You are on page 1of 10

Pengurusan sumber manusia (HRM) adalah sebuah teori akademik dan juga amalan perniagaan yang

merujuk kepada teknik-teknik berteori dan beramal pada pengurusan sebuah rangka kerja.

--------------------------------------------------------

Gunakan Strategi Untuk Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan Sumber Manusia merupakan cara pengurusan pekerja yang mula digunakan dalam
pengurusan pekerja lebih kurang dua puluh tahun yang lalu.

Pengurusan pekerja sebelum itu adalah mengikut cara yang lama. Cara tersebut dinamakan 'Pengurusan
Personel'.

Apakah pengurusan personel?

Pengurusan personel adalah cara pengurusan hal ehwal pekerja mengikut cara tradisional. Ini
bermaksud bahawa aktiviti-aktiviti berkaitan dengan personel dijalankan secara pentadbiran. Tidak
terdapat tumpuan kepada pencapaian objektif-objektif pekerja sebagai tenaga manusia dengan
menggunakan strategi.

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dibawah pengurusan personel termasuklah:

•Pengisian jawatan
•Kenaikan pangkat
•Skim perkhidmatan
•Pentadbiran gaji dan elaun
•Pentadbiran pelbagai kemudahan dan keistimewaan
•Latihan pekerja
•Perjalanan rasmi dan penginapan
•Pentadbiran pelbagai cuti
•Penilaian prestasi pekerja
•Kesihatan dan keselamatan pekerja
•Disiplin
•Penamatan perkhidmatan
•Persaraan
•Penyimpanan rekod dan sebagainya

Cara pengurusan mengikut pengurusan personel selalunya "reactive".

Ini bermaksud bahawa tindakan akan diambil jika dan apabila sesuatu kejadian berlaku atau sesuatu
masalah timbul. Sebagai pekerja di Jabatan Sumber Manusia, anda mengetahui bahawa pengurusan
sumber manusia juga berkaitan dengan tugas-tugas sepertimana yang disenaraikan.

Tetapi terdapat perbezaan yang jelas di antara dua cara pengurusan ini.
Objektif Pengurusan Sumber Manusia Berkaitan Dengan Objektif Organisasi

Perancangan dilakukan di bawah pengurusan personel tetapi perancangan tidak dilakukan secara
sistematik atau menyeluruh.

Penggunaan perancangan strategik membandingkan pengurusan sumber manusia daripada pengurusan


personel.

Pengurusan personel tertumpu kepada aktiviti-aktiviti pekerja tetapi fokus pengurusan sumber manusia
adalah perancangan menyeluruh di mana pencapaian misi dan matlamat organisasi diutamakan.

Organisasi-organisasi menjalankan aktiviti-aktiviti setiap hari berasaskan kepada objektif-objektif yang


dirancang. Objektif-objektif pengurusan tenaga manusia adalah sejajar dengan objektif keseluruhan
organisasi. Ini memberi keberkesanan kepada semua urusan sumber manusia. Ia bertujuan untuk
menjayakan perancangan strategik organisasi anda. Perancangan strategik adalah perlu di dalam
pengurusan tenaga manusia yang mana ia dikaitkan dengan pencapaian misi dan objektif-objektif
organisasi.

Organisasi, terutama sekali yang mempunyai matlamat berbentuk komersial, ingin berjaya di dalam
perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Ini memerlukan sumber-sumber seperti
kewangan, hartanah, alat-alat, teknologi dan sebagainya.

Sumber manusia dengan kebolehan dan pengetahuan mereka adalah sumber utama anda yang boleh
membantu mencapai kejayaan organisasi anda. Tanpa pekerja, tidak ada organisasi yang mampu
melaksanakan apa-apa aktiviti.

Kaji sama ada semua urusan pengurusan pekerja anda berkesan.

Tanya sama ada setiap aktiviti pengurusan pekerja anda sejajar atau sehaluan dengan matlamat
organisasi anda.

Sebahagian daripada maklumat yang diperlukan boleh didapati di bawah "Consultancy Services."

Pekerja Anda Adalah Aset Terpenting

Segolongan daripada organisasi-organisasi besar di beberapa negara telah pun menerima hakikat
bahawa pekerja adalah aset terpenting mereka.

Mengikut prinsip ini, tenaga pekerja anda dapat membantu memajukan dan meningkatkan prestasi
organisasi.

Teknologi adalah penting. Tetapi ia tidak dapat mengambil alih peranan pekerja anda.

Aset-aset lain seperti kewangan, bangunan, alat-alat, teknologi dan sebagainya hanya bernilai jika
pekerja menggunakan kebijaksanaan dan kepakaran mereka dalam pengurusannya.
Apakah langkah yang organisasi anda akan ambil mengenai perkara yang sangat penting ini?

Organisasi anda tidak mempunyai banyak pilihan jika ia ingin terus bersaing dalam suasana perniagaan
yang semakin menjadi rumit dan kompetitif. Pekerja anda akan dapat membantu dalam aspirasi ini.

--------------------------------------------------------------------------------
"Version" pengurusan sumber manusia strategik di dalam Bahasa Inggeris (English Language) adalah
terdapat di "strategic human resources management."
--------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti-Aktiviti Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan pekerja berhubung-kait dengan aktiviti-aktiviti lain yang perlu dilaksanakan oleh organisasi.

Perkara-perkara seperti pemasaran, pengeluaran, perakaunan, kewangan, kajian dan pembangunan,


dan pengurusan sistem maklumat adalah penting.

Fungsi pengurusan pekerja adalah untuk membantu meningkatkan keberkesanan aktiviti-akitiviti ini.
Sebagai contoh strategi pengurusan sumber manusia harus digunakan di dalam pengurusan perniagaan.

Adalah jelas bahawa faktor-faktor seperti "peribadi, komitmen, pengetahuan, pengalaman, dan
perhubungan" adalah berkaitan dengan kualiti tenaga manusia.

Bagaimana pengurusan tenaga manusia dapat menyumbangkan untuk menjayakan pencapaian objektif-
objektif organisasi?

Perancangan strategik perlu digunakan dalam pengurusan perkara-perkara seperti berikut:

•Pengambilan pekerja hendaklah mengikut keperluan semasa oleh organisasi atau dalam jangka pendek
atau jangka panjang.

◦Ia juga berasaskan kepada kemajuan teknologi dan saingan daripada organisasi-organisasi lain.
Globalisasi dan kebolehan sumber tenaga pekerja yang berasal dari negara-negara lain perlu diambilkira.

◦Anda perlu menentukan bilangan dan kualiti, kepakaran, kebolehan dan pengetahuan pekerja yang
diperlukan.

•Kenaikan pangkat hendaklah diuruskan dengan mengesan pekerja atau eksekutif yang sangat sesuai
dengan mengambilkira kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan tingkahlakunya. Bagi jawatan
eksekutif, kualiti lain seperti kepimpinan adalah berkaitan.

•Gaji dan kemudahan-kemudahan adalah diurus untuk menarik bakal pekerja yang berkebolehan,
mengekalkan atau meningkatkan motivasi pekerja, dan mempengaruhi mereka untuk kekal dalam
perkhidmatan.

◦Setiap kali ada di antara pekerja anda yang meletakkan jawatan, organisasi anda akan kehilangan
kepakaran serta pengetahuan.
◦Juga tidak ada jaminan bahawa anda akan dapat cari pengganti yang berkebolehan. Aktiviti
pengambilan pekerja memakan masa dan melibatkan kos.

•Latihan dan pembangunan perlu diurus berasaskan kepada keperluan pekerja dan organisasi.
◦Ia bertujuan untuk memberi kemahiran kepada pekerja baru agar mereka dapat menjalankan tugas
jawatan yang di sandang.

◦Ia juga bertujuan memberi pengetahuan yang lebih mendalam, atau meningkatakan kompentensi
pekerja dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mereka.

◦Latihan juga menyediakan pekerja untuk menjalankan tugas yang lebih bertanggungjawab. Ia dapat
memajukan kerjaya pekerja selain daripada memberi motivasi kepada mereka.

•Pengurusan prestasi pekerja dihubungkaitkan dengan produktiviti pekerja dan juga produktiviti
organisasi. Proses pengurusan prestasi perlu disediakan dengan teratur dan dilaksanakan secara
sistematik.

◦Penilaian prestasi adalah salah satu daripada langkah-langkah dalam proses pengurusan prestasi. Ia
adalah salah satu daripada perkara-perkara yang terpenting.

•Perhubungan di antara majikan dan pekerja adalah bertujuan mewujudkan suasana harmoni dalam
pekerjaan. Kewujudan suasana demikian memberi keselesaan pekerja untuk melakukan tugas dan
tanggungjawab mereka.

◦Perhubungan pekerja juga dipanggil sebagai 'perhubungan perindustrian' yang menunjukkan peranan
kesatuan pekerja dalam hubungan di antara pekerja dan majikan.

◦Majikan dan pihak kesatuan pekerja, jika ada, mempunyai tujuan yang sama, iaitu, kejayaan dan
keuntungan organisasi. Jika organisasi menjadi muflis atau mengalami kerugian, kedua-dua pihak,
pekerja dan majikan, akan rugi.

◦Perkara yang serius seperti disiplin pekerja adalah ditangani dengan tujuan mengekalkan nama baik
organisasi sebagai "Employer of Choice." Gunakan cara mengikut proses dan prosidur tertentu dalam
penyelesaian isu-isu disiplin.

◦Semua urusan disiplin perlu dikendalikan mengikut prinsip 'Law of Natural Justice' yang boleh
difahamkan sebagai princip keadilan semulajadi.

•Saluran komunikasi yang efektif adalah dilaksanakan secara menyeluruh. Ini dapat membantu dalam
pemberian penerangan lebih mendalam mengenai perkara-perkara berkaitan dengan dasar organisasi,
hal ehwal pekerja dan segala perancangan organisasi.
◦Salah satu daripada saluran komunikasi adalah Buku Panduan Pekerja. Panduan tersebut akan
menerangkan segala dasar organisasi. Ia juga membantu pengurus-pengurus termaksuk Pengurus
Sumber Manusia mempertahankan keputusan mereka.
•Kemudahan dan keistimewaan lain adalah diberikan dengan tujuan memperkukuhkan nama organisasi
sebagai "Employer of Choice".

Semua perkara ini adalah terkandung dalam fungsi-fungsi Jabatan Sumber Manusia.

Walau bagaimanapun, semua pengurus dan penyelia barisan hadapan juga mempunyai tugas-tugas
berbentuk pengurusan sumber manusia.

Mereka mempunyai pekerja bawahan masing-masing yang harus dijaga dan diurus dengan berkesan.

Pengurus barisan hadapan serta penyelia mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap perkara
berkaitan dengan sumber manusia seperti berikut:

1.merancang keperluan tenaga manusia bagi jabatan atau bahagian masing-masing

2.menemuduga calon-calon bagi kekosongan di jabatan atau bahagiannya

3.mengadakan program latihan dan pembangunan bagi pekerja di bawah jagaannya

4.membuat penilaian prestasi pekerja bawahan

5.mengurus perkara lain yang berkaitan dengan sumber manusia bagi jabatan atau bahagiannya

Jabatan Pengurusan Sumber Manusia anda perlu membantu mereka dengan memberi panduan dan
sokongan yang mencukupi.

Cara Terkini Dalam Pengurusan Tenaga Pekerja


Cara pengurusan tenaga pekerja mengikut cara lama, iaitu pengurusan personel, sebenarnya telah
berlalu. Tetapi banyak lagi bilangan organisasi yang menggunakan cara lama ini.

Cara ini adalah seperti "memadam api" di mana tindakan akan diambil apabila masalah timbul atau
sesuatu perkara telahpun berlaku.

Cara baru memerlukan penggunaan strategi dalam pengurusan sumber manusia. Di bawah cara ini,
tindakan atau keputusan diambil secara "pro-active, iaitu, langkah-langkah diambil sebelum sesuatu
perkara atau masalah berlaku.

Setiap aktiviti pengurusan tenaga pekerja dikaitkan dengan pencapaian matlamat organisasi.

Tenaga manusia telahpun diterima sebagai "partner" dalam menjalankan aktiviti-aktiviti organisasi.

Ulrich menyatakan:

"Semua pakar sumber manusia memainkan peranan rakan strategik (strategic partner) apabila mereka
mempunyai kebolehan mewujudkan strategi perniagaan komersial".
Organisasi anda perlu peka ke atas keperluan setiap pekerja di jabatan sumber manusia. Mereka harus
memajukan kebolehan atau pengetahuan di dalam perniagaan, berorientasi kepada pelanggan dan
dapat mengaitkan strategi perniagaan dengan dasar dan amalan pengurusan sumber manusia.

Apakah kedudukan di dalam organisasi anda? Apakah yang harus dilakukan?

Organisasi anda mempunyai banyak peluang untuk melaksanakan pengurusan sumber manusia secara
strategik. Anda boleh belajar daripada organisasi-organisasi yabg telahpun melaksanakannya dengan
jayanya.

Sediakan perancangan strategik dan majukan kepada pengurusan tinggi untuk kelulusan.

Cabaran kepada Pengurusan Organisasi


Pengurus-pengurus sumber manusia harus menjadikan diri mereka sebagai penyumbang strategik
kepada organisasi.

Jika anda berkedudukan yang sama, pengetahuan tentang implikasi isu-isu tenaga pekerja harus
diperolehi.

Peningkatan keuntungan perlu dicapai melalui peningkatan produktiviti pekerja. Tugas-tugas pekerja
perlu diurus secara strategik agar ia dapat menyumbangkan kepada kejayaan organisasi.

Tenaga pekerja dapat meningkatkan daya saing organisasi anda jika pengurusan strategik digunakan.

Penyumbangan anda kepada kejayaan organisasi disekat sekiranya pengurusan kanan tidak bersedia
untuk menerima pengurusan sumber manusia sebagai salah satu penyumbang utama kepada sukses
dan keuntungan organisasi.

Definasi
Untuk menekankan berapa pentingnya pengurusan sumber manusia, semua eksekutif yang
bertanggungjawab perlu ingat setiap masa bahawa cara pengurusan tenaga pekerja ini menggunakan
perancangan strategik untuk menjadikan pekerja lebih produktif agar dapat mencapai matlamat
komersial organisasi.

Di dalam masa yang sama, cara pengurusan ini juga bertujuan dan harus dapat menunaikan keperluan-
keperluan pekerja.

Strategi adalah difahamkan sebagai pelan tindakan terperinci untuk mencapai sesuatu objektif.

Di dalam aspek pengurusan tenaga pekerja, ia mengandungi pelan tindakan di mana setiap aktiviti
pengurusan pekerja disalurkan untuk membantu mencapai objektif-objektif tenaga pekerja dan
seterusnya menjayakan setiap aktiviti organisasi.
Badan-badan sukarela atau organisasi bukan kerajaan perlu mencapai matlamat mereka dengan
menggunakan cara yang "cost-effective". Strategi perlu digunakan agar dapat memberi perkhidmatan
yang lebih berkesan kepada pengguna atau masyarakat.

Inilah sebab ia dipanggil "Pengurusan Sumber Manusia Strategik."

--------------------------------------------------------------------------------

Sediakan Kemudahan Persaraan serta Insentif-Insentif Lain Agar Dapat Meningkatkan Komitmen
Pekerja dan Memberi Mereka Motivasi Untuk Terus Kekal Dalam Perkhidmatan

Adalah jelas bahawa organisasi anda harus menggunakan strategi bagi setiap perkara berkaitan dengan
pengurusan sumber manusia.

Selain daripada yang telahpun dinyatakan, perkara-perkara lain yang harus diurus termasuklah:

1.membuat perancangan dengan tujuan meningkatakan motivasi pekerja dalam urusan setiap hari

2.mengurus secara sistemaik segala perkara berhubungkait dengan hal ehwal bakal pesara dengan
tujuan memperkukuhkan imej "majikan pilihan"

3.memberi kemudahan perubatan yang munasabah untuk menjaga kesihatan pekerja dan tanggungan
agar pekerja dapat menumpuhkan tenaga dan masa dalam menjalankan tugas

4.memberi sert mengurus cuti dan kemudahan lain secara berkesan untuk mengelakkannya daripada
menjada sumber pertikaian di antara organisasi dan pekerja

Pengurusan sumber manusia menggunakan strategi di dalam perkara tersebut. Pengurusan sumber
manusia bermula pada masa pengambilan pekerja, dan seterusnya penyediaan insentif yang memberi
motivasi kepada pekerja agar mereka akan lebih komited kepada organisasi dan terus kekal dalam
perkhidmatan sehingga bersara.

--------------------------------------------------------------------------------

Realiti Baru Dalam Pengurusan Sumber Manusia


Adalah diperakukan oleh sebilangan 'proponents' atau penyokong-penyokong pengurusan sumber
manusia, bahawa:

•Jabatan Sumber Manusia wujud untuk meningkatkan daya saing tenaga pekerja. Ia bukan untuk
membuat pekerja lebih selesa.

•Aktiviti-aktiviti pengurusan pekerja hanya dapat di jalankan dengan pengetahuan yang mencukupi.
Pengurus Sumber Manusia dan "HR professionals" perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran
dan pengetahuan yang mencukupi.

•Sumbangan daripada amalan-amalan pengurusan pekerja kepada keuntungan hendaklah diukur.


•Tahap kebolehan pekerja haruslah dipertingkatkan untuk menambah nilai, bukan mengurangkan kos.

•Amalan pengurusan pekerja wujud untuk membantu setiap pekerja menjadi lebih komited dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

•Pakar-pakar sumber manusia (HR professionals) harus mencabar serta menyokong pihak pengurusan
dalam semua aspek pengurusan.

•Pengurus-pengurus barisan hadapan mempunyai tanggungjawab ke atas tugas-tugas berkaitan dengan


sumber manusia.

Dasar-Dasar Pengurusan Sumber Manusia (PSM)


Adalah dipertutunkan oleh beberapa penulis bahawa:

•Dasar-dasar PSM bertujuan untuk memberi panduan dalam membuat keputusan dengan cepat dan
konsisten

•Ia juga menyokong dengan memberi asas kepada keputusan pengurus-pengurus serta membantu
mereka mempertahankan keputusan-keputusan mereka berasaskna kepada dasar yang diluluskan dan
diketahui oleh semua pekerja.

Langkah Yang Harus Diambil Seterusnya


Sumber manusia adalah satu-satunya aset yang dapat membantu organisasi untuk menjadi lebih
kompetitif.

Ini adalah kritikal oleh sebabkan kesan globalisasi, kemajuan teknologi yang tidak dapat dijangkakan,
dan ekpektasi yang lebih tinggi daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan ke atas kejayaan
organisasi.

Tenaga pekerja adalah aset terpenting untuk menjayakan aktiviti-aktiviti komersial organisasi anda.

Keupayaan organisasi anda disekat jika pekerja tidak komited, tidak mempunyai kebolehan dan
pengetahuan yang mencukupi.

Kedudukan yang sama wujud sama ada matlamat organisasi adalah keuntungan atau sebaliknya seperti
dalam kes organisasi bukan kerajaan ('NGO').

Dengan menggunakan strategi dalam pengurusan sumber manusia, pekerja anda akan berkemampuan
yang lebih tinggi. Mereka akan mengetahui peranan mereka dengan lebih jelas. Dengan kesdearan ini,
mereka akan dapat menyalurkan tenaga mereka dengan lebih efektif dalam menjalankan tugas masing-
masing.

Dengan demikian, objektif strategik organisasi anda dapat dicapai. Organisasi anda berkemampuan
untuk berjaya, dan dapat bertahan dan berjaya dalam masa panjang demi untuk kebaikan organisasi dan
pekerja.
Adakah organisasi anda bersedia mengambil langkah menuju ke pengurusan sumber manusia secara
strategik?

AMBIL tindakan bijak sekarang!

Jika anda sedang mencari buku-buku berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, klik nama buku
yang disenaraikan di bawah:
1. Mengurus Sumber Manusia dan Sistem Gaji
2. Maintaining Relationships with Human Resource

--------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti-Aktiviti lain yang dijalankan di bawah Fungsi Pengurusan Sumber Manusia

Pengambilan Pekerja
Pengambilan pekerja memainkan peranan penting untuk mencari pekerja yang berkebolehan.

Adalah menjadi tanggungjawab penting Jabatan Sumber Manusia untuk merancang keperluan pekerja
mengikut masa dan perancangan organisasi.

Pengoditan Fungsi Pengurusan Sumber Manusia


Sebagai Pengurus Sumber Manusia anda harus menjalankan odit ke atas fungsi sumber manusia (human
resource audit) sekali setahun untuk mengetahui sama ada dasar, proses dan prosedur dapat memenuhi
keperluan organisasi dalam jangka masa pendek dan panjang.

Perkara seperti persaraan pekerja, kenaikan pangkat, peletakan jawatan, pemberhentian pekerja,
perancangan kemajuan organisasi, dan keadaan persekitaran perlu diambilkira.

Keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan organisasi juga perlu diambilkira.

Selalunya jika organisasi mengalami masalah kewangan oleh kerana kemelesatan ekonomi dan perlu
mengurangkan kos, pekerja akan menjadi sasaran utama. Pekerja akan diberhentikan mengikut
keputusan yang mungkin tidak dapat ditukar.

Latihan dan Pembangunan Pekerja


Kemahiran dan pengetahuan pekerja harus dipertingkatkan pada setiap masa agar pengurusan sumber
manusia dapat memberi perkhidmatan berkesan kepada setiap sektor organisasi.

Pekerja yang mahir dan berkebolehan dapat membantu organisasi anda untuk meningkatkan prestasi.
Ekoran daripada ini kedudukan pendapatan akan meningkat.

Latihan dan pembangunan pekerja perlu diurus secara strategik. Ini bermaksud bahawa ia dirancang
dengan tujuan mencapai objektif organisasi dan juga objektif pekerja.
Perancangan ini dibuat dengan membuat analisa keperluan latihan semua pekerja serta organisasi. Ini
akan dapat mengesan jenis latihan dan pembangunan yang tepat. Bajet latihan tidak akan disia-siakan
dan kedudukan bajet pada tahun kemudiannya tidak terjejas.

Pengurusan Prestasi
Pengurusan prestasi pekerja bertujuan meningkatkan prestasinya serta prestasi organisasi.

Perlu diingat bahawa penilaian prestasi 'bukan' pengurusan prestasi tetapi sebahagian daripada aktiviti-
aktiviti di dalam pengurusan prestasi.

Perhubungan Majikan-Pekerja
Ini juga dirujuk sebagai 'perhubungan perindustrian' jika wujud kesatuan pekerja di dalam organisasi.

Terdapat beberapa cara menangani perhubungan dengan kesatuan pekerja iaitu:

1.cara bertentangan ("adversarial approach")

2.cara persefahaman ("unitarist approach")

3.cara marxist

Penggajian dan Kemudahan


Untuk mengekalkan imej sebagai majikan pilihan ("Employer of Choice") sistem penggajian dan
kemudahan harus disediakan dengan tujuan menarik pekerja-pekerja yang berbakat, meningkatkan
motivasi pekerja agar menumpukan perhatian kepada tugas serta tanggungjawab, dan mengekalkan
minat mereka untuk terus berkhidmat dengan organisasi anda.
Slia Klik di sini bagi Maklumat mengenai "Motivasi Pekerja"

Rakan Strategik Perniagaan, dll


Terdapat aktiviti lain seperti mencari teknologi yang amat sesuai dalam pengurusan pekerja,
melaksanakan saluran perhuhungan yang efektif, dan mencari jalan untuk meningkatkan prestasi
jabatan sumber manusia agar dapat menjadi rakan strategik untuk menjayakan perniagaan organisasi.

You might also like