You are on page 1of 13

PENGENALAN

Aplikasi perdana Kerajaan Elektronik merupakan satu daripada aplikasi perdana di


bawah projek Koridor Raya Multimedia. Visi aplikasi perdana Kerajaan Elektronik
adalah untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan Perkhidmatan Awam
kearah pencapaian kecemerlangan perkhidmatan melalui penggunaan IT dan
multimedia. Dengan pelaksanaan projek ini, proses kerja dalaman di agensi-agensi
Kerajaan akan menjadi lebih cekap dan halacara serta kualiti perkhidmatan yang
disampaikan kepada pelanggan akan berubah. Urusan-urusan berkenaan akan
dikendalikan secara elektronik, beroperasi tanpa kertas dan berlandaskan komunikasi
pantas yang dilakukan secara talian melalui pelbagai saluran.

Perubahan pantas teknologi komunikasi dan maklumat ini telah berjaya


mengubah cara dan jangkamasa manusia membuat, melaksana dan mengunjur
keputusan mengenai pelbagai isu yang berkaitan politik, ekonomi dan sosial. Justeru
itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, khususnya internet, telah diakui
berjaya membawa kesan positif dalam penambahbaikan dan kemajuan pelbagai
bidang di sektor swasta dan awam dengan meningkatkan produktiviti secara lebih
efisien, kos efektif dan mengurangkan karenah birokrasi.

Pengurusan strategik ialah corak pengurusan yang mengguna strategi-strategi


yang berkesan dalam perancangan untuk mencapai objektif atau matlamat sesebuah
organisasi. Perancangan yang strategik ialah perancangan yang menggabung analisis
dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi dan analisis
luaran yang melibatkan analisis peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh
membawa risiko kepada organisasi (Mohd Ali Embi, 2003). Pengurusan strategik
wujud hasil daripada cetusan perancangan strategik yang dijalankan.

Pelaksanaan projek-projek perintis Kerajaan Elektronik dipantau secara dekat


bagi memastikan kejayaannya, terutama dari segi penghasilan aplikasi dan sistem
yang dapat memenuhi keperluan Kerajaan. Antara usaha-usaha yang telah diambil
untuk memperkukuhkan pengurusan pelaksanaan aplikasi perdana Kerajaan
Elektronik adalah dengan menyediakan satu struktur pengurusan yang tersusun,
mewujudkan jawatan-jawatan baru untuk memastikan pemindahan teknologi dan
mengesan pelaksanaan projek serta meningkatkan keupayaan dan kemahiran agensi-
agensi Kerajaan dalam bidang pengurusan projek.

1
RANGKA KERJA KERAJAAN ELEKTRONIK (EG)

Rangka kerja EG Malaysia dalam melaksanakan EG, kerajaan Malaysia telah


mempunyai visi terhadap sasaran-sasaran yang perlu dicapai, pihak yang perlu terlibat
dan langkah-langkah yang perlu diambil. Kesemua ini merupakan komponen utama
rangka kerja EG yang digunakan oleh kerajaan. 3 komuniti utama EG ialah kerajaan,
perniagaan dan rakyat. Lebih mudah komponen-komponen ini dikenali sebagai
aplikasi Government to Government (G2G), Government to Business (G2B) and
Government to Citizen (G2C).

Pendekatan pelaksanaan EG yang digunakan oleh kerajaan ialah pendekatan


bersepadu dalam melaksanakan program secara besar-besaran. Kaedah pemberian EG
ialah melalui Request for proposal (RFP), Concept Request For Proposal (CRFP),
penilaian dan pemberian tender kepada pembida yang berjaya. Pembangunan EG
adalah melalui outsourcing kepada swasta dengan pemantauan dan pelaksanaan oleh
pihak kerajaan. Secara mudah perhubungan di antara komuniti tersebut dikenali
sebagai G2G, G2B dan G2C.

Jelas dapat dilihat dari 7 aplikasi tersebut di mana 3 darinya adalah khusus
untuk kegunaan pihak kerajaan iaitu GOE, HRMIS dan SPP II. Hanya ELX
disasarkan untuk perniagaan dan rakyat. Bagi ELX, peranan kerajaan adalah sebagi
pembekal dan penyenggara aplikasi tersebut. E-Syariah pula digunakan oleh semua
kumpulan. Rangka kerja tersebut mempunyai komponen yang cukup untuk
melaksanakan EG dari segi keperluan infrastruktur, pembangunan sumber manusia,
aspek perundangan dan teknologi ICT.

Objektif utama kerajaan elektronik ialah mempertingkatkan keberkesanan dan


kecekapan jentera pentadbiran awam melalui penggunaan teknologi telekomunikasi
dan maklumat. Melalui pengunaan teknologi maklumat, perubahan-perubahan dibuat
bagi membaiki proses-proses kerajaan dan mengubah hala cara permberian
perkhidmatan kepada orang ramai (INTAN, 2006). Perkomputeran agensi-agensi
kerajaan dilakukan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap.

2
ISU DAN CABARAN DALAM MEMBANGUN KERAJAAN ELEKTRONIK.

Di sebalik banyaknya kebaikan dan manfaat yang dijangkakan akan diperolehi


daripada kerajaan elektronik, wujud beberapa cabaran dan isu yang pasti dihadapi
diperingkat perlaksanaannya. Antara cabaran-cabaran dan isu adalah seperti berikut:

 Ketidaksediaan untuk menerima perubahan cara kerja yang baru oleh


kakitangan awam yang berasa selesa dengan keadaan yang sudah ada.
 Kurang-nya tenaga mahir di dalam bidang teknologi komunikasi dan
maklumat yang boleh menjejaskan implementasi.
 Kos infrastruktur yang tinggi yang munkin tidak setimpal dengan faedah-
faedah yang diperolehi disebabkan oleh teknologi yang sentiasa berubah
dengan pesat.
 Wujudnya jurang pengetahuan tentang teknologi maklumat di antara
masyarakat bandar dan luar bandar.
 Isu kepercayaan dan keselamatan terhadap urusan secara elektronik.

Mengatasi cabaran-cabaran dan isu di atas amatlah penting bagi memastikan kejayaan
dan juga manfaat yang diperolehi setimpal dengan usaha yang dijalankan. Jika kita
lihat ke belakang, kita dapati banyak dari halangan-halangan tersebut telah dapat di
atasi ataupun setidak-tidaknya telah dikurangkan permasalahan tersebut.

Pendidikan teknologi maklumat telah berkembang dengan pesatnya untuk


memenuhi keperluan tenaga kerja mahir. Kakitangan sedia ada telah dilatih dan
mendapat latihan terus menerus dari masa ke semasa bagi menghadapi tugasan-
tugasan baru. Masyarakat luar bandar diberi pendedahan dengan teknologi maklumat
melalui pertubuhan-pertubuhan masyarakat setempat seperti Jawatan Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) dan mass media.

Langkah-langkah pencegahan, perlindungan dan undang-undang penting


dalam menangani keselamatan dan keyakinan pengguna terhadap sistem elektronik
telah disediakan. Undang-undang cyber telah diwujudkan untuk ini.

3
KERAJAAN ELEKTRONIK DI MALAYSIA

E-kerajaan bermula sebaik sahaja kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia


(MSC) pada tahun 1997. Dalam tempuh 10 tahun selepas itu, pelbagai perubahan
dapat dilihat dalam jabatan dan agensi-agensi kerajaan terutama yang melibatkan
perkhidmatan kaunter dengan orang ramai. Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), sebuah agensi di bawah Jabatan
Perdana Menteri, dipertanggungjawabkan untuk membangunkan dan memodenkan
perkhidmatan awam. MAMPU diberi tugas untuk merancang memperkukuhkan
sistem penyampaian perkhidmatan awam, yang merupakan agenda utama kerajaan
Malaysia. Bahagian pembangunan E-Kerajaan MAMPU diberi tugas mengubah cara
operasi dalam kerajaan dan kaedah-kaedah untuk menyalurkan perkhidmatan
elektronik kepada rakyat.

MAMPU merupakan agensi tunjak kepada pelaksanaan aplikasi perdana


Kerajaan Elektronik. MAMPU diberi tanggungjawab dalam aspek-aspek perancangan
dan penyelarasan pelaksanaan projek-projek Kerajaan Elektronik. Lima projek
perintis telah dirancang di bawah fasa pertama. Projek-projek tersebut adalah seperti
berikut:

(a) Pendaftaran Pemandu dan Kenderaan, Perkhidmatan Pelesenan dan


Saman, Bayaran Bil Utiliti dan Maklumat Dalam Talian Kementerian
Kesihatan.
(b) Perolehan Elektronik atau Elektronik Procurement(EP)
(c) Persekitaran Pejabat Generik atau Generic Office Environment (GOE)
(d) Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)
(e) Sistem Pemantauan Projek (PMS)

Pembangunan E-Kerajaan di Malaysia dibuat mengikut beberapa fasa. Dalam


fasa 1, tumpuan diberi kepada proses dalaman agensi kerajaan dengan tujuan untuk
melicinkan dan meningkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan agensi dalam
menyediakan perkhidmatan. Fasa seterusnya pula memberi tumpuan kepada usaha-
usaha untuk meningkatkan capaian kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh
agensi kerajaan kepada orang ramai serta ahli perniagaan melalui pelbagai saluran
elektronik (Anon. 2007)

4
Antara projek-projek awal e-kerajaan yang telah dibangunkan dan beroperasi di
negara ini ialah:

 Sistem Pemantauan Projek (SPP II)

Sistem ini berperanan menyediakan satu mekanisme bagi membantu


kementerian serta agensi-agensi di bawahnya memantau projek-projek
pembangunan yang dibiayai oleh Kerajaan Pusat. SPP II menyediakan kemudahan
pangkalan maklumat yang boleh membantu dalam peyediaan laporan dan proses
membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat. Menerusi SPP II, agensi-agensi
kerajaan boleh mengesan dan memantau aliran peruntukan kewangan dalam
pelaksanaan projek-projek pembangunan dengan lebih berkesan. Sistem ini juga
membantu proses perancangan strategik, membuat analisis status pelaksanaan
projek dan membuat jangkaan isu-isu yang mungkin timbul. Ia mempercepatkan
proses kerja dan mengurangkan penggunaan kertas.

 Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS)

Projek HRMIS merupakan usaha kerajaan memastikan pengurusan sumber


manusia dalam perkhidmatan awam dapat menghasilkan pekerja yang mahir,
terlatih dan bermotivasi untuk menghadapi cabaran semasa terutama dalam
merealisasikan ekonomi berasaskan ilmu ( K-ekonomi). HRMIS mengandungi 14
modul pengurusan sumber manusia yang bersepadu. Antaranya, pengurusan rekod
peribadi, data perjawatan, pengurusan kerjaya dan prestasi, penilaian kompetensi
dan pembangunan sumber manusia.

 Persekitaran Pejabat Generik – Sistem Pengurusan Dokumen Kerajaan


Eletronik (GOE-EGDMS)

Ini adalah satu sistem aplikasi yang berupaya membantu agensi-agensi


kerajaan menguruskan dokumen dengan lebih efektif dan efisien. Selain dari
penyediaan dan penyimpanan dokumen dengan lebih efisien, sistem ini turut
membantu carian dan capaian dokumen dengan lebih cepat.

5
 E-Khidmat

E-Khidmat bertujuan memudahkan orang ramai berurusan dengan kerajaan


melalui pelbagai saluran elektronik termasuk kios, telefon dan internet. Pada
masa ini e-khidmat menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

 Jabatan Pengangkutan Jalan.


Perkhidmatan membaharui lessen memandu, pembayaran cukai jalan
kenderaan, insurans kenderaan kini semua dibuat melalui kios dan internet.

 Polis Diraja Malaysia


Pembayaran saman secara atas talian. Maklumat kesalahan juga boleh
diperolehi secara atas talian.

 Jabatan Imigresen
Permohonan pasport kini dapat dibuat di lebih banyak cawangan dengan
cepat. Pengeluaran paspot yang dahulunya memakan masa sehingga tiga
minggu, kini boleh disiapkan dalam tempuh satu hari sahaja.

 Bursa Buruh Elektronik (ELX)

ELX ialah pusat pengumpulan maklumat pasaran buruh yang dikawal selia
oleh Kementerian Sumber Manusia untuk membolehkan majikan dan pencari
kerja berhubung menggunakan platform yang sama. ELX bertujuan mengadakan
proses pemadanan peluang pekerjaan secara menyeluruh serta menyediakan pusat
rujukan maklumat pasaran buruh yang berkesan. Ia juga bertujuan membantu
proses penyediaan dan pengurusan tenaga kerja yang mahir secara sistematik dan
untuk menjaga kepentingan pekerja dan majikan dalam arus pembangunan
negara. ELX juga menawarkan Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya
(SPOKU) yang dibuka kepada semua majikan dan orang awam. Pendaftaran boleh
dibuat dalam talian dan pengguna akan menikmati semua perkhidmatan yang
ditawarkan.

6
 Portal Perkhidmatan Awam (myGovernment)

Portal Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai myGovenment berfungsi


sebagai gerbang utama kepada maklumat dan perkhidmatan kerajaan melalui
Internet. Pengguna hanya perlu melayari satu laman web, yakni
www.malaysia.gov.my tanpa perlu mengetahui alamat-alamat laman web agensi
kerajaan yang lain. Terdapat lebih dari 900 laman web agensi kerajaan
persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dipautkan ke portal ini .

Portal ini dibangunkan bagi membolehkan rakyat dan ahli perniagaan


mencapai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti membuat
pembayaran, penghantaran dokumen sokongan dan berinteraksi dengan agensi-
agensi kerajaan. Ia juga menyediakan maklumat dan perkhidmatan kepada
komuniti perniagaan termasuk carian kebankrapan, pendaftaran syarikat baru,
permohonan geran dan pertanyaan maklumat bagi lesen perdagangan.

Sebagai portal interaktif dan informatif, kandungannya disusun dalam empat


kategori iaitu warganegara, perniagaan, kerajaan dan bukan warganegara. Bagi
kategori warganegara, maklumat disusun mengikut bidang utama seperti
pendidikan, pekerjaan, kesihatan, percukaian dan kutipan. Manakala bagi
perniagaan pula mengandungi maklumat berkatian dengan kitaran haya
perniagaan dan industri spesifik. Kategori kerajaan pula menyediakan maklumat
mengenai proses pengambilan kakitangan di sektor awam, anugerah dan kenaikan
pangkat serta persaraan. Kandungan bagi bukan warganegara pula meliputi
maklumat tentang peraturan imigresen seperti visa dan paspot, pelancungan,
peraturan perkahwinan dan sebagainya.

 E-Syariah

E-Syariah merupakan satu usaha penting kerajaan persekutuan dlam


mempertingkatkan pengurusan dan pentadbiran institusi kehakiman Islam di
semua negeri. Portal ini menyediakan kemudahan kepada orang ramai membuat
pra-pendaftaran kes tanpa perlu ke mahkamah. Antara kemudahan lain menerusi
portal ini ialah pengiraan faraid dalam talian, rujukan enakmen dan ordinan
negeri, semakan kes dan pendaftaran dan pembaharuan sijil peguam syarie.

7
Ada beberapa lagi inisiatif yang sudah dan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk
memperbaiki sistem pentadbiran dan penyampaian. Inisiatif-inisiatif ini ada yang baru
sahaja bermula di peringkat perintis. Ada yang sedang dalam peringkat pembangunan.
Portal yang sudah dibangunkan ataupun sedang dibangunkan termasuklah e-PBT
(portal Pihak Berkuasa Tempatan), E-Tanah ( portal urusan pentadbiran tanah negara)
dan e-Kehakiman ( portal Jabatan Kehakiman).

Kita dapat melihat bahawa kebanyakan projek-projek e-kerajaan tertumpu di jabatan


dan agensi kerajaan yang perkhidmatannya menjadi tumpuan orang ramai dan
komuniti perniagaan. Perlaksanaan projek-projek e-kerajaan telah berjaya
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi dalam kerajaan disamping
menyediakan saluran tambahan kepada orang ramai berurusan dengan kerajaan.
Usaha berterusan diambil oleh kerajaan bagi memantapkan aplikasi e-kerajaan yang
sedia ada agar ia memenuhi kehendak pelanggan dan perkembangan teknolgi semasa.

CIRI-CIRI PENGURUSAN STRATEGIK KE ARAH KERAJAAN


ELEKTRONIK YANG CEMERLANG.

Strategi merujuk perancangan oleh pengurusan tertinggi untuk mencapai hasil yang
selari dengan misi dan matlamat organisasi. Strategi boleh dibahagikan kepada tiga
bahagian:

(i) Pembentukan strategi.

(ii) Pelaksanaan strategi.

(iii) Kawalan strategi.

Pengurusan timbul daripada perkataan "urus" yang bererti "kelola, atur".


Mengurus membawa erti "menjadi supaya rajin, mengatur, mengemas,
mengendalikan, menyusun, menyelesai". Pengurusan ialah perihal mengurus sesuatu

8
(Kamus Dewan 1994). Pengurusan strategik merangkumi langkah-langkah berurutan,
iaitu pengurusan tertinggi menjalankan tugas-tugas berikut:

(a) Menganalisis persekitaran luaran untuk mengenal pasti peluang dan


ancaman.
(b) Menganalisis persekitaran dalaman organisasi untuk mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan.

(c) Menetapkan misi dan matlamat organisasi.

(d) Mereka bentuk strategi pada peringkat korporat unit perniagaan dan fungsi.

(e) Melaksanakan strategi.

(f) Menilai dan mengawal pencapaian.


 

Faktor strategik ialah pembolehubah yang dianggap oleh pengurusan tertinggi


sebagai penting dalam mempengaruhi aktiviti organisasi. Pola faktor itu telah
mempengaruhi aktiviti organisasi pada masa lampau atau kini. Besar kemungkinan
pola yang sama akan berlaku pada masa hadapan.

(i) tindakan kerajaan atau peraturan kerajaan,

(ii) inflasi,

(iii) tenaga,

(iv) persekitaran ekonomi,

(v) persaingan, dan

(vi) persekitaran antarabangsa politik dan ekonomi

Ada tiga kategori interaksi kerajaan yang wujud. Di dalam kerangka-kerangka


kategori inilah di mana kerajaan berpeluang untuk membuat penambahbaikan sistem
penyampaian kerajaan. (Yong, 2003):

9
 Kerajaan-ke-Rakyat (G2C): Fokus di sini ialah mesra-rakyat. Memudahkan
rakyat berurusan dengan kerajaan dengan cepat dan selesa. Ini dapat dilakukan
dengan pembaikan perkhidmatan kaunter atau lebih baik lagi dengan
menyediakan urusan melalui talian dengan mewujudkan perkhidmatan melalui
internet.

 Kerajaan-ke-Swasta (G2B): Mengurangkan karenah birokrasi dengan


membuat transformasi dalam pemrosesan lesen, kelulusan lesen dan juga kos
urusan dengan kerajaan. Mengurangkan penggunaan kertas (paperless) dan
menggunakan internet yang boleh memudahkan urusan pihak swasta dengan
kerajaan.

 Kerajaan-ke-Kerajaan(G2G): Ia melibatkan interaksi antara kerajaan


dengan kerajaan, kerajaan dengan agensi-agensi kerajaan dan juga sesama
agensi-agensi kerajaan. Dengan penggunaan tekonologi maklumat kesemua
pemain-pemain sektor ini dapat berkongsi data dan berurusan dengan cepat.

KESIMPULAN

Adakah kerajaan elektronik dianggap satu kaedah kearah mencapai pengurusan


strategik yang berkesan? Pada pandangan saya kerajaan Malaysia telah berusaha
dengan gigih untuk memastikan perkara tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya
dan berkesan. Sedar atau tidak, negara kita sedang berusaha mewujudkan budaya
kerja yang berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Salah satu
strateginya, adalah melalui perlaksanaan e-government atau kerajaan elektronik.

Apa yang pasti, melalui e-government, satu pencapaian penting ialah


pelaksanaan Portal Perkhidmatan Awam yang dikenali sebagai myGovernment.
Melalui myGovernment ini ia dapat memberi maklumat terkini perkhidmatan
daripada pelbagai agensi kerajaan. Sebagai contoh, sehingga akhir 2005, Portal
Perkhidmatan Awam ini telah menyediakan akses kepada 900 laman web pelbagai
agensi sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.

10
Selain itu, melalui e-government, kerajaan dapat mengubah sistem
perkhidmatann sektor awam yang dianggap tradisional kepada yang lebih moden,
yakni daripada sistem manual kepada sistem elektronik. Pada masa yang sama,
langkah ini dianggap dapat mengurangkan jurang digital dalam mengorak langkah
yang baik ke arah dunia tanpa sempadan.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pada tahun 2005, Malaysia


diletakkan di tangga 43 dalam perlaksanaan e-government. Sementara itu, dalam
rantau Asia Tenggara juga, Malaysia masih lagi terkebelakang berbanding Negara
Singapuran, Jepun dan Korea. (Laporan akhbar New Straits Times).

Hakikat yang perlu kita akui, ialah melalui e-government ini, segala
pembayaran bil, semakan saman, hutang, dan sebagainya, dapat diketahui dengan
mudah. Malah orang ramai dapat berurusan secara lebih berkesan bila-bila masa
sahaja, selama 24 jam atau 7 hari dalam seminggu, begitu mudah sekali dan cepat.
Tanpa perlu beratur atau berbaris di kaunter-kaunter bayaran, semakan dan
sebagainya.

Di samping itu, langkah yang dijalankan ini juga dapat mengurangkan kerenah
birokrasi yakni dengan mempermudahkan dan memperkemaskankan lagi sistem dan
aliran kerja, serta dapat memantapkan pentadbiran sektor awam.

Hakikat yang boleh kita terima sekarang, apabila perlaksanaan e-government,


yakni melalui portalnya, orang ramai dapat melayari internet dengan mudah. Jika
dibandingkan satu ketika dahulu, sebagai contoh, para penganggur atau pencari kerja
akan turun naik pejabat, iaitu di Jabatan Tenaga Rakyat (JTR) untuk melihat
kekosongan jawatan, atau membelek-belek pelbagai surat khabar untuk mencari
peluang pekerjaan dan berbaris panjang hanya untuk mendapatkan sekeping borang.
Namun dengan adanya sistem e-government, maka dengan mudah mereka dapat
melayari internet untuk mengakses borang permohonan. Semua jawatan kosong
dalam agensi kerajaan terkini tertera dalam laman web ini.

Selain itu, sistem e-government dijangkakan akan meningkatkan operasi


dalaman kerajaan. Ianya bermatlamatkan memberi keselesaan, ketelusan dalam segala
hal. Ini sekaligus, membaikpulih taraf aliran maklumat di dalam kerajaan bagi

11
membangunkan dasar, menyelaras dan menguatkuasakannya secara lebih pantas dan
berkualiti. Di sebalik perlaksanaan e-government, apa yang cuba diperkenalkan ialah
dari segi penjimatan kertas. Apabila pelanggan terus melayari internet ini, maka
penggunaan kertas agak terhad sekaligus menjimatkan penggunaan kertas melalui
borang-borang yang dijual.

Buat masa kini, kegunaan utama Kerajaan Elektronik antaranya adalah proses
memperbaharui lesen memandu secara elektronik dan ujian teori memandu oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sistem e-failing oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN), semakan daftar pemilih oleh Jabatan Pendaftaran Negara, jawatan kosong
oleh agensi kerajaan dan sebagainya. Dengan adanya tetingkap perkhidmatan secara
'one-stop' yang disediakan oleh Kerajaan Elektronik kita dapat lihat dalam RMK- 9,
dinyatakan sebayak 2.16 juta calon telah menduduki ujian memandu ini melalui
projek e-khidmat ini.

Dalam masa yang sama, usaha untuk meningkatkan kecekapan dan keupayaan
dalam perkhidmatan awam, perlulah dijadikan agenda berterusan seperti yang
dikehendaki oleh kerajaan kita. Secara keseluruhannya, penggunaan sistem ICT ini
juga baik dan mampu meningkatkan ketelusan, di samping mengurangkan berlakunya
penyelewengan serta dapat mempercepatkan sesuatu proses dan permohonan
berbanding perkhidmatan secara manual.

Justeru, dalam melahirkan perkhidmatan awam bertaraf dunia, yang sentiasa


peka kepada arus perubahan, kerjasama semua pihak perlu di dalam melaksanakan
konsep e-government secara menyeluruh ini. Namun begitu, latihan yang cukup
perlulah diberikan kepada penjawat awam untuk memudahkan segala urusan apabila
mengendalikan sistem ini nanti.

Apa yang lebih penting di sini, dalam memantapkan sistem penyampaian


sektor awam, melalui e- government, usaha ini perlulah seiring dengan kesedaran
masyarakat hari ini melalui kepentingan ICT. Hal ini penting untuk menjadikan
sistem penyampaian perkhidamatan awam hari ini bertaraf antarabangsa akan
tercapai. Apapun usaha yang dilaksanakan membabitkan ICT ini, semuanya terletak
di hujung jari anda. Anda juga penentu kelancaran sistem ini supaya hasilnya lebih
berkesan.

12
SUMBER RUJUKAN

1. Perkhidmatan Awam Malaysia-menuju alaf baru, Mampu, Perpustakaan


negara Malaysia, 1999.
2. www.intanbk.intan.my

3. MAMPU. (1997). Multimedia Super Corridor: Towards a Vision for a New


Electronic Government in Malaysia.

4. MAMPU. (1997). Blueprint for electronic Government Implementation.

5. Marylyn M. Parker, (1996), Strategic Transformation and Information


Technology: Paradigms for Performing While Transforming. Upper Saddle
River,NJ: Prentice Hall.

6. www.apdip.net/projects/seminars/it-policy/ir/.../Iran121198.ppt

7. www.moh.gov.my

8. Teknologi Maklumat- Multimedia, Keselamatan Data dan Koridor Raya


Multimedia (MSC), Siri III, Mohd Aizaini Maarof, Universiti Teknologi
Malaysia.

13

You might also like