You are on page 1of 75

Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

NAMA BUKU : Buku Panduan Badan Dakwah Di Sekolah Menengah


TERBITAN : Penerbitan At-Taqwa
MUKA SURAT :
DIKARANG DAN DISUSUN OLEH :
AL-USTAZ FAHRUL IRFAN BIN ISHAK BIN JOHARI
1, BAKAWALI 33 TAMAN JOHOR JAYA,
81100, JOHOR BAHRU JOHOR,
WEST MALAYSIA.
07-3541035
atau
AT-TABBAKH BUILDING,
OMAR TUSUN STREET,
DAMANHUR, BUHAIRA,
REPUBLIC ARAB OF EGYPT.

PENAUNG : PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM)

CETAKAN PERTAMA 1420 HIJRAH/ 2000

HAK CIPTA TERPELIHARA : TIDAK DIBENARKAN MENCETAK,


MEMPHOTOSTAT, MENYALIN, MENYUNTING ATAU MENYELEWENG
UNTUK MAKSUD PERNIAGAAN DAN MAKSUD-MAKSUD LAIN YANG
MELANGGAR SYARAK DARIPADA MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI
TANPA IZIN DARIPADA PIHAK PENGARANG DAN PENERBITNYA.

REKA BENTUK – ASY-SYABAB

Kata-Kata Daripada Presiden PMRAM

1
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

ISI KANDUNGAN Muka


Surat

Setinta Kalam 5
Nasyid Rasmi BADAR 6
Buat yang tercinta…… 6
BAB 1
Dakwah Dan Pelajar
Mukadimah 7
Takrif Dakwah 7
Kewajipan Dakwah Serta Tuntutannya 8
Mengapa Remaja @ Pelajar 9
Sifat-sifat Asy-Syabab Daripada Hadis Rasulullah SAW 14
Pengertian Badan Dakwah 16

BAB 2
Organisasi Badan Dakwah

Tuntutan Berorganisasi Dalam Islam 17


Asas-asas Berorganisasi 18
Konsep Berorganisasi 18
- rukun bai’ah 21
Marhalah Ukhuwwah 23
Organisasi Badan Dakwah Serta Unit-Unit Kecil 25
Jawatankuasa Tertinggi. 25
Jawatan Kuasa Serta Unit-unit Kecil 25
Biro Usrah 25
Pengertian usrah 25
sejarah usrah 26
rukun usrah 26
unit silibus 27
unit modul 28
Biro Tamrin 28
unit protokol 28
unit disiplin 29
Biro Perhubungan Luar 30
unit Institut Pengajian Tinggi (IPT) 30
unit umum 30
unit sekolah 30
Biro Penerbitan dan Publisiti 30
unit majalah 30
unit risalah dan artikel 31
unit siber 31
Biro Ceramah 31
unit pidato dan khutbah 31
unit perayaah dan hari kebesaran Islam 31
Biro Kesenian 31
unit nasyid 31
hukum nasyid 32
unit pantomim 32
Biro Kebajikan 33
unit umum 33
unit pelajar 33
Biro Musalla dan Ibadah 33
unit kebersihan dan keceriaan 33
unit perpustakaan mini 33
Biro Khas
2
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Tanzim Jabatan Nuqaba’ dan Naqibat 33


Organisasi Yang Cemerlang 34
BAB 3 34
Masalah-Masalah Badan Dakwah

1. Bidang kuasa yang terhad


Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 35
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 35
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 35
Sekolah Menengah Agama @ Rakyat (SMA) 35
Sekolah Menengah Vokasional @ Teknik 36
2. Persaingan dengan badan atau persatuan yang lain. 37
3. Pelajar menyampingkan urusan badan dakwah dan 38
mengutamakan urusan sendiri 39
4. Ditentang oleh golongan yang kurang didikan agama
5. Ketandusan pelapis 39
6. AJK yang tidak menjalankan tugas 40
7. Tidak mampu menjadi contoh kepada pelajar lain 40
8. Kekurangan peruntukan untuk membuat program 40
9. Tarbiyah yang tidak seimbang antara fikriyyah, 41
jasadiyyah, ruhiyyah. 41
10. Keadaan fizikal dan ko-kurikulum sekolah yang
menghalang badan dakwah menjalankan program. 42
11. Usrah tidak berjalan dengan konsisten 43
12. Bertembung dengan kuasa pada pengawas atau ketua 43
pelajar.

BAB 4
Faktor-Faktor Kejayaan Badan Dakwah
45
1. Mempunyai dasar dan matlamat yang jelas 45
2. Struktur organisasi yang tersusun dan mantap 47
3. Mempunyai manhaj tarbiyah jelas (bersepadu dan berkesinambungan) 47
Manhaj umum 47
Manhaj asas 48
Manhaj pecahan 48
Manhaj khusus 49
Bentuk-bentuk program 49
4. Mempunyai marhalah tarbiyah 49
Marhalah Takrif 50
Matlamat 50
Tabi’ie 50
Tuntutan 50
Wasilah 50
Sifat-sifat 50
Marhalah Takwin 51
Tabi’ie 51
Sifat dan akhlak da’ie dan mad’u 51
Tujuan dan wasilah 52
a) Meletakkan kesesuaian sukatan yang tertentu 52
b) Meletakkan jawatan dan portfolio tertentu 52
c) Pembentukan yang lebih jitu 52
d) Disiplin 52
Marhalah Tanfiz 53
5. Ahli Yang Sedia Ditarbiyah 54
6. Sistem pengkaderan yang tersusun 54
3
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

7. Keselarasan antara Amal Jamaie dan Amal Ijtima’ie 55


Pengertian Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie 55
Perbezaan Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie

BAB 5
Ciri-Ciri Badan Dakwah Yang Cemerlang

7. 1. Syura 56
8. Prinsip asas syura 56
9. Perkara-perkara penting dalam syura 56
10. 2. Manhaj Tarbiyah Yang Mantap 57
11. 3. Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan 57
12. kesan-kesan tidak menjaga hazar 59
13. 4. Muhasabah 59
14. 5. Mengikuti Perkembangan Semasa (Fiqhul Waki’) 59
15. Pengertian Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa 59
16. Kaedah Membuat Kajian Fiqh Realiti 59
17. Disiplin Ilmu Ini 60
18. Faedah-faedah Fiqh Realiti 60
19. 6. Bersedia Menerima Perubahan 60
20. 7. Mempunyai Perancangan Jangka Pendek Dan Panjang 60

Kajian Kes 61

a) 1. Pertembungan antara pimpinan badan dakwah dan pengawas 61


b) 2. Gap antara pelajar bidang agama dan bidang sains 61
c) 3. Ahli Badan Dakwah yang terlalu ekstrim sehingga mad’u menjauhinya
d) 4. Puak thiqoh dan tak thiqoh 62
e) 5. Pertembungan Badan Dakwah dengan pihak yang mempunyai yang lebih 63
tinggi kedudukannya
f) 6. Ahli Badan Dakwah tidak pandai memimpin 64
g) 7. Wujudnya jamaah-jamaah tertentu 64
a) ABIM 65
b) JIM 65
c) PAS 67
d) Tabligh 68
69
Tips-tips Penting Sebagai Pimpinan Pelajar
70
Sifat-sifat seorang pemimpin
Psikologi Kepimpinan 70
70
Penutup
70
Lampiran-Lampiran
72
Lampiran 1
Lampiran 2 72
Lampiran 3 72
Lampiran 4 73
Lampiran 5 74
Contoh Perlembagaan Badan Dakwah 74
74

4
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Setinta Kalam.....

Alhamdulillah setelah beberapa tahun melibatkan diri di dalam arena dakwah


dan jamaah Islam, saya dapat menyiapkan sebuah buku panduan untuk para pelajar
khususnya mereka yang bergiat cergas dalam persatuan atau badan dakwah di
sekolah. Buku Panduan ini disusun dan dikarang dengan merujuk kitab-kitab Bahasa
Arab dan Bahasa Melayu dan digabungkan dengan pengalaman saya dan sahabat-
sahabat yang pernah berkecimpung dalam arena yang mencabar ini. Buku Panduan ini
lebih bersifat umum dan tidak mengkhususkan dakwah pada sekolah-sekolah tertentu.
Di samping itu, buku ini juga boleh digunakan untuk manfaat kepada persatuan atau
badan pelajar di sekolah kerana ia merangkumi asas-asas kepemimpinan,
berorganisasi dan methodologi dakwah untuk para pelajar. Di samping itu, buku ini
menampilkan sedikit pembaharuan dalam penulisan kerana diselitkan dengan bentuk
carta, jadual, gambarajah dan statistik untuk maklumat dan memudahkan pemahaman
terhadap isi yang disampaikan. Walaupun begitu, apa yang dipaparkan di dalam buku
panduan ini tidak melengkapi semua keperluan dan waq’ie setiap sekolah di seluruh
negara. Oleh itu, segala kekurangan Buku Panduan ini saya memohon maaf terhadap
para pembaca dan kemaafan ke hadrat Allah SWT yang menunjukkan saya untuk
berjuang di dalam perjuangan Islam.
Segala yang baik itu daripada Allah dan yang buruk itu disandarkan kepada diri
hamba-Nya yang lemah ini dan hakikat keduanya daripada Allah jua.

Wallahu’alam
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Fahrul Irfan Bin Ishak
Ad-Damanhuri
1 MEI 1999 / 16 MUHARRAM 1420
firfans@yahoo.com
al_hakeem@hotmail.com

5
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Nasyid Rasmi BADAR

Badan Dakwah Dan Rohani


Wadah Perjuangan Kami
Di Bumi Wakafan Yang Bertuah Ini
Moga Mendapat Restu Ilahi
Wahai Teman Yang Dikasihi
Bantulah Perjuangan Kami
Walau Sekadar Akhlak Yang Tinggi
Balasan Tuhan Pasti Menanti
Sahabat Seperjuanganku
Korbankan Jiwa Dan Ragamu
Demi Dakwah Yang Di Sanjung Tinggi
Agar Islam Bersinar Kembali
Wahai Generasi Dakwah
Runtuhkan Thaghut Jahiliyah Sezaman
Tegakkan Islam Atas Keruntuhan
Itulah Asas Perjuangan
Allah Matlamat Kami
Al-Quran Dan Sunnah Ikutan Kami
Jihad Di Jalan Allah Jalan Kami
Syahid Fi Sabilillah Cita-cita Kami.

Buat Yang Tersayang…..

Ayahanda dan Bonda


Kak Lin Dan Abang Yus
Arwah Chaie dan Ijam..
Sahabat-sahabat KI 95-98
Dan pejuang-pejuang Islam…

6
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

BAB 1
Dakwah Dan Pelajar
Mukadimah

Dewasa ini kita lihat pelbagai gejala telah melanda masyarakat dari pelbagai
sudut. Bermula daripada krisis sosial yang melanda masyarakat terutamanya golongan
muda, diikuti pula dengan krisis ekonomi dan akhirnya menjadi lebih besar kepada
krisis politik. Hal ini di sebabkan pelbagai kelemahan yang berlaku pada urusan
mengislah masyarakat. Suasana yang kurang menyenangkan ini perlu dibuat satu
perubahan.
Sebagai seorang pelajar muslim, kita kurang senang dengan senario yang
berlaku kini. Sebagai langkah asas, perubahan jangka panjang yang perlu kita
rencanakan ini perlu ada latihan asas dari segi teori dan praktik mudah di bangku
sekolah. Lantaran remaja kini juga ramai yang telah tenggelam dengan arus yang ada,
maka kita perlu melayari bahtera Islam untuk mengubah masyarakat dan negara pada
masa akan datang. Tidak lain dan tidak bukan asas tersebut ialah dengan
persatuan, badan dakwah atau pertubuhan yang wujud di sekolah-sekolah.
Justeru buku panduan ini, menghuraikan serba sedikit pergerakan pelajar di
sekolah dengan wasilah badan dakwah sebagai satu platform asas untuk
menggerakkan negara dan masyarakat pada masa akan datang. Semoga buku panduan
yang ringkas ini dapat diambil manfaat oleh para pelajar untuk ditatbiqkan di tempat
masing-masing, Insya’Allah.

Takrif Dakwah

Apabila kita membicarakan tentang dakwah ini, maka yang dimaksudkan


dakwah itu ialah segala risalah yang dibawa oleh Baginda SAW daripada segala
kandungan Al-Quran dan As-Sunnah. Sesungguhnya dakwah yang dibawa itu
merupakan agama, cara hidup dan nikmat yang sempurna di sisi Allah. Firman-Nya :

‫ومن يبتغى غير اإلسالم دينا فلن يقبل منه وهو فى األخرة‬
‫لمن الخاسرين‬
maksudnya: sesiapa yang mencari sistem hidup selain daripada Islam, maka tidak
akan diterima daripadanya dan mereka di hari akhirat tergolong daripada orang-orang
yang rugi. (Ali Imran 85)

Dakwah dari segi bahasa ialah mengajak, memberi semangat dan tunjuk ajar,
mempertahankan atau menetapkan sesuatu sama ada sesuatu itu benar atau batil.

Dakwah dari segi istilah yang dimaksudkan di sini ialah:

a) Mengasaskan masyarakat Islam seperti dakwah Rasul SAW yang bermula


daripada masyarakat jahiliyah kepada agama Allah SWT dengan menyampaikan
wahyu-Nya dan memberi peringatan tentang syirik.

7
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

b) Dakwah bagi mengislah dan memperbaiki masyarakat daripada sebarang bentuk


kesesatan, bid’ah, kemungkaran dan meninggalkan yang wajib.
c) Berterusan dengan dakwah terhadap kaum masyarakat dengan menpertahankan
kebenaran dengan menjaga kesejahteraannya dengan nasihat dan petunjuk yang baik
serta peringatan , pengajian dan penyucian.
Kewajipan Dakwah Serta Tuntutannya

Dakwah menjadi tuntutan kepada umat Islam yang baligh, berakal, mumayyiz
dan mampu melaksanakannya. Banyak dalil-dalilnya antaranya:
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 104 yang bermaksud:

‫ عن المنكر واولئك هم المفلحون‬q‫ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون‬
maksudnya: Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu ummah1 yang mengajak
kepada kebaikan, menyeru makruf dan mencegak kemungkaran dan mereka adalah
golongan orang yang berjaya. (Ali Imran 104)

Dalam hal ini juga Rasulullah SAW menjelaskan lagi dengan hadis Baginda
SAW:

ُ‫ال الصَّ اَل ة‬ َ َ‫صاَل ِة َمرْ َوانُ فَقَا َم إِلَ ْي ِه َر ُج ٌل فَق‬َّ ‫طبَ ِة يَوْ َم ْال ِعي ِد قَب َْل ال‬ ْ ‫ال أَ َّو ُل َم ْن بَدَأَ بِ ْال ُخ‬ َ َ‫ب ق‬ ٍ ‫ق ب ِْن ِشهَا‬
ِ ‫ار‬ ِ ‫يث أَبِي َس ِعي ٍد َر‬
ِ َ‫ ع َْن ط‬: ُ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنه‬ ُ ‫َح ِد‬
ُ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو ُل َم ْن َرأَى ِم ْنك ْم‬َ ِ ‫ُول‬ ‫هَّللا‬ ُ
َ ‫ضى َما َعل ْي ِه َس ِمعْت َرس‬ َ َ َ
َ َ‫ال أبُو َس ِعي ٍد أ َّما هَذا فَقَ ْد ق‬ َ ُ
َ َ‫ال قَ ْد ت ِركَ َما هُنَالِكَ فَق‬ ْ ُ ْ
َ َ‫قَب َْل الخطبَ ِة فَق‬
* ‫ان‬ ِ ‫ع فَبِلِ َسانِ ِه فَإِ ْن لَ ْم يَ ْست َِط ْع فَبِقَ ْلبِ ِه َو َذلِكَ أَضْ َعفُ اإْل ِ ي َم‬qْ ‫ُم ْن َكرً ا فَ ْليُ َغيِّرْ هُ بِيَ ِد ِه فَإ ِ ْن لَ ْم يَ ْست َِط‬
maksudnya:Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka
hendaklah diubah dengan tangan , seandainya tidak mampu maka dengan lidah dan 2

perkataan, sekiranya tidak mampu maka mesti mencegahnya dengan hati. Dan
mencegah atau benci dengan hati itu merupakan selemah-lemah iman. 3

Begitu juga dengan sirah para Nabi dan Rasul serta ulama-ulama yang masyhur.
Mereka menjalankan tuntutan dakwah ini dengan segala usaha dan pengorbanan
sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah ini. Tujuannya tidak lain
kecuali mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah serta melaksanakan
amanah sebagai pentadbir di muka bumi ini. Dalam usaha menjalankan dakwah ini,
mereka menerima pelbagai cubaan dan mehnah serta tribulasi hingga menggadaikan
nyawa mereka sendiri. Namun begitu mereka tidak merasa cemas, sedih atau
menyesal. Mereka yakin bahawa daripada usaha tersebut dan izin Allah, mereka akan
diganjari dengan pelbagai nikmat baik di dunia sekalipun dan lebih-lebih lagi di hari
akhirat kelak. Firman Allah SWT

‫…ومن أحسن قوال ممن دعا إلى هللا وعمل صالحا وقال أننى من المسلمين‬
maksudnya: Dan apakah kalam dan perkataan yang paling baik daripada mereka yang
mengajak kepada Allah dan beramal soleh dan menyatakan bahawa aku daripada
orang muslimin (Fussilat 33)

Justeru, kita perlu sedar bahawa tugas dakwah ini bukan suatu perkara yang
terasing dalam kehidupan kita sebagai pelajar. Ini adalah sunah kehidupan dan
menjadi tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini.

Mengapa Pelajar / Remaja ?

Apa makna remaja?


1
Ummah menurut Sayyid Qutub, Hasan Al-Banna, Said Hawa dan Yusof Al-Qaradhawi ialah Jamaah Islam
2
ada ulama yang berpendapat maksudnya kuasa, pemerintahan.
3
Hadis riwayat bukhari
8
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Remaja dalam bahasa Arab Ash-Shabbu bermaksud bermula, kuat, bertambah


dan meninggi. Dan ‫( شباب الشيء‬mulanya sesuatu) seperti dalam ayat ‫شباب النهار‬
(bermulanya hari siang) iaitu waktu pagi. 1

Dalam Kamus Dewan pula remaja bermaksud mulai dewasa, sudah akil baligh
dan sudah cukup umur untuk berkahwin.

Bermulanya remaja dan penghujungnya.

Peringkat remaja bermula apabila seseorang it sampai tahap baligh seperti


firman Allah :
‫وإذا بلغ األطفال منكم الحلم فليستأذنوا كما استأذن الذين من قبلهم‬
maksudnya: dan apabila anak-anakmu telah sampai umur baligh, maka hendaklah
mereka meminta izin, seperti orang-orang yang sebelum mereka meminta izin. (An-
Nur 59)

Hadis daripasa Saidina Ali Radiallahu Anhu, Rasulullah S.A.W bersabda

‫ عن النائم حتى يستيقظ وعن الصبي حتى يشب وعن المعتوه حتى يعقل‬: ‫رفع القلم عن ثالث‬
maksudnya: diangkat Qalam (taklif) daripada tiga golongan. 1- Mereka yang tidur
sehingga mereka jaga 2- mereka yang bayi hingga mereka baligh 3- mereka yang gila
hingga mereka berakal (waras) 2

Seseorang itu mencapai tahap baligh apabila ia telah bermimpi. Imam Syafi’ie
menyatakan seseorang lelaki itu sampai ke tahap baligh pada umur 15 dan bagi
perempuan pada umur 9 tahun. Ini dibuktikan dengan hadis-hadis baginda seperti:

‫يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج‬


maksudnya: wahai para pemuda, sesiapa di kalangan kamu yang mencapai peringkat
‘Ba’ah’ (kemampuan) maka hendaklah mereka berkahwin. 3

Hadis di atas menandakan apabila seseorang itu sampai tahap pemuda dan
selepas bermimpi, maka amat digalakkan agar berkahwin apabila mempunyai
kemampuan dan persediaan-persediaan tertentu.
Begitu juga hadis yang menyatakan tentang mendidik anak solat apabila sampai
umur sepuluh tahun. Apabila anak itu degil, maka boleh dipukul (sekadar mendidik)
seperti hadis Baginda SAW:

‫صاَل ِة َوهُ ْم أَ ْبنَا ُء َسب ِْع ِس ِنينَ َواضْ ِربُوهُ ْم َعلَ ْيهَا َوهُ ْم أَ ْبنَا ُء َع ْش ٍر َوفَرِّ قُوا بَ ْينَهُ ْم ِفي‬
َّ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ُمرُوا أَوْ اَل َد ُك ْم ِبال‬
َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬َ َ‫ق‬
‫اج ِع‬
ِ ‫ض‬
َ ‫ْال َم‬
maksudnya: Rasulullah SAW telah berkata: perintahkanlah anak-anak kamu untuk
mengerjakan solat pada umur tujuh tahun. Dan pukullah mereka sekiranya sudah
sampai umur sepuluh tahun (sekiranya degil) dan pisahkanlah tempat tidur mereka
(anak lelaki dan perempuan) 4

1
lisanul Arab Ibn Manzur
2
riwayat A-Turmizi dalam kitab Hudud.
3
Muttafaqun ‘Alaihi
4
hadis riwayat Abu Daud
9
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Secara kesimpulannya seseorang dinamakan pemuda itu bermula daripada


selepas baligh hinggalah berumur 40 tahun. Sebab dinamakan syabab di dalam bahasa
Arab yang bermaksud bermula, kuat, meninggi dan bertambah ialah kerana 2 perkara:

1. An-Nama’ iaitu bermaksud bertambah, meninggi dan meningkat.


2. Al-Quwwah iaitu bermaksud kekuatan kemampuan.

Di dalam Al-Quran Allah menyatakan penghujung peringkat pemuda ini dengan


firman-Nya:

‫حتى إذا بلغ أشده وبلغ أربعين سنة‬


maksudnya: sehinggalah umurnya sampai empat puluh tahun ( Al-Ahqaf 15)

Banyak ayat-ayat dan hadis- hadis yang menyatakan tentang golongan syabab
atau pemuda ini. Hal ini disebabkan beberapa perkara iaitu: 1

1. Golongan pemuda ini adalah pada peringkat permulaan di berikan taklif oleh Allah
SWT

Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali Radiallahu Anhu:

‫ حتى يعقل‬q‫ وعن الصبي حتى يشب وعن المعتوه‬q‫ عن النائم حتى يستيقظ‬: ‫رفع القلم عن ثالث‬
maksudnya: diangkat Qalam (taklif) daripada tiga golongan. 1- Mereka yang tidur
sehingga mereka jaga 2- mereka yang bayi hingga mereka baligh 3- mereka yang gila
hingga mereka berakal (waras) 2

Pada peringkat remaja dan pemuda inilah peringkat yang mudah untuk
memperolehi ilmu, kekuatan, kemampuan dan sebagainya untuk diberikan taklif
sebagai seorang mukallaf iaitu yang cukup syarat untuk menanggung segala titah
perintah Allah SWT dan menjauhi segala larangannya.

2. Peringkat remaja atau pemuda ini berada di dalam tempoh atau kawasan kekuatan
seseorang manusia itu.

Walaupun begitu, yang dimaksudkan remaja itu berada dalam tempoh kekuatan
bukanlah bermaksud kekuatan itu kekal terus menerus. Tetapi apabila seseorang
remaja itu sudah sampai pada tahap umur tertentu, maka kekuatan itu akan menurun
dan kembali semula menjadi lemah seperti umur bayi dan kanak-kanak seperti firman
Allah:

‫ق أَفَاَل يَ ْعقِلُون‬ ْ ‫َو َم ْن نُ َع ِّمرْ هُ نُنَ ِّك ْسهُ فِي ْال‬


ِ ‫خَل‬
maksudnya: Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan
umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat
ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya? (Yasin 68)

Dan firman-Nya lagi:


‫ق َما يَشَا ُء َوه َُو ْال َعلِي ُم ْالقَ ِدي ُر‬
ُ ُ‫ض ْعفًا َو َش ْيبَةً يَ ْخل‬
َ ‫ْف قُ َّوةً ثُ َّم َج َع َل ِم ْن بَ ْع ِد قُ َّو ٍة‬ َ ‫ْف ثُ َّم َج َع َل ِم ْن بَ ْع ِد‬
ٍ ‫ضع‬ َ ‫هَّللا ُ الَّ ِذي خَ لَقَ ُك ْم ِم ْن‬
ٍ ‫ضع‬
maksudnya: Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas
berkeadaan lemah itu Ia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Ia menjadikan kamu

1
rujuk kitab ( ( ‫النبوى فى دعوة الشباب‬ ‫المنهاج‬ Sulaiman Bin Qasim Al-Aid Darul ‘Asimah muka surat 28
2
riwayat A-Turmizi dalam kitab Hudud.
10
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

lemah pula serta tua beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah
jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (Ar-Rum 54)

Ibnu Al-Jauzi Rahimahullah pernah berkata berkenaan dengan ayat di atas :


“Yang dimaksudkan dengan lemah selepas tempoh kanak-kanak itu ialah pertukaran
kekuatan pada waktu muda kepada kelemahan pada waktu tua.”

Allah menjadikan selepas kelemahan pada waktu kanak-kanak kekuatan pada


waktu syabab, kemudian Dia menjadikan kekuatan syabab itu kembali lemah apabila
menjadi tua dan dewasa serta beruban.
Kekuatan yang dimaksudkan pada peringkat pemuda ini merangkumi semua
kekuatan seperti kekuatan jasmani, kekuatan pancaindera, kekuatan dalam beramal
dan bekerja serta kuat dalam memperolehi ilmu seperti kata-kata Imam Syafi’ie
Rahimahullah:
‫وال ينال العلم إال فتى … خال من األفكار والشغل‬
maksudnya: dan tidak memperolehi ilmu dengan sepenuh kekuatan kecuali golongan
pemuda, yang kosong minda mereka daripada memikirkan perkara yang berat-berat
dan sibuk dengan tugas-tugas.

3. Peringkat remaja atau pemuda ini ialah berada di sebaik-baik peringkat usia dan
kehidupan seseorang kerana terhimpun padanya kekuatan dan kecergasan. Begitu juga
ramai yang merasakan bahawa pada waktu muda inilah waktu hidup yang paling
seronok sehingga terkenang-kenang kenangan pada waktu tersebut dan seolah-olah
mahu kembali ke zaman itu. Ini digambarkan oleh penyair terkenal Abu Al-‘Atahiyah.

4. Peringkat remaja atau pemuda merupakan peringkat umur yang paling panjang.

Sesungguhnya umur bagi umat Nabi Muhammad SAW di antara 60-70 tahun
seperti hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

‫أعمار أمتي بين الستين إلى السبعين وأقلهم من يجوز ذلك‬


maksudnya: Umur bagi umatku antara 60-70 tahun1

5. Kepantasan memberi reaksi

Pada zaman muda ini merupakan pusingan yang menunjukkan golongan ini
mempunyai kekuatan dan kepantasan dalam memberi sebarang reaksi terhadap
persekitarannya. Ini dibuktikan seperti apa yang berlaki kepada pemuda Ashabul
Kahfi yang diriwayatkan oleh Al-Quran Al-Karim dengan firman Allah SWT:

‫إنهم فتية ءامنوا بربهم وزدناهم هدى‬


maksudnya: mereka adalah pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka lalu kami
tambahkan hidayah dan petunjuk kepada mereka. (Al-Kahfi 13)

6. Sesungguhnya peringkat remaja dan pemuda disifatkan sebagai tiang kepada


ummah. Ini disebabkan pada tempoh ini segala tenaga, pengorbanan dan sumbangan
boleh diberikan semaksimumnya.

Setelah kita mengetahui kewajipan dan tuntutan dakwah, timbul pula persoalan.
Adakah kita sebagai seorang pelajar atau remaja perlu terlibat dalam kancah ini?
Sedangkan dalam masa yang sama kita mempunyai kewajipan untuk belajar? Dalam
1
Hadis riwayat At-Turmizi
11
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

hal ini para pelajar perlu faham bahawa kedua-dua hal ini perlu dilihat dalam
perspektif yang berbeza. Persoalan belajar adalah persoalan kita mengukuhkan ilmu,
fikrah, jiwa serta apa-apa jua yang berkaitan dengan diri kita sendiri. Persoalan
dakwah pula adalah berkaitan dengan masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Lantaran suasana yang berlaku di sekeliling kita mendesak kita untuk menjalankan
tugas dakwah ini, maka kita sebagai pelajar tidak dapat tidak perlu melibatkan diri
secara langsung dengan kemampuan dan medan yang kita berada.
Sebagai pelajar dan remaja, perlu disedari hakikat bahawa kita merupakan
generasi masa depan yang akan menggantikan kepimpinan ummah yang wujud kini.
Lantaran kesedaran di atas dasar ingin membuat reformasi ke atas perkembangan
umat Islam yang berlaku kini, maka ia menuntut pengorbanan dan usaha dari seluruh
tenaga, masa dan material kita untuk menaikkan syiar Islam. Bagi menentukan maju
atau mundurnya sesebuah bangsa itu, maka kita hanya perlu melihat kepada
pemudanya. Sekiranya pemudanya hidup dalam keadaan yang leka, membuat maksiat
dan engkar dengan perintah Allah, maka cukuplah untuk kita melihat akan
kemusnahan bangsa. Namun, seandainya pemuda dan pemudinya sentiasa peka,
takwa dan beriman kepada Allah dan hari akhirat serta bersedia membuat perubahan,
maka kita akan dapat lihat bangsa tersebut akan dinaikkan darjat mereka di dunia dan
di akhirat. Itulah hakikat maksud kata-kata Imam Al-Ghazali tentang golongan
pemuda.
Tugas mendalami ilmu dan juga berpersatuan kedua-duanya tuntutan syarak.
Timbul pula persoalan apakah keutamaan daripada 2 tuntutan tersebut dalam tempoh
waktu muda ini? Jawapannya ialah kedua-duanya perlu diseimbangkan menurut
kemampuan seseorang. Hal ini disebabkan beberapa perkara:

a) Seseorang mempunyai kemampuan menuntut ilmu dan juga berpersatuan yang


berbeza. Apabila seseorang itu mempunyai kelebihan dari sudut mendalami ilmu,
maka ia perlu mengutamakan ilmu daripada hal persatuan. Pun begitu, tidak harus
baginya meninggalkan terus tuntutan berpersatuan kerana ia merupakan tuntutan
syarak dan semasa yang amat penting. Mungkin ada yang memberi alasan seperti
kata-kata Imam Syafi’e apabila seseorang itu sudah menjadi pemimpin, maka tiada
masa baginya untuk ilmu itu bukanlah satu dalil yang menjadi alasan kukuh untuk
tidak aktif atau memberi sumbangan seadanya kepada persatuan. Perlu dirujuk waq’ie
pada zaman para Tabi’in dan juga ulama’-ulama’ besar 5 kurun terawal disebabkan
mereka pada waktu itu masih berada di dalam daulah dan khalifah Islam yang mana
Al-Quran dan As-Sunnah sudah berada dalam puncak kekuasaan empayar Islam.
Justeru para ulama’ ketika itu tidak perlu kepada pengislahan yang serius dan besar
bagi menegakkan daulah Islam. Hal ini berlaku sebaliknya pada zaman para sahabat
di mana mereka terpaksa berhijrah dan melakukan pelbagai usaha, pengorbanan, ujian
dan cabaran bagi menegakkan negara Islam Madinah.

b) Namun begitu, jika seseorang itu mempunyai kelebihan berpersatuan dan


kepemimpinan, tidak harus juga baginya meletakkan persatuan itu segala-galanya
sehingga terabai tugas utama menuntut ilmu. Ini disebabkan tuntutan menuntut ilmu
adalah perkara yang qat’ie dan tertakluk kepada semua mukallaf tetapi bagi hal
persatuan, ia lebih tertakluk kepada golongan tertentu yang terpilih dan mempunyai
kelebihan tertentu. Walaupun begitu, bukanlah bermaksud pemimpin itu mesti
mempunyai jawatan atau portfolio dalam persatuan kerana manusia itu disifatkan oleh
Rasulullah sebagai pemimpin bagi setiap apa yang dipimpinnya.

Sabda Baginda SAW

12
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

ٌّ‫اب‬q‫ َّل إِاَّل ِظلُّهُ اإْل ِ مَا ُم ْالعَا ِد ُل َو َش‬q‫ال َس ْب َعةٌ ي ُِظلُّهُ ُم هَّللا ُ فِي ِظلِّ ِه يَوْ َم اَل ِظ‬َ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َق‬
َ ‫ ع َِن النَّبِ ِّي‬: ُ‫ض َي هَّللا ُ َع ْنه‬ ِ ‫يث أَبِي ه َُري َْرةَ َر‬ُ ‫َح ِد‬
َ َ‫مَال ف‬
‫قَال‬ ٍ ‫ب َو َج‬ ٍ ‫ص‬ ْ ُ َ ٌ َ ْ َ َ ‫هَّللا‬
ِ ‫اج ِد َو َر ُجاَل ِن ت ََحابَّا ِفي ِ اجْ تَ َم َعا َعل ْي ِه َوتَفَ َّرقَا َعل ْي ِه َو َر ُج ٌل َد َعتهُ ا ْم َرأة ذات َمن‬ ْ
ِ ‫ق فِي ال َم َس‬ ٌ ‫نَشَأ َ بِ ِعبَا َد ِة ِ َو َر ُج ٌل قَلبُهُ ُم َعل‬
َّ ْ ‫هَّللا‬
* ُ‫اضت َع ْينَاه‬ ْ َ َ ‫هَّللا‬ َ
َ ‫ق ِش َمالهُ َو َر ُج ٌل ذك ََر َ خَ الِيًا فف‬ ُ ْ ُ ُ َ ‫اَل‬ َّ
ُ ِ‫ص َدق ٍة فأخفاهَا َحتى تَ ْعل َم يَ ِمينهُ َما تنف‬ َ ْ َ َ َ َ ِ‫ق ب‬ َ ‫إِنِّي أَخَ افُ هَّللا َ َو َر ُج ٌل ت‬
َ ‫َص َّد‬
maksudnya: “7 golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari yang tiada
naungan selain naungan kecuali naungan-Nya iaitu pemimpin yang adil, pemuda yang
membesar dengan ibadah dengan Tuhannya, seorang lelaki yang hatinya terpaut
dengan masjid, dan 2 pemuda yang saling mengasihani bertemu dan berpisah kerana
Allah SWT, dan pemuda yang digoda oleh seorang wanita bangsawan dan cantik lalu
berkata “Sesungguhnya Aku takut kepada Allah SWT, dan pemuda yang bersedekah
sebelah tangannya hingga tidak diketahui tangan sebelah yang lain, dan pemuda yang
mengingati Allah seorang diri dan menggugurkan air matanya……”1

Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa betapa besarnya darjat pemuda yang
berjuang untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.Begitu juga kalau kita semak
kembali sirah perjuangan Rasul SAW, ramai di kalangan para sahabat terdiri daripada
pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Saad Bin Abi Waqqas, Ali Bin Abi
Talib dan ramai lagi. Mereka adalah pemuda-pemuda bagi membantu perjuangan
Rasul SAW terutamanya ketika Islam mula-mula ditegakkan.
Dalam suasana pengajian, kita tidak perlu memberikan alasan untuk tidak
bersama-sama menceburi dalam bidang dakwah ini. Bukan masalah masa yang tidak
cukup, ilmu yang masih tidak mantap, tidak yakin pada diri sendiri dan sebagainya
yang merupakan jawapan-jawapan yang sering diutarakan, tetapi perlu kita sedar
seandainya kita tidak berubah dari sikap lama kita dan tidak mengambil endah akan
hal ini, maka masyarakat dan negara akan dijajah dengan pelbagai bentuk penjajahan
yang baru.
Hakikat perjuangan Islam pada peringkat awal telah dibuktikan oleh generasi
muda yang menjadi tulang belakang Baginda sendiri. Ini dibuktikan dengan hadis-
hadis yang disabdakan oleh Rasul SAW tentang golongan syabab. Rasulullah
membentuk para syabab dengan pelbagai bentuk tarbiyah. Antaranya:

Sifat-sifat As-Syabab Daripada Hadis-hadis Rasulullah SAW

1. Dalam proses menyediakan generasi syabab untuk tetap beriltizam dan


beristiqomah dalam ketaatan kepada Allah serta tetap beribadah kepada-Nya dan
menerima dengan penuh keyakinan apa jua tanggungjawab yangtelah diberikan
kepada mereka, maka Rasulullah SAWtelah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan
oleh Syaikhan (Bukhari dan Muslim), iaitu:

‫َاص ٍم ع َْن أَ ِبي ه َُري َْرةَ ع َْن‬ ِ ‫ص ب ِْن ع‬ ِ ‫ال َح َّدثَ ِني ُخبَيْبُ بْنُ َع ْب ِد الرَّحْ َم ِن ع َْن َح ْف‬ َ َ‫ال َح َّدثَنَا يَحْ يَى ع َْن ُعبَ ْي ِد هَّللا ِ ق‬ َ َ‫ار بُ ْندَا ٌر ق‬
ٍ ‫َح َّدثَنَا ُم َح َّم ُد بْنُ بَ َّش‬
‫ق ِفي‬ ٌ َّ‫ال َس ْب َعةٌ ي ُِظلُّهُ ْم هَّللا ُ فِي ِظلِّ ِه يَوْ َم اَل ِظ َّل ِإاَّل ِظلُّهُ اإْل ِ َما ُم ْال َعا ِد ُل َوشَابٌّ نَشَأ َ فِي ِعبَا َد ِة َربِّ ِه َو َر ُج ٌل قَ ْلبُهُ ُم َعل‬
َ َ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم ق‬
َ ‫النَّ ِب ِّي‬
‫ق أَ ْخفَى‬ َ ‫ال إِنِّي أَخَ افُ هَّللا َ َو َر ُج ٌل ت‬
َ ‫َص َّد‬ َ َ‫ال فَق‬ٍ ‫ب َو َج َم‬
ٍ ‫ص‬ِ ‫ات َم ْن‬ ُ ‫اج ِد َو َر ُجاَل ِن ت ََحابَّا فِي هَّللا ِ اجْ تَ َم َعا َعلَ ْي ِه َوتَفَ َّرقَا َعلَ ْي ِه َو َر ُج ٌل طَلَبَ ْتهُ ا ْم َرأَةٌ َذ‬ ِ ‫ْال َم َس‬
ُ‫ت َع ْينَاه‬ َ َ‫ق يَ ِمينُهُ َو َر ُج ٌل َذك ََر هَّللا َ خَ الِيًا فَف‬
ْ ‫اض‬ ُ ِ‫َحتَّى اَل تَ ْعلَ َم ِش َمالُهُ َما تُ ْنف‬

mafhumnya: Tujuh golongan yang akan mendapat mendapat perlindungan daripada


Allah dalam bayangan ‘Arasy ketika hari yang tidak ada perlindungan melainkan
perlindungan Nya; salah satu daripadanya adalah syabab yang sentiasa beribadah
kepada Allah.

2. Dalam proses menyeru generasi syabab supaya mengisi ruang masa yangada untuk
membentuk peribadi mereka sama ada dari aspek ruh, jasad,nafsu, ‘aqal dan akhlak,
maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim,

1
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
13
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

‫خمسا قبل خمس شبابك قبل هرمك وصحتك قبل سقمك وغناءك قبل‬ ‫اغتنم‬ ‫قال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم لرجل وهو يعظه‬
‫فقرك وفراغك قبل شغلك وحياتك قبل موتك‬
bermaksud: Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara; hidupmu
sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, lapangmu sebelum sibukmu, mudamu
sebelum tuamu dan kayamu sebelum fakirmu. 1

3. Dalam proses memelihara nafsu generasi syabab daripada penyelewengan dan


kebobrokan akhlak melalui institusi bait muslim (rumah tangga) yang mengikut
syariat Allah Allah SWT, maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh al-Jamaah, iaitu:

‫ال يَا أَبَا َع ْب ِد‬


َ َ‫ت َم َع َع ْب ِد هَّللا ِ فَلَقِيَهُ ع ُْث َمانُ بِ ِمنًى فَق‬ qُ ‫ال ُك ْن‬ َ َ‫ال َح َّدثَنِي إِب َْرا ِهي ُم ع َْن ع َْلقَ َمةَ ق‬ َ َ‫ص َح َّدثَنَا أَبِي َح َّدثَنَا اأْل َ ْع َمشُ ق‬ ٍ ‫َح َّدثَنَا ُع َم ُر بْنُ َح ْف‬
ْ‫زَوجَكَ بِ ْكرً ا تُ َذ ِّكرُكَ َما ُك ْنتَ تَ ْعهَ ُد فَلَ َّما َرأَى َع ْب ُد هَّللا ِ أَن‬ ُ ْ َ َ
ِّ ‫ال عُث َم هَلْ لكَ يَا أبَا َع ْب ِد الرَّحْ َم ِن فِي أن ن‬ َ ُ‫ان‬ ْ َ َ َ
َ ‫اجة ف ل َوا فق‬ َ‫َخ‬ ً َ ‫الرَّحْ َم ِن إِنَّ ِلي إِلَيْكَ َح‬
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَا َم ْعش ََر‬
َ ُّ ِ‫ي‬ ‫ب‬َّ ‫ن‬‫ال‬ ‫َا‬ ‫ن‬َ ‫ل‬ ‫ال‬
َ َ ‫ق‬ ْ
‫د‬ َ ‫ق‬َ ‫ل‬ َ‫ِك‬‫ل‬ ‫ذ‬َ َ‫ت‬‫ل‬ْ ُ ‫ق‬ ْ
‫ن‬ ‫ئ‬َ
ِ َ‫ل‬ ‫ا‬ ‫م‬َ ‫أ‬ ‫ل‬
ُ ‫و‬ُ ‫ق‬ ‫ي‬ ‫ُو‬ ‫ه‬ ‫و‬ ‫ه‬
َ َ َ ِ ِ َ ْ
‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫إ‬ ُ
‫ْت‬‫ي‬ ‫ه‬ َ ‫ت‬‫ن‬ْ ‫ا‬َ ‫ف‬ ُ ‫ة‬ ‫م‬
َ َ ‫ق‬ ْ
‫َل‬ ‫ع‬ ‫ا‬ ‫ي‬
َ َ ‫ال‬ َ ‫ق‬ َ ‫ف‬ َّ ِ َ َ‫اجةٌ إِلَى هَ َذا أ‬
‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫إ‬ ‫َار‬‫ش‬ َ ‫ْس لَهُ َح‬ َ ‫لَي‬
‫ب َم ْن ا ْستَطَا َع ِم ْن ُك ْم ْالبَا َءةَ فَ ْليَتَزَ وَّجْ َو َم ْن لَ ْم يَ ْست َِط ْع فَ َعلَ ْي ِه ِبالصَّوْ ِم فَإِنَّهُ لَهُ ِو َجا ٌء‬ ِ َ ‫ال َّش‬
‫ا‬ ‫ب‬
maksudnya: Wahai generasi syabab, barangsiapa yang mampu daripada kalangan
kamu akan al-ba’ah (qudrat untuk berkahwin), maka hendaklah kamu berkahwin.
Maka melaluinya (perkahwinan), nescaya akan menundukkan pandangan kamu
danmemelihara faraj kamu. 2

4. Dalam proses untuk muhasabah generasi syabab akan tanggungjawab-


tanggungjawab mereka di hadapan Allah swt ketika hari diminta
pertanggungjawaban, maka Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadis yang
diriwayatkan oleh at-Turmizi, iaitu:

‫ عن عمره فيما أفناه وعن شبابه فيما أباله وماله من أين اكتسبه وفيم‬:‫التزول قدم ابن ادم يوم القيامة من عند ربه حتى بسأل عن خمس‬
‫أنفقه وعلمه ماذا عمل به‬
maksudnya: Tidak akan berganjak kaki seorang hamba itu pada hari qiamat
sehinggalah dia disoal tentang empat perkara; daripada umurnya pada yang telah
diisinya, daripada syababnya pada yang telah diujinya, daripada hartanya, iaitu
daripada dia mengambilnya dan ke mana diinfaknya serta daripada amalannya yang
telah dilakukan. 3

5. Dalam proses supaya generasi syabab sentiasa beristiqomah di atas manhaj Islam,
istimrar(berterusan) mereka di atas taqwa kepada Allah Allah SWT, maka Rasulullah
SAW telah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Ya’la:

‫يعجب ربك من الشباب ليست له صبوة‬


Sesungguhnya Allah swt berasa takjub kepada generasi syabab yang tidak cenderung
untuk berfoya-foya.(hedonisme) 4

6. Rasulullah SAW juga telah berwasiat kepada umatnya supaya memelihara


golongan syabab dan telah memberikan pengiktirafan yang besar terhadap
kepentingan syabab berbanding dengan syuyukh (golongan tua) sebagaimana pesan
Rasulullah SAW: Aku berwasiat kepada kamu untuk memelihara golongan syabab
kerana sesungguhnya mereka (syabab) mempunyai hati yang lembut (mudah
menerima seruan Islam). Tatkala aku dibangkitkan oleh Allah SWT dengan Islam,
maka golongan syabab menolong aku, tetapi golongan syuyukh menentang aku.)

HadisRasulullah SAW:
1
hadis riwayat Hakim dalam Al-Mustadrak dan hadis ini soheh
2
muttafaqun ‘alaihi
3
hadis riwayat Muslim
4
hadis riwayat Ahmad
14
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

‫يقال ألهل الجنة إن لكم أن تشبوا فال تهرموا أبدا‬


maksudnya: Dikatakan kepada ahli-ahli syuga sesungguhnya kamu akan sentiasa
muda dan tidak akan tua selama-lamanya 1

7. Hadis Baginda SAW

‫ وال يفنى شبابهم‬،‫ التبلي ثيابهم‬،‫ مرد كهل‬،‫ أهل الجنة شباب جرد‬-‫قال‬
maksudnya: Ahli-ahli syurga sentiasa muda tidak berjanggut dan bermisai, bercelak,
tidak basah pakaian mereka dan tidak musnah muda mereka 2

8. Hadis Baginda SAW

‫ما أكرم شاب شيخا لسنه إال قيض هللا له من يكرمه عند سنه‬
maksudnya: tidak mulia seseorang pemuda itu pada waktu tuanya kecuali Allah
menukarkan kepadanya mereka yang memuliakannya pada usia mudanya. 3

Pengertian Badan Dakwah

Dalam Kamus Dewan, ‘badan’ bermaksud kumpulan orang yang merupakan


kesatuan untuk mengerjakan sesuatu ataupun sesuatu agensi yang ditubuhkan untuk
melaksanakan tugas-tugas tertentu.
Dakwah pula bermaksud kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakinkan
secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan menghayati
ajaran agama Islam.
Justeru ‘Badan Dakwah’ ialah suatu kumpulan yang mempunyai susunan
organisasi yang tertentu, menyusun perencanaan dan perancangan untuk mencapai
sesuatu matlamat jangka pendek dan panjang bagi para pelajar di sekolah-sekolah.

1
riwayat muslim
2
hadis riwayat Darimi
3
hadis riwayat At-Turmizi
15
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

BAB 2

Tuntutan Berorganisasi Dalam Islam


Pada hakikatnya, Islam telah mengajarkan kepada umatnya agar hidup dalam
keadaan yang bersistem dan tersusun. Sebagaimana cantiknya perundangan dan
syariat Islam, begitulah juga kita disuruh bersistem dan mengatur hidup kehidupan
kita seharian. Lantaran untuk melaksanakan kehidupan yang bersistem dan tersusun
ini memerlukan kita berorganisasi, lantas perlulah kita mempraktikkannya
terutamanya kita sebagai penda’ie dan pelajar muslim. Ini ditegaskan oleh Allah
dalam banyak firmannya antaranya:

‫إن هللا يحب الذين يثاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص‬
maksudnya: Sesungguhnya Allah SWT amat mencintai mereka yang berjuang di
jalan-Nya dalam keadaan Saf (berorganisasi) seumpama bangunan yang terbina
kukuh. (Surah As-Sof 4)

Ayat Allah ini menjelaskan kepada kita bahawa tuntutan berorganisasi menjadi
satu perintah kepada kita selaku pelajar Muslim. Hal ini lebih-lebih lagi menuntut kita
apabila kedudukan umat Islam sekarang kini dalam keadaan yang lemah dan perlukan
perubahan. Dan agen perubah itu tidak lain dan tidak bukan daripada kalangan kita
selaku pemimpin dan pembela ummah masa depan.

Begitu juga dengan kaedah usul Fiqh yang menyatakan:


‫ما ال يتم الواجب إال به وهو واجب‬
maksudnya: tidak sempurna sesuatu yang wajib itu dengan sesuatu kecuali dengan
sesuatu itu, maka ia menjadi wajib.

Kamus Dewan (1994) memberi erti "organisasi" sebagai "kesatuan yang terdiri
daripada bahagian atau golongan yang tersusun dalam sesuatu pertubuhan",
"pertubuhan" dan "perbadanan". Dalam kajian pengurusan terdapat pelbagai takrifan
istilah "organisasi", Weber (1948) mentakrifkan "organisasi" sebagai "perhubungan
sosial yang mengehad atau menutup kemasukan orang luar dengan mengadakan
peraturan". Lima elemen penting timbul daripada takrifan ini:

(a) Kewujudan perhubungan sosial, pada mana ahlinya berinteraksi secara rasional
dan aktif.
(b) Terdapat hierarki kuasa dan pembahagian tugas.
(c) Terdapat sempadan yang memasukkan sebahagian populasi dan memisahkan yang
lain.
(d) Proses interaksi yang sokong menyokong dan tidak communal.
(e) Organisasi terlibat dengan aktiviti yang bermatlamat tertentu.

Kita lihat para remaja kini sudah hilang punca mencari wawasan hidup sebenar.
Dengan pengaruh yang berlaku di persekitaran mereka, para remaja terus hanyut
dengan pelbagai kerosakan moral dan akhlak. Beberapa statistik di bawah
menandakan betapa kroniknya masalah para remaja sekarang ini termasuk mereka
yang berada di bangku sekolah.
16
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Jenayah yang dilakukan oleh golongan yang berumur antara 13-21 tahun.

Kes dan Jenayah Peratus


Merokok 70%
Penyalahgunaan dadah 14%
Menonton video lucah 40%
Berjudi 28%
Seks bebas 7300
Melahirkan anak luar nikah 513 (1990-1995)
Kegiatan maksiat 8509 (1995)
(sumber majalah Massa)

Asas-asas Berorganisasi

Setelah memahami akan tuntutan berorganisasi di dalam Islam ini, kita perlu
memahami beberapa asas-asas berorganisasi. Organisasi yang ditubuhkan tidak dapat
tidak berasaskan kepada matlamat dan objektif yang digubal. Objektif dan matlamat
ini pula disusun mengikut dasar utama sesebuah sekolah. Justeru segala penyusunan
dan pembahagian biro pada persatuan haruslah bersesuaian dengan dasar dan
matlamat sesebuah sekolah. Biasanya sesebuah sekolah mempunyai perlembagaan
atau undang-undang tubuh tersendiri. Daripadanyalah segala gerak kerja segala yang
dijalankan di sebuah sekolah akan dilaksanakan.
Begitu juga dengan badan dakwah. Penyusunan organisasi adalah mengikut
kesesuaiannya dengan matlamat sekolah. Hal ini penting agar tenaga dapat
ditumpukan pada keperluannya dan tidak terbazir ke arah yang tidak perlu. Contohnya
seperti sebuah sekolah agama rakyat tidak perlu baginya meletakkan sains dan
teknologi sebagai tumpuan gerak kerja kerana matlamatnya lebih kepada pangajian
Islam berbeza dengan sebuah sekolah sains yang memang menumpukan aspek
tersebut dalam pembelajaran pada pelajarnya.
Namun begitu, tidak dinafikan seandainya ada badan dakwah yang boleh
menjalankan segala aspek tersebut tanpa mengira dasar sesebuah sekolah itu
ditubuhkan. Seandainya perkara in berlaku, ia lebih merupakan ‘advantage’ atau
kelebihan kepada gerakan dakwah di sesebuah sekolah.

Konsep Berorganisasi

1. Hendaklah ahli-ahlinya memahami dengan jelas Islam sebagai satu cara hidup.
Bukan memahami Islam dalam bentuk-bentuk tertentu seperti ekonominya sahaja,
pendidikan atau sebarang juzu’ daripada Islam. Kemudian, dengan kefahaman yang
benar terhadap Islam, maka ia perlu menjadikan matlamat organisasi yang
didokongnya ke arah Islam.

Firman Allah SWT:


‫ خطوات الشيطان إنه عدو مبين‬q‫ الذين ءامنوا ادخلوا في السلم كافة وال تتبعوا‬q‫ياءيها‬
maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam
secara keseluruhannya dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan,
sesungguhnya mereka adalah musuh yang nyata. (Al-Baqarah 208)

Daripada ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Allah SWT
menuntut agar umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan Rasul-Nya
hendaklah mengamalkan Islam secara keseluruhannya dan tidak dipisah-pisahkan
17
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

secara juz’ie atau sebahagian-sebahagian. Contohnya mengamalkan Islam dari segi


solat, tetapi dalam masa yang sama melakukan percampuran antara lelaki dan
perempuan tanpa batasan tertentu, memberi salam sesama orang Islam tetapi pada
masa yang sama mengumpat, memfitnah dan mengata kepada orang lain. Maka semua
ini tidak memenuhi tuntutan Allah masuk Islam secara keseluruhannya.
Begitu juga dengan konsep kita berorganisasi. Al-Quran dan As-Sunnah telah
menggariskan agar kehidupan kita perlu didasari dengan Islam sendiri. Segala bentuk
dasar atau asas kehidupan selain daripada Islam adalah tertolak. Ini sesuai dengan
firman Allah:

‫ غير اإلسالم دينا فلن يقبل منه وهو في األخرة من الخسرين‬q‫ومن بيتغي‬
maksudnya: Sesiapa yang mencari cara hidup (dasar dan asas) selain daripada Islam
maka ia tidak akan sekali-kali diterima daripadanya, dan di hari akhirat nanti mereka
termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. (Ali Imran 85)

Sudah ditetapkan oleh Allah SWT bahawa kepimpinan di muka bumi ini adalah
dikurniakan kepada mereka yang beriman dan beramal soleh. Justeru tidak dapat tidak
konsep kepimpinan dan pentadbiran apa jua persatuan, pertubuhan, organisasi besar
atau kecil perlulah berlandaskan Iman dan amalan yang soleh. Ini disebabkan Iman
dan amalan yang solehlah yang telah menggariskan segala bentuk panduan dalam
kehidupan manusia dari segi cara membina personaliti, kehidupan berkeluarga,
kehidupan bermasyarakat dan kehidupan bernegara. Hal ini dijelaskan oleh Allah
SWT dalam surah An-Nur ayat 55 dengan firmannya:

‫َضى لَهُ ْم‬ ِ ْ‫م ِفي اأْل َر‬qْ ُ‫ت لَيَ ْست َْخلِفَنَّه‬
َ ‫ض َك َما ا ْست َْخلَفَ الَّ ِذينَ ِم ْن قَ ْبلِ ِه ْم َولَيُ َم ِّكنَنَّ لَهُ ْم ِدينَهُ ُم الَّ ِذي ارْ ت‬ ِ ‫َو َع َد هَّللا ُ الَّ ِذينَ َءا َمنُوا ِم ْن ُك ْم َو َع ِملُوا الصَّالِ َحا‬
‫َولَيُبَ ِّدلَنَّهُ ْم ِم ْن بَ ْع ِد خَ وْ فِ ِه ْم أَ ْمنًا يَ ْعبُدُونَنِي اَل يُ ْش ِر ُكونَ بِي َش ْيئًا‬
maksudnya: Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari
kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka
khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah
menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan
Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah
diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan
setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat
kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. (An-Nur 55)

2. Mencapai matlamat badan dakwah yang telah disepakati. Sebarang usaha mencapai
matlamat selain itu, maka ia akan memberi kesan kepada badan dakwah sendiri.
Firman Allah:

َ‫ل َعلَى هَّللا ِ إِ َّن هَّللا َ ي ُِحبُّ ْال ُمتَ َو ِّكلِين‬qْ ‫م فِي اأْل َ ْم ِر فَإِ َذا َعزَ ْمتَ فَت ََو َّك‬qُْ‫اورْ ه‬
ِ ‫فَاعْفُ َع ْنهُ ْم َوا ْستَ ْغفِرْ لَهُ ْم َو َش‬
maksudnya: Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan
terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah
dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian
apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang
bertawakal kepadaNya.( Ali Imran 159)

3. Mengamalkan Amar Makruf dan Nahi Mungkar

Firman Allah SWT:


qِ ‫اس تَأْ ُمرُونَ بِ ْال َم ْعر‬
ِ ‫ُوف َوتَ ْنهَوْ نَ ع َِن ْال ُم ْن َك ِر َوتُ ْؤ ِمنُونَ بِاهَّلل‬ ْ ‫ُك ْنتُ ْم خَ ْي َر أُ َّم ٍة أُ ْخ ِر َج‬
ِ َّ‫ت لِلن‬

18
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

maksudnya: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu
pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali Imran 110)

4. Menghormati ketua, mengangkat bai’ah dan memberi wala’ kepadanya. Tanpa


wala’, akan timbul perpecahan di kalangan ahli dan menyebabkan matlamat tidak
tercapai. Bahkan lebih teruk daripada itu mengakibatkan permusuhan.
Firman Allah:

ُ
ِ q‫ ال َّرسُو َل َوأولِي اأْل َ ْم‬q‫يَاأَيُّهَا الَّ ِذينَ َءا َمنُوا أَ ِطيعُوا هَّللا َ َوأَ ِطيعُوا‬
ُ‫ ْي ٍء فَ ُر ُّدوه‬q‫ر ِم ْن ُك ْم فَإِ ْن تَنَازَ ْعتُ ْم فِي َش‬q
‫ك خَ ْي ٌر َوأَحْ َسنُ تَأْ ِوياًل‬ َ ِ‫م اآْل ِخ ِر َذل‬qِ ْ‫ُول إِ ْن ُك ْنتُ ْم تُ ْؤ ِمنُونَ بِاهَّلل ِ َو ْاليَو‬
ِ ‫إِلَى هَّللا ِ َوال َّرس‬
maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari
kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu
perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)
dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-
Nisa’ 59)

Firmannya lagi:
‫ُول َوإِلَى أُولِي اأْل َ ْم ِر ِم ْنهُ ْم‬
ِ ‫ف أَ َذاعُوا بِ ِه َولَوْ َر ُّدوهُ إِلَى ال َّرس‬
ِ ْ‫َوإِ َذا َجا َءهُ ْم أَ ْم ٌر ِمنَ اأْل َ ْم ِن أَ ِو ْال َخو‬
‫لَ َعلِ َمهُ الَّ ِذينَ يَ ْستَ ْنبِطُونَهُ ِم ْنهُ ْم‬
maksudnya: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan
atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan
sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang yang
berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang
layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana
limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas)
menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan
luas ilmunya di antara kamu). (An-Nisa’ 83)
Firmannya lagi:

َّ ‫إِنَّ َما َولِيُّ ُك ُم هَّللا ُ َو َرسُولُهُ َوالَّ ِذينَ َءا َمنُوا الَّ ِذينَ يُقِي ُمونَ ال‬
َ‫صاَل ةَ َوي ُْؤتُونَ ال َّز َكاةَ َوهُ ْم َرا ِكعُون‬
maksudnya: Sesungguhnya Penolong (pemimpin) kamu hanyalah Allah, dan
RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan
menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). (Al-
Maidah 55)

Rukun Bai’ah

1. Faham
2. Ikhlas
3. Amal (bekerja)
4. Jihad
5. Tadhiyah (pengorbanan)
6. Taat
7. Thabat (tetap)
19
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

8. Tajarrud (tulen)
9. Ukhuwwah
10. Thiqoh (memberi kepercayaan)

5. Mempunyai pembahagian tugas dalam melaksanakan sebarang bentuk program. Ia


penting agar semua ahli dapat memberi sumbangan dalam menjayakannya dan tidak
timbul masalah mereka yang ‘escapisme’. Secara umumnya sikap ini timbul akibat
daripada beberapa punca iaitu:

a) Pembahagian tugas yang tidak seimbang dan adil.


b) Tidak mendapat bantuan daripada AJK atau ahli-ahli persatuan yang lain
c) Tidak ikhlas membuat sesuatu kerja dan mahu mendapat sanjungan
d) Tugas atau kerja yang diserahkan kepadanya tidak sesuai dan sukar dilaksanakan
e) Masalah peribadi
f) Ruhiyyah yang tidak mantap
g) Membuat sebarang program atau aktiviti tanpa bermesyuarat atau tidak mengambil
pandangan orang lain
h) Program atau aktiviti serupa dan tidak ada perubahan dan peningkatan sehingga
menyebabkan ahli bosan
i) Program atau aktiviti yang dijalankan terlalu menekan dan memaksa ahli atau
AJKnya sendiri

Cara-cara bagi mengatasi masalah ini ialah dengan:

a) Membuat pembahagian tugas dengan seimbang dan adil


b) Menghargai segala bentuk sumbangan daripada AJK, ahli atau peserta program
c) Ikhlas dan bersungguh dalam melaksanakan sebarang bentuk program
d) Menyerahkan tugas sesuai dengan orangnya
e) Memantapkan ruhiyyah dengan menjaga hubungan dengan Allah SWT
f) Membuat pelbagai perubahan dan peningkatan pada mutu dan kualiti program
g) Berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah dan aktiviti yang mahu
dilaksanakan.

6. Mempunyai sikap bantu-membantu antara satu sama lain.

‫ان َواتَّقُوا هَّللا َ إِنَّ هَّللا َ َش ِدي ُد ْال ِعقَاب‬


ِ ‫اونُوا َعلَى اإْل ِ ْث ِم َو ْال ُع ْد َو‬
َ ‫اونُوا َعلَى ْال ِبرِّ َوالتَّ ْق َوى َواَل تَ َع‬
َ ‫َوتَ َع‬
maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan
bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat)
dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha
Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah 2)

7. Tidak mempunyai penyakit-penyakit hati seperti riya’, bangga, sombong,


pentingkan diri sendiri, dengki dan menjatuhkan orang lain.

a) Riya’
Riya’ merupakan penyakit hati yang amat besar kesannya terhadap pahala,
kesempurnaan amalan dan juga kesan daripada amalan tersebut. Ini disebabkan
dengan penyakit inilah tujuan, niat dan matlamat seseorang itu terpesong dari jalan
dan matlamat sebenar iaitu Allah SWT. Bahkan Riya’ juga disifatkan sebagai syirik
kecil seperti Sabda Nabi SAW:

20
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

‫الزنَا ِد ع َْن َع ْم ِرو ب ِْن أَبِي َع ْم ٍرو‬ ِّ ‫ق بْنُ ِعي َسى َح َّدثَنَا َع ْب ُد الرَّحْ َم ِن بْنُ أَبِي‬ َ ‫ب أَبِي بِخَ طِّ ِه َح َّدثَنَا إِس‬
ُ ‫ْحا‬ ِ ‫يث فِي ِكتَا‬ َ ‫ت هَ َذا ْال َح ِد‬ ُ ‫ال َعبْد هَّللا ِ َو َج ْد‬
َ َ‫ق‬
ُ َ ‫أْل‬
‫ك ا صْ َغ ُر قَالوا‬ ِّ ُ َ َ ْ َ َّ
ُ ْ‫صلى ُ َعل ْي ِه َو َسل َم إِنَّ أخ َوفَ َما أخَ افُ َعل ْيك ْم الشر‬ َ ‫هَّللا‬ َّ ‫هَّللا‬
َ ِ ‫ال َرسُو ُل‬ َ َ‫ال ق‬ َ
َ َ‫َاص ِم ب ِْن ُع َم َر ب ِْن قَتَا َدةَ ع َْن َمحْ ُمو ِد ب ِْن لبِي ٍد ق‬ ِ ‫ع َْن ع‬
َ‫ال الرِّ يَا ُء إِنَّ هَّللا َ تَبَارَكَ َوتَ َعالَى يَقُو ُل يَوْ َم تُ َجازَ ى ْال ِعبَا ُد بِأ َ ْع َمالِ ِه ْم ْاذهَبُوا إِلَى الَّ ِذينَ ُك ْنتُ ْم تُ َراءُون‬
َ َ‫ك اأْل َصْ َغ ُر ق‬ ُ ْ‫ُول هَّللا ِ َو َما ال ِّشر‬
َ ‫يَا َرس‬
‫بِأ َ ْع َمالِ ُك ْم فِي ال ُّد ْنيَا فَا ْنظُرُوا ه ت َِجدونَ ِعن َده ْم َج ا ًء‬
َ‫ز‬ ُ ْ ُ ْ‫َل‬
maksudnya: “Sesungguhnya satu perkara yang aku takut daripada banyak perkara-
perkara yang aku takut ialah syirik yang kecil.” Lalu mereka bertanya kepada
Rasulullah apa itu syirik kecil. “ Syirik kecil ialah riya’ dan sesungguhnya Allah SWT
akan membalas segala amalan-amalan yang dikerjakan. Bagi mereka yang riya’ dalam
mengerjakan amalan, maka pergilah kepada mereka yang diriya’kan di dunia dan
lihatlah apa yang kamu dapat daripada orang tersebut daripada sebarang balasan.1

b) Ujub, takabbur dan sum’ah

‫ير ب ِْن ُم َّرةَ ْال َحضْ َر ِم ِّي ع َْن ُع ْقبَةَ ب ِْن عَا ِم ٍر‬ qِ ‫ير ب ِْن َس ْع ٍد ع َْن خَ ا ِل ِد ب ِْن َم ْعدَانَ ع َْن َك ِث‬ ِ ‫ش ع َْن بَ ِح‬ ٍ ‫َح َّدثَنَا ْال َح َسنُ بْنُ ع ََرفَةَ َح َّدثَنَا إِ ْس َم ِعي ُل بْنُ َعيَّا‬
‫ال أَبُو ِعي َسى هَ َذا‬ َ ِ َ ‫ق‬ ‫ة‬َ ‫ق‬ ‫د‬
َ ‫ص‬
َّ ‫ال‬ ‫ب‬ ِّ‫ر‬
ِ ِ ُ ‫س‬ ‫م‬ ْ
‫َال‬ ‫ك‬ ‫آن‬
ِ ْ‫ر‬ ُ ‫ق‬ ْ
‫ال‬ ‫ب‬ ُّ‫ر‬ ‫س‬
ِ ِ ُ َ ِ ‫م‬ ْ
‫ال‬ ‫و‬ ‫ة‬ َ ‫ق‬ ‫د‬َ ‫ص‬
َّ ‫ال‬ ‫ب‬ ‫ر‬ ‫ه‬
ِ ِ ِ َ ‫ا‬ ‫ج‬ ْ
‫َال‬ ‫ك‬ ‫آن‬
ِ ْ‫ر‬ ُ ‫ق‬ ْ
‫ال‬ ‫ب‬ ‫ر‬
ِ ِ َ ُ ‫ه‬ ‫ا‬ ‫ج‬ ْ
‫ال‬ ‫ل‬
ُ ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو‬
َ ِ ‫ُول هَّللا‬
َ ‫ْت َرس‬ ُ ‫ال َس ِمع‬ َ َ‫ق‬
‫ض ُل ِع ْن َد أَ ْه ِل‬َ ‫ص َدقَةَ السِّرِّ أَ ْف‬ َ َّ‫آن أِل َن‬
ِ ْ‫ر‬ُ ‫ق‬ ْ
‫ال‬ ‫ة‬
ِ ‫ء‬
َ ِ ‫ا‬ ‫ر‬
َ ‫ق‬
ِ ‫ب‬ ‫ر‬ُ َ ‫ه‬ ْ‫ج‬ َ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ذ‬
ِ َّ ‫ال‬ ْ
‫ن‬ ‫م‬
ِ ‫ل‬
ُ ‫ض‬َ ْ
‫ف‬ َ ‫أ‬ ‫آن‬
ِ ْ‫ر‬ ُ ‫ق‬ ْ
‫ال‬ ‫ة‬
ِ ‫ء‬
َ ِ ‫ا‬ ‫ر‬َ ‫ق‬
ِ ‫ب‬ ُّ‫ر‬ ‫ُس‬
ِ ‫ي‬ ‫ي‬ ‫ذ‬
ِ َّ ‫ال‬ َّ‫ن‬ َ ‫أ‬ ‫ث‬
ِ ‫ي‬ ‫د‬
ِ ‫ح‬َ ْ
‫ال‬ ‫ا‬‫ذ‬َ َ ‫ه‬ ‫َى‬ ‫ن‬‫ع‬ْ ‫م‬ ‫و‬
َ َ ٌ‫يب‬ ‫َر‬
ِ ‫غ‬ ٌ‫ن‬ ‫س‬
َ ‫ح‬
َ ‫يث‬ٌ ‫َح ِد‬
ُ‫ب أِل َنَّ الَّ ِذي ي ُِسرُّ ْال َع َم َل اَل يُخَ افُ َعلَ ْي ِه ْالعُجْ بُ َما يُخَ اف‬ ِ ْ‫َي يَأْ َمنَ ال َّر ُج ُل ِم ْن ْالعُج‬ ْ ‫ص َدقَ ِة ْال َعاَل نِيَ ِة َوإِنَّ َما َم ْعنَى هَ َذا ِع ْن َد أَ ْه ِل ْال ِع ْل ِم ِلك‬ َ ‫ْال ِع ْل ِم ِم ْن‬
‫َعلَ ْي ِه ِم ْن َعاَل نِيَتِ ِه‬
maksudnya: Mereka yang menguatkan suara ketika membaca Al-Quran sama seperti
mereka yang berterang-terang memberi sedekah, mereka yang mengecilkan suara
membaca Al-Quran sama seperti mereka yang merahsiakan sedekah mereka.2

Maksud hadis ini ialah menggambarkan bahawa amalan yang disertakan dengan
niat yang ikhlas adalah amat penting sebagai faktor utama amal diterima. Amalan
yang diterima oleh Allah adalah amalan yang ikhlas dan bersih daripada sebarang
bentuk niat yang menyeleweng daripada Allah SWT. Termasuklah juga ujub iaitu
merasa diri hebat.
c) Lemah semangat

Lemah semangat merupakan salah satu daripada penyakit-penyakit jiwa yang


melanda segelintir para pejuang Islam tak kira dalam mana-mana peringkat. Begitu
juga berlaku di sekolah-sekolah menengah akibat pelbagai tekanan, cubaan dan ujian
yang menimpa mereka. Sebagai seorang muslim, sifat dan penyakit ini perlu
dihilangkan dan dihindarkan segera. Hal ini penting kerana lemah semangat ini boleh
membantutkan dan melambatkan proses kemenangan Islam. Di samping ia boleh
memberi implikasi dan kesan sampingan kepada ahli biasa dan para junior, kegiatan
dakwah sendiri boleh tergugat dan terancam. Bahkan sekiranya keadaannya lebih
teruk, sesebuah badan dakwah itu juga bukan wadah membina syaksiyah pelajar,
tetapi menjadi fitnah dan tohmahan bahawa Islam itu lemah.
Justeru, seorang muslim perlu mengambil istifadah dan pengajaran daripada
ayat motivasi Allah SWT dengan firman-Nya:

َ‫ َوأَ ْنتُ ُم اأْل َ ْعلَوْ نَ إِ ْن ُك ْنتُ ْم ُم ْؤ ِمنِين‬q‫َواَل تَ ِهنُوا َواَل تَحْ زَ نُوا‬
maksudnya: Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan
menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan
menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh
dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh)
beriman. (Ali Imran 139)

8. Mempunyai ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli.

1
hadis riwayat Muslim
2
hadis riwayat Muslim
21
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

َ َ‫إِنَّ َما ْال ُم ْؤ ِمنُونَ إِ ْخ َوةٌ فَأَصْ لِحُوا بَيْنَ أ‬


َ‫خَو ْي ُك ْم َواتَّقُوا هَّللا َ لَ َعلَّ ُك ْم تُرْ َح ُمون‬
maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. 1

Marhalah ukhuwwah
Tujuan utama ukhuwwah Islamiyah ialah ‫محبة اإللهية‬
1. Yang paling rendah ialah ‫سالمة الصدر‬
Firman Allah:
‫إنما المؤمنون إخوة‬
maksudnya: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. (Al-Hujurat 10)
2. Yang paling tinggi ialah ‫اإليثار‬
Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr ayat 9:
ٌ‫صة‬ َ َ‫َوي ُْؤثِرُونَ َعلَى أَ ْنفُ ِس ِه ْم َولَوْ َكانَ بِ ِه ْم خ‬
َ ‫صا‬
maksudnya: dan mereka melebihkan diri saudara-saudara mereka lebih dari diri
mereka sendiri walaupun dalam keadaan yang terdesak dan memerlukan
3. Yang pertengahan ialah ‫ المساواة‬meletakkan hak saudara Islam sama dengan
hak sendiri
Sabda Rasulullah SAW:

‫اليؤمن أحدكم حتى يحب ألخيه ما يحب لنفسه‬


maksudnya: tidak beriman seseorang dari kalangan kamu sehingga ia mencintai
saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri

Dalam konteks membina badan dakwah di sekolah dengan kukuh dan mantap,
perlulah meningkatkan ukhuwwah sehingga ke tahap paling tinggi iaitu ithar.
Tujuannya bagi melatih diri kita sentiasa meletakkan kepentingan sesama mukmin
lebih penting daripada diri kita sendiri. Itulah yang telah dibuktikan oleh para sahabat
dalam beberapa siri peperangan yang tidak mementikan diri dalam keadaan
kecederaan yang amat mendahagakan air, tetapi masih lagi tetap mengutamakan
sahabatnya yang lain yang mungkin lebih haus sedangkan dirinya sendiri dalam
keadaan amat memerlukan air.

9. Selalu berbincang apabila timbul sebarang masalah.

Firman Allah SWT:

َ ‫صاَل ةَ َوأَ ْم ُرهُ ْم ُش‬


َ‫ورى بَ ْينَهُ ْم َو ِم َّما َرزَ ْقنَاهُ ْم يُ ْنفِقُون‬ َّ ‫َوالَّ ِذينَ ا ْست ََجابُوا لِ َربِّ ِه ْم َوأَقَا ُموا ال‬
maksudnya: Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut
dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna;
dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya; (Asy-Syura 38)

Ayat ini menjelaskan bagaimana Allah menyuruh agar kita selaku seorang
mukmin berbincang dan bermesyuarat dalam sebarang masalah. Dengan cara
berbincang dan bermesyuarat inilah yang boleh membuahkan hasil yang terbaik dan
menyelesaikan masalah dengan sempurna.
Perlu disedari bahawa dalam keadaan sekarang, manusia tidak mampu untuk
menegakkan Islam secara berseorangan dan perlu kepada bentuk berkumpulan atau
jamaah. Justeru, apabila bergerak secara berkumpulan memerlukan perbincangan

1
Al-Hujurat ayat 10
22
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

sesama ahli jamaah bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dalam gerak
kerja mereka.

10. Berkorban masa, tenaga, buah fikiran, harta dan sebagainya untuk membantu
organisasi.

َ‫ تُ ْؤ ِمنُونَ بِاهَّلل ِ َو َرسُولِ ِه َوتُ َجا ِه ُدون‬. ‫ب أَلِ ٍيم‬


ٍ ‫يَاأَيُّهَا الَّ ِذينَ َءا َمنُوا هَلْ أَدُلُّ ُك ْم َعلَى تِ َجا َر ٍة تُ ْن ِجي ُك ْم ِم ْن َع َذا‬
َ‫يل هَّللا ِ بِأ َ ْم َوالِ ُك ْم َوأَ ْنفُ ِس ُك ْم َذلِ ُك ْم َخ ْي ٌر لَ ُك ْم إِ ْن ُك ْنتُ ْم تَ ْعلَ ُمون‬
ِ ِ‫فِي َسب‬
maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu
perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi
sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang
membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang
demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat
yang sebenarnya). (As-Sof 10-11)

Permasalahan tadhiyah atau pengorbanan ini merupakan masalah yang paling


besar dan penting dalam sesebuah organisasi, pertubuhan malahan sesebuah negara itu
sendiri. Tanpa pengorbanan dan kesungguhan daripada mereka yang bergelar
pemimpin, maka pelbagai kecacatan dan kelemahan akan berlaku dalam sebarang
bentuk amalan, kerjaya serta tugasan. Dengan pengorbanan yang sungguh-sungguh
inilah membezakan antara mereka yang ikhlas dan berserah diri kepada Allah SWT
sebenar-benar tawakkal. Malahan, mereka yang berani berkorban berjuang di jalan
Allah disifatkan oleh Allah lebih mulia dan utama berbanding mereka yang duduk
beribadat tanpa berjuang di jalan Allah seperti firman-Nya:

‫يل هَّللا ِ ِبأ َ ْم َوا ِل ِه ْم َوأَ ْنفُ ِس ِه ْم فَض ََّل هَّللا ُ ْال ُم َجا ِه ِدينَ ِبأَ ْم َوا ِل ِه ْم َوأَ ْنفُ ِس ِه ْم‬
ِ ‫الضَّر ِر َو ْال ُم َجا ِه ُدونَ ِفي َس ِب‬
َ ‫اع ُدونَ ِمنَ ْال ُم ْؤ ِم ِنينَ َغ ْي ُر أُو ِلي‬ ِ َ‫اَل يَ ْست َِوي ْالق‬
‫َظي ًما‬ ِ ‫اع ِدينَ أَجْ رً ا ع‬ ِ َ‫اع ِدينَ د ََر َجةً َو ُكاًّل َو َع َد هَّللا ُ ْال ُح ْسنَى َوفَض ََّل هَّللا ُ ْال ُم َجا ِه ِدينَ َعلَى ْالق‬
ِ َ‫َعلَى ْالق‬
maksudnya: Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada
keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk
membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk
(tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu
(dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan
Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk
(tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;
(An-Nisa’ 95)

Organisasi Badan Dakwah Serta Unit-unit kecil1

Dalam sesebuah organisasi badan dakwah, biasanya terbahagi kepada AJK


tertinggidan AJK Biro dan AJK kecil. Organisasi di bawah ini adalah sebagai contoh
sebagai asas-asas penyusunan organisasi dalam sebuah badan dakwah.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI 1
TIMBALAN PENGERUSI 2 (MUSLIMAT)
SETIAUSAHA AGUNG
1
Ini adalah sebagai sebuah contoh susunan organisasi bagi sebuah badan dakwah. Ia boleh berubah mengikut keadaan waki’ie
sebuah sekolah.
23
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

SETIAUSAHA KERJA
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
BENDAHARI KEHORMAT
TIMBALAN BENDAHARI

Jawatankuasa Serta Unit-unit Kecil

1. BIRO USRAH

Definisi Usrah

Dari segi lughahnya ialah : Keluarga


Dalam konteks dakwah pula ialah : HUBUNGAN YANG WUJUD DARI
PERTALIAN AKIDAH, IDEALISME PERJUANGAN DAN BERUSAHA
TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMAHAMI
DAN MENGHAYATI ISLAM.

Sejarah Usrah
Apabila khilafah Islam Turki Uthmaniyah tumbang pada tahun 1924, kedaulatan
dan ketuanan syariat Islam yang menjadi perlembagaan dan undang-undang negara-
negara Islam pada waktu itu bertukar kepada undang-undang yang diperkenalkan oleh
British, Perancis, Italy, Belanda dan negara-negara penjajah. Keadaan ini
menyebabkan timbul gerakan-gerakan Islam pada tahun-tahun selepas itu antaranya
seperti Ikhwanul Muslimin, Jamaah Islamiyah Abu al-‘Ala Al-Maududi (India 1941),
Jabhah Al-Islamiyah di Sudan, Nahdhah di Tunisia (1979), Jamiah Sanusiyah (Libya),
dan beberapa jamaah Islam yang tujuan penubuhannya untuk mengembalikan daulah
dan khilafah Islam. Jamaah-jamaah ini tidak terasas dengan secara sendirinya, tetapi
ia dirancang dan rencanakan oleh pimpinan-pimpinan daripada para ulama’ Islam
yang menyedari hakikat kepentingan mengembalikan negara dan khilafah Islam.
Antara ulama’ yang paling berjaya membangkitkan kesedaran mendirikan
daulah Islam ialah As-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Beliau telah mengasaskan
jamaah Ikhwanul Muslimin (IM) pada Mac tahun 1928 di satu daerah bernama
Isma’iliyyah di Mesir. Beliau dan beberapa sahabatnya seramai 7 orang telah
menjalankan kegiatan dakwah dan membentuk manhaj tarbiyah. Bahkan beliau
dengan bantuan sahabat-sahabatnya berjaya menyatukan perpecahan yang berlaku
dalam masyarakat Mesir pada masa itu. Hingga pengaruh dan pendekatan beliau
menangani masalah perpecahan berjaya mempengaruhi pemikiran ulama’-ulama’
haraki pada waktu itu sama ada di negara-negara Arab, India, dan Asia Tenggara. Dan
cara dan kaedah yang paling ditekankan dalam manhaj tarbiyah IM ialah usrah itu
sendiri.
Persoalannya adakah usrah ini dijalankan di zaman Baginda SAW?
Jawapannya Baginda memang menjadikan usrah sebagai asas perjuangan Baginda.
Yang dimaksudkan di sini bukan sekadar usrah dalam erti kata sebenar iaitu daripada
keluarga Nabi, tetapi Baginda juga membuat kumpulan-kumpulan kecil daripada
kalangan para sahabat yang terawal memeluk Islam dan menjalankan aktiviti mereka
di rumah-rumah kediaman secara rahsia dan di tempat-tempat yang sunyi. Antaranya
di rumah Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam. Begitu juga apa yang telah dijalankan oleh
Baginda sepanjang marhalah Makkiyyah di mana segala aktiviti dan perlaksanaan
syariat Islam dibuat secara sulit dan tersembunyi hinggalah Nabi berjaya membentuk
negara Islam Madinah.

24
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Rukun Usrah

1. ‫( التعارف‬Pengenalan)
Ta’aruf merupakan rukun usrah pertama. Maksudnya berkenal-kenal dan berkasih-
sayang sesama mukmin. Hal ini disifatkan oleh Allah dalam firmannya dalam surah
Al-Hujurat ayat 10:
َ َ‫إِنَّ َما ْال ُم ْؤ ِمنُونَ إِ ْخ َوةٌ فَأَصْ ِلحُوا بَيْنَ أ‬
َ‫خَو ْي ُك ْم َواتَّقُوا هَّللا َ لَ َعلَّ ُك ْم تُرْ َح ُمون‬
maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka
damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.

Firman Allah:
‫ بِ َح ْب ِل هَّللا ِ َج ِميعًا َواَل تَفَ َّرقُوا‬q‫ص ُموا‬
ِ َ‫َوا ْعت‬
Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam),
dan janganlah kamu bercerai-berai (Ali Imran 103)

Sabda Nabi SAW:

‫المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا‬


maksudnya: Mukmin dengan mukmin yang lain seumpama bangunan memperkukuh
antara satu sama lain.

2. ‫( التفاهم‬Persefahaman)
Tafahum pula bermaksud saling memahami dan faqih terhadap Islam.. Antara
tuntutan rukun kedua ini ialah:
- berada di dalam jalan yang benar
- membuat segala yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan larangannya
- bermuhasabah
- saling nasihat menasihati dengan rasa dada terbuka dan gembira. ‫الدين الصيحة‬
- berhati-hati tidak menyentuh perasaan sesama mukmin terhadap apa-apa
kecacatannya dan kekuranganya serta tidak memperlekehkan dia
- menutup segala aib
- tidak mencerca dan memandang negatif terhadap apa yang dilakukan oleh
sahabat dan bersikap ‫سالمة الصدر‬

3. ‫( التكافل‬Perseimbangan)
Takaful bermaksud saling menampung, membantu, memikul beban dan tugas serta
bersama-sama dalam keadaan susah atau senang. Antara lain tuntutan rukun ini ialah:
- berjanji antara satu sama lain dalam perkara kebajikan dan pengislahan
- memberi kemudahan dan kesenangan sesama mukmin sabda Rasulullah SAW
‫من أدخل السرور على أهل بيت من المسلمين لم ير هللا له جزاءدون جنة‬
maksudnya: Barangsiapa yang memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada ahli
rumah daripada kalangan muslimin, maka Allah tidak melihat ke atasnya daripada
balasan kecuali syurga

* Kalau kita perhatikan rukun dalam bahasa Arab ialah ‫ جزء من ماهية الشيئ‬atau ‫ ماهية الشيئ‬.
Iaitu naqib, anak usrah dan manhaj usrah. Tetapi As-Syahid Hasan Al-Banna
meletakkan 3 perkara di atas sebagai rukunnya. Bermakna, As-Syahid meletakkan
prinsip yang jelas, kukuh dan dalam pembinaan sesebuah daulah dan khilafah.

a) Unit Silibus

25
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Unit silibus memainkan peranan membantu badan dakwah atau persatuan Islam
menyiapkan silibus usrah dalam bentuk yang tersusun dan rapi. Silibus usrah amat
penting bagi menjadualkan pengisian-pengisian yang telah ditetapkan bagi
mentarbiyah para pelajar dengan wasilah usrah. Contohnya dalam tempoh tingkatan
1-3, badan dakwah mempunyai silibus tertentu bagi peringkat para pelajar berkenaan.
Begitu seterusnya bagi tingkatan 5 dan 6. Silibus ini pula perlulah ada jalinan antara
satu tingkatan dengan satu tingkatan yang lain agar pengisian yang diberikan melalui
silibus tersebut mempunyai kesinambungan. Hal ini penting agar para pelajar mudah
mengikuti pengisian yang diberikan kepada mereka.
Mengapa perlu disediakan satu modul silibus usrah? Tidak cukupkan
pendidikan Islam yang dipelajari di kelas-kelas? Jawapannya ialah: Sebenarnya
pendidikan Islam yang diajar di kelas-kelas tidak mencukupi dan mempunyai
kepincangan dalam pelbagai sudut. Antaranya:

a) Pendidikan Islam menjadi subjek elektif dan bukan subjek teras menyebabkan para
pelajar tidak serius mempelajari dan mendalami ilmu ini
b) Pendidikan Islam yang diajar di sekolah-sekolah tidak menitikberatkan
penghayatan dan amalan seharian. Bahkan segelintir ahli dalam bidang pendidikan
menganggap bahawa penghayatan Islam dianggap mundur dan kolot.
c) Secara umumnya, sistem pendidikan yang dijalankan di dalam negara ada
dipengaruhi dengan unsur-unsur pemisahan antara ilmu dan amal, kepentingan dunia
dengan kepentingan akhirat.
d) Selain itu, bagi mereka yang belajar di sekolah-sekolah agama rakyat yang
mendapat pendidikan sampingan daripada Tok-tok Guru Pondok juga tidak dapat lari
daripada mengadakan usrah mengikut manhaj yang tertentu. Ini kerana manhaj usrah
lebih menitikberatkan penghayatan Islam secara kolektif dan bukan individu. Begitu
juga manhaj usrah memberi penekanan yang seimbang antara ilmu turath dengan ilmu
semasa.

Justeru, dengan keadaan yang berlaku dalam sistem pendidikan perlu ditampung
dengan usrah-usrah yang dijalankan oleh badan-badan dakwah di sekolah bagi
membentuk pelajar muslim yang seimbang dalam pelbagai aspek kehidupan.

b) Unit Modul

Modul bermaksud suatu kursus pelajaran seperti latihan, gerak kerja


berkumpulan atau latihan dalam kumpulan yang dapat dilaksanakan secara tersendiri
ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Dalam kata yang lebih mudah,
modul ialah suatu latihan yang menggunakan bahan-bahan atau soalan-soalan untuk
dijawab bagi mencapai objektif sesuatu program atau aktiviti.
Unit modul berperanan menyiapkan modul-modul untuk dilaksanakan dalam
usrah LDK atau aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang dijalankan oleh badan dakwah
atau persatuan Islam.

2. BIRO TAMRIN

a) Unit protokol

Unit protokol lebih kepada membuat kerja-kerja teknikal. Contohnya seperti


membuat persiapan tempat berceramah, menyiapkan makanan dan minum para

26
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

peserta, penceramah dan fasilitator, membuat persiapan pentas, memasak dan


seumpamanya.
Walaupun kerja-kerja protokol ini kelihatan mudah dan bersifat teknikal,
pengalaman menunjukkan bahawa masalah ini juga perlu dan amat penting diberi
perhatian. Hal ini kerana kerja-kerja unit ini perlukan penelitian dan kemahiran.
Sekiranya di sana ada berlaku masalah teknikal, kemungkinan boleh menjejaskan
mana-mana pihak sama ada pada peserta, penceramah, fasilitator mahupun kepada
jawatankuasa sendiri. Contohnya dalam permasalahan menyiapkan tempat
berceramah dari sudut mikrofon, pembesar suara dan sebagainya. Sekiranya sistem
audio ini tidak berfungsi dengan baik, para peserta tidak dapat mendengar ceramah
dengan baik dan penceramah sendiri kurang selesa dengan keadaan seumpama itu
hingga menjejaskan konsenterasi untuk menyampaikan pengisian.

b) Unit disiplin

Unit disiplin mempunyai peranan yang amat penting bagi memastikan matlamat
tamrin tersebut tercapai dengan jayanya. Hal ini kerana sesebuah tamrin diadakan
bagi melatih diri seseorang peserta mematuhi masa, cepat bertindak, tangkas, tepat
dan bersemangat. Selain itu, unit disiplin juga berkuasa mengenakan tindakan
tatatertib ataupun dalam bahasa Arabnya ialah ‘Iqob bagi memastikan seseorang
peserta itu bertanggungjawab di atas segala tindakan dan tugas yang telah
dilaksanakan. Sebagai contoh, seseorang peserta terlewat menghadiri sesuatu
ceramah, unit disiplin berhak menghukum peserta tersebut dengan hukuman-hukuman
yang setimpal dan berpatutan. Begitu juga unit disiplin mempunyai peranan sebagai
‘pusher’ bagi menaikkan semangat, mencabar ego atau menekan psikologi para
peserta. Namun begitu, bagi aktiviti yang seumpama ini, perlu ada ‘puller’ yang
menarik hati, memberi kesedaran sebenar, menghargai semangat para peserta dan
seumpamanya yang dinamakan menarik jiwa, perlu dijalankan oleh mereka yang
dianggap kuat ruhiyyahnya dan amat disegani dan disayangi oleh para peserta. Ini
kerana ‘push’ dan ‘pull’ merupakan tarbiyah daripada Allah dan Rasulullah SAW
sendiri yang disebutkan sebagai ‘tarhib’ dan ‘targhib’. Ia amat sesuai dengan
psikologi manusia dan fitrahnya yang tidak suka dimarah tetapi suka dipuji dan
dihargai. Begitulah juga uslub dan cara sesebuah tamrin diadakan.
Secara umumnya, tamrin merupakan satu program yang amat penting dan
menjadi ujian terakhir kepada seseorang da’ie sebelum terjun ke medan masyarakat.
Seseorang pelajar sekolah menengah akan menghadapi peperiksaan SPM sebelum
memasuki ke alam universiti; seseorang pasangan yang mahu berkahwin perlu
mengikuti kursus perkahwinan sebelum diijabkabulkan; begitulah juga dengan
seorang naqib, pelajar muslim atau sesiapa yang ingin menjadi da’ie kepada jalan
Allah perlu kepada tamrin sebagai persediaan dan bekalannya.
Tamrin merupakan istilah daripada bahasa Arab bermaksud latihan. Latihan
yang dimaksudkan di sini bukanlah latihan dalam skop-skop tertentu, tetapi tamrin
merangkumi ketiga-tiga aspek penting iaitu spiritual, fizikal dan mental. Pun begitu,
terdapat juga beberapa tujuan khusus tamrin itu diadakan. Ada tamrin yang diadakan
khas untuk bakal-bakal pimpinan yang dinamakan tamrin qiadi, tamrin untuk
memperkenalkan tarbiyah dan dakwah kepada pelajar baru dinamakan tamrin
pengenalan tarbiyah, tamrin untuk mengukuhkan ukhuwah dinamakan tamrin
ukhuwwah dan seumpamanya. Dalam masa yang sama, terdapat beberapa jenis
program yang semacam tamrin tetapi mempunyai perbezaan. Contohnya seperti:

a) mukhayyam – mukhayyam lebih kepada tamrin berbentuk fizikal. Di samping itu


terdapat juga pengisian-pengisian mental dan aktiviti-aktiviti pengukuhan rohani.
27
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

b) kem – kem juga mempunyai matlamat-matlamat tertentu sama seperti


mukhayyam. Cuma aktivitinya lebih luas daripada mukhayyam yang boleh di adakan
di dalam dewan atau di luar dewan

c) simposium – lebih kepada pengisian membentuk fikrah dan pemantapan ilmu dan
thaqofah. Terdapat aktiviti-aktiviti yang mencambahkan lagi idea-idea utama
pengisian dan di resolusikan untuk dilaksanakan.

d) kursus – lebih kurang sama seperti simposium, cuma ia lebih umum.

Secara kesimpulannya, istilah-istilah diatas tidak mempunyai perbezaan yang


ketara. Cuma istilah sahaja yang berbeza.

3. BIRO PERHUBUNGAN LUAR

a) Unit IPT
Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam
dengan Institut Pengajian Tinggi tempatan. Tujuannya agar para pelajar sekolah dapat
dihubungkan dengan mahasiswa-mahasiswa di universiti-universiti tempatan dan juga
luar negara. Biasanya sesebuah sekolah akan mengeluarkan para pelajarnya untuk
memasuki ke IPT tempatan atau luar negara. Dengan adanya hubungan dengan
mereka yang berada di sekolah menengah dan lepasan sekolah yang berada di IPT,
sudah tentu memberikan pengaruh yang positif agar para pelajar bersungguh-sungguh
belajar untuk berebut memasuki ke IPT tempatan atau luar negara.

b) Unit umum
Unit umum pula menjalankan tugas menghubungkan para pelajar dengan
penduduk berdekatan yang tinggal di sekitar sekolah ataupun penduduk kampung
secara umumnya. Hal ini amat bersesuaian dengan matlamat pendidikan agar
memberi khidmat kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Di samping itu,
program sekolah Bestari yang sedang dijalankan dibeberapa buah sekolah juga amat
menekankan sumbangan sesebuah sekolah kepada penduduk setempat.
Contoh hubungan yang boleh diwujudkan ialah melalui aktiviti bergotong-
royong, Hari Kantin, Ceramah dan seumpama dengannya.

c) Unit sekolah
Unit sekolah berperanan menghubungkan badan dakwah atau persatuan Islam
dengan badan dakwah atau persatuan Islam di seolah-sekolah lain. Hubungan yang
diwujudkan ini amat perlu kerana di sana banyak faedah yang boleh diperolehi seperti
kerjasama antara badan dakwah, program gabungan, bantu-membantu dan bertukar-
tukar fikiran tentang kegiatan Islam yang dijalankan.
Lebih-lebih lagi akhir-akhir ini sudah banyak program ijtimak pelajar serta
pertubuhan-pertubuhan yang diwujudkan bagi menyatukan para pelajar sekolah
terutamanya daripada sekolah menengah. Contohnya IPIM (Ijtima’ Pelajar Islam
Malaysia) pada tahun 1996 untuk kali pertama yang dianjurkan oleh Universiti Islam
Antarabangsa di Sekolah Menengah Teknik dan IPIM kali kedua (1997) yang
dijalankan di Selangor di bawah JAIS dan PUM. Begitu juga program MOBIS yang
dilaksanakan oleh JAIS dengan kerjasama PUM dan pelajar-pelajar IPT tempatan.
Begitu juga Nadwah Kepimpinan Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh yang
dijalankan dua tahun sekali secara bergilir di sekolah-sekolah asrama penuh (SBP).
Tak kurang juga program-program yang dijalankan oleh Pembimbing Rakan Sebaya
28
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

ataupun Unit Kaunseling yang wujud di sekolah-sekolah yang telah banyak


melahirkan kepimpinan di peringkat remaja.

4. BIRO PENERBITAN DAN PUBLISITI

a) Unit majalah
Unit majalah berfungsi menerbitkan majalah khas yang dikeluarkan oleh badan
dakwah atau persatuan Islam. Majalah-majalah ini bertujuan sebagai salah satu uslub
atau media untuk menyampaikan mesej Islam. Di samping mengasah bakat-bakat
penulisan di kalangan pelajar, majalah ini juga boleh dijadikan sebagai suatu yang
boleh dikomersialkan ke sekolah-sekolah lain.

b) Unit risalah
Unit risalan menjalankan tugas menerbitkan risalah-risalah ringkas di sekitar sekolah.
Risalah-risalah ini biasanya dikeluarkan mengikut hari-hari atau peristiwa-peristiwa
penting yang berlaku dalam sejarah Islam seperti Aidil Fitri, Aidil Adha, Hijrah, Isra’
dan Mikraj dan seumpamanya.

c) Unit Siber
Unit internet dijadikan salah satu unit dalam BPP ini berperanan mempublisitikan
badan dakwah atau persatuan Islam ke alam siber serta menyiarkan kegiatan-kegiatan
yang dijalankan. Tuntutan semasa yang telah banyak mengheret dakwah ke kancah
yang lebih mencabar ini perlu diraikan. Sekurang-kurangnya, badan dakwah atau
persatuan Islam mempunyai email tersendiri sebagai satu alat perhubungan. Apatah
lagi jolokan internet sekarang ini yang dikatakan telah banyak disalahgunakan dengan
laman-laman lucah, maka badan dakwah atau persatuan Islam perlu memainkan
peranan menerokai alam siber dan bersaing menyiarkan kegiatan-kegiatan dakwah dan
Islam bagi meluaskan lagi medium dakwah.

5. BIRO CERAMAH

a) unit pidato dan khutbah


Peranan unit ini ialah melatih dan mendedahkan kepada para pelajar agar mampu
menyampaikan pidato atau khutbah bagi pelajar agama. Hal ini kerana amat penting
bagi seseorang da’ie itu berani dan mampu tampil ke hadapan untuk bercakap di
khalayak umum dengan gaya dan hujah yang kukuh dan mantap. Sekaligus, dengan
cara seumpama ini, dakwah Islam dapat disebarkan dengan cepat dan mudah.
Bagi para pelajar agama, perlu dilatih memberi khutbah sama ada diadakan dalam
bentuk latihan dalam sesebuah program ataupun dilatih dengan menjadi khatib di
mana-mana masjid dengan kelulusan pihak berwajib. Walaupun latihan ini agak berat
dan nampak sukar, tetapi hakikatnya inilah yang pernah dibuktikan oleh sebahagian
besar ulama’ Islam. Antaranya ialah Yusof Al-Qaradwahi, Syeikh Mohammad Al-
Ghazali, Imam Hasan Al-Banna dan sebagainya.

b) unit perayaan dan hari kebesaran Islam


Unit ini pula berperanan mengadakan program ceramah, munaqasyah buku, forum,
debat dan seumpamanya yang berkaitan dengan hari perayaan atau kebesaran Islam.
Walaupun begitu, tidak juga ia terskop pada aspek tersebut, tetapi boleh juga diadakan
bagi membincangkan permasalahan semasa yang berlaku di dalam sekolah, dalam
negara atau luar negara. Ia bergantung pada keputusan dan mesyuarat dengan ahli
jawatankuasa yang terbabit.
29
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

6. BIRO KESENIAN

a) unit nasyid
Di dalam biro kesenian ini diasingkan kepada unit nasyid dan unit pantomim. Nasyid
merupakan alternatif bagi nyanyian dan muzik yang mempunyai unsur-unsur Islam.
Antara unsur-unsur Islam yang ada dalam nasyid ialah seperti:

1. Lirik yang menepati syarak, tidak terkeluar dari sebarang bentuk yang
bertentangan dengan akidah, fiqah, syariah dan akhlak Islam.
2. Alat muzik yang dibenarkan oleh syarak iaitu kompang, gendang dan rebana.
3. Tidak bercampur penasyid lelaki dan wanita.
4. Penasyid sendiri memelihara syariat Islam.

Hukum Nasyid

Ada yang mempertikaikan bahawa nasyid adalah tidak syarie. Malahan ada
yang mengatakan bahawa dakwah melalui nasyid adalah tidak benar dan palsu dan
bercampur dengan perkara-perkara syubhat. Walau apapun pandangan yang
dinyatakan, di sana perlu dilihat bahawa persoalan nasyid dan yang berkaitan
dengannya adalah perkara yang banyak khilafnya daripada kalangan sahabat kecuali
perkara-perkara yang menjadi qat’ie dalam syariat seperti lirik yang bertentangan
dengan akidah, berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dengan bebas dan
sebagainya. Walaupun begitu terdapat perkara-perkara yang berlaku khilafnya seperti
persoalan alat muzik, penaja persembahan dan syarikat yang menjadi penerbit kepada
sesebuah kumpulan nasyid.
Akhir-akhir ini kita melihat nasyid merupakan salah satu bentuk hiburan yang
amat popular dan mendapat tempat di hati masyarakat. Bahkan banyak kumpulan
nasyid yang mampu mengatasi kumpulan nyanyian balada, rock, rap dan lain-lain
lagi. Menunjukkan bahawa melalui nasyid, Islam mampu disebarkan. Bahkan kita
lihat di sana terdapat nasyid-nasyid yang berbentuk ilmu yang mendedahkan kepada
anak-anak kecil menghafal sifat 20, sifat nabi, asma’ul Husna, dan nama-nama Nabi.
Hal ini merupakan salah satu uslub bagi memudahkan anak-anak kecil menghafal
perakra-perkara fardhu ain dengan cepat dan baik.
Namun begitu, tidak dinafikan bahawa dakwah yang menjadi tujuan utama
kepada nasyid ini tidak diekspolitasi dengan mencari kepopularan dan kemahsyuran.
Perlu di ingat bahawa para artid nasyid menjadi idola kepada masyarakat khususnya
para remaja. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak baik daripada para artis
nasyid, maka ia boleh menimbulkan fitnah dan ikutan yang tidak baik. Ada
sesetengah pendapat mendakwa bahawa banyaknya kumpulan nasyid yang muncul
akhir-akhir ini bukan bertujuan menyampaikan dakwah, tetapi lebih mementingkan
populariti. Hal ini menjadikan tujuan dan mesej dakwah tidak berkesan dan sampai ke
sanubari para pendengar.
Begitu juga permasalahan syarikat-syarikat rakaman yang juga memberi kontrak
kepada artis-artis yang tidak Islamik. Perkara ini dianggap syubhah oleh sesetengah
pendapat. Bagi saya, yang terbaiknya ialah kumpulan-kumpulan nasyid yang tumbuh
bak cendawan selepas hujan ini mengelakkan daripada menyertai syarikat-syarikat
yang nyata terdapat syubhah di dalamnya. Maksud syubhah di sini ialah dari segi
wang dan royalti yang diterima serta persekongkolan dengan artis-artis yang kurang
Islamik. Sebagai cadangan, kumpulan-kumpulan nasyid perlulah membina sebuah
30
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

syarikat tersendiri yang memberi peluang kepada mana-mana kumpulan nasyid untuk
menerbitkan album. Hal ini tidak mustahil dan mampu dilaksanakan. Buktinya sudah
ada kumpulan-kumpulan nasyid tertentu yang mampu menerbitkan album sendiri,
malahan ada yang mampu menceburkan diri ke arena penulisan dengan menerbitkan
majalah.

b) unit pantomim.

Pantomim ialah satu bentuk drama yang dilakukan dengan cara lakonan dan
diiringi dengan muzik atau bunyi latar. Akhir-akhir ini, pantomim merupakan satu
bentuk hiburan yang semakin diminati dan dipertontonkan terutamanya di sekolah-
sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan. Di bawah ini dinyatakan
beberapa garis panduan pantomim.

1. Tajuk, tujuan dan matlamat pantomim adalah selari dengan tuntutan syariat.
2. Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan.
3. Tidak melalaikan dan melekakan secara berlebihan.
4. Tidak menggunakan bahasa-bahasa yang melampau.
5. Tidak menggunakan muzik-muzik yang keras dan yang tidak dibenarkan syarak.
6. Sebelum dan selepas persembahan hendaklah diberi sedikit pengumuman dan
tazkirah agar para penonton mendapat pengajaran, insaf dan mendapat faedah daripada
drama tersebut.

7. BIRO KEBAJIKAN

a) unit pelajar
Unit kebajikan bagi para pelajar diwujudkan bertujuan menjalankan kegiatan
berbentuk kebajikan khusus kepada para pelajar. Contohnya seperti memungut derma
kilat bagi mereka yang ditimpa kesusahan secara mengejut. Begitu juga biro kebajikan
berperanan mewujudkan tabung khas untuk kebajikan pelajar dan juga membantu
mengagih-agihkan bantuan luar yang diberikan kepada para pelajar berkenaan.

b) unit umum
Unit umum pula berperanan membuat aktiviti kebajikan kepada penduduk setempat
seperti memungut derma, mengumpulkan pelajar untuk menyembahyangkan jenazah
penduduk kampung, membaca tahlil, berzanji atau maulid dan seumpama dengannya.

8. BIRO MUSALLA DAN IBADAH

a) unit kebersihan dan keceriaan


Unit ini menjalankan tugas membersihkan musalla atau surau pada setiap hari serta
menceriakan dinding-dinding dan persekitarannya agar kelihatan menarik dan cantik.
Biasanya antara tugas-tugas unit ini seperti menyapu, mengemop, mengelap cermin
serta kipas, menyedut habuk karpet dengan vakum dan sebagainya. Dari segi
keceriaan, unit ini perlu menceriakan surau dengan poster-poster, papan kenyataan,
tulisan-tulisan khat dan seumpamanya.

b) unit perpustakaan mini


Unit perpustakaan pula perlu diwujudkan sekiranya Badan Dakwah atau Persatuan
Islam mempunyai maktabah atau perpustakaan tersendiri kepada para pelajar.
Perpustakaan ini tidaklah seperti perpustakaan sekolah. Tetapi ia lebih menyediakan

31
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

buku-buku yang berkaitan dengan Islam dan risalah-risalah tazkirah yang boleh
dijadikan panduan kepada para pelajar membuat rujukan.

9. BIRO KHAS
Tanzim jabatan Nuqaba’ dan Naqibat
Tanzim Jabatan Nuqaba’ dan Naqibat (TJN) adalah satu platform yang khusus
kepada para nuqaba’ dan naqibat menjalankan kegiatan mereka. TJN ini ditubuhkan
disamping menyatukan para Nuqaba dan Naqibat, ia juga membantu anak-anak usrah
secara langsung dalam akademik mahupun pentarbiyahan.
Apabila dianjurkan sebarang aktiviti mahupun program-program, TJN
memainkan peranan penting seperti menjadi fasilitator, AJK ataupun membantu
secara balakang.

Membentuk Organisasi Yang Cemerlang

1. Memilih Qiadah yang memahami matlamat dan mengetahui wasilah-wasilah


dakwah di sekolah. Ia juga mampu merancang untuk mencapai matlamat tersebut. 1

2. Pergerakan berasaskan manhaj keilmuan dan tarbiyah yang sejahtera serta


perencanaan yang lengkap. Di samping itu pengurusan kepimpinan yang kemas serta
disiplin yang tinggi. 2

3. Bekerja keras, serius, gigih dan berpotensi dalam menjalankan semua urusan
pergerakan. Perlaksaannya juga perlu seimbang, tetap dan utuh. 3

4. Menentukan cara perhubungan anggota di mana jua ia berada.

5. Menentukan cara perhubungan anggota dengan pihak pimpinan yang


bertanggungjawab. Di samping itu menanamkan kepercayaan yang mendalam antara
barisan pimpinan dan pihak bawahan.

6. Setiap anggota harus bekerja mengikut kemampuan, kebolehan, kelayakan,


keupayaan dan persediaan masing-masing.

7. Pimpinan yang lebih tinggi hendaklah memberikan harapan dan kepercayaan


kepada orang bawahan.

8. Iltizam sepenuhnya dengan apa yang telah ditetapkan oleh badan dakwah dan
bertanggungjawab ke atasnya.

9. Menerima perubahan mengikut marhalah/ masa yang telah direncanakan.

10. Menegur kepimpinan atasan sekiranya ada kesilapan dengan adab dan cara yang
baik.

11. Elakkan daripada buruk sangka antara pimpinan.

1
Said Hawa : Al-madqal halaman 173
2
Al-Qaid Qudwatun Fi Thoriq Ad-Dakwah Mustafa Masyhur halaman 128
3
Amal Jamaie Said Hawa Hal 17
32
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

BAB 3
Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Badan Dakwah
1. Bidang kuasa yang terhad

Pada hakikatnya, sistem pendidikan di negara ini masih belum menerima


konsep Islam sepenuhnya. Walaupun begitu, dengan kreativiti dan kesyumulan Islam
itu sendiri, para pelajar masih dapat menggerakkan persatuan Islam dengan kaedah
dan bidang kuasa yang tertentu. Secara umumnya, sekolah menengah terbahagi
kepada beberapa bahagian yang masing-masing mempunyai bidang kuasa tertentu di
institusi antaranya:

i) Sekolah Asrama Penuh

Sekolah berasrama penuh (SBP) merupakan sekolah yang


dipertanggungungjawabkan di bawah satu unit berasrama penuh Bahagian Sekolah
dalam Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah ini ditubuhkan bagi memberi
peluang kepada pelajar terutamanya bumiputera untuk belajar dalam bidang tertentu
seperti sains, teknologi, perdagangan dan aliran agama. Sekolah ini mendapat bantuan
penuh daripada kerajaan pusat kerana para pelajarnya dipilih daripada mereka yang
cemerlang di dalam UPSR, PMR dan SPM. Di samping sekolah ini dianggap
istimewa daripada semua jenis sekolah menengah di Malaysia. Sekolah Berasrama
Penuh ditubuhkan bertujuan untuk mendidik para pelajar menjadi pemimpin
masyarakat dan negara pada masa akan datang.
Oleh kerana sistem dan undang sekolah ini lebih kemas dan teratur, badan
dakwah perlu bijak merancang, mengatur strategi dan menjalankan program dengan
sempurna lagi bagi mengimbangi tuntutan pengajian dan dakwah.

ii) Sekolah Menengah Kebangsaan

Pergerakan Badan Dakwah di SMK berbeza dengan SBP. Ini disebabkan suasana dan
sistem sekolah ini berbeza dengan sekolah berasrama. Dalam menjalankan
kegiatannya, badan dakwah perlulah bersifat menerang dan menarik para pelajar
menghayati asas-asas fardhu ain. Asas-asas fardhu ain seperti solat, wudhu,
membersihkan hadas, dan tauhid perlulah diutamakan berbanding perkara-perkara
furu’.

iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mula diasaskan pada tahun 1977.
Pada peringkat awal penubuhannya cuma terdapat 13 buah sekolah sahaja tetapi kini
terdapat 51 buah. 3 buah daripadanya bertaraf Sekolah Berasrama Penuh (Kolej Islam
Sultan Alam Shah, SMAP Labu dan SMAP Kajang)

33
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

FALSAFAH SMKA

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman
dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah
melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia,
bertaqwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu
memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama,diri, ummah dan negara

MATLAMAT
1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan
kepimpinan
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai
bidang ilmu dalam dan luar negeri

OBJEKTIF
1. Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum
2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
3. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran
budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
5. Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi
memenuhi keperluan negara dan ummah

KEISTIMEWAAN
1. Mengamalkan budaya hidup Islam
2. Mempunyai banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian
tinggi
3. Menguasai bahasa Arab, pelajaran Jawi dan Kemahiran Al-Quran
4. Menyediakan bakal pemimpin, pentadbir, ahli korporat dan tenaga profesional
yang komited dengan Islam
5. Melahirkan pendakwah yang sanggup menghadapi cabaran semasa dengan
berhikmah dan bertanggungjawab

Bagi sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama pula, banyak kelebihan


yang boleh dimanfaatkan bagi mengukuhkan gerakan dakwah. Ini disebabkan
matlamat SMKA. Ini disebabkan matlamat SMKA itu sendiri ialah untuk melahirkan
para pelajar yang seimbang daripada segi akademik dan sahsiah.

iv) Sekolah Menengah Agama Negeri @ Rakyat

Sekolah Menengah Agama Negeri @ Rakyat ini merupakan antara sekolah yang
terbanyak selepas SMK. Hal ini disebabkan pelbagai sebab antaranya:
a) Dibangunkan oleh kerajaan negeri dengan kos dan biaya yang ditanggung di
bawah Jabatan Agama Islam Negeri atau Yayasan pendidikan seperti di Johor,
Kelantan, Kedah dan Selangor.
b) Dibangunkan oleh alim ulama’ yang terkenal bagi memenuhi tuntutan
masyarakat setempat dan juga sebagai wasilah dakwah.
c) Dibangunkan secara bersama oleh masyarakat setempat, orang kaya atau
ditanggung oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu yang berdaftar seperti Sekolah
Rendah Al-Amin di Klang yang dibiayai oleh JIM (Jamaah Islah Malaysia)
34
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

d) Dibangunkan oleh pihak swasta daripada golongan profesional, pertubuhan


politik dan seumpamanya.

Antara sekolah-sekolah agama negeri yang terkenal ialah Maktab Mahmud


(Alor Setar), Ma’ahad Muhammadi Lelaki (Kota Bharu), SMA Alawiyah (Arau)
Ma’had Johor dan lain-lain lagi.

Bagi sekolah-sekolah agama rakyat ini mempunyai kelebihan tersendiri.


Antaranya:
a) Memperolehi sijil pelajaran sama ada daripada Kementerian Pendidikan
ataupun sijil yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau sekolah tersebut. Contohnya
seperti SMU dan STU di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
b) Menjadi pilihan yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat tak kira
kaya atau miskin. Hal ini berpunca daripada gejala sosial yang teruk yang berlaku
disekolah-sekolah menengah biasa.
c) Memperolehi ilmu-ilmu turath (ilmu pondok) yang semakin terhapus dalam
sistem pendidikan negara.
d) Para pelajar terdedah dengan pelbagai kegiatan dalam sekolah dan masyarakat
kerana sesetengah para pelajarnya ada yang tinggal di rumah-rumah sewa yang
dikelolakan oleh pihak sekolah seperti Ma’had Muhammadi Lelaki Kota Bharu.
Bahkan ia memberi kesan kepada pelajar agar lebih berdikari dan mampu menghadapi
cabaran hidup.
e) Mempunyai peluang dan pilihan yang banyak untuk memasuki ke IPT
tempatan atau luar negara. Biasanya para pelajar SMA majoritinya memohon UIA,
UM, UKM dan UTM. Begitu juga dengan institusi luar negara yang menjadi pilihan
para pelajarnya seperti Mesir, Jordan, Madinah, Sudah, India, Pakistan, Indonesia dan
Patani.
f) Begitu juga dari sudut peluang kerja lebih luas dan menyeluruh dari sektor
pendidikan, ekonomi, sosial, pertanian, pentadbiran dan seumpamanya.

Daripada kelebihan-kelebihan yang mampu diperolehi dari SMA ini sebenarnya


memberi kelebihan (advantage) kepada para pelajarnya menjalankan pelbagai
kegiatan yang berbentuk dakwah dan ilmiah. Selain daripada asal-usul penubuhan
sesebuah sekolah yang mempunyai sejarah tersendiri sehingga menjadi simbolik dan
imejnya, SMA juga memberi ruang yang cukup luas untuk membentuk kepimpinan
pelajar Islam yang mantap dari segi ilmu dan syakhsiah.

v) Sekolah Teknik, Vokasional dan swasta.

Jurusan-jurusan yang ditawarkan disekolah-sekolah Teknik

i. Pengajian Kejuruteraan Jentera


ii. Pengajian Kejuruteraan Awam
iii. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
iv. Pertanian
v. Perdagangan

Jurusan yang ditawarkan disekolah-sekolah vokasional

a) Bidang Ketukangan Kejuruteraan


- Elektrik
- Elektronik
35
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

- Amalan Bengkel Mesin


- Kimpalan dan Fabrikasi Logam
- Automatif
- Binaan Bangunan
- Penyejukan dan Penyamanan Udara

b) Bidang Ekonomi Rumahtangga


- Katering dan Penyediaan Makanan
- Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian
- Seni Kecantikan
- Asuhan Kanak-Kanak
- Bakeri dan Konfeksioneri

c) Bidang Perdagangan
- Pengurusan Perniagaan

d) Bidang Pertanian
- Hortikultur Hiasan
- Kejenteraan Ladang
- Pengurusan Ladang

Berdasarkan kepada bidang-bidang atau jurusan yang telah ditawarkan dalam


kurikulum pengajian vokasional atau teknik, peluang atau jalan mentarbiyah dan
memberi pendedahan kepada penghayatan Islam juga luas dan sesuai. Ini disebabkan
Islam bukan diturunkan sebagai agama yang menyuruh umatnya menyembah Allah
dengan ibadat-ibadat khusus seperti solat dan haji, bahkan kerja-kerja atau pendek
kata jurusan seperti di atas ini juga tidak menghalang, bahkan dalam Islam juga
terdapat permasalahan yang bersangkutan dengan masalah pengurusan rumah tangga,
pertanian, teknikal dan seumpamanya.
Kita lihat terdapat tokoh-tokoh Islam yang memperlopori sains dan teknologi,
bidang pertanian, kaji bintang, kaji bumi dan seumpamanya seperti Ibnu Sina, Ibnu
Tufail, Al-Batari, Ibnu Khaldun, Fakhrur Razi dan lain-lain lagi.

2. Persaingan dengan badan atau persatuan lain

Tidak dapat dinafikan setiap sekolah mempunyai banyak persatuan mengikut


bidang dan keperluan sesebuah sekolah. Biasanya persatuan terbahagi kepada
persatuan beruniform, persatuan sukan, persatuan kurikulum dan persatuan ko-
kurikulum. Setiap persatuan ini mempunyai kepentingan dan peranan masing-masing
untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam pelbagai bidang. Setiap persatuan pula
mempunyai matlamat dan objektif masing-masing agar para pelajar dapat mengambil
faedah daripada program yang dijalankan.
Apabila berlakunya keadaan ini, timbullah persaingan antara persatuan dan
badan pelajar ini untuk mengaktifkannya bagi menarik lebih ramai pelajar
menyertainya. Hal ini menyebabkan badan dakwah tidak dapat memainkan peranan
yang dominan bagi mengatasi masalah pelajar yang berkaitan dengan Islam. Banyak
contoh yang berlaku hingga menyebabkan badan dakwah dianggap sebagai
penghalang untuk persatuan lain bergerak seperti masalah percampuran lelaki dan
perempuan dalam aktiviti dan program tertentu.
Pada hakikatnya, peranan badan dakwah lebih dari itu. Namun oleh kerana
persaingan yang berlaku, maka menjadi kewajipan bagi badan dakwah untuk
memperbetulkan sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan akhlak pelajar
36
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Islam. Sekiranya diteliti, antara punca para remaja kini runtuh moralnya adalah akibat
pendidikan akhlak yang tidak dihayati di sekolah. Untuk bergantung sepenuhnya pada
pihak sekolah sudah tentu tidak memadai. Justeru badan dakwah mempunyai peranan
yang cukup penting bagi membantu para pelajar dalam penghayatan moral dan akhlak
Islam.
Begitu juga dengan masalah pertindanan program antara persatuan-persatuan.
Perlu diingatkan bahawa semua program dan aktiviti yang dijalankan perlulah
diselaraskan pada awal tahun agar dapat dimasukkan ke dalam takwim sekolah .
Namun seandainya tidak berlaku demikian, badan dakwah perlu memainkan peranan
yang lebih aktif untuk mengatur program yang hebat dan canggih serta dimaklumkan
kepada pihak pentadbiran sekolah lebih dahulu. Tujuannya agar program yang diatur
tersebut dapat diketengahkan agar menjadi perhatian kepada pihak pentadbir agar
memberikan ruang yang lebih kepada badan dakwah untuk menjalankan aktivitinya.

3. Pelajar menyampingkan urusan badan dakwah dan mengutamakan urusan


sendiri

Hal ini biasa berlaku di kebanyakan sekolah menengah. Mereka yang seperti ini
menganggap urursan berorganisasi dan dakwah ini membebankan dan mengganggu
tumpuan mereka kepada urusan peribadi dan pelajaran. Mereka lebih suka
menumpukan masa terhadap urusan peribadi dan pelajaran tanpa mengambil hirau apa
yang berlaku di sekeliling mereka.
Sebenarnya fenomena seperti ini boleh mengakibatkan seseorang itu jumud dan
fikirannya tak berkembang serta ilmunya bersifat teori dan tidak dipraktikkan.
Sebagai seorang pelajar yang cemerlang dan berjaya, bukan sahaja berjaya mengurus
diri dan mendapat A dalam pelajarannya, tetapi berpersatuan dan terlibat dalam
dakwah juga merupakan perkara-perkara yang dikira penting untuk membentuk
seseorang itu berjaya dan cemerlang.
Tokoh-tokoh di dalam dan luar negara telah membuktikan mereka bukan sahaja
cemerlang dalam akademik, bahkan mereka juga aktif dalam menjalankan kegiatan
persatuan. Contohnya Dato’Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi pemimpin
mahasiswa dan ABIM, Dato’ Seri Mahathir Mohamad yang pernah menjadi
pemimpin mahasiswa semasa di Universiti Malaya dan seumpama dengannya.
Hal ini juga telah dibuktikan oleh kenyataan bekas Presiden Gabungan
Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) Saudara Zaharudin Abd Rahman bahawa
berpersatuan dan melibatkan diri dalam bidang dakwah tidak menghalang seseorang
itu mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Menurut kenyataan beliau lagi, para
pemimpin mahasiswa di Universiti Malaya, mendapat kecemerlangan seperti
mahasiswa-mahasiswa yang lain walaupun mereka juga sibuk berpersatuan.
Begitu juga di kebanyakan sekolah-sekolah yang cemerlang seperti MRSM dan
SBP. Para pelajarnya bukan sahaja cemerlang dari segi akademik hingga mendapat
pangkat satu dalam SPM dan 5P dalam STPM, bahkan mereka juga aktif berpersatuan
sama ada kelab, persatuan, pengawas atau badan beruniform.

4. Ditentang oleh golongan yang kurang didikan agama

Suatu permasalahan lain yang sering dihadapi oleh badan dakwah ialah
mendapat tentangan daripada sebahagian pelajar terutamanya mereka yang latar
belakangnya kurang didikan agama. Daripada semua pelajar yang keluar dari sekolah
rendah, lebih 95 peratus daripadanya yang memasuki sekolah menengah sama ada
kerajaan atau swasta. Daripada jumlah pelajar tersebut, hanya kira-kira 30% sahaja
yang mengikuti pengajian agama di sekolah agama petang atau sebagainya.
37
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Sebahagian besarnya tidak bersekolah agama dan tidak mendapat didikan agama
dengan sempurna.
Apabila mereka memasuki sekolah menengah, golongan inilah yang sukar
mengikut program atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah. Bahkan ada di
kalangan mereka yang menentang dan menolak sama sekali apa-apa juga yang
dianjurkan oleh badan dakwah. Hal ini yang menimbulkan masalah kepada badan
dakwah atau persatuan untuk bergerak dengan sempurna.

5. Ketandusan pelapis

Masalah ini juga biasa berlaku kepada mana-mana organisasi dan pertubuhan.
Ketandusan pelapis menyukarkan sesebuah organisasi bergerak dan meningkatkan
kualiti dan kuantiti program atau aktiviti. Antara punca berlakunya ketandusan pelapis
kepada sesebuah organisasi ialah:
a) sistem pengkaderan yang lemah dan tidak tersusun
b) dakwah yang keras dan tidak mempunyai marhalah yang kemas
c) disekat oleh pihak tertentu seperti pihak pentadbiran atau badan pengawas
d) mesyuarat agung yang dijalankan lewat berbanding persatuan lain
e) persatuan atau badan dakwah tidak mengambil berat kebajikan dan masalah yang
berlaku di kalangan ahli.
f) Pendekatan yang kurang berkesan menarik para pelajar menjadi pemimpin.
g) Pimpinan yang wujud tidak mampu menjadi contoh pemimpin yang mantap
daripada pelbagai sudut seperti pelajaran dan kegiatan ko-kurikulum.

6. AJK yang tidak menjalankan tugas

Kerap kali kita mendengar AJK dalam sesebuah persatuan atau organisasi itu
tidak menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan kepada mereka. Apabila
berlakunya masalah seumpama ini, segala aktiviti dan program yang telah
direncanakan tidak akan berjalan dengan baik dan sempurna. Bahkan mungkin
menyebabkan terbatal atau tertunda. Begitu juga hal ini boleh mencetuskan masalah
dalaman di kalangan AJK sehingga menyebabkan berlaku tuding-menuding,
melepaskan tugas (escapisme) dan kepincangan di dalam persatuan. Antara punca
berlakunya AJK tidak menjalankan tugas ialah:
a) tugas yang diberikan terlalu berat dan tidak mampu dilaksanakan
b) masalah peribadi
c) kewangan yang tidak mencukupi
d) tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada AJK kecil
e) tidak dihargai oleh AJK tertinggi atau guru penasihat
f) aktiviti atau program yang tidak sesuai dengan jiwa dan dirinya
g) tugas tersebut adalah terpangku ke atas dirinya dan bukan idea asal daripadanya
h) menerima arahan dan perintah tanpa diberikan panduan dan tunjuk ajar untuk
melaksanakannya

7. Tidak mampu menjadi contoh kepada pelajar lain

Terdapat juga di kalangan AJK sesebuah persatuan atau badan dakwah yang
tidak mampu menjadi contoh kepada para pelajar. Mereka bersikap dan berwatak
seperti pelajar biasa yang selalu melakukan kesilapan dan kesalahan. Memang tidak
dinafikan bahawa semua manusia mempunyai kelemahan dan membuat silap, tetapi
kelemahan tersebut masih lagi boleh dikurangkan serta ditutup daripada diketahui

38
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

oleh umum. Contoh yang berlaku sikap dan watak yang tidak wajar berlaku kepada
seseorang pemimpin badan dakwah atau persatuan Islam ialah seperti:
a) membuat hubungan sulit dengan pelajar perempuan (coupling)
b) tidak menjaga solat
c) membuat bising dan tidak menjaga lidah daripada mengeluarkan perkataan seperti
mencarut, mengutuk orang, mengumpat dan memperkecilkan orang lain.
d) takabbur, riya’ dan hipokrit
e) suka menasihat orang tetapi diri sendiri tidak membuat apa yang dinasihatkan
kepada orang lain.
f) merokok atau membuli pelajar
g) bergaduh
h) berpakaian yang tidak mencerminkan seorang yang mempunyai didikan Islam
i) suka mengarah dan memerintah pelajar lain serta tidak meraikan mereka

8. Kekurangan peruntukan untuk membuat program

Masalah kekurangan peruntukan atau kewangan untuk menjalankan sesuatu program


sering berlaku terutamanya kepada badan dakwah dan persatuan Islam. Masalah ini
sebenarnya berpunca daripada tanggapan sesetengah pihak bahawa program atau
aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah atau persatuan Islam tidak komersial, tidak
menyeronokkan dan kurang memberikan keuntungan.
Apabila timbulnya tanggapan seumpama ini, maka segala program atau aktiviti
yang dianjurkan atas namanya kurang diberikan perhatian. Bahkan berlaku juga di
sesetengah sekolah yang bersikap tidak adil kepada badan dakwah dan persatuan
Islam berbanding persatuan yang lain. Akibatnya, program atau aktiviti tersebut
tergendala, terbatal atau berjalan dengan berlaku kepincangan yang nyata. Masalah
seumpama ini berterusan sehinggalah badan dakwah atau persatuan itu sendiri yang
membangunkan kewangan dan ekonominya dengan cara tersendiri. Walaupun begitu
banyak juga terdapat sekolah-sekolah yang menggalakkan program-program Islamik
dan memberikan peruntukan khas atau sama dengan persatuan-persatuan yang lain.
Antara punca lain masalah kewangan ini ialah:
a) pengurusan kewangan dan akaun yang tidak kemas dan bersistem
b) aktiviti ekonomi yang lemah
c) salah guna kewangan persatuan
d) belanja yang berlebihan dan membazir
e) aktiviti ekonomi yang membenarkan pelajar berhutang
f) pengagihan kewangan kucar-kacir

9. Tarbiyah yang tidak seimbang antara fikriyyah, jasadiyyah, ruhiyyah.

Keseimbangan pentarbiyahan antara fikriyyah, jasadiyyah dan ruhiyyah amat penting


bagi membentuk para pelajar yang sempurna didikan Islam dan bersedia menjadi dai’e
dan pelajar yang mantap dan berketerampilan. Sekiranya berlaku ketidak seimbangan
dalam ketiga-tiga asperk tarbiyah ini, maka berlakulah pelbagai masalah kepada
sesebuah sekolah hingga boleh mengakibatkan permusuhan dan perpecahan di
kalangan pelajar.
Sebagai contohnya apabila tarbiyah hanya tertumpu kepada ruhiyyah, para
pelajar akan banyak menumpukan ibadah-ibadah sunat seperti solat sunat, berzikir,
berpuasa sepanjang tahun dan seumpama dengannya sehingga menyebabkan banyak
perkara-perkara yang lebih utama seperti aktiviti berpersatuan dan berkumpulan
sesama pelajar terabai. Hal ini tidak sesuai dengan perbuatan Nabi SAW sendiri
kerana Nabi beribadah dan juga bercampur dengan masyarakat. Penumpuan tarbiyah
39
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

ruhiyyah sehingga mengabaikan tarbiyah lain juga tidak sesuai dengan fitrah manusia
yang perlukan kepelbagaian.
Pernah berlaku di zaman Nabi sendiri apabila tiga orang sahabat yang terlalu
menumpukan tarbiyah ruhiyyah sehingga orang yang pertama mahu terus berpuasa
sepanjang tahun tanpa berbuka; orang yang kedua tidak mahu berkahwin dan mahu
menumpukan pada ibadahnya; yang ketiga tidak mahu tidur dan ingin terus berzikir
dan solat siang dan malam. Hal ini ditegur olah nabi kerana tarbiyah seumpama itu
tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh Islam
Begitu juga penumpuan terhadap tarbiyah fikriyyah semata sehingga
menyebabkan para pelajar menjalankan aktiviti mereka mengikut fikrah masing-
masing tanpa mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Contohnya apabila tarbiyah fikriyyah terlalu diutamakan, sunnah makan dengan
tangan, memakai serban dan kayu siwak, memakai jubah dan sebagainya diabaikan
dan dipandang rendah kerana lebih mengutamakan makan menggunakan sudu dan
garpu, memakai blazer dan baju yang moden dan seumpama dengannya.
Hal yang sama berlaku apabila tarbiyah jasadiyyah pula terlalu diutamakan
sehingga letih bersukan dan bergotong royong . Apabila tiba waktu berehat, mereka
tertidur sehingga menyebabkan solat terabai atau tertinggal. Begitu juga masalah lain
seperti membuka aurat untuk memenangi sesuatu kejohanan bagi lelaki memakai
seluar pendek dan bagi perempuan membuka tudung atau sebagainya. Hal ini tidak
sesuai dengan tarbiyah Islam yang sempurna seperti yang diajarkan oleh Baginda
Nabi SAW.

10. Keadaan fizikal dan ko-kurikulum sekolah yang menghalang badan dakwah
menjalankan program.

Keadaan fizikal sesebuah juga mempengaruhi aktif atau tidak kepada sesebuah
persatuan. Kebanyakan sekolah agama kelolaan kerajaan negeri tidak menperolehi
infrastruktur dan kemudahan seperti sekolah kelolaan kementerian pusat. Punca hal ini
berlaku daripada pelbagai faktor. Tetapi apa yang jelasnya, keadaan sesetengah
sekolah amat menyedihkan dan kurang membina semangat kepada pelajar untuk
menumpukan perhatian untuk belajar dan berpersatuan.
Contohnya surau yang sempit dan tidak mampu menampung jamaah pelajar
untuk solat secara berjamaah. Hal ini sudah tentu kurang meransang untuk para
pelajar turun solat berjamaah atas alasan suraunya sempit hingga terpaksa
mengerjakan solat di bilik atau di dom-dom.
Begitu juga halnya berlaku di sesetengah sekolah kerajaan negeri atau pusat
yang menjalankan dasar ko-kurikulum yang menyekat persatuan Islam dan badan
dakwah kecuali program solat berjamaah, do’a di perhimpunan dan beberapa majlis
hari kebesaran Islam. Tidak lebih daripada itu. Mereka menganggap badan dakwah
atau persatuan Islam ini hanya perlu menjalankan program-program yang tidak lebih
daripada amalan ritual seperti solat dan juga menyambut hari kebesaran Islam seperti
yang difahami daripada perlembagaan negara terhadap agama rasmi persekutuan.
Hal ini sudah tentu meletakkan Islam dalam kerangka yang begitu sempit dan
jumud. Sebab itulah kita melihat para remaja terlalu jahil tentang asas-asas Islam.
Sehingga apa yang berlaku pada peperiksaan PAFA di seluruh Wilayah Persekutuan
menunjukkan angka yang begitu menakutkan tentang kejahilan para pelajar terhadap
agama mereka. Mereka yang tidak mampu melafazkan syahadah lebih daripada 30%
dan mereka yang tidak solat penuh lima waktu sehari semalam lebih daripada 90%.
Begitu juga dengan masalah-masalah lain seperti mandi junub, mengambil wudhu’,
tidak berpuasa dan beberapa krisis ibadah yang ditinggalkan atau diabaikan oleh
golongan remaja Melayu Islam kini. Fenomena seumpama ini amat menyedih dan
40
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

membimbangkan para pimpinan Islam negara sehingga saban tahun, berjuta-juta


ringgit dikeluarkan untuk menangani masalah-masalah kronik yang melanda mereka
seperti penghisap dadah, pesakit Aids atau HIV, melahirkan anak luar nikah,
merompak dan pelbagai jenayah lagi.
Oleh sebab itulah peranan badan-badan dakwah di sekolah-sekolah amat
penting bagi menarik para remaja ke arah penghayatan Islam yang syumul dalam
kehidupan mereka. Sekurang-kurangnya, kesedaran Islam dan ruh Islam dapat
dititipkan di setiap sanubari para pelajar menengah yang secara psikologinya sedang
mencari hala tuju arah hidup.

11. Usrah tidak berjalan dengan konsisten

Usrah di sekolah-sekolah tidak kurang juga penting peranannya seperti usrah


yang berlaku di rumah. Bahkan usrah yang dijalankan di sekolah-sekolah ini ada
kalanya lebih mampu dan berkesan mendidik dan mengawal para remaja daripada
tercebur kepada gejala sosial. Ini disebabkan usrah di sekolah-sekolah dikelolakan
oleh guru-guru atau pelajar sebaya. Sudah tentulah kemesraan itu dapat dihidupkan
dengan lebih harmoni dan tegur menegur dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Berbeza dengan apa yang berlaku di rumah apabila ibu dan bapa sibuk bekerja dan
adik beradik yang lain masing-masing buat hal sendiri sehingga ikatan kekeluargaan
itu seolah-olah tidak wujud. Inilah yang mengakibatkan para remaja lari rumah dan
melepaskan tekanan dengan membuat perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya.
Walaupun begitu tidak dinafikan banyak juga usrah atau keluarga yang mampu
menjaga hubungan mesra sesama sehingga mereka mengambil berat antara satu sama
lain. Cuma usrah yang dijalankan di sekolah-sekolah ini adalah sebagai pengganti
sementara apabila para pelajar berada di dalam peringkat pengajian.
Sekiranya usrah yang dijalankan di sekolah-sekolah tidak berjalan dengan
kosisten, ia juga menggugat psikologi pelajar hingga segala tekanan-tekanan pelajaran
dan asrama (sekiranya sekolah asrama) tidak dapat diluahkan dan diselesaikan. Kita
juga sering mendengar para pelajar terutamanya di kawasan bandar terdedah kepada
gejala sosial. Sebahagian daripada para pelajar tidak mahu mereka tercebur ke arah
gejala tersebut tetapi tiada alternatif yang dapat menarik mereka daripada terikut arus
masalah sosial yang berlaku. Kawan-kawan mereka yang mengajak merokok,
menghisap dadah, berzina, berdisko dan sebagainya lebih mampu menarik sebahagian
besar remaja di bandar. Akibat tiada (check and balance) dan tiada suatu aktiviti yang
dapat menarik mereka seperti usrah, maka mereka lebih mudah meluahkan perasaan
dan masalah dengan cara-cara yang tidak baik itu.

12. Bertembung dengan kuasa pada pengawas atau ketua pelajar.

Di sesetengah sekolah, berlaku beberapa pertembungan di kalangan ahli


jawatankuasa badan dakwah atau pengerusinya dengan pengawas atau ketua pelajar.
Hal ini berlaku terutamanya di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah
Sains, Sekolah Teknik atau seumpamanya yang tidak menitikberatkan sangat tentang
pendidikan dan penghayatan Islam. Apabila dasar sesebuah sekolah yang tidak
menitikberatkan penghayatan Islam kepada para pelajar, maka tidak hairanlah
sekiranya ada golongan yang mahu menghayati Islam sebaik mungkin, menjadi
mangsa keadaan. Di bawah ini disebutkan beberapa contoh pertembungan yang
pernah berlaku:

a) apabila badan dakwah mengemukakan bantahan atau tidak bersetuju di adakan


program yang mencampurkan antara lelaki dan perempuan secara bebas, para
41
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

pengawas pula yang menghalang bantahan tersebut. Bagi mereka, percampuran adalah
suatu yang biasa di samping ingin memenuhi nafsu serakah. Walaupun ada yang
bersikap tidak berlebihan dalam bercampur dengan perempuan, tetapi secara
umumnya mereka bersikap kurang sensitif terhadap permasalahan ini. Bahkan apa
yang lebih malang, budaya ‘coupling’ menjadi satu budaya yang biasa dan seolah-
olah menjadi kemestian bagi sebahagian para pelajar menengah. Apa yang lebih
menyedihkan lagi apabila budaya bercampur dan coupling ini tidak terkawal, ada yang
terlanjur ke jalan yang lebih buruk dan tidak wajar seperti berzina, membuat maksiat,
meminum arak dan pelbagai lagi bentuk kerosakan nilai dan akhlak para pelajar.
b) apabila badan dakwah menganjurkan program-program tarbiyah dan dakwah,
adakalanya golongan pengawas sendiri yang tidak mengikutinya. Bahkan ada yang
menentang dan mengajak para pelajar lain agar tidak ikut serta dengan program yang
dianjurkan.
c) berlaku juga pertembungan antara ahli badan dakwah dan pengawas dalam
permasalahan berebut ahli atau pelapis pimpinan. Biasanya perebutan berlaku daripada
para pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 kerana mereka adalah bakal-bakal pengganti
pimpinan tingkatan 3 dan tingkatan 5. Perebutan yang berlaku kadang-kadang sampai
menimbulkan permusuhan sehingga memberi kesan kepada para pelapis pimpinan itu
sendiri dan kepada para pelajar umum.

42
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

BAB 4
Faktor-Faktor Kejayaan Badan Dakwah
1. Mempunyai Dasar Dan Matlamat Yang Jelas 1
Sebelum dijelaskan dengan terperinci, dasar dan matlamat badan dakwah yang
dijelaskan di bawah ini merupakan dasar dan matlamat yang umum dan utama. Dasar
dan matlamat ini bukan sekadar tertakluk pada tempoh persekolahan dan pengajian,
tetapi ia merangkumi semua aspek kerjaya dan karier sepanjang hidupnya. Justeru,
perlu difahami dasar dan matlamat ini agar para pelajar didedahkan dengan fikiran
yang jauh dan berperancangan agar hidup tidak sia-sia dan sentiasa dijalan keredhaan
Allah.

1. Membina Individu-individu muslim

2. Membina Baitul Muslim

3. Membina Jamaah Islam

4. Membina Masyarakat Muslim

5. Membina Negeri Muslim

6. Membina Negara Muslim

7. Membina dan menegakkan Khilafah Islamiyah dan kedaulatan Islam di muka


bumi.

Individu Muslim Baitul Muslim Jamaah Muslimin

Negeri dan negara Muslim Masyarakat Muslim

Khilafah Islamiyah

Rajah 1: Carta Mencapai Khilafah Islamiyah

2. Struktur Organisasi Yang Tersusun Dan Mantap

Sesebuah badan dakwah itu harus mempunyai organisasi yang mantap dan
seimbang pergerakannya. Organisasi yang mantap akan melahirkan pergerakan
dakwah yang mantap dan sepadu serta seimbang antara tuntutan fikriyah, ruhiyyah
dan jasadiyyah. Lantas segala program dan aktiviti yang dijalankan, akan memberi

1
Dakwah Qawa’idun Wa Usul karangan Jam’ah Amin Abdul Aziz Darud Dakwah cetakan 1989
43
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

kesan yang cukup mendalam kepada para pelajar terutamanya bagi menghadapi
cabaran masa depan.

Secara umumnya, susunan organisasi yang mantap seperti berikut:

a) Ahli Syura – iaitu mereka yang terlibat dalam membincangkan perkara-


perkara yang dasar
b) Pelaksana Dasar – iaitu mereka yang menterjemahkan dasar kepada manhaj-
manhaj tarbiyah. Walaupun begitu, mereka biasanya kurang terlibat dalam
melaksanakan program atau aktiviti secara praktik. Mereka juga terlibat dalam
Ahli Syura tetapi hanya sekadar pemberi cadangan.
c) Pelaksana Dasar Dalam Bentuk Program dan Aktiviti – iaitu mereka yang
terlibat secara langsung dengan program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah.
Biasanya program tersebut ialah program yang berbentuk umum dan ijtima’ie.

Organisasi biasanya terbentuk kepada 2 bahagian iaitu dalaman dan luaran.


Organisasi dalaman ialah organisasi tidak rasmi. Ia tidak memerlukan kepada
portfolio seperti jawatan rasmi. Biasanya organisasi dalam ini bergerak secara tidak
langsung dan tanpa disedari. Ketua atau pengerusinya merupakan orang yang paling
penting dalam mencorakkan pergerakan organisasi ini. Dan ia jugalah yang
menentukan tugas atau peranan terhadap ahli-ahlinya mengikut pandangan dan
pengalamannya sendiri, di samping tunjuk ajar dan pengalaman-pengalaman yang
lepas. Organisasi ini juga amat penting dalam mencorakkan pergerakan organisasi
umum.
Organisasi luaran pula ialah organisasi yang bergerak melalui badan dakwah
dan persatuan yang wujud secara rasmi di sekolah. Organisasi ini terikat dengan
tugas-tugas rasmi dan peranan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Melalui organisasi ini juga program-program dan aktiviti digerakkan.
Badan Dakwah di sekolah-sekolah juga tidak hanya bergantung kepada
pergerakan setempat. Ia harus melibatkan diri dalam pertubuhan dan organisasi yang
lebih luas dan besar. Tujuannya adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pertubuhan tersebut untuk dijadikan motivasi
serta idea baru kepada program dan aktiviti di sekolah. Contoh pertubuhan yang boleh
diadakan hubungan seperti Persatuan Ulama Malaysia, Unit Amal, JIM, ABIM dan
sebagainya.

Ahli Syura

Pelaksana Dasar

Pelaksana Dasar
Dalam Bentuk
Program dan Aktiviti

Rajah 2 : Carta Aliran Struktur Organisasi Badan Dakwah


44
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Organisasi

Organisasi Dalaman Organisasi Luaran

Persatuan/
Badan
Dakwah

Rajah 3 : Gabungan Organisasi Luaran Dan Dalaman Sebuah Persatuan

3. Mempunyai Manhaj Tarbiyah Yang Jelas1

Apabila organisasi yang dibuat sudah mantap, maka perlulah digubal serta
dibuat satu manhaj tarbiyah bagi menterjemahkan dasar-dasar di atas kepada bentuk
ilmiah dan mini praktikal kepada para pelajar. Manhaj ini juga mempunya bahagian
tertentu iaitu:

1. Manhaj Umum
Manhaj umum ialah manhaj tarbiyah umum pelajar. Manhaj ini mempunyai asas yang
sama dengan manhaj khusus, cuma ia lebih bersifat umum dan sesuai untuk semua
peringkat dan golongan pelajar. Bagi manhaj umum ini, ia perlu sentiasa diperbaharui
bagi disesuaikan dengan perubahan yang berlaku di sesebuah sekolah. Sebagai
contohnya apabila sesebuah sekolah telah memasang internet, maka manhaj juga perlu
mengambil pendekatan untuk menggunakannya sebagai wasilah dakwah dan tarbiyah.

Manhaj Asas
a) Akidah
b) Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ Wassifat
c) Islam, Iman dan Ihsan
d) Ibadah Dalam Islam
e) Jahiliyah dan Ideologi / Isme-isme2
f) Islam, Jamaah dan Harakah Islamiyyah

1
manhaj yang dinyatakan ini sebagai contoh sahaja. Di sana terdapat banyak buku dan rujukan lain yang lebih sesuai.
2
boleh rujuk kitab Jahiliyah Kurun Ke-20 Mohammad Qutb, atau buku Islam dan Ideologi Masa Kini terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka cetakan 1996.
45
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Manhaj Pecahan
a) Ekonomi dalam Islam
b) Cabaran Teknologi Maklumat kepada umat Islam
c) Kapitalisme dalam ekonomi: satu penilaian
d) Globalisasi dan kesannya ke atas umat Islam
e) IT: Apa peranan kita
f) Masalah-masalah pelajar di asrama
g) Masalah-masalah pelajaran di kelas
h) Dsb

Akidah/ Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma’ Wassifat/ Islam,


Manhaj
asas Iman dan Ihsan/ Ibadah Dalam Islam/ Jahiliyah dan Ideologi / Isme-
isme/ Islam, Jamaah dan Harakah Islamiyyah
Manhaj umum

Ekonomi dalam Islam/ Cabaran Teknologi Maklumat kepada umat


Islam/ Kapitalisme dalam ekonomi: satu penilaian/ Globalisasi dan
Manhaj kesannya ke atas umat Islam/ IT: Apa peranan kita/ Masalah-masalah
pecahan pelajar di asrama/ Masalah-masalah pelajaran di kelas

Rajah 4 : Rajah silibus atau kurikulum pengisian dalam manhaj umum

2. Manhaj Khusus
a) Risalah At-Ta’lim Hasan Al-Banna1
b) Sekularisme dan perbahasannya
c) Sistem politik Islam
d) Kepimpinan Rasulullah dan khulafa’ Ar-Rasyidin
e) Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah
f) Jundullah Takhtitan (Said Hawa)
g) Amal Islami (Said Hawa)2
h) Fikh Sirah Nabawiyah 3
i) Syarah Hadis 40 Imam Nawawi

Manhaj

Manhaj Umum Manhaj Khusus

Asas Pecaha
n

Rajah 5 : Carta Manhaj Tarbiyah Bagi Pengisian Di Sekolah Menengah

3. Bentuk-bentuk program

- Usrah mengikut tingkatan


1
Majmu’ah Risalah Hasan Al-Banna atau Nazarat Risalah Ta’lim Muhammad Abdullah Al-Khatib terbitan Darus Salam.
2
Boleh rujuk buku Amal Islami Bahagian 1 dan 2 karangan Said Hawa terbitan Dewan Pustaka Fajar.
3
Boleh rujuk Fikh Sirah Said Ramadhan Al-Buti atau Fikh Harakah karangan Hj Abd Hadi Awang Dewan Pustaka Fajar.
46
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

a) Usrah - Usrah umum


- Usrah nuqaba’
- Usrah pimpinan
- Usrah pelajar yang bermasalah
b) Tamrin - Tamrin pengenalan tarbiyah
- Tamrin ukhuwwah Islamiyyah
- Tamrin penyelarasan usrah
- Tamrin Nuqaba’
- Tamrin kepimpinan
c) Mukhayyam - Mukhayyam tarbawi
- Mukhayyam qiadi
- Mukhayyam nuqaba’
- Mukhayyam sehari dsb
d) Rehlah - Rehlah ke tepi pantai
- Rehlah di air terjun dsb
e) Ziarah - Ziarah makam-makam orang soleh
- Ziarah pimpinan gerakan Islam
- Ziarah ulama’
- Ziarah sesama ahli
- Ziarah guru-guru
f) Kuiz - Kuiz kefahaman Islam
- Kuiz inter usrah
g) LDK (latihan - Aspek ukhuwwah
dalam kumpulan) atau - Ruhiyyah
GKB (Gerak kerja - Fikriyyah
berkumpulan) - Jundiyyah
- Badaniyyah dsb
h) Riadah - Riadah munazzamah
i) Kursus - Kursus kepimpinan Islam
- Kursus kerjaya Islam
- Kusrus perubatan Islam
- Kursus IT dsb
Jadual 1 : Jadual program dan bentuk program yang sesuai dijalankan di sesebuah sekolah.

4. Marhalah Tarbiyah Yang Sepadu dan Berkesinambungan

Secara umumnya, dalam sistem pentarbiyahan mempunyai marhalah-marhalah


tertentu iaitu:

1. Marhalah Takrif

Marhah takrif bermaksud peringkat pengenalan. Peringkat ini merupakan


peringkat yang paling asas dalam perjalanan tarbiyah. Dalam peringkat ini ada
bebarapa perkara yang perlu kita fahami iaitu:

a) Matlamat marhalah takrif


 memahami Islam secara umum
 mengetahui Tauhid Rububiyah, Uluhiyah, Asma’ Wa Sifat. 1
 Mengetahui Syahadah dan tuntutannya serta perkara-perkara yang
membatalkan syahadah2
1
boleh rujuk buku Risalah Usrah karangan Abu Urwah Pustaka Salam
2
boleh merujuk kepada kitab Muqaddimah Akidah Muslim karangan Hj. Abdul Hadi Awang
47
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

 Memberi asas amal-amal Islami


 Memberi asas cara intima’ dan iltizam dengan Islam
 Memberi asas kepada amal secara berkumpulan
 Memberi asas ke arah marhalah takwin
 Memberi asas kefahaman Islam yang mendalam.1

b) Tabi’ie marahalah ini


 Dakwah yang umum
 Mad’u yang berfahaman seperti masyarakat awam
 Amal yang umum
 Perencanaan, perancangan, penyusunan gerak kerja dan kecantikan
pentadbiran.

c) Tuntutan marhalah ini daripada pelajar


 Pelajar secara umum terutama yang berminat pada tarbiyah
 Ada keinginan bekerja untuk Islam
 Ada keinginan memberi komitmen terhadap Islam
 Kemampuan untuk menghormati prinsip-prinsip Islam yang umum
 Kemampuan untuk memberi kataatan yang umum kepada pimpinan

d) Wasilah-wasilah
 tazkirah
 usrah
 liqa’
 email
 chat
 risalah
 tamrin dsb

e) Sifat-sifat marhalah takrif


 lebih bersifat menerang dan bukan garang
 memberi tempoh kepada pelajar untuk berubah
 tidak memaksa tetapi lebih kepada memujuk
 memberi kelebihan-kelebihan tentang amal Islam
 dekat dengan pelajar
 meminta bukan mengarah

2. Marhalah Takwin

Marhalah Takwin ialah peringkat pembentukan. Maksud pembentukan di sini ialah


pembentukan kepimpinan. Pembentukan kepimpinan ialah satu proses tarbiyah
kepada ahli-ahli dalam melatih dan memantapkan diri bagi memimpin pada marhalah
yang seterusnya. Dalam peringkat ini, ia lebih kepada tarbiyah ilmu, amal, latihan dan
kekreatifan di mana ia melayakkan diri ahli-ahlinya mampu untuk memawa risalah
jihad di jalan Allah.2
Kesimpulannya sekiranya peringkat takrif dalam gerakan Islam ialah melayakkan diri
seseorang dengan ilmu-ilmu Islam, maka bagi peringkat takwin ini pula melayakkan

1
sila rujuk kitab Fiqh Ad-Dakwah Ila Allah Juzuk 1 karangan Dr Ali Abd Halim Mahmud Darul Wafa’ cetakan 1994 muka
surat 296
2
sila rujuk Fiqhud Dakwah Ila Allah karangan Doktor Ali Abd Halim Mahmud Juzuk 1 Darul Wafa’ cetakan 1993 Beliau
merupakan bekas Sheikh Al-Azhar.
48
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

diri seseorang bekerja untuk Islam, beriltizam, berkorban, mengikat diri serta komit
terhadap Islam.
Di dalam marhalah ini terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian
iaitu:

a) Mendalami kefahaman terhadap Islam


b) Memperdalam lingkungan amal dan praktikal
c) Memperdalam pengetahuan, dan thaqofah Islam
d) Memperdalam pengalaman amalan dalam banyak medan
e) Pengkhususan dalam bekerja

a) Tabi’ie Marhalah Takwin

 Pengkhususan dalam dakwah


 Pengkhususan dai’e
 Pengkhususan ma’du
 Pengkhususan amal dalam marhalah takwin
 Pengkhususan dalam pentadbiran dan pengurusan

b) Sifat dan Akhlak Pada Daie dan Mad’u

 Wara’ (menjaga daripada dosa-dosa kecil dan syubhah)


 Ikhlas
 Sabar
 Ithar (mengutamakan orang lain)
 Tawadhu’(rendah diri)
 Ihsan1

Pada Mad’u

 takwa
 khusyu’ (khusyuk)
 latihan ikhlas dan benar
 tama’ninah (tenang)
 raja’ (mengharap)
 hikmah (bijaksana)
 Prihatin
 Sabar

c) Tujuan dan Wasilah Marhalah Takwin

1) Meletakkan kesesuaian sukatan yang tertentu.


- ia bermaksud memilih dan menentukan ahli-ahli yang benar-benar layak untuk
berintima’ dengan Islam
- dalam pemilihan ini, maka ciri-ciri yang perlu diberi perhatian ialah:
a) fikrah
b) ruhiyyah dan akhlak
c) kepimpinan
d) ilmu dan thaqofah
e) kekuatan tubuh badan
1
Kamu menyembah Allah seperti kamu melihat Allah SWT, sekiranya kamu tidak mampu yang demikian, maka seolah-olah
Allah melihat kamu
49
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

f) kekuatan bergerak dan berharaki


g) kekuatan untuk menghasilkan sesuatu

2) Meletakkan jawatan atau portfolio tertentu


- iaitu memberikan satu sandaran tugas atau peranan khusus kepada ahli-ahli
yang telah dipilih. Ia adalah berdasarkan kemampuan dan kebolehan individu.

3) Pembentukan yang lebih jitu


- pembentukan yang dimaksudkan di sini ialah melengkapkan lagi keupayaan
dan kemampuan ahli dalam semua aspek kepimpinan seperti yang di sebut dalam No
1.

4) Disiplin
- Disiplin yang dimaksudkan di sini ialah pada:
a) akidah dan fikrah
b) ibadah
c) akhlak dan suluk
d) muamalah dan pergaulan
e) percakapan
f) makan, minum dan urusan rumah tangga
g) kewajipan dan tugas
h) muhasabah diri
i) dakwah dan amal
j) iltizam dan komit dengan Islam serta
k) memegang segala janji dan ikrar.

d) Wasilah-wasilah

Wasilahnya sama seperti marhalah takrif. Namun pada peringkat ini, ia lebih
nampak matang dan teratur. Perjalanannya lebih licin dan berjalan secara tidak
langsung.

3. Marhalah Tanfiz

Peringkat Tanfiz merupakan peringkat yang paling tinggi. Peringkat ini adalah
kemuncak daripada peringkat-peringkat yang bawah di mana ia lebih kepada
memimpin, mentadbir, merancang dan menanggung risiko daripada semua masalah
yang berlaku. Peringkat ini memerlukan segala kekuatan fizikal, mental dan ruhiyyah.
Pada peringkat ini penulis tidak memberi banyak huraiannya. Cukup sekadar
beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.

a) Pada peringkat ini, pimpinan haruslah memahami dengan sebaik mungkin


matlamat, methodologi serta perlaksanaan dakwah itu sendiri pada peringkat sekolah.
Ini penting bagi mencapai target tertentu dalam tempoh jawatan yang dipegangnya.
b) Merancang, menentukan target pada kualiti dan kuantiti pada ahli, program dan
para pelapis serta yang berkaitan dengannya.
c) Memikirkan kesan untuk jangka masa pendek dan panjang bagi sesuatu program.
d) Mengetahui banyak maklumat tentang perkembangan pentadbiran sekolah, pelajar
dan masalah-masalahnya.
e) Berfikiran jauh dan tepat. Bijak dan mempunyai kemahiran membuat keputusan
dengan cepat dan tepat.
f) Mempunyai segala ciri pada peringkat takwin.
50
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

g) Dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan masalah yang timbul.
h) Mempunyai politik tersendiri untuk menentukan hala tuju badan dakwah dalam
tempoh tertentu.

Ciri-ciri khusus bagi seorang Ketua (Amir)1


- mewarisi secara sempurna sifat-sifat yang wajib bagi Rasul iaitu Sidq, Amanah,
Tabligh dan Fatonah. Begitu juga ia perlu mewarisi segala ajaran Rasulullah daripada
Al-Quran dan As-Sunnah dan tarbiyah.

Ciri-ciri khusus bagi seorang ahli syura


- menguasai Al-Quran dan As-Sunah di samping memelihara kedua-duanya,
mempraktikkan serta mengetahui keadaan semasa untuk memutuskan sesuatu
keputusan. Sesungguhnya ahli syura pada zaman Umar r.a terdiri daripada golongan
muda dan tua.

Ciri-ciri khusus bagi seorang petugas Islam


- Kefahaman yang jelas, taqwa dan taat kepada para pimpinan

TAKRIF TAKWIN TANFIZ


(PENGENALAN) (PEMBENTUKAN) (PERLAKSANAAN)

Rajah 6: Marhalah tarbiyah di sebuah sekolah menengah

5. Ahli-Ahli Yang Sedia Ditarbiyah

Ahli-ahli yang sedia ditarbiyah ialah mereka yang mempunyai tasawwur Islam
secara umum, atau mereka yang kurang didikan Islam tetapi mempunyai keinginan
dan minat terhadap Islam. Ahli-ahli seperti ini memberi sumbangan yang besar dalam
menjayakan sesebuah badan dakwah di sekolah.
Begitu juga menunjukkan imej baik Nuqaba’ dan AJK Badan Dakwah adalah
salah satu uasaha untuk menarik pelajar agar mencontohi mereka seterusnya bersedia
untuk menerima tarbiyah
Di samping itu, para pelajar perlu diberikan tasawwur wala’ (memberi ketaatan)
kepada pimpinan. Ini penting bagi memastikan segala apa yang ditarbiyahkan kepada
pelajar tidak dipandang serong atau dipertikaikan oleh pelajar. Sebaliknya jika timbul
kelemahan yang wujud di dalam badan dakwah, maka pelajar bersikap membetulkan
dan menegur dengan cara yang baik.

6. Sistem Pengkaderan Yang Tersusun


Dalam mengukuhkan sesebuah organisasi dakwah, sistem pengkaderan yang
cekap dan bersistem perlu dijalankan bagi menjamin penerusan pentarbiyahan dan
dakwah di sekolah. Dengan wujud sistem pengkaderan yang tersusun, sesebuah
organisasi itu akan mendapat menilai dan memperbaiki kelemahan para pimpinan
yang sentiasa berganti serta dapat melalui pengalaman yang dapat disusun untuk
dijadikan iktibar dan pengajaran pada generasi akan datang.
Seandainya kita melihat bahawa Rasulullah sendiri memberi keutamaan kepada
para sahabat untuk memimpin dan membantu Baginda dalam peperangan dan dakwah
Islamiyah. Perutusan Mu’az Bin Jabal ke Yaman serta beberapa sahabat di negara lain
untuk tugas dakwah merupakan latihan kepada para sahabat untuk memimpin selepas
1
rujuk Durus Fi Amal Islami karangan Said Hawa muka surat 12 – Maktabah Ar-Risalah Amman Jordan.
51
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

pemergian Baginda. Begitu juga penglibatan pemuda-pemuda Islam dalam


peperangan, bahkan Abu Ubaidah Bin Al-Jarrah yang dilantik menjadi panglima
perang membuktikan kepada kita dengan jelas bahawa pengkaderan adalah amat
penting dalam kesinambungan dakwah Islamiyah.

Contoh sistem pengkaderan yang baik ialah seperti berikut:


Tingkatan 6

Tingkatan 6 Bawah

Tingkatan 5

Tingkatan 4

Tingkatan 3
arah tarbiyah senior kepada junior
Tingkatan 2

Tingkatan 1

Peralihan

Tanfiz
Takwin
Takrif

Rajah 7 : Carta aliran tarbiyah di sekolah menengah

7. Keselarasan Antara Amal Jamaie dan Amal Ijtima’ie

Maksud selaras Amal Jama’ie dengan Amal Ijtima’ie ialah tiada pertindanan
antara program khusus dan program umum, dalaman dan luaran. Hal ini penting agar
perancangan dan matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan baik dan
sempurna. Selain itu, ia penting agar pembahagian tugas dapat dijalankan dengan baik
dan tidak membebankan satu pihak serta meringankan satu pihak yang lain.
Perlu diberi perhatian, kedua-dua bentuk program ini amat perlu diseimbangkan
kerana pelajar yang kita ingin ditarbiyahkan bukan semuanya golongan yang sama.
Mereka banyak perbezaan latar belakang serta cara yang perlu kita masuk dengan
mereka. Justeru dengan adanya amal khusus dan amal umum ini, tarbiyah dapat
berjalan dengan seimbang dan semua peringkat pelajar memperolehinya.

Amal Jama’ie ialah : amal jamaie ialah amal yang diputuskan oleh jamaah yang
tersusun (munazzamah) menurut manhaj yang tertentu dan untuk mencapai
matlamat yang tertentu. Untuk membuat penelitian yang lebih mendalam perlulah
kita menghuraikan pengertian definisi di atas dengan meneliti apa yang dimakudkan
dengan:

1. Amal yang diputuskan oleh jamaah


2. Jamaah yang munazzamah
3. Menurut manhaj tertentu
4. Untuk mencapai matlamat tertentu
52
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Amal Ijtima’ie ialah : suatu kerja yang dilaksanakan oleh individu, kumpulan atau
beberapa kumpulan, atau mana-mana pertubuhan yang bertujuan memberi khidmat
dan kebajikan kepada masyarakat secara umum. Antara yang disebutkan oleh Dr.
Yusof Al-Qaradhawi bentuk amal ijtima’ie antaranya membina masjid, membuat
gotong royong, memberi kebajikan dan seumpamanya. Dalilnya:

َ‫يَاأَيُّهَا الَّ ِذينَ َءا َمنُوا ارْ َكعُوا َوا ْس ُجدُوا َوا ْعبُدُوا َربَّ ُك ْم َوا ْف َعلُوا ْالخَ ي َْر لَ َعلَّ ُك ْم تُ ْفلِحُون‬
maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan
sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta
kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-
Hajj 77)

Sabda Rasulullah SAW:


‫تميط األذى عن الطريق صدقة‬
maksudnya: membuang gangguan di atas-atas jalan adalah sedekah.

Perbezaan Amal Jama’ie dan Amal Ijtima’ie

1. Amal Jama’ie adalah segala usaha dakwah atau amal Islam yang diputuskan
oleh jamaah dan pimpinannya. Tugas tersebut diserahkan kepada individu
tertentu, berkumpulan atau semua anggota jamaah.
2. Amal Ijtima’ie juga merupakan amal yang diputuskan oleh jamaah dan
pimpinannya. Namun begitu, sekiranya ada individu, kumpulan atau beberapa
kumpulan daripada ahli-ahli jamaah ingin melakukan sesuatu gerak kerja atau
amal Islam bagi maslahah umum masyarakat yang tidak diputuskan oleh jamaah,
maka ia juga disebut sebagai amal Ijtima’ie. Ini disebabkan amal Islami Ijtima’ie
tidak terikat secara tetap dengan keputusan atau arahan pimpinan jamaah.
3. Walaupun begitu, perlu diberi perhatian sekalipun amal yang tidak diputuskan
oleh jamaah disebut juga sebagai amal Ijtima’ie, hendaklah kerja atau tugasan itu
tidak bertentangan dengan syarak dan perkara-perkara yang disepakati oleh
jamaah dan pimpinannya. Sekiranya berlaku pertentangan, maka amalan dan
tugasan tersebut dianggap melanggar keputusan jamaah.
4. Kedua-dua Amal Jama’ie dan Ijtima’ie bersesuaian dan menepati sebarang
ketetapan dalam Islam dan jamaah itu sendiri.

BAB 5
Ciri-ciri Badan Dakwah Yang Cemerlang
1. Syura
Syura maksudnya bermesyuarat ataupun berbincang. Walaupun mesyuarat biasa
digunakan dalam istilah Melayu, namun yang dimaksudkan syura dalam Islam bukan
seperti perbincangan seperti yang difahami dengan perkataan mesyuarat, bahkan
maksudnya lebih dan jauh daripada itu. Ini disebabkan syura mempunyai ciri-ciri dan
disiplin tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW dengan para
sahabat. Firman Allah tentang syura ini:
53
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

‫والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصالة وأمرهم شورى بينهم ومما رزقناهم ينفقون‬
maksudnya: Dan bagi orang-orang yang mematuhi seruan Tuhannya dan
dan mendirikan solat sedangkan di dalam urusan hidup, mereka syura
sesama kalangan mereka dan mereka menafkahkan sebahagian daripada
rezeki yang telah kami kurniakan. 1
Firman-Nya lagi:
‫وشاورهم فى األمر فإذا عزمت فتوكل على هللا‬
maksudnya: dan bersyuralah di kalangan kamu dalam sesuatu perkara,
dan apabila kamu telah berazam (dengan sebenar-benar azam) maka
bertawakkalah kepada Allah.

Saidina Ali KWJ pernah berkata:


Syura itu punca hidayah, dibimbangi orang yang hanya berpegang kepada
pendapatnya sendiri. Maka bertadabbur sebelum beramal itu menyelamatkan kamu
daripada penyesalan2

Ibnu Arabi pula berkata:


Mesyuarat itu mendekatkan anggota jamaah, membersihkan akal, membawa
kepada kebenaran dan sesiapa di kalangan kamu yang bermesyuarat akan mendapat
petunjuk.3

Prinsip Asas Syura

a) Tidak boleh sama sekali membincangkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di


dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
b) Tidak boleh sama sekali hasil atau keputusan mesyuarat bertentangan dengan Al-
Quran dan As-Sunnah.

Perkara-Perkara Penting Dalam Syura

1. Ahli-ahli syura mestilah memberikan pandangan mengikut kepakaran atau


kelebihan dalam bidang masing-masing.

2. Mestilah serius dan menumpukan perhatian dalam sesi perbincangan

3. Mengemukan hujah-hujah dengan jelas. Sekiranya perlu kepada dalil Al-Quran


dan Hadis, itu lebih baik.

4. Seimbang antara kesan jangka pendek dan jangka panjang. (mengikut suasana)

5. Ahli korum harus mencukupi

6. Tempat yang selesa dan waktu yang sesuai (ikut suasana)

7. Tidak mempertikaikan keputusan selepas syura diputuskan

8. Bersikap terbuka apabila pandangan atau cadangan tidak diterima.

1
Surah Asy-Syura 38
2
Op Cit : Dr Hasan Huwaidi hal 3-4
3
Op Cit : Dr Hasan Huwaidi
54
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

9. Istighfar sekiranya pandangan atau cadangan diterima.

10. Tidak melanggar apa yang telah disyurakan walaupun terdetik di dalam hati
keputusan yang telah diputuskan ada kecacatan. Namun keputusan boleh berubah
sekiranya keadaan amat mendesak atau perlu berbincang semula untuk mengubah
keputusan syura

11. Perlu yakin syura membawa rahmat

12. Segala yang diperbincangkan perlu dicatit

2. Manhaj Tarbiyah Yang Mantap

Yang dimaksudkan dengan tarbiyah yang mantap ialah seperti yang telah
disebutkan dalam faktor-faktor kejayaan di atas.

3. Menjaga Kerahsiaan dan Hazar Dalam Pergerakan

Dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan, tidak dapat tidak perlu ada konsep
berterus terang dan dan konsep menjaga kerahsiaan. Sehingga dalam organisasi
kerajaan atau perniagaan sekalipun, mereka mempunya polisi-polisi tertentu dalam
dasar atau perkara-perkara yang boleh diumumkan dan juga perkara-perkara yang
perlu dirahsiakan. Begitu juga dengan sesebuah pergerakan sesebuah badan dakwah
atau persatuan, perlukan kedua-dua konsep ini untuk melicinkan perjalanan
organisasi.
Perlu diingatkan bahawa kedua-dua konsep berterus terang dan kerahsiaan ini
bukanlah suatu matlamat, tetapi ia merupakan wasilah atau method dalam
menggerakkan persatuan. Ada ketika dan keadaan yang perlukan sesuatu maklumat
itu dihebahkan kepada umum, dan ada ketikanya dan keadaan yang memerlukan
kerahsiaan agar sesuatu maklumat itu tidak tersebar atau terbocor kepada mereka yang
tidak sepatutnya seperti ahli biasa atau lebih-lebih lagi musuh Islam.1
Dalam peringkat awal usaha dakwah Rasulullah, Baginda mengamalkan
suatu strategi menjaga kerahsiaan yang dinamakan hazar. Hazar ini merupakan
satu method yang digunakan oleh Baginda bagi terutamanya bagi mengelakkan
dakwah Islam disekat dan dicantas dari awal oleh pembesar Quraisy dan juga
selepas dakwah Islam mula berkembang. Beberapa contoh hazar telah ditunjukkan
oleh Baginda. Antaranya:

a) Pernah berlaku pada peringkat awal dakwah Islam, Baginda solat bersama para
sahabat di tempat-tempat yang sunyi dan jauh dari masyarakat seperti di celah-celah
dan sebalik gunung. Tujuan Baginda berbuat demikian bukanlah kerana takut kepada
orang Quraisy, tetapi ia adalah suatu strategi dakwah bagi menyelamatkan pengikut
Baginda yang masih sedikit. Sekiranya dibuat di tempat yang terbuka, sudah tentu
akan mengundang pelbagai bahaya dan memeranjatkan kaum Quraisy yang
menyembah berhala dan pelbagai tuhan.
b) Perjanjian Aqabah yang pertama dan yang kedua di jalankan secara sulit dan
rahsia tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali Rasulullah dan beberapa sahabat Nabi.
c) Apabila Nabi mendapat wahyu daripada Allah memerintahkan Baginda
berhijrah, Rasulullah telah pergi ke rumah Saidina Abu Bakar pada waktu tengahari
terik di mana pada waktu seumpama itu, orang ramai duduk di dalam rumah. Begitu

1
sila rujuk Kitab Durus Fi Amal Islami karangan Said Hawa cetakan Beirut, Lubnan muka surat 69
55
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

juga Baginda berhijrah dengan Saidina Abu Bakar ke Madinah pada waktu malam
dengan mengikut jalan baru yang tidak pernah diikut oleh orang ramai.

Konsep hazar juga perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa, ahli tertinggi
atau ahli biasa, ahli , orang luar atau musuh serta maklumat tertentu.
Hazar yang perlu disesuaikan mengikut keadaan semasa contohnya seperti
maklumat yang boleh dimaklumkan kepada ahli pada tarikh tertentu dan maklumat
tersebut boleh disampaikan kepada para pelajar seminggu selepas dimaklumkan
kepada ahli terbabit. Hal ini perlu diikuti mengikut waktu yang telah ditetapkan bagi
memudahkan penerimaan ahli dan para pelajar untuk mengikuti dakwah atau
pengisian daripada badan dakwah.
Hazar dalam menyampaikan maklumat kepada ahli tertinggi dan ahli biasa juga
perlu diamalkan. Ada maklumat-maklumat yang hanya boleh diketahui oleh ahli
tertinggi dan tidak pada ahli biasa dan para pelajar dan ada maklumat yang boleh
diketahui oleh semua peringkat. Begitu juga ada maklumat yang tidak boleh dikatahui
oleh pelajar biasa tetapi diketahui oleh ahli biasa.
Pihak Berkuasa : Sekolah,
kerajaan, pemimpin negara
AJK Tertinggi

Ajk Rendah
Cara menyalurkan
Maklumat dari
Atas ke bawah Ahli Biasa

Pelajar Biasa atau


penentang dakwah

Rajah 8 : Carta aliran penyaluran maklumat

Hazar atau menjaga kerahsiaan merupakan perkara yang amat penting dalam
gerakan badan dakwah terutamanya dalam tempoh Islam belum didaulatkan lagi
(masih belum berkuasa). Dibawah ini hanya diberikan beberapa kesan akibat tidak
menjaga hazar.

Kesan Tidak Menjaga Hazar

1. Perancangan akan diketahui oleh musuh kita dan memudahkan mereka


untuk memerangi kita.
2. Strategi serta teknik dakwah akan mudah dipatahkan.
3. Timbul sikap buruk sangka antara pimpinan dan anak buah
4. Timbul sikap ‘escapisme’ dan hilang kerjasama sesama ahli dalam
melaksanakan program
5. Hilang wala’ terhadap pimpinan
6. Matlamat sesuatu program tidak tercapai
7. Timbul permusuhan sesama ahli
8. Hilang kepercayaan sesama ahli atau terhadap pimpinan.

56
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

9. Timbul fitnah, kata-mangata dan jatuh-menjatuhkan antara satu sama


lain.
10. Menyebabkan pihak pentadbiran menyekat atau menghalang program
atau aktiviti yang dijalankan oleh badan dakwah.
11. Maklumat-maklumat terbocor kepada perisik atau pengintip yang
ditugaskan oleh pihak-pihak tertentu.

4. Muhasabah

Muhasabah dalam istilah lainnya ialah post mortem ataupun semak kembali
terhadap segala program atau aktiviti yang telah dijalankan. Dengan muhasabah,
segala kelemahan dan kekurangan dapat di kesan dan seterusnya diperbaiki untuk
masa-masa akan datang. Selain itu, muhasabah memberi ruang untuk tegur-menegur
sesama ahli dalam keadaan yang terbuka dan beradab serta memudahkan penelitian
terhadap program yang telah dijalankan. Di samping dapat menjalinkan ukhuwwah,
muhasabah akan menyebabkan kita rasa insaf dengan kelemahan yang ada di
kalangan kita.

5. Mengikuti Perkembangan Semasa (Fiqhul Waq’ie)1

Sesebuah badan dakwah perlu mengikuti perkembangan suasana yang berlaku.


Ini disebabkan suasana dan perkembangan yang berlaku di sekeliling amat
mempengaruhi suasana pelajar terutamanya dalam proses menyampaikan kefahaman
Islam kepada pelajar. Di bawah ini disebutkan beberapa kefahaman asas Fiqh Realiti
atau Fiqh Semasa.

Pengertian Fiqh Semasa

Fiqh Realiti bermaksud : Ilmu yang membahaskan tentang kefahaman terhadap


hal ehwal semasa, faktor-faktor yang mempengaruhi ke atas masyarakat dan
negara serta idea-idea dan strategi bagi menghadapi isu-isu yang mengganggu
keutuhan akidah dan syariat Islam serta jalan bagi memelihara umat Islam
daripadanya pada masa kini dan akan datang.

Terdapat beberapa unsur-unsur yang penting dalam mencapai


kefahaman realiti semasa dan membuat perencanaan pada masa akan
datang:

Kaedah Membuat Kajian Fiqh Realiti

1. Pengumpulan segala bentuk berita dan maklumat


2. Membuat perbandingan dan kaitan antara isu-isu
3. Membuat pemerhatian dan analisis bagi mencapai keputusan yang telah
ditetapkan.

Disiplin Ilmu Fiqh Realiti

1. Sentiasa beriltizam dengan usul syariat serta kaedah akal yang tepat dalam
membaca suasana dan keadaan. Serta menyesuaikan keputusan dengan keadaan
semasa dan persediaan bagi jangka panjang.

1
rujuk Fiqh Realiti Atau Semasa terjemahan oleh Ustaz Fahrul Irfan Bin Ishak – PMRAM cetakan 2000
57
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

2. Meneliti daripada sebarang maklumat yang diambil daripada akhbar-akhbar dan


pembacaannya dari sudut kebenaran.
3. Sederhana dan berimbangan dalam membuat penilaian ilmiah
4. Interaksi, reaksi yang baik serta menjauhi sebarang bentuk bahaya dan ancaman
yang memesongkan.
5. Tidak berpegang dengan kukuh dan terikat dengan perancangan yang bersesuaian
pada sesuatu masa dengan perancangan pada masa akan datang.
6. Berhati-hati daripada terlalu bangga dan kerdil dengan golongan kafir dan munharif
(mengubah ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dengan akal mereka)

Faedah-faedah Fiqh Realiti atau Fiqh Semasa

a) mengetahui penderitaan umat Islam di seluruh dunia dan memberi keinsafan


kepada kita untuk terus berusaha menegakkan Islam
b) memahami dan mengetahui perancangan jahat orang kafir terutamanya Yahudi
dan Kristian untuk merosakkan Islam. Lantas kita berusaha mengelakkan serangan
tersebut serta menjawab segala persoalan-persoalan yang dilontarkan.
c) Para pelajar terus berminat dengan method dan cara penyampaian dakwah. Ini
kerana peringkat remaja adalah peringkat yang suka mencuba dan menyesuaikan
diri dengan suasana yang wujud di sekelilingnya
d) Tidak tertipu dengan helah dan taktik orientalis dan golongan Islam yang
menjadi alat kepada orang kafir.
e) Bersedia membuat perubahan terhadap suasana yang berlaku ke arah yang
lebih baik

6. Bersedia Menerima Perubahan

Badan Dakwah juga perlu sentiasa bersedia menerima perubahan. Perubahan


yang dimaksudkan ialah dari segi gerak kerja, manhaj, cabaran serta method dakwah.
Ini disebabkan dakwah Islam itu sendiri bersifat Murunah iaitu fleksibel. Justeru,
dengan sifatnya yang begitu, memudahkan lagi proses untuk memberikan kefahaman
kepada para pelajar tentang Islam serta penghayatannya secara praktikal.
Contohnya seperti apabila sesebuah sekolah telah memasang internet dalam
urusan perhubungan mereka, maka badan dakwah perlu bertindak untuk mengambil
manfaat daripadanya. Email, chatting, homepage serta networking perlu dipelajari dan
digunakan bagi kepentingan badan dakwah.

7. Mempunyai Perancangan Jangka Pendek Dan Panjang

Perancangan jangka pendek ialah perancangan dalam tempoh sehari, seminggu


atau sebulan mengikut bentuk program dan matlamat yang ingin dicapai. Perancangan
jangka panjang ialah merancangan untuk mencapai sesuatu matlamat bagi tempoh
setahun, 2, 5, 10, 15 atau 20 tahun. Namun ia bergantung pada kesesuaian sesebuah
sekolah.
Perancangan jangka pendek dan jangka panjang haruslah mempunyai kaitan dan
kesinambungan antara satu sama lain. Ini di sebabkan semua program atau
perancangan mempunyai matlamat yang satu iaitu menegakkan daulah Islam dan
kalimah Allah di muka bumi. Justeru, bagi menjayakan kedua-dua bentuk
perancangan ini, perlu ada kesinambungan hubungan antara satu generasi ke satu
genarasi yang lain. Hinggalah matlamat yang agung tersebut tercapai dalam keadaan
perancangan jangka pendek dan panjang itu bersifat sementara kepada matlamat
mencapai daulah tadi.
58
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

KAJIAN KES

1. Pertembungan antara pimpinan badan dakwah dan pengawas

Pertembungan antara pimpinan badan dakwah dan badan pengawas wujud di


sesetengah sekolah terutamanya sekolah yang bukan aliran agama. Pertembungan
yang berlaku seperti percanggahan bidang kuasa, pengawas yang bukan aliran agama,
pengasingan kuasa di asrama dan di sekolah dan sebagainya. Hal ini menyebabkan
kepimpinan badan dakwah dan pengawas tidak selari dan bercanggah antara satu
sama lain.
Selain itu, punca utama pertembungan ini berlaku adalah disebabkan fikrah
kepimpinan yang berbeza antara 2 badan pelajar ini. Biasanya, pengawas ini
merupakan pentadbiran yang diwakili pelajar dan badan dakwah pula lebih menjurus
ke arah penghayatan Islam. Apabila terdapat perkara-perkara yang tidak selaras antara
arahan pentadbiran dan konsep Islam itu sendiri, maka berlakulah pertembungan
antara 2 badan ini. Begitu juga terdapat badan dakwah yang kurang mementingkan
disiplin dan peraturan sekolah hingga menyebabkan pimpinan pengawas memandang
negatif terhadap imej badan dakwah itu sendiri.
Cara untuk mengatasi masalah ini antaranya ialah:
a) mengadakan rundingan antara kedua-dua pihak untuk membentuk kesatuan
b) menetapkan dan menjelaskan bidang kuasa masing-masing
c) membuat pembahagian tugas dengan sempurna agar segala gerak kerja di sekolah
atau asrama tidak bertindan
d) membuat program gabungan
e) tidak menunjukkan perpecahan di hadapan para pelajar
f) bersikap terbuka dan lapang dada antara kedua-dua pihak

2. Gap antara pelajar bidang agama dan bidang sains

‘Gap’ atau jurang antara pelajar aliran agama dan sains selalu berlaku
terutamanya di sekolah menengah kebangsaan agama dan sesetengah sekolah agama
rakyat. Jurang ini berlaku kerana beberapa sebab seperti:
a) pelajar agama dipandang agak rendah berbanding kelas sains
b) kelas sains mendapat banyak kelebihan dan diberi perhatian yang lebih berbanding
kelas aliran agama
c) biasanya pelajar sains ini terpilih dan mempunyai kecerdikan yang lebih daripada
aliran agama
d) pelajar aliran agama kurang motivasi berbanding pelajar sains

Apabila tanggapan-tanggapan seperti di atas berlaku, tidak hairanlah 2 aliran


pengajian ini tidak selaras hingga menyebabkan berlaku puak. Masalah ini tidak dapat
diatasi dalam suasana sistem pendidikan dualisme dan tidak menyepadukan antara
bidang sains dan bidang agama. Walaupun begitu tidak dinafikan pelajar sains juga
belajar subjek pendidikan Islam, tetapi ia tidak dapat membuahkan hasil yang baik
dan sekadar memenuhi syarat sahaja sebagai pelajar Islam.

59
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Dalam suasana inilah badan dakwah perlu memainkan peranan menyatukan


fikrah pelajar dengan sistem usrah dan tarbiyah yang dijalankan melalui aktiviti dan
program yang diaturkan sepanjang tahun. Kesatuan ini amat penting kerana kerana
dasar Islam bukanlah pada pengkhususan dalam pelbagai bidang pengajian, tetapi
kesatuan Islam asas utamanya ialah akidah Islamiah yang soheh.
Asas kesatuan inilah yang perlu diselaras dan diterapkan pada pemikiran para
pelajar. Baginda SAW sendiri diberikan wahyu buat kali pertama bertujuan bagi
mengesakan Allah dari sebarang bentuk kesyirikan. Begitu juga dengan pendidikan
kita di sekolah. Walaupun wujud sedikit sebanyak matapelajaran Pendidikan Islam
yang menyentuh persoalan tauhid dan akidah, tetapi pelajaran tersebut tidak mampu
memberi kesan yang mendalam dan dihayati oleh pelajar muslim kerana ia
dilingkungi dengan mata pelajaran lain yang memisahkan tauhid terhadap Allah SWT.
Contohnya banyak matapelajaran yang berkaitan dengan sains, teknik atau vokasional
yang tidak mengaitkan kurikulumnya dengan sifat agung Allah SWT. Akibatnya para
pelajar tidak dapat mengaitkan secara langsung pengajian tersebut dengan kuasa Allah
SWT. Bahkan lebih teruk daripada itu mereka lebih mengenal tokoh barat daripada
tokoh Islam yang pernah mempelopori kemajuan dan ketemadunan dunia satu tika
dahulu.
Atas alasan inilah pelajar aliran agama dan sains perlu membentuk kesatuan
dengan fikrah Islamiyah yang menekankan persoalan akidah dan tauhid. Hanya
dengan persoalan ini sajalah yang mampu menyatukan pelbagai bentuk perbezaan dan
perselisihan antara sesama manusia.

3. Ahli Badan Dakwah yang terlalu ekstrim hingga mad’u menjauhinya.

Terdapat di sesetengah sekolah, berlaku ahli badan dakwah yang terlalu ketat
dan ekstrim sehingga menyebabkan mad’u daripada kalangan pelajar tidak dapat
menerima agenda tarbiyah yang dicanaikan. Dalam kita menghayati Islam, memang
perlu kepada berpegang teguh dengan tarbiyah dan dakwah Islamiyyah tetapi dalam
masa yang sama perlu dihiasi dengan uslub dakwah dan tarbiyah yang sesuai dengan
waki’ dan mad’u. Silapnya sesetengah ahli badan dakwah ialah tidak menggunakan
uslub tarbiyah untuk menyampaikan Islam sehingga pelajar lain tidak dapat menerima
dengan baik bahkan ada yang menjauhkan diri daripadanya. Oleh yang demikian, ahli
badan dakwah selain daripada berpegang teguh dengan Islam dan tarbiyah, perlu bijak
menawan hati mad’u agar Islam yang ingin disampaikan tadi dapat dihayati bersama
oleh para pelajar pada tahap dan kadar kemampuan mereka. Sabda Baginda SAW:

‫خاطبوا الناس على قدر عقولهم‬


bercakaplah dengan manusia mengikut tahap pemikiran mereka….

Dalam hal ini juga perlu dilihat dari sudut keutamaan amal atau dengan maksud
lain kepentingan sesuatu perkara yang kita berpegang teguh dengannya. Dalam hal-
hal yang melibatkan prinsip seperti percampuran lelaki dan wanita 1, membuka aurat,
minum arak dan sebagainya perlulah dipertahankan kerana apabila perkara-perkara ini
berleluasa, maka seluruh warga sekolah akan mendapat dosa kerana mencegah
kemungkaran itu fadhu kifayah dan boleh menjadi fadhu ain pada sesetengah
keadaan. Namun pada perkara-perkara yang furu’ dan kecil serta remeh-temeh dan
tidak melibatkan prisip seperti suara wanita 2, tudung labuh dan tudung pendek 3, baju
berkolar atau tidak, pakai kopiah atau sebaliknya, makan menggunakan sudu dan
1
Percampuran yang dimaksudkan disini ialah tanpa sebab yang syar’ie seperti bersukan, membuat kerja –kerja yang berat dan
sebagainya.
2
Melihat pada situasi dan keperluannya. Suara wanita menjadi aurat sekiranya mendayu-dayu, berlagu dan menggoda perasaan
pendengar apabila mendengar.
60
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

sebagainya adalah hal-hal yang tidak melibatkan prinsip dan tidak perlu
dipertahankan seandainya akibatnya lebih besar seperti badan dakwah diharamkan,
dilarang membuat program, pimpinan dipecat dan sebagainya.
Sabda Nabi SAW:

‫ال تتمنوا لقاء العدو فإن لقيتموه فاثبتوا‬


Janganlah kamu mengharapkan bertempur dengan musuh, tetapi sekiranya kamu
menghadapi mereka maka pertahankan dan tetapkanlah pendirian.

Begitu juga dalam persoalan ini, kita perlu melihat latar belakang mad’u kita.
Hal ini kerana tidak semua pelajar mempunyai latar belakang yang serupa. Latar
belakang seseorang terutamanya pengaruh keluarga amat memberi kesan kepada
perwatakan seseorang. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang pelajar selalu membuat
masalah, bukan mesti masalah yang dilakukan tersebut dilakukan kerana sikap dan
sifatnya sebegitu, tetapi mungkin ada pengaruh dan kesan daripada latar belakang
keluarga yang sedang dilanda masalah atau kemiskinan.

4. Puak thiqoh dan tak thiqoh

Puak thiqoh dan tak thiqoh pula biasanya berlaku di sekolah aliran agama. Puak
thiqoh biasanya mempunyai ciri-ciri seperti pada lelakinya sentiasa memakai kopiah,
baju melayu, kancing penuh ke atas dan berkolar, tidak bersukan dan sebagainya.
Pada wanita pula seperti memakai tudung bulat, baju yang tiada berbunga, tebal,
warna yang pudar dan sebagainya. Realitinya hal ini tidaklah berlaku secara serius
hingga menyebabkan masalah yang kronik, tetapi sikap berpuak-puak inilah menjadi
punca utama bibit perpecahan di kalangan pelajar.
Apa yang sewajarnya berlaku tiada puak-puak yang disebutkan diatas. Mukmin
dengan mukmin yang lain umpama bangunan yang memerlukan antara satu sama lain,
juga seperti sebuah tubuh badan yang mana sakit sebelah kiri, yang kanan akan terasa
sama. Begitulah umpamanya sesama mukmin.
Walaupun begitu, realiti ini agak sukar dikikis melainkan pendedahan terhadap
fikrah Islam yang syumul kepada para pelajar dan peranan badan dakwah perlulah
menggiatkan penyatuan di kalangan pelajar dalam bersatu menghayati Islam.

5. Pertembungan badan dakwah dengan pihak yang lebih tinggi kedudukannya.

Pertembungan dengan mereka yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi


yang dimaksudkan di sini ialah dengan pihak pentadbiran sekolah sendiri atau di
kalangan segelintir guru. Hal ini merupakan satu perkara yang amat berat dan perlu
diatasi dengan penuh berhati-hati dan baik agar tidak mendatangkan mudharat yang
lebih besar seperti pengharaman badan dakwah atau sebagainya.
Menjadi satu sunnah perjuangan dalam berdakwah berhadapan dengan orang
yang lebih besar kedudukannya dengan da’ie. Sejarah menunjukkan para Nabi dan
Rasul, syuhada’, dan pejuang-pejuang Islam berhadapan dengan golongan yang lebih
tinggi kedudukan dan kuasanya daripada mereka. Begitu juga tidak kurang juga ada di
kalangan para sahabat Nabi SAW yang terpaksa berhadapan dengan bapa dan saudara
mara sendiri ketika perang. Walaupun begitu tidaklah sama situasi yang berlaku realiti
dalam perjuangan Islam seperti dakwah pada peringkat sekolah atau tempoh
pengajian ini. Ini disebabkan dalam tempoh pengajian ini, dakwah lebih merupakan

3
Dalam hal menutup aurat wanita ini bukan persoalan tudung labuh, pendek, tiga segi atau sebagainya, tetapi menutup aurat
seperti yang dikehendakai syarak iaitu melabuhkan tudung hingga menutup dada.
61
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

latihan dan didikan kepada pelajar agar mampu menjadi pemimpin dan pembela
ummah masa depan.
Perlu difahami bahawa berlakunya pertembungan ini bukanlah berlaku seperti
yang berlaku dalam realiti masyarakat, tetapi ia lebih kepada bentuk perselisihan kecil
di dalam keluarga.

6. Ahli Badan Dakwah tidak pandai memimpin.

Sering kedengaran AJK atau pimpinan badan dakwah tidak pandai untuk
memimpin persatuan. Tohmahan ini berlaku apabila terdapat sesetengah badan
dakwah atau persatuan Islam tidak dapat menjalankan pelbagai program yang mampu
menarik pelajar. Begitu juga lontaran kelemahan-kelemahan yang berlaku di
sesetengah sekolah tentang AJK badan dakwah atau persatuan Islam yang kurang
berkaliber dan kurang serius mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Hal ini
menyebabkan para pelajar hilang kethiqohan dan kurang memberikan kepercayaan
untuk AJK badan dakwah atau persatuan Islam melaksanakan sesuatu program dengan
baik dan berkesan.
Seharusnya sebagai AJK badan dakwah menjadi contoh yang terbaik kepada para
pelajar yang lain. Sikap dan teladan yang boleh dicontohi amat penting bagi
mencerminkan imej dakwah dan Islam itu sendiri. Hal ini ditegaskan oleh firman
Allah SWT dan sabda Nabi SAW:

‫لقد كان لكم فى رسول هللا أسوة حسنة‬


maksudnya: sesungguhnya apa yang ada pada diri dan peribadi Rasulullah SAW
adalah contoh teladan yang paling baik.
Sabdanya lagi:
‫إنما بعثت ألتمم مكارم األخالق‬
maksudnya: sesungguhnya aku diutuskan kepada umat manusia bagi
menyempurnakan akhlak.

Ayat dan hadis di atas sudah cukup menegaskan kepada pimpinan badan
dakwah dan persatuan Islam agar memiliki sifat dan sikap yang menjadi satu ikutan
kepada para pelajar yang lain di samping kualiti kepemimpinan dalam berorganisasi.

7. Wujudnya jamaah-jamaah tertentu seperti PAS, JIM, ABIM, Tabligh dan


sebagainya.

Kewujudan jamaah-jamaah bukan berlaku di peringkat realiti masyarakat,


bahkan ia juga berlaku di peringkat sekolah dengan tujuan pengkaderan. Sebelum
dihuraikan realiti kewujudan banyak jamaah di sekolah-sekolah ini, perlu difahami
lebih awal asal-usul kewujudan jamaah itu sendiri.

a) ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971
dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1972.
Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di Kuala
Lumpur, dan Razali Nawawi telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang pertama
bersama-sama sepuluh orang Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat. Pada tahun 1974 Anwar
Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Siddiq Fadhil telah
62
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepas penyertaan
Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982. Muhammad Nur Manuty telah
dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991. Pada September 1997 di Alor Setar,
Kedah, Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang
kelima.
Dalam era 70-an semasa di bawah kepemimpinan Razali Nawawi dan
kemudiannya Anwar Ibrahim, ABIM lebih kepada pendekatan 'confrontational' dan
'vocal' terhadap kerajaan sesuai dengan situasi dan keperluan masa itu. Dekad kedua,
di tahun-tahun 80-an semasa di bawah kepemimpinan Siddiq Fadil, merupakan era
pendewasaan ABIM yang ditandai oleh perubahan orientasi dari aksi kekonfrontasian
kepada pendekatan menangani dan menyelesaikan masalah ataupun pendekatan
dakwah yang lebih berhikmah. Dekad ketiga, di era 90-an di bawah pimpinan
Muhammad Nur Manuty, ABIM berperanan lebih proaktif dan menjadi sebagai rakan
dalam membina negara. Dalam menuju alaf baru di bawah kepemimpinan Ahmad
Azam Abdul Rahman, ABIM membawa tema 'Memugar Idealisme dan Menggilap
Dinamika Perjuangan'
ABIM mempunyai matlamat perjuangan tersendiri iaitu mengajak manusia
mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan mengambil manhaj Rabbani sebagai
cara hidup mereka dalam semua bidang. Perjuangan itu untuk merealisasikan manhaj
rabbani dalam perkara-perkara berikut.

1. Pembinaan Sahsiah Islamiyyah


2. Pembinaan Keluarga Islamiyyah
3. Pembinaan Ummah (Masyarakat) Islamiyyah
4. Pembinaan Khilafah Islamiyyah
5. Pembinaan Daulah Islamiyyah
6. Pembinaan Dunia Islamiyyah

TUJUAN ABIM

- Menegak, mengembang dan memperjuangkan cita-cita Islamiyyah sesuai dengan


ajaran asasi al-Qur'an al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.aw.
- Menjalankan dakwah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan
masyarakat dengan syarat mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Negeri
yang berkenaan.
- Mengembleng tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama
memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf hidup di dalam semua
lapangan termasuk sosial, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan teknologi.
- Mewakili belia Islam di persidangan-persidangan dalam dan luar negeri.
- Menjalankan kegiatan lain yang tidak berlawanan dengan ajaran asasi al-Qur'an dan
Sunnah Rasulullah s.a.w.

PENDEKATAN

ABIM adalah sebuah gerakan yang bertunjangkan ilmu (krowledge based) serta
memilih untuk mengambil sikap terbuka serta sederhana (moderate) berasaskan realiti
masyarakat setempat di samping memegang teguh prinsip-prinsip Islam serta
kesepaduan ilmu, iman dan amal dalam rangka pembangunan manusia. Walaupun
ABIM menangani isu-isu politik, namun ia sentiasa bersikap non-partisan; tidak
memihak atau tunduk kepada kepentingan parti-parti politik.

TARBIYAH
63
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Sejak ditubuhkan ABIM meletakkan saluran asas tarbiyah untuk ahli-ahlinya


ialah USRAH dan TAMRIN.

Dalam risalah panduan tamrin ada menyebut tujuan tamrin seperti berikut:

- Memperluaskan serta memperdalamkan pengertian tentang cita-cita dan tuntutan-


tuntutan Islamiyyah serta ajaran-ajaran Islam keseluruhannya sebagai ad-din yang
sempurna dan sistem hidup yang praktikal kepada ahli-ahli.
- Memperdalamkan pemahaman ahli-ahli tentang erti perjuangan, ciri-ciri asli sebuah
gerakan Islamiah dan landasan perjuangan.
- Menimbulkan suasasa kewaspadaan terhadap segala bentuk cubaan dan cabaran
yang mungkin timbul di setiap ketika.
- Membentuk sahsiah muslim dengan mengambil kira sejarah hidup Rasulullah
sebagai contoh dan teladan.
- Memperkukuhkan sikap tanggungjawab terhadap perjuangan ummah dan ikatan diri
ahli-ahli kepada perjuangan Islam.
- Membekalkan latihan pimpinan yang sesuai dengan kehendak masyarakat Islam
setempat dan umat sejagat.

ABIM mengongsi visi untuk melihat kemunculan Malaysia sebagai sebuah


negara maju yang bermaruah yang turut mengangkat martabat umat. Untuk ini ABIM
amat prihatin terhadap pelbagai isu sosial, ekonomi dan politik negara. ABIM sedia
mendukung dan memperjuangkan usaha-usaha:
- Mewujudkan perpaduan ummah
- Memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi
nasional
- Membina rupa budaya bangsa yang sihat
- Meningkatkan kualiti alam sekitar
- Memperjuangkan keadilan untuk semua
- Membanteraskan kemiskinan
- Membudayakan amalan politik yang bersih

b) JIM (Jamaah Islah Malaysia)

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) adalah sebuah pertubuhan Islam yang
telah diluluskan pendaftarannya pada 27 Julai 1990.
Kalimah "Islah" pada nama JIM membawa maksud "pembaikan" dan
"perdamaian" seperti yang disebut dalam Al-Quran.

MOTTO JIM

Motto JIM ialah BERSAMA ISLAM MEMBINA MASYARAKAT

DASAR DAN OBJEKTIF

Dasar JIM adalah ISLAM

Objektif JIM adalah:

64
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

- Mendukung cita-cita dan aspirasi Islam yang unggul


- Melaksanakan kegiatan dakwah Islamiah kepada semua lapisan masyarakat
- Menggembeling tenaga masyarakat dalam rangka membentuk masyarakat yang
progresif dan dinamis dalam semua aspek kehidupan
- Mendukung konsep kesatuan berdasarkan kepada prinsip persaudaraan Islam
dan nilai-nilai kemanusiaan sejagat

PENDIRIAN DAN PENDEKATAN

JIM ditubuhkan kerana ia yakin boleh menyumbang untuk Islam dan


pembangunan masyarakat. Selain meluaskan rangkaian usaha dakwah ia juga
menyediakan satu lagi wadah dan pendekatan dakwah bagi penglibatan ummah dan
masyarakat.
JIM menganggap semua organisasi, kumpulan atau individu yang bergiat untuk
Islam sebagai sebuah keluarga. Setiap pertubuhan dakwah mempunyai keistimewaan
dan sumbangan yang tersendiri kepada dakwah dan masyarakat. Menceburi bidang
penglibatan yang sama tidak harus ditanggapi sebagai persaingan atau pertandingan
yang negatif, tetapi perluasan (coverage) serta mempelbagai pilihan bagi
meningkatkan penyertaan.
Semangat kerjasama dan persefahaman untuk membuahkan kerja Islam yang
berkualiti perlu dipupuk dan perselisihan dielakkan. Berusaha ke arah kesatuan
menjadi tanggungjawab semua. Menjaga muslimin dari bahaya lidah dan tangan kita,
melunakkan mereka di hati, perkenalan, saling memahami dan kerjasama menunjuk
arah menuju kesatuan.
JIM sentiasa menghulurkan salam persahabatan serta mencari jalan kerjasama
dalam usaha yang disepakati bersama. Menjadi hasrat JIM melihat semua usaha untuk
Islam berjaya tidak mengira siapa yang mengusahakannya.
Dalam rangka mengembalikan pengabdian kepada Allah, JIM berjuang untuk
pelaksanaan Islam sepenuhnya. Usaha JIM berasaskan prinsip Islam, mengambilkira
realiti (waqi') masyarakat dan kemampuan JIM sendiri.
JIM percaya strategi dakwah yang baik bagi Malaysia adalah satu strategi yang
menyeluruh dan bersepadu. Kemampuan ummah perlu digembeling. Kedudukan yang
berpengaruh dalam masyarakat perlu diusahakan supaya dipegang oleh mereka yang
mengongsi komitmen untuk menghayati Islam.

JIM memilih pendekatan yang bercirikan:

1. Memberi keutamaan kepada kepentingan Islam, ummah dan masyarakat


2. Positif dan membangun; dengan penilaian dan sikap yang objektif
3. Penggembelingan sumber dan kemampuan ummah dan masyarakat

c) PAS (Parti Islam Se-Malaysia)

Penubuhan PAS secara rasminya ialah pada 24 November 1951. Walaupun


begitu, pergerakan yang mencetuskan tertubuhnya PAS sebenarnya telah bermula
jauh lebih awal iaitu sejak bermulanya pergerakan reformasi Islam di Tanah Melayu.
Pergerakan reformasi ini merupakan rentetan dari reformasi di Timur Tengah,
khususnya di Mesir, yang dipelopori oleh Muhammad Abduh pada akhir abad
Kesembilan Belas. Ianya telah menjalar ke Tanah Melayu dimana Syed Sheikh Al-
Hadi telah menyebarkan pengaruh reformasi ini melalui majalah Al-Imam (1906-
1908) dan akhbar Al-Ikhwan(1926-1931).

65
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Pergerakan reformasi ini begitu berpengaruh dalam masyarakat Melayu


sehingga ianya meresapi parti politik Melayu yang pertama iaitu Partai Kebangsaan
Melayu Se-Malaya atau lebih dikenali sebagai MNP yang diasas pada bulan Oktober
1945. Menyedari peri-pentingya pengaruh ini, MNP seterusnya telah menubuhkan
sayap atau bahagian Islam dalam struktur organisasinya. Sayap atau bahagian Islam
dalam MNP inilah yang bertanggung-jawab melahirkan MATA (Majlis Agama
Tertinggi Se-Malaya) yang darinya wujud Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol
pada 14 Mac 1948.
Riwayat Hizbul Muslimin bagaimanapun tidak lama. Hasil dari desakan Dato'
Onn Jaafar, yang ketika itu memimpin UMNO, Inggeris telah mengisytiharkan
pengharaman Hizbul Muslimin menangkap pemimpin- pemimpinnya. Hizbul
Muslimin telah disebut oleh Dato' Onn sebagai Red Islamic Party yakni cuba
menyamakannya dengan pengaruh komunis yang merbahya. Beliau juga telah
menyebut penubuhan Hizbul Muslimin sebagai "Bahaya Dari Gunong" kerana
penubuhannya yang bertempat di Gunong Semanggol Perak. Walaupun aktiviti
Hizbul Muslimin terhenti apabila bermula Dharurat pada bulan Jun 1948, semangat
perjuangan yang kental di kalangan pendukung- pendukungnya akhirnya telah
merintis kepada penubuhan PAS pada 24 November 1951.
Ideologi PAS ialah ISLAM. PAS memperjuangkan ISLAM yang sempurna.
Perjuangan PAS adalah berpandukan kepada ajaran Al-Quran dan Hadis Nabi.
Berdasarkan kepada ideologi ini, PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini
sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup
Islam dan hukum- hukumnya menuju keredhaan Allah.

1. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan


pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-
hukumnya menuju keredhaan Allah.
2. Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Bagi mencapai tujuan perjuangan, PAS menjalankan usaha-usaha berikut [Fasal 6]:
3. Menyeru umat manusia kepada syari'at Allah dan sunnah RasulNya melalui
dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan
syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta
memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan
kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan
sosial serta pelajaran dan pendidikan.
4. Memupuk dan memperkuatkan ukhwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan
di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat
dan berkebajikan.
5. Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-
orang
perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan
pandangan hidup Islam.
6. Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta
institusi- institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk
membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.
7. Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau
pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan
selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang
negara.
8. Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal
dalam amalannya di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

66
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

9. Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak


bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
10. Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa
mengabaikan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara
ini.
11. Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain
yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi ma nusia serta
menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di
kalangan umat manusia.
12. Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan
undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.

c) Tabligh

Jamaah Tabligh merupakan jamaah yang berasal dari India yang diasaskan oleh
Maulana. Pengaruh jamaah tersebut sampai ke merata dunia sehingga ke Asia
Tenggara. Beberapa pengenalan kepada jamaah ini ialah:

1. Berpakaian jubah dan berserban.


2. Menjalankan dakwah dalam beberapa peringkat seperti 3 hari, seminggu, 40 hari
dan seterusnya.
3. Menjalankan dakwah dari rumah ke rumah masjid ke masjid.
4. Menitik beratkan persoalan iman dan akhlak
5. Tidak banyak menyentuh permasalahan negara dan politik

Dalam persoalan ini, terdapat perselisihan antara para ulama’ adakah dibenarkan
ta’addud jamaah ataupun tidak boleh. Antara ulama’ yang membenarkan ta’addud
jamaah ialah Dr Yusof Al-Qaradhawi. Mereka yang tidak membenarkan ta’addud
jamaah ialah seperti Dr Fathy Yakan.
Apa yang jelas, walaupun ada perselisihan pendapat dalam menentukan boleh
atau tidak ta’addud jamaah, tetapi para ulama’ sepakat bahawa kesatuan itu
merupakan perkara dan asas yang pokok dalam membina umat dan daulah Islam.
Adapun pendapat Yusof Al-Qaradhawi yang membenarkan ta’addud jamaah ialah
ta’addud yang bersifat menolong dan membantu sesama jama’ah-jama’ah Islam dan
bukan ta’addud yang bersifat bermusuhan dan berlawanan. Bermakna sekalipun
terdapat jamaah-jamaah yang pelbagai di sesebuah sekolah, tidak beerti mereka tidak
boleh menjalankan program dan aktiviti bersama-sama, bahkan ia mewujudkan
keharmonian dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tips-tips penting sebagai Pemimpin pelajar

1. Sifat-sifat Seorang Pemimpin


 Berilmu
 Bertaqwa
 Yakin pada diri sendiri
 Mengenali jiwa dan citarasa ahli dan sesama pimpinan
 Teladan dan contoh yang baik kepada pelajar
 Pandangan yang jauh dan tajam
 Tenang dan tidak kalut
 Istiqomah dan sabar
 Berkorban
67
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

 Tidak mengenal erti mengeluh


 Bersikap terbuka
 Berani
 Tegas
 Lunak terhadap sesama ahli
 Mampu bergaul dengan semua peringkat pelajar

2. Psikologi Kepimpinan
 Kebolehan untuk memimpin
 Kebolehan membuat keputusan dengan cepat dan tepat
 Keutuhan peribadi
 Mempunyai semangat juang
 Mempunyai daya reka
 Kebolehan mengananalisis suasana yang dihadapi
 Berkeupayaan untuk memahami orang lain (bersikap terbuka)
 Berani bertindak dalam menghadapi risiko.
 Mengurus dengan baik
 Boleh bertutur dengan jelas dan meyakinkan

Penutup

Setelah kita memahami hakikat kita sebagai remaja dan pelajar muslim serta
peranan kita sebagai agen dakwah, maka tidak dapat tidak perlulah kita menjalankan
misi ini demi Islam yang tercinta. Sebagai golongan teras, kita perlu menyiapkan diri
kita daripada bangku sekolah lagi untuk melatih dan membentuk kepimpinan diri agar
mampu merubah masyarakat pada masa akan datang. Istimewanya kita sebagai
golongan teras ini sebenarnya diiktiraf oleh Allah SWT dengan firman-Nya:

‫ إذا‬n‫ا‬nn‫ وربطنا على قلوبهم إذ قاموا فقالوا ربنا رب السموات واألرض لن ندعو من دونه لقد قلن‬. ‫إنهم فتية ءامنوا بربهم وزدناهم هدى‬
.‫شططا‬
“Maksudnya: mereka itu pemuda yang beriman kepada Allah lalu kami tambahkan
kepada mereka hidayah kami. Dan kami ikatkan hati-hati mereka lalu mereka bangun
dan menyatakan tuhan kami adalah tuhan langit dan bumi dan kami tidak mengajak
selain daripada Allah sekiranya kami tidak berbuat demikian maka kata-kata kami
adalah palsu.” (Al-Kahfi 13)

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana diberikan keizinan untuk


memberikan sedikit sumbangan kepada golongan muda yang disifatkan oleh Sayid
Qutb Jil Al-Quran Al-Farid seperti yang berlaku di zaman Rasulullah. Walaupun kita
tidak dapat menjadi seperti itu, tetapi usaha untuk kita mengambil iktibar dan
menjejaki perjuangan mereka merupakan satu sumbangan yang besar untuk Islam.
Semoga dengan penulisan ringkas buku panduan ini dapatlah diambil manfaat
oleh para pelajar khususnya di sekolah-sekolah menengah. Berbekalkan dengan
pengalaman yang sedikit serta soal jawab dengan bekas-bekas pimpinan sekolah-
sekolah menengah, maka terhasillah buku ini. Mudah-mudahan ia memberi manfaat
kepada pembacanya.
Saya memohon ampun dan kemaafan daripada Allah SWT di atas segala salah
dan silap yang telah hamba ini lakukan, begitu juga kepada pembaca sekalian, saya
memohon maaf sekiranya dalam buku ini terdapat kesilapan secara disedari ataupun
tidak. Sesungguhnya hamba ini tidak lepas dari salah dan silap.

68
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

Firman Allah SWT :


.…‫ما أصابك من حسنة فمن هللا وما أصابك من سيئة فمن نفسك‬

LAMPIRAN 1
Bidang Kuasa Persaingan Pelajar
Terhad dengan persatuan menyampingkan
lain dakwah dan
Keadaan fizikal pentingkan diri
sekolah yang dhaif
Masalah-masalah
Badan Dakwah Ahli tidak
menjadi contoh
Ditentang pelajar terbaik
yang kurang
didikan agama AJK tidak
Tarbiyah yang tidak menjalankan
seimbang antara tugas
Jasmani, Mental dan
Spritual Memilih mad’u
tertentu
Ketandusan
Pelapis
Kurang peruntukan
daripada pihak
pentadbir
Bertembung dengan Usrah yang tidak 69
pengawas atau ketua konsisten
pelajar
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

LAMPIRAN 2

Struktur
organisasi yang Manhaj tarbiyah
yang jelas Marhalah
mantap
tarbiyah yang
Dasar dan sepadu
matlamat
tarbiyah yang
jelas

Ahli-ahli yang
Keselarasan amal Faktor-faktor sedia ditarbiyah
jamaie dan amal Kejayaan
ijtima’ie

SYURA
Sistem
Konsep pengkaderan
Sedia Kerahsiaan dan yang tersusun
menerima Berhati-hati
perubahan

Perancangan
jangka pendek Fiqhul Waki’
Muhasabah
dan panjang

LAMPIRAN 3

Senarai laman-laman web yang boleh dikunjungi oleh pelajar muslim.

1. IPT tempatan
a) www_studymalaysia
b) http://www.iiu.edu.my/ - uia
c) http://www.jaring.my/uniti U tek Islam
d) www_cc_um_edu
e) www_ukm
f) www_upm_edu
g) www_usm
h) www_utm
i) www_uum_edu

2. Universiti luar negara


Http//cjb.net.pmram
http://www.geocities.com/CollegePark/Campus/8690/- almanahil

3. NGO
70
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

a) http://www.syukur.com/- maklumat remaja wanita interaksi artikel badrul


amin
b) http://www.jaring.my/abim/-ABIM

4. Pertubuhan Islam Antarabangsa


a) Dialog Islam dan Kristian – http://www.beconvinced.com
b) Sejarah Islam di Timur Tengah – http://islam. org/ mosque/ ihame/ Seclo.htm
c) http://www.alislam.or.id/ - Al-Islam Indonesia
d) http://members.xoom.com/daralislam/-dARUL ISLAMI
e) http://www.Sakhr.com
f) www.iawmag.com - dunia arab
g) http://www.ummah.org.uk/ikhwan

5. Pertubuhan Islam Tempatan


a) http://www.ikim.gov.my/ - ikim
b) http://members.tripod.com/~jkim_mas/ - mas
c) http://www.ppim.org/- persatuan pengguna islam malaysia
d) http://www.pas.org.my/pas/
e) http://www4.jaring.my/pkpim/
f) http://www.islam.gov.my/index.html - pusat islam
g) http://www.kwikxs.com.my/PKEINJ/
h) http://www.ppk.kpm.my/sphsp/p_islam/utama.html – japim
i) http://www.eGroups.com/group/tabligh/

6. Laman Web Peribadi Islamik


a) Http://greenfield.fortunecity.com/beluga/100/ laman web abg
b) http://members.tripod.com/~AbuDzar/ priv
c) http://www.angelfire.com/ks/khairas/khairul.html privet upm
d) bhttp://www.angelfire.com/in/elcom98/ - pasal komp
e) http://www3.jaring.my/softrade/ - perisian Islamik
f) http://www.qaradawi.net/

7. SMKA dan SBP


a) Http://freecenter.digiweb.com/education/smiaa.net/ - sk men islam alamimn
b) Http://www.smuik.8m.com/ - smu kunak sabah
c) Http://alumniki.virtualave.net/
d) Http://members.tripod.com/smummp/
e) Http://www.geocities.com/CollegePark/Union/4222/ - KISAS
f) Http://members.tripod.com/~diismkasr/ - SMKA Syarifah Rodiah Melaka
g) Http://www.geocities.com/Athens/Sparta/6357/ - naim lilbanat
h) Http://members.xoom.com/smuik/smuik.html
i) Http://welcome.to/smuik - smu kunak sabah
j) Http://members.tripod.com/~zulzan/index.html - SMKA wataniah macang

LAMPIRAN 4

KITAB-KITAB RUJUKAN
1. Al-Quran dan As-Sunnah
2. Fiqh Syura Wal Istisyarah – Doktor Taufiq As-Syawi – Darul Wafa’.
3. Fiqh Dakwah Ila Allah oleh Doktor Ali Abd Halim Mahmud.
4. Dakwah Qawa’idun Wa Usul karangan Jam’ah Amin Abdul Aziz - Darud
Dakwah cetakan 1989.
71
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

5. Pengurusan Persatuan – Suatu Panduan Lengkap oleh Omardin Ashaari


terbitan Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd.
6. Durus Fi Amal Islami- Said Hawa - Dar Ammar Beirut Lubnan cetakan 1988.
7. Jundullah Thaqofatan Wa Akhlaqan – Said Hawa – Darus Salam Kaherah.
8. Laman-laman Web

LAMPIRAN 5

Senarai Buku-buku Bacaan Para Pelajar Menengah


1. Amal Islami jilid 1 dan 2 Said Hawa Pustaka Salam
2. Mengapa Aku Menganut Islam Fathi Yakan terbitan Pustaka Salam dan
Dewan Pustaka Fajar
3. Strategi Musuh Islam
4. Panduan Petugas-petugas Islam oleh IIIT
5. Risalah Usrah oleh Abu Urwah terbitan Pustaka Salam
6. Al-Quran Dan Sains oleh Dr. Hj. Jamnul Azhar – Percetakan Selaseh.

Contoh Perlembagaan Sebuah Badan Dakwah

DASAR PENUBUHAN BADAR

MUQADDIMAH (PENGENALAN)

Badan Dakwah dan Rohani atau ringkasnya BADAR merupakan “Badan Induk”
bagi persatuan-persatuan di kolej ini. Ia merupakan wadah kegiatan pelajar yang
menjadi pembantu utama kepada pentadbir kolej bagi memastikan bahawa semua
kegiatan-kegiatan pelajar sejajar dengan matlamat dan falsafah pendidikan Kolej
Islam Sultan Alam Shah.

BAB PERTAMA

FASAL 1 Nama persatuan ini ialah:

Badan Dakwah dan Rohani (BADAR)

FASAL 2 Alamat pejabat:

Badan Dakwah dan Rohani,


Kolej Islam Sultan Alam Shah,
Peti Surat 64,
41906 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

BAB KEDUA

FASAL 3 Dasar persatuan ini ialah Islam

FASAL 4 Seruan persatuan : ‘Amal Maaruf dan Nahi Mungkar’

FASAL 5 Tema persatuan: (Berubah mengikut ucapan dasar presiden pada setiap
tahun
72
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

BAB TIGA

FASAL 6 Objektif persatuan ini ialah:

i) Melahirkan angkatan pelajar muslim yang memahami konsep Islam yang


sebenarnya, merangkumi kehidupan duniawi dan ukhrawi berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah.
ii) Memupuk semangat dan kesedaran berdakwah serta peningkatan qualitinya
sehingga lahir satu angkatan pelajar yang berjiwa pendakwah dan sanggup
menghadapi cabaran zaman.
iii)Melahirkan satu generasi pelajar yang benar-benar sihat pemikirannya,
rohaninya, dan jasmaninya. Angkatan pelajar yang menitikberatkan semua aspek ilmu
pengetahuan serta aktif, positif dan matang dalam tindak tanduk yang bersesuaian
terhadap ilmu masyarakat, bangsa, agama serta negara.
iv) Mendokong falsafah serta matlamat pendidikan KISAS
a. Memajukan pelajaran agama dan bahasa arab yang sangat diperlukan oleh
masyarakat kita dewasa ini sebagai usaha untuk menyediakan benteng bagi
memelihara aqidah dan syariah Islam.
b. Mendidik pelajar bersifat taqwa, berakhlak dan berkeperibadian Islam yang
sejati dan berjiwa pendakwah yang sanggup menghadapi cabaran zaman.
c. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar mempelajari Al-Quran dan As-Sunnah
yang merangkumi semua aspek kehidupan.
d. Melahirkan generasi Islam yang berdisplin, dedikasi, muhibbah, harmoni, dan
persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam.
e. Menyahut tuntutan masyarakat Islam supaya SMABP setaraf dengan SBP lain.
f. Untuk memberi latihan kepimpinan dan kemasyarakatan berorentasikan
Islam.
g. Untuk mengintegrasikan pelajaran agama Islam dan akademik bagi mewujudkan
generasi yang lengkap dengan kedua-dua bidang.

FASAL 7 Aktiviti persatuan:

i) Menyeru umat manusia kepada syariat Allah dan Sunnah Rasul melalui
dakwah lisan, tulisan dan amalan.
ii) Memperjuangkan dinul-Islam sebagai aqidah dan syariah serta menegakkan
keadilan di kolej ini.
iii) Memupuk serta memperkuatkan ukhuwwah Islamiyyah dikalangan warga
kolej.
iv) Memelihara biah-solehah dan hijab seperti yang diamanahkan oleh para
ulama’ yang mengasaskan penubuhan kolej.
v) Menyediakan serta mengeluarkan risalah penerangan bagi memberi kesedaran
Islam kepada warga kolej.
vi) Bekerjasama dengan pihak pentadbir untuk menjalankan tarbiah di Kolej
Islam.
vii) Memperjuangkan kebudayaan Islam dan menolak kebudayaan barat.
viii) Berusaha memperkembangkan bahasa Arab disamping penggunaan bahasa
Inggeris sebagai mempertingkatkan keupayaan ahli dalam mencari ilmu pengetahuan
di peringkat yang lebih tinggi.
ix) Bekerjasama dengan pertubuhan Islam yang berdaftar di negara ini dalam
usaha mendakwahkan Islam dan melakukan kebajikan.

73
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

x) Melakukan apa sahaja usaha dan tindakan untuk kebaikan warga kolej selagi tidak
menyimpang dari batasan Islam, undang-undang, dan perlembagaan negara serta
peraturan kolej.

FASAL 8 Kekuasaan BADAR ialah:

i) Sentiasa berpandu kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ Ulama’, dan Qias


yang sarih sebagai sumber rujukan.
ii) BADAR adalah badan induk kepada semua persatuan yang wujud di Kolej
Islam Sultan Alam Shah dan bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan tidak bercanggah dari syariat Islam.

BAB KEEMPAT

FASAL 9 Keahlian

i) Semua warga pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah secara automatik adalah
ahli BADAR.

FASAL 10 Hak dan kewajipan ahli

i) Ahli BADAR berhak menyuarakan cadangan, kritikan dan bantahan di dalam


Muktamar Sanawi BADAR.
ii) Ahli BADAR berkewajipan untuk hadir ke majlis Muktamar Sanawi BADAR.
iii) Ahli BADAR berkewajipan untuk turut menghadiri setiap program yang
dijalankan oleh BADAR.

BAB KELIMA

FASAL 11 Muktamar Agong:

i) Dijalankan/diadakan sekali setahun pada akhir tahun bergantung kepada


taqwim tahunan BADAR.
ii) Boleh dicepatkan dengan persetujuan pihak pentadbir kolej agar tidak
bertindih dengan program taqwim tahunan kolej, guru-guru penasihat BADAR dan
persetujuan sekurang-kurangnya 7 AJK tertinggi BADAR.

FASAL 12 Mesyuarat Biro-biro

i) Akan diadakan satu semester sekali


ii) Dihadiri oleh Guru Penasihat Biro, Setiausaha Agong, Exco Biro, dan semua AJK
biro, putera dan puteri.
iii) Membincangkan masalah-masalah keperluan serta perancangan aktiviti.

FASAL 13 Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa

a) i) Akan diadakan satu semester sekali


ii) Dihadiri oleh Guru Penasihat Biro, Setiausaha Agong, Exco Biro, dan
semua AJK biro, putera dan puteri.
iii) Sila rujuk FASAL 12 (iii)

b) Perjumpaan dengan semua guru penasihat BADAR


74
Buku Panduan Badan Dakwah Sekolah Menengah

i) Akan diadakan satu semesta sekali


ii) Dihadiri oleh exco-exco BADAR putera dan puteri.
iii) Sila rujuk FASAL 12 (iii)
iv) Korum bagi satu mesyuarat tidak kurang 2/3 bilangan exco.
v) Sebarang keputusan dalam mesyuarat hendaklah dipersetujui oleh 2/3
bilangan exco.

c) Kesemua mesyuarat adalah bergantung kepada Waqi’ Taqwim kolej, BADAR dan
cuti kolej.

FASAL 15 Tugas dan Kekuasaan Muktamar Sanawi

i) Mengesahkan peringatan dan Laporan Minit Mesyuarat muktamar yang lalu.


ii) Membentang dan menerima penyata-penyata, laporan kewangan serta
aktiviti BADAR.
iii) Memilih AJK Tertinggi seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan
BADAR.
iv) Membahaskan ucapan dasar presiden.
v) Membahaskan usul-usul dan resolusi.
vi) Ucapan penangguhan.
vii) Perkara-perkara lain yang berbangkit

75

You might also like