You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

================================================================

2.0 Sistem Reproduktif

2.1 Pengenalan 31

2.2 Struktur anatomi 31

2.3 Proses fisiologi 40

2.4 Fungsi sistem reproduktif 40

2.5 Mekanisme homeostasis 46

2.6 Penyakit

2.6.1 Gonorea 49

2.6.2 Keradangan pinggul 50

2.6.3 Trikomoniasis 50

2.6.4 Amenorea 52

2.6.5 Balanitis 52

2.7 Rumusan 53

2.8 Rujukan 54
29

2.0 Sistem Reproduktif

Rajah 2.1: Komponen utama sistem pembiakan lelaki


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM REPRODUKTIF
30

Rajah 2.2: Sistem pembiakan wanita


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM REPRODUKTIF
31

2.1 Pengenalan

Pembiakan ialah satu mekanisme bagi manusia untuk mengembangkan zuriat. Ia


merupakan proses bagaimana satu sel membahagikan bahan genetik kandungannya dan
seterusnya membolehkan suatu individu itu membesar. Melalui pembiakan, bahan genetik
diturunkan daripada satu generasi kepada generasi berikutnya, dengan itu spesis sesuatu
organisma dapat dikekalkan. Proses pembiakan manusia melibatkan kehadiran organ-
organ seks lelaki dan wanita iaitu testis dan ovari. Kedua-dua organ ini disebut sebagai
gonads.

2.2 Struktur anatomi sistem reproduktif

2.2.1 Sistem pembiakan lelaki


Organ pembiakan lelaki merangkumi testis (gonads lelaki), beberapa salur yang
sama ada menyimpan atau mengangkut sperma, kelenjar aksesori dan struktur-
struktur penyokong seperti penis (zakar).

Rajah 2.3: Organ pembiakan lelaki


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM REPRODUKTIF
32

i. Testis

Testis yang juga dikenali sebagai gonads lelaki atau buah zakar terdapat dalam
struktur yang dikenali sebagai skrotum iaitu kerandut bauh zakar. Pada manusia,
terdapat sepasang testis dengan setiap satu seberat 10-15 gram, 5 cm panjang,
bergaris pusat 2.5 cm, berbentuk bujur dan berwarna putih kemerahan. Setiap testis
mengandungi 1000 salur halus yang disebut tubul seminiferus, yang setiap satunya
sepanjang 1.2-1.8 meter. Di tubul semeniferus ini, sebanyak 300 juta sperma
disintesis setiap hari.

Selain mensistesis sperma melalui satu proses yang dinamakan


spermatogenesis, testis juga menghasilkan sejenis hormon yang dikenali sebagai
testosteron. Hormon ini mula disintesis sewaktu bayi lelaki di dalam kandungan lagi
dan akibat pengaruh hormon inilah testis yang pada ketika itu berada di abdomen
turun ke dalam skrotum dua bulan sebelum dilahirkan.

Rajah 2.4: Struktur anatomi testis


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006).
“Hole’s Essentials of Human Anatomy and Physiology”)

SISTEM REPRODUKTIF
33

ii.Sperma

Sperma dihasilkan oleh testis melalui proses spermatogenesis. Apabila diejakulasi,


sperma boleh hidup selama 48 jam di salur pembiakan wanita. Sperma terdiri
daripada bahagian kepala, badan dan ekor. Kepala mengandungi bahan nuklear
dan granul yang dikenali sebagai akrosom. Di sini, terdapat enzim hialuronidase
dan proteinase yang memudahkan sperma menembusi ovum. Bahagian badan
mengandungi mitokondrin yang penting untuk metabolisme. Hasil metabolisme pula
menghasilkan tenaga yang penting untuk pergerakan sperma. Ekor berfungsi untuk
menolak sperma ke hadapan. Kadar kelajuan pergerakan sperma dalam faraj
wanita adalah kira-kira 3mm/minit. Sperma sampai ke salur uterus 30-60 minit
selepas hubungan seks.

Rajah 2.5 : Struktur sperma


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of
Human Anatomy and Physiology”)

iii.Testosteron

Semasa lelaki mencapai usia akil baligh, kelenjar pituitari anterior menghasilkan
hormon yang dikenali sebagai hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon
peluteinan (LH). FSH kemudian bertindak terhadap tubul seminiferus untuk

SISTEM REPRODUKTIF
34

merangsangkan spermatogenesis. Bagi LH, selain membantu mematangkan


sperma yang terdapat di tubul seminiferus, tugas utamanya adalah untuk
merangsangkan testis menghasilkan hormon testosteron.
Fungsi hormon ini adalah untuk perkembangan organ seks seperti penis,
testis, kelenjar prostat dan vesikel seminal. Selain itu, ciri-ciri kelelakian seperti
suara garau, janggut, misai, dada melebar, pertumbuhan bulu ketiak dan pelvis juga
dipengaruhi oleh testosteron.

iv.Salur di testis

Epididimis
Sperma diangkut keluar dari testis melalui salur yang disebut epididimis. Salur
ini mempunyai kepanjangan kira-kira 6 meter dan berdiameter 1 milimeter.
Salur epididimis ini berada di dalam epididimis yang panjangnya hanya 3.8
cm. Dari segi fungsi, salur ini adalah tempat sperma mengalami permatangan
yang memakan masa antara 18 jam hingga 10 hari. Salur ini juga menyimpan
sperma dan menolaknya ke arah uretra semasa ejakulasi. Sperma boleh
tersimpan di salur ini sehingga empat minggu.

Duktus Vas Deferens


Duktus Vas Deferens dikenali juga sebagai salur semen (salur mani) yang
mempunyai salur sepanjang 45 cm. Fungsi duktus ini untuk menyimpan
sperma dan menolaknya ke arah uretra semasa ejakulasi.

Salur ejakulasi
Terdapat dua salur ejakulasi dimana masing-masing sepanjang 2 cm dan
berfungsi untuk menolak sperma ke uretra prostat.

Uretra
Uretra merupakan salur terakhir sistem pembiakan lelaki. Ia merupakan
laluan bagi sperma atau air kencing. Pada lelaki, uretra melalui kelenjar
prostat, diafragma urogenital dan penis.

SISTEM REPRODUKTIF
35

Rajah 2.6 : Struktur salur ditestis


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of
Human Anatomy and Physiology”)

v.Kelenjar seks aksesori


Jika salur-salur sistem pembiakan lelaki menyimpan dan mengangkut
sperma, kelenjar aksesori pula menghasilkan cecair yang menjadi sebahagian
kandungan mani.

Vesikel seminal
Vesikel seminal menghasilkan cecair yang pekat, bersifat alkali dan kaya
dengan fruktosa. Rembesan vesikel seminal penting untuk vialibiliti sperma.

Kelenjar prostat
Kelenjar ini menghasilkan cecair yang bersifat alkali dan penting untuk mobiliti
sperma. Cecair alkali meneutralkan keadaan asid di faraj wanita dan
menggalakkan pergerakan sperma.

Kelenjar bulbouretra
Kelenjar ini menghasilkan bahan beralkali yang berfungsi untuk melingdungi
sperma dengan cara meneutralkan asid di uretra.

SISTEM REPRODUKTIF
36

Rajah 2.7: Struktur salur di testis


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

vi.Semen (Mani)
Semen merupakan campuran sperma dan rembesan vesikel seminal kelenjar
prostat bulbouretra. Ia bersifat alkali, rembesan daripada kelenjar prostat
menjadikan mani berwarna keputihan susu, sementara cecair vesikel seminal
dan kelenjar bulbouretra menjadikannya bermukus. Ia juga meneutralkan
keadaan asid di uretra lelaki dan faraj wanita. Semen mengandungi antibiotik
yang dikenali sebagai seminalplasmin yang mempunyai keupayaan untuk
membunuh bakteria. Ini adalah untuk memastikan persenyawaan berlaku
tanpa gangguan.

SISTEM REPRODUKTIF
37

vii.Penis
Fungsi penis adalah untuk memasukkan sperma ke dalam faraj. Sewaktu
perangsangan seks, arteri yang membekalkan penis mengembang dan
banyak darah akan mengisi sinus darah. Ini menyebabkan penis menjadi
tegang. Semasa ejakulasi mani, spinkter di dasar pundi kencing tertutup bagi
menghalang kemasukkan mani ke dalam pundi kencing.

2.2.2 Sistem pembiakan wanita

Organ pembiakan wanita merangkumi ovari, salur uterus, faraj dan organ eksternal.

Rajah 2.8: Organ pembiakan wanita


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM REPRODUKTIF
38

i. Ovari

Ovari adalah kelenjar pembentuk ovum (sel telur) seberat tujuh gram, mempunyai
kepanjangan kira-kira 4 cm dan terletak di kanan dan kiri uterus. Ovari banyak
mengandungi ovum yang apabila matang dan tersenyawa oleh sperma akan
membentuk janin. Ovum ini telah terbentuk sejak diperingkat bayi lagi dan terdapat
kira-kira tujuh juta sel pada ketika itu. Kebanyakan ovum mengalami kerosakan dan
sewaktu kelahiran terdapat dua juta ovum dan 50% daripadanya mengalami atresia
(mengecut).
Diperingkat awal setiap kitaran haid, kelenjar pituitari menghasilkan hormon
perangsang folikel (FSH) yang menyebabkan ovum yang belum matang terangsang.
Kemudian, kira-kira dalam tempoh dua minggu selepas itu, satu lagi hormon
dihasilkan secara mendadak oleh kelenjar pituitari iaitu hormon peluteinan, dan
hormon ini menyebabkan ovum yang belum matang dikeluarkan dari ovari. Proses
keluarnya ovum dari ovari ini disebut sebagai ovulasi. Ovum ini kemudiannya
memasuki tiub fallopio. Sekiranya berlaku hubungan seks, sperma akan
mensenyawakan ovum di tiub fallopio tersebut. Ovum yang tersenyawa ini terus
beredar ke arah uterus untuk mengalami proses implantasi. Wanita yang hamil tidak
mempunyai haid sehinggalah beberapa minggu setelah melahirkan bayi. Jika ovum
yang matang dan berada di tiub fallopio tadi tidak mengalami persenyawaan, ia akan
rosak dan keluar bersama-sama darah haid dua minggu kemudiannya.
Selain itu, fungsi ovari adalah untuk menghasilkan hormon iaitu estrogen
yang berperanan dalam perkembangan organ-organ seks dan pembentukan ciri-ciri
tubuh wanita. Hormon lain yang dihasilkan adalah progesteron, penting untuk
mengekalkan proses kehamilan iaitu dengan menurunkan aktiviti otot-otot di uterus,
menebalkan dinding uterus dengan kelenjar tertentu dan membentuk salur darah di
uterus. Apabila wanita mencapau usia 45 – 50 tahun, ovarinya mengecil dan
penghasilan hormonnya juga menurun.

SISTEM REPRODUKTIF
39

Rajah 2.9: Peringkat perkembangan folikel ovari


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy
and Physiology”)

ii. Uterus

Merupakan satu organ berongga yang terletak di bahagian bawah abdomen. Uterus
adalah tempat perkembangan janin semasa kehamilan. Dinding uterus terdiri
daripada tisu otot yang dilapisi dengan membran mukus. Bahagian atas agak lebar
dan bercabang disebelah kanan dan kiri membentuk tiub fallopio. Bahagian bawah
pula mengecil membentuk pangkal uterus (serviks) dan faraj. Fungsi uterus
adalah membolehkan zigot menjalani implantasi. Semasa proses implantasi janin
perlu dijaga dengan rapi supaya tidak keguguran. Bekalan makanan kepada janin
pada sepanjang tempoh kehamilan disalurkan melalui plasenta yang berfungsi
sebagai paru-paru, hati, ginjal dan organ pencernaan janin pada awal
pembentukannya. Tali pusat pula terdiri daripada dua salur darah iaitu satu untuk

SISTEM REPRODUKTIF
40

mengangkut makanan dari darah ibu ke janin dan keduanya untuk mengangkut
bahan kumuh dari janin ke darah ibu.

iii. Faraj
Faraj merupakan saluran untuk aliran darah haid. Ia juga merupakan saluran dimana
zakar masuk melalui hubungan seks dan saluran akhir kelahiran bayi. Organ
berongga ini dilapisi dengan membran mukus dan otot-otot terdapat oada
dindingnya. Panjang faraj kira-kira 10 cm iaitu bermula dari serviks ke vestibul.
Pelinciran faraj semasa hubungan seks adalah akibat daripada rembesan mukus
yang dihasilkan oleh epitelium faraj. Otot di faraj terdiri daripada otot licin
longitudinal yang boleh teregang. Sifat ini penting bagi membolehkan faraj
menerima penis masuk semasa hubungan seks atau ketika melahirkan bayi.
Mukosa faraj mengandungi glikogen dengan banyak, apabila terurai membentuk
asid organik. Asid ini menjadikan pH di faraj rendah dan dengan ini pertumbuhan
mikroorganisma terhalang.

2.3 Proses fisiologi sistem reproduktif

Gametogenesis merupakan proses pembentukan sel-sel gamet di dalam organ pembiakan


lelaki dan wanita. Gametogenesis merangkumi spermatogenesis yang berlaku di dalam
testis dan oogenesis yang berlaku di dalam ovari.
Bilangan kromosom dalam sel soma manusia ialah 46, iaitu 2n=46. Ini bermakna
bilangan kromosom di dalam setiap sel soma seorang lelaki dan seorang wanita masing-
masing ialah 46. Jika sperma dan ovum yang dihasilkan masing-masing mengandungi 46
kromosom, maka zigot yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum
tersebut akan mengandungi 92 kromosom. Ini bukan zigot amnusia. Zigot manusia
mempuyai 46 kromosom. Bagaimanankah masalah ini diatasi? Kita bersyukur kepada
Tuhan kerana telah mewujudkan gametogenesis yang melibatkan proses meiosis. Ini
bermakna sperma dan ovum yang dihasilkan mengandungi 23 kromosom. Dengan
demikain, zigat yang terbentuk melalui persenyawaan sperma dengan ovum akan
mengandungi 46 kromosom. Inilah zigot manusia.

2.3.1 Pembentukan sperma

SISTEM REPRODUKTIF
41

Pembentukan sperma atau spermatogenesis berlaku di dalam tubul seminiferus


yang dilapisi sel-sel yang belum mengalami pengkhususan. Sel-sel ini dikenal
sebagai sel germa atau spermatogonium. Semasa perkembangan fetus lelaki dalam
uterus ibu dan semasa peringkat kanak-kanak, spermatogonium mengalami mitosis
secara berterusan.Selepas seorang budak lelaki mencapai akil baligh, barulah
sebahagian daripada spermatogonium mengalami spermatogenesis.
Sel germa primordium akan menghasilkan banyak spermatogonium yang
diploid melalui satu siri proses mitosis. Spermatogonium berkembang menjadi
spermatosit primer. Spermatosit primer kemudian mengalami meiosis I untuk
menghasilkan dua spermatosit sekunder yang haploid. Setiap spermatosit sekunder
akan mengalami meiosis II untuk membentuk dua spermatid. Maka, empat
spermatid terhasil daripada setiap spermatosit primer. Setiap spermatid mengalami
pertumbuhan dan pengkhususan untuk menjadi sperma yang haploid. Sperma
terdapat di dalam lumen tubul seminiferus. Dengan cara ini, berjuta-juta sperma
dihasilkan di dalam setiap tubul seminiferus.

SISTEM REPRODUKTIF
42

Rajah 2.10: Proses pembentukan sperma

(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of


Human Anatomy and Physiology”)

SISTEM REPRODUKTIF
43

2.3.2 Pembentukan ovum

Proses pembentukan ovum disebut oogenesis. Di dalam ovari fetus perempuan,


terdapat sejenis sel diploid yang disebut oogonium. Oogonium membesar dan
menjadi oosit primer. Oosit primer diselaputi dua atau lebih lapisan sel yang dikenal
sebagai sel folikel. Struktur ini dikenal sebagai folikel primer. Apabila dilahirkan, bayi
perempuan telah mempunyai berjuta-juta oosit primer di dalam ovarinya. Oosit
primer ini menjalani meiosis I tetapi terhenti di profasa I.
Perkembangan oosit primer atau sel telur yang belum matang ini hanya
berlaku apabila seorang budak perempuan mencapai akil baligh. Setiap bulan
beberapa oosit primer akan meneruskan meiosis I untuk membentuk oosit sekunder
yang lebih besar dan satu jasad kutub yang kecil. Kedua-dua selini bersifat haploid.
Oosit sekunder akan mengalami meiosis II sehingga peringkat metafasa II sahaja.
Oosit sekunder yang diselaputi lapisan sel folikel dikenalsebagai folikel
sekunder. Folikel sekunder ini akan membesar dan membentuk folikel Graaf. Folikel
Graaf yang mengandungi oosit sekunder akan pecah dan oosit sekunder akan
dibebaskan. Pembebasan oosit sekunder dari ovuri dikenal sebagai pengovulan.
Oosit sekunder akan memasuki tiub Fallopio dan melengkapkan pembahagian
meiosis II sebaik sahaja atu sperma menembusi oosit sekunder.
Pengovulan hanya berlaku pada salah satu ovari setiap bulan. Penghasilan
beribu-ribu oogonium dalam ovari fetus sehingga ke peringkat pengovulan oosit
sekunder berlaku secara teratur dan sistematik. Keseluruhan peringkat
perkembangan dan pembentukan gamet betina ini dikawal atur dengan begitu
sistematik oleh hormon-hormon tertentu. Kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana
mengurniakan sistem pembiakan yang begitu istimewa.

SISTEM REPRODUKTIF
44

Rajah 2.11: Proses pembentukan ovum


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human
Anatomy and Physiology”)

2.3.3 Kelenjar mamari

Kelenjar mamari yang juga dikenali sebagai kelenjar susu merupakan


pengubahsuain daripada kelenjar peluh. Bahagian dalam kelenjar ini terdiri daripada
15-20 lobus yang dipisahkan oleh tisu adipos (tisu lemak). Kuantiti tisu adipos adalah
menentukan saiz bagi kelenjar mamari. Saiz kelenjar mamari tidak menentukan
jumlah susu yang dihasilkan. Dalam setiap lobus, terdapat bahagian-bahagian yang
kecil yang dikenali sebagai lobul. Di lobul, terdapat banyak alveolus iaitu merupakan
sek yang menghasilkan susu.

Perkembangan kelenjar mamari dan penghasilan susu dikawal oleh hormon


estrogen dan progesteron. Estrogen merangsang pertumbuhan sistem alur susu
manakala progesteron merangsang perkembangan alvelolus. Selepas melahirkan
bayi, hormon prolaktin yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari wanaita menggalakkan

SISTEM REPRODUKTIF
45

sintesis susu. Pada peringkat permulaan, kelenjar susu menghasilkan cecair


kekuningan yang dikenali sebagai kolostrum. Kolostrum dan susu wanita
mengandungi laktosa dan lemak dan ia mencukupi untuk menampung keperluan
bayi sehingga susu sebenar terhasil pada hari keempat. Kolostrum dan susu wanita
ini mengandungi antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit
pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran.
Proses pengeluaran susu melibatkan mekanisme saraf-hormon yang
kompleks, iaitu:
i. Bayi menghisap puting susu
ii. Reseptor mekanikal di puting susu terangsang
iii. Rangsangan dihantar ke hipothalamus
iv. Hipothalamus menghantar maklumat ke pituitari posterior
v. Pituitari posterior menghasilkan oksitosin dan kemudian di bawa melalui darah ke
kelenjar penghasilan susu
vi. Oksitosis menyebabkan sel-sel miopitelium berkontraksi, dengan ini susu diperah
dan keluar melalui salur-salur di puting susu.

Rajah 2.12: Struktur kelenjar mamari


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human
Anatomy and Physiology”)

SISTEM REPRODUKTIF
46

2.4 Fungsi sistem reproduktif


Sistem reproduktif yang terdiri daripada sistem pembiakan lelaki dan wanita
berfungsi untuk menghasilkan zuriat bagi manusia. Selain itu, organ pembiakan lelaki iaitu
testis berfungsi menghasilkan sperma dan hormon seks bagi lelaki. Duktus dan kelenjar
pula membantu menyalurkan sperma ke trek reproduktif wanita. Bagi organ pembiakan
wanita iaitu ovari, berfungsi menghasilkan telur dan hormon seks wanita. Uterus pula
merupakan lokasi persenyawaan antara sperma dan ovum dalam perkembangan janin
semasa proses kehamilan berlaku.

2.5 Mekanisma homeostasis

2.5.1 Peranan hormon dalam kitaran haid

Pada hari pertama kitar haid bermula, kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH
ke dalam darah, Kedua-dua hormon ini diangkut oleh darah ke organ sasaran, iaitu
ovari. Di dalam ovari, FSH dan LH merangsang perkembangan beberapa folikel.
Walau bagaimanapun, hanya satu folikel yang akan berkembang dan merembeskan
hormon estrogen. Hormon estrogen diangkut oleh darah dari ovarike uterus. Di
dalam uterus, hormon estrogen merangsang penebelan endometrium yang sudah
terurai semasa haid antara hari pertama hingga hari kelima. Semasa endometrium
pada uterus sedang diperbaiki, perkembangan folikel di dalam ovari giat berlaku.
Apabila kepekatan hormon estrogen mula meningkat penghasilan FSH
menurun, maka perkembangan folikel yang baru dihentikan. Ini adalah salah satu
contoh mekanisme suap balik negatif. Kemudian, kepekatan hormon estrogen yang
tinggi sebaliknya merangsang kelenjar pituitari merembeskan FSH dan LH dalam
kuantiti yang banyak. Maka, pada hari yang ke-13 kepekatan FSH dan LH mencapai
aras yang paling tinggi dalam kitar haid. Kepekatan LH yang tinggi menyebabkan
pematangan folikel Graaf dan merangsang pengovulan. Semasa pengovulan, oosit
sekunder dari folikel Graaf dibebaskan ke tiub Fallopio. LH merangsang tisu folikel
yang tertinggal selepas pengovulan menjadi korpus luteum.
Korpus luteum merembeskan hormon progesteron dan estrogen. Hormon
proesteron menghalang penghasilan FSH dan LH oleh kelenjar pituitari. Selain itu,
hormon proesteron mengekalkan penebalan endometium pada uterus. Endometrium

SISTEM REPRODUKTIF
47

menjadi kaya dengan salur darah. Tujuannya adalah untuk membekalkan nutrien
kepada embrio jika penempelan berlaku setelah ovum disenyawakan.
Sekiranya persenyawaan tidak berlaku, korpus luteum akan terurai dan
penghasilan hormon proesteron berkurangan. Endometrium akan terurai dan
disingkirkan dari badan bersama darah melalui faraj. Ini merupakan hari pertama
haid. Kitar ini akan berulang.
Sebaliknya, jika persenyawaan berlaku antara ovum dengan sperma,
kehamilan bermula. Korpus luteum akan terus menghasilkan hormon estrogen dan
proesteron selama tiga hingga empat bulan selepas persenyawaan berlaku.
Kemudian, korpus luteum akan terurai dan plasenta akan menghasilkan hormon
estrogen dan progesteron sehingga bayi dilahirkan. Kepekatan hormon estrogen dan
progesteron akan meningkat semasa tempoh kehamilan. Hormon estrogen dan
progesteron merukan dua hormon yang sangat penting untuk mengekalkan
ketebalan endometrium dan memelihara fetus yang sedang bertumbuh atau
berkembang dalam uterus ibu.

SISTEM REPRODUKTIF
48

Rajah 2.12: Perubahan aras hormon

(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human


Anatomy and Physiology”)

SISTEM REPRODUKTIF
49

2.6 Penyakit

2.6.1 Gonorea

Merupakan suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria yang


dinamakan Neissria ganorrhoeae. Bakteria ini menyebabkan keradangan pada
lapisan membran mukus organ seks dan saluran kencing. Ia juga boleh menjangkiti
dan menyebabkan keradangan pada rektum, lapisan mukus dan tekak dan
konjuktiva mata (pada bayi yang baru lahir). Biasanya wanita berfungsi sebagai
pembawa penyakit dan tidak menunjukkan gejala ringan seperti keluar lelehan dari
faraj, sakit abdomen dan sering membuang air kecil. Bagi lelaki penghidap pula
menunjukkan gejala lelehan bernanah dari penis, rasa sakit dan pedih ketika
membuang air kecil.

Rajah 2.13: Penis yang dijangkiti bakteria


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

SISTEM REPRODUKTIF
50

2.6.2 Keradangan pinggul

Penyakit ini dihadapi oleh wanita dan dikenali sebagai salpingitis. Penyakit ini
disebabkan oleh bakteria pada tiub fallopio dan organ-organ disekitarnya seperti
uterus dan ligamen. Bakteria yang kerap memainkan peranannya adalah Neissria
ganorrhoeae dan beberapa mikroorganisma lain seperti Chlamydia trachomatis.
Penggunaan alat perancang keluarga, IUD juga boleh menjadi penyebab kepada
jangkitan penyakit. Gejala yang dialami adalah tidak menentu seperti rasa
sakit atai senak di abdomen, demam, uretrisis, keluar lelehan berbau busuk dari
kemaluan dan muntah-muntah.

Rajah 2.14: Tiub fallopio yang dijangkiti bakteria


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

2.6.3 Trikomoniasis

Sejenis penyakit tularan seks yang disebabkan oleh sejenis parasit bersel tunggal
(protozoa) yang dinamakan Trichomonas vaginalis. Parasit ini menjangkiti faraj
serta uretra dan kelenjar sekitarnya pada wanita dan prostat pada lelaki. Gejala
yang dialami oleh wanitaa penghidap ialah lelehan berwarna kuning atau

SISTEM REPRODUKTIF
51

kehijauan. Keradangan menyebabkan faraj kemerahan dan ini disebut sebagai


“strawberi”. Pesakit juga mengalami kegatalan di faraj. Bagi lelaki sebagai
pembawa, jarang mengalami gejala yang nyata. Kaedah yang digunakan adalah
melalui kaedah swab faraj serta pengamatan lelehan yang mengandungi parasit
tersebut menggunakan mikroskop. Lelaki yang kerap bertukar pasangan atau yang
melanggani pelacur boleh memindahkan penyakit ini kepada pasangannya yang
lain.

Rajah 2.15: Faraj yang telah dijangkiti parasit


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

2.6.4 Amenorea

SISTEM REPRODUKTIF
52

Merupakan penyakit ketiadaan haid pada wanita. Amenorea kerap berlaku dengan
masalah penghasilan hormon. Selain itu, kelainan uterus dan menarke yang
tertangguh. Menarke berlaku antara usia 10 hingga 17 tahun. Penyakit ini bersifat
sementara dan sebab yang paling utama ialah kehamilan. Ia juga boleh berpunca
daripada penyusuan bayi yang baru lahir atau juga bagi wanita yang mencapai usia
putus haid, terlalu gemuk dan terlalu kurus atau wanita yang menghidap barah ovari.

Rajah 2.16: Tiub fallopio dan ovari yang dijangkiti amenorea


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

2.6.5 Balanitis

Balanitis adalah keradangan pada penis dan membran mukus di sekelilingnya.


Kanak-kanak lelaki mungkin lebih kerap mengalaminya kerana akibat pemakaian
seluar yang lembap dan mencuci kemaluan dengan sabun secara berlebihan. Bagi
orang dewasa pula, ia mungkin disebabkan oleh penyakit tularan seks seperti
gonorea dan sifilis. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh dermatitis, erupsi
dadah, diabetes dan sebora. Individu yang tidak berkhatan lebih berkemungkinan

SISTEM REPRODUKTIF
53

mengalami balanitis kerana pengumpulan palat (smegma) yang menjadi sumber


pembiakan bakteria yang menyebabkan keradangan.

Rajah 2.17: Struktur penis yang mengalami keradangan


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You)

2.7 Rumusan

Sistem pembiakan sangat penting kerana sistem ini berperanan dalam mengembangkan
serta melahirkan zuriat manusia. Sistem pembiakan yang sihat dan baik dapat melahirkan
zuriat dengan sempurna. Oleh itu, setiap individu harus bijak menjaga kesihatan diri serta
menjaga organ pembiakan daripada terjerumus dengan masalah kesihatan yang boleh
membawa maut.

2.8 Rujukan

SISTEM REPRODUKTIF
54

Baharudin Omar & Mohd. Hamim Rajikin (1995). Pengenalan Sistem Tubuh dan
Penyakitnya. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Raman, Rubi Husain & M. Afandi Muhamad (1995). Fisiologi Manusia. Selangor :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor:
H.l Holdings Sdn. Bhd.

Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l
Holdings Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and
Physiology”. 9th edition. New York: McGraw Hill Companies, Inc.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/
MEDLINEPLUS/ency/ imagepages/ 19678.htm

Mike Walden (2009). TeachPE from http://www.teachpe.com/gcse.anatomy/


respiratory.php

SISTEM REPRODUKTIF

You might also like