENILAIAN PRESTASI 5.1 Prestasi kemajuan Dan perkembangan Pelajar Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia mengariskan bahawa Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan proses penilaian selaras dengan proses pengajaran dalam bilik darjah untuk mengesan kemajuan pelajar dalam konteks perkembangan individu secara menyeluruh. Ianya akan mempertingkatkan mutu penilaian dengan menggunakan ujian-ujian yang dibina dan dikawal mutunya supaya proses - 19 -

pengukuran pembelajaran pelajar menjadi lebih bermakna dan bermanfaat. Ianya juga memainkan peranan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam usaha membina dan mereka bentuk jenis-jenis ujian yang lebih bermutu. Melalui PBS guru dapat mengetahui

tahap pencapaian murid serta untuk mengenal pasti dan membaiki kelemahan-kelemahan murid sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran menjadi lebih kronis. Antara kelebihan-kelebihan Penilaian Berasaskan sekolah adalah : • Menekan penilaian secara tak formal, seperti pemerhatian, soal jawab secara lisan dan ujian kertas-pensel untuk mengesan peringkat penguasaan dan kemajuan pelajar dalam bilik darjah. • Menekan penilaian formatif daripada penilaian sumatif – maklumat yang diperoleh daripada PBS adalah digunakan untuk membantu perkembangan pelajar dalam semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan. • Menekankan tindakan susulan daripada laporan pencapaian atau pensijilan – membaiki pembelajaran seterusnya. • Menekankan penilaian secara berterusan – membolehkan guru

mengubahsuai strategi dan teknik, pengajaran mengikut maklumat penilaian yang diperoleh dari semasa ke semasa. • Menekan penilaian secara menyeluruh – segala potensi pelajar seperti intelek, rohani, jasmani dan emosi dinilai. • Menekankan penilaian dalaman – guru yang mengajar pelajar itu sendiri dan bukan diuruskan secara berpusat. Dengan merujuk kepada Proses Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), para

pensyarah akan menilai prestasi kemajuan dan perkembangan pelajar secara berterusan sepanjang semester pembelajaran. Satu Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) akan

diberikan kepada pelajar untuk dijalankan dan didokumentasikan sebagai Portolio Hasil - 20 -

Kerja

Pelajar.

Seterusnya

proses

menilai

Portfolio

Hasil

Kerja

Pelajar

pula

dilaksanakan.berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan (rujuk Lampiran 11: Arahan Kerja Kursus Pendek, Skema jadual Penentuan Tugasan dan Peraturan memberi Markah Kerja Kursus ).Melalui proses ini juga para pensyarah berpeluang membuat bimbingan sekiranya pencapaian pembelajaran tidak mencapai tahap seperti mana yang telah ditetapkan..

5.2 Penilaian Prestasi Pengajar Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan bahawa Sistem Penilaian Prestasi merupakan suatu sistem instrumen penting pengurusan sumber manusia bagi menilai pencapaian prestasi anggota perkhidmatan awam dan pencapaian matlamat organisasi. Melalui Penilaian Prestasi, sesuatu penilaian boleh dilaksanakan terhadap faktor • • Hubung kait anggota dengan rancangan / tindakan kerja organisasi (SKT) Maklum balas tentang kemajuan yang dicapai terhadap elemen yang dirancang. • • • Membuat petunjuk prestasi, pengukuran dan penilaian Kaunseling, motivasi dan insentif Penerapan budaya kerja cemerlang

Berdasarkan kepada kefahaman sistem penilaian prestasi yang dianjurkan oleh jabatan perkhidmatan, para pensyarah akan melaksanakan proses penilaian terhadap prestasi pengajaran melalui pembinaan refleksi kendiri berasaskan analisis SWOT. Di dalam Refleksi tersebut, para pensyarah akan merenung kembali sessi pembelajaran yang telah berlaku melalui elemen kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. (rujuk lampiran 2 : LAM PT 09-02 ruangan catatan). Seterusnya proses penilaian prestasi ini juga boleh dinilai menurut perspektif pelajar. Pelajar akan memberikan maklum balas tentang - 21 -

keberkesanan sesuatu pengajaran sepanjang semester tersebut melalui Instrumen Penilaian Kerja Kursus Oleh Pelajar ( rujuk lampiran 12 : LAM PT 14-03). Melalui refleksi kendiri dan maklumbalas pelajar, para pensyarah akan berupaya mengambil tindakantindakan pembetulan untuk menjajarkan semula aktiviti-aktiviti pengajaran agar menjadi lebih berkesan pada masa yang akan datang (rujukan lampiran 15 : borang Semakan Interaksi Bersemuka / Mengajar)

6.0 PENGUKURAN DAN PENAMBAHBAIKAN Bernhart (1994) menyarankan proses pengukuran dan penambahbaikan dijalankan melalui : • pengunaan portfolio sekolah sebagai dokumen yang digunakan untuk mengenal pasti keberkesanan sekolah/ institusi dan penambahbaikan matlamat. • Data-data dalam seksyen pencapaian pelajar sesebuah folio sekolah

mengandungi o Diskripsi populasi pelajar o Pembelajaran pelajar berkecenderungan kepada kaedah essential o Diskripsi kaedah pengajaran dan strategi penaksiran pelajar • Kepelbagaian bentuk-bentuk penilaian berdasarkan fakta seperti pelajar belajar lebih masa, keputusan pencapaian pelajar, penggunaan rubrik dalam tahap dan kadar pencapaian pelajar, markah pelajar, melaksanakan pameran untuk memberi kadaran dalam kontinum pencapaian pelajar. • • • • Keperluan pembelajaran pelajar Diskripsi strategi untuk memenuhi keperluan pembelajaran Penilaian tentang implimentasi dan keberkesanan strategi Penambahbaikan matlamat

- 22 -

Bersandarkan

kepada

kenyataan

tersebut,

rangka

tindakan

pengukuran

dan

penambahbaikan telah diambil melalui Pemilihan jenis ujian dan alatan/Instrumen penilaian, Analisis keputusan Pencapaian pelajar dan Analisis Perancangan Strategik.

6.1Pemilihan Jenis Ujian Dan Alatan / Instrumen Penilaian Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, ujian atau penilaian adalah komponen utama yang tidak boleh dikesampingkan dalam putaran proses pengajaran dan pembelajaran. Mokhtar Ismail (1995) menjelaskan ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Oleh itu Ujian boleh menentukan kesediaan pelajar untuk memulakan sesuatu topik baru, mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid berhubung sesuatu topik, mengenal pasti tahap pencapaian, bakat yang dimiliki pelajar dan sebagainya. Terdapat beberapa bentuk ujian yang boleh dilaksanakan. Antaranya ialah : • Ujian pencapaian - ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. • Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental - mengukur perbezaan di antara individu. • Ujian prestasi - memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. • Ujian Diagnostik mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang

berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku

- 23 -

Ujian kecekapan - ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam

melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. • • Ujian Bakat - ujian dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Ujian personaliti - ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Pada masa yang sama, satu jadual penentuan (JPU) mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina untuk menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. JPU yang dibina seharusnya mengikut aras

taksonomi Bloom. Pembinaan JPU ini akan membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan. Seterusnya proses pembinaan item ujian boleh dimulakan setelah adanya JSU. Bentuk-bentuk item yang dirangka perlulah mempunyai sama ada ciri-ciri instrumen soalan objektif, soalan berstruktur dan soalan essei. (rujuk lampiran 12 : Contoh muka depan Soalan Peperiksaan) Proses pembinaan soalan juga seharusnya berjalan dengan Panduan Memberi Markah (PMM). Untuk soalan berstruktur dan soalan essei, skema pemarkahan PMM mestilah menepati kehendak soalan dan mempunyai ciri keobjektifan yang tinggi. Ini

bermakna markah yang diberikan kepada setiap soalan adalah tekal atau konsisten tanpa mengira siapa yang memeriksa dan dalam situasi apa sekali pun.

- 24 -

Untuk memenuhi ciri keobjektifan ini, pemeriksa perlu menjustifikasi setiap markah yang diberi secara terperinci kepada elemen fakta/isi , huraian , penggunaan pengurusan grafik, Pengolahan dan Nilai afektif.

6.2 Analisis keputusan Pencapaian Pelajar Sebagai sebuah institusi pendidikan yang mengamalkan pemikiran dan tindakan reflektif, suatu gambaran keputusan secara menyeluruh untuk sesuatu mata pelajaran perlu diwujudkan demi untuk mengetahui pencapaian semasa pelajar. Melalui tindakan sebegini, satu proses mengenal pasti permasalahan yang wujud semasa sesuatu sessi pembelajaran akan dikenalpasti. Seterusnya tindakan susulan ke arah proses

penambahbaikan akan dijalankan.

Oleh itu, para pensyarah akan membina Analisis LAM PT 15-02) untuk dijalankan

Keputusan Kerja Kursus Dan Peperiksaan (rujuk lampiran 14 : mengukur sejauh mana keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran

berdasarkan gred kelulusan yang telah dicapai oleh setiap pelajar. Bersandarkan kepada analisis ini juga perancangan strategik pengajaran dan penilaian sessi pengajaran yang berikutnya dapat dirangka semula.

6.3 Analisis Perancangan Strategik Para pensyarah juga boleh mengukur sejauh mana keberkesanan perancangan mereka melalui Penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Melalui SKT para pensyarah akan menilai dan membuat refleksi semula perancangan kerja tahunan mereka. Hasil refleksi tersebut akan membantu membina perancangan kerja pengajaran dan

pembelajaran untuk masa yang akan datang.

- 25 -

7.0 PENUTUP Sebagai kesimpulannya, dapatlah dilihat bahawa perancangan pengajaran sangat

memerlukan persediaan perancangan yang rapi berdasarkan kepada huraian 5 elemen yang tersebut. Dalam usaha merealisasikan ”Pendidikan Bertaraf Dunia” semasa perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran , aspek kualiti untuk mengapai matlamat pembelajaran berkesan sememangnya amat diberi perhatian. Usaha ini tidak akan berjaya sekiranya perencanaan awal yang melibatkan 5 elemen tersebut tidak digarap dan rancang dengan berkesan. Semoga dengan perbincangan ini, kefahaman serta penghayatan terhadap keberkesanan perancangan

pengajaran akan menjadi lebih bermakna dalam pembinaan modal insan cemerlang pada masa yang akan datang.

- 26 -

RUJUKAN

Aimee Shahrin Bin Jais (2007) :Sekolah Berkesan : Dari Perspektif Pensyarah
IPPM. Jurnal Penyelidikan IPGMKPM.

Azwan Ahmad, Abdul Ghani Abdullah, Muhammad Zohir Ahmad dan Abdul rahman Abdul Aziz : Kesan efikasi kendiri guru terhadap Amalan Pengajaran Berbantukan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT), Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 7, BPPDP, KPM Dis 2005. Brown, M. G., Foote, J. T., Jones, G. J. F., Sparck Jones, K. And Young, S. J. ((1994) Open-Vocabulary Speech Indexing For Voice And Video Mail Retrieval. Proc. Of Multimedia'96, 307-316, Boston, Ma. Edgar Dale ( 1964 ) - Cone of Experience - Educationist 1940s Koh Boh Boon (1992) Kajian Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Merrill, M. David, and David G. Twitchell, (1994.). editors. Instructional Design Theory Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology Publications Mohd Zaliman Yusoff and Benedict du Boulay. (2001). Artificial Intelligence in Education. Building Learning Systems that Care: from Knowledge Representation to Affective Modelling AIED2009 14th International Conference on Artificial Intelligence in Education, volume 200 of Frontiers in Artificial Intelligence and Applications, pages 623-625, Brighton, UK, 2009. IOS Press . Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986); Kurikulum baru Sekolah Rendah , Tahap 1Siri Maktab Perguruan Heinemann Asia, Kuala Lumpur Noraziah Abdul Hamid (1981) : Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rose alinda Alias (1996), Penyelidikan Pengajaran Bantuan Komputer . Salinat Mohamed Ali, Hj Yahya Panot, Zamzam Abdul Rashid, Sabariah Ibrahim, Dr Jennifer Wee Beng Neo dan Hj Syed Nokman Syed Abu Bakar : Kajian Kes Persepsi Terhadap Pensyarah Di Jabatan Pendidikan Ilmu Pendidikan Sharifah Alwiah Alsagoff, (1983 ) Ilmu Pendidikan : Pedagogi , Heinemann Asia, Kuala Lumpur Skinner, B.F. (1954). The science of learning and the art of teaching. Harvard Educational Review, 24(2), 86-97 Suresh Nair & Malar a/p Muthiah (2005): Penggunaan Konstruktivisme Lima fasa Needham Dalam Pembelajaran” : Malaysian Journal Of Educators and Education 20th edition - 27 -

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Panduan Pelaksanaan Program Pengkomputeran di Sekolah, BTP, KPM, Julai 2002 Pembangunan Pendidikan 2001-2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Cetakan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

- 28 -

- 29 -

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->