You are on page 1of 6

Kerajaan Melayu Terawal? (192M ?

1832M)

Champa (abad ke-2M hingga ke-19M1) merupakan kerajaan Melayu kuno terawal yang
ditubuhkan. Pada abad yang sama kerajaan Hindu Langkasuka (abad ke-2 hingga ke-9) yang
keluasannya meliputi kawasan-kawasan dari Segenting Kra (dari selatan Senggora [Songkhla]
iaitu keseluruh Patani) hingga ke Kedah Lama dan Kelantan, muncul sebagai kerajaan Melayu
kedua dan maju berkembang sebagai pusat pertukangan dan pengeluar barang-barang
terutamanya daripada perak dan barang-barang keluaran Langkasuka terkenal hingga ke
semenanjung Arab.

Di Sumatera pula pada abad ke-7 terdiri kerajaan Buddha Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-12)
yang berpusat di Palembang sebagai kuasa Melayu yang agak berbeza daripada Champa dan
Langkasuka kerana kekuatannya bukan dari segi peranannya sebagai pusat dagangan, tetapi
sebagai kerajaan Melayu pertama yang mementingkan kuasa ketenteraan daripada
perdagangan.

Kemudian diikuti oleh Perlak, sebuah pusat dagang penting di Sumatera di kawasan yang kini di
dalam Propinsi Aceh, diasaskan dalam tahun 804 (abad ke-9) dan merupakan Kerajaan Melayu-
Islam pertama di rantau ini. Dengan munculnya kekuatan Srivijaya timbullah perebutan kawasan
dan jajahan dan pada abad ke-9 Langkasuka jatuh ke tangan Srivijaya dan bermulalah
pengembangan jajahan Srivijaya ke Tanah Melayu (termasuk juga ke Pahang dan Terengganu).

Kejatuhan Langkasuka diganti dengan terdirinya Patani yang kemudiannya dikenal sebagai
Patani Darus Salam. Patani yang tekenal sebagai pusat dakwah Islamiah serta mempunyai ramai
ulamak-ulamak yang terkenal di serata dunia Islam, berkembang maju sehingga pertengahan
abad ke-19 apabila ianya jatuh ke tangan Siam. Proses perebutan wilayah dan dominasi kuasa
ini berterusan apabila kerajaan Hindu Majapahit di Pulau Jawa (abad ke-10 hingga ke-14)
muncul sebagai kekuatan yang baru dan akhirnya pada abad ke-12 Srivijaya dijatuhkan oleh
Majapahit. Dalam kesebokan Majapahit dengan misi-misi tenteranya, pada 1403 di Tanah
Melayu muncul pula Kerajaan Melayu (pada awalnya Hindu dan kemudiannya bertukar kepada
Islam) yang baru di Melaka (awal abad ke-15 hingga ke-16).

Sesuai dengan panggilannya oleh pedagang-pedagang Arab dengan nama Mulaqat yang
bermakna 'Tempat Berhimpun Pedagang-pedagang', Melaka termasyhur sebagai pusat dagangan
terbesar di dunia ketika itu, sehinga pernah dilaporkan sebagai mempunyai simpanan emas
terbesar di dunia. Dengan kejayaan yang dicapai oleh Melaka, ia tidak sunyi daripada gangguan
Majapahit.

Akan tetapi seperti mana dikisahkan dalam Hikayat Hang Tuah, pahlawan Majapahit yang
termasyhur, Adi Taming Sari telah dikalahkan oleh Hang Tuah dalam satu pertarungan sehingga
keris keramatnya yang terkenal dengan segala kesaktian telah dapat dirampas oleh Pahlawan
Melaka itu. Dengan itu lenyaplah ambisi Majapahit ke atas Melaka. Majapahit jatuh pada 1478
dan terdiri pula kerajaan Islam di Demak. Melaka pula jatuh ke tangan penjajah Portugis, pada
1511.

Ketahanan Champa sebagai sebuah kerajaan melampaui satu ruang masa yang lama meskipun
ianya tidak sunyi daripada serangan-serangan dari negara-negara jirannya. Berbeza dengan
kerajaan-kerajaan Melayu lain yang terus hancur apabila dikalahkan, Champa terus wujud
sebagai kerajaan meskipun keluasan kawasan pemerintahannya semakin mengecut dari masa ke
masa.

Champa sering disebutkan dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu lama, akan tetapi tak
banyak diceritakan tentangnya. Dalam sastera-sastera Melayu pula Champa banyak dikaitkan
dalam mitos-mitos sehingga gambaran yang diperolehi adalah seolah-olah negeri ini terletak di
kayangan atau pun ia hanya negara khayalan sasterawan dahulukala. Sejarah Champa penting
dalam kajian tentang ulamak-ulamak Patani serta dalam mengkaji susur galur keturunan Wan,
Nik, Long dan Tuan.

Negara Champa (chäm-'pä) sering dikaitkan terutamanya dengan sejarah-sejarah kedatangan


Islam ke Patani, Malaysia, Jawa, Sulawesi dan Sumatera. Akan tetapi banyak tanda-tanya dan
kekeliruan yang timbul tentang Champa disebabkan terlampau sedikit maklumat yang terdapat
tentang kerajaannya dan orang-orang Cham. Ada yang berpendapat bahawa Cham itu sebuah
Negara.

Qaul-qaul yang lain pula berpendapat bahawa Champa adalah sebuah negeri yang ditubuhkan
oleh sekumpulan orang Patani bersama dengan mubaligh-mubaligh dari Yaman dan Parsi, di
suatu kawasan yang hampir dengan Siam dan Kemboja. Ramai juga yang menyangka bahawa
Champa adalah Kemboja atau Cambodia, dan malahan ada yang berpendapat bahawa ianya
sebuah negeri di India. Sir Stamford Raffles, dalam 'History of Java' yang dikarangnya pada
1817 berpendapat bahawa Champa merupakan sebuah tempat yang terletak di Acheh, yang
dikenali dengan nama Jeumpa.

Lin Yi
Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cham, terdapat dalam
manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai
dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang
Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat
Negara Lin Yi'.

Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Champa dikenali di kalangan orang
China sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penoh dengan keganasan'); dan L⭭Âp,
Ho஭Vúòng, dan Chi 魭 Thánh oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini
wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji
sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai
negara Champa yang terawal.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa kerajaan Lin Yi bermula semenjak 137M setelah
kejatuhan Dinasti Han di negara China. Akibat daripada kejatuhan ini maka Pegawai Tinggi Han
yang mentadbir wilayah tersebut telah mendirikan sebuah kerajaan di kawasan yang sekarang
ini terletaknya bandar Hue di Vietnam dan melantik dirinya sebagai raja. Pada ketika itu
kawasan itu diduduki oleh suku-suku yang senantiasa berperang dengan kawasan-kawasan
jajahan China di Tonkin. Suku-suku ini dikenali sebagai puak-puak Cham dan adalah daripada
rumpun Malayo-Polynesian yang berbudaya India ('Indianised Culture').

Negara Champa
Terdapat banyak perkaitan sejarah, budaya dan agama antara Lin Yi dan wilayah-wilayah lain
yang didiami oleh orang-orang Cham. Sekitar 400M terbentuk satu persekutuan antara suku-
suku tersebut dan terdirilah lima wilayah atau negeri yang dikenali sebagai Nagara Champa.
Disebabkan pengaruh India dan budaya Hindu terlampau kuat di kalangan orang Cham maka
kelima-lima wilayah tersebut dikenali mengikut tempat-tempat di India, iaitu:

? Indrapura (Lin Yi),


? Amravati (Quang Nam),
? Vijaya (Binh Dinh),
? Kauthara (Nha Trang) dan
? Panduranga (Phan Rang).
Malahan nama Champa juga adalah sempena atau mengikut nama sebuah kerajaan Hindu di
India Selatan. Penyatuan kelima-lima wilayah ini berlaku di atas kebijaksanaan Raja
Bhadravarman I yang juga menjadi raja pertama yang memerintah persekutuan lima wilayah ini.

Disebabkan kelima-lima wilayah tersebut adalah di pesisir laut maka Champa mempunyai
kekuatan dari segi angkatan laut. Mereka terkenal sebagai pelayar dan pedagang laut dan juga
sebagai lanun. Berbeza dengan jiran-jiran mereka, Kaum Cham lebih berjaya dalam bidang
perdagangan laut dan tidak dalam pertanian. Ekspot utama mereka adalah kayu gaharu yang
termasyhur keseluruh dunia pada ketika itu.

Pada abad Ke-5M Lin Yi atau Champa telah menjelma sebagai satu kuasa yang kuat sehingga
dapat menyediakan sebanyak lebih seratus kapal-kapal untuk dihantar menyerang pantai-pantai
Sino-Vietnam di utara. Tetapi malangnya mereka tidak dapat menundukkan kuasa China yang
lebih kuat dan pihak China telah menyerang balas. Akibatnya berlakulah penjarahan terhadap
ibu negara Champa di Hue dan tentera China telah merampas lebih 100,000 pound emas tulen
sebagai rampasan perang.

Kaum tertua
Meskipun kaum Cham merupakan kaum tertua di Indo-China, terlalu sedikit maklumat yang
terdapat tentang kerajaan dan tamadun mereka. Mereka merupakan pewaris tradisi yang
merangkumi satu zaman yang melebihi dua ribu tahun terdahulu. Tamadun mereka lebih tua
dan awal daripada kerajaan Kemboja (Cambodia) yang bermula hanya sekitar 550M dan juga
sebelum kerajaan Vietnam bermula sebagai satu kuasa penjajah ke kawasan-kawasan di selatan
Delta Sungai Merah di Tonkin yang hanya bermula pada pertengahan abad ke-10M.

Kaum Cham dihukum Tuhan?


Pada kemuncak kekuasaan, sekitar 12 abad dulu, kaum Cham menguasai tanah-tanah yang
subur bermula di Hue Utara di Annam Tengah sehingga Delta Mekong di Cochin China. Kawasan-
kawasan ini kini menjadi sebahagian daripada negara Vietnam yang terdapat bandar-bandar Da
Nang dan Nha Trang. Kesan-kesan Cham yang tinggal kini hanyalah rumah-rumah berhala sepi
yang penuh misteri yang di kenali sebagai Menara Cham ('Cham Towers').

Kehilangan negara atau kerajaan Champa dari bumi ini seolah-olah merupakan satu
keganjilan kerana yang tinggal hanyalah warisan-warisan sejarah dan keturunan yang
berselerak. Apakah agaknya bala yang telah diturunkan ke atas mereka sehingga
menjadi seakan-akan negaranegara yang dihancurkan ('Perished Nations') yang
disebut dalam Al-Quran. Ke mana perginya keturunan mereka?

Siapakah Kaum Cham?


Mengikut sejarah Cham, kebudayaan Hindu lebih terserlah di kalangan kaum Cham disebabkan
mereka merupakan kaum pedagang dan pelaut yang mempunyai sejarah perhubungan yang
lama dengan India dan Jawa. Kedua-dua negara tersebut adalah pusat agama Hindu.

Orang-orang Cham berbahasa Malayo-Polynesian (Austronesian) berbeza dengan jiran-jiran


mereka (Khmer dan Vietnam) yang berbahasa Mon-Khmer atau Austroasiatic. Dari segi
perbandingan bahasa pula bahasa Cham lebih mirip kepada bahasa-bahasa di kepulauan
Nusantara dan Pasifik terutamanya bahasa-bahasa yang dipertuturkan di Malaysia, Kalimantan,
Sumatera, Java, Bali dan di kepulauan Indonesia lain di Lautan Pasifik.

Bahasa, Perawakan kaum Cham


Bahasa Cham dipertuturkan juga di kawasan pergunungan di Banjaran Annam atau kawasan
pergunugnan Troung Son. Suku orang-orang bukit seperti Chru, Ed ꬠ Hroy, Jörai, Rhade (Koho),
dan Raglai menggunakan bahasa yang banyak persamaan dengan bahasa Cham. Dengan sebab
ini mereka juga diiktiraf juga sebagai orang-orang Cham.
Dari segi perawakan pula, kaum Cham lebih mirip kepada keturunan Melayu dan Jawa
dan ada teori-teori bahawa asal mereka adalah pendatang dari tanah-tanah tersebut.
Malahan terdapat persamaan adat di antara orang Cham dan orang Pagar Ruyung atau
Minangkabau, di mana kaum perempuan mempunyai kuasa adat dan perwarisan
(matriarchal system), yakni keturunan menurut garis Ibu, sebagai salah satu ciri khas
kebudayaan. Sistem materilinial ini telah membawa konsekwensi kepada budaya
meneroka atau berkelana yang selalunya diamalkan oleh kaum lelaki.

Maka.. Sudin terdiam sebentar. Dia punya teori tersendiri. Melayu itu mungkin perlu disamakan
dengan Arab juga. Kaum Arab bermula daripada Nabi Ismail dan Nabi itu tidak boleh dikatakan
Arab. Jalur keturunan zuriat Nabi Ismail turun kepada seorang lelaki bersama Adnan. Maka
keturunan Adnan ini digelar Adnaniyyun. Di situlah 'turning point' kepada lahirnya bangsa Arab
sehingga ke hari ini.

"Mungkin Melayu ini berasal daripada seorang lelaki yang memiliki sifat terpuji bagaikan nabi
dan rasul juga?" getus hati Sudin lagi, menyusun postulatnya yang tersendiri. "Kemudian, zuriat
itu turun kepada 'Adnaniyyun' Melayu, dan dari situlah mula berkembangnya Melayu di
Champa?"

Nantilah, dia akan menyusun postulat-postulatnya yang tersendiri berhubung silsilah Melayu,
Ketuanan Melayu. Sama ada ada orang menolak semua postulatnya kelak, itu hal kedua. Sudin
membaca catatan berikutnya secara melompat-lompat..

..Ada pula pendapat bahawa orang-orang Aceh adalah daripada keturunan orang Cham. Dalam
perkembangan agama meskipun Hindu Brahmana menjadi agama rasmi kerajaan Champa,
terdapat juga perkembangan dan pengaruh agama Buddhisma Mahayana.

Dalam sejarah Champa, perhubungan dan pertalian antara Champa dan kerajaan-kerajaan di
Indonesia, seperti Sri Vijaya atau Majapahit adalah berdasarkan kepada agama Hindu yang
menjadi kesamaan antara mereka. Dan perhubungan dengan Sailendra (di Jawa Tengah) pula
adalah di atas pertalian agama Buddhisma Mahayana yang pada ketika itu berpusat di
Borobudur. Kerajaan Baru Champa di Panduranga, adakah ini kerajaan Islam Champa?
Dengan kejatuhan Vijaya pada 1471 maka ibu negara Champa berpindah untuk kesekian kalinya
dan kali ini ke Panduranga. Mengikut sejarah, semenjak perlantikan Po Tri Tri sebagai raja untuk
keseluruh Champa dan dengan perpindahan beliau ke Panduranga maka bermulalah
perkembangan Islam secara besar-besaran di Champa.

Bahasa Sanskrit yang selama ini menjadi bahasa rasmi Champa juga tidak digunakan lagi.
Semenjak era inilah Champa bertukar corak. Tidak pasti sama ada Champa terus menerus
diperintah oleh raja Islam sehingga kejatuhannya ke Vietnam, akan tetapi berdasarkan kepada
keunikan sistem pentadbiran yang diamalkan di Champa di mana terdapat pelbagai kerajaan
dalam satu wilayah pada masa yang sama, maka berkemungkinan bahawa ada raja-raja Islam
yang memerintah Champa pada zaman tiga abad selepas kejatuhan Vijaya.

Mengikut rekod sejarah Johor, pada 1594 kerajaan Champa telah menghantar bala tenteranya
untuk membantu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Sultan Johor (memerintah: 1571 ? 1597)
dalam peperangannya dengan Portugis. Daripada rekod-rekod Belanda pula terdapat catatan
bahawa perhubungan baik antara Kerajaan Melayu Johor dan Champa wujud pada 1607, iaitu
sewaktu Champa di bawah pemerintahan Po Nit dan Johor pula di bawah Sultan Alauddin Riayat
Shah II (memerintah: 1597 ? 1614). Ini tak mungkin berlaku sekiranya tidak ada
persamaan atau ikatan yang kuat antara kedua negara tersebut. Apakah asas
setiakawan antara mereka? Adakah kerana mereka menganuti agama yang sama atau
disebabkan oleh persamaan rumpun bangsa?
Daripada rekod-rekod yang terdapat di Belanda pula, terdapat maklumat yang meperkukuhkan
pendapat bahawa pada tiga abad tersebut, Raja Champa adalah terdiri daripada raja yang
beragama Islam dan Bahasa Melayu pula digunakan dengan meluas di Champa. Terdapat
sepucuk surat yang dikirimkan oleh Raja Champa pada 1680 kepada Penguasa Syarikat Dutch
East Indies ('VOC') di Betawi, dalam bahasa Melayu.

Raja Champa sewaktu itu, Po Saut, di dalam surat tersebut telah menggelarkan dirinya sebagai
'Paduka Seri Sultan'. Dengan gelaran ini sebagaimana yang diterangkan, besar kemungkinan
bahawa kedudukannya adalah sebagai 'Raja kepada Raja-raja di Champa'! Pada zaman itu,
pengaruh Bahasa Melayu di negara-negara pesisiran pantai di Asia Tenggara sungguh
meluas sehinggakan Raja Kemboja juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa
diplomatik dalam perhubungan surat menyuratnya dengan pihak-pihak Portugis dan
Belanda.

Kelantan ada kaitan Champa?


Ini satu kemungkinan sekiranya berdasarkan kepada kewujudan pertalian antara Kelantan dan
Champa semenjak dahulu kala. Di Kelantan terdapat nama-nama yang ada kaitan dengan
Champa seperti Pengkalan Chepa, Kampung Chepa dan Gong Chepa; dan nama-nama pakaian
dan perhiasan seperti tanjak Cepa, kain tenun Cepa, sutera Cepa, sanggul Cepa dan keris Cepa.
Masjid Kampung Laut, yang merupakan antara masjid yang tertua di Malaysia juga dipercayai
dibina oleh orang-orang Champa yang singgah di Kampung Laut dalam perjalanan ke Demak di
pulau Jawa pada awal abad ke-16.

Malahan ada sebuah hikayat Cham yang bertajuk Nai Mai Mang Makah (Puteri dari [Serambi]
Mekah) yang meriwayatkan tentang seorang puteri diraja Kelantan (Serambi Mekah) yang
datang ke Champa untuk mengajak seorang Raja Champa kepada Islam.

Garisan Zaman ('Timeline') Champa


Abad ke-2M = Lin Yi wujud sebagai Negara Kaum Cham di bawah pemerintahan Sri Mara.

Abad ke-3M = Kerajaan Lin Yi (L⭭Âp) dicatat dalam Sejarah China. Lin Yi menyerang Viet Nam
and China Selatan pada tahun 248.

Abad ke-5M = Penyatuan lima wilayah Cham iaitu Indrapura (Lin Yi), Amravati (Quang Nam),
Vijaya (Binh Dinh), Kauthara (Nha Trang) dan Panduranga (Phan Rang) sebagai Negara Champa
di bawah pemerintahan Raja Bhadravarman I.

543 = Champa menyerang Viet Nam tetapi telah dikalahkan oleh Pham Tu, Panglima kepada
Raja Ly Bon.

982 = Tentera Ðai Viet di bawah Ly Thuong Kiet menyerang dan mengundurkan sempadan
Champa sehingga ke selatan Hoanh Son (Thanh Hoa)

1069 Raja Ly Thanh Tong mengepalai serangan Ðai Viet ke atas Champa; menjarah Vijaya dan
menahan Raja Rudravarman III (Che Cu) sebagai tebusan untuk penukaran tiga wilayah iaitu
Dia Ly, Ma Linh dan Bo Chanh (kini dikenali sebagai Quang Binh dan Quang Tri)

1307 = Puteri Vietnam Huyen Tran berkahwin dengan Raja Jaya Sinhavarman III (Che M⮩, dan
sebagai 'dowry' telah diserahkan dua wilayah iaitu O dan Ly.

1370 = Raja Che Bong Ng⠢erkali-kali menyerang dan menjarah Thang Long (Ha Noi). Che Bong
Ng⠭ati dibunuh dalam peperangan yang lain pada 1382.
1402 = Ðai Viet menyerang Champa. Ho Quy Ly memaksa Raja Campadhiraya untuk
menyerahkan Indrapura (Quang Nam) dan wilayah Amaravati (Champa Utara) kepada Ðai Viet.

1471 = Tentera Ðai Viet dibawah pimpinan Raja Le Thanh Tong menawan dan menghancurkan
Vijaya. Ðai Viet menduduki kawasan yang baru dirampas ini dan menjadikan kawasannya
jajahan baru sebagai wilayah Thang Hoa, Tu Nghia dan Hoai Nhon.

1578 = Panglima Nguyen Hoang merampas kawasan Champa di Phu Yen.

1611 = Champa menyerang Ðai Viet dalam usahanya untuk merebut kembali Binh-Dinh, tetapi
gagal.

1653 = Champa melancarkan serangan ke atas Ðai Viet sekali lagi dan gagal. Batasan sempadan
selatan Ðai Viet meluas sehingga ke Cam-Ranh.

1653 = Panglima Nguyen Phuc Tan menawan wilayah Kauthara dan membesarkan sempadan
Ðai Viet ke selatan sehingga ke Cam Ranh.

1692 = Panglima Nguyen Phuc Chu merampas wilayah saki baki Champa yang lain dan
menjadikan mereka sebagai wilayah jajahan dalam Tran Thuan Thanh.

1832 = Raja Ðai Viet, Minh-Menh menjatuhkan Raja Champa yang dilantik oleh Ðai Viet dan ini
menandakan pengakhiran kepada Champa sebagai satu wilayah khusus untuk orang Cham.

1833 - 1834 = Pemberontakan Katip (Khatib) Sumat (seorang Muslim) untuk merampas kembali
wilayah Champa dari Ðai Viet tetapi gagal.

1834 - 1835 = Pemberontakan Khatib Ja Thak Va (juga seorang Muslim tetapi bermazhab
Syi'ah) untuk menyambung perjuangan Katip Sumat menentang Ðai Viet. Juga gagal.

Setelah membaca laporan ini, sedikit sebanyak Sudin tahulah juga hubungan dan kaitan batu
bersurat di Pengkalan Kempas Negeri Sembilan itu. Ada tertera padanya kalimat bismillah ir
rahman ir rahim dalam tulisan Jawi, juga ada tulisan Pali atau Kawi, seiras dengan tulisan-tulisan
di surat-surat raja-raja Champa.

Setelah membaca dan menulis laporan ini, Sudin rasa sedikit tenang hatinya. Maklumlah dia
terpaksa bertolak seorang diri dan dia tidak pernah tahu apa rancangan Tuhan terhadapnya di
sana dan seterusnya.

Kalaulah dengan tiada bekalan yang cukup di dunia yang baru baginya, sudah terasa debaran
memuncak di dada. Kalau bekalan di akhirat, adakah Sudin rasa sudah mencukupi.
Mengenangkan hal ini, dia selalu rasa risau dan gundah gulana.

10.00 p.m, 6 Disember


Sekolah Pemikiran Kg Baru _

You might also like