You are on page 1of 13

G.

RUANG TERKURUNG
PENGENALAN
 Ruang terkurung merupakan suatu ruangan yang sempit
di mana kerja-kerja perlu dijalankan di dalamnya tetapi
boleh menyebabkan hazard berisiko tinggi yang berpunca
daripada kurang pengalihudaraan, kurang ruang
bergerak/menyelamat, kehadiran gas berbahaya, suhu
yang tidak selesa dan sebagainya
 Namun, ramai di antara kita yang tidak menyedari
wujudnya hazard di dalam ruang terkurung
 Anggapan bahawa kerja yang perlu dilakukan dalam
ruang terkurung hanyalah sekejap/jarang dilakukan sering
menyebabkan kita tidak mengendahkan keselamatan
mereka yang bekerja di dalamnya
DEFINISI
 Ruang terkurung ialah:
Suatu ruang yang mempunyai laluan masuk/keluar
yang terhad atau sempit, pengalihudaraan yang tidak
mencukupi dan tidak direkabentuk sebagai tempat
untuk bekerja biasa

 Contoh ruang terkurung adalah:


a) Pengadung tekanan
b) Bekas
c) Tangki
d) Silo
e) Lubang dan saluran pembentungan
f) Perigi
PERUNTUKAN PERUNDANGAN
 Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Keselamatan, Kesihatan
dan Kebajikan) 1970 di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA
1967)
- Peraturan 13: Ruang terkurung
 Menggariskan peruntukan berkaitan keselamatan semasa
bekerja di dalam ruang terkurung
 Kod Amalan Bekerja Selamat di dalam Ruang Terkurung 2001 di
bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA
1994)
- Menggariskan langkah keselamatan yang perlu diambil
sebelum dan semasa bekerja di dalam ruang terkurung
 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994)
Seksyen 15
- Menggariskan peruntukan berkaitan dengan kewajipan am
‘Membuat perkiraan selamat bagi pengendalian bagi bahan dan
loji’
KERJA DAN HAZARD
 Di antara kerja yang biasa dilakukan di dalam
ruang terkurung adalah:
a) Membersih dan mencuci
b) Mengimpal
c) Mengecat dinding tangki
d) Memeriksa
e) Mengganti alatan
f) Membaikpulih/mengambil contoh
g) Mengukur/mengambil contoh
KERJA DAN HAZARD
 Kerja dalam ruang terkurung boleh mendatangkan
hazard seperti:
a) Kurang pengalihudaraan (kurang oksigen di bawah
19.5%)
b) Kehadiran hazard kimia (gas beracun)
c) Kehadiran hazard biologi
d) Kurang pencahayaan
e) Masalah ergonomik
f) Kebakaran dan letupan
g) Kehadiran cecair/air kotor
h) Permukaan lantai licin
i) Alatan mekanikal
j) Bising
KERJA DAN HAZARD
 Kemalangan dalam ruang terkurung di
antaranya adalah:
a) Kelemasan
b) Kurang kandungan oksigen
c) Penghiduan gas toksik
d) Renjatan elektrik
e) Ditimpa objek jatuh
f) Terjatuh
g) Tersentuh dengan objek/struktur
h) Terbakar
STRATEGI MENCEGAH
KEMALANGAN
 Strategi mencegah kemalangan dalam ruang
terkurung adalah seperti berikut:
a) Mengenalpasti ruang terkurung di tempat kerja
b) Menaksir hazard yang mungkin wujud dalam
ruang terkurung
c) Membuat perancangan sebelum memulakan
kerja
d) Memantau perlaksanaan perancangan
mencegah kemalangan dari masa ke semasa
PERANCANGAN DAN LANGKAH
KESELAMATAN
 Setelah mengatur strategi, perancangan
teliti oleh majikan perlu dilakukan
sebelum, semasa dan selepas kerja
dilakukan di dalam ruang terkurung
PERANCANGAN SEBELUM
MELAKUKAN KERJA
 Mengadakan permit masuk dan permit bekerja bagi ruang terkurung
 Menyediakan Prosedur Kerja Selamat bagi aktiviti kerja di dalam
ruang terkurung
 Mengadakan latihan berkaitan SOP bagi pekerja yang terlibat
 Menggunakan alatan pernafasan semasa memeriksa ruang
terkurung
 Mengukur kandungan udara di dalam ruang terkurung oleh
Pemeriksa Gas Bertauliah
 Membebaskan gas berbahaya/bahan pencemaran dan mengadakan
sistem pengudaraan yang mencukupi
 Mengeluarkan cecair/air yang bertakung
 Memasang papan tanda amaran dan pagar penghalang di sekeliling
kawasan kerja
 Menyediakan perlatan mencegah kebakaran berhampiran lubang
laluan masuk/keluar
PERANCANGAN SEBELUM
MELAKUKAN KERJA
 Menyediakan pasukan penyelamat, pertolongan cemas serta
peralatan kecemasan
 Melantik dan merekod penyelia (serta pembantu) untuk menyelia
aktiviti yang akan dijalankan
 Menyediakan kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan
pejabat dan penyelamat
 Menutup semua injap bagi jentera, pembancuh, pengacau atau
alatan lain yang mengandungi bahagian bergerak di dalam ruangnya
 Mengadakan sistem ekzos jika perlu
 Menebat alatan elektrik yang akan digunakan
 Menggunakan alatan tangan/elektrik yang sesuai dengan aktiviti
kerja yang akan dilakukan
 Mengadakan laluan keluar/masuk yang selamat
 Mengadakan pencahayaan yang cukup
 Memilih dan merekod pekerja yang sihat dan terlatih untuk
melakukan kerja
PERANCANGAN SEMASA
MELAKUKAN KERJA
 Penyelia dan orang yang menjaga perlu sentiasa berada
dekat ruang terkurung untuk memantau dan menyelia
kerja yang dilakukan secara berterusan
 Mengukur dan memantau kandungan oksigen di dalam
pengandung/ruang terkurung secara berterusan
 Mengadakan sistem komunikasi di antara pekerja dan
penyelia
 Menyedut keluar sebarang habuk secara berterusan
 Mengadakan sistem pengalihudaraan secara berterusan
 Mengambil langkah menyelamat yang perlu jika berlaku
sesuatu insiden kecemasan
PERANCANGAN SELEPAS
MELAKUKAN KERJA
 Memastikan dan merekodkan semua pekerja yang keluar
 Memeriksa tempat kerja untuk memastikan alatan kerja
dibawa keluar
 Memberhentikan bekalan elektrik
 Memansuhkan/membatalkan permit kerja yang telah
dikeluarkan oleh penyelia bertugas
 Melaporkan sebarang masalah yang berkaitan dengan
kerja
 Menyerahkan tanggungjawab pengendalian ke atas
ruang terkurung serta merekodkan penyerahan tersebut
kepada orang yang berkuasa

You might also like