You are on page 1of 30

1.

0 DEFINISI PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN

1.1 Definisi Pengertian

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan ‘pengertian’ berasal dari perkataan
‘erti’ yang membawa maksud : maksud yang terkandung dalam sesuatu perkataan. Manakala
bagi perkataan ‘pengertian’ pula membawa maksud fahaman ataupun tanggapan mengenai
sesuatu perkara. Jesteru dapatlah difahami bahawa pengertian membawa maksud sesuatu
makna yang tersirat di sebalik perkataan tersebut yang harus difikirkan untuk mendapat makna
yang sebenar.

Manakala menurut Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, perkataan ‘pengertian’ dapat


disamakan dengan perkataan ‘meaning’ dalam bahasa inggeris. Perkataan ‘meaning’ dalam
bahasa inggeris membawa maksud : maksud, makna dan erti. Secara tidak langsung perkataan
‘meaning’ dapat disimpulkan sebagai yang bermaksud, bermakna dan mempunyai sesuatu
terjemahan dalaman mengenai sesuatu isu.

1.2 Definisi Kepentingan

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, perkataan ‘kepentingan’ berasal dari istilah
ataupun perkataan penting. Perkataan ‘penting’ membawa maksud amat perlu, sangat
berharga, amat mustahak. Manakala perkataan kepentingan pula membawa maksud perihal,
keadaan atau sifat penting, peri mustahak dan keperluan. Jesteru, kepentingan bermaksud
sesuatu perkara yang amat mustahak dan amat diperlukan oleh setiap manusia.

Menurut kamus Dwibahasa Oxford Fajar, perkataan ‘kepentingan’ boleh disamakan


dengan perkataan ‘importance’ yang membawa maksud kemustahakan, perihal penting. Secara
tuntasnya kalimah kepentingan itu dapat dimaksudkan sebagai sesuatu keperluan ataupun
agenda yang amat mustahak dan diperlukan oleh setiap individu. Perkataan ‘kepentingan’ juga
menggambarkan betapa sesuatu perkara itu menjadi priority utama dalam kehidupan kita
sebagai manusia di muka bumi ini.

1
2.0 DEFINISI KEMAHIRAN BELAJAR

2.1 Pengenalan Kemahiran Belajar

Dalam proses pendidikan di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Kegiatan


belajar merupakan kegiatan paling utama dan penting. Ini membawa maksud terlaksana
ataupun tidak pendidikan itu bergantung kepada bagaimana proses belajar itu berlaku di dalam
kelas atau di luar kelas. Kejayaan seorang pelajar itu tidak boleh berlaku dari sebelah pihak
sahaja, kejayaan di dalam pelajaran bermula dari pelbagai pihak. Mengikut Vollmeyer dan
Rheinberg (2000) mengatakan bahawa antara satu sebab mengapa adanya dua kelompok
pelajar di dalam sistem pendidikan negara adalah kerana pelajar cemerlang bermula dengan
strategi belajar yang baik dan tahu menjawab soalan dengan baik dan tepat. Seseorang yang
berjaya adalah seseorang yang berjaya mengatur strategi belajar dan berjaya juga
melaksanakan dalam kehidupan.

2.2 Pengertian Belajar

Belajar ialah satu proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mencapai
sesuatu tingkah laku baru secara keseluruhan. Perubahan yang berlaku dalam diri yang
dimaksudkan ialah perubahan yang berlaku akibat dari proses pembelajaran tadi. Selain itu,
belajar juga bermaksud satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang
diperolehi yang membawa kepada perubahan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Woofolk A (2001) mengatakan bahawa belajar berlaku apabila berubahnya


pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal.[1] Perubahan ini biasanya disedari oleh
diri sendiri atau kadang kala juga disedari oleh orang yang berada di sekeliling. Perubahan ini
adalah berlaku secara sengaja ataupun tidak sengaja. Perubahan tersebut boleh juga
mempengaruhi dan mengubah hidup seseorang ataupun ianya hanya sesuatu yang boleh
dilupakan. Ada sesetengah individu merasakan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran
merupakan sesuatu yang memberatkan pemikiran. Mengikut Kamus Inggeris-Melayu Dewan
terbitan 1992 mengatakan bahawa perkataan ‘belajar’ bermaksud memperoleh ilmu
pengetahuan dan kemahiran. [2]

[1]
Maksud ‘tekal’ di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan 2007 ialah konsisten dan tidak berubah-
ubah ; sesuai dan selaras sepanjang masa
[2]
Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 1992, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

2
Proses belajar juga berlaku di dalam beberapa peringkat iaitu :

 Adanya rangsangan-rangsangan
 Pemilihan rangsangan yang sesuai dengan organ deria
 Pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak
 Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan
 Mengamalkan dalam situasi yang sepadan
 Perubahan tingkah laku

2.3 Kepentingan Kemahiran Belajar

Dengan pengajian dalam bidang kemahiran belajar ini, setiap individu dapat
memperolehi pelbagai manfaat yang berguna untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dan
strategi belajar. Antara manfaat yang dapat diperolehi ialah :

 Meningkatkan kesediaan terhadap apa yang dipelajari


 Menggunakan sumber-sumber persekitaran untuk melakukan pembelajaran dan
meningkatkan ilmu pengetahuan
 Dapat meningkatkan naluri ingin tahu dalam semua bidang melalui pelbagai kaedah
pembelajaran
 Dapat menggunakan pemikiran yang cerdik dan secara bijaksana untuk menyelesaikan
masalah-masalah yang wujud
 Dapat mengaitkan pengalaman dahulu dengan pembelajaran yang baru
 Melatih individu menggunakan persepsi yang betul untuk membina aliran pemikiran
yang rasional
 Hal-hal yang dipelajari akan berkembang mengikut :
 Tahap-tahap aliran pemikiran kognitif
 Konkrit kepada abstrak
 Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman yang baru
 Memupuk motivasi dan menggalakkan individu melibatkan diri secara aktif dalam
cara belajar

 Individu itu akan terbimbing untuk mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep
dan hukum

3
 Dapat mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui kaedah
menyusun, mengedit, mengklasifikasikan, menghubungkait dan cara-cara lain yang
sesuai

3.0 SUMBER DALAM PROSES PEMBELAJARAN

4
3.1 Sumber Manusia

Sumber manusia adalah sumber rujukan yang dibuat kepada orang-orang yang
mepunyai kepakaran tertentu. Mereka benar-benar arif dan juga berpengetahuan dan
berpengalaman dalam sesuatu bidang. Peninjauan mengenai bidang kepakaran mereka harus
dilakukan sebelum merujuk mereka tentang sesuatu perkara. Sebagai contohnya seorang
kaunselor, mereka mempunyai kemahiran melayan, kemahiran mendengar, kemahiran
perundingan, kemahiran menganalisis masalah dan beberapa kemahiran berkaitan dengan
kaunseling.

Selain dari pengkhususan kepakaran yang ada pada mereka, mereka juga boleh dirujuk
dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab kepakaran mereka
seperti kemahiran belajar, kemahiran berkomunikasi, kemahiran perundingan, kemahiran
pengurusan masa dan kemahiran lain yang lebih bersifat umum yang selalunya terdapat pada
orang yang berjaya dalam kerjaya dan hidup mereka.

Maklumat yang diperolehi dari pakar juga mudah diterima dan diserap berbanding
dengan maklumat yang diperolehi dari individu buka pakar dalam bidang tersebut. Mereka juga
lebih cekap dalam pengurusan masalah yang timbul dan dapat menjadi salah satu sumber yang
penting dalam pemerolehan maklumat dan ilmu pengetahuan.

3.2 Sumber Media Elektronik

Terdapat pelbagai jenis sumber media yang dapat kita gunakan untuk memperolehi
maklumat dan ilmu. Antaranya adalah sumber dari media elektronik. Media ini sangat berguna
untuk memahami konsep yang kompleks dan sukar difahami melalui lisan. Terdapat dua jenis
media elektronik iaitu audio visual dan komputer. Audio visual termasuk radio, televisyen dan
video manakala komputer pula merangkumi internet, emel, perpustakaan maya, multimedia,
pendidikan jarak jauh dan sebagainya.

3.2.1 Televisyen

5
3.2.1 Televisyen merupakan medium utama
penyebaran maklumat
Televisyen merupakan suatu medium yang berkesan dalam penyebaran maklumat dan
ilmu. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti aspek ekonomi, social, pendidikan, hiburan dan hal
ehwal kehidupan lain. Rancangan pendidikan yang disiarkan melalui televisyen sangat berguna
dalam proses pembelajaran dengan penggunaan pelbagai kesan bunyi dan grafik yang
mengujakan. Rancangan pendidikan yang disiarkan di televisyen kebiasaannya menggunakan
sukatan pelajaran tertentu yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.2.2 Video

3.2.2 Sumber Maklumat berdasarkan Video

Perakam video merupakan teknologi yang mudah dan senang didapat pada harga yang
berpatutan. Penggunaan kemudahan ini amat pesat dan boleh dikatakan seluruh rumah dan
sekolah mempunyai kemudahan ini. Penggunaannya sangat praktikal dan boleh digunakan di
dalam semua situasi tanpa menggunakan bilik gelap. Antara alat yang diperlukan untuk
menggunakan perakam video ialah pita rakaman dan monitor televisyen serta kabel
penyambung yang sudah disediakan oleh pembekal. Video dapat menayangkan gambar seperti
televisyen, dapat merangsang pemikiran, dapat menarik minat dan dapat membantu individu
dalam pembelajaran seharian.

3.2.3 Komputer

6
3.2.3 Sumber Maklumat dari Komputer

Komputer ialah sebuah peranti elektronik yang boleh menerima kemasukan data dan
memprosesnya mengikut satu set arahan, menyimpan arahan dan maklumat yang diproses dan
mengeluarkan hasil pemprosesan sebagai output seperti fakta, nombor, huruf dan imej yang
dikenali sebagai data. Arahan yang digunakan untuk menjalankan proses dinamakan perisian
atau software. Terdapat empat elemen utama dalam penggunaan komputer iaitu :

 Elemen manusia. Sebuah komputer tidak akan berfungsi jika tiada individu
menggunakannya dan terdapat dua golongan individu yang menggunakannya :
 Golongan pertama ialah mereka yang mempunyai pengetahuan untuk
mengaturcarakan, mencipta program dan membaikpulih komputer
 Golongan kedua ialah orang ramai yang menggunakan komputer untuk tujuan
perniagaan, hiburan, pendidikan dan sebagainya
 Elemen teknik penggunaan komputer. Menggunakan memerlukan teknik yang betul.
Buku panduan komputer (manual) ada memberi panduan hardware dan juga software
komputer. Jangka hayat komputer bergantung kepada bagaimana penggunaan oleh si
pemakai.
 Data dan maklumat. Data ialah maklumat yang belum diproses dan boleh jadi dalam
bentuk kertas, elektronik atau bentuk yang lain yang perlu diolah oleh pengguna.
 Perkakasan dan perisian komputer. Perkakasan komputer terdiri dari papan kekunci,
tetikus, monitor, unit sistem dan sebagainya. Perkakasan dikawal perisian. Komputer
memproses data untuk dijadikan maklumat. Perisian adalah program dan program
adalah arahan langkah demi langkah yang memberitahu komputer bagaimana
melaksanakan proses. Perisian dicipta oleh pengaturcara komputer. Terdapat beberapa
peringkat komputer memproses maklumat iaitu :
 Komputer menerima input dan memberi arahan. Perkakas yang terlibat adalah papan
kekunci, tetikus, pengimbas dan sebagainya.
 Pemproses dijalankan oleh CPU (Central Processing Unit) dengan menggunakan
perisian dan data yang disimpan di dalam ingatan utama iaitu RAM.
 Segala maklumat yang diproses akan kelihatan di monitor dan boleh dicetak.
 Data boleh disimpan di dalam cakera keras, CD-ROM dan pita magnetic.

7
 Data boleh dihantar melalui emel dan juga internet.

3.2.4 Internet

3.2.4 Agen carian maklumat di internet


Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar dan menghubungkan dari
rumah, sekolah, universiti, pejabat dan pelbagai organisasi. Tekonologi ini dapat
menghubungkan antara individu dan kelompok manusia dengan individu dan kelompok
manusia yang lain di seluruh dunia. Suasana pembelajaran seperti ini dapat membantu individu
untuk menguasai kemahiran-kemahiran kognitif yang diperlukan. Internet dilihat sebagai alat
untuk mengakses maklumat sendiri, mengikut kebolehan sendiri dan pada kadar yang kendiri.

Internet telah merevolusikan dunia maya hari ini dengan menggabungkan maklumat
dalam bentuk teks, video, suara dan animasi. Penggunaan internet memudahkan lagi
pembelajaran jarak jauh dengan individu lain dari negara atau benua yang berlainan

3.3 Sumber Media Cetak

Media cetak merupakan media pembelajaran yang terawal dan sehingga kini maish lagi
digunakan dalam perpindahan ilmu di bilik darjah atau di mana sahaja. Walaupun mendapat
saingan hebat dari media-media pembelajaran yang lain, ia tetap kekal menjadi medium utama
dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat tiga bentuk media cetak :

 Bentuk pertama, merupakan sumber untuk memberi hiburan atau mengisi masa lapang.
Contohnya seperti majalah hiburan dan sebagainya.
 Bentuk kedua, merupakan sumber maklumat seperti surat khabar, majalah ilmiah, jurnal,
risalah, ensiklopedia, buku panduan dan sebagainya.
 Bentuk ketiga, ialah berkaitan sumber pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks,
teks pengajaran terancang termasuk modal pengajaran, buku kerja dan nota edaran.

Antara ciri-ciri media cetak adalah seperti berikut :

 Media cetak diperbuat daripada kertas.

8
 Terdapat simbol-simbol seperti huruf, angka, perkataan, tanda-tanda baca pada
halaman dan mukasurat.
 Menyimpan pelbagai data, dokumen dan maklumat.
 Mudah mendapatkan maklumat.
 Mempunyai jadual, rajah, gambar dan ilustrasi.

3.3.1 Bahan Grafik

3.3.1 Bahan berbentuk grafik

Didefinasikan sebagai gambaran visual dua dimensi yang dicipta serta digubah khas
untuk menyampaikan mesej dan maklumat. Terdapat beberapa jenis bahan grafik yang sesuai
sumber pembelajaran iaitu carta, graf, poster dan lukisan kartun. Antara prinsip grafik yang
sesuai sebagai sumber pembelajaran ialah kesederhanaan, penyatuan, garisan, imbangan
warna dan susunan.

3.4 Sumber Media 3 Dimensi

3.4.1 Bahan Realia

Bahan realia ialah bahan-bahan yang sebenar. Contoh bahan realia adalah seperti daun
dan haiwan kecil yang berada di persekitaran. Bahan realia ini boleh dibahagikan kepada 2
konteks iaitu : bahan realia dalam konteks dan juga bahan realia di luar konteks. Bahan-bahan
dalam konteks ialah bahan yang sebenarnya yang tidak terdapat di sekeliling bilik
pembelajaran. Contohnya untuk mengkaji dan mengetahui hakisan hujan kepada tebing sungai.
Maka kita haruslah pergi ke tebing sungai untuk mengkajinya. Manakala bahan realia di luar
konteks pula ialah bahan-bahan sebenar yang terdapat di sekeliling bilik pembelajaran.
Contohnya motosikal yang boleh dibawa masuk ke bilik darjah untuk pembelajaran.

3.4.2 Diorama

9
3.4.2 Contoh diorama

Bermaksud paparan tiga dimensi yang menunjukkan pemandangan tempat asal


kejadian. Diorama banyak digunakan di muzium yang bersaiz hidup untuk bahan asal yang
kecil. Contohnya untuk mengetahui berkaitan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, maka di
Muzium Orang Asli Melaka ada memaparkan diorama ataupun patung yang menggambarkan
kehidupan sebenar masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Diorama penting sebagai
pengganti keppada suatu suasana dahulu yang sudah tidak wujud diwaktu sekarang.

3.4.3 Mobil

Diambil dari perkataan inggeris yang bermaksud bergerak. Mobil biasanya dibuat dari
bahan-bahan yang terbuang dan mudah dibawa ke mana sahaja untuk digunakan. Ia mudah
didapati di mana sahaja kerana mudah untuk digerakkan ke mana sahaja. Boleh digunakan di
dalam penyampaian maklumat kerana dapat menarik perhatian sesiapa sahaja.

3.4.4 Boneka

3.4.4 Contoh Boneka

Boneka ialah figura animasi yang digunakan untuk persembahan sesebuah teater.
Boleh mewakili manusia, binatang dan personafikasi mistik kerana terdiri dari pelbagai saiz,
bentuk dan warna. Bermula semenjak tamadun manusia wujud lagi dan mudah dibawa ke
mana sahaja dan hanya menggunakan jari dan tangan untuk mengawalnya. Dapat memberi
kefahaman dan ingatan jangka pendek kepada penonton.

3.4.5 Topeng

10
3.4.5 Contoh Topeng

Digunakan untuk menutup muka di dalam persembahan teater dan memberi simbol
kepada pemakai. Tujuannya untuk berkomunikasi dengan menggunakan identiti yang berlainan.
Biasanya diperbuat daripada kayu, kulit, kertas, plastik dan direka dengan pelbagai bentuk.
Membuat topeng merupakan aktiviti seni dalam banyak budaya.

3.4.6 Akuarium

3.4.6 Contoh Akuarium

Merupakan tangki kaca yang diisi air di dalamnya. Biasanya berbentuk empat segi dan
didindingi cermin. Digunakan untuk meletakkan hidupan akuatik untuk tujuan perhiasan. Di
sekolah kebiasaannya digunakan untuk memelihara hidupan akuatik seperti ikan, katak,
berudu, ulat air, lumut, rumpai air dan sebagainya.

3.4.7 Terrarium

3.4.7 Contoh Terrarium

Terrarium atau Vivarium dikenali sebagai taman gelas. Ia didindingi dengan kaca di
sekeliling bertujuan untuk menyimpan tumbuhan, rumpai, serangga atau binatang-binatang
kecil yang lain. Ianya bertujuan untuk perhiasan dan juga kajian bagi proses pembelajaran.
Terrarium telah digunakan sejak 500 sebelum masehi untuk meletakkan pokok-pokok hiasan.
Pada zaman moden, terrarium dicipta oleh Nanthaniel Ward di London, England sekitar 1827
bertujuan untuk melindungi pokok tanaman beliau dari mati kerana pencemaran udara di kota
London.

3.5 Sumber Persekitaran

11
Selain dari sumber manusia dan sumber yang lain, sumber yang tidak kurang
pentingnya adalah sumber dari alam sekitar. Sumber persekitaran ini dapat menjadikan individu
itu memahami alam sekitar dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar yang didiami. Cara
terbaik untuk memperoleh maklumat dari alam sekitar adalah melalui bunyi, bau, pergerakkan,
warna dan tenaga.

3.5.1 Bunyi

Tanpa bunyi dunia akan menjadi sepi dan segalanya tidak memberi makna kepada
manusia. Bunyi merangsang deria pendengaran manusia kerana telinga bertindakbalas kepada
getaran berfrekuensi antara 15 sehingga 20 000 hertz. Hertz adalah unit frekuensi yang
bersamaan satu pusingan sesaat. Bunyi melebihi 20 000 hertz dipanggil bunyi ultrasonik. Bunyi
yang bising menganggu tumpuan pembelajaran namun ada juga bunyi yang menyenangkan
dan dapat memberi maklumat kepada individu seperti bunyi air terjun, bunyi runut lagu yang
perlahan, deruan ombak pantai, bunyi percikan air di sungai dan juga bunyi kicauan burung
yang dapat mendamaikan hati. Jika ingin membuat persembahan, elemen bunyi merupakan
sesuatu yang amat penting kepada audien.

3.5.2 Warna

Warna merupakan sesuatu elemen yang dapat membangkitkan keceriaan di dalam


kehidupan. Warna asas adalah warna merah, biru dan hijau yang dinamakan warna primier
manakala warna kuning, magenta dan sian adalah warna sekunder. Warna objek yang dilihat
mata adalah bergantung kepada warna cahaya yang menyinari objek dan warna cahaya yang
dipantulkan oleh objek. Pigmen adalah bahan yang menyerap dan memantulkan warna cahaya
tertentu dan diperolehi daripada mineral dan bahan organik. Warna digunakan oleh manusia
untuk pelbagai kegunaan kerana dapat mendatangkan perasaan ceria dan kegembiraan.
Warna juga mempunyai mod-mod yang tertentu seperti wana sejuk seperti warna hijau dan biru
atau campuran keduanya. Warna panas seperti warna jingga dan merah atau campuran antara
keduanya.

3.5.3 Cahaya

Cahaya ialah sejenis pancaran elektromagnet sama jenis dengan haba radiasi,
gelombang radio dan juga sinar-X. cahaya merambat dalam satu garisan lurus. Penyerakan

12
cahaya merupakan proses pemesongan atau pemantulan cahaya dari jaluran asal oleh zarah-
zarah halus. Penyebaran cahaya merupakan penguraian cahaya putih kepada tujuh juzuk
warna. Cahaya merah paling sedikit dibias kerana bergerak laju dalam kaca diikuti jingga,
kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Tanpa cahaya manusia tidak dapat menerima sebarang
maklumat dari persekitaran dan tidak dapat mengetahui warna sesuatu bahan kerana warna
terjadi akibat pantulan cahaya matahari yang mengenai permukaan yang berwarna.

3.5.4 Tenaga

Gaya hidup kini begitu maju kerana adanya sumber tenaga. Perbezaan zaman dahulu
dan moden adalah adanya tenaga. 70% penggunaan tenaga dunia adalah berasal dari
petroleum fosil. Namun bahan api fosil adalah bersifat tidak boleh diperbaharui dan akan habis
pada suatu masa nanti. Di era ini, perkembangan tenaga nuclear semakin berkembang dan
semakin banyak negara yang mengaplikasikan kemudahan tenaga nuklear bertujuan untuk
menjanakan janakuasa elektrik. Selain itu tenaga nuklear juga digunakan untuk menggerakkan
kapal selam, kapal besar dan satelit.

4.0 SUMBER MANUSIA BERAUTORITI

4.1 Guru

13
4.1 Jasa Seorang Guru

Guru dan pensyarah merupakan golongan yang terpilih untuk mendidik. Mereka perlu
mempunyai sifat mendidik dengan penuh kasih sayang dan kemesraan. Guru menjadi sumber
rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar di bawah didikannya. Jesteru individu yang
bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menjadi contoh terbaik kepada
anak didik mereka. Guru merupakan suatu sumber yang merangkumi semua aspek seperti
aspek pendidikan, aspek kerjaya, aspek kehidupan dan aspek-aspek yang berkaitan dengan
pengalaman pendidikan keguruan. Sumber maklumat dari seorang guru merupakan sumber
maklumat yang terbaik untuk seorang pelajar. Guru boleh menjadi pemimpin dan
membahaskan segala isu-isu yang diutarakan oleh pelajar mereka.

4.2 Wakil Rakyat

4.2 Wakil Rakyat Terpilih

Wakil rakyat merupakan insan yang dipilih oleh masyarakat setempat untuk mewakili
mereka dalam sesuatu kawasan tertentu. Wakil rakyat kebanyakannya mempunyai
keistimewaan yang menyebabkan mereka diangkat menjadi wakil penduduk setempat. Antara
keistimewaan yang terdapat pada seorang ahli politik adalah seperti kepimpinan, komunikasi,
cekap menyelesaikan masalah, ramah mesra, peka kepada persekitaran dan sebagainya.
Mereka pandai berpidato dan dapat memikat audien yang mendengar. Banyak maklumat yang
dapat diperolehi dari mereka seperti dasar-dasar negara, pengurusan persatuan,
pembangunan, nilai-nilai dan lain-lain isu yang berkaitan. Ini kerana mereka kerap
bermesyuarat dan berbincang mengenai dasar-dasar berkaitan dalam dan luar negara.

4.3 Penguatkuasa

14
4.3 Penguatkuasa

Penguatkuasa adalah orang atau pihak yang menguatkuasa sesuatu undang-undang


dan juga dasar-dasar tertentu dalam negara. Mereka yang menguatkuasakan segala undang-
undang di dalam negara dan memastikan negara berada di dalam keadaan yang aman untuk
menjamin kesejahteraan rakyat. Antara maklumat yang dapat diperolehi dari mereka adalah
berkaitan undang-undang dan peraturan sesebuah negeri, badan atau persatuan. Mereka juga
boleh memberi maklumat berkaitan perlaksanaan sesuatu penguatkuasaan ; jenis-jenis hukum,
bentuk operasi, perlaksanaan dan juga pencegahan.

4.4 Ahli Perniagaan

4.4 Syed Mokhtar Al-Bukhary

Ahli perniagaan adalah individu yang menjalani kehidupan sara hidup menggunakan
aktiviti perniagaan. Ahli perniagaan yang berjaya turut menyumbang kepada ekonomi negara
melalui pembayaran cukai dan dibayar kepada kerajaan. Terdapat pelbagai jenis perniagaan
seperti perniagaan jual beli, hartanah, pengiklanan, perundingan, makanan dan seumpamanya.
Mereka dapat kita jadikan sumber pemerolehan ilmu yang penting seperti strategi perniagaan
yang digunakan dalam perniagaan untuk membawa jumlah keuntungan yang banyak. Selain itu
kita juga boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan oleh
syarikat mereka. Sistem pengurusan perniagaan yang bersistematik juga dapat diperolehi dari
mereka kerana mereka merupakan orang yang paling layak untuk memberi maklumat
mengenai sistem dan strategi perniagaan di dunia.

4.5 Pakar Motivasi

15
4.5 Dr. Fadzilah Kamsah

Terdapat pelbagai bentuk pakar motivasi di dalam negara seperti yang berkaitan
pendidikan, rumahtangga dan juga kerjaya. Cara percakapan, berkomunikasi dan berceramah
dapat memberi motivasi kepada orang ramai. Mereka berpengetahuan luas dalam sifat-sifat
manusia dan mampu mendorong orang ramai untuk menjadi lebih dinamik. Mereka
mengamalkan apa yang mereka tahu dan mengamalkan perkara yang mereka mahir. Mereka
dapat memberi pemikiran yang positif kepada manusia.

5.0 ISU DAN SUMBER MANUSIA BERAUTORITI

5.1 Isu : Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris

PPSMI merupakan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah
Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr

16
Mahathir bin Mohamad. Ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan
tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah
dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan
penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat
Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada perlaksanaan dasar pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa
inggeris ini adalah untuk menyediakan negara bagi menghadapi arus globalisasi yang sedang
melanda dunia. Dengan perlaksanaan dasar ini diharapkan dapat melahirkan golongan pelajar
yang bijak dan dapat menguasai banyak bahasa terutamanya bahasa inggeris. Selain itu dasar
ini bertujuan untuk memudahkan para pelajar mencari bahan maklumat terbaru mengenai
subjek yang dipelajari kerana kebanyakan penyelidikan mengenainya banyak dijalankan dalam
bahasa antarabangsa iaitu bahasa inggeris. Bahasa inggeris juga merupakan bahasa perantara
utama di dunia. Seandainya bahasa inggeris dapat difahami dan dipertuturkan dengan mudah
oleh semua pelajar, nescaya akan memudahkan lagi mereka untuk menyambung pelajaran di
luar negara seandainya mereka diberi peluang nanti. Ini sekaligus memudahkan mereka untuk
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja terutama sewaktu sesi pembelajaran nanti.

Hasrat mantan perdana menteri keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melihat
dasar ini berjaya adalah untuk memastikan negara menjadi lebih maju dan moden seperti
negara Singapura dan juga India yang membangun kerana penerapan nilai bahasa inggeris
dalam kehidupan seharian. Namun setelah beberapa tahun perlaksanaan, dasar pembelajaran
sains dan matematik dalam bahasa inggeris telah mendapat reaksi positif dan negatif dari
pelbagai pihak. Antara kajian yang dijalankan adalah seperti Kajian oleh Permuafakatan Badan
Ilmiah Nasional (Pembina), Kajian oleh Trends in International Mathematics and Science Study
(TIMSS 2007), Kajian oleh Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin, dan juga kajian yang telah
dijalankan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Namun kesemua kajian yang dijalankan lebih
menjurus kepada kesan-kesan negatif akibat perlaksanaan pengajaran sains dan matematik
dalam bahasa inggeris.

Kebanyakan cendekiawan seperti Prof Diraja Ungku Aziz dan juga golongan sasterawan
dan budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua
Sasterawan Negara seperti A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar Ridhwan
yang bersepakat demi membantah keputusan perlaksanaan PPSMI. Pada 5 Mei 2009 mereka
telah mengadakan siding media demi membantah keputusan dasar kerajaan tersebut.

17
Enam alasan yang diberikan adalah seperti berikut:

 Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda,


Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak
mengabaikan bahasa ibunda.
 Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada
negara-negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan
berbahasa Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan
Bangladesh. Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang
baru dan eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
 Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan
bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang
menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak
cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke
dalam dunia industri, sains dan teknologi.
 Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang
menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa
Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
 Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua
jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris
dan bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang
berbahasa Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-
bidang yang dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
 Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang
luas, relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris
sebagai bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak
bahasa antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri
bangsa, MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami
dan dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus
mengajar bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa
itu tidak pupus.

Perlaksanaan dasar pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris telah
mengundang pelbagai reaksi negatif dan positif dari pelbagai pihak. Ada diantara mereka yang

18
menyokong namun kebanyakannya menentang perlaksanaan dasar tersebut. Dari sudut pelajar
juga, ada diantara mereka menyokong dan ada yang menentang dengan pelbagai sebab yang
difikirkan masing-masing.

“Bagi saya sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris mudah kerana
saya belajar bermula daripada darjah 1. Semasa menjawab UPSR, saya
lebih selesa dengan soalan yang berbahasa Inggeris. ”

Nur Khairiah Suraya Binti Zulkhairi. Calon UPSR 2009 SK (P) Durian Daun, Melaka.

“Saya menghadapi kesukaran dalam mempelajari sains dan matematik


kerana bahasa pengantar dalam Inggeris. Selain daripada sains dan
matematik, saya terpaksa mempelajari bahasa Inggeris kerana saya lemah
dalam bahasa Inggeris.”

Mohd Azim bin Mohd Fuad. Pelajar Tingkatan 2 SMK Pasir Gudang 2, Johor.

“Pelaksanaan PPSMI bagi sekolah di luar bandar gagal kerana faktor


kekurangan guru terlatih, kekurangan alat bantu mengajar serta
kelemahan murid-murid untuk menguasai matapelajaran sains dan
matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.”

Fathilah Binti Mohamad Yusup. Guru Bahasa Inggeris SK Padang Pohon Tanjong, Kelantan.

“Sekiranya PPSMI diteruskan pelajar-pelajar Melayu di desa akan


terpinggir dan berhenti sekolah. Kalau PPSMI tidak dimansuhkan, pelajar-
pelajar Melayu terutama di desa akhirnya menjadi pekerja kelas
bawahan.”

Profesor Diraja Ungku Aziz. Tokoh Akademik dan juga Bekas Naib Canselor Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Pada 8 Julai 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan dasar
PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah kajian secara mendalam dilakukan. Pada waktu
yang sama, mantan perdana menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad
memberi reaksi tidak puas hati seperti diduga, lalu mengadakan undian isu tersebut di blognya
bagi menguji sikap terhadap dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI).

19
Bagaimanapun, pada 9 Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang
memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya
hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke
tahun 2014.

5.2 Sumber Manusia yang Berautoriti dalam Perlaksanaan PPSMI

5.2.1 Guru

Golongan pendidik yang terdiri dari guru adalah merupakan golongan yang mempunyai
autoriti dalam perlaksanaan PPSMI di peringkat persekolahan rendah dan juga persekolahan
menengah. Mereka merupakan kelompok pekerja yang melaksanakan dasar pembelajaran
sains dan matematik dalam bahas inggeris ini.mereka dapat memberi maklumat yang tepat
berkaitan dengan perlaksanaan dasar ini kerana mereka terlibat secara langsung dalam
menjayakan dasar ini. Selain itu mereka juga banyak kali terlibat dengan perbincangan di
semua peringkat mengenai perlaksanaan PPSMI ini. Di samping itu mereka dapat memberi
pandangan dari pelbagai sudut iaitu negatif dan juga positif mengenai perlaksanaan dasar ini.

Secara tidak langsung, golongan pendidik di sekolah menengah dan rendah adalah
merupakan sumber yang berautoriti di dalam memberi maklumat dan sumber mengenai
perlaksanaan dasar ini. Sama ada dasar ini berjya ataupun tidak semuanya bergantung kepada
kebijaksanaan seorang pendidik melaksanakan dasar tersebut. Mereka dapat menjayakan
dasar ini seandainya mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan dasar ini.
Namun jika mereka gagal dan tidak terlatih kerana kekurangan kursus dan pendedahan
mengenai dasar ini, sudah tentu dasar ini tidak mendapat dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Selain itu sebagai seorang pendidik, mereka haruslah mempunyai sifat penyayang dan
sifat sabar yang tinggi. Ini kerana kedua-dua sifat ini amat penting untuk digunakan
sewaktuproses pengajaran di dalam kelas nanti. Seorang guru akan menjadi sumber rujukan
dan idola kepada para pelajar terutama kepada pelajar sekolah rendah yang sedang mencari
identiti untuk diri mereka. Jesteru, sifat-sifat ini amat diperlukan semasa proses pengajaran.
Guru perlu mencipta kaedah penyampaian maklumat yang tepat dan jelas untuk menerangkan
segala ilmu yang ingin disampaikan kepada pelajar dengan lancar. Guru merupakan golongan
yang mempunyai pelbagai maklumat yang diperlukan seperti maklumat mengenai aspek

20
pendidikan, aspek kerjaya, aspek kehidupan dan aspek isu-isu semasa seperti perlaksanaan
dasar pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris tadi.

5.2.2 Ahli Politik

Ahli politik merupakan salah satu golongan yang mempunyai meklumat yang pelbagai
mengenai dasar perlaksanaan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ini.
Mereka merupakan antara golongan yang terlibat di dalam merangka dan meluluskan dasar
kerajaan ini. Mereka seringkali menghadiri mesyuarat berkaitan dengan dasar-dasar baru yang
ingin dilaksanakan oleh kerajaan. Mereka boleh memberi pandangan mengenai dasar yang
ingin dilaksanakan kerana mereka merupakan individu yang penting dan terlibat secara
langsung di dalam perlaksaan dasar PPSMI ini.

Golongan ini merupakan individu yang mempunyai kemampuan dan keistimewaan yang
tersendiri. Pada kebiasaannya seorang wakil rakyat ataupun ahli politik merupakan mereka
yang mempunyai kebolehan berpidato, pengetahuan yang luas mengenai isu-isu sekitar,
mempunyai bakat kepimpinan, kebolehan menjalankan kerja secara bersistematik dan cekap
dan juga mempunyai sifat peramah dengan semua individu yang berurusan dengannya.

Melalui golongan ini, kita dapat mengetahui pelbagai maklumat yang berkaitan dengan
isu perlaksanaan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Mereka secara
umumnya amat mengetahui mengenai perjalanan sesebuah dasar kerajaan terutamanya dasar
yang menjadi isu-isu hangat yang sering diperkatakan oleh setiap media massa ataupun media
elektronik. Selain itu kita juga dapat mengetahui maklumat-maklumat lain berkaitan dengan
dasar-dasar negara yang lain, pengurusan organisasi, pembangunan negara dan sebagainya.
Ini kerana mereka sering terlibat dengan persidangan dasar kerajaan dan juga mesyuarat di
semua peringkat.

Secara tidak langsung ini semua dapat kita jadikan sebagai salah satu sumber yang
mempunyai autoriti bagi menjelaskan isu perlaksanaan pembelajaran sains dan matematik
dalam bahas inggeris. Ini pasti dapat menjadi sumber yang paling tepat dan berkesan kerana
mereka ini begitu arif mengenai dasar-dasar yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

21
6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya kemahiran belajar amat penting kepada setiap pelajar kerana
dapat meningkatkan maklumat dan mengubah seorang pelajar yang biasa menjadi pelajar yang
luar biasa dan dapat meluarbiasakan orang di sekelilingnya. Untuk mendapatkan pelbagai
maklumat, individu tersebut haruslah mengambil sebanyak mungkin maklumat dari pelbagai
sumber.

22
Antara jenis-jenis sumber yang penting untuk digunakan bagi mendapatkan maklumat
terbahagi kepada 5 sumber iaitu sumber manusia, sumber media elektronik, sumber media
cetak, sumber 3 dimensi dan juga sumber persekitaran. Kesemua jenis sumber ilmu dan
maklumat ini dapat digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Setiap satu
mempunyai kepentingan yang tertentu yang dapat digunakan secara bijaksana bagi
mendapatkan maklumat. Kepelbagaian jenis sumber rujukan yang digunakan akan
membuatkan individu itu lebih bermaklumat dan mengetahui segala isu dari pelbagai aspek.

Sumber manusia yang berautoriti mempunyai kepentingan yang tertentu dari sumber-
sumber lain yang bersifat bertulis ataupun media. Terdapat 5 golongan manusia yang
berautoriti yang dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan tepat kepada sesiapa yang
memerlukan iaitu golongan pendidik yang terdiri dari guru dan pensyarah. Golongan yang
kedua pula adalah golongan wakil rakyat yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai
isu-isu semasa dan dasar-dasar kerajaan. Golongan yang ketiga ialah golongan penguatkuasa
seperti polis, penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan, Kastam dan sebagainya. Mereka
mempunyai pengetahuan dan maklumat luas mengenai undang-undang di dalam negara dan
juga bentuk-bentuk hukuman akibat perlanggaran undang-undang tersebut. Golongan keempat
ialah golongan ahli perniagaan yang mempunyai pengetahuan luas mengenai selok belok dan
strategi perniagaan. Mereka dapat menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat mengenai
ekonomi dan perniagaan kecil ataupun besar. Golongan kelima ialah golongan pakar motivasi.
Terdapat pelbagai skop motivasi yang ada namun kesemua mereka mempunyai kepakaran
dalam bidang penyampaian dan sifat-sifat manusia.

Jesteru kita dapat memperolehi pelbagai maklumat dengan merujuk kepada mereka
semua. Kepelbagaian jenis sumber rujukan amat penting kepada seorang individu pelajar bagi
menambah lagi ilmu pengetahuan dan maklumat yang diperlukan.

7.0 BIBLIOGRAFI

Ramli Hamzah, Kemahiran Belajar Untuk Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Pendidikan, 2003,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

23
Kamus Inggeris-Melayu Dewan, 1992, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kemahiran Belajar, Dilayari pada 14 September 2009 di URL http://www.scribd.com/doc/


18550236/KEMAHIRAN-BELAJAR

Kemahiran Belajar, Dilayari pada 14 September 2009 di URL http://www.usm.my/education/


kaunseling/tips/kemahiran%20belajar.doc

Kemahiran Belajar Perlu Diperkembangkan, Dilayari pada 14 September 2009 di URL


http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/Kemahiran%20Belajar%20perlu%20
diperkembangkan.doc

8.0 REFLEKSI

8.1 Mohamad Aiyad

Nama : Mohamad Aiyad Bin Ramli

No. Kad Pengenalan : 901023-03-5205

24
No. Matrik : 123051

Berdasarkan pengkajian secara mendalam mengenai pengertian kemahiran belajar dan


kepentingan kemahiran belajar di dalam kehidupan seorang pelajar dan bakal pendidik, banyak
yang saya dapat perolehi untuk dijadikan pedoman dan ikutan di sepanjang pembelajaran di
institut perguruan ini.

Penguasaan ilmu mengenai kemahiran belajar amat penting kerana perbezaan yang
menjadi pemisah diantara pelajar yang cemerlang dan kurang cemerlang adalah kerana
penguasaan kemahiran belajar yang berlainan. Pelajar yang cemerlang belajar secara
berterusan namun mempunyai strategi pembelajaran yang efektif dan berterusan manakala
pelajar yang kurang cemerlang pula mereka kurang menguasai ilmu kemahiran belajar.
Kehidupan mereka hanya tertumpu pada pembelajaran sahaja. Terdapat pelbagai kepentingan
penguasaan kemahiran belajar ini seperti dapat menggunakan akal yang celik untuk
menyelesaikan masalah yang mendatang, pemikiran dapat berkembang secara positif dan
dapat meningkatkan naluri ingin tahu pada pelajaran.

Selain itu saya juga dapat mengetahui pelbagai jenis sumber maklumat yang dapat
digunakan untuk memperolehi ilmu. Ini penting kerana dengan penguasaan pelbagai sumber
maklumat kita dapat menjadi lebih berilmu dan tidak seperti ‘Katak di Bawah Tempurung’.
Antara jenis-jenis sumber maklumat yang penting adalah dari sumber manusia, sumber media
elektronik, sumber media bercetak, sumber media persekitaran dan sumber media 3 dimensi.
Dengan kepelbagaian jenis sumber maklumat maka saya dapat meningkatkan lagi penguasaan
saya terhadap sesuatu cabang ilmu dan dapat mempraktikkannya di dalam suasana
pengajaran di bilik darjah nanti.

Dalam konteks jenis sumber dari manusia, saya dapati terdapat beberapa golongan
manusia yang berautoriti yang dapat memberi pelbagai jenis maklumat yang berguna kepada
sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka mempunyai kepakaran dalam bidang masing-
masing dan dapat menyampaikan maklumat tersebut dengan jelas kepada individu yang
memerlukan. Golongan tersebut adalah golongan pendidik iaitu guru dan pensyarah. Mereka
mempunyai kepakaran pelbagai dan mampu menyampaikan maklumat dengan jelas dan
terang. Selain itu golongan wakil rakyat juga merupakan kelompok yang berautoriti dan dapat
menjadi sumber yang berguna mengenai dasar-dasar kerajaan.

25
Golongan penguatkuasa seperti polis, kastam dan sebagainya juga merupakan sumber
yang agak penting kerana mereka mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pelbagai
undang-undang dan hukuman yang bakal diterima seandainya berlakunya perlanggaran
undang-undang tertentu dalam negara. Golongan ahli perniagaan juga menjadi sumber
maklumat penting kerana mereka mempunyai kepakaran dalam hal ehwal perniagaan yang
tidak ramai individu berjaya memilikinya. Mereka dapat menerangkan pelbagai jenis maklumat
seperti strategi perniagaan, selok belok perniagaan dan sebagainya. Akhir sekali adalah
golongan pakar motivasi yang merangkumi pelbagai aspek. Mereka dapat kita jadikan sumber
dan panduan seandainya mempunai sebarang masalah. Mereka dapat meningkatkan semangat
kita seandainya mempunyai masalah.

Secara tuntasnya, dari pengkajian secara mendalam mengenai kepentingan dan jenis-
jenis sumber kemahiran belajar, dapat saya simpulkan pelbagai input yang dapat saya terima
dan dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Tambahan pula strategi pembelajaran dan
pengajaran yang betul dan sistematik amat penting untuk menjadikan diri saya insan dan bakal
guru yang berjaya kelak. Sesungguhnya kemahiran belajar amat penting dalam kehidupan
seorang pelajar dan bakal guru seperti saya. Insyallah segala ilmu yang saya dapat dari
pengkajian dan perlaksanaan kerja kursus pendek ini akan saya gunakan di dalam kehidupan
seharian.

8.2 Muhammad Syazrin

NAMA: MUHAMMAD SYAZRIN BIN ZAINI

NO. I/C: 910605085047

26
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah swt dengan rahmat dan izin-Nya dapat
saya siapkan tugasan yang telah diberikan kepada saya ini. Jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing terutamanya Encik Mansor bin Abdul Rahman kerana memberikan
bimbingan, sokongan dan mengajar kami dengan penuh dedikasi dan sabar.

Tidak lupa kepada para sahabat saya, terima kasih kerana banyak membantu dan
berkongsi pendapat dengan saya bagi menyiapkan tugasan ini.

Sebagai permulaan, tugasan ini memerlukan kami untuk menyiapkan satu kerja kursus
bagi mata pelajaran Kemahiran Belajar. Terdapat pelbagai aspek yang perlu kami hurai seperti
pengertian dan kepentingan kemahiran belajar dari pelbagai sumber. Melalui kerja kursus ini,
kami juga dapat mengetahui dan lebih memahami jenis-jenis sumber sama ada dari segi media
atau seumpamanya yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran. Malah, kami juga telah
memperolehi ilmu dan pengetahuan tentang sumber manusia yang berautoriti. Kesemua tajuk
ini mempunyai pelbagai cabang pula yang harus kami hurai.

Pelbagai maklumat yang saya peroleh hasil daripada pencarian di pusat sumber dan
buku rujukan yang telah saya pinjam dari rakan-rakan. Pada masa yang sama, terdapat juga
beberapa tajuk yang perlu kami hurai, tidak jelas dinyatakan dalam buku rujukan, jadi saya telah
menggunakan inisiatif lain iaitu mencari maklumat di dalam internet. Selain itu, semasa
melakukan tugasan ini pelbagai halangan telah berlaku seperti kekurangan maklumat, dan
kesibukan untuk menyiapkan tugasan-tugasan lain. Justeru pembahagian masa amatlah
penting.

Selepas proses mencari, mengumpul dan menyusun maklumat mengenai sumber media
yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran dan sumber manusia yang berautoriti, saya
dapati pelbagai kandungan dan pendapat yang berbeza tidak kira di dalam buku mahupun di
internet. Justeru saya telah menggabungkan pelbagai sumber dalam proses menyiapkan
tugasan ini.

Melalui tugasan ini, kefahaman saya mengenai subjek Kemahiran Generik iaitu
Kemahiran Belajar semakin mendalam hal ini kerana saya telah mengkaji tajuk ini dengan teliti
iaitu sebagai permulaan takrif belajar diikuti dengan kepentingan mengenai kemahiran belajar,
penjelasan mengenai hal ini telah membawa saya untuk membuat rumusan dan cadangan
mengenai topik ini.

27
. Terdapat banyak kebaikan dalam melakukan tugasan ini antaranya ia dapat
mengeratkan hubungan silaturrahim antara saya dan rakan-rakan kerana ia memerlukan kami
untuk bekerjasama dan saling tolong-menolong antara satu sama lain. Seterusnya adalah dapat
membantu saya meningkatkan kemahiran mencari, mengumpul dan menyusun maklumat
daripada pelbagai sumber. Selain itu, pengetahuan saya mengenai ilmu Kemahiran Belajar
juga semakin meningkat.

Secara keseluruhannya, kesemua ini amatlah penting bagi seseorang yang bakal
bergelar pendidik kerana perlu membuat pelbagai persediaan secara teori dan penguasaan
kemahiran untuk menjalankan tugas secara profesional. Penguasaan pelbagai cabang ilmu
amatlah penting bagi memantapkan kemahiran sebagai seorang guru atau pendakwah. Hal ini
kerana, guru menjadi sumber rujukan dan juga khidmat nasihat kepada pelajar di bawah
didikannya. Jesteru, individu yang bergelar guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk
menjadi contoh terbaik kepada anak didik mereka bak kata pepatah, bagaimana acuan
begitulah kuihnya.

Sebagai kesimpulan, diharapkan agar tugasan seperti ini dapat diteruskan lagi pada
masa hadapan demi kepentingan pelajar itu sendiri. Oleh itu, saya amat berharap agar Tuan
dapat menyemak tugasan saya dan berpuas hati dengan hasil yang telah saya sediakan ini.

Sekian, Terima kasih

8.3 Aminnulhakim

Nama: Aminnulhakim Bin Abdul Isa (123050)

Unit: PPISMP KS Sem 1

28
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dapat menyiapkan kerja
kursus ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan
kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama.

Sepanjang melakukan tugasan ini, banyak pengetahuan baru yang saya temui. Sebelum
ini saya hanya menyangkakan bahawa belajar merupakan proses guru mengajar murid yang
mana didapati hanya di dalam kelas. Dalam proses belajar, saya dapati banyak kemahiran
tertentu yang boleh dipraktikkan.

Terdapat pelbagai kepentingan penguasaan kemahiran belajar ini seperti dapat


menggunakan minda yang cerdas untuk menyelesaikan masalah yang mendatang, pemikiran
dapat berkembang secara positif dan dapat meningkatkan naluri ingin tahu pada pelajaran.

Semasa saya melakukan tugasan ini, kumpulan saya memilih isu PPSMI. Di sini sumber
dalam proses pembelajaran yang saya gunakan ialah sumber manusia. Saya menemu ramah
orang tertentu untuk mendapatkan maklumat tentang isu itu dan saya dapati yang proses
belajar telah berlaku. Selain itu sumber daripada media elektronik juga digunakan untuk
mengumpulkan maklumat tentang kemahiran belajar.

8.4 Muhammad Fahmi

Nama : Muhamad Fahmi Bin Ab Rasib

No. Kad Pengenalan : 910110-03-5697

No. Matrik : 123052

29
Ketika mula-mula saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa agak
terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang tajuk yang terpaksa saya buat, ini merupakan
kali pertama saya mendengar dan belajar tentang tajuk ini. Oleh kerana tajuk ini merupakan
perkara baru bagi saya, saya telah mendengar dengan teliti apa yang diterangkan oleh
pensyarah serba sedikit tentang tugasan tersebut. Saya juga membaca dengan teliti dan cuba
memahami kehendak soalan, agar menepati kehendak soalan.

Setelah memahami kehendak tugasan tersebut saya mula mencari dan mengumpul
bahan dari pelbagai sumber dan rujukan. Dengan zaman yang agak moden dan canggih kini
pelbagai bahan dapat diperolehi melalui sumber seperti internet, buku-buku rujukan, media
massa, media elektronik dan lain-lain. Dengan kemudahan yang disediakan di sini juga seperti
pusat sumber dan kemudahan melayari internet telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada pensyarah-
pensyarah yang telah banyak membantu saya dalam memberi tunjuk ajar dan bimbingan,
Kepada keluarga yang memberi sokongan, Rakan-rakan yang turut membantu sedikit sebanyak
menyumbang idea dan pendapat.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini banyak benda yang telah saya belajar dan
banyak pengetahuan-pengetahuan baru yang telah saya timba. Antaranya ialah,cara untuk
belajar. Terdapat pelbagai cara untuk belajar seperti membuat peta minda,membuat latihan,
ulangkaji secara berkumpulan dan sebagainya.Pembelajaran akan berlaku dengan lebih
sempurna jika pelajar memanfaatkan beberapa cara untuk belajar.Pelajar dapat memahami
tentang sesuatu benda itu dengan lebih baik. Hal ini secara langsung dapat memberikan
pengalaman kepada pelajar,Menggalakkan pelajar membuat kajian lanjut mengenai sesuatu
kejadian atau hasilan dan Memberi lebih banyak peluang kepada pelajar berinteraksi diantara
satu sama lain.Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep
pembelajaran melalui penyelidikan.

Kesimpulannya,para pelajar haruslah mempelajari kemahiran belajar supaya


mereka dapat memahami apa yang mereka pelajari cepat dan mudah agar masa mereka tidak
membazir begitu sahaja.

Sekian, Terima Kasih

30

You might also like