You are on page 1of 13

SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Pendahuluan

Analisis SWOT merupakan satu kaedah perancangan strategik yang mencari


Kekuatan(Strenght), Kelemahan (Weakness), Peluang(Opputunity) dan Ancaman(Treat)
terhadap sesuatu keputusan, krisis dan dasar yang akan dilaksanakan ataupun telah berlaku
dalam sesuatu organisasi.Pada kebiasaanya analisis SWOT ini dilakukan oleh organisasi
perniaagan dan korporat bagi menjana dan memperoleh pendapatan mahupun menyelesaikan
segala bentuk masalah yang timbul sehingga akhirnya menyebabkan prestasi sesebuah syarikat
merundum.Akhir-akhir ini analisis SWOT tidak hanya digunakan oleh organisasi yang
beroreantasikan keuntungan sahaja kerana kedapatan beberapa badan-badan bukan kerajaan,
pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti politik telah mula mengamalkan pendekatan analisis
SWOT dalam setiap bengkel yang dianjurkan oleh organisasi-organisasi tersebut.Analisis SWOT
ini telah diasaskan oleh seorang penasihat perniagaan dan pengurusan di Amerika Syarikat yang
bernama Albert Humpery 1sekitar tahun-tahun 60an dan 70an.

Apabila kita membincangkan tentang kepentingan analisis SWOT didalam Pentadbiran


Awam, kita melihat banyak pakar khususnya dibidang pengurusan mengeluarkan definisi dan
konsep terperinci dan berbeza mengenai takrifan ‘Pentadbiran Awam’.Pentadbiran awam
menurut Dwight Waldo dalam bukunya yang berjudul Classic Of Public Administration
mendefinasikan Pentadbiran Awam ialah organisasi dan pengurusan manusia dan benda-benda
untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan yang dianggap sebagai seni dan sains pengurusan
sebagaimana yang dapat dikaitkan kepada hal ehwal sesebuah negeri atau negara (Ahmad Atory
Hussain, 2001).Pentadbiran Awam juga menurut K.Ramanathan dalam bukunya yang berjudul
Konsep Asas Pentadbiran Awam sebagai alat kerajaan yang penting yang secara langsung
terlibat dalam memberi keberkesanan mana-mana sistem pemerintahan dimana institusi
pentadbiran awam termasuk pegawai-pegawainya terlibat secara langusng dalam menjayakan
semua dasar awam yang diluluskan terlebih dahulu oleh badan perundangan( K.Ramanathan,
1993).Apabila kita melihat kedua-dua definisi ini dapatlah kita kaitkan bahawa pentabiran Awam
adalah ejen yang menjalankan apa jua dasar dan tujuan kerajaan bagi kesejahteraan rakyat
disesebuah negara.

1
Albert Humpery (1926-2005) merupakan graduan dari Illonis University.Bekerja di Stanford Research Institute
dimana pasukan yang diketuainya telah menemui kaedah SWOT yang digunakan sehingga ke hari ini.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 1


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Diawal-awal tahun 90an, Malaysia pada ketika itu dipimpin oleh YAB Dato Seri Dr
Mahathir Mohamad telah mula melancarkan satu gagasan yang dikenali sebagai kerajaan
berteraskan kepada teknologi maklumat dan sehingga ke hari ini rakyat Malaysia saban hari amat
sinonim dengan ungkapan kerajaan elektronik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia 2dewasa
ini.Gagasan ini akhirnya telah ditakrifkan oleh sebahagian pengkaji-pengakaji pengurusan
sebagai sebahagian daripada perubahan Pentadbiran Awam dalam sesebuah negara.

Tugasan ini akan cuba kepentingan dan peranan analisis SWOT yang memfokuskan
kekuatan(S), kelemahan(W), peluang(O) dan ancaman(T) penggunaan teknologi maklumat
keatas pentadbiran awam dinegara Malaysia khususnya dan beberapa buah negara lain.Teknologi
maklumat ini hadir ketika negara dalam proses pembaharuan terhadap pentadbiran awam sejajar
dengan ledakan maklumat yang tanpa sempadan.

i. Kekuatan (Strenght)

Kemunculan teknologi maklumat dalam pentadbiran awam telah memperkemaskan lagi


sistem dan mempertingkatkan kecekapan urus tadbir kerajaan dimana dengan adanya instrument
ini segala rekod dan maklumat penting dapat disimpan secara kemas dan tersusun didalam satu
fail yang teratur dan mudah dirujuk apabila dikehendaki.Dalam pada itu ia juga telah berjaya
meminumkan pengunaan borang sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjadikan kerajaan nya
sebagai kerajaan tanpa kertas atau paperless administration dalam urusan-urusan seharian
disamping menjamin ketelusan dalam hal membuat keputusan sesuatu proses itu, butir-butir yang
lebih relevan dapat diiisikan pada borang yang disediakan secara on-line dan tepat mengikut
spesifikasi sesuatu jabatan.

Piagam pelanggan diperkenalkan supaya pelanggan dapat mengetahui perkhidmatan yang


bakal mereka nikmati dari sesuatu jabatan secara tidak langsung kualiti dan tahap kecekapan
pekerja-pekerja disektor awam dapat ditingkatkan kerana ingin memenuhi tuntutan piagam
pelanggan, piagam ini dapat membantu kerajaan mempertingkatkan proses penyampaian
perkhidmatan kepada pelanggannya.Dalam tahun 1994, kerajaan telah meluluskan sebanyak
992.63 juta bagi mengkomputerkan agensi-agensi kerajaan (Ahmad Atory Hussain, 2001).Dalam
2
Multimedia Super Corridor(MSC) adalah inisiatif kerajaan dalam memperkasakan bidang teknologi
maklumat,Diasaskan pada tahun 1996 merangkumi kawasan KLCC, KLIA, Putrajaya dan Cyberjaya.Pada 7 disember
2006 lembah klang telah tersenarai sebagai kawasan dalam MSC

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 2


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

memastikan perkhidamtan on-line dapat diterima secara menyeluruh dikalangan rakyat kerajaan
telah memperkenalkan Rangkaian Perkhidmatan Awam 3atau PSN. Melalui PSN ini orang ramai
dapat menjalankan segala transaksi pembayaran secara on-line di Pejabat-pejabat Pos.Dalam
usaha kerajaan mempercepatkan proses harian dipejabat peralatan automasi pejabat digunakan
dengan lebih menyeluruh supaya proses seperti kutipan hasil, prosesan teks, penyaluran arahan
dan maklumat terhasil lebih baik dan efisen.

Kerajaan juga telah membina pengkalan data bagi tujuan memudahkan orang ramai
mendapatkan maklumat yang berkualiti dan tepat.Antara pangkalan data yang digunakan seperti
Perkhidmatan Maklumat Talian Terus Sawit (Palmoils), Sirimlink 4 dan Talian Perkhidmatan
Awam (CSL) telah diwujudkan.Tujuan agensi-agensi ini adalah memudahkan penyaluran
maklumat yang sahih diterima oleh orang ramai dan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi
tersebut disamping meningkatkan persaingan dengan sektor swasta.Penubuhan agensi seperti
Sirim yang ditugaskan untuk menjaga kualiti perkhidmatan dapat dilihat apabila Dato Sri Dr
Mahathir Mohamad pada ketika itu mengarahkan supaya Sirim melakukkan satu tahap piawaian
yang dinamakan ISO 9000 dimana penekanan kepada kualiti kerja ditekankan dalam sektor
awam seterunya memangkinkan lagi pertumbuhan produktiviti dikalangan pekerja sektor
awam.Teknologi maklumat juga membantu menyokong pertumbuhan ekonomi dalam negara
sebagai contoh dengan pembukaan MSC banyak pelabur-pelabur asing menanam modal keatas
projek tersebut ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi dalam negara berkembang dan maju
setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Kualiti hidup rakyat juga dapat ditingkatkan apabila rakyat tidak perlu lagi menunggu
sesuatu keputusan itu dalam jangka waktu yang lama kerana dengan kemudahan yang disediakan
segala keputusan yang diputuskan oleh kerajaan dapat disampaikan secara hands-on kepada
pelanggan.Rakyat juga dapat menilai dan memberikan komen berhubung sistem pentadbiran
kerajaan secara terus apabila laman-laman sesawang khusus untuk rakyat menyalurkan
pandangan dan apa jua masalah yang dihadapi dengan hanya mengakseskan segala permasalahan

3
Rangkaian Perkhidmatan Awam merupakan rangkaian sistem talian aplikasi yang membolehkan segala
pembayaran atau pembaharuan pelbagai perkhidamatan agensi-agensi kerajaan dilakukkan di Pejabat Pos.
4
Sirimlink menyediakan koleksi maklumat berkaitan teknologi maklumat, Standard Malaysia, Paten, Jurnal-jurnal
teknnikal, Direktori kepakaran Malaysia dalambidang sains dan teknologi.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 3


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

mereka kedalam laman-laman sesawang seperti yang dilakukkan oleh Biro Pengaduan Awam
5
(BPA) Jabatan Perdana Menteri.Dengan adanya pendekatan seperti ini, kualiti hidup rakyat
dapat dipertingkatkan selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dalam pentadbiran
kerajaan.Jelas pada kita bahawa antara kekuatan yang diperoleh dari perlaksanaan pengunaan
teknologi maklumat adalah seperti peningkatan produktiviti, pengurangan kos pengurusan dan
prestasi kerajaan yang membanggakan.

ii. Kelemahan (Weakness)

Sungguhpun banyak faedah dari pengunaan teknologi maklumat ini pada pentadbiran
awam terdapat juga kelemahan pada instrument ini. Pertumbuhan yang pesat dalam teknologi
maklumat ini terutamanya melalui kemudahan internet telah banyak mendedahkan maklumat
secara lebih luas dan memungkinnya berlaku pencerobohan yang memungkinkan kebocoran
maklumat rahsia rasmi dan maklumat rasmi kerajaan.Ini dapat dibuktikan apabila kedapatan
akhir-akhir ini segala maklumat yang dianggap sulit sebelum ini telah berjaya diketahui oleh
mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan.Pada tahun 2006, Kerajaan Negeri Melaka telah
merasakan amat tersinggung dengan sebuah institusi bank yang telah mendedahkan transaksi
kewangan mereka oleh kakitangan bank.

Satu lagi contoh yang tepat untuk diambil ialah dari laporan Ketua Audit Negara, Tan Sri
Amrin Buang 6dalam laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa pengurusan sistem
perakuanan berkomputer standard Kerajaan Negeri(SPEKS) Selangor menghadapi risiko
keselamatan sistem operasi dan aplikasi serta intergriti data (petikan utusan online, 20 Oktober
2009). Menurut laporan tersebut, terdapat keselamatan sistem yang tidak memuaskan kerana
ketiadaan pengasingan tugas, kata laluan yang tidak dirahsiakan dan tiada aktiviti bagi mengesan
akses yang tidak berlaku.Perkara ini menurut laporan tersebut bakal menimbulkan risiko

5
Biro Pengaduan Awam yang berobjektif untuk menyelesaikan aduan dengan cekap, adil dan berkesan untuk
kemudahan dan keselesaan rakyat.Diletakkan dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan diketuai oleh seorang
Menteri, Timbalan Menteri dan Ketua Pengarah.
6
Tan Sri Ambrin Buang berasal dari Selangor.Dilantik menjadi ketua audit negara pada februari 2006.pernah
menerajui beberapa kementerian dan pihak berkuasa tempatan.Mencetuskan kegemparan dengan laporan audit
pada tahun 2006 secara rambang yang mendapati terdapat kesalahan tadbir urus pada sesuatu kementerian.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 4


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

pencerobohan, kerahsiaan dan intergriti SPEKS 7itu sendiri.Disini kita melihat bahawa teknologi
maklumat ini sebenarnya memungkinkan pencerobohan dan ketirisan maklumat yang mudah
untuk diperoleh oleh sesiapa jua, disebabkan itulah kerajaan pada tahun 2000 telah
memperkenalkan satu rangka dasar keselamatan dan teknologi maklumat dan komunikasi yang
mana ia bertujuan bagi memberi perlindungan kepada asset-aset ICT kerajaan (petikan dari
Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000).Diakhir-akhir ini, terdapat kemudahan-kemudahan
teknologi maklumat yang disalah gunakan oleh kakitangan kerajaan.Perkara ini dapat ditegaskan
oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datin Paduka Norsiah Harun yang mengatakan bahawa
sebanyak 20 peratus kakitangan kerajaan Negeri Johor telah menyalahgunakan internet
menyebabkan sistem komunikasi itu menjadi lembap dan menyulitkan orang awam( petikan dari
laman web pesima, 24 Januari 2006).Kegiatan seperti ini seolah-olah telah menjadi satu budaya
yang menular kepada kakitangan awam bukan sahaja dinegeri Johor malah diseluruh negara.

Banyak kemudahan teknologi maklumat ini disalah gunakan dengan cara melayari
laman-laman pornografi, memuat turun sehingga menyebabkan sistem penyampaian kerajaan
kepada masyarakat menjadi amat lembap dan tidak produktif seperti yang diharapkan.Perkara ini
turut mendapat reaksi daripada Naib Canselor Universiti Darul Iman Malaysia, Profesor Datuk
Dr Alias Daud dimana beliau mengingatkan penjawat awam yang menggunakkan internet
dipejabat untuk mendapatkan serta menyimpan maklumat membabitkan sebarang pernyataan
fitnah atau hasutan yang akan menjejaskan imej kerajaan ( petikan dari utusan online, 26
Oktober 2009 ).Baru-baru ini kerajaan Finland telah mewartakan bahawa larangan penggunaan
laman sosial Facebook kepada kakitangan kerajaannya sehingga boleh menyebabkan
kelembapan kepada sistem penyampian untuk rakyatnya dan memundurkan tahap produktiviti
kakitangan sector awam mereka semasa waktu kerja. Perkara ini adalah salah satu kelemahan
yang dapat dilihat dalam instrument teknologi maklumat ini.Dalam pada itu, menurut laman web
PESIMA8 terdapat beberapa laman-laman web yang bertujuan untuk mengaburi dan menipu
individu-individu bagi mendapatkan maklumat akaun bank seseorang.Laman web yang hanya
dikenali sebagi laman web ‘phising’ yang mencuri maklumat peribadi seseorang menampakkan

7
Sistem perakaunan bersepadu yang dibangunkan oleh kerajaan negeri –negeri disemenanjung
Malaysia.Tujuannya bagi melicinkan dan mempertingkatkan produktiviti kecekapan pengurusan kewangan negeri.
8
Persatuan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Awam

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 5


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

lagi kelemahan-kelemahan yang berlaku dalam teknologi maklumat khususnya dalam


pentadbiran awam.

iii. Peluang (Oppurtunity)

Tidak dapat dinafikan kemunculan penggunaan teknologi maklumat ini telah


mengundang banyak peluang yang baik dan menguntungkan.Kerajaan Malaysia khususnya amat
bersungguh dalam menakhoda penggunaan ICT disektor awam.Perdana Menteri Malaysia, Dato
sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah berkata bahawa MSC telah menjana pendapatan
sebanyak 730 juta hasil daripada 183 syarikat 9dibawahnya dan menyediakan peluang pekerjaan
sebanyak 7,115 tempat terutama kepada para graduan yang mencari peluang
pekerjaan.Perkembangan ini adalah sesuatu yang begitu membanggakan kerana industri
berasaskan teknologi maklumat dinegara kita boleh dianggap baru dan masih muda jika
dibandingkan dengan negara-negara lain.Dalam pada itu pelbagai skim galakan yang diberikan
oleh kerajaan khususnya diluar bandar bagi meningkat tahap celik computer dikawasan tersebut
menyebabkan jurang diantara bandar dan luar bandar menjadi rapat dan kompetetif.

Apabila menyebut mengenai peluang pekerjaan, Kementerian Tenaga, Air Dan


Kominikasi (KTAK)10 yang pada waktu itu diketuai oleh Dato Shaziman Abu Mansor selaku
menteri telah menyatakan bahawa 3000 tempat latihan dan pekerjaan akan disediakan pada
graduan teknologi maklumat (petikan bernama.com, 19 Mac 2009) di kementerian tersebut pada
tahun 2009.Peluang dan latihan ini kiranya dimanfaatkan sepenuhnya oleh graduan-graduan ini
akan menyebabkan kecekapan penggunaan teknologi maklumat akan dimaksimumkan
penggunaannya.Satu lagi perkara yang begitu menarik untuk dikaji ialah perhubungan diantara
sektor awam dan swasta dapat dijalinkan dengan begitu akrab sekali sehingga boleh
menyebabkan satu transperancy kepada sektor swasta.Transparent ini penting bagi menjamin
kerjasama yang baik dikedua-dua sektor supaya pertumbuhan ekonomi negara meningkat dari
semasa ke semasa.

Kita juga sejak lihat penubuhan PSN telah menampakkan penyeragaman dipihak sektor
awam dimana satu jabatan dapat berkerjasama dengan jabatan lain dan kadangkala nampak

9
Dibahagikan kepada 5 sektor iaitu kreatif, perisian, sokongan, pembentukan dan kerja berdasarkan internet.
10
Kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 6


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

seolah ia kelihatan satu jabatan.Ini secara tidak langsung melalui rangkaian teknologi maklumat
yang serba canggih ini akan memperteguhkan pertadbiran awam dinegara kita seterusnya
memberikan sumbangan yang besar kepada pertumbuhan produktivi perkhidmatan awam dan
ekonomi negara.Kerajaan elektronik 11yang sedang dan akan dimajukan oleh kerajaan merupakan
satu manfaat besar kepada masyarakat, melalui usaha ini juga dapat kita lihat bagaimana pihak
swasta juga turut berganding bahu.Melalui kerajaan elektronik ini kerajaan bukan hanya mahu
melihat pentadbir awam hanya menjadi pengguna semata bahkan mahukan mengopitimumkan
penggunanan bidang ict ini kepada satu tahap yang boleh dibanggakan sekaligus meningkatkan
tahap kecekapan mereka disektor awam.Kerajaan elektronik ini akan memberikan impak yang
lebih kepada sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat khusunya.Perkara ini
semestinya mendatangkan peluang kepada mereka yang mempunyai kepakaran dibidang
teknologi maklumat.

Teknologi maklumat ini juga menjadi pemangkin kepada satu budaya kerja yang
berinovasi dan kreatif.Ini dapat dibuktikan apabila wujudnya hari inovasi yang memberikan
penekanan kepada pembudayaan pengunaan teknologi maklumat sektor awam.Kerajaan juga
merancang untuk menubuhkan pusat inovasi kerajaan atau dikenali sebagai MYNIC 12yang mana
ia bertujuan untuk melakukkan inovasi dalam mana-mana bidang yang memberikan tumpuan
kepada teknologi maklumat dan bidang bio teknologi.Ini sudah pastinya menghasilkan peluang-
peluang pekerjaan yang baru selain memperkenalkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang
mempunyai daya inovasi terutama dibidang teknologi maklumat.Terdirinya pusat ini ia secara
langsung mampu menarik tenaga kerja mahir dibidang tersebut untuk kembali berkerja di
Malaysia dan dapat membantu kerajaan dalam proses memanggil semula tenaga-tenaga mahir
dibidang teknologi maklumat supaya menyumbang kepakaran dalambidang teknologi maklumat
bersama kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu usaha-usaha telah diambil bagi menggalakkan pengusaha-pengusaha


menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat pada harga yang berpatutan sekaligus
menyebabkan pemian-pemain utama industri ini memperoleh manfaat dari perlaksanaan
teknologi maklumat yang dilakukan oleh pihak kerajaan.Kedapatan pengusaha-pengusaha yang
11
Kerajaan Malaysia melancarkan Kerajaan Elektronik sebagai salah satu daripada Aplikasi Perdana MSC dengan
aspirasi untuk menggunakan teknologi multimedia dalam membentuk semula cara kerajaan beroperasi .
12
Singkatan kepada Pusat Inovasi Kerajaan

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 7


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

bergiat didalam industri ini bukan sahaja dapat bergantung kepada pasaran dan perkhidmatan
tempatan sahaja malahan telah ada yang menembusi pasaran antarabangsa.

Kewujudan pusat-pusat pengajian tinggidan pusat-pusat latihan baik ditubuhkan oleh


kerajaan mahupun swasta menyediakan peluang pelajaran kepada masyarakat sekaligus
memantapkan lagi modal insan yang akan mengendalikan kemudahan teknologi maklumat
apabila memasuki sektor awam mahupun Swasta.Penyediaan biasiswa dan pinjaman untuk
pelajar meneruskan pelajaran mereka bukti kesungguhan kerajaan dalam menjadikan Malaysia
sebuah kerajaan Elektronik.

iv. Ancaman (Threats)

Walaupun ada peluang-peluang yang ditawarkan, instrument ini tetap tidak terlepas dari
menerima ancaman yang biasanya dipanggil ancaman keselamatan ICT.Menurut Pesima,
pencerobohan maklumat sesuatu perkara itu amat mudah dilakukkan pada sistem komputer
melalui sistem internet tanpa wayar setempat, kafe siber dan hotspot di seluruh
dunia.Pencerobohan maklumat ini juga melibatkan penggunaan dan ubahsuai cirri-ciri
perkakasan, perisian atau mana-mana komponen sesebuah sistem tanpa pengetahuan, arahan dan
persetujuan mana-mana pihak yang bertanggungjawab terhadap sesuatu pengkalan data.Ini juga
termasuk capaian tanpa kebenaran, pencerobohan laman web, melakukkan kerosakan pada
sistem, perpindahan data dan juga pindaan kepada konfigurasi sistem.

Ancaman kedua pula ialah Pemalsuan dan penyamaran identiti yang banyak terjadi dan
dilakukkan dalam apa jua penghantaran mesej baik melalui emel termasuklah penyalahgunaan
dan pencurian identiti dan pencurian maklumat.Perkara ini banyak terjadi dewasa ini dan telah
banyak dilaporkan oleh media massa mahupun elektronik.Perkara ini amat serius kerana
kadangkala melibatkan sesuatu jabatan kerajaan dan boleh menyebabkan pelanggan berpersepsi
negatif dalam sesuatu hal kiranya kesahihannya tidak dijelaskan oleh pihak yang terlibat.Hal ini
turut berlaku apabila ketua pengarah kastam mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat
penyamaran dan pemalsuan diinternet yang mengaitkan jabatan kastam dan ketua pengarahnya
dalam urusan transaksi di Internet.Perkara ini juga dikesan dengan menggunakan logo dan dan
kad kuasa kastam, antara lain beliau menyatakan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan
apa-apa arahan yang berkaitan dengan transaksi kewangan yang melibatkan orang awam dan

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 8


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

pihak kastam.Dalam pada itu , Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Komunikasi 13 Datuk
Fadillah Yusof berkata kes penipuan melalui internet semakin meningkat sejak kebelakangan ini
serta membimbangkan. Beliau berkata, pengguna yang tertipu tidak perlu takut kerana maklumat
mereka akan dilindungi sepenuhnya, antara penipuan dikesan termasuk data kad kredit dan
akuan bank, iklan dan tawaran hadiah, pembohongan serta pelaburan internet yang menyebabkan
pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah
siber (petikan dari Berita Harian, 26 Mei 2008).

Ancaman yang ada pada teknolgi maklumat ini juga boleh menghalang penyampaian
perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.Ancaman keatas keselamatan computer dimana
perkhidmatan pemprosesan maklumat sengaja dinafikan terhadap pengguna sistem, ia
melibatkan sebarang tindakan yang boleh menyebabkan sistem bertindak secara tidak
normal.Antara ancaman yang kerap kali dibangkitkan ialah serangan virus seperti Virus Phishing
yang telah mencuri maklumat-maklumat peribadi kakitangan awam berkaitan
perbankan.Ancaman-ancaman ini kadangkala boleh menyebabkan kehilangan kepercayaan orang
awam terhadap usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi teknologi maklumat.

Satu lagi perkara yang menjadi permasalahan ialah perlanggaran dasar yang dibuat bagi
tujuan membocorkan maklumat.Apa-apa jua yang dipinda atau diubah akan terikat dengan akta
14
jenayah komputer 1997 .Adalah menjadi satu kesalahan apabila pelanggaran dasar terhadap
keselamatan ICT dilakukkan .Dalam pada itu Bernama melaporkan bahawa terdapat 2,784 kes
dikenal pasti oleh kerajaan berhubung pemalsuan Mykad sejak jun 2000 hingga jun 2009,
perkara ini melibatkan kebocoran maklumat awam yang besar dan amat merisaukan.Amat jelas
disini bahawa ancaman pada bidang teknlogi maklumat ini amat merisaukan walaupaun banyak
telah dilakukkan oleh pihak kerajaan.Baru-baru ini, pada 7 September 2009 ketika
mempengerusikan Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan15, Dato Sri Najib Tun Razak berkata
kajian mengenai peruntukan undang-undang siber sedia ada telah siap dan ia akan membantu
13
Kementerian Sains, Teknologi Dan Komunikasi kini dikenali sebagai kementerian sains, teknologi dan inovasi
(MOSTI).Ditubuhkan pada tahun 1973.Bertanggungjawab sepenuhnya kepada kajian sains dan teknologi dalam
negara.Pada waktu ini kementerian ini diketuai oleh Datuk Dr Maximus Ongkili.
14
Akta Jenayah Komputer 1997 adalah berkaitan dgn kesalahan berkaitan penyalahgunaan komputer utk tujuan
melakukan Jenyah. Di bawah akta ini, akses secara tidak sah atau mengubah apa-apa program atau data yang
terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.
15
Dipengerusikan oleh Perdana Menteri bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang
teknologi maklumat.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 9


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

kerajaan menanggani aktiviti tidakbermoral dan salah disisi undang-undang dalam internet
(Utusan Malaysia, 8 September 2009).Dalam pada menghadapi ancaman-acaman terhadap
keselamatan ICT ini pihak kerajaan telah menubuhkan disetiap peringkat dan jabatan kerajaan
skuad ICT yang dikenali sebagai Computer Emergency Respond Team (CERT). 16Selain dari
pada itu dasar-dasar seperti Dasar Keselamtan ICT, Akta Jenayah Komputer, Pekeliling-
Pekeliling Tambahan yang dikeluarkan dan Skuad-skuad khas yang ditubuhkan adalah usaha
kerajaan bagi membendung masalah yang melibatkan teknlogi maklumat ini.

Baru-baru ini sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang telah
memperkenalkan satu perisian yang dinamakan inetmon dimana perisian ini adalah platform
tercanggih untuk pemantauan rangkaian dan keselamatan, berfungsi sebagai platform tercanggih
untuk rangkaian dan perkidmtan yang melibatkan teknlogi maklumat (Utusan Malaysia, 5
November 2009.Usaha-usaha sebegini dilakukkan semata bagi melindungi dari ancaman
komputer khususnya dari segi penyampaian maklumat kepada masyarakat oleh kerajaan.

Ketegasan kerajaan dalam menguatkuasakan mana-mana akta yang berkaitan dengan


teknologi maklumat ini dapat dilihat apabila Menteri Penerangan, komunikasi Dan Warisan,
Dato Seri Utama Dr Rais Yatim menyatakan bahawa sebanyak 11 kes termasuk kes menghina
Sultan Perak telah didakwa dibawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia
membabitkan denda berjumlah RM 24,500 ( Utusan Malaysia, 22 Oktober 2009).

16
Pasukan ini dianggotai daripada pakar-pakar dalam bidang ICT untuk menangani keselamatan komputer
disesebuah kementerian.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 10


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Kesimpulan

Daripada analisis SWOT yang dilakukkan telah dapat kita melihat bahawa penggunaan
teknologi maklumat keatas pentadbiran awam negara mengandungi pelbagai unsur dan
rencam.Tidak dapat dinafikan bahawa pembaharuan kepada jentera Pentadbiran Awam negara
yang berteraskan kepada teknologi maklumat telah dapat memudahkan urusan seharian
pelanggan yang berurusan dengan pihak kerajaan.Pembaharuan ini dilakukkan sejajar dengan
zaman ledakan teknologi maklumat dan negara yang bakal menuju kepada tahap negara maju
pada tahun 2020 kelak.Reformasi dalam pentadbiran awam negara telah banyak kali dilakukkan
bermula dari zaman British hinggalah ke zaman kerajaan pimpinan Perdana Menteri YAB Dato
Sri Mohd Najib Tun Razak semata-mata bagi meningkatkan tahap produktiviti kakitangan awam
dan mampu bersaing bukan sahaja diperingkat domestik malah diluar sempadan negara.

Melalui tugasan yang menyasarkan kepada kepentingan SWOT keatas pentadbiran awam
dapat kita ketahui bahawa dengan perlaksanaan teknologi maklumat ini, maklumat dan rahsia
yang dahulunya begitu kebal untuk dinikmati oleh mana-mana pihak kini mudah diperoleh tanpa
kawalan yang cekap dan efisen, betapa peluang dari segi pelajaran, perkerjaan dan pelaburan
begitu lumayan dilapangan teknologi maklumat serta peluang-peluang perniagaan yang
berteraskan kepada persaingan untuk pemain-pemain utama sektor ini diberikan dan bagaimana
MSC yang pada awalnya mendapat kritikan hebat dari suara-suara sumbang dalam negara
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi salah satu dari punca
pendapatan ekonomi negara.Tidak dapat tidak, pembaharuan kerajaan kepada penggunaan
teknologi maklumat dilihat sebagai satu langkah yang proaktif dan meletakkan kepentingan
rakyat ditempat teratas polisi kerajaan.

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 11


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Rujukan

Buku

1. Ahmad Atory Hussain.2001.Pengantar Pentadbiran Awam.Kuala Lumpur.Penerbit:


Utusan Publications
2. K. Ramanathan.1993.Konsep Asas Pentadbiran Awam.Kuala Lumpur.Penerbit: Dewan
Bahasa Dan Pustaka
3. Wan Idros Wan Sulaiman, Ghazali Mahyudin.2008.Politik Malaysia Perspektif Teori
Dan Praktik.Bangi.Penerbit:Penerbit UKM.
4. Malaysia Kita.2000.Panduan Dan Rujukan Untuk Peperiksaan Am Kerajaan.Kuala
Lumpur.Penerbit: International Book Services
5. Junaidi Hj Abu Bakar.2000.Modul Pentadbiran Awam Di Malaysia.Bangi.Penerbit:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Capaian Internet

1. http://www.pesima.net
2. http://www.bernama.com.my
3. Utusan 0nline.2009.26 Oktober
4. Utusan Online.2009.20 Oktober
5. Utusan Online.2009.5 November
6. http://en.wikipedia.org/wiki/Albert_S_Humphrey

Lain-lain

1. Utusan Malaysia.2009. 8 September

2. Utusan Malaysia.2009. 22 Oktober

3. Utusan Malaysia.2009.26 Oktober

4. Berita Harian.2008. 26 Mei

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 12


SKSJ 1043: Pengantar Pentadbiran Awam

Bincangkan Kepentingan Analisis Swot Dalam Pentadbiran Awam Page 13

You might also like