You are on page 1of 38

1.

0 KONSEP DEMOKRASI

1.1 DEFINISI DEMOKRASI

Istilah demokrasi berasal dari dua perkataan yang berlainan yang berasal dari
bahasa yunani Greek iaitu perkataan δημοκρατíα (Demos dan Kratos). Perkataan

δημος (Demos) membawa maksud ‘rakyat’ manakala perkataan κρατειν (Kratos)


membawa maksud ‘memerintah’, dengan kata hubung íα, keseluruhan perkataan
memberi maksud "Diperintah oleh Rakyat". [1] Terma ini kadangkala digunakan untuk
mengukur sejauh mana pengaruh rakyat diatas kerajaannya. Demokrasi secara ekstrim
boleh dilihat dalam sistem kerajaan seperti anarkisme dan komunisme (menurut teori
Karl Marx ia merupakan peringkat terakhir pembangunan sosial dimana demokrasi
adalah diamalkan secara langsung , dan tiada kerajaan yang bebas dari kehendak
rakyat).

Definisi-definisi demokrasi dapat dibahagi kepada dua kategori. Yang pertama


ialah kebanyakan elemen teori demokrasi bercorak tradisional. Misalnya kerajaan
berperwakilan atau wakil kerajaan adalah sekumpulan orang seorang wakil yang dipilih
dari pilihanraya demokratik dan mereka menjalankan tugas dalam masa yang tertentu
berdasarkan kepada kehendak rakyat. Kedua, kebanyakan elemen memaparkan corak-
corak yang sebenarnya tentang proses demokrasi.

Demokrasi adalah sistem politik di mana rakyat mmepunyai pilihan ke atas


persaingan diantara pertubuhan-pertubuhan dan pemimpin-pemimpin politik. Rakyat
tidak boleh dan tidak dibenarkan menjalankan pemerintahan sendiri, tetapi mereka
boleh mengawal kerajaan. Dalam sistem demokrasi yang dijalankan, rakyat
menentukan perkembangan sistem politik.

Menurut pengkajian yang dijalankan, konsep demokrasi telah diasaskan sekitar


abad ke-4 masehi oleh kerajaan Greek Purba. Konsep demokrasi ini telah dikembang
secara meluasnya melalui karya-karya ilmiah oleh beberapa ahli falsafah tamadun
yunani kuno seperti Socrates, Aristotles, Plato dan Pericles.

[1]
Demokrasi, Dilayari pada 14 September 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Demokrasi
Demokrasi moden mempunyai sifat-sifat berikut :

 Perlembagaan yang menghadkan kuasa dan kawalan operasi formal kerajaan,


samada secara tulisan, secara norma atau gabungan kedua-duanya. Lazimnya
Perlembagaan akan memasuki dotrin pembahagian kuasa untuk memastikan
seseorang itu tidak diberi lebih dari satu kuasa.
 Pilihan raya untuk memilih pegawai-pegawai awam, yang dikelolakan secara
bebas dan adil
 Rakyat diberi hak mengundi
 Kebebasan bersuara (berceramah, berhimpun dan sebagainya)
 Kebebasan akhbar dan akses kepada media lain
 Kebebasan persatuan
 Semua orang dalam masyarakat menikmati hak yang sama dari segi undang-
undang. Salah satu pra-syarat demokrasi ialah wujudnya Aturan Undang-
Undang Rule of Law
 Rakyat yang berpendidikan dan berpengetahuan tentang hak asasi manusia dan
tanggungjawab sivik
1.2 SYARAT-SYARAT DEMOKRASI

Dalam menjalankan pemerintahan demokrasi, terdapat beberapa syarat yang


dianggap perlu untuk dipatuhi. Terdapat dua syarat utama iaitu persamaan politik dan
kebebasan politik.

Persamaan Politik

Kebebasan Politik

Perlembagaan Demokrasi

Pelajaran

Penglibatan Dalam Politik


Syarat-Syarat
Demokrasi Masyarakat Yang Setara

Persatuan Politik

Pengagihan Harta Benda

Sikap Tolak Ansur

1.1 Gambarajah Syarat-syarat Demokrasi

1.2.1 Persamaan Politik

Persamaan politik bermaksud memberi persamaan peluang kepada setiap


individu untuk penglibatan yang sama dalam kerajaan tanpa mengira keadaan individu
sama ada kaya mahupun miskin. Penglibatan orang ramai dalam sistem pemerintahan
demokrasi adalah merupakan hak semula jadi mereka dalam hubungan dengan orang
ramai.namun kebanyakan sistem pentadbiran demokrasi banyak dikuasai oleh
golongan minoriti iaitu golongan bangsawan dan kelas atasan sebagai pemimpin kelas
atasan.
Persamaan politik juga bermaksud tanggungjawab. Jadi demokrasi bertujuan
untuk menjadikan individu mempunyai sikap mengawal diri. Rasa tanggungjawab amat
penting kerana dapat mengawal individu dari menyalahguna kuasa yang diberikan oleh
rakyat.

1.2.2 Kebebasan Politik

Ahli falsafah terkenal, Plato mengatakan bahawa memilih apa yang disukai
adalah menarik tetapi ia akan berakhir. Manusia dalah bebas dan berbeza antara satu
sama lain, dan mereka patut diberi fungsi mengikut kecenderungan mereka.
Kebebasan merupakan sesuatu elemen penting dalam demokrasi namun tidak
bermaksud mereka boleh menggunakan sewenang-wenangnya kebebasan yang
diberikan. Dalam demokrasi terdapat dua konsep pertimbangan iaitu. Pertama, individu
adalah bebas dari pengadilan pemerintahan. kedua, individu mempunyai hak
menyuarakan dan mengawal kerajaannya sendiri. Rakyat berhak mengkritik sesiapa
sahaja yang menjadi pemimpin dalam kerajannya di negaranya.

Dalam sesebuah negara demokrasi kebebasan yang diberi boleh dirumuskan


kepada empat jenis, iaitu kebebasan bercakap dan berakhbar, kebebasan berhimpun,
kebebasan persatuan, kebebasan pembebasan, menangkap dan memenjara.

1.2.3 Perlembagaan Demokrasi

Perhatian sepatutnya direka untuk menyediakan satu media berkesan di mana


cita-cita dan kehendak rakyat boleh diambil perhatian. Rakyat mempunyai kehendak
dan keupayaan untuk menjayakan demokrasi, perlembagaan yang lemah masih dapat
dikuatkan dengan pembaharuan dan ditingkatkan kelengkapannya. Perlembagaan
sesebuah negara haruslah mengubah sistem demokrasi yang menyediakan keperluan-
keperluan sebagai sebuah perlembagaan demokrasi.

Kebebasan mengundi dan bersuara

Dalam demokrasi, setiap rakyat yang mencapai umur yang ditetapkan diberikan
hak untuk mengundi. Rakyat berhak memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin dengan
pemikiran dan pertimbangan yang waras. Namun tidak diperlukan sebarang
peperiksaan dan ujian untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin di dalam strukur
pentadbiran negara.

Badan Perundangan

Badan perundangan dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat oleh kebanyakan
negara-negara demokrasi moden zaman sekarang. Ia sangat perlu untuk
menggerakkan jentera-jentera kerajaan. Badan perundangan amat penting kerana ia
mengawal kebijaksanaan wakil-wakil yang dilantik oleh rakyat. Melalui badan
perundangan inilah segala keperluan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat dapat
diketengahkan dan dibincangkan dengan sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat.

Eksekutif

Badan eksekutif ialah badan yang menjalankan undang-undang dan dasar-dasar


yang telah ditetapkan. Jesteru, ahliahli eksekutif perlulah mempunyai sifat
bertanggungjawab untuk melaksanakan demi rakyat.ketua eksekutif mempunyai bidang
kuasa dan autoriti yang luas dan harus melaksanakan tugas tersebut dengan terbaik
dan demi rakyat.

Kehakiman Bebas

Strukur kehakiman yang bebas perlu ada dalam sesebuah negara demokrasi
iaitu bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Mahkamah penghakiman
bebas mempunyai tiga fungsi iaitu menghasilkan keputusan kehakiman dengan baik
dan adil. Kedua penerangan mengenai undang-undang tersebut yang menjadikan
undang-undang tersebut untuk kerajaan dan bukan untuk rakyat yang suka berdolak-
dalik.

1.2.4 Pelajaran

Pada kebiasaannya demokrasi lebih cepat berkembang dengan pemikiran


masyarakat yang berpendidikan tinggi dan dapt mengawal emosi dengan lebih elok.
Jika pelajaran hanya sekadar kenyataan dan kelayakan yang perlu untuk mendapatkan
kerajaan maka ini akan gagal memajukan kebebasan dan pemikiran yang kritikal
mengenai soal-soal awam, yakni dia tidak dapat menghasilkan semangat kesedaran
dan semangat yang perlu untuk menjayakan demokrasi.

Pelajaran yang diberikan kepada rakyat perlulah menyelitkan semangat terhadap


kebangsaan dan perlu diselitkan sesuai dengan permintaan demokrasi. Adalah penting
untuk pihak kerajaan mengadakan perbincangan umum dan memberi kelonggaran
kepada semua pihak untuk mengadakan perhimpunan, parti, persatuan dan
sebagainya.

1.2.5 Penglibatan Dalam Politik

Semenjak zaman kerajaan Athen dulu, rakyat memang terlibat dengan


pentadbiran dengan memilih kerajaan yang akan diangkat menjadi pentadbir. Hak
mengundi semakin berkembang dengan pesat selepas abad ke-19 dan ke-20 namun
masih ada segelintir yang merasakan bahawa mengundi tidak mendatangkan apa-apa
faedah. Ini menyebabkan peratusan pengundian semakin berkurang dan jumlah undi
yang diterima hanyalah sedikit dari rakyat dan memudahkan untuk suatu pihak
mengeksploitasikan minda pengundi. Namun masih terdapat kes di sesetengah negara
maju demokratik yang tidak membenarkan sesetengah kumpulan rakyat untuk tidak
mengundi seperti kumpulan kanak-kanak di bawah umur, orang-orang asing,
penjenayah yang dijatuhkan hukuman, dan orang-orang yang tidak waras.

Namun terdapat juga syarat yang paling minimum untuk seseorang individu itu
dapat mengundi seperti berumur 21 tahun ke atas, warganegara, telah mendaftar untuk
mengundi dan juga telah bermastautin di daerah ataupun negeri di dalam negara yang
dipilih untuk menjadi pengundi. Pada sewaktu dahulu, golongan wanita tidak
dibenarkan mengundi. New Zealand merupakan negar pertama yang membenarkan
wanita turun membuang undi iaitu pada tahun 1893 dan ini semakin berkembang dan
menjadikan kini terdapat lebih 80 buah negara di serata dunia yang membenarkan
wanita turun membuang undi di hari pengundian.
1.2.6 Masyarakat Yang Setara

Sistem demokrasi akan lebih berjaya jika masyarakat dapat disatukan walaupun
terdiri dari pelbagai latarbelakang agama, bangsa, warna kulit dan sebagainya. Sistem
demokrasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar seandainya terdapat perselisihan
dalam masyarakat yang majmuk ini dan tentunya akan lahir golongan yang akan suka
menimbulkan masalah dan berhasrat untuk meruntuhkan sistem demokrasi dalam
negara. Jesteru menjadi suatu kepentingan kepada sesebuah kerajaan untuk mencari
jalan penyelesaian seandainya terdapat perselisihan faham diantara golongan yang
berbeza demi menjayakan sistem demokrasi di sesebuah negara.

1.2.7 Persatuan Politik

Jika terdapat perbezaan dari segi agama, bangsa dan nilai-nilai yang diterima
umum maka wujudlah faktor-faktor pemaksaan dan pemerasan. Persetujuan asas perlu
ada dalam setiap peraturan yang dikeluarkan oleh masyarakat dan kerajaan. Rakyat
berhak menentang kerajaan seandainya kerajaan telah menyeleweng dari dasar
kepada rakyat dan tidak dapat memenuhi tuntutan rakyat. Seandainya pemerintahan itu
tidak mempunyai tahap kecekapan yang diperlukan, maka rakyat berhak menolak
kerajaan tersebut dari tampuk pemerintahan negara dengan menggunakan saluran
yang betul iaitu pilihanraya yang akan diadakan pada masa yang akan datang. Dengan
itu corak pemerintahan kerajaan sentiasa menjadi berwibawa untuk melaksanakan
agenda untuk rakyat.

1.2.8 Pengagihan Harta Benda

Demokrasi akan lebih berjaya seandainya pengagihan harta dan kekayaan itu
meliputi keseluruhan masyarakat. Ini bermakna dalam sesebuah negara itu, tidak akan
ada situasi di mana orang yang kaya akan terus kaya manakala orang yang miskin
tetap akan terus miskin tanpa sebarang pembelaan. Demokrasi juga tidak akan berjaya
diamalkan dengan lancar seandainya kebebasan untuk memiliki harta persendirian
disekat. John Locke ada mengatakan :
“the great and chief end of men’s uniting into common wealths
and putting themselves under government in the preservation of
their property” [2]

Menurut teori ini, kerajaan haruslah membenarkan dan memberi hak kepada
semua rakyat untuk menyimpan dan mengumpul kekayaan. Jesteru, ini dapat memberi
gambaran sebenar berkenaan sifat individu tersebut melalui cara mereka menggunakan
kekayaan dan mengumpul kekayaan. Mempunyai harta kekayaan bukanlah hanya
bertujuan untuk ekonomi semata-mata tetapi banyak lagi faedah-faedah psikologi yang
lain. Untuk tujuan ini, kerajaan haruslah mengawal hak rakyat untuk mempunyai harta
benda dan kekayaan.

1.2.9 Sikap Bertolak Ansur

Sikap bertoleransi haruslah ada dalam masyarakat yang mengamalkan


demokrasi agar banyak cadangan-cadangan dapat diutarakan untuk kebaikan negara
dan rakyat. Antara cara yang paling baik untuk mengutarakan pendapat adalah melalui
perbincangan diantara dua buah pihak dan ini adalah cara yang lebih baik dari melalui
sistem paksaan dan tekanan.

Sikap memberi dan menerima juga haruslah ada di dalam perbentukan


masyarakat yang mengamalkan sistem demokrasi iaitu melibatkan konsep peraturan
oleh kelompok majoriti dan kelompokn minoriti haruslah menerima keputusan dan
peraturan itu dengan hati yang terbuka demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara
yang menggugat suasana demokrasi tersebut.

[2]
K. Ramanathan Kalimuthu, 1987, Asas Sains Politik, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
1.3 KAPITALISME, SOSIALISME & KOMUNISME

Sejarah mengatakan bahawa kapitalisme wujud melalui penggabungan diantara


authoritarian dengan kerajaan demokratik. Seandainya kapitalisme lenyap, maka
demokrasi juga akan lenyap. Demokrasi yang formal merupakan demokrasi yang paling
baik di dalam sesuatu komuniti di mana ia menunjukkan pembahagian harta benda
secara adil dan saksama.

1.3.1 Kapitalisme

Kapitalisme pada umumnya digunakan untuk sistem perusahaan sendiri.


Perusahaan kerajaan juga wujud namun penglibatan kerajaan hanya kecil dan sedikit.
Terdapat pelbagai usaha untuk menjalankan perusahaan dan mengaut keuntungan
darinya seperti tuan tanah menjual atau menyewa tanahnya kepada individu lain dan
sebagainya. Cara yang paling penting kepada seseorang untuk mendapatkan kejayaan
adalah melalui ganti rugi, bonus, gaji dan sebagainya. Kebanyakan pembahagian harta
melibatkan proses yang baik dan di dalam persekitaran yang baik. [3]

1.3.2 Sosialisme

Sosialis membawa banyak pengertian dan takrifan. Pada awalnya ia


menunjukkan cara-cara dan dasar-dasar yang berpunca dari kapitalis. Sosialisme ialah
suatu dasar organisasi dari masyarakat yang bermaksud pengeluaran barang-barang
dikawal dan keputusan sesuatu barang patut dihasilkan dibuat oleh masyarakat umum.
Kerajaan sosialisme bermaksud perpindahan urusan ekonomi masyarakat dari hak
persendirian kepada hak umum. [4]

Negara memainkan peranan sebagai pihak pengurusan seandainya seseorang


individu itu mengadakan perusahaan. Di bawah sosialis yang lengkap, kepunyaan
individu tidak disingkirkan semuanya. Ekonomi jenis ini melibatkan penggabungan di
antara perusahaan awam dengan perusahaan individu. Sistem ekonomi sosialis ini
[5]
lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat.

[3]
Kapitalis, Dilayari pada 30 September 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Kapitalis
[4]
Sosialis Antarabangsa, Dilayari pada 30 September 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/
Sosialis_Antarabangsa
[5]
Sosialis, Dilayari pada 30 September 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosialis

1.3.3 Komunisme

Komunisme merupakan cara hidup yang diamalkan dari pergerakan komunis.


Ekonomi ini juga dinamakan sebagai ekonomi Marxist yang menetapkan adanya
penghasilan hasil perusahaan di antara komunis dan kapitalis. Sistem ekonomi yang
dipermainkan akan menempatkan kembali fahaman feudal dan bertukar kepada
kapitalis seperti berlaku di Rusia.

Pemimpin terkemuka komunis, Lenin telah memperkembangkan dan


menggunakan teknik-teknik revolusi dan menurut beliau pemimpin-pemimpin haruslah
menegakkan proletariat.[6] Segala hakmilik individu akan terus kekal di bawah
komunisme. Hanya masyarakat komunis yang kecil sahaja yang akan menentukan
dasar-dasar negara. Komunisme adalah organisasi tertinggi di dalam struktur
masyarakat yang bebas dan mereka sedar bahawa mereka harus menjadikan undang-
undang sebagai satu cara hidup.

Perhubungan diktator dengan proletariat adalah amat penting bagi


perkembangan komunisme. Agensi yang berkuasa membuat keputusan terakhir
bolehlah dikatakan parti komunis yang sah menurut sistem ini. [7]

[6]
Proletariat mengikut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat bermaksud golongan pekerja, terutama
mereka yang tidak mempunyai modal dan kehidupan yang menyara hidup dengan makan gaji atau
mengambil upah.
[7]
Komunisme, Dilayari pada 30 September 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme
1.4 JENIS-JENIS DEMOKRASI

1.4.1 Demokrasi Liberal

Demokrasi liberal hampir unggul dengan sistem demokrasi. Dalam sistem ini
kerajaan adalah dari rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Untuk mendapatkan
mandat pemerintahan, sesebuah parti harus mendapatkan mandat dari rakyat melalui
pilihanraya yang dilakukan mengikut perlembagaan. Golongan minoriti mendapat
layanan yang baik dari golongan majoriti atas sifat tolak ansur. Walau bagaimanapun
pendapat golongan majoriti haruslah diterima dan dipertimbangkan oleh pihak minoriti.

Individu ataupun kumpulan-kumpulan bebas untuk mengeluarkan sebarang


cadangan, kritikan dan sebagainya kepada pihak kerajaan. Ketika pilihanraya diadakan,
rakyat dibenarkan untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pilihan mereka. Calon
pilihanraya dipilih secara rahsia dan tanpa paksaan. Orang ramai bebas meluahkan
cadangan, kebebasan bersuara, berkumpul dan menerbit. Kuasa yang terdapat di
dalam pentadbiran terbahagi kepada beberapa bahagian seperti legislative, eksekutif
dan kehakiman atau judisiari yang dikuasai oleh individu yang berlainan agar tidak
berlaku sebarang campurtangan kepada urusan setiap bahagian.

1.4.2 Demokrasi Proletar

Sistem ini disifatkan sebagai pemerintahan totalitarian dan lebih dikenali sebagai
sistem komunis. Mula wujud selepas berlakunya revolusi seperti yang berlaku di Rusia
dan China. Tetapi di Eropah sistem ini wujud selepas perang dunia kedua. Sistem ini
hanya terdapat hanya satu parti yang memerintah negara dan individu tidak mendapat
menghalang sebarang tindakan kerajaan.

Dalam sistem pemerintahan ini, rakyat kurang mendapat kebebasan bersuara,


menerbit dan berhimpun. Individu tidak boleh menyoal kewibawaan seorang pemimpin
kerana akan dianggap sakit jiwa dan akan dihantar ke pusat rawatan. Sebagai
contohnya di China, kerajaan menerima sebarang kritikan selagi ia tidak mendatangkan
kemudaratan kepada pemerintahan negara.
1.4.3 Demokrasi Terpimpin

Sistem demokrasi tidaklah bermaksud sebagai sebuah kerajaan yang


berparlimen bahkan sebagai sebuah kerajaan demokrasi yang terhad dengan
mempunyai kepimpinan yang kuat. Demokrai seperti ini bermaksud tentera memainkan
peranan yang penting kepada pantadbiran negara seperti di Pakistan, Indonesia dan
Myammar.

Para pemimpin di dalam sistem ini menyarankan rakyat memerlukan latihan dan
pendidikan terlebih dahulu sebelum demokrasi liberal dilakukan. Dalam keadaan yang
sama, pihak tentera mungkin mendakwa suasana dalam negara tidak cukup mantap
untuk membenarkan pengambilan semula atau pewujudan kerajaan demokrasi. Undi
juga diadakan tetapi bukanlah untuk memilih wakil ataupun pengganti wakil yang ada
tetapi ia diadakan untuk mengetahui pendapat rakyat. Contoh negara yang
menjalankan sistem ini ialah Afrika, Amerika Latin dan Asia.

1.4.4 Demokrasi Totalitarian

Sistem ini juga dikenali sebagai Jacobin atau Demokrasi Majoritarian. Terdapat
dua ciri utama dalam sistem demokrasi totalitarian. Pertama, idealism, iaitu sokongan
untuk kerajaan adalah satu optimistik di dalam keadaan semulajadi. Hak majoriti untuk
membuat keputusan adalah tidak sah kerana sesuatu yang benar dari ahli-ahli politik
adalah sah diterima dan bekerjasama menjalankan sesuatu untuk kebaikan secara
keseluruhan. Kedua, monism, iaitu tertumpu kepada prinsip-prinsip doktrin yang
tertinggi dalam masyarakat. Di dalam menjalankan liberal dan demokrasi pluralis, ia
tertumpu kepada monisme, iaitu percaya kepada satu falsafah atau kumpulan prinsip-
prinsip tertinggi dan satu parti dikira memadai mewakilkan rakyat.

1.4.5 Demokrasi Afrika

Sistem demokrasi afrika merupakan sistem yang diamalkan oleh suku kaum
yang berpengaruh. Dalam sistem ini terdapat parti pembangkang yang disebut
Mankradd yang bertujuan untuk menentang apa sahaja yang dinyatakan oleh ketua
parti. Dalam sistem demokrasi afrika ini, terdapat sistem di mana raja
bertanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat dan ini menyebabkan kurangnya
terjadi perselisihan faham antara rakyat dan pemerintah.

Dalam sistem ini terdapat sistem pusat, parti yang memerintah. Apabila
keputusan telah dibuat melalui undi majoriti dan menerusi perbincangan, maka adalah
tidak perlu untuk mewujudkan berbagai-bagai parti. Sistem ini diamalkan di Tanzania
oleh Julius Nyerere dan di Ghana oleh Kwame Nkrumah.

1.4.6 Demokrasi Pluralis

Di Britain dan Amerika Syarikat, pembentukan demokrasi adalah sama dengan


teori politik yang diperkenalkan oleh Calhoun. Ia bukan lagi demokrasi liberal setelah
kerajaan bermuafakat dengan pihak yang berpengaruh dan berkuasa seperti kesatuan-
kesatuan pekerja, koperasi perniagaan dan kumpulan pendesak daripada berunding
dengan individu-individu dan parti-parti pembangkang. Demokrasi pluralis bermaksud
kuasa dijalankan di kawasan tertumpu sahaja bagi membincangkan atau
menitikberatkan aktiviti politik untuk mendapat perhatian.

1.4.7 Demokrasi Partisipatif

Sesetengah demokrasi partisipatif adalam populisme. Terdapat dua pendekatan


partisipatif iaitu populisme klasik, iaitu membesarkan peranan masyarakat setelah
memindahkan keputusan-keputusan dari wakil-wakil yang dilantik oleh electorate.
Wakil-wakil adalah perwakilan yang mengawal segala pilihanraya, kuasa yang
diberi/ditarik semula dan juga peraturan-peraturan mandat. Kedua, ekonomi populisme,
iaitu menyelidiki individu yang melibatkan diri dalam perkhidmatan awam dan
keputusan-keputusannya.

1.4.8 Demokrasi Sosial

Demokrasi mempunyai pengaruh di dalam lapangan perhubungan sosial dan


institusi-institusi, selain dari pengaruh kerajaan dan ekonomi. Persamaan di dalam idea
demokrasi bertapak dari kelahiran prinsip fundamental aristocratic tetapi bukan kepada
kerajaan totalitarian. Demokrasi sosial juga berlandaskan kepada material side of
man’s life.
1.4.9 Demokrasi Konsolidasi

Di negara-negara yang mempunyai kaitan antagonisticsub-culture groups


menimbulkan keadaan politik yang tidak stabil, menggugat keadaan faktor-faktor
negara, institusi-institusi yang dirancang dan menghadkan peluang-peluang tekanan
yang akan berlaku. Pihak-pihak yang terpilih dari berbagai parti politik bersetuju untuk
bekerjasama dan bertanggungjawab dalam politik.

1.4.10 Demokrasi Ekonomi

Di dalam pendekatan, demokrasi ekonomi bertelingkah mengenai konsentrasi


kuasa ekonomi di bawah kuasa kerajaan yang tidak seiring dengan prinsip asas
demokrasi, yakni memperluas kuasa. Di dalam sistem demokrasi, capitalist
entrepreneur akan dibangkang oleh countervailing power. Jika buruh didapati bersalah
oleh capital, ia akan merujuk kepada perundangan. Di bawah ekonomi sosial, negara
merupakan majikan, politik dan kuasa ekonomi yang dipersetujui.

1.4.11 Demokrasi Rakyat

Keputusan adalah berhubung dengan keputusan suara rakyat atau suara ramai.
Keputusan suara ramai dalam satu parti dijangka dan dikeluarkan oleh kerajaan di
bawah pimpinan satu parti.
2.0 DEMOKRASI BERPARLIMEN

2.1 DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen semenjak dari


permulaan kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Negara ini mengamalkan sistem
Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai
oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem
giliran daripada sembilan sultan negeri melayu untuk berkhidmat selama lima tahun
sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu
Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan,
ketenteraan, agama islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini
terkandung di dalam perlembagaan negara Malaysia sejak mula-mula ia diperkenalkan
setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.

Sistem ini adalah berdasarkan sistem Westminster.[8][9] Ini kerana Malaysia


merupakan bekas tanah jajahan British. Kuasa eksekutif ditetapkan oleh kabinet yang
diketuai oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri
mestilah seorang ahli Dewan Rakyat dan memimpin kumpulan majoriti ahli dalam
parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan
Rakyat atau Dewan Negara.

[8]
Politik Malaysia, http://ms.wikipedia.org/wiki/Politik_Malaysia
[9]
Westminster adalah kawasan di tengah kota London. Ia terletak di tebing utara Sungai Thames, barat
daya kota London, 800 meter di barat daya Charing Cross. Ia menyimpan banyak sejarah tentang kota
London dan juga menjadi tarikan utama pelancong, termasuk Istana Buckingham dan Westminster
Abbey
2.2 CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN

2.2 Gambarajah Ciri-Ciri


Demokrasi Berparlimen
2.2.1 Ketua Negara

Yang Dipertuan agong merupakan ketua negara dan persekutuan Malaysia,


baginda juga merupakan puncak kekuasaan kepada ketiga-tiga badan utama dalam
negara iaitu eksekutif, judisiari dan legislatif. Selain itu baginda juga menjadi lambang
kepada negara dan upacara-upacara rasmi yang dilangsungkan dalam negara dan
baginda akan menjadi lambang perpaduan seluruh negara.

Jawatan Yang Dipertuan Agong ini mula diperkenalkan pada 31 Ogos 1957
mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan ini merupakan sesuatu
yang unik kerana menjadi satu-satunya jawatan seumpama itu di dalam dunia dengan
seorang raja berperlembagaan memegang jawatan secara dipilih dan bukan dilantik
berasaskan sistem warisan turun-temurun seperti negara-negara lain. Perkara 32 (1)
menyebut bahawa Yang Dipertuan Agong mendahului keutamaan segala orang di
dalam persekutuan. Baginda juga tidak boleh dibicarakan di dalam mana-mana
mahkamah kecuali mahkamah khas.mahkamah khas ini diketuai oleh Ketua Hakim
Negara sebagai pengerusi, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang hakim
lain yang memegang jawatan atau pernah memegang jawatan sebagai hakim
Mahkamah Persekutuan atau hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-
Raja.[10]

Mahkamah Khas mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan segala


kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang Dipertuan Agong atau raja sesuatu
negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang Dipertuan Agong atau raja-raja di
negeri-negeri lain.

Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja dalam kalangan Sembilan
orang raja-raja melayu mengikut kedudukan yang terkanan berdasarkan tarikh naik
takhta. Kaedah ini memberi peluang kepada raja-raja melayu untuk dipilih menjadi raja
melainkan mereka tidak cukup umur, tidak mahu dipilih atau Majlis Raja-raja
memutuskan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk dilantik menjadi
Yang Dipertuan Agong.

Ada sesetengah pandangan mengatakan bahawa Yang Dipertuan Agong dipilih


secara demokrasi, namun sebenarnya tidak begitu. Ini kerana calon kerana corak
pemilihannya hanya terbatas kepada 9 orang calon sahaja yang terdiri dari 9 orang
raja-raja melayu dari sembilan buah negeri melayu sahaja dengan setiap negeri
mempunyai giliran masing-masing.

Buat masa kini, proses pemilihan Yang Dipertuan Agong telah memasuki
pusingan kedua iaitu raja dari Negeri Sembilan, Selangor dan Perlis telah dipilih buat
kali kedua bagi jawatan tersebut. Bagi jawatan Yang Dipertuan Agong, baginda boleh
memegang jawatan selama 5 tahun sahaja, tetapi baginda boleh meletakkan jawatan
sebelum tamat tempoh perkhidmatannya dan boleh dipecat daripada jawatannya oleh
Majlis Raja-Raja Melayu.

[10]
Yang Dipertuan Agong, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-
Pertuan_Agong
Pemecatan yang dilakukan adalah untuk jawatan Yang Dipertuan Agong sahaja dan
bukan melibatkan jawatan di peringkat negeri masing-masing. [11]

Yang Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera


Malaysia dan merupakan ketua agama bagi Pulau Pinang, Melaka, Wilayah
Persekutuan, Sabah, Sarawak serta di negeri baginda sendiri. Namun sebelum tahun
1976, peranan baginda sebagai ketua agama hanya terhad kepada negeri Melaka,
Pulau Pinang dan negeri baginda sahaja. Setelah berlakunya pindaan terhadap
perlembagaan persekutuan, akhirnya Yang Dipertuan Agong ditugaskan untuk menjadi
ketua agama di beberapa wilayah lagi. Walaubagaimanapun, kuasa mengampun bagi
kesalahan di negeri-negeri lain masih terletak di bawah bidang kuasa raja ataupun
sultan negeri masing-masing.

Yang Dipertuan Agong merupakan Ketua Negara dan menjadi punca asas
kepada segala kuasa di Malaysia, sama ada kuasa untuk membuat undang-undang,
kuasa pemerintahan dan kuasa kehakiman. Baginda merupakan salah satu unsur
parlimen iaitu yang terdiri dari Yang Dipertuan Agong dan 2 buah dewan. Dewan yang
dimaksudkan adalah Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Baginda berkuasa penuh
untuk memanggil sidang parlimen untuk bersidang dan juga menangguh ataupun
membubarkan Dewan Parlimen. [12]

Selain dari Yang Dipertuan Agong sebagai simbol parlimen, ketua negara, ketua
agama islam bagi beberapa negeri Yang Dipertuan Agong juga mempunyai kuasa budi
bicara yang istimewa di dalam sudut memilih perdana menteri. Namun begitu baginda
tidak sepenuhnya bebas dalam melantik dan memecat seorang perdana menteri. Ini
kerana perdana menteri adalah seorang ahli dewan rakyat yang dipilih dan diberi
kepercayaan sebahagian besar ahli dewan untuk menjawat jawatan itu.

[11]
Ruslan Zainuddin, 2006, Sejarah Malaysia edisi kedua, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd,
Selangor
[12]
Parlimen Malaysia, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/
Parlimen_Malaysia
Jesteru, Yang Dipertuan Agong harus memperkenankan perlantikan yang
diadakan secara demokrasi itu. Kuasa budi bicara hanya akan dapat dilaksanakan
seandainya tiada sesiapa yang dicalonkan untuk menjadi perdana menteri oleh ahli
majoriti sesebuah parti yang banyak terdapat di dalam sidang parlimen tersebut.
Namun tindakan yang lebih sesuai untuk dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong adalah
menunggu keputusan pucuk pimpinan parti yang mempunyai majoriti besar di dalam
dewan parlimen untuk mengetengahkan calon bagi jawatan perdana menteri Malaysia
dan diperkenan oleh baginda.

Perkara 3 (3) Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukkan seorang


timbalan ketua negara yang digelar Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk
menjalankan tugas-tugas sebagai ketua negara sekiranya Yang Dipertuan Agong
sedang gering atau keluar negara dalam masa sekurang-kurangnya 15 hari. Timbalan
Yang Dipertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk tempoh selama 5
tahun. Jika baginda dipilih semasa tempoh perlantikan Yang Dipertuan Agong maka
tempoh perkhidmatannya akan tamat sebaik sahaja tempoh perkhidmatan Yang
Dipertuan Agong tamat. Namun sekiranya baginda ingin meletakkan jawatan sebelum
tamat tempoh perkhidmatan maka baginda haruslah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

2.2.2 Perlembagaan

2.2.2.1 Pengenalan Perlembagaan

Perlembagaan bermaksud prinsip asas yang mengasaskan sesebuah negara


dan memperkenalkan sistem pemerintahan seperti yang termaktub sama ada dalam
undang-undang atau adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang-undang
yang mengandungi peraturan-peraturan yang boleh dikuatkuasakan.

Menurut A.S Hornby dalam Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of


Current English, perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana
undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut adalah berpandukan
bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.
Patrick J. Dalton dan Robina S. Dexter dalam bukunya yang berjudul
Constitutional Law pula mentafsirkan bahawa perlembagaan sebagai satu kompoisi
(gabungan) dan fungsi kepada prinsip-prinsip bahagian tertenu sesebuah negara di
mana ia mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.

Robert A. Dahl dalam bukunya Modern Political Analysis pula menyatakan


bahawa sistem politik sesebuah negara itu kompleks dan seimbang, peranan politik
dengan sendiri terbentuk. Peranan ini ditadbir oleh koleksi-koleksi pentadbiran dalam
satu sistem politik akan memberi perlembagaan kepada kerajaan untuk menggunakan
sistem ini.

Perlembagaan sesebuah negara bermaksud sebagai prinsip-prinsip atau dasar-


dasar penting berpandukan kepada cara mana negara itu diperintah dan diistiharkan,
sama ada dibentuk dalam undang-undang adat kebudayaan atau Majlis Piagam
Perjanjian. Demikian pandangan yang dinyatakan oleh C.A Leeds dalam bukunya
bertajuk, Politics.

2.2.2.2 Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia, yang dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan


mengandungi 183 perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan
satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Perlembagaan ini telah dirangka
berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam
tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan
pada 31 Ogos 1957.

Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di


London 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan
delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah,
iaitu Ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain,
dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya.
Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga dewan (2/3) bersetuju
kepada pemindaan ini memerlukan persetujuan pada kedua-kedua dewan di parlimen.
Merujuk kepada pakar perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah
dipinda 42 kali semenjak 48 tahun sejak kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun,
seperti mana beberapa pindaan telah dibuat setiap kali, beliau menganggarkan
bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650 kali. Beliau menjelaskan
bahawa ‘semangat dokumen sebenar telah dicairkan’. Sidang parlimen dan sidang dun
juga berada di bawah daripada ketinggian perlembagaan itu sendiri. [13]

Ini bermakna dewan parlimen dan dewan rakyat tidak boleh membuat undang-
undang mengenai sesuatu kes yang mungkin bertentangan dengan perlembagaan
Malaysia. Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian
mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.

Bahagian 1 – Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

Bahagian 2 – Kebebasan asasi

Bahagian 3 – Kewarganegaraan

Bahagian 4 – Persekutuan

Bahagian 5 – Negeri-negeri

Bahagian 6 –Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

Bahagian 7 – Peruntukan-peruntukan kewangan

Bahagian 8 – Pilihanraya

Bahagian 9 – Kehakiman

Bahagian 10 – Perkhidmatan awam

Bahagian 11 – Kuasa-kuasa khas yang menentang kuasa subversif dan darurat

[13]
Perlembagaan Malaysia, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/
Perlembagaan_Malaysia
Bahagian 12 – Am dan pelbagai

Bahagian 13 – Peruntukan Melaka

Bahagian 14 – Pengecualian dari kedaulatan raja-raja dan sebagainya.

Bahagian 15 – Prosiding terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja

2.2.2.3 Artikel

Artikel 11

Artikel 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa islam merupakan agam


rasmi Persekutuan. Sungguh pun begitu setiap orang berhak mempraktikkan agamanya
sendiri

Artikel 152

Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan


merupakan bahasa melayu. Walau bagaimanapun, perlembagaan menjamin
kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-
tujuan rasmi. Tujua-tujuan rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, sama ada
negara atau semua prosiding mehkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan
mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan dalam bahasa melayu.

Tulisan rasmi bahasa melayu juga dinyatakan di dalam artikel 152 sebagai rumi
atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan jawi tidak dilarang.

Artikel 153

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang Dipertuan


Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang melayu dan
bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan
persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan
kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa
dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.
Artikel 160

Artikel 160 mendefinisikan bentuk perkataan pelbagai sebagai yang digunakan di


dalam perlembagaan. Ia memberikan impak penting pada islam di Malaysia dan orang
melayu disebabkan definisi seorang melayu pada klausa 2.

2.2.2.4 Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan

Pemerintahan Beraja

Sebelum kedatangan penjajah ke tanah melayu, di kawasan tanah melayu telah


adanya sistem kerajaan beraja yang dijalankan. Sultan ataupun raja di tanah melayu
diberi sepenuhnya taat setia dan dianggap golongan yang mulia. Namun setelah
kedatangan dan campurtangan British di dalam sistem pentadbiran di tanah melayu,
raja ataupun sultan bagi negeri-negeri tanah melayu hanya dijadikan boneka pihak
British sahaja. Raja dan sultan hanya berperanan di dalam aspek adat istiadat dan
agama islam sahaja dan tidak lebih dari hal-hal ini. Walaupun terdapat beberapa
perjanjian yang ditandatangani yang kelihatan menguntungkan kerajaan tanah melayu
namun pada hakikat sebenarnya sultan ataupun raja terikat dengan perjanjian dan
harus mendengar nasihat dari penasihat ataupun residen inggeris.

Selepas peperangan dunia kedua yang menyaksikan kerajaan Jepun mengalami


kekalahan, kerajaan British telah berusaha untuk melaksanakan pemerintahan secara
berpusat iaitu kesemua kerajaan melayu disatukan di bawah satu kesatuan yang
dikenali sebagai Malayan Union pada tahun 1946. Namun disebabkan penubuhan
persekutuan itu kelihatan sebagai usaha berterusan pihak British untuk menguasai
tanah melayu, rakyat tanah melayu yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa telah
bersatu untuk membantah keputusan penubuhan persekutuan tersebut. Dan setelah 2
tahun dilancarkan, persekutuan Malayan Union ini telah dimansuhkan dan diganti
dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Persekutuan ini sedikit sebanyak
telah mengembalikan semula kuasa raja-raja Melayu kepada kedudukan asal mereka.
Setelah mendapat kemerdekaan, institusi beraja telah mendapat kuasa yang
sepatutnya namun masih terbatas dengan perlembagaan yang dipersetujui secara
bersama. Sewaktu zaman penjajahan British, raja ataupun sultan harus menerima
nasihat dari residen ataupun penasihat British. Berbeza dengan zaman sekarang,
sultan atau raja harus menerima nasihat dari menteri besar ataupun perdana menteri
mengenai sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan. Di peringkat persekutuan, Yang
Dipertuan Agong harus menerima nasihat dari jemaah menteri dan perdana menteri
Malaysia.

Institusi beraja kini menjadi satu daripada unsur penting dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan raja diberi beberapa peranan penting yang perlu dilaksanakan
dalam bentuk dan struktur kerajaan yang ada. Terdapat tiga asa institusi raja sebagai
raja berperlembagaan iaitu :

1. Sistem beraja diwujudkan oleh perlembagaan dan cara bagaimana seseorang


raja bagi sesuatu negeri dipilih telah diperuntukkan dengan jelas dalam
perlembagaan.
2. Dalam perlaksanaannya di dalam fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan
atau sebarang undang-undang Persekutuan, Yang Dipertuan Agong hendaklah
bertindak mengikut nasihat jemaah kabinet atau sebarang menteri yang diberi
kuasa olej Jemaah Kabinet. Yang Dipertuan Agong hanya boleh bertindak
mengikut budi bicaranya sendiri dalam hal perlantikan Perdana Menteri dan
pembubaran Parlimen.
3. Yang Dipertuan Agong bersama-sama dengan dua Majlis Parlimen menjadi
badan perundangan Persekutuan.

Agama Islam

Agama islam merupakan satu unsur penting dalam Perlembagaan Persekutuan


dan mempunyai hubungan rapat dengan perkembangan sejarah konsep pemerintahan
beraja. Sehinggakan takrif ‘melayu’ mempunyai kaitan rapat dengan ‘islam’. Perkara
160 (2), Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang yang ditakrifkan
sebagai ‘melayu’ ialah seorang yang beragama islam, lazimnya bertutur dalam bahasa
melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu dan

1. Lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau
bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka
itu, is adalah berdomisil [14]
di Persekutuan atau di Singapura ; atau
2. Dia adalah keturunan seorang yang tersebut

Agama islam telah menjadi agama anutan orang melayu semenjak 500 tahun
dahulu. Walaupun pernah dijajah oleh 3 buah kuasa besar bukan beragama islam,
masyarakat melayu masih mengekalkan dan berpegang teguh kepada ajaran islam. Ini
kerana dari sudut hal ehwal islam dan adat istiadat melayu telah berada di bawah
pemerintahan dan bidang kuasa raja ataupun sultan.

Selepas kemerdekaan, agama islam masih terpelihara. Perkara 3 (1)


Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas ‘islam adalah agama bagi
persekutuan’. Namun undang-undang ini tidak menyekat kebebasan rakyat
persekutuan yang bukan beragama islam untuk mengamalkan kepercayaan masing-
masing.

Bahasa Melayu

Bahasa melayu telah digunakan sebagai bahasa pengantara di gugusan


kepulauan melayu sejak berabad lamanya. Bahasa melayu telah digunakan oleh
kerajaan Srivijaya sejak abad ke-7 sebagai bahasa kebangsaan dan empayar kerajaan
Srivijaya telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi empayar terbesar pertama di
serantau nusantara. Sebelum perang dunia kedua, bahasa melayu telah digunakan
secara meluas di dalam segala urusan pentadbiran dan surat menyurat kerajaan
sehinggakan pegawai inggeris yang ingin berkhidmat di sini haruslah pandai bertutur
bahasa melayu.

[14]
Mengikut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan ‘domisil’ membawa erti tempat menginap atau
tempat tinggal seseorang itu (terutamanya yang rasmi)
Namun selepas perang dunia kedua, dasar penggunaan bahasa melayu di
dalam urusan pentadbiran semakin dilupuskan dan digantikan dengan bahasa inggeris
sebagai bahasa pengantara urusan rasmi. Namun masih terdapat di sesetengah
perkara yang masih menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi contohnya
berkaitan dengan urusan istana, maka bahasa melayu boleh digunakan sebagai
menghormati raja dan sultan melayu sebagai ketua adat istiadat melayu.

Namun setelah pemansuhan Malayan Union dan digantikan dengan


Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahasa melayu kembali mendapat mandat
yang sebenarnya dan dijadikan bahasa kebangsaan tanah melayu dan seterusnya
Malaysia. Di bawah perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut :

Bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukkan dengan Undang-undang oleh Parlimen

Pemberian taraf ‘kebangsaan’ kepada bahasa melayu memberi impak yang


besar kepada bahasa melayu dan secara automatik manjadi bahasa perantara kepada
segala urusan yang melibatkan urusan rasmi kerajaan. Perkara 153 (6) Perlembagaan
Persekutuan menjelaskan takrif ‘maksud rasmi’ sebagai apa-apa jua maksud kerajaan,
sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa
maksud ‘sesuatu pihak berkuasa awam’. Matlamat ini ditekankan di dalam Laporan
Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1961) dan dilaksanakan dalam sistem
pendidikan negara melalui Dasar Pelajaran Kebangsaan pada tahun 1970.

Keistimewaan Orang Melayu

Kedudukan istimewa orang melayu merupakan tradisi keempat di dalam


Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Perkara 153, Yang Dipertuan Agong
dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan
kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Pada permulaannya, pihak British tidak
mencampuri urusan negeri-negeri melayu, namun setelah beberapa perjanjian
ditandatangani pihak British telah memaksa raja dan sultan untuk menerima nasihat
mereka di dalam segenap urusan pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama
islam dan adat istiadat melayu. Ini terpaksa dilakukan oleh pihak British untuk
mengekalkan kekuasaan mereka di Tanah Melayu.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan perlaksanaan dasar pintu terbuka oleh
kerajaan British yang menggalakkan kehadiran buruh asing dari China dan India untuk
menampung keperluan buruh dari berbagai sektor. Orang China dibenarkan membuka
lombong dan bekerja di lombong manakala orang India pula dibenarkan bekerja di estet
getah. Sedangkan orang melayu masih di takuk lama dengan bekerja di bidang
pertanian.

Selepas perang dunia kedua, British berasa bertanggungjawab untuk memberi


kebajikan kepada buruh-buruh yang berkhidmat. Setelah itu kerajaan British telah
mengambil inisiatif dengan memperkenalkan satu dasar pemerintahan yang baru iaitu
Malayan Union yang diketuai oleh seorang gabenor, Sir Edward Gent. Dasar ini
mendapat tentangan yang amat hebat dari segenap masyarakat bumiputera kerana
telah meminggirkan sepenuhnya keperluan dan keistimewaan masyarakat bumiputera
disamping kuasa sultan dan raja semakin dikurangkan. Malayan Union telah
mengiktirafkan kewarganegaraan bagi kesemua pendatang-pendatang yang terdiri dari
kaum China dan India.

2.2.3 Parlimen

2.2.3.1 Definisi Parlimen

Parlimen merupakan majlis pembuat undang-undang (legislatif). Terdapat 2 jenis


parlimen iaitu unikameral (satu dewan) atau bikameral (dwidewan). Parlimen bikameral
terdiir daripada satu dewan bawah (dimana ahlinya dipilih dalam pilihanraya) dan
dewan tinggi (biasanya ahli dilantik). Walaupun sistem lain, trikameral wujud, sistem ini
amat jarang diamalkan dalam dunia. [15] [16]

[15]
Tricameral Parliament, Dilayari pada 7 Oktober 2009 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/
Tricameral_Parliament
[16]
Di dalam kamus bahasa inggeris maya di URL http://www.yourdictionary.com/cameral, Cameral
membawa maksud chamber of a judge, legislature, negara yang mengamalkan sistem ini ialah
negara Afrika Selatan.
Parlimen juga boleh dirujuk tempat atau bangunan dimana penggubal undang-
undang bersidang dan ia merupkan satu terma yang biasanya digunakan dalam
negara-negara komanwel. Nama parlimen berasal dari perkataan Perancis, parlement,
di mana parter, bermaksud bercakap : maka parlement merupakan ‘tempat untuk
bercakap atau berbincang’, suatu perhimpunan atau perjumpaan di mana ahlinya
berbincang mengenai isu-isu semasa. Parlimen yang paling terkenal ialah Parlimen
United Kingdom, yang kadang-kalanya digelar ‘ibu parlimen-parlimen’ kerana banyak
negara Komanwel [17]
mengasaskan mereka pada sistem Westminster, yang
berdasarkan parlimen.

2.2.3.2 Ciri-Ciri Parlimen

Perjumpaan parlimen biasanya dikerusikan oleh seorang ‘speaker’ atau Yang


Dipertua. Di sesetengah negara, antaranya United Kingdom, prinsip ketuanan parlimen
(Parliamentary Supremacy) dipraktikkan. Di negara-negara ini, mahkamah tidak boleh
menyatakan sesuatu undang-undang yang dibuat oleh parlimen adalah ‘ultra vires’ –
iaitu melebihi kuasa parlimen. Kebanyakan negara dengan parlimen juga ada
kekebalan parlimen untuk anggota-anggota mereka. Ini memastikan seseorang ahli
parlimen tidak boleh didakwa untuk sesuatu pernyataan yang dibuat di dalam dewan
parlimen.

Biasanya perundangan dicadangkan di dewan bawah parlimen, yang


mempunyai lebih ramai ahli – di negara-negara tertentu, dewan bawah mungkin
mempunyai beratus-ratus anggota. Walaupun perundangan biasanya perlu diluluskan
oleh kedua-dua dewan parlimen, dalam sistem Westminster dewan tinggi biasanya
tidak boleh menolak perundangan yang berkait dengan hal ehwal kewangan. Selepas
sesuatu undang-undang telah diluluskan oleh parlimen, ia perlu ditandatangani oleh
Raja atau Ketua Negara.

[17]
Negara komanwel membawa maksud negara yang pernah dijajah oleh kerajaan British. Terdapat 53
buah negara di dalam pertubuhan ini termasuklah negara Mozambique (dijajah oleh Portugis).
Kebanyakan negara ahli terdiri dari negara republik kecuali segelintir yang merupakan negara
mempunyai sistem beraja seperti Malaysia, Brunei dan sebagainya. Pertubuhan ini lahir sewaktu
Persidangan Imperial pada 1920-an.
Biasanya dalam negara dengan parlimen, ketua negara dan ketua kerajaan
bukan orang yang sama. Dalam sistem Westminster yang mempraktikkan Raja
Berperlembagaan (Constitutional Monarchy), ketua negara hanya bermain peranan
simbolik, dengan kuasa sebenar dalam tangan ketua kerajaan. Walaupun
perlembagaan negara-negara tertentu seperti Malaysia menyatakan ketua negara
bertindak hanya dengan nasihat ketua kerajaan, sebenarnya ‘nasihat’ ini hampir selalu
diikuti.

Ketua kerajaan di negara dengan parlimen biasanya dipanggil Perdana Menteri


(PM). Seorang Perdana Menteri mesti mempunyai ‘keyakinan’ majoriti ahli-ahli dewan
bawah parlimen untuk memimpin kerajaan. Jika sesuatu undi tiada keyakian (no-
confidence vote) diluluskan oleh dewan bawah, Perdana Menteri mesti melatakkan
jawatan. Biasanya, Perdana Menteri dilantik oleh ketua kerajaan, tetapi calon yang
dipilih hampir selalu pemimpin parti politik yang menang pilihanraya terakhir. Di
sesetengah negara, Perdana Menteri boleh dilantik daripada ahli dewan tinggi, tetapi
ianya amat jarang berlaku.

2.2.3.3 Parlimen di Komanwel

Hampir semua parlimen di negara-negara komanwel diasaskan Parlimen United


Kingdom [18][19]
yang telah menjajah atau mentadbir negara-negara komanwel pada
zaman kolonisme. Bagaimanapun, setiap parlimen diubahsuai untuk ciri-ciri tempatan.

Contohnya, walaupun Parlimen United Kingdom bikameral dengan House of


Lords (dewan tinggi) dan House of Commons (dewan bawah), Parlimen Singapura
adalah unikameral. Selain itu, cara ahli parlimen dipilih diubah ; contohnya, Singapura
mempunyai group representative constituencies ataupun kawasan perwakilan
kumpulan, di mana beberapa kawasan digabungkan dalam pilihanraya, walaupun
dalam parlimen mereka diwakili oleh beberapa ahli parlimen.

[18]
United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (Kerajaan Bersatu Britain Besar dan Ireland
Utara) ialah sebuah negara di Eropah Barat yang biasanya dikenali sebagai United Kingdom
(singkatan: UK). United Kingdom terbentuk hasil beberapa Akta Kesatuan yang menyatukan England,
Scotland, Wales dan Ireland Utara. Secara tepatnya, Great Britain atau Britain merujuk kepada
gabungan England, Wales dan Scotland yang tidak termasuk Ireland Utara.
[19]
United Kingdom, Dilayari pada 7 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom
Satu contoh lagi adalah Parlimen Australia, yang bikameral. Di situ, ahli senat
(dewan tinggi) dipilih dalam pilihanraya, dan bukan dilantik, manakala anggota House of
Lords United Kingdom dilantik oleh Raja dengan nasihat Perdana Menteri. Proses
pilihanraya di Australia juga berlainan daripada proses di England. Di England,
pemenang suatu pilihanraya adalah calon dengan jumlah undi terbanyak (ini digelar
sistem first-past-to-post) manakala di Australia, pemenang ditentukan melalui sistem
single transferable vote (STV) ataupun undi boleh alih sekali.

2.2.3.4 Parlimen Bukan Negara Komanwel

Walaupun United Kingdom dan tanah jajahannya merupakan pengguna parlimen


yang paling terkenal, beberapa negara bukan Komanwel juga menggunakan parlimen,
sistem Westminster, atau kedua-duanya. Contohnya, Jepun mempunyai sebuah
[20][21]
parlimen yang dipanggil Diet . Proses perundangan di Jepun juga diasaskan oleh
sistem Westminster.

2.2.3.5 Parlimen Malaysia

Parlimen merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan


sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan
Dewan Negara (atau Senat) Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli parlimen,
manakala ahli Dewan Negara dikenali dengan gelaran Senator.

Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-
wakil ke Dewan Rakyat : manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti
ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

Sidang parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di


Bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini merupakan kali ke-12, dirasmikan di
Bangunan Parlimen Malaysia pada 28 April 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri
Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib.

[20]
Diet Kebangsaan Jepun (国会) merupakan badan perundangan dwidewan Jepun. Ia terdiri dari dewan
rendah, dipanggil Dewan Perwakilan, dan dewan tinggi, dipanggil Dewan Undangan. Kedua-dua
dewan diet ini dilantik terus melalui sistem pengundian selari. Ahlinya seramai 722 perwakilan.
[21]
Diet Jepun, Dilayari pada 7 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Diet_Jepun
Secara mendalamnya, parlimen Malaysia terdiri daripada Yang Dipertuan Agong,
Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat berfungsi membincangkan,
membahas dan menggubal rang undang-undang. Dewan Negara berperanan sebagai
pembahas dan meluluskan rang undang-undang yang telah dibuat dalam tempoh 30
hari selepas diluluskan. Undang-undang tersebut dibahaskan sekali lagi sekiranya
YDPA tidak memperkenankannya. Meskipun demikian, undang-undang tersebut telah
menjadi sah setelah diluluskan oleh kedua-dua dewan buat kali kedua walaupun tanpa
perkenan YDPA.

Selain dari merangka undang-undang, parlimen juga berfungsi sebagai :

1. Mengawal kewangan negara dan meluluskan peruntukan belanjawan untuk


sesebuah kemeterian
2. Meminda perlembagaan mengikut keperluan negara
3. Mengawasi pemerintahan dan mempengaruhi dasar-dasar kerajaan
4. Mendengar rayuan orang ramai yang menyentuh tentang kepentingan rakyat

2.2.4 Pilihan Raya

2.2.4.1 Definisi Pilihan Raya di Malaysia

Pilihan raya merupakan ciri penting yang dijamin oleh Perlembagaan


Persekutuan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun sekali untuk memilih wakil bagi
menduduki institusi perundangan sama ada untuk Badan Perundangan Persekutuan
atau Badan Perundangan Negeri.

Pilihan raya dianggap sebagai suara ataupun pilihan rakyat untuk membentuk
kerajaan bagi mewakili kepentingan mereka. Proses pilihan raya dikendalikan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya. Suruhanjaya Pilihan Raya meupakan badan bebas yang
tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Ahli-ahli ini telah dilantik sendiri oleh
YDPA dan bukannya oleh kerajaan. [22]

[22]
Pilihanraya di Malaysia, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_
Raya_Umum_Malaysia
Bagi semenanjung Malaysia, Perlembagaan Persekutuan menetapkan supaya
pilihan raya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran parlimen atau DUN.
Sementara itu di Sabah dan Sarawak, tempohnya tidak lewat daripada 90 hari.

Pilihan raya umum di Malaysia wujud di dalam dua peringkat : peringkat negara
dan peringkat negeri. Pilihan raya umum peringkat negara adalah mereka yang dipilih
keanggotaannya di dalam Dewan Rakyat, dewan lebih rendah bagi Parlimen, manakala
pilihan raya peringkat negeri adalah untuk memilih keanggotaan di dalam Dewan
Undangan Negeri (Dewan Legislatif Negeri). Ketua bagi cabang eksekutif, Perdana
Menteri, merupakan yang dipilih secara langsung.

Melalui pilihan raya, rakyat diberi hak dan kebebasan memilih wakil-wakil mereka
untuk memerintah, sama ada di peringkat pusat atau negeri. Sistem pilihan raya yang
diamalkan di Malaysia ialah berasaskan kelebihan suara mudah (simple majority)
dengan keahlian tunggal mengikut perwakilan wilayah (single member territory
representation). Sistem pengundian yang digunakan ialah First Past – The Post System
yang bermaksud calon yang diisytiharkan memenangi sesuatu kawasan pilihan raya
ialah calon yang mendapat undi terbanyak dalam kalangan calon-calon lain yang
bertanding. Walaupun dengan kelebihan undi yang kecil iaitu satu undi.

Proses pilihan raya melibatkan tiga pihak, iaitu badan yang bertanggungjawab
mentadbir pilihan raya, pengundi dan calon. Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Suruhanjaya ini mula ditubuhkan pada 4 September
1957 mengikut peruntukan di bawah Perkara 113 dan 114 Perlembagaan Persekutuan.
SPR dianggotai oleh lima orang ahli yang terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan
pengerusi dan tiga ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding
dengan majlis raja-raja.

Pengerusi SPR yang pertama ialah Dato’ Dr. Mustapha Al-Bakri bin Haji Hassan,
manakala dua ahli lain ialah Encik Lim Ewe Bon dan Encik Ditt Singh. Setelah Sabah
dan Sarawak bergabung dengan Malaysia, seorang lagi ahli telah ditambah bagi
mewakili Sabah dan Sarawak iaitu Dato’ Abang Haji Marzuki bin Nor yang berasal dari
Sarawak. Pada tahun 1981, Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda
untuk membolehkan jawatan Timbalan Pengerusi diwujudkan. Jawatan ini pertama kali
dipegang oleh Encik Abdul Rahman Bin Abu Hassan.

Tugas-tugas di bawah bidang kuasa SPR ialah mengendalikan pilihan raya


umum dan pilihan raya kecil bagi Dewan Rakyat dan juga Dewan Negara, mendaftar
dan menyemak nama-nama pemilih, menyemak dan mendaftar kawasan pilihan raya
mengikut keperluan persempadanan kawasan pilihan raya Parlimen dan Negeri serta
membuat beberapa peraturan-peraturan tertentu untuk menjalankannya. Bagi
melaksanakannya, SPR menubuhkan sebuah urusetia yang diketuai oleh seorang
Setiausahayang bertindak sebagai ketua pentadbir dengan dibantu oleh kakitangan
yang dilantik secara sepenuh masa ataupun sambilan. Syarat-syarat perkhidmatan
mereka ditetapkan oleh suruhanjaya dengan persetujuan Yang Dipertuan Agong
mengikut peruntukan di bawah perkara 114, Perlembagaan Persekutuan. Setiausaha
SPR yang pertama ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 sehingga
1958.

2.2.4.2 Undang-Undang dan Peraturan Pilihan Raya

Bagi melancarkan proses pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan


telah digubal untuk memastikan prosedur pilihan raya berjalan lancar tanpa masalah.
Undang-undang dan peraturan tersebut ialah :

1. Perlembagaan Persekutuan
2. Perlembagaan Negeri
3. Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
4. Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
5. Peraturan-peraturan (Perjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981
6. Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002
7. Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003 [23]

[23]
Proses Pilihanraya, Dilayari pada 5 Oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org/wiki/Proses_Pilihan_
Raya_di_Malaysia
Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini adalah berkait rapat secara
langsung dengan proses pilihan raya. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa
undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan
proses pilihan raya, tetapi memainkan peranan dalam kelancaran perjalanan pilihn
raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962 ; Akta Hasutan 1970 ; Akta Rahsia Rasmi 1972;
dan Akta Keselamatan Dalam Negeri, 1960.

2.2.4.3 Proses Pilihan Raya di Malaysia

Kelayakan seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilhan raya dinyatakan
dalam perkara 119, Perlembagaan Persekutuan, iaitu warganegara yang berumur 21 ke
atas, bermastautin dalam sesuatu kawasan itu dan telah mendaftar dalam daftar
pengundi, seumpama akal, bukan muflis, tidak memegang jawatan berpendapatan
(terutamanya bagi pegawai kerajaan) dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan
oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan, atau didenda
tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Seseorang calon yang
bertanding dalam satu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan
sebagai calon bebas. Mereka dikehendaki mengemukakan kertas penamaan calonpada
hari penamaan calon beserta wang pertaruhan sebanyak RM5000 untuk pilihan raya
Dewan Rakyat dan RM3000 untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri. Wang
pertaruhan ini akan hilang jika seseorang tidak mendapat lebih satu perlapan (1/8)
daripada jumlah undi yang didapati oleh semua calon dalam pilihan raya tersebut.

Sebelum hari mengundi, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya diberi
peluang berkempen. Tempoh berkempen bermaksud jarak masa antara hari penamaan
calon dengan hari pengundian. Tempoh ini berbeza diantara satu pilihan raya dengan
satu pilihan raya yang lain. Sebelum pilihan raya 1974, tempoh berkempen yang
dibenarkan ialah antara tiga hingga lapan minggu, kini tempoh berkempen telah
dihadkan dan perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Sejak pilihan raya
tahun 1974, masa berkempen telah dihadkan tidak melebihi dari dua minggu. [24]

[24]
Tempoh berkempen yang paling lama ialah pada pilihan raya umum 1955, iaitu 145 hari. Tempoh
berkempen kemudiannya dikurangkan secara berperingkat dan sejak pilihan raya 1990, tempoh
berkempen ditetapkan kurang dari 14 hari.
Pada kebiasaannya, kempen bermula selepas penamaan calon. Kaedah
berkempen diadakan dalam pelbagai bentuk termasuklah penyebaran bahan-bahan
bercetak seperti risalah, surat sebaran, pelekat, poster, ceramah dan sebagainya serta
kempen dari rumah ke rumah untuk memancing undi. Parti-parti politik juga dibenarkan
untuk menjelaskan manifesto dan asas perjuangan parti mereka melalui media
elektronik. Semasa mengadakan kempen pilihan raya, calon dikehendaki mematuhi
etika dan adab pilihan raya yang disediakan oleh pihak SPR untuk memastikan
keadaan sentiasa aman. Semua bentuk kempen pilihan raya hendaklah ditamatkan
sebelum jam 12 tengah malam menjelang hari pengundian.

SPR menetapkan tarikh penamaan Pegawai Pilihanraya kawasan


calon dan mengundi Mengumumkan Keputusan Pilihan
Raya

Penamaan Calon Tempat Mengira Undi

 Tempat Mengundi
Menyiapkan Manifesto  Diberi Kertas Undi
 Memangkah Calon Yang Dipilih
 Kertas Undi Dimasukkan ke
Kempen Pilihan Raya Dalam Peti Undi

SPR memberitahu tempat


mengundi dan tempat mengira
undian

2.3 Aliran Proses Pilihanraya di


Malaysia
2.3 STRUKTUR PEMERINTAHAN DI MALAYSIA

Struktur pemerintahan di Malaysia telah ditentukan menerusi Perlembagaan


Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan
negara. Iaitu badan perundangan (legislative), badan eksekutif (executive) dan badan
pentadbiran (judicial). Pengasingan ketiga-tiga badan dalam pemerintahan negara
disebut sebagai ‘doktrin pengasingan kuasa’. Doktrin ini mula diperkenalkan oleh
seorang berbangsa Perancis bernama Montesquieu [25][26]
pada abad ke-18 ketika negara
Perancis diperintah oleh Louis XIV [27][28]
yang mempunyai kuasa mutlak dalam
pemerintahan. Mostesquieu berusaha merangka satu doktrin supaya rakyat dapat hidup
lebih terjamin daripada kezaliman pemerintah.

BADAN
BADAN PERUNDANGAN BADAN
KEHAKIMAN EKSEKUTIF

2.4 Teori Pengasingan Kuasa

[25]
Nama penuhnya adalah Charles-Louis de Secondat, baron de La Brède et de Montesquieu ,
dilahirkan pada 18 Januari 1689 di Bordeaux, Perancis dan meninggal dunia pada 10 Februari 1755
di Paris, Perancis. Beliau merupakan seorang pemikir politik terkenal dan bertanggungjawab
membangunkan konsep feudalisme dan kerajaan Byzantium
[26]
Charles de Secondat, baron de Montesquieu, Dilayari pada 8 Oktober 2009 di URL http://en.
wikipedia.org/wiki/Montesquieu
[27]
Raja Perancis dan Navarre pada 14 Mei 1643 sehingga 1 September 1715. Nama sebenar baginda
ialah Louis-Dieudonné dan dilahirkan pada 5 September 1638 dan mangkat pada 1 September 1715.
Louis XIV turut dikenali dengan nama Raja Matahari, Louis Agung dan Raja agung.
[28]
Louis XIV dari Perancis, Dilayari pada 8 oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org /wiki/
Louis_XIV_dari_Perancis
Doktrin pengasingan kuasa bermaksud badan yang membuat undang-undang
hanya dibenarkan membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu
kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang
memerintah hanya dibenarkan menjalankan kuasa negara dan tidak boleh membuat
undang-undang dan menjalankan kuasa kehakiman. Begitu juga dengan badan
kehakiman yang hanya dibenarkan melaksanakan kuasa kehakiman dan tidak boleh
membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.

Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarrang


permuafakatan atau komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain bagi
menjaminkan kebebasan rakyat dan menghindar mereka daripada sebarang bentuk
kezaliman. Selain itu, pengasingan antara ketiga-tiga badan ini amat perlu supaya tidak
perlu supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga-tiga badan itu, di samping
dapat memainkan peranan sebagai check and balance [29][30][31]
dalam pemerintahan
negara.

Struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi ketiga-tiga badan yang disebut


di atas dalam sistem pemerintahan, iaitu badan perundangan, badan pemerintah dan
badan kehakiman. Badan Perundangan berperanan hanya untuk membuat undang-
undang dan tidak boleh menyerah kuasa ini kepada sesiapapun serta tidak boleh
mempunyai kuasa lain. Badan Eksekutif berfungsi untuk menjalankan kuasa-kuasa
pemerintahan dan menguatkuasakan undang-undang. Badan ini tidak boleh membuat
undang-undang dan menjatuhkan penghakiman. Sementara badan kehakiman
ditugaskan untuk menjalankan penghakiman dan mentafsirkan undang-undang. Badan
Kehakiman tidak dibenarkan menjalankan kuasa eksekutif atau membuat undang-
undang.

[29]
Check and Balance ataupun di dalam bahasa melayu disebut ‘Sistem Semak dan Seimbang’
bermaksud setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang lain.
Secara teorinya, tiada cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak dalam pentadbiran sesebuah
negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang yang lain untuk memastikan
kuasa diagihkan secara seimbang dan sama rata diantara ketiga-tiga cabang iaitu eksekutif, legislatif
dan kehakiman.
[30]
Pembahagian Kuasa, Dilayari pada 8 oktober 2009 di URL http://ms.wikipedia.org /wiki/
Pembahagian_kuasa
[31]
Separation of Power, Dilayari pada 8 oktober 2009 di URL http://en.wikipedia.org/wiki/
Checks_and_balances
Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak kepada Yang Dipertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Hubungan antara Yang Dipertuan Agong dengan ketiga-
tiga badan dalam sistem pemerintahan di Malaysia digambarkan dalam rajah 2.5.

Yang Dipertuan Agong

PERUNDANGAN EKSEKUTIF KEHAKIMAN

PARLIMEN KABINET MAHKAMAH

2.5 Struktur Pemerintahan Malaysia

You might also like