You are on page 1of 20

PROGRAM

KOKURIKULUM
DI SEKOLAH

OLEH:
JPNP
KONSEP
Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian
daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid
harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh
dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah,
mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan
andaian bahawa murid-murid tidak mendapat
pengalaman tertentu di bilik darjah, maka
aktiviti kokurikulum dapat menyediakan
pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani,
rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika
serta sosial yang positif.
Tanggapan bahawa:
1. Semua murid harus mempunyai keseimbangan
antara perkembangan mental (akademik)
dengan perkembangan sahsiah yang
bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);
2. Semua murid mempunyai minat dan bakat
yang boleh dikembangkan;
3. Semua murid boleh dididik, dan boleh pula
mendidik diri sendiri dan rakan sebaya
4. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-
murid untuk keperluan masyarakat dan
negara;
5. Masyarakat turut bertanggungjawab
memainkan peranan mendidik murid-murid.
MATLAMAT
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai
ialah seperti berikut:
2.1 Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan
kepercayaan kepada Tuhan;
2.2 Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid;
2.3 Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid
dalam sekolah dan di antara sekolah;
2.4 Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam
aktiviti yang diceburi;
2.5 Membina dan meningkatkan disiplin murid;
2.6 Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan;
2.7 Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan
dua hala antara sekolah dan masyarakat;
2.8 Mewujudkan sekolah berwatak.
KEWAJIPAN PELAKSANAAN
KOKURIKULUM
 Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan,
maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib.
{Rujuk Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)}
Kegagalan atau keengganan melaksanakan kegiatan
kokurikulum di sekolah adalah suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
tiga bulan atau kedua-duanya {Rujuk Subseksyen 135(1)
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)} dan jika kesalahan itu
dilakukan secara berterusan, maka apabila disabitkan
sedemikian, seseorang itu dikenakan hukuman denda
harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai
tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh
dikenakan kepadanya di bawah Akta ini berkenaan
dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus
dilakukan. {Rujuk Subseksyen 135(2) Akta 550}.
 Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki
ialah penyertaan oleh setiap orang pelajar yang belajar
di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap
pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-
kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian
seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan
atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan.
Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-
pelajar dalam kegiatan pakaian seragam hendaklah
diusahakan.
{Rujuk Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb.
Januari 1985}.
 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi
mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja
kokurikulum di sekolah.
{Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb.
Januari 1985}.
 Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan
untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini
hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil
bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk
masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki
kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang
menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral
dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan
menyeluruh dan pembentukan keperibadian.
{Rujuk Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb.
Januari 1985}.
 Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah
berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada
unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang
bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan
Perlembagaan Negara.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2000,
KP(BS)8591/Jld. XVI(16) bertarikh 13 Nov. 2000.
 Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar
dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan.
Rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1986,
KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari
1986.
 Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh
dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan
dan kepakaran anggota-anggota masyarakat
setempat.
Rujuk Subperkara 5.2.3 dalam Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 4/1985, KP. 8591-11(32)
bertarikh 2hb Februari 1985.
STRATEGI UMUM
Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi
pelaksanaannya:
3.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya
kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses
pendidikan di sekolah;
3.2 Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab,
kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut,
dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri
dengan aktif secara individu atau kumpulan;
3.3 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti
kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
3.4 Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat;
3.5 Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah(JBPS), Persatuan
Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam
perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
3.6 Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai
matlamat yang dikehendaki;
3.7 Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
3.8 Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid;
3.9 Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
3.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari
semasa kesemasa.
PELAKSANAAN TINDAKAN
 Strategi tindakan tersebut boleh dilaksanakan sebagai langkah-
langkah jangka pendek dan jangka panjang.

 Agenda-agenda asas yang disyorkan ialah:-


 Meningkatkan motivasi guru-guru supaya lebih komited dan
bertanggung jawab kepada tugas kokurikulumnya.
 Meningkatkan motivsi pelajar-pelajar untuk meningkatkan
penglibatan dan penyertaan mereka dalam bidang-bidang
kokurikulum.
 Meningkatkan kesedaran di kalangan ibubapa dan penjaga tentang
pentingnya kokurikulum sebagai sumber pembelajaran dan
kemahiran.
 Membina infrastruktur baru dan menyediakan kemudahan serta
peralatan-peralatan latihan yang diperlukan.
 Mewujudkan skim-skim latihan formal dan tidak formal setempat.
 Mewujudkan skim pengiktirafan kecemerlangan kokurikulum dan
insentif galakan untuk guru-guru dan para pelajar.
20 Tonggak Pelaksanaan Kokurikulum

1. Mengetahui Dasar Pelaksanaan Kokurikulum


2. Mengetahui undang-undang dan peraturan yang berkaitan
dengan pelaksanaan kokurikulum
3. Mengetahui prinsip-prisip pelaksanaan
4. Mengetahui skema pelaksanaan yang berkesan
5. Menetapkan visi dan misi bidang kokurikulum berasaskan konsep
“Pendidikan Menyeluruh” dan “Sekolah Berwatak”
6. Mewujudkan struktur dan keperluan asas pelaksanaan
7. Membangun dan mengoperasikan kepentadbiaran dan
kepengurusan yang berkesan
8. Membangunkan kepakaran dan kejurulatihan
9. Membina infrastruktur dan mendapatkan perkakasan serta
peralatan yang pelbagai dan mencukupi
10. Mewujudkan sumber rujukan
11. Membina jaringan kerjasama yang meluaskan dan berkesan
12. Menyediakan Rancangan kegiatan sepanjang tahun
11. Membina jaringan kerjasama yang meluaskan dan berkesan
12. Menyediakan rancangan kegiatan sepanjang tahun
13. Mewujud dan melaksanakan program pembangunan
kecemerlangan (elit and excellence development) Tanpa
mengabaikan penyertaan massa atau penyertaan beramai-ramai
14. Membangun dan menyebarkan kemahiran-kemahiran
pelaksanaan seperti pengurusan, pengelolaan majlis, protokol
dan sebagainya
15. Mewujudkan tabung/dana kewangan untuk membantu membiayai
pelaksanaan
16. Sentiasa menjalankan usaha-usaha penambahbaikkan dalam
semua aspek pelaksanaan
17. Mewujudkan skema peningkatan pencapaian dan pengiktirifan
18. Mewujudkan sistem penganugerahan
19. Membina pengkalan data dan dokumentasi
20. Mengembeling kerjasama ibubapa dan masyarakat sekitar
Menilai semula Pelaksanaan
1. Mengubah persepsi negatif semua pihak terhadap bidang
kokurikulum
2. Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti kokurikulum
3. Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah
4. Menjalankan aktiviti atau kegiatan sepanjang tahun
5. Mewujudkan siatem dokumentasi yang kemas kini, informatif
dan lengkap
6. Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang
diperakukan, adil dan memberangsangkan
7. Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan
8. Mewujudkan sumber manusia yg berkemahiran dan komited
9. Membangunkan infrastruktur atau prasarana dan
menyediakan perkakasan dan peralatan yang mengcukupi
dan berkualiti
10. Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang
komprehensif dan kemas kini
11. Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang
berkesan
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM
SEKOLAH

JBPS (Jawatankuasa
Pengetua/Guru Besar
Bimbingan Pelajar
Sekolah)

GPK Kokurikulum

Setiausaha Kokurikulum

Penyelaras Penyelaras Penyelaras Setiausaha


Pasukan Kelab / Kelab Sukan/ Sukan
Pakaian Persatuan Permainan
Seragam

Guru Guru Guru Guru Guru


Penasihat Penasihat Penasihat Rumah Pasukan
Sukan Sekolah

Pengerusi Pasukan Pakaian Seragam, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/ Permainan, Ketua Rumah Sukan Dan
Kapten Pasukan Sekolah (Murid-Murid)
PELAKSANAAN

 UNIT BERUNIFORM
 KELAB DAN PERSATUAN
 SUKAN DAN PERMAINAN
JENIS AKTIVITI KOKURIKULUM
PASUKAN PAKAIAN SERAGAM
 Kelab Judo
 Kelab Karate
 Kelab Taekwondo
 Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(Darat, Laut dan Udara)
 Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
 Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalanraya
 Pasukan Kadet Pertahanan Awam (JPA 3)
 Pasukan Kadet Polis
 Pasukan Kadet Remaja Sekolah
 Pasukan Pancaragam/Okestera Sekolah
 Pergerakan Briged Putera/Briged Puteri
 Pergerakan Pandu Puteri
 Pergerakan Pengakap
 Pergerakan Puteri Islam
 Persatuan Bulan Sabit Merah
 Persatuan Silat Seni
 Persatuan Silambam
 Persatuan St.John Ambulans Malaysia
 Persatuan Wushu dan lain-lain.
PERSATUAN / KELAB
Persatuan Akademik
 Persatuan Agama Islam
 Persatuan Bahasa
 Persatuan Drama dan Kesusasteraan
 Persatuan Ekonomi Rumahtangga
 Persatuan Geografi / Sejarah
 Persatuan Kebudayaan
 Persatuan Kemahiran Hidup
 Persatuan Perdagangan
 Persatuan Persuratan & Bahas
 Persatuan Sains & Matematik
 Persatuan Sains Kemasyarakatan
 Persatuan Tingkatan Enam dan lain-lain
Kelab Hobi dan Rekreasi
 Kelab Pelancongan
 Kelab Alat Pandang Dengar  Kelab Pembimbing Rakan
 Kelab Astronomi Sebaya
  Kelab Pencinta Alam
Kelab Bina Badan
  Kelab Pengguna
Kelab Binaan / Bangunan
  Kelab Permainan Tradisional
Kelab Elektronik
  Kelab Perpustakaan / Pusat
Kelab Equestrian
Sumber
 Kelab Kebajikan  Kelab Rekreasi
 Kelab Keceriaan Sekolah  Kelab Seni Foto
 Kelab Kembara  Kelab Seni Tampak/Halus
 Kelab Koir Sekolah  Kelab Seni Tari
 Kelab Komputer  Kelab Pandu Arah
 Kelab Koperasi  Kelab Wayang Gambar.
 Kelab Memancing  Kelab Pencegahan Jenayah
 Kelab Menaip  Kelab Rukun Negara
 Kelab Motor Mekanik  Kelab Pelancongan dan lain-
 Kelab Muzik dan Seni Suara lain.
KELAB PERMAINAN
 Kelab Badminton  Kelab Golf
 Kelab Bola Baling  Kelab Hoki
 Kelab Bola Jaring  Kelab Karum
 Kelab Bola Keranjang  Kelab Kriket
 Kelab Bola Sepak  Kelab Ping Pong
 Kelab Bola Tampar  Kelab Ragbi
 Kelab Bowling  Kelab Sepak Takraw
 Kelab Bowling Padang  Kelab Sofbol
 Kelab Catur  Kelab Squasy
 Kelab Dart  Kelab Petanque
 Kelab Gasing Pangkah  Kelab Tenis dan lain-lain.
 Kelab Gimnastik
 Kelab Gimrama
KELAB SUKAN

Olahraga: Sukan Air :


 Kelab Berbasikal  Kelab Berkeno / Kayak
 Kelab Olahraga  Kelab Luncur Air
 Kelab Memanah  Kelab Perahu Layar
 Kelab Merentas desa  Kelab Perahu Naga
 Kelab Motor / Go Kart  Kelab Polo Air
 Kelab Senamrobik dan lain-  Kelab Renang
lain.  Kelab Rowing (Berdayung)
 Kelab Skuba
 Kelab Skuter Air
 Kelab Snorkeling
 Kelab Terjun dan lain-lain

You might also like