You are on page 1of 17

ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466

SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

PENDAHULUAN

Negara merupakan satu landasan atau struktur politik yang memberikan identiti
kepada sesuatu masyarakat. Negara didefinisikan sebagai satu himpunan orang-orang yang
menghuni sesuatu kawasan geografi secara tetap dan memiliki sebuah kerajaan yang
tersusun di mana sebahagian besar penduduk memberikan ketaatan dan kesetiaan secara
tabii.

Sukar untuk membayangkan kehidupan tanpa negara, negara tanpa kerajaan, serta
kehidupan politik dalam sesebuah negara dan kerajaan yang tidak mempunyai perlembagaan.
Walaupun ketiga-tiga istilah ini merupakan 3 entiti politik yang berlainan dan berbaza, tetapi
perkaitan dan hubungan diantara entiti ini sangat rapat dan berkaitan.

Pemahaman ke atas sistem negara adalah penting bagi mengenali negara adalah
penting bagi mengenali keseluruhan sesebuah negara. Mengambilkira dari konteks Malaysia,
pemahaman mengenai peranan dan bidang khusus Parlimen, Kementerian dan Jabatan dalam
sistem pentadbiran awam negara adalah berkait rapat seperti ekosistem alam. Tidak dinafikan
bahawa faktor sejarah dan faktor budaya juga sama penting dalam proses pembentukan
negara.

Huraian selanjutnya adalah berkaitan beberapa unsur utama sistem negara ini
termasuk hubungkait antara satu unsur dengan unsur yang lain, proses sistem pentadbiran
negara dan tanggungjawab memerintah negara melalui sistem yang ada.

1 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

PARLIMEN

Terdapat 2 jenis Parlimen iaitu unikameral (satu dewan) atau yang bikameral
(dwidewan). Parlimen bikameral terdiri daripada satu dewan bawah (dimana ahlinya dipilih
dalam pilihan raya) dan dewan tinggi (biasanya ahli dilantik). Walapun sistem lain, seperti
trikameral, wujud, mereka amat jarang. Parlimen juga boleh merujuk kepada tempat atau
bangunan dimana penggubal undang-undang bersidang dan ia merupakan satu terma yang
biasanya digunakan dalam negara-negara Komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan
Perancis parlement , dimana parler bermaksud bercakap : maka parlement merupakan
"tempat untuk bercakap atau berbincang"; suatu perhimpunan atau perjumpaan dimana
ahlinya berbincang tentang isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal adalah Parlimen
United Kingdom, yang kadang-kala digelar "Ibu parlimen-parlimen" kerana ramai negara
Komanwel mengasaskan kerajaan mereka pada sistem Westminster, yang berdasarkan
parlimen.

Memetik dari laman web rasmi Parlimen Malaysia, Parlimen adalah badan
perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh
dikuatkuasakan di seluruh negara. Parlimen meluluskan undang-undang persekutuan,
membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar
kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.

Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-
perkara nasional. Bagi membolehkan Parlimen menjalankan tanggungjawabnya dengan
sepenuhnya dan dengan lebih berkesan, Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa hak
dan pengecualian yang dipanggil "Keistimewaan Ahli-ahli Parlimen" di dalam Dewan.
Keistimewaan ini terpakai bagi kedua-dua Dewan secara keseluruhannya, dan untuk ahli-ahli
Parlimen secara individu.

Kedua-dua Dewan berkuasa untuk menggubal prosedur masing-masing, mempunyai


kuasa mutlak atas prosiding masing-masing, dan kuasa-kuasa ini tidak boleh dicabar di dalam
mana-mana mahkamah, dan Dewan boleh mengenakan hukuman ke atas pelanggaran hak
keistimewaan atau "contempt" di dalam Dewan tersebut. Ahli Parlimen adalah terkecuali dari
tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya

2 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan
itu.

Malaysia mengamalkan sistem kerajaan berparlimen sepertimana British. Sistem Kerajaan


Malaysia mengandungi 3 komponen utama iaitu :

a. Badan Perundangan (Legislative) hanya membuat undang-undang dan tidak boleh


menyerahkan kuasa ini kepada sesiapa pun dan tidak boleh mempunyai kuasa
yang lain;
b. Badan Pemerintah (Executive) yang hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak
boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan
c. Badan Kehakiman (Judicial) yang hanya menjalankan penghakiman dan tidak
boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif.

Badan Perundangan

Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) mengandungai tiga elemen utama iaitu :

a. Yang di-Pertuan Agong


b. Dewan Negara; dan
c. Dewan Rakyat

a. Yang di-Pertuan Agong

Parlimen Malaysia mempunyai tiga komponen seperti yang disebutkan di atas. Semua
undang-undang yang dibawa ke Parlimen mesti diluluskan oleh ketiga-tiga komponen
tersebut.

3 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

b. Dewan Negara

Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan
perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Dewan Negara merupakan salah satu daripada
dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat. Menurut Perkara 45
Dewan Negara, Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri
terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-

 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri
(setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

 44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan
satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:-

 warganegara Malaysia
 tidak kurang dari 30 tahun
 waras fikiran
 bukan seorang muflis
 tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung
sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan
pada peringkat negeri.

Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan
Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang
cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam
perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau
merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan
orang-orang asli.

4 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara.
Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan
tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia
serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.

Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula, memperhalusi dan meluluskan rang
undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu
meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada
Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. Selain itu, Dewan Negara juga
membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

c. Dewan Rakyat

Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Dewan Rakyat ialah dewan
rendah bagi Parlimen Malaysia. Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh
kedua-dua dewan parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara - sebelum dihantar
kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.Ahli-ahli Dewan Rakyat
juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat. Sepertimana Dewan
Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan
pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli
Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang
baru akan diadakan.

Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-

 warganegara Malaysia
 tidak kurang dari 21 tahun
 waras fikiran
 bukan seorang muflis
 tidak mempunyai rekod jenayah

5 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan
Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan


mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut
hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas
mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta
mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.

Tugas

Status Dewan Rakyat diterangkan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti


berikut: "Kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang
hendaklah terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis Parlimen yang dikenali
sebagai Dewan Negara dan Dewan Rakyat."Kuasa memanggil dewan bersidang
dijelaskan di dalam Perlembagaan sebagai hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan
Agong. Baginda tidak boleh membiarkan enam bulan dari tarikh terakhir persidangan
berlalu tanpa ada tarikh tetap untuk sesi bersidang seterusnya.

i. Pembubaran

Dewan Rakyat bersidang selama maksimum lima tahun dan kemudian terbubar
sendiri melainkan jika dibubarkan lebih awal dari itu.Kuasa pembubaran ini terletak di
bawah budi bicara Yang di-Pertuan Agong. Baginda boleh membubarkan parlimen
walaupun sesi perkhidmatannya masih lagi awal ataupun jika Perdana Menteri tidak lagi
memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan kerana tewas samada
melalui undi percaya atau meluluskan belanjawan. Namun begitu, Yang di-Pertuan Agong
juga boleh melantik seorang ahli parlimen lain yang menurut budi bicaranya boleh
memiliki keyakinan dan kepercayaan ahli-ahli dewan lain.

6 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

Perdana Menteri, yang lazimnya mengetuai parti politik atau kumpulan parlimen yang
memiliki jumlah kerusi terbanyak bertanggungjawab mengetuai badan eksekutif yang
mentadbir negara ini. Beliau turut berhak melantik ahli daripada kedua-dua dewan di
parlimen untuk menganggotai Jemaah Menteri.Badan eksekutif ini berperanan membawa
atau mencadangkan satu-satu undang-undang untuk dibahas, dikaji dan diluluskan oleh
parlimen.

ii. Hak istimewa

Ahli-ahli Parlimen diberi kebebasan dan keistimewaan untuk memperkatakan


sesuatu perkara tanpa rasa gusar atau dikecam di luar dewan; satu-satunya badan yang
boleh mengecam seseorang ahli parlimen ialah Jawatankuasa Parlimen bagi Hak dan
Kebebasan. Kekebalan parlimen ini berkuatkuasa serta-merta setelah seseorang itu
mengangkat sumpah menjadi ahli parlimen dan hanya boleh digunapakai ketika ahli
tersebut dibenarkan bersuara. Kekebalan ini tidak boleh dipakai ke atas kenyataan-
kenyataan yang dibuat di luar dewan. Satu pindaan telah dibuat di bawah Perkara 63
Perlembagaan berikutan Peristiwa 13 Mei dengan penambahan Perenggan 4 yang
menidakkan Fasal 2 Perlembagaan yang secara amnya memberikan hak-hak kebebasan
asasi. Perenggan 4 itu menerangkan bahawa sesiapapun termasuk ahli Parlimen yang
berucap di Dewan Rakyat boleh didakwa jika melakukan kesalahan di bawah Fasal 4
Perkara 10 atau di bawah Akta Hasutan 1948. Selain itu ahli-ahli Parlimen juga
kehilangan hak-hak istimewanya jika menganjurkan penghapusan kedudukan
Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja di negeri-negeri.

7 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

Persidangan Parlimen

Parlimen hanya akan bersidang sekiranya dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong.
Parlimen tidak boleh dibiarkan enam bulan berselang diantara mesyuarat akhir bagi satu
penggal dengan mensyuarat pertama bagi penggal yang akan datang. Parlimen akan kekal
selama 5 tahun daripada tarikh pertama mesyuaratnya. Apabila genap 5 tahun, parlimen
akan bubar secara automatik melainkan sekiranya belum cukup tempoh 5 tahun, Parlimen
hanya boleh dibubar oleh Yang di-Pertuan Agong. Setelah Parlimen dibubarkan, dalam
tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran, pilihanraya umum perlu dilakukan bagi
semenanjung, manakala 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Parlimen hendaklah dipanggil
semula untuk bersidang dalam tempoh 120 hari selepas tarikh pembubaran. Jadual berkala
mesyuarat Parlimen diatur dalam satu kalendar tahunan dan dinamakan Takwim
Parlimen. Kalendar ini dibahagikan kepada 5 penggal dan setiap penggal mengambil masa
selama satu tahun. Dalam satu penggal, Parlimen hanya bersidang sebanyak 3 atau empat
kali yang mana setiap satu mengambil masa selama dua minggu bagi Dewan Rakyat,
manakala dewan Negara pula mengambil masa selama seminggu kecuali mesyuarat
belanjawan yang mengambil masa selama lima atau enam minggu.

Acara Parlimen

1. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan dan peruntukan Undang-undang


Persekutuan, tiap-tiap satu Majlis Parlimen hendaklah membuat peraturan-peraturan
mengenai acaranya sendiri.

2. Walaupun ada sesuatu kekosongan dalam keanggotaannya, tiap-tiap satu Majlis


Parlimen boleh menjalankan urusannya dan kehadiran atau penyertaan seseorang yang
tidak berhak hadir atau menyertai Majlis tidaklah membatalkan apa-apa perjalanan
Parlimen.

8 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

3. Tertakluk kepada Fasal (4) dan Perkara 89 (1) dan 159 (3) dan kepada Sekyen 10 dan
Jadual Ketiga Belas, tiap-tiap satu Majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat suara
mengambil keputusannya mengikut lebih suara ahli-ahli yang mengundi, dan orang
yang mengetuai, melainkan jika ia hanya menjadi ahli Majlis Parlimen itu semata-mata
oleh sebab Perenggan (b) Fasal (1A) Perkara 57, membuang undinya apabila perlu
bagi mengelakkan supaya bilangan undi tidak sama banyaknya, tetapi tidaklah boleh
mengundi dalam apa-apa hal lain.

4. Bagi membuat peraturan-peraturan mengenai acaranya, tiap-tiap satu Majlis Parlimen


hendaklah memperuntukkan supaya tiada apa-apa keputusan mengenai perjalanannya
boleh dibuat melainkan mengikut bilangan undi yang ditentukan.

5. Ahli-ahli yang tidak hadir dalam mesyuarat majlis Parlimen tidak dibenarkan
mengundi.

Keistimewaan Parlimen

Mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuaan, Parlimen mempunyai


keistimewaan-keistimewaan seperti berikut :-

1. Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana


jawatankuasanya tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

2. Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam
mana-mana mahkamah mengenai apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi
yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan
mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya.

3. Tiada seseorang pun boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam
mana-mana mengenai apa-apa jua yang disiarka dengan atau di bawah kuasa
mana-mana Majlis Parlimen.

9 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

4. Fasal (2) tidak boleh dipakai bagi seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan
di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Perkara 10(4)
atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan,1948 mengikut sebagaimana
yang dipinda oleh Ordinan No 45 ( Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970.

Menjalankan Kuasa Perundangan

Kedua-kedua Majlis Parlimen memainkan peranan yang penting dalam proses


perundangan. Undang-undang dibuat melalui beberapa peringkat tertentu. Jika seseorang
Menteri bercadang hendak membentangkan rang undang-undang di Parlimen, maka beliau
hendaklah merangka dasar-dasar yang berkaitan dengan rang undang-undang tersebut dan
kemudian mengadakan perundingan dengan Jabatan Peguam Negara, Perbendaharaan dan
jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan. Jabatan Peguam Negara bertanggungjawab
menyediakan draf rang undang-undang tersebut. Apabila draf rang undang-undang diluluskan
oleh Jemaah Menteri, maka ia akan dibentang oleh Menteri berkenaan di dalam kedua-dua
Majlis Parlimen. Rang undang-undang tersebut akan melalui empat peringkat sebelum ia
diluluskan iaitu Bacaan Kali Pertama, Bacaan Kali Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan
Bacaan Kali Ketiga.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 66, tanggungjawab Parlimen


di dalam menjalankan kuasa perundangan adalah seperti berikut :-

1. Kuasa bagi Parlimen membuat undang-undang hendaklah dijalankan dengan rang


undang-undang yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen (atau, dalam hal
yang tersebut dalam Perkara 68, oleh Dewan Rakyat) dan kecuali sebagaimana
diperuntukkan selainnya dalam Perkara ini, dipersetujui oleh Yang di-Pertuan
Agong.
2. Tertakluk kepada Perkara 67, sesuatu rang undang-undang boleh dikemukakan
pada asalnya didalam mana-mana Majlis Parlimen.
3. Apabila sesuatu rang undang-undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen di
mana ia dikemukakan pada asalnya maka rang undang-undang itu hendaklah
dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi, dan rang undang-undang itu
hendaklah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk persetujuan baginda
apabila ia diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi dan persetujuan telah

10 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang
dibuat dalamnya apabila rang undang-undang itu dikehendaki diserahkan ke
bawah Perkara 68.
4. Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalamtempoh 30 hari selepas sesuatu rang
undang-undang yang dipersembahkan ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong
a. Memperkenankan rang undang-undang itu dengan menyebabkan rang undang-
undang itu cap dengan Mohor Besar
b. Jika rang undang-undang itu bukan rang undang-undang wang,
mengembalikannya kepada Majlis Parlimen di mana rang undang-undang itu
dikemukakan pada asalnya bersama-sama dengan suatu pernyataan mengenai
sebab-sebab bantahannya terhadap rang undang-undang itu, atau mana-mana
peruntukannya.

4A. Jika Yang di-Pertuan Agong mengembalikan sesuatu rang undang-undang


kepada Majlis Parlimen di mana rang undang-undang itu dikemukakan pada
asalnya menurut Fasal(4)(b), Majlis Parlimen hendaklah dengan seberapa
segera yang boleh ditimbang semula, rang undang-undang itu diluluskan
dengan kiraan undi tidak kurang daripada dua pertiga jumlah ahli Majlis
Parlimen dalam hal suatu rang undang-undang bagi membuat sesuatu pindaan
kepada Perlembagaan selain daripada suatu pindaan yang dikecualikan
menurut Perkara 159 dan mengikut lebih suara dalam hal undang-undang lain,
dengan atau tanpa pindaan, rang undang-undang itu hendaklah dihantar
bersama-sama dengan bantahan-bantahan kepada Majlis Parlimen yang satu
lagi, yang mana hendaklah menimbang semula rang undang-undang itu, maka
rang undang-undang itu hendaklah sekali lagi dipersembahkan kepada Yang
di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan baginda hendaklah
memperkenankan rang undang-undang itu dalam tempoh 30 hari selepas rang
undang-undang itu dipersembahkan kepada baginda.

5. Sesuatu rang undang-undang adalah menjadi undang-undang apabila ia


diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau sebagaimana diperuntukkan
dalam Fasal (4B), tetapi tiada satu pun undang-undang boleh berkuatkuasa
sehingga ia telah disiarkan tetapi bagaimanapun ia tidaklah menjejaskan kuasa

11 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

Parlimen bagi mengangguhkan kuatkuasa sesuatu undang-undang atau bagi


membuat undang-undang supaya berkuatkuasa kebelakangan.

6. Tiada apa jua dalam Perkara ini atau dalam Perkara 68 boleh membatalkan mana-
mana undang-undang yang mengesahkan kesanggupan yang diberi oleh Kerajaan
Persekutuan yang bermaksud bahawa rang undang-undang yang dimaksudkan
oleh kesanggupan itu tidak akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
persetujuannya kecuali mengikut kesanggupan itu.

12 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

KEMENTERIAN

Kementerian merupakan agensi Tertinggi kerajaan. Menteri merupakan orang yang


bertanggungjawab menentukan halatuju kerajaan. Ia merupakan agensi utama dan teratas
dalam jentera pentadbiran awam. Menteri-menteri mempunyai tanggungjawab yang berat dan
dibantu oleh Timbalan Menteri yang mana Timbalan Menteri bukanlah ahli Kabinet.

Setiap kementerian mempunyai portfolio tugasan yang berbeza dan memainkan


peranan membentuk dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan tugasan.
Setiap tugasan dan tangungjawab diagihkan kepada beberapa buah jabatan dan perbadanan
awam yang bernaung di bawah kementerian tersebut.

Pegawai pentadbir utama dalam setiap kementerian diketuai oleh Ketua Setiausaha
(KSU). KSU merupakan penasihat kepada Menteri terutamanya dalam pembentukan dasar-
dasar, tanguungjawab melaksanakan dasar dan melaksanakan arahan menteri. Setiap
kementerian mempunyai ibu pejabat dan mempunyai pelbagai bahagian bagi menyokong
struktur pentadbiran setiap kementerian. Oleh kerana aspek pengurusan seperti pembetukan
dasar, perancangan dan pentadbiran, maka jawatan didalam Kumpulan Pengurusan dan
Ikhtisas dipegang oleh pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Pada hari ini terdapat 27 buah kementerian telah diwujudkan iaitu :

1. Pejabat Perdana Menteri Malaysia


2. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
3. Kementerian Kesenian, Kebudayaan, Warisan & Perpaduan Negara
4. Kementerian Pertahanan
5. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
6. Kementerian Pendidikan
7. Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi
8. Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi
9. Kementerian Wilayah Persekutuan
10. Kementerian Kewangan
11. Kementerian Luar Negeri
12. Kementerian Kesihatan
13. Kementerian Pendidikan Tinggi
14. Kementerian Dalam Negeri

13 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

15. Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan


16. Kementerian Sumber Manusia
17. Kementerian Penerangan
18. Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
19. Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar
20. Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi
21. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah
22. Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
23. Kementerian Pelancongan
24. Kementerian Pengangkutan
25. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga & Masyarakat
26. Kementerian Kerja Raya
27. Kementerian Belia & Sukan

Jabatan Perdana Menteri merupakan kementerian utama didalam struktur susunan


kementerian yang ada. Perdana Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta
beberapa orang Menterti Tidak Berportfolio iaitu Menteri yang tidak mempunyai
kementerian sendiri. Menteri-menteri ini ditugaskan untuk melaksanakan tangungjawab
yang tertentu di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara bertindak sebagai
Pegawai Tadbir utama. Ketua Setiauasaha Negara juga merupakan Setiausaha Kabinet.

Ketua Setiauasaha Negara juga merupakan Ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan


yang bertangungjawab kepada Perdana Menteri di atas perjalanan yang licin dan
cemerlang jentera pentadbiran Kerajaan Pusat dan Penyelarasan jentera-jentera
pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

14 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

JABATAN

Jabatan merupakan agensi kerajaan yang bernaung/diwujudkan dibawah


kementerian. Semua jabatan mempunyai cawangan disetiap negeri dan diketuai oleh Ketua
Pengarah. Terdapat juga kementerian lain yang tidak mengunakan gelaran jawatan yang
berbeza sebagai contoh Jabatan Audit Negara diketuai oleh Ketua Audit Negara. Dalam
setiap cawanga jabatan, setiap bahagian diterajui oleh Pengarah Negeri dan pengarah daerah.

Jabatan diwujudkan oleh kementerian untuk melaksanakan dasar yang telah dibentuk.
Setiap jabatan bertangungjawab mengawasi dan menyelaras perjalanan cawangan-cawangan
diperingkat negeri dan daerah. Kebanyakan jabatan Kerajaan ini bertanggungjawab bagi
perkara-perkara ikhtisas dan teknikal.

15 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

KESIMPULAN

Dapat kita lihat bahawa, Parlimen memainkan peranan dalam membentuk sesuatu
undang-undang dan membincangkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah masyarakat.
Kementerian pula memainkan peranan dalam membentuk dasar hasil dari keputusan yang
telah dibuat di Parlimen. Manakala Jabatan pula mengambil peranan dalam melaksanakan
dasar yang telah dibentuk oleh kementerian. Kesinambungan antara entiti ini perlu untuk
memastikan sesuatu tugasan itu berjalan lancar dan berintegriti.

Peranan dan tugas yang amat berat dipikul oleh peneraju setiap entiti ini untuk
menentukan halatuju kerajaan agar tidak bertindih atau bercanggah antara satu sama lain.
Uniknya, setiap entiti ini diterajui oleh penggerak atau individu yangberbeza. Dalam
perkataan lain, seseorang itu tidak memegang jawatan dalam semua entiti ini.

Untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan sesebuah kerajaan, parlimen,


kementerian dan jabatan bekerja rapat antara satu sama lain bagi memastikan sesuatu misi
dan visi kerajaan tercapai untuk kepentingan bersama.

16 | 17
ROSMALIZA BT MOHAMED RASHID (GB00759),790307-06-5466
SKSJ1043-PENGANTAR PENTADBIRAN AWAM (PBJJ SAINS POLITIK)

RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Negara

http://ms.wikipedia.org/wiki/Dewan_Rakyat_Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Parlimen 19 OKT 2009

http://www.parlimen.gov.my/dN

Malaysia Kita: Kuala Lumpur. Cetakan 2005

17 | 17

You might also like