You are on page 1of 18

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PUSAT UKM BANGI, SELANGOR

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER 1 SESI 2009-2010

PENTADBIRAN AWAM

SKSJ 2033

Tajuk Esei:

Bincangkan konsep reformasi pentadbiran dan reinventing government. Perbincangan anda


hendaklah merujuk kepada perkembangan pentadbiran masa kini di salah sebuah negara
yang anda pilih.

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD SALLEHUDDIN BIN SAIDIN GB00756

PENSYARAH:

PROF.MADYA DR MOHAM AD AGUS BIN YUSOF


1
Bincangkan konsep reformasi pentadbiran dan reinventing government. Perbincangan anda
hendaklah merujuk kepada perkembangan pentadbiran masa kini di salah sebuah negara yang
anda pilih

1. PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang membangun, Malaysia telah mencapai kemajuan sosioekonomi.
Kita boleh berbangga dengan pencapaiannya di kalangan negara membangun kerana berjaya
membawa hasil pembangunan negara kepada rakyat yang merdeka.

Ekonomi negara tumbuh dengan pesat dari tahun ke tahun. Negara lain di rantau ini mengalami
kadar pertumbuhan yang jauh lebih rendah dan negara maju pula mengalami krisis ekonomi
yang teruk. Sebaliknya Malaysia terus mara dengan kemajuan sosialekonominya.

Dalam mengaut hasil kejayaan tersebut, banyak faktor yang perlu dan diberikan perhatian seperti
kestabilan politik, tenaga kerja yang mahir yang baik, kekayaan sumber asli, pembangunan
infrastuktur yang kukuh dan sistem perkhidmatan awam yang kuat.

Banyak negara membangun yang tidak begitu bernasib baik seperti negara kita. Perkara utama
yang dipentingkan oleh negara tersebut adalah sama dengan negara kita, yakni usaha ke arah
negara yang menghasilkan modenisasi ekonomi, sosial dan anjakan reformasi politik.

Tahap kejayaannya,berbeza - beza. Agak nyata bahawa reformasi dan pembaharuan lain dalam
pelbagai sektor ekonomi diusahakan; namum reformasi pentadbiran hanya mendapat perhatian
sampingan sahaja. Keutamaan yang tidak begitu diberikan kepada soal itu digambarkan dengan
kurangnya integrasi atau pengabungan di kebanyakan negara antara rancangan pembangunan
dari satu segi dengan aktiviti reformasi pentadbiran dari segi lain.

2
2. TAKRIF

2.1 REFORMASI PENTADBIRAN

Reformasi pentadbiran merupakan usaha perubahaan yang sengaja dilakukan dan melibatkan
pewujudan nilai-nilai dan teknologi baru dalam sistem kerajaan yang sedia ada.

Bagi Maizatul Haizan Mahbob (2001) menyifatkan reformasi pentadbiran sebagai perubahan,
pemodenan, pembaikan atau pembangunan yang membawa maksud peralihan daripada keadaan
atau cara lama kepada keadaan atau cara baru yang dikatakan lebih baik.1

Gerald Caiden menakrifkan reformasi sebagai usaha yang dibuat untuk mendorong perubahan
pentadbiran yang ditentang.2 Beliau menegaskan bahawa usaha itu merupakan sebahagian
reformasi masyarakat dan perlu dibezakan daripada perubahaan pentadbiran yang biasa.

Yehezkel Dror menyifatkan reformasi berkaitan dengan usaha yang menyeluruh dan membawa
pembaharuan dan bukannya dengan butir-butir tatacara dalam amalan pentabiran sehari-hari.3

Leemans menyifatkan reformasi pentadbiran sebagai sebarang reformasi jentera pentadbiran


pada peringkatan kerajaan negara dan lebih rendah, lantaran itu difikirkan sebagai tindakan
tindakan terarah.4

Manakala Hahn-Been Lee menekankan soal pembaharuan dalam takrifnya tentang reformasinya
ialah; “…reformasi dilihat sebagai proses generic yang meresapi semua fasa pentadbiran;
reformasi difikirkan sebagai kemampuan penting yang diperlukan untuk membawa masuk unsur

1
Maizatul Haizan Mahbob,2001.Globalisasi Dan Pembaharuan Pentadbiran Awam:Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.Hlm 90
2
Gerald Caiden, 1969.Administrative Reform, Chicago: Adlin Publishing Co. Hlm.65.
3
Yehezkel Dror,1970-71.”Strategies for Administrative Reform’, Development and
change,22:19-35
4
A.F.Leemans (ed.), 1976. The Management of Change in Government, The Hague: Institute of
Social Studies,hlm.8.
3
kreativiti ke dalam unit pentadbiran pada mana-mana peringkat bagi usaha mencapai matlamat
pembangunan dengan sengaja”.5

2.2 REINVENTING GOVERNMENT

Reinventing Government merupakan konsep penciptaan semula kerajaan yang terhasil daripada
amalan penswastaan, pengkorporatan, denasionalisasi dan deregulasi yang secara berterusan
dalam sektor awam. Konsep Reinventing Gonvernment ini juga dikenali sebagai pengurus awam
baru atau lebih dikenali sebagai New Public Management.

Pembaharuan ini dilakukan pada awal tahun 1980, semasa Margareth Thatcher menjawat
jawatan sebagai Perdana Menteri Inggeris. Konsep dan idea pentadbiran itu telah tersebar ke
negara-negara lain seperti Perancis, Bretain, Australia dan kebanyakkan negara sedang
membangun.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji (1994) konsep penciptaan semula kerajaan atau reinventing
gorvement bermaksud memikirkan semula, bekerja semula dan menghasilkan semula secara
berterusan6.

Secara umumnya, konsep penciptaan semula kerajaan atau reinventing gorvement banyak
membicarakan tentang kaedah atau tatacara sesebuah kerajaan menjalankan pentadbirannya
dengan lebih efisien dan berkesan. Transformasi ini dicapai dengan mengubah tujuan, sistem
insentif, pertanggungjawaban, struktur kekuasaan dan budaya sistem dan organisasi
pemerintahan.

5
Hahn-Been Lee, 1970.” An Appication of Innovation Theory to the strategy of Admininstrative
Reform in Developing Countries”, Policy Sciences 1, No.2:178
6
Ahmad Sarji Abdul Hamid,1994.Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia, Kuala Lumpur,
INTAN
4
Di negara Amerika Syarikat, konsep reinventing government ini telah banyak membantu dalam
pentadbiran Presiden Bill Clinton dalam membentuk kerajaannya sebagai pemangkin, bersifat
persaingan, tidak memusat dan berorintasikan hasil.

3.0 KERANGKA PENTADBIRAN NEGARA

Sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia telah menampakkan banyak perubahan penting.

Perubahan-perubahan ini selaras dengan kemajuan sains dan teknologi dan juga harapan rakyat

yang kian meningkat serta keazaman Kerajaan untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah

negara industri yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020, di samping mengekalkan

keamanan, perpaduan dan kemakmuran di kalangan rakyat negara ini. Ini bermakna jentera

pentadbiran Kerajaan perlu sentiasa menambah keupayaan untuk memainkan peranan yang lebih

luas, berat dan mencabar.

Jentera pentadbiran Kerajaan adalah ditakrifkan sebagai satu sistem yang melaksanakan

pembangunan dan memberi kemudahan serta perkhidmatan kepada rakyat. Sistem pentadbiran

dan perlaksanaan yang cekap dan berkesan merupakan satu sistem yang dapat menjalankan

tanggungjawab dengan teratur, cepat dan ekonomik bagi mencapai matlamat kerajaan dalam

memenuhi keperluan rakyat dan negara keseluruhannya. Sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia

menjalankan lima kegiatan penting. Pertama, membantu Kerajaan membentuk dasar-dasar

awam, merancang, melaksana, menyelaras dan akhir sekali menilai kejayaan program-program

dan projek-projek Kerajaan. Di antara peringkat-peringkat ini, peringkat pelaksanaan adalah

peringkat yang amat penting sekali. Pelaksanaan memberi makna yang luas. Ia meliputi

penyampaian segala kemudahan, perkhidmatan dan juga pembangunan fizikal. Menerusi

pelaksanaan dasar, semua program dan projek Kerajaan akan menjadi kenyataan dan bukti

5
kepada rakyat. Pelaksana-pelaksana memainkan peranan yang penting terhadap rakyat. Mereka

lebih kenal dan dekat dengan masalah dan keperluan rakyat. Sekiranya mereka gagal

menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat, maka masalah itu akan di

kemukakan kepada pihak perancang dan penggubal dasar. Walaupun rakyat menganggap

peringkat pelaksanaan ini sebagai peringkat yang penting dan utama, namun kejayaannya bukan

sahaja bergantung kepada kaedah pelaksanaan tetapi juga kepada kaedah bagaimana kegiatan itu

dijalankan menerusi peringkat-peringkat lain. Tanpa pentadbiran awam bermakna:

i. Tiada ada pembangunan

ii. Tiada ada ketenteraman

iii. Tidak ada perkhidmatan awam

iv. Tidak ada undang-undang

Orang awam selalunya prejudis kepada pentadbiran awam dan mengatakan pentadbiran awam
tidak cekap. Malah di negara-negara komunis pentadbiran awam dikaitkan dengan amalan
rasuah, penyalahagunaan kuasa atau kekejaman pihak polis dan sebagainya.

Pentadbiran awam di Malaysia ini bolehlah dikatakan antara yang terbaik perjalanannya,
dianggotai oleh kakitangan yang pada keseluruhnya rajin, dedikasi, berpengalaman dan
berpotensi.

4.0 REFORMASI DAN REINVENTING PENTADBIRAN DI MALAYSIA

Dalam situasi sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia, perkhidmatan awam
memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara. Pada zaman
sebelum merdeka, kuasa penjajah telah memperkenalkan dan mengamalkan pentadbirannya
mengikut keperluannya.

6
Pertimbangan utama bagi mengadakan kerajaan dan pentadbiran adalah memastikan undang-
undang dan ketenteraman dari satu segi dan untuk mengeksploitasi sumber asli negara dari segi
lain.

Apabila negara beransur maju ke arah kemerdekaan dan menentu nasib sendiri, timbullah dalam
sesebuah negara membangun keperluan mendesak untuk mengubah orintasi perkhidmatan awam
bagi menghadapi dan mengatasi masalah pembangunan dalam semua sektor yang menjadi
penting selepas kemerdekaan.

Institusi baru muncul dan tuntutan baru dibuat oleh rakyat yang merdeka. Beban usaha
pembangunan terletak pada pihak birokrasi, oleh sebab sektor swasta secara relatifnya belum
maju ketika itu.

Ketika Malaysia atau dikenali Malaya ketika itu, banyak menunjukkan dan terdapat jurang
perbezaan pentadbiran dalam usaha pembangunan negara.

Selepas kemerdekaan tidak banyak yang dilakukan terhadap perubahan pentadbiran awam. Jika
adapun ia hanya dilakukan secara ad-hoc dan hanya berkesan untuk tempoh tertentu sahaja.7
Pembaharuan dalam pentadbiran amat diperlukan oleh kerajaan semasa terlibat secara langsung
dalam proses pembangunan negara. Dengan perkembangan ini, peranan perkhidmatan awam
telah berubah. Peranan perkhidmatan awam bukan sekadar menjaga keamanan dan ketenteraman
rakyat melalui penguatkuasaan, peraturan dan undang-undang, tetapi ia juga sebagai pemangkin
dan ejen pembangunan dan perubahan, perancangan, dan pelaksana pembangunan serta penaraju
dalam mencapai matlamat dan objektif negara.

Reformasi pentadbiran yang berlaku di Malaysia adalah didorong oleh faktor dalaman dan
luaran. Salah satu pemangkin kepada reformasi pentadbiran awam di Malaysia disebabkan oleh
kemajuan teknologi maklumat. Sebagai contoh zaman penggunaan mesin taip kepada komputer,
pengenalan email, face book dan lain-lain jaringan maklumat. Aspirasi, harapan dan permintaan
rakyat juga meningkat unjuran peningkatan taraf pendidikan yang tinggi. Perkembangan dan
pembaharuan pentadbiran di negara luar juga telah mendorong Malaysia untuk membuat

7
INTAN,2006 Pentadbiran Dan Pengurusan Awam Malaysia hlm 418.
7
pembaharuan pentadbiran. Perubahan tersebut telah membentuk era pentadbiran yang
menggambarkan corak dan fungsi pentadbiran yang ada pada masa itu.

Selepas tahun 60an, kerajaan telah memperluaskan fungsi dan struktur pentadbirannya sebaik
sahaja kemerdekaan di capai. Antara aktiviti utama pembaharuan struktur yang di laksanakan
oleh kerajaan ialah penubuhan dan pembinaan institusi seperti Unit Pembangunan Pentadbiran
(DAU), Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA), Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU), Unit
Pemodenan Pentadbiran Awam Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU).
Institusi-institusi ini berperanan memantapkan dan memodenkan sistem pentadbiran awam
negara serta memperbaiki, menyalurkan prosedur dan mengurangkan kos pentadbiran. Tanpa
struktur dan sistem yang jelas, instutisi yang dibentuk tidak berjalan dengan baik dan kurang
sistematik. Pada umumnya, pembaharuan yang dilakukan oleh pemerintahan Malaysia dalam
pembaharuan struktur adalah untuk menyusun semula organisasi terbabit, mengurangkan fungsi
dan mengurangkan pengawalannya dan secara langsung dapat mengurangkan kos pentadbiran.

Pembaharuan struktur yang berlaku mendorong kepada pembaharuan prosedur yang bertujuan
memudahkan kerja-kerja pentadbiran. Sehubungan itu, setiap agensi kerajaan berupaya
menjalankan fungsinya secara khusus dan bekerjasama dengan agensi lain bagi mencapai
matlamat pembangunan. Keadaan tersebut memberi lebih ruang kepada kerajaan membabitkan
diri dalam pentadbiran yang mencakupi pembangunan ekonomi dan sosial. Pembabitan kerajaan
secara meluas itu menyebabkan struktur organisasi pentadbiran berubah yakni menjadi lebih
besar melalui proses pembinaan institusi dan penubuhan pelbagai perbadanan awam.
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat merapatkan jurang perbezaan antara
kaum di negara ini boleh di anggap sebagai pencetus perubahan struktur organisasi dan
pembinaan institusi pentadbiran awam di Malaysia. penubuhan perbadanan awam seperti
FELCRA, FELDA,FAMA, dan UDA serta organisasi pelaksanaan seperti MAMPU, ICU, EPU
dan SERU membuktikan kerajaan telah menjadikan pembinaan institusi baru sebagai langkah
penting untuk membawa pembaharuan dan pemodenan kepada negara.

Konsep pentadbiran kerajaan besar sebagai agen pembangunan negara yang di amalkan sebelum
ini amat berat untuk di teruskan oleh kerajaan. Ini kerana pihak kerajaan tidak mempunyai
sumber kewangan, negara mengalami pertambahan penduduk yang pesat, keinginan rakyat
8
mendapatkan perkhidmatan yang baik semakin tinggi dan masalah pengurusan organisasi yang
tidak cekap akibat saiznya yang besar. Pada masa yang sama, kerajaan juga berhasrat untuk
membuka peluang kepada pihak swasta mengurus dan mentadbir pembangunan negara.
Kerajaan berpendapat pihak swasta mampu mengurus sebahagia sumber negara dengan cekap di
samping member perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. Langkah kerajaan ini telah
membawa negara kearah penswastaan pentadbiran. Ini membuktikan kerajaan mengiktiraf
peranan dan sumbangan pihak swasta dari segi memajukan sector ekonomi negara. Dasar
penswastaan yang di umumkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1983. Konsep
pentadbiran ini di kenali juga sebagai proses nasionalisasi (denationalization process) yang jauh
berbeza dengan konsep nasionalisasi (konsep memiliknegarakan semua sumber sebagai hak
awam). Denasionalisasi lahir daripada kelemahan pentadbiran awam yang sering di kritik oleh
masyarakat. Antara kritikan yang sering di lemparkan kepada pentadbiran awam ialah organisasi
awam terlalu terikat dengan undang-undang, peraturan dan prosedur, pembahagian autoriti
adalah secara formal, pelbagai dan melambatkan proses membuat sesuatu keputusan, aktiviti
awam terlalu teliti dan terikat dengan pengaruh politik serta agen tidak formal seperti media dan
kumpulan pendesak, mempunyai matlamat yang tidak jelas dan sukar di ukur,mempunyai
matlamat politik dan bukan bermatlamatkan keuntungan serta kecekapan dan memonopoli
barangan dan perkhidmatan serta tidak tertakluk kepada pengaruh pasaran.

Selain kelemahan yang terdapat di peringkat pengurusan organisasi, faktor pencetus yang
melahirkan dasar penswastaan juga datangnya daripada perluasan aktiviti pasaran bebas yang
bertujuan menghalang campur tangan kerajaan secara berlebihan dalam ekonomi. Campur
tangan kerajaan bukan sahaja menyekat persaingan terbuka tetapi turut mengganggu dan
menghalang kebebasan individu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti
secara adil. Bagi rakyat, persamaan hak tidak mungkin wujud sekiranya kerajaan mempunyai
hak yang lebih berbanding pihak swasta.

Dasar Penswastaan ini diperkenalkan pada tahun 1983. Ia diasaskan atas dasar bahawa
pemindahan kepada sektor swasta tentang kepentingan , aktiviti dan fungsi-fungsi yang secara
tradisi adalah tanggjungjawab kerajaan akan membawa perubahaan-perubahan positif kepada
organisasi, pengurusan dan meningkatkan prestasi perbadanan awam tersebut.
9
Dasar Penswastaan yang di perkenalkan merupakan satu pendekatan dalam pembangunan
nasional dan menjadi pelengkap kepada dasar-dasar awam yang lain terutamanya Dasar
Pensyarikatan Malaysia yang satu sektor peranan sektor swasta yang lebih kukuh sebagai jentera
pertumbuhan ekonomi negara.

Konsep Pensyarikatan Malaysia memerlukan kedua-dua sektor untuk membangunkan dan


mengendalikan satu corak pemikiran dan tindakan yang baru. Bagi sektor awam, ini bermakna
satu perubahan dalam persepsi dan tindakan. Agenda negara untuk mewujudkan ekonomi yang
dinamik, berdaya tahan dan berdaya saing, maka wajar bagi sektor awam melaksanakan tindakan
yang proaktif secara berterusan terhadap keperluan-keperluan rakan konginya8

Tanggungjawab utama sektor awam adalah membentuk satu persekitaran atau sausana yang
sesuai sebagai pemangkin dalam menggalakan dan mendorong bagi membangunan dan
pertumbuhan ekonomi yang pesat. Bagi sektor swasta pula, peranannya sebagai jentera utama
dan barisan hadapan pembangunan ekonomi maka ia hendaklah kukuh, dinamik, cekap dan tanpa
pergantungan dalam usaha-usaha ekonomi mereka.

Sejak perlaksanaannya, beberapa projek telah menunjukkan prestasi perniagaan yang baik dan
memberangsangkan. Keadaan ini memberi kesan positif dan menambahkan lagi keyakinan
kerajaan dalam perluaskan program penswastaan di negara ini. Dalam melaksanakan program
ini, kerajaan mengambil pendekatan yang penuh berhati-hati untuk memberi perlindungan
kepada pengguna (rakyat) dan pekerja dalam agensi-agensi yang terlibat dalam penswastaan

Perlaksanaan dasar penswastaan telah mengecilkan saiz dan struktur organisasi yang ada pada
ketika era pentadbiran kerajaan besar dahulu. Dalam era penswastaan, banyak perkhidmatan
kerajaan di swastakan seperti perumahan, pendidikan, kesihatan, jalan raya, bekalan elektrik dan
air, telekomunikasi dan pengangkutan. Pembaharuan struktur ini berjaya mengurangkan beban
kewangan dan pentadbiran kerajaan, meningkatkan kecekapan dan pengeluaran, mengurangkan
saiz dan penglibatan sector awam dalam ekonomi serta mempercepatkan pertumbuhan ekonomi.
Dasar penswastaan yang di laksanakan itu tidak di nafikan, mewujudkan persaingan antara pihak

8
Ibid hlm 427
10
syarikat dengan awam. Namun, persaingan tersebut mendorong kedua-dua pihak meningkatkan
kualiti perkhidmatan seiring dengan produktiviti yang di hasilkan. Dalam hal ini, peningkatan
produktiviti dan kualiti perkhidmatan memerlukan sokongan kakitangan awam berterusan.
Nilai-nilai lama yang berunsur negative yang ada pada diri kakitangan seperti malas, tidak
bersemangat, mementingkan diri seharusnya dig anti dengan nilai-nilai yang lebih positif seperti
akauntabiliti, cekap dan rajin. Antara langkah yang di ambil oleh kerajaan dalam mewujudkan
nilai positif pada kakitangan awam ialah melaksanakan pembaharuan tingkah laku dan personel.
Sebagai contoh, kerajaan telah menyediakan Skim Saraan Baru (SSB) yang bertujuan memberi
penghargaan kepada kakitangan yang cemerlang dalam bentuk kenaikan gaji melintang dan
menegak. Bonus tahunan turut diberikan bagi merangsang kakitangan awam supaya berkhidmat
dengan lebih cekap dan berkesan. Pembaikan tingkah laku kakitangan awam dibuat melalui
penerapan nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran Islam dan budaya kerja masyarakat yang
berjaya seperti Jepun dan Korea Selatan. Justeru itu, lahirlah Dasar Peneraju Nilai-nilai Islam
(DPNI) dan Dasar Pandang ke Timur (DPT). DPNI bertujuan menerapkan nilai-nilai mulia
dalam ajaran Islam seperi amanah, ikhlas dan dedikasi pada diri kakitangan awam yang
seterusnya membantu kerajaan merangka sebuah dasar kerja yang lebih universal seperti dasar
“Bersih, Cekap dan Amanah”. Pelaksanaan DPT pula bertujuan menerapkan budaya dan corak
kerja masyarakat Jepun dan Korea di kalangan rakyat Malaysia amnya kakitangan awam
khususnya. Sifat diri masyarakat tersebut yang rajin produktif dan setia kepada organisasi telah
di jadikan contoh oleh banyak negara dan organisasi, dalam usaha meningkatkan produktiviti
kakitangan serta menjadikan organisasi lebih berdaya saing.

Pelaksanaan pembaharuan tingkah laku ini penting untuk melancarkan pelaksanaan dasar dan
program kerajaan termasuk penswastaan. Kerajaan percaya bahawa tanpa sumber manusia yang
berkualiti, sebarang pembangunan yang di lakukan tidak mungkin mancapai matlamat yang di
gariskan. Ringkasnya, era pentadbiran ke arah penswastaan telah menjadikan pembaharuan
tingkah laku sebagai teras utama reformasi pentadbiran yang mana budaya kerja lama yang
lemah digantikan dengan suatu budaya kerja yang lebih progresif meskipun budaya tersebut
datangnya dari negara luar yang jauh berbeza dengan budaya tempatan.

11
Setalah berakhirnya era pentadbiran kerajaan besar, era pentadbiran penswastaan, maka
datangnga era pentadbiran ke arah penciptaan semula atau lebih dikenali reinventing gorvement.
Konsep penciptaan semula kerajaan terhasil daripada amalan penswastaan, pengkorporatan,
denasionalisasi dan deregulasi yang berterusan dalam sektor awam. Secara umum, konsep
penciptaan semula kerajaan membicarakan kaedah atau cara sesebuah kerajaan menjalankan
pentadbirannya dengan lebih efisien dan cekap yang mana kerajaan dikatakan bertindak sebagai
pengusaha (entrepreneur) bagi membolehkan birokrasi yang ketat dikurangkan.

Dalam hal ini, pengusaha dan usahawan boleh di takrifkan sebagai individu atau sekumpulan
orang yang menjalankan fungsi perusahaan untuk member kemudahan kepada orang ramai dan
mereka mempunyai ciri-ciri perniagaan yang bertujuan mendapatkan keuntungan bagi pihak
organisasi. Kerajaan yang bertindak sebagai pengusaha menjual barangan dan menyediakan
perkhidmatan kepada rakyat yang mana ia turut menghadapi persaingan daripada bantuan pihak
kerajaan. Kerajaan yang berbentuk usahawan biasanya dirujuk sebagai sector awam yang
berfungsi seperti sector swasta iaitu lebih berorientasikan desentralisasi autoriti, kurang
birokrasi, mempunyai ketelusan dan menggalakkan persaingan sama ada dari dalam mahupun
luar kerajaan. Pelanggan kepada kerajaan dianggap individu atau pihak yang berkuasa untuk
memilih pelbagai perkhidmatan yang di tawarkan seperti pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Secara tidak lansung, konsep kerajaan sebagai pengusaha (usahawan) atau di kenali juga sebagai
pengkorporatan (penswastaan) menyebabkan orientasi pengurusannya lebih mengarah kepada
pelanggan dan mementingkan keuntungan.

Di Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) misalnya telah dikorporatkan dan
mengamalkan corak pengurusan yang berorientasikan keusahawanan yang mana kebanyakan
aktiviti organisasi dibiayai oleh modal sendiri dengan sedikit bantuan daripada pihak kerajaan.
Langkah pengkorporatan ini memberi kesan kepada pengguna dan negara terutama dari segi
kutipan hasil. Walau bagaimanapun, peningkatan hasil cukai tersebut adalah selari dengan mutu
perkhidmatan yang di berikan. Apabila keadaan ini wujud, pengurusan organisasi awam bukan
sahaja berupaya memenuhi perkhidmatan terhadap rakyat tetapi juga bersifat mencari
keuntungan bersesuaian dengan mutu perkhidmatan yang di sediakan.

12
Secara umum, konsep penciptaan semula kerajaan merupakan satu konsep pentadbiran yang baru
kepada organisasi awam. Ia di perkenalkan oleh kerajaan di negara maju melalui amalan
penswastaan dan deragulasi yang berterusan. Konsep ini beranggapan bahawa perubahan masa
yang berlaku menyebabkan rakyat tidak sekadar melihat kepada kos perkhidmatan semata-mata
tetapi turut mementingkan mutu dan kecekapannya. Justeru, dalam konteks pengurusan awam
baru, aspek kebajikan telah di satukan dengan penyediaan perkhidmatan yang berkualiti dan
memenuhi kehendak rakyat. Konsep penciptaan semula kerajaan melibatkan pembaharuan
dalam semua elemen pentadbiran baik dari segi struktur, prosedur mahupun tingkah laku.
Keadaan ini erjadi di sebabkan corak pengurusan awam telah berubah yakni ke arah pengurusan
keusahawanan. Dalam hal ini, struktur dan prosedur organisasi di susun semula dan kakitangan
pula di kehendaki menunjukkan tahap kerja yang berkualiti. Sekiranya kesemua elemen
pembaharuan pentadbiran tidak dititik beratkan maka organisasi yang gagal bersaing dan tewas
dengan kuasa pasaran. Walaupun pentadbiran kerajaan mengalami paradigm perubahan namun
aktiviti yang berbentuk monopoli tidak wujud pada masa kini. Perubahan pentadbiran tersebut
agak sukar di elakkan kerana persekitaran yang ada sudah banyak berubah. Malah, proses
globalisasi yang muncul pada tahun 1990 an menyaksikan kebanyakan negara cenderung untuk
mengamalkan bentuk pentadbiran.

Impak globalisasi ke atas pentadbiran awam tidak hanya mencetuskan konsep keusahawanan dan
pengurusan awam baru tetapi juga meningkatkan tahap penggunaan teknologi maklumat.
Kehadiran gelombang ketiga dunia yang bertunjangkan revolusi teknologi maklumat dikatakan
telah mengubah konsep pentadbiran awam sedia ada yang menyebabkan kaedah dan pengurusan
kerja turut berubah. Amalan pentadbiran secara berpusat, berhierarki dan beroperasi dalam
sistem ekonomi konvensional tidal lagi sesuai di amalkan ketika tekbologi maklumat dan proses
industrialisasi sedang berkembang ini. Di Malaysia, prestasi pentadbiran awam telah
ditingkatkan melalui perlaksanaan konsep penciptaan semula kerajaan menggunakan kemudahan
teknologi maklumat dan multimedia sebagai elemen penting perkhidmatan.

13
Pendekatan pentadbiran negara masa kini lebih menutamakan pencapaian berpaksikan
kepentingan rakyat. Terkini pembaharuan struktur yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia ialah
dengan memperkenalkan PEMUDAH. Tujuan utama penubuhan PEMUDAH adalah untuk
bekerja sama dengan anggota sektor awam dan swasta bagi menyumbang kearah menjadikan
Malaysia satu daripada negara paling kompetitif di dunia.

Visi PEMUDAH adalah untuk perkhidmatan awam mencapai penandaras anatara pelanggan,
berinovasi dan proaktif di dalam menyokong ekonomi yang berasaskan usahawan.

Menurut Datuk Seri Ahmad Badawi9 “ saya sangat gemberi dengan pencapaian Pemudah, malah
apa yang dilakukan itu melepasi jangkaan saya ketika memutuskan untuk menubuhkan
jawatankuasa itu dahuli. Kejayaan seperti ini sudah tentu membantu mengurangkan
penangguhan dan akan mempercepatkan permohonan dan kelulusan lessen-lesen. Ini bermakna
ia juga akan mengurangkan rasuah dan sogokan serta kecendurangan untuk meminta kos untuk
menjalankan perniagaan.”

Jika kita menghalusi penyataan beliau, kita dapat bayangkankan bahawa bagi mencapai
khidmatan yang terbaik , penglibatan mengeluruh semua pihak samaada kerajaan, swasta dan
rakyat amat diperlukan bagi mencapai aspirasi tersebut.

Dalam menjayakan misi kerajaan, peranan sektor awam sebagai penggerak dan fasilitator kepada
usaha-usaha pembangunan, di samping peranan tradisinya sebagai pelaksana perlu dijana dan
digembeleng secara optimum. Perkara ini penting bagi memastikan segala rancangan kerajaan
dapat dilaksanakan mengikut jadual dan dapat memuaskan hati rakyat.

Tidak dinafikan banyak kemajuan yang telah dikecapi sama ada dari segi fizikal dan mahupun
perkembangan ilmu yang dimiliki oleh rakyat. Sehubungan dengan itu tuntutan dan ekspektasi
pelanggan terhadap perkhidmatan awam turut juga berubah. Kalau dahulu rakyat boleh
menerima apa sahaja yang diberikan oleh kerajaan kerana mereka hanya mengetahui apa yang
berlaku di sekeliling mereka sahaja tetapi kini pandangan dan pengetahuan mereka tidak lagi
terhad dalam persekitaran tempatan, malah mampu membuat perbandingan dengan apa yang

9
Utusan Malaysia, PEMUDAH Kurangkan Birokrasi bertarikh 18.8.2007
14
berlaku di luar persekitaran mereka. Sebarang kelemahan dalam penyampaian kerajaan mudah
dikesan dan dilihat oleh rakyat.

Juri utama dalam pentadbiran negara ini adalah rakyat. Jika rakyat memberi penilaian yang
negatif terhadap sesuatu jabatan atau birokrasi yang ada dalam negara ini, maka secara langsung
ia memberi gambaran negatif terhadap keseluruh pentadbiran negara.

Bagi kondinasikan pentadbiran awam dan mengurangkan rugutan rakyat terhadap perkhidmatan
awam Malaysia, pengenalan konsep yang baru dimana perhatian rakyat perlu diberi perhatian
dan diberi keutamaan seiring dengan perkhidmatan yang diberikan oleh birokrasi.

Konsep Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dilancarkan oleh
Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, mengutamakan pencapaian berpaksikan kepentingan rakyat.

Gagasan yang di bentuk ini menitik beratkan kepentingan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat
mesti menjadi keutamaan kerajaan. Bagi mencapai gagasan ini, birokrasi dituntut memberi
perkidmatan, merancang projek dan program dengan tersusun rapi..

Bagi menghayati dan merealisasikan tuntutan tersebut, sektor awam dituntut mememberi
perkhidmatan yang lebih cekap dan cepat bertindak yang menjurus kepada proses membuat
keputusan secara bijak, dengan segera dan efektif.

Bagi menggerakkan enjin perubahan ini, birokrasi dituntut mencipta semula peranan supaya
sentiasa releven dengan perubahan masa. Peranan yang dituntut adalah ;

ü Sebagai penasihat utama, pemimpin dan pelaksana;

ü Sebebagai fasilitator, penaraju serta pengawal selia; dan

ü Sebagai penyeleras strategik dan perunging,

secara tuntas, dengan cekap dan berkesan. 10

10
Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan jabatan Perkhidmatan Awam Oktober 2009
15
5. Kesimpulan

Reformasi dan reeinventig gorverment dalam pentadbiran telah dijalankan oleh kerajaaan sejak
35 tahun yang lalu. Kita telah melihat berbagai-bagai reformasi seluruh sistem di samping
bidang-bidang reformasi khusus yang dijalankan dan bagaimana pelbagai strategi yang
digunakan mencapai kejayaan. Tentunya terdapat halangan kepada reformasi dan tentangan
terhadap perubahan, tetapi pada keseluruhannya birokrasi telah bersikap responsive dan
mengalami perubahan struktur, sistem, tatacara dan kelakuan.

Pucuk pimpinan politik dan pentadbiran yang berturut-turut telah menggiatkan usaha kea rah
perubahan pentadbiran. Hasilnya telah mewujudkan pemberian perkhidmatan yang lebih cepat,
jentera kerajaan yang lebih responsive, badan perkhidmatan awam yang lebih dinamik,
berorintasikan pelanggan dan sesuai dengan keperluan perancangan pembangunan dan
pentadbiran pembangunan.

Reformasi yang dijalankan adalah dari segi struktur dan juga kelakuan. Reformasi melibatkan
usaha seluruh sistem di samping usaha khusus, seperti perbaikan pada subsistem pentadbiran dan
latihan personel. Sesetengahnya membawa pembaharuan dan ada pula yang bersifat penyesuaian.

Perkhidmatan Awam mengalami banyak perubahan dan pembaharuan. Dalam tempoh itulah
dasar-dasar baru negara seperti Dasar Pandang ke Timur, Penerapan Nilai-nilai Islam dalam
Pentadbiran, Konsep Persyarikatan Malaysia dan Dasar Penswastaan diperkenalkan. Tun Dato’
Dr. Mahathir Mohamad secara menjadi Perdana Menteri secara khusus telah memperkenalkan
beberapa pembaharuan untuk mempengaruhi Kakitangan Awam seperti Sistem Pentadbiran
Bersih, Cakap dan Amanah, Kepimpinan Memalui Teladan, sistem Tanda Nama dan Sistem
Perakam Waktu.

Kakitangan Awam bersepakat untuk mengukuhkan jentera kerajaan dan Perkhidmatan Awam.
Panel yang ditubuhkan semenjak tahun 1981 betul-betul menumpukan perhatian terhadap
keupayaan pentadbiran yang diperlukan untuk melaksanakan dan program itu menangani soal
struktur, teknologi , sistem, tatacara, daya pengeluaran di samping perubahan nilai, etika,
kepimpinan dan budaya kerja yang positif.

16
Sebuah jurnal bertajuk Pengurusan Awam pernah diterbitkan sejak bulan Januari 1989 untuk
membantu menyampaikan dan menyebarkan maklumat kepada kakitangan Perkhidmatan Awam
tentang perkara berhubung dengan perkhidmatan, terutamanya tentang pembaharuan, reformasi
dan pembaikan yang dilakukan.

Secara keseluruhan, reformasi dan pembaharuan pentadbiran yang diperkenalkan setakat ini,
telah meningkatkan kecekapan dan keupayaaan Perkhidmatan Awam. Hal ini terbukti dengan
hakikat bahawa rancangan pembangunan lima tahun telah dilaksanakan dengan memuaskan dan
orang ramai pula memberikan sokongannya kepada Perkhidmatan Awam.

Berbanding dengan perkhidmatan awam yang lain di dunia sebelah sini dan berdasarkan mana-
mana ukuran pun, Perkhidmatan Awam Malaysia boleh dikatakan antara yang terbaik, kalaupun
bukan yang terbaik di rantau ini.

Reformasi pentadbiran negara tidak akan terhenti disini sahaja. Perubahan pentadbiran negara
akan berubah mengikut perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Tuntutan dan luahan rakyat
menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan. Suara rakyat merupakan kerangka pentadbiran
negara masa kini.

17
BAHAN RUJUKAN

1. Gerald Caiden, 1969.Administrative Reform, Chicago: Adlin Publishing Co. Hlm.65.

2. Yehezkel Dror,1970-71.”Strategies for Administrative Reform’, Development and


change,22:19-35

3. A.F.Leemans (ed.), 1976. The Management of Change in Government, The Hague:


Institute of Social Studies,hlm.8.

4. Hahn-Been Lee, 1970.” An Appication of Innovation Theory to the strategy of


Admininstrative Reform in Developing Countries”, Policy Sciences 1, No.2:178

5. Ahmad Sarji Abdul Hamid,1994.Wawasan Pentadbiran Awam Malaysia, Kuala Lumpur,


INTAN

6. INTAN,2006 Pentadbiran Dan Pengurusan Awam Malaysia hlm 418

7. Utusan Malaysia, PEMUDAH Kurangkan Birokrasi bertarikh 18.8.2007

8. Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan jabatan Perkhidmatan Awam Oktober 2009

9. Universiti Utara Malaysia,2006. Kepelbagaian Isu Dalam Pentadbiran dan Pembangunan


di Malaysia

10. Maizatul Haizan Mahbob,2001.”Pendekatan Institution Building dalam Melihat


Pentadbiran Pembangunan di Malaysia” Penerbit UKM

18

You might also like