You are on page 1of 21

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Sejarah
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di
kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar
bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan
tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas. Di Malaysia
pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah
Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak
buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di
Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar
“lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira
pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk
kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila
buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah
Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan
pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta,
pekak, dan bermasalah pembelajaran.

Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan Khas

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi


setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand
yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang
upaya menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk
menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang
kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-


kanak Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu

3
mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut
kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin.
Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta
Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa;
“sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang
khas untuk muridmurid yang kurang upaya”.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar


Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa
kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan
Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya
kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan
kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan
sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30


Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara
Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing
mengenai kanakkanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat
selain daripada Kementerian Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan,
Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa
ini menetapkan:

 Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-


kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-
kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

4
 Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap
pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal
sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik.

 Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di


peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam
keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan
dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan
Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:
Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak
sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri
Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada
masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk
menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk
keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak
berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19
tahun. 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh
melalui peraturan-peraturan menetapkan:

 Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan


keperluan murid yang menerima pendidikan khas.
 Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan
khas
 Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang
sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.
 Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu
bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di
sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di
mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri
suaimanfaat.

5
Jabatan Pendidikan Khas

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang
diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang
dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit
ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang
Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober
tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas
yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan
Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh
negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan
Khas. Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan
kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama
yang menyebabkan berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf
Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

 Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar


dengan keperluan Khas.
 Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar
dengan keperluan khas.
 Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar
dengan keperluan khas.
 Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang
mencukupi dan terkini.
 Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang
pendidikan khas.

Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas


terbahagi kepada tiga bahagian dan satu unit:

6
(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar
Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan
pendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai
pendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuat
perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.

(b) Bahagian Pengurusan Sekolah


Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola
dan menyelaras kurikulum dan kokurikum.

(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu


Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru
danmemberi khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di
samping merancang, mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan
sekolah, dan mencetak bahan sokongan (seperti bahan Braille).

(d) Unit Pengurusan


Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui
perbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan
perkhidmatan warga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan
media elektronik.

Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua


Pendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk
murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan
menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa

7
inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun,
manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5
tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada
peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan
(Jabatan Pendidikan Khas, 2004, Kementerian Pendidikan Malaysia, Terdapat
enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25
sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar
di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding
dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran.
Terdapat kira-kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah
penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar
bermasalah pendengaran di seluruh negara. Secara umum, pada tahun 2002
daripada jumlah pelajar yang mengikuti program pendidikan khas yang
dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, 70% terdiri daripada pelajar
bermasalah pembelajaran, 25% bermasalah pendengaran dan 5% bermasalah
penglihatan.

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Setakat ini kita perbincangan kita telah bertumpu kepada usaha-usaha


Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas. Selain
Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan
atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat
setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa ‘Tahun
Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata pelbagai
pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran
daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar
di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang

8
memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan
kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan
penyediaan pendidikan khas ialah:

 Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang


menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di
antara umur 2-16 tahun.
 Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak
berkeperluan Khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
 Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal
bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-
kanak diantara umur 6-16 tahun.
 Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation)
yang komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan
ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini
mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down
di merata tempat dalam Malaysia.

PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA

Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan


pendidikan khas di barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu
mendapat perhatian. Namun, berbanding di Malaysia perkembangan dan
pembangunan di negara barat lebih cepat dan maju. Perbincangan seterusnya
difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapat membandingkan
perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di Malaysia. Di
Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta
Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975
diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978
merancakkan perkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut
mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya

9
amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam
pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap
pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan
penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai
perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangan dan pembangunan
pendidikan khas di Amerika dan di Britain.

Pendidikan Khas di Amerika Syarikat

Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat


anugerah pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah
menengah. Beliau telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana
muda dan kini bekerja walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael
terdiri daripada ramai orang kurang upaya yang berjaya akibat daripada
kelulusan undang-undang terkenal pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber, 1975
Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang
dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat
(Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin
bahawa setiap individu diantara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima
pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang
perkembangan intelek mereka.

Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika


Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak
serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta
keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya
dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana
pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia
tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap
sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas. Pada tahun 1990,
Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggi. Undang-

10
undang ini menunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi.
Antara yang ditekankan ialah:

 Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang


sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and
appropriate public education). Hal ini bermakna tidak ada sebarang
bayaran dikenakan ke atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan
mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada
sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah
dan kanak-kanak ini.

 Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang


tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the
least restrictive environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak
ada pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam
pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam
sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa. Pendidikan
bercorak sebegini dikenali sebagai “pendidikan inklusif”.

 Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak


diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination
in testing). Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara.
Namun dengan terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas
kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada
kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau
kekurangan mereka.

 Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan


pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa
yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam

11
merancang dan menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak
mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu


guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu
bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi
membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas
dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah
dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas.
Dalam hal ini konsep ‘kolaboratif’ dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep
yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama
dalam merancang pendidikan murid-murid khas.

Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang


pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-
kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di
Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-
kanak pekak, buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah
biasa. Oleh kerana IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih
200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika
Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas
dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar
kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masingmasing yang
dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam
kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama
dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana
pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebih
khusus. Melalui akta ini juga konsep ‘pendidikan untuk semua’ dan
‘pendemokrasian pendidikan’ diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan
anak-anak mereka. Di samping itu konsep ‘kolaborasi’ dalam pendidikan yang

12
membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan
masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas
panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.

Pendidikan Khas di Britian

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat


Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.
Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi
perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun
cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta
merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan
khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta
pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. umpamanya, sebelum laporan ini
dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah
berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar
di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul
dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep
percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa
yang dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan.

Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak


berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul
dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke
hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam
melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan
kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala
Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan
pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan
membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini
dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu,

13
diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas
mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan
membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi
bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanakkanak
berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai
pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-
kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu
kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa
dalam sekolah dan kelas yang sama.

Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989)


tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal
ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait
rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh
kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

PERANAN KELUARGA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Selain guru dan pihak sekolah, keluarga juga memainkan peranan penting
dalam pendidikan khas. Kini, lebih ramai guru berpendapat bahawa penglibatan
ibu bapa adalah mustahak untuk menjayakan pendidikan khas. Ibu bapa pada
seorang kanak-kanak kurang upaya sudah tentu mengetahui dengan mendalam
tentang anak mereka. Mereka mempunyai banyak maklumat tentang ciri-ciri
kurang upaya anak mereka. Oleh itu, adalah sangat berfaedah sekiranya guru
melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak mereka. Pada suatu ketika dahulu,
tugas mendidik kanak-kanak berkeperluan khas diserahkan kepada sekolah dan
guru pendidikan khas. Ibu bapa tidak terlibat dan pihak sekolah pun tidak
menggalakkan campur tangan keluarga dalam pendidikan anak mereka. Ibu
bapa juga berpendapat bahawa pihak sekolah yang serba mengetahui dan
biarlah guru yang mendidik anak mereka. Lagipun, guru adalah seorang pakar

14
dan ibu bapa tidak begitu arif tentang strategi dan kaedah pendidikan khas walau
pun merekalah yang paling rapat dengan anak mereka. Sejak tahun 80-an
peranan ibu bapa telah berubah. Peranan ibu bapa yang dahulunya pasif telah
berubah kepada penglibatan aktif dalam perkembangan anak mereka. Kini
kolaborasi di antara ibu bapa, pelajar kurang upaya dan guru pendidikan khas
digalakkan.. Program pendidikan khas tidak hanya bertumpu kepada pelajar
sahaja tetapi seluruh keluarga pelajar berkenaan termasuk ibu bapa, adik-
beradik, nenek dan datuk. dan keluarga dalam pelaksanaan Pendidikan Khas
Menurut Gargiulo dan Gaves (1991), untuk menggalakkan penglibatan keluarga
dalam pendidikan anak mereka, pihak sekolah dan guru pendidikan khas perlu
mengambil langkah-langkah berikut:

Menerangkan Istilah Penting kepada Ibu Bapa


Ramai ibu bapa tidak ada pengalaman dengan kanak-kanak berkeperluan khas.
Ia mungkin merupakan pengalaman pertama dengan seorang anak kurang
upaya. Contohnya, konsepsi mereka terhadap kerencatan mental atau kurang
upaya penglihatan berlainan daripada konsepsi seorang profesional seperti guru
pendidikan khas. Oleh itu, pihak sekolah perlu menerangkan kepada ibu bapa
tentang ciri-ciri kurang upaya yang dihadapi oleh anak mereka serta istilah-istilah
yang kerap digunakan (contohnya penglihatan terhad, intervensi awal,
kompetensi sosial, perkembangan motor dan sebagainya)

Mengambil Kira Perasaan Ibu Bapa


Lazimnya, ibu bapa akan berasa kecewa dan mempunyai perasaan negative
apabila mengetahui bahawa anak mereka adalah pelajar kurang upaya. Ahli
professional seperti guru pendidikan khas hendaklah meyakinkan ibu bapa
bahawa tidak salah mereka mempunyai perasaan sedemikian dan anak mereka
boleh berkembang dengan asuhan yang teratur. Contohnya:
“Mengapa anda menyalahkan diri sendiri?”
“Ini bukan salah anda”
“Anak anda berkemampuan untuk lebih maju”

15
Mendengar Apa yang Dikatakan oleh Ibu Bapa
Jika guru pendidikan khas ingin mengetahui pemikiran dan perasaan ibu bapa,
dia perlu mendengar apa yang diluahkan oleh ibu bapa berkenaan anak mereka.
Dengan ini, dia dapat mencari jalan untuk meyakinkan mereka tentang masa
depan anak mereka.

Memberi Maklumat kepada Ibu Bapa


Guru perlu sentiasa berkomunikasi dengan keluarga anak yang diajar. Ibu bapa
perlu diberitahu tentang prestasi yang dicapai oleh anak mereka dan tunjukkan
bahawa guru mengambil berat tentang anak mereka dan ingin bekerjasama.

Meyakinkan Ibu Bapa


Guru hendaklah meyakinkan ibu bapa iaitu pihak sekolah ingin membantu anak
mereka merealisasi potensinya. Ibu bapa perlu menganggap guru sebagai
sahabat yang ingin bekerjasama membantu anak mereka menguasai
pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan individu yang berdikari. Dalam
usaha memupuk kerjasama di antara pihak sekolah dan keluarga, guru harus
sedar bahawa hubungan dengan ibu bapa mungkin berbeza tertakluk kepada
latar belakang keluarga. Ibu bapa berpelajaran rendah mungkin lebih berhati-hati
berinteraksi dengan guru berbanding dengan ibu bapa berpelajaran tinggi. Oleh
itu, guru harus sabar dan mengambil kira perbezaan kepercayaan dalam usaha
mendidik kanakkanak berkeperluan khas atau kurang upaya.

PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KANAK-


KANAK PENDIDIKAN KHAS

Kementerian Pelajaran Malaysia


Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan
melalui:

16
 Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran.
 Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran
dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa
rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan


Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab
terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-


sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum
kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti
kokurikulum seperti murid biasa.

Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas


mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali
mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.

Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran


Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni
Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas
Vokasional.

17
Program Pendidikan Pemulihan Khas:

 Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas


Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan IPP3M
(Instrumen Penentu penguasaan 3M). IPP3M terbahagi kepada IPP3M 1
(bagi kegunaan murid tahun 1) IPP3M 2 (bagi kegunaan murid tahun 2)
dan IPP3M 3 (bagi kegunaan murid tahun 3).
 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan
system pengasingan sementara.

Syarat kemasukan murid ke program di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

 berumur tidak kurang dari 5 tahun (Program Prasekolah di Sekolah


Pendidikan Khas)
 berumur 6+ hingga 14+ tahun (Program Pendidikan Rendah di Sekolah
Pendidikan Khas)
 berumur 13+ hingga 19+ tahun (Program Pendidikan Menegah di Sekolah

Jabatan Kebajikan Masyarakat


 Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk
mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan /
program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi
awal. Kad Kenal Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan
kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan
mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.
 Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU
membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota
tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan
adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti
kehidupan harian.

18
 Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan
dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan
bagi menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian.
Peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700.
 Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU
terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau
orang lain, dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi
keperluan asas kehidupan.
 Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang
pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel
Terlindung seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di
13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.
 Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan
MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada
OKU anggota, berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang-
kurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus
ditawarkan seperti komputer dan kesetiausahaan, jahitan dan rekaan
fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan komputer, pendawaian
lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.
 Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) - Latihan
Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga
ke tahap sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing.
Perlindungan dan jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami
kecacatan yang teruk. Aktiviti dijalankan ialah latihan pemulihan
kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas akademik tidak formal,
pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.
 Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam
pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam
keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU
menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan

19
berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran
motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa,
perkembangan sosial, pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan
rekreasi.

Kemudahan dan keistimewaan yang disediakan bagi orang kurang upaya:

 Kemudahan Pendidikan - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian


Pendidikan menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak kurang upaya.
Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui
program integrasi di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran
pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang
mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah
kelolaan Kementerian Pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan
mendapat elaun bulanan.
 Kemudahan Pengangkutan Awam - Antaranya MAS memberi tambang
murah.

Kementerian Kesihatan Malaysia


Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja,
Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran,
Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan psikologi.

Carta Alir Perkhidmatan Kesihatan

Langkah 1 : Penilaian Awal


Penilaian awal dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis
ketidakupayaan kanak-kanak. Dapatkan penilaian oleh pengamal perubatan di
klinik kesihatan / klinik pakar kanak-kanak / klinik pakar perubatan pemulihan.

20
Langkah 2 : Pengesahan Ketidakupayaan
Pengesahan dalam ‘Borang Pendaftaran & Cadangan Penempatan Kanak-
Kanak Dengan Keperluan Khas’. Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya
perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat
bantuan / perkhidmatan kebajikan.

Langkah 3 : Penilaian Khusus Oleh Pasukan Multidisiplin


Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat
penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya. Pasukan multidisiplin terdiri
daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan,
pegawai pemulihan pendengaran, pakar psikologi klinikal, pakar kaunseling dan
pegawai pemakanan.

Langkah 4 : Perancangan Rawatan

Langkah 5 : Perlaksanaan Rawatan

Langkah 6 : Rawatan Susulan dan Penilaian Semula


Penilaian semula bagi penempatan sebenar pra-sekolah / sekolah khas / sekolah
vokasional

Langkah Selanjutnya :
Kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan Jabatan
Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kanak-kanak yang mempunyai masalah yang
serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada
Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

21
KESIMPULAN

Pendidikan Khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang


disediakan untuk murid berkeperluan khas. Bidang ini sedang berkembang pesat
seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. Selain perkhidmatan di
Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Pendekatan
Pendidikan Inklusif juga dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi
memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang
diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal
bagi kanak-kanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar
‘Pendidikan Wajib’ dan ‘Pendidikan untuk Semua’ yang kini menjadi asas
perkiraan dalam perancangan pelaksanaan pendidikan khas di Malaysia.
Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi
perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan
khas. Kertas ini membincangkan komitmen dan peranan guru aliran perdana
dalam menangani murid berkeperluan khas berdasarkan dapatan kajian-kajian
empirikal yang telah dilaksanakan di negara ini dan kajian rintis yang sedang
dijalankan di beberapa sekolah tertentu.

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif


antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini,
murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi
yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep
kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta
gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan (rejection)
daripada ibu bapa atau keluarga kerana kecacatan atau déficit yang ada dan
kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau masyarakat menyebabkan
murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid berkeperluan khas,
perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan
yang sangat diminatinya. Guru perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk
berubah.

22
Rujukan

Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic
Press: USA.

Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers’ Attitude to


Change. PhD thesis. University of Exerter. Unprinted. 10

Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan
keberkesanan program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding
Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua.
m.s 83-86.

Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive


Settings. PhD thesis. University of Warwick. Unprinted.

K.A.Razhiyah (2005). Menjadi Guru Pendidikan Khas. PTS Professional


Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

23

You might also like