You are on page 1of 15

Berdasarkan temubual dengan guru prasekolah, tuliskan esei tentang konsep dan

definisi tekanan, pengurusan tekanan, jelaskan punca tekanan guru tersebut dan
huraikan cadangan cara mengatasi tekanan pada guru prasekolah berkenaan.

Pengenalan

Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan
kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang
manusia iaitu tekanan. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) tekanan
merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah
wajah mengikut peredaran masa. Tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat
negara ini. Tekanan biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak
menyeronokkan. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam
beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup,
perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap
perkembangan pemodenan yang mendadak.
Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan
kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan


dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk
menyumbang khidmat kepada masyarakat”

(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)

Menurut Cox (1978), menjelaskan tekanan merupakan satu keadaan di mana


persepsi terhadap seseorang itu dan kemampuannya untuk mengatasi permintaan
tersebut, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan berlakunya stress dalam diri
individu tersebut. Ketidakseimbangan akan bergantung kepada daya tindak seseorang
dalam bentuk psikologikal yang melibatkan strategi, kognisi serta tingkah laku dan
fisiologikal. Stress akan berlaku sekiranya daya tindak secara normal tidak berkesan.
Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan fungsi dan stuktur. Tidak semua
individu akan mengalami proses yang sama.
Di Malaysia, fenomena tekanan di kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan
dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga mendapati
bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi
(Cooper 1995, Hart et al.,1995) dalam Mokhtar (1998). Arus pendidikan hari ini semakin
mendesak para profesional pendidikan untuk bekerja keras dan lebih masa demi mencapai
permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping usaha peningkatan dan pelaksanaan, guru-
guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya pernah merasa tertekan dengan ‘demand’
tinggi bebanan kerjaya pendidikan ini.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar.
Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam
proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan
(Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru itu, dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi
dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih
mencabar.
Menurut Dr.Sapora Sipon (2007), tekanan terhadap guru memang berkecenderungan
untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan
dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini
seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya
akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke
tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar,
bebanan kerja , isu SSB dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini
menuntut kepada perubahan pandangan guru terhadap persekitaran mereka.
Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.
Konsep dan Definisi

Berdasarkan temubual yang dijalankan, menunjukkan terdapat kepelbagaian


pendapat terhadap wujudnya tekanan di kalangan guru-guru prasekolah dari semua
aspek. Tekanan didefinisikan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam
bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya dan menjelaskan sekiranya
keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, maka tekanan itu akan
mendatangkan kesan yang positif. Dalam erti kata lain, tekanan adalah tindak balas
fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan yang menganggu
ketenangan atau kestabilan seseorang. Tanpa stress kita tidak dapat berfungsi secara
berkesan kerana ketahanan fizikal, mental dan emosi yang kuat akan menyebabkan
kita lebih bermotivasi dan mampu melaksanakan kerja dengan baik.

Teori tekanan

Hans Selye (1974) ialah pakar psikologi yang banyak mengkaji fenomena tekanan dan
aspek biologi dan hasil-hasil penyelidikannya, beliau mengutarakan satu teori yang menarik
mengenainya. Beliau mendefinisikan teori ini sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik oleh
tubuh terhadap apa-apa rangsangan atau permintaan dan dikenali sebagai Sindrom Adaptasi Am
(GAS). Sindrom ini mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang satu bentuk
pertahanan yang membantu untuk mengatasi masalah. Ia dinamakan sindrom kerana Manifestasi
reaksi adalah berkaitan di antara satu sama lain. Teori ini adalah berdasarkan tiga tahap asas
perkembangan yang berlaku ketika tekanan iaitu tahap bersedia dan berjaga-jaga (Alarm
Reaction), tahap penentangan (Stage of Resistance) dan tahap kelesuan (Stage of Exhaustion).
Rajah 1: Model Tindak Balas Sindrom Penyesuaian Umum.

Model tekanan guru

Model ini dibentuk oleh Boyle, Borg, Falzon & Baglioni. Model dibina berpandukan
kepada lima sumber yang mempengaruhi tekanan di kalangan guru. Lima sumber yang
dimaksudkan ialah beban kerja, karenah pelajar, pengiktirafan professional, sumber pengajaran
dan perhubungan dengan rakan sekerja yang kurang baik.

Rajah 2: Model Tekanan Guru


Punca tekanan
Pendidikan tempatan yang sering mengalami perubahan turut menjadi satu beban kepada
golongan guru. Perubahan besar yang menembusi bidang pendidikan dalam tahun 1983 iaitu
KBSR dan KBSM, ternyata meningkatkan lagi tanggungan para guru. Perubahan yang berlaku
dalam dunia pendidikan di Malaysia terutamanya masalah pelajar, bebanan tugas, isu pernilaian
prestasi guru, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris serta perubahan dasar-
dasar yang tidak pernah selesai. Kesemuanya ini memerlukan pandangan guru terhadap apa yang
dialami. Perubahan ini juga pasti akan menyebabkan tekanan ke atas guru.
Berdasarkan kajian terhadap guru-guru prasekolah, terdapat beberapa punca yang
menyebabkan berlakunya tekanan ke atas guru iaitu guru selalu dipersalahkan jika berlaku
salah laku atau pencapaian akademik yang rendah. Ibu bapa masa kini terlalu
memanjakan anak-anak sehingga menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap perilaku
mereka. Adakalanya, ibu bapa cepat mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya
berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak
mereka. Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang tidak mahu berkompromi atau
bertolak ansur dengan guru untuk membincangkan masalah anak-anak mereka. Lebih
memburukkan lagi keadaan, terdapat juga ibu bapa yang meletakkan tanggungjawab
sepenuhnya kepada guru untuk menjaga anak-anak mereka walaupun selepas tamat
sesi persekolahan.
Selain itu, guru juga dibebani dengan perasaan takut akan dimarahi oleh ibu
bapa pelajar. Guru merasa tertekan apabila ibu bapa marah, menentang dan
menyalahkan pihak guru jika berlaku sesuatu terhadap anak-anak mereka. Contohnya,
pelajar melakukan kesalahan dalam latihan yang diberikan, guru tidak menanda secara
cermat buku pelajar tersebut. Apabila kecuaian ini dilihat oleh ibu bapa, ia
mendatangkan kemarahan kepada mereka dan menuduh guru tidak mengajar dengan
baik dan menyampaikan ilmu yang salah kepada pelajar.
Secara amnya, setiap guru terpaksa mengajar lima hingga enam kelas setiap hari. Mereka
juga terpaksa membuat persediaan mengajar, menyemak buku latihan dan kerja-kerja lain yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan
menjalankan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat, menyediakan minit
mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan, permainan, kelab dan sukan. Menghadiri
kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan yang terlalu kerap, ini juga amat membebankan
guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan terpaksa dipikul oleh guru sehingga
menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan seterusnya
akan mendatangkan tekanan kepada para guru. Sebagai contoh, kesibukan guru yang terpaksa
menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar sekolah semasa sesi persekolahan
menyebabkan masa dan kelas guru tersebut diganti dan diambil alih oleh guru yang lain.
Seterusnya menjadikan jumlah waktu mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru
terbabit.
Corak pentadbiran sekolah juga merupakan salah satu penyebab yang mempengaruhi
kepada masalah tekanan yang dihadapi oleh guru. Ini berlaku apabila terdapat pentadbir yang
menjalankan pentadbiran secara autoratik dan mengamalkan sikap pilih kasih. Sebagai contoh,
pentadbir tidak berlaku adil dalam pengagihan tugas dan jawatan kepada guru-guru
menyebabkan terdapat sebilangan guru yang mendapat beban tugas yang berat dan
sebilangannya mendapat beban tugas yang ringan. Di samping itu juga, guru yang berkemahiran
dalam sesuatu bidang turut menjadi mangsa di mana pentadbir hanya menggunakan tenaga guru
tersebut apabila diperlukan dan guru-guru lain boleh bersikap lepas tangan.
Selain daripada masalah yang disebutkan, isu tekanan guru ini juga berpunca
daripada suasana persekitaran tempat kerja yang masih tidak selesa walaupun sistem
pendidikan di Malaysia menuju ke arah permodenan. Suasana yang digambarkan adalah,
isu kepadatan dalam bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabot yang tidak sesuai
serta mencukupi. Masalah ini kerap berlaku di sekolah yang telah lama digunakan dan terletak
jauh di pedalaman. Bagi guru yang bertugas di sekolah baru dan terletak di bandar, isu ini tidak
mendatangkan masalah kepada mereka.
Masalah disiplin dan tingkah laku negatif pelajar masa kini juga menjadi penyumbang
kepada punca berlakunya tekanan kepada guru. Bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam
sebuah bilik darjah menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna.
Guru terpaksa melayani pelbagai kerenah pelajar daripada pelbagai latar belakang, tahap
pencapaian dan kebolehan serta terpaksa memenuhi segala keperluan mereka.
Isu tekanan dikalangan guru tidak hanya berpunca daripada persekitaran di sekolah tetapi
berlaku disebabkan oleh masalah peribadi yang dihadapi oleh mereka. Setiap guru
mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza dan mereka juga tidak terlepas dari
masalah yang berlaku di persekitaran mereka iaitu penceraian, masalah keluarga,
masalah kewangan dan sikap yang tidak berminat dengan kerjaya guru. Apabila berada
di tahap kritikal, guru tidak mampu mengawal masalah yang dihadapi dan membawa
masalah tersebut ke tempat kerja.
Maka, secara tidak langsung dapat dinyatakan di sini, punca tekanan kerja di kalangan
guru adalah bergantung kepada sejauh mana penafsiran guru terhadap ancaman yang berlaku ke
atas mereka. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah menyesuaikan diri dengan perubahan dan
sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek bagi menangani
tekanan yang dihadapi.

Kesan tekanan

Tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti
marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai
seorang guru. Dalam hal ini, guru yang menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat
mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja untuk
memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang
berguna.
Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada
ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak dan pengabaian kerja. Tindakbalas
penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan
kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan
alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan
boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas
kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya. Ternyata, tekanan kerja sememangnya
akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini
seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang
diceburinya.

Cadangan cara mengatasi tekanan


Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan
beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru prasekolah di sekolah.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja
warga pendidik secara amnya. Peranan pihak pentadbir untuk menganjurkan program
berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu
memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya,
mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan
yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-
guru menerima tindakbalas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran
sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina
persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang
masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan
dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong
sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga
mestilah ubahsuai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama
sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah
dilibatkan guru-guru. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru
mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga,
pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang
lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik.
Disamping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman
yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan
tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.
Seterusnya, amalan pemakanan perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-
murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga
sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut.

Kesimpulan
Profesion guru adalah salah satu daripada tugas yang sukar dan perlu kepada usaha
pengorbanan yang tinggi. Perkara ini perlu diberi perhatian sekurang-kurangnya melalui
tindakan atau pelaksanaan penyelesaian secara berperingkat. Guru juga haruslah sentiasa bersifat
positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakkan
mereka terus berada dalam keadaan tertekan dan menjejaskan karier mereka sebagai seorang
guru. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan
beban tekanan yang dihadapi oleh guru ini.
Pengurusan tekanan memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh semua anggota di
dalam organisasi pendidikan. Kegagalan mengawal tekanan boleh mendatang kesan yang buruk
bukan sahaja kepada individu terbabit tetapi juga imej organisasi. Oleh itu, dapatlah dikenalpasti
punca dan tahap tekanan guru-guru prasekolah, seterusnya akan mengambil langkah-langkah
tertentu untuk mengatasi masalah yang timbul. Ini akan merugikan negara kita yang sedang
menuju kepada sebuah negara industri. Menjadi tugas, peranan dan tanggungjawab guru untuk
merealisasikan wawasan 2020.

Rujukan

Abdullah, Deraman (2003). “Tekanan kerja guru di sebuah sekolah menengah di daerah Klang,
Selangor Darul Ehsan”. Thesis (Masters). Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ahmad Shakir (1998). “Tinjauan Tahap dan Punca Stres di kalangan Guru-guru Sekolah
Menengah Negeri Perlis”. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Ahmad Azahari Sarmun (1998). “Tinjauan Tahap Tekanan dan Punca stress di Kalangan Guru
Sekolah Sabak Bernam.” Universiti Teknologi Malaysia. Tesis 88
Sarjana Muda.

Berita Harian (2005). “Guru dakwa suasana kerja tak kondusif”. Berita Harian 19 Julai.

Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002). “Mengurus Stres, Pendekatan yang
praktikal”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Razali dan Abang Ali (1999). “Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru
Sekolah Menengah Zon A di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan
Projek Sarjana Muda Pendidikan.” Universiti Sarawak Malaysia.

Sapora Sipon (2007). Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi. dlm. “Utusan Malaysia”. 27 Julai
2007.

LAMPIRAN

Strategi Menangani Tekanan Di kalangan Guru-guru Sekolah


Menengah Zon A Di Bahagian Kuching/Samarahan, Sarawak :

Satu Tinjauan

Oleh

Mohd Razali Othman

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

Universiti Malaysia Sarawak


Dan

Abang Mat Ali bin Abang Masagus

Jabatan Pendidikan Sarawak

Abstract

 Kajian ini merupakan satu tinjauan tentang strategi menangani tekanan di kalangan guru-guru sekolah
menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti pengetahuan, pandangan dan cara-cara para guru memperolehi pengetahuan tentang
strategi-strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan. Sampel kajian ini terdiri daripada 209
orang guru terlatih. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang dialih bahasa dan diubahsuaikan
daripada Cockburn (1996). Analisis data telah dilakukan secara deskriptif dan inferensi. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan 70.3% responden merasakan profesion guru adalah
sekurang-kurangnya sederhana tertekan. Kebanyakan responden mengetahui 36 daripada 45 strategi yang
dikemukakan. Strategi memastikan diri faham apa yang akan diajar merupakan strategi yang paling
diketahui guru dan paling kerap dicuba serta berkesan. Strategi melepaskan kemarahan kepada rakan
sejawat merupakan strategi yang paling tidak pernah terfikir dan tidak akan dicuba oleh responden.
Strategi yang ingin dicuba pula ialah membincangkan urusan-urusan dengan staf kanan, membaca buku-
buku tentang tekanan dan menghadiri tentang seminar tentang tekanan. Dapatan juga menunjukkan tiada
perbezaan yang signifikan pandangan umum guru tentang strategi menangani tekanan antara kategori
guru mengikut ciri-ciri demografi terpilih. Selain itu, kebanyakan responden berpandangan pernah
menggunakan strategi yang berlandaskan agama. Sejumlah 62.9% daripada responden menamakan
sekolah atau pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan sebagai pihak yang
bertanggungjawab ke atas tekanan mereka. Semua pihak termasuk guru perlu melihat persoalan
pengurusan tekanan guru dengan lebih serius bagi memastikan tekanan guru berada tahap optimum dan
guru berkhidmat dengan cemerlang.
  

Pengenalan

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat
lari daripada tekanan tang boleh berpunca dariapada peristiwa- peristiwa dalam kehidupan baik dalam
bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung
kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.

Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan
terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan
seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi
definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan
seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan
tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.

Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak
dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton
(1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn
(1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan
oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997).
Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan
guru-guru.

Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga
keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin
bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). Di Malaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi
setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian
oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan
guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja perseidana guru seperti menyediakan perancangan tahunan,
penggal, mingguan dan harian. Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk
Abang Johari Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan
telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan profesion perguruan
(semenjak 1993 hingga Mei 1996). Antara alasannya ialah masalh peribadi, tawaran yang lebih baik,
tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuia dan beban tugas yang berat
(Borneo Post, 1996).

Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB
dan perubahan dasar yang tidak pernah selesai. Kesemua ini menuntut kepada perubahan pandangan guru
terhadap persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.  

Tujuan Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah untuk meninjau tentang pengetahuan serta pandangan guru-guru
sekolah menengah Zon A di Bahagian Kuching/ Samarahan tentang strategi menangani tekanan yang
mereka alami semasa waktu persekolahan.

Objekti Kajian

1. Mengenalpasti pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa waktu di sekolah.


2. Mengenalpasti pandangan guru terhadap strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan
3. Mengenalpasti cara guru memperolehi pengetahuan tentang strategi menangani tekanan semasa
waktu persekolahan.

Kaedah Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan keratan rentas,
berbentuk deskriptif

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru dari 19 buah sekolah menengah Zon A Bahagian
Kuching/ Samarahan/ yang berjumlah eramai 1024 orang (jabatan Pendidikan Sarawak, 1997). Kaedah
persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan kelompok, iaitu 6 buah sekolah telah
dipilih secara rawak daripada keseluruhan 19 buah sekolah menengah Zon A. Bagi 6 buah sekolah yang
menjadi sampel, jumlah responden adalah 262 orang. Menurut Schumacher dan Mcmillan (1993) bagi
kajian tinjauan bilangan subjek kajian yang sesuai adalah lebih kurang 100. Gay (1992) pula menyatakan
bahawa saiz sampel yang dapat diterima bagi suatu kajian deskriptif adalah 10 hingga 20 % bergantung
kepada saiz populasi.
Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini merupakan soal selidik yang dibina ole Cockburn (1996) dengan alih bahasa dan
sedikit pengubahsuaian serta tambahan item (dengan kebolehpercayaan alat pada nilai alpha Cronbach .
9189). Penterjemahan soal selidik asal telah dibuat oleh dua orang guru Bahasa Inggeris yang juga
menguasai Bahasa Melayu. Solah selidik ini dibahgikan kepada 5 bahgian utama. Bahagian I
mengandungi soalan berkaitan dengan maklumat diri responden. Bahagian II pula berkaitan dengan
maklumat sekolah. Bahagian III mengandungi satu soalan berkaitan dengan tahap tekanan kerja guru dan
satu saoalan berkaitan dengan kebolehan menangani tekanan. Bahagian IV mengandungi 45 soalan
berkaitan dengan strategi mengurangkan tekanan yang dicadangkan kepada guru-guru. Bagi setiap
strategi menangani tekanan yan disenaraikan, responden dikehendaki memberi respon dengan
menandakan pada ruang yang berkaitan yang mewakili pandangan mereka bagi setiap respon dengan
mnandakan pada ruang yang berkaiatan yang mewakili pandangan mereka bagi setiap strategi menangani
tekana yang disenaraikan seperti di dalam Jadual 1. Bahagian V mengandungi pelbagai soalan tentang
cara-cara guru memperolehi stategi bagi mengurangkan tekanan, pihak yang bertanggunag jawab
menyebabkan tekanan strategi agama yang digunakan dan komen tambahan yang ingin responden ingin
berikan.

Pengenalan
Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang
menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang
agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan.
Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit
kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit
yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana
jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan
otot menjadi tegang. Contohnya apabila kita diminta bercakap di khalayak ramai jika kita jadi gementar
terutamanya jika kita jarang sekali berbuat demikian. Ini menjadi lebih teruk jika orang yang kita hadapi
itu merupakan orang yang asing bagi kita.

Bagaimana kita boleh stress?


Setiap hari kita mungkin mengalami di antara 50 hingga ke 200 kali situasi-situasi yang
menyebabkan kita berada di dalam keadaan cemas seperti yang dihadapi oeh datuk nenek kita dahulu
apabila mereka berhadapan dengan binatang buas atau musuh dari puak lain. Para penyelidik
mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan
menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30
minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal
semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan
kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia
menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain.
Walaubagaimanapun keadaan yang kita hadapi untuk menimbulkan respons ‘fight-or-flight’ tidaklah
sama seperti yang dihadapi oleh datuk nenek kita dahulu. Keadaan yang kita hadapi mungkin
merupakan tugasan-tugasan yang banyak, kesempitan kewangan dan masalah-masalah kehidupan
harian yang lain.

Sebenarnya gaya hidup kita boleh menyebabkan kita sentiasa berada di dalam keadaan stress.
Kebanyakan dari kita telah dilatih semenjak kita kecil lagi untuk bertindak pada tahap yang sebaik-
baiknya. Bila kita tidak mencapai apa yang diharapkan maka kita akan kecewa. Semua ini
mendatangkan tekanan kepada kita. Kebanyakan daripada kita akan bertindak kepada sistem otot-otot
lebih daripada sistem-sistem yang lain. Contohnya apabila kita teringat tugasan yang diberikan kepada
kita oleh pensyarah bila kita bangun pagi kita akan merasa sengal-sengal badan. Jika usaha-usaha kita
pada hari itu menghadapi kesulitan (umpamanya kita gagal mendapat buku yang kita cari di
perpustakaan) ketegangan kepada otot-otot kita akan menjadi lebih ketara. Biasanya kita memerlukan
20 minit untuk mengendurkan otot-otot kita. Tindakan kita terhadap rangsangan-rangsangan kepada
diri kita secara yang disebutkan tadi menyebabkan tiada ruang masa untuk otot-otot kita untuk kendur.

Apakah yang patut kita buat?

Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada
asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk
menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang,
konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-
perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan
menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah
cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.

Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan
cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di
beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di
beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan,
muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari
sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda
telah memperolehi kemahiran relaksasi.

Seterusnya eloklah kita lihat secara terperinci tanda-tanda yang anda


menghadapi tekanan; cara-cara untuk mengurangkan tekanan; mengesan
tekanan dan kaedah pengurusan tekanan khusus.

You might also like