You are on page 1of 18

1

PENGENALAN

Kehidupan manusia semuanya terikat dengan tanggungjawab, begitu juga remaja.


Antara tanggungjawab remaja ialah:

 Remaja mempunyai tanggungjawab kepada agama,bangsa dan negara.


- Setiap insan, bertanggungjawab kepada tuhan pencipta, Allah yang maha
berkuasa .
- Selain itu, remaja juga bertanggungjawab kepada bangsa dan negara. Mereka
perlu menjaga negara mereka supaya berada dalam keadaan aman dan harmoni.

 Namun demikian, remaja juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga


mereka.
- Remaja juga harus melakukan sesuatu untuk menyelesaikan permasalahan yang
melanda dalam keluarga mereka.

 Sebagai remaja yang sudah boleh berfikir secara matang, mereka haruslah
menerima sesuatu keadaan dengan hati yang terbuka dan cuba
mengendalikannya dengan tindakan yang sewajarnya.

 Remaja perlu melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi kerana ia


mengabaikannya, kesan buruk akan berbalik kepada dirinya.

Antara perkara baik yang perlu dilakukan oleh remaja:

 Menyempurnakan kewajipan kepada Tuhan [ Allah ].


- Melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah kepada makhluknya.

 Menghormati ibubapa.
- Berkelakuan baik seperti jangan melawan cakap mereka kerana mereka telah
membesarkan kita.
2

 Membantu ibubapa
- Jika ada masa terluang, gunakan masa tersebut untuk membantu ibubapa yang
telah banyak bersusah payah untuk kita.

 Menggunakan masa dengan baik.


- Remaja tidak boleh membuang masa, mereka seharusnya menggunakan masa
dengan bijak.

 Belajar bersungguh-sungguh
- Remaja haruslah mendapat kejayaan yang cemerlang. Kejayaan dapat dicapai
dengan belajar dengan bersungguh-sungguh.

 Berusaha mengatasi kelemahan diri masing-masing.


- Remaja perlulah mempertingkatkan ciri kelebihan diri untuk berjaya dalam
kehidupan di dunia hari ini.
3

PERANAN REMAJA TERHADAP IBU BAPA

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan
kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material
dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur
dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti yang perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa ialah:

1. Memberi kasih sayang


Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan
ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya. Anak yang
baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa
memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku
ketika kecil. (Surah al-Isra’, ayat 24).

2. Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan seperti tidak
dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan.
Keadaan ini jika berterusan akan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan
mental ibu bapa. Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah
penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu
menjaga ibu bapa, sedangkan ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan anak-
anak mereka.

3. Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu
keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
4

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas


lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding
melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di
medan perang. Diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim, Ibnu umar berkata:
“Aku telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan yang
disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda:”Sembahyang pada
waktunya.”Kemudian apa?” tanyaku lagi. Baginda menjawab:”Berbakti
kepada kedua ibu bapa.” Apa lagi?”Tanyaku lagi. Jawab Baginda:”Berjihad
pada jalan Allah.”

4. Melakukan apa yang disukai


Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada
pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa bermakna
melakukan perbuatan derhaka. Anak yang derhaka terhadap ibu bapa tidak akan
mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa yang derhaka terhadap ibu
bapa akan disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas balasan di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di
dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua ibu dan bapa.” (Hadis riwayat
at-Tirmizi)
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “semua dosa akan
ditangguhkan oleh Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari
kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka
sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa
hidupnya sebelum mati.”

5. Bercakap dengan lemah lembut


Satu cara menjaga perasaan ibu bapa dalah dengan bercakap secara lemah
lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah
permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahka, supaya kamu tidak
menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang
tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua,
5

janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan


janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan
santun dan lemah lembut.” (Surah al-Isra’, ayar 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi
atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri
daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian
jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan
sebenar.

6. Menghadiahkan kejayaan
Jika seseorang anak itu memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat
pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkam
kepada ibu bapa. Ibu bapa sebaiknya dibawa bersama-sama dalam majlis untuk
meraikan kejayaan itu.

7. Meluangkan masa bersama-sama


Anak-anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan
masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan
menatap wajah anak mereka.

8. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa


Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan
mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka sudah
meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka
terputuslah segala amalannya, melainkantiga perkara iaitu sedekah jariah yang
berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan yang diajarkan
kepada orang lain dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada
kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak
mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti
sepanjang hayatnya.
6

9. Memberi nafkah
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak
mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan
kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan
untuk ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

10. Menyediakan tempat tinggal


Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami,
menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada
ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin
keselamatan dan keperluan harian mereka diurus dengan baik.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa tanggungjawab anak terhadap ibu bapa


boleh dilakukan dengan berbuat baik kepada mereka dengan berbakti dan berkhidmat
kepada kedua-duanya sewaktu mereka masih hidup iaitu ketika mereka sihat atau sakit
atau sesudah meninggal dunia. Seseorang anak tidak hanya dituntut melayani dan
menghormati ibu bapa sekadar berbudi bahasa, malah digalakkan memberi sumbangan
kewangan bagi meringankan beban mereka. Itulah hadiah yang paling bermakna
daripada seseorang anak yang dapat diberikan kepada ibu bapa.
7

PERANAN REMAJA TERHADAP KAKAK DAN ABANG

1. Hormat-menghormati
 Remaja perlu menghormati adik-beradik yang lebih tua. Sikap saling hormat-
menghormati harus dipupuk di kalangan remaja. Sikap ini boleh dilihat apabila
wujudnya sikap bantu-membantu.

2. Perhubungan yang baik


 Remaja perlu memastikan perhubungan yang baik dengan adik-beradik yang
lebih tua. Elakkan daripada pergaduhan. Sekiranya, perhubungan tidak baik,
sukar untuk saling bantu-membantu.

3. Mendengar nasihat
 Remaja perlu mendengar nasihat orang yang lebih tua.

4. Terima pendapat seadanya


 Sekiranya abang atau kakak memberi alasan yang tidak munasabah berkaitan
sikap mahupun tingkah laku kamu, jangan sesekali cuba membetulkan atau
memberi pendapat yang bertentangan dengan alasan yang dikemukakan. Cara
sebegini akan membuatkan abang atau kakak berfikir dan berasa malu dengan
alasan yang diberikan itu dan mungkin akan berasa bersalah dengan kenyataan
yang tiada kepastiannya itu. Sebagai adik, elak berlalu pergi ketika abang atau
kakak sedang bercakap. Ini kerana, ia akan mengeruhkan lagi keadaan
sekaligus menambahkan kemarahan mereka.

5. Jadi pendengar setia


 Jadilah pendengar yang setia ketika abang atau kakak menghadapi masalah
atau tekanan.
8

6. Fahami mood abang atau kakak


 Kemarahan yang meledak pada usia remaja adalah perkara biasa dalam
kehidupan seseorang, baik remaja mahupun golongan dewasa. Setiap insan
pasti mengalaminya. Rasa marah bukan kerana benci tetapi bersifat sayang
atau teguran. Sekiranya kamu menghadapinya, bukan masa yang sesuai untuk
kamu membalas kemarahan abang atau kakak dengan rasa kebencian.

7. Bijak kawal kemarahan


 Kadang-kadang, sikap ketidakadilan abang atau kakak boleh mendatangkan
kemarahan kamu. Jangan sesekali membenci ataupun menyesal dengan sikap
mereka kerana keadaan akan berubah saat kamu menerima kepastian dengan
hati terbuka. Bawa bertenang dan tunggu sehingga keadaan kembali tenang.
Kemudian, ambil peluang membincangkan perasaan yang kamu pendamkan
itu, beberapa hari kemudian.

8. Pelihara tutur kata yang sopan


 Apabila membincangkan sesuatu perkara dengan mereka sama ada berkaitan
dengan pendapat atau permintaan, peliharalah tingkah laku dan tutur kata kamu
dengan sebaik-baiknya. Kawal percakapan kamu dan jangan sesekali
meninggikan suara. Sekiranya kamu bijak mengawal perasaan dan keadaan,
sabar serta bercakap dalam nada yang lembut, pasti mereka akan mengikut
kehendak kamu.

9. Nota kecil penguat kasih


 Sekiranya kamu berhadapan dengan masalah yang perlu dibincangkan dengan
abang atau kakak tetapi takut dimarahi dengan masalah yang dihadapi, cara
terbaik mengatasi ketakutan itu ialah menulis nota di atas kertas. Letak nota itu
di atas bantal abang atau kakak kamu. Pasti mereka akan menghayati setiap
nota yang ditulis dan menyimpannya sampai bila-bila.
9

10. Ajak keluar bersama


 Bawa abang atau kakak menemani kamu ke satu tempat peribadi. Beritahu
kamu ingin menikmati hari cuti yang indah bersama mereka daripada
menghabiskan masa di rumah. Mungkin pada awal ajakan, mereka akan berasa
pelik kerana kamu tidak pernah membuat keputusan sebegitu. Ini kerana,
mereka berfikir kamu akan memberitahu mereka sesuatu perkara yang pelik.

11. Berkongsi cerita


 Luangkan masa bersama di bilik sambil menonton televisyen mahupun
membaca bersama sambil duduk dan berkongsi cerita tentang perkara yang
berlaku di kolej, universiti, rakan-rakan atau sesuatu yang membuatkan mereka
tertarik untuk mendengarnya. Cara ini membuatkan mereka lebih mendalami
dan menghayati setiap perkara yang dikongsi bersama kamu
10

PERANAN REMAJA TERHADAP ADIK-ADIK

Peranan remaja di dalam sebuah keluarga adalah amat besar terutamanya


tanggungjawab mereka terhadap adik-adik. Kemungkinan remaja ini samada lelaki atau
perempuan memikul tanggungjawab sebagai anak yang paling tua dalam sesebuah
keluarga. Ini merupakan cabaran yang menguji tahap kepimpinan dan kredibiliti mereka
sebagai abang atau kakak kepada adik-adik mereka.

Memang tidak dinafikan remaja ini juga mempunyai perasaan cemburu yang
kuat sekiranya adik-adik mereka diberi perhatian yang lebih oleh ibubapa, lebih-lebih
lagi apabila menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka. Jiwa remaja ini akan
memberontak untuk mendapatkan kasih sayang yang sama rata. Egosentrisme mereka
sangat kental dan mereka berasa begitu sukar untuk menerima situasi ini.

Walaubagaimanapun egosentrisme ini mula luntur setelah jiwa remaja ini diubah
dengan timbulnya kesedaran dalam diri apabila melihat adik-adiknya begitu
mengharapkan perhatian dan kasih sayang darinya. Mereka juga perlu sedar bahawa
mereka juga telah melalui keadaan yang sama pada suatu ketika dahulu. Selain daripada
itu, ibubapa juga harus memainkan peranan penting bagi memastikan remaja ini tidak
terabai dan mendidik remaja ini supaya menyayanginya adik-adik mereka sendiri.

Sebagai anak yang paling tua, mereka tidak terlepas daripada tanggungjawab
mereka bagi memastikan keselamatan dan kebajikan adik-adik terjamin dan mempunyai
kehidupan yang berkualiti untuk masa hadapan adik-adik. Mereka harus berusaha bagi
melaksanakan tanggungjawab ini disamping tidak mengabaikan keadaan diri dan
perasaan mereka sendiri.

Antara peranan remaja kepada adik-adik ialah :-

1. Sebagai pengganti ibubapa sekiranya mereka tiada di rumah. Seorang abang atau
kakak perlu memastikan keselamatan dan kebajikan adik-adik seperti yang telah
dilaksanakan oleh ibubapa mereka. Oleh itu adik-adik tidak akan terasa terabai atau
11

tersisih kerana mereka masih mempunyai tempat bergantung dan tempat rujukan
selain ibubapa mereka.

2. Menjadi pendamai sekiranya adik-adik berada dalam konflik atau bergaduh


sesama sendiri. Mereka tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya
menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah ini.

3. Memantau kelakuan dan pergaulan adik-adik. Sebagai abang atau kakak, mereka
perlu tahu ke mana adik-adik pergi dan siapa rakan-rakan disekeliling adik-adik.
Mereka perlu memastikan adik-adik mereka bergaul dengan orang yang betul dan
boleh membimbing adik-adik mereka kearah kebaikan.

4. Menjadi contoh dan role model yang baik kepada adik-adik. Ini penting kerana
adik-adik akan mengikut rentak atau perangai orang yang lebih tua dari mereka
sepanjang hayat perkembangan dan pertumbuhan.

5. Memotivasikan adik-adik sekiranya mereka kurang bermotivasi. Sebagai kakak


atau abang, mereka perlu sentiasa memberi nasihat kepada adik-adik supaya
sentiasa berusaha untuk mencapai apa yang diingini. Ini adalah penting bagi
mewujudkan semangat dalam diri adik-adik mereka untuk lebih berjaya.

6. Memberi sokongan dan dorongan supaya adik-adik berasa lebih yakin dengan
apa dilakukannya. Sokongan ini perlu agar adik-adik tidak berasa takut atau samar-
samar untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

7. Sentiasa memberi peringatan dan ingatan kepada adik-adik supaya adik-adik


mereka sentiasa bersedia dan pandai menguruskan diri sendiri ketika berada diluar
atau didalam rumah. Ini penting sekiranya adik-adik mereka berada diluar dari
peglihatan ibubapa dan remaja itu sendiri.

8. Memberi pertolongan kepada adik-adik sekiranya mereka memerlukan bantuan


samada dari segi kebajikan, kaunseling atau pembelajaran. Seseorang kakak atau
abang tidak boleh menolak sekiranya adik-adik mereka memerlukan bantuan
12

kerana mereka akan terasa tersisih dan boleh menimbulkan perasaan benci di
kalangan adik-adik.

9. Sebagai tempat mengadu dan juga rakan-rakan kepada adik-adik. Mereka harus
bersikap terbuka dan menjadi tempat untuk adik-adik meluahkan perasaan. Mereka
juga perlu menjadikan diri mereka sebagai sahabat karib kepada adik-adik supaya
adik-adik berasa selesa untuk berkomunikasi dan dalam masa yang sama dapat
mencari jalan bagi menyelesaikan masalah adik-adik ini.

Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai abang atau kakak, mereka juga perlu
menitikberatkan soal hati dan perasaan adik-adik mereka. Kadang-kadang, perhatian
yang telalu serius juga boleh mengakibatkan adik-adik ini berasa terkonkong dan rimas
serta boleh menimbulkan perasaan benci dan dendam dalam diri adik-adik. Jiwa adik-
adik ini akan memberontak dan melakukan apa sahaja untuk mencari ketenangan dan
kebebasan.

Oleh itu, remaja perlu berhati-berhati dalam melaksanakan tanggungjawab mereka


agar adik-adik mereka tidak berasa terkonkong. Mereka perlu menjadi seorang abang
atau kakak yang baik dan dalam masa yang sama menjadi sahabat karib kepada adik-
adik mereka. Dalam masa yang sama, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab
terhadap diri sendiri dan ahli keluarga yang lain. Ini adalah penting untuk mewujudkan
keluarga yang bahagia.
13

KESAN POSITIF PERANAN REMAJA TERHADAP KELUARGA

Dalam arus modenisasi ini, remaja merupakan aset yang signifikan sebagai
pemangkin untuk mewujudkan sesebuah Negara yang maju. Seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini, sememangnya remaja amatlah memainkan peranan dalam
sesebuah keluarga. Sungguhpun tanggugjawab yang besar terletak dibahu ibubapa
untuk mendidik anak remaja mereka, namun selain dari itu, remaja juga sebenarnay
bertanggugjawab keatas keluarga mereka. Justeru itu, jika seseorang remaja itu mampu
menunaikan tanggugjawab mereka kepada keluarga, maka natijah positifnya amatlah
besar.

Implikasi positif pertama yang dapat dilihat jika seseorang remaja itu
memainkan peranan dalam sesebuah keluarga ialah kekurangan ataupun kelemahan
ibubapa dapat diatasi. Contohnya, tidak semua ibubapa tahu dan arif mengenai
pengetahuan ilmu agama. Oleh yang demikian, seperti yang telah dibincangkan sebelum
ini, adalah menjadi tanggugjawab remaja tersebut memberi pengetahuan agama kepada
ibubapa mereka. Jika tanggugjawab ini dapat dilaksanakan oleh seseorang remaja, maka
masalah kejahilan ilmu agama yang dihadapi oleh ibubapa bagi sesebuah keluarga dapat
diatasi.

Selain dari kejahilan ilmu agama, terdapat juga kelemahan yang dihadapi oleh
ibubapa dalam cara mendidik remaja. Maka adalah menjadi tanggugjawab bagi
seseorang remaja itu memberi pengetahuan kepada ibubapan mereka tentang cara yang
betul dalam mendidik remaja. Maka dengan ini, ibubapa akan dapat mendidik anak
remaja mereka dengan cara yang betul dan yang lebih pentig lagi pengetahuan ini dapat
digunakan untuk mendidik anak-anak yang masih kecil apabila mereka mencapai usia
remaja kelak.

Tidak dapat dinafikan, sememanggnya peranan remaja sebagai Role model


kepada adik-adik mereka amatlah memberi kesan yang mendalam. Sememangnya adik-
adik mereka yang masih kecil akan melihat tingkah laku dan perbuatan yang
ditunjukkan oleh abang mahupun kakak ramaja mereka. Sememagnya mereka akan
14

menaruh harapan dan niat untuk mengikuti perbuatan yang ditunjukkan oleh abang dan
kakak remaja mereka. Oleh yang demikian jika seseorang remaja itu menjalankan
tanggugjawab menjadi seorang role model yang menonjolkan ciri-ciri yang baik, maka
kesannya keatas adik-adik mereka apabila melangkah kealam remaja akan meniru
tingkah laku yang baik sepertimana yang telah ditunjukkan oleh abang dan kakak
mereka dahulu

Selain dari itu, implikasi positif seterusnya adalah dapat mewujudkan sesebuah
keluarga yang aman dan tenteram. Tidak dapat disangkal lagi, dewasa ini kebanyakkan
remaja kita lebih gemar menjalani kehidupan bercorak ala barat. Kehidupan yang
mementigkan kebebasan dan keseronokkan ini sememangnya telah banyak memberi
masalah kepada keluarga. Masalah ketagihan dadah umpamanya yang sering dikaitkan
dengan remaja telah banyak membuatkan kehormonian dan kedamaian sesebuah
keluarga itu hancur berkecai. Acapkali kita dikejutkan dengan kejadian-kejadian
pergaduhan antara ibubapa dengan remaja sehiggakan berlaku pembunuhan yang
berpunca dari masalah ketagihan dadah. Justeru itu, sekiranya para remaja kita hari ini
faham akan peranan mereka sebagai remaja bagi sesebuah keluarga, saya percaya,
keamanan dan kehormonian sesebuah keluarga dapat dipertahankan.

Sememangnya peranan yang dimainkan oleh remaja keatas sesebuah keluarga


amatlah penting sekali. Dalam usaha mewujudkan sesebuah keluarga yang hormoni,
setiap ahli dalam keluarga perlu memainkan peranan masing-masing dan sentiasa
mengamalkan sikap terbuka setiap masa. Para remaja seharusnaya sedar akan
tanggugjawab mereka keatas keluarga dan pada masa yang sama berusaha menjauhkan
diri daripada gejala-gejala yang salah.
15

KESAN NEGATIF PERANAN REMAJA TERHADAP KELUARGA

Remaja adalah satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak,
satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap terhadap kehidupan. Bila sebut saja
remaja, kita semua seakan-akan sudah dapat membayangkan bagaimana cirri-ciri serta
gayanya. Dalam melalui proses Contohnya seperti peranan dalam keluarga, jika remaja
gagal memberi sumbangan kepada keluarga banyak kesan negatif yang kita boleh lihat.
Kesan negatif yang diperolehi adalah seperti berikut :-

1. Boleh menyebabkan keluarga berada dalam kejahilan dari segi didikan ilmu
agama.
 Tidak semua ibu bapa didunia ini yang mempunyai didikan ilmu agama yang
sempurna disebabkan beberapa faktor seperti kewangan, keluarga, tidak
bersekolah dan sebagainya. Jika remaja tidak membantu ibu bapanya untuk
menuntut ilmu agama serta memberi didikan itu dalam keluarga
menyebabkan keluarganya terus berada dalam kejahilan.

2. Keluarga akan terus ketinggalan dari segi pelajaran dan ilmu pengetahuan
 Sekiranya ibu bapa tidak berpendidikan tinggi atau tidak bersekolah, mereka
tidak akan dapat membantu anak-anak dari segi pelajaran. Oleh itu, jadi
peranan remaja untuk membantu adik beradik yang lain dalam pelajaran. Jika
remaja tidak memberi sumbangan dari aspek ini, keluarganya akan terus
ketinggalan.

3. Menyebabkan keluarga terus dalam kemunduran tanpa kemajuan hidup.


 Sekiranya remaja tidak berusaha untuk memajukan kehidupan keluarga,
mereka akan terus mundur. Remaja tidak boleh mengharapkan ibu bapa
semata-mata untuk memajukan kehidupan keluarga. Remaja masa kini lebih
bijak dn mempunyai idea-idea yang bernas untuk memajukan lagi kehidupan
keluarga. Jika remaja tidak memainkan peranan ini sudah tentu kehidupan
keluarga akan terus mundur.
16

4. Keluarga atau adik beradik yang lain akan terus hanyut dengan arus kehidupan
yang mencabar
 Seperti mana yang umum ketahui, kehidupan remaja masa kini penuh dengan
gejala tidak sihat seperti pengaruh dadah, alkohol, seks rambang dan
sebagainya. Remaja tidak seharusnya terjebak dengan gejala-gejala ini.
Remaja harus menjadi role model dalam keluarga. Jika remaja tidak dapat
memberi sumbangan sebagai role model dalam keluarga, maka ia akan
memberi kesan yang buruk kepada keluarga. Terutamanya kepada adik
beradik yang sedang membesar ke alam remaja. Ia boleh mempengaruhi serta
diikuti oleh genarasi keluarga sedang membesar. Ini akan menyebabkan
keluarga akan terus hayut tanpa kehidupan yang sempurna.

5. Suasana dalam keluarga akan menjadi tidak harmoni dan tidak tenteram.
 Sekiranya keluarga yang tidak mempunyai didikan agama, ilmu pengetahuan,
serta ahli keluarga yang terlibat dalam masalah sosial akan menyebabkan
keluarga menjadi porak peranda. Suasana kehidupan akan dipenuhi dengan
penipuan, pergaduhan, perselisihan paham dan sebagainya. Semua ini akan
berlaku jika remaja tidak memberi sumbangan serta memainkan peranan yang
sepatutnya dalam keluarga.
17

KESIMPULAN

Konklusinya, remaja perlu memainkan peranan yang penting terhadap keluaraga


untuk menjamin kebahagian dalam keluarga mereka. Sebagai contoh , jika dia seorang
remaja yang mengabaikan tanggungjawab mendidik anggota keluarganya menjadi insan
yang beriman dan berakhlak mulia lalu kecuaiannya , mereka terjebak dalam pelbagai
masalah sosial yang menggugat ketemteraman keluarga dan masyarakat ,akibatnya
penyesalan akan wujud dalam jiwa remaja tersebut.

Setiap remaja dan perlu memahami kewujudan diri mereka dan dapat
mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri. Mengenal diri menjadikan remaja
bermotivasi, yakin dan dapat melakukan atau membuat pilihan yang sesuai selaras
dengan kemampuan dirinya. Di samping itu, remaja juga perlu mempunyai sahsiah diri
yang kukuh dan didominasi oleh tahap penghargaan kendiri yang tinggi.
18

RUJUKAN

1. http://www.google.com

2. http://www.utusanonline.com

3. Dato’Dr Hasan Hj Mohd Ali, 1999, Terbitan Akademik Keluarga Malaysia


(AKRAB) Kaedah Mendidik Remaja:Peranan Ibubapa.

1. .go

You might also like