You are on page 1of 10

ISI KANDUNGAN

================================================================

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN 2

3.0 TEKNIK LOMPATAN 4

4.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS 9

5.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS 9


2

1.0 PENGENALAN

Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu
semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang
dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta.
Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang
dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan
yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkali-
kali sama ada dalam bentuk multiple, double triple atau quintriple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah
dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam
kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan
teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk
lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah
untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan
lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.

2.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN

i. Pita pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak lompatan
diukur dari hujung yang terdekat dengan papan pelepas ke hujung
terdekat tempat pendaratan dalam kawasan pendaratan. Dalam
kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur
elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat
dilakukan.

ii. Kasut berpaku (spike)


Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai
perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan
dalam lompat jauh.

LOMPAT JAUH
3

iii. Bendera isyarat


Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi
lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah.
Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera merah untuk
lompatan yang batal.

iv. Lorong larian


Lorong larian yang sesuai adalah penting untuk melakukan pecutan,
larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian adalah 45 meter x 1.22
meter.

v. Papan pelepas
Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan permulaan lompatan.
Papan pelepas yang standard adalah bersaiz 1.22 meter panjang dan
20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung yang
terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan dengan
warna putih.

vi. Kawasan pendaratan


Ia digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasan ini
penting dan merupakan peralatan utama dalam acara lompat jauh. Ia
disikan dengan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan
pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.

vii. Pengukur halaju angin


Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan
dilakukan. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut
dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini tidak digunakan dalam
kejohanan peringkat sekolah atau kelab.

LOMPAT JAUH
4

Rajah 1.1: Ruang dan kelengkapan acara lompat jauh

3.0 TEKNIK LOMPATAN

Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu
kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

i. Kelajuan larian
Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya lompatan
yang kuat dan jauh. Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan
membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan di
lakukan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak,
konsentrasi dan ketepatan adalah penting. Kebiasaannya, pelompat
melakukan larian yang mempunyai 18 hingga 22 langkah atau jarak di
antara 25 hingga 40 meter. Bagi mendapatkan ketepatan, check mark
dilakukan sebelum membuat lompatan bagi memudahkan pelompat
untuk membuat larian mula dengan papan pelepas. Terdapat dua
kaedah untuk melakukan check mark iaitu kaedah pertama pelompat
perlu mencari konsentrasi melalui larian yang berulang-ulang dan

LOMPAT JAUH
5

menandakan titik yang paling sesuai. Manakala kaedah kedua ialah


mencari konsentrasi melalui larian dari papan pelepas tetapi ia kurang
sesuai jika tiupan angin yang terlalu kuat.

Rajah 1.2: Teknik membuat check mark

ii. Pelepasan lompatan


Ia penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak
maksimum dan dalam melakukan lompatan yang berkesan. Kelajuan
larian dan daya konsistensi yang sesuai dapat membantu menghasilkan
pelepasan yang baik dalam lompatan. Dianggarkan pelompat hanya
berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan lompatan ini tetapi ia
penting dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan
yang batal. Melalui pemerhatian corak dan teknik yang dilakukan oleh
jaguh-jaguh peringkat antarabangsa, teknik pelepasan lompatan berikut
adalah disarankan iaitu:
 Pelompat perlu ada konsentrasi yang tinggi pada tahap
pelepasan lompatan.

LOMPAT JAUH
6

 Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan


dari atas ke bawah dan pada kaki sudut hentian perlu diubah.
 Bahu dan dada di angkat keatas untuk membantu dalam
membuat pelepasan.

Rajah 1.3: Membuat pelepasan lompatan

iii. Lompatan di udara


Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula
mengambil tempat pada pelompat. Daya pergerakan menegak ini
dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku di awal
pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti
iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat.
Terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat
semasa berada di udara, iaitu:

LOMPAT JAUH
7

 Pergerakan berlayar

Rajah 1.4: Pergerakan berlayar

 Pergerakan mengayuh

1
Rajah 1.5: Pergerakan mengayuh 1 kali di udara
2

 Pergerakan ayunan punggung

Rajah 1.6: Pergerakan ayunan punggung

Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini pergerakan mengayuh adalah


paling licin dan banyak digunakan dalam lompat jauh pada peringkat
antarabangsa.

LOMPAT JAUH
8

iv. Pendaratan
Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek
pendaratan memainkan peranan penting. Pergerakan yang sesuai
mampu menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat mengelakkan
gangguan pada momentum menegak. Teknik pendaratan yang sesuai
digunakan adalah jack-knifing. Teknik ini dapat mengimbangkan
pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia
dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian
hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat
akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.

Rajah 1.7: Mendarat

Teknik-teknik dalam lompat jauh adalah,


i. Fasa larian
Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).

ii. Fasa lonjakan


Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa
melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas
bertujuan untuk membantu lonjakan.
iii. Fasa layangan

LOMPAT JAUH
9

Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua


belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan
bersedia untuk mendarat.

iv. Fasa mendarat


Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke
belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua
belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.

4.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS

Tujuan utama dalam lompat jauh adalah untuk mencapai jarak lompatan maksimum
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jarak ini dapat dicapai dengan melalukan
larian pantas serta lonjakan yang kuat dan tinggi. Selain itu, kelenturan badan serta
daya koordinasi yang baik perlu untuk menghasilkan lompatan yang baik dan
berkesan.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat dapat mempengaruhi jangka masa
pelompat semasa berada di udara. Kedua-dua fasa lompatan ini dapat
mengakibatkan pelompat bergerak mengikut ketentuan lompatan yang dikehendaki.
Gaya badan semasa di fasa layangan adalah untuk mengimbangi badan serta
membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat dengan baik. Bagi
yang baru mempelajari lompat jauh, gaya layar adalah sesuai digunakan untuk
melakukan jarak lompatan yang dekat dan fasa layangan yang singkat. Gaya layar
adalah mudah dipelajari tetapi lompatan gaya ini tidak mampu menghasilkan
lompatan yang jauh.

5.0 UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS

i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan


sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika
bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan perlu di buat.

LOMPAT JAUH
10

ii. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira
sebagai pencapaian terbaik dan pemenang.
iii. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan
dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai
ke papan pelepasan.
iv. Lompatan dikira batak jika peserta melakukan perkara-perkara seperti
berikut;
 Memijak atau menyentuh kawasan hadapan papan pelepasan
melepasi tanda yang dibenarkan.
 Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan
mendarat.
v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya
jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.
vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan
mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan
dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada
tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.
vii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan dalah dilarang.
viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk
mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat
mendarat dan sebagai pencatat.

LOMPAT JAUH

You might also like