You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

================================================================

3.0 Sistem Tenaga

3.1 Pengenalan 57

3.2 Struktur anatomi 58

3.3 Proses fisiologi 59

3.4 Fungsi sistem tenaga 66

3.5 Mekanisme homeostasis 66

3.6 Rumusan 67

3.7 Rujukan 68
56

3.0 Sistem tenaga

Rajah 3.1: Sistem tenaga bagi manusia


(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)

SISTEM TENAGA
57

3.1 Pengenalan

Manusia, sama ada semasa aktif atau berehat, sentiasa menukar tenaga dari satu bentuk
kepada bentuk yang lain. Umpamanya di dalam permainan badminton, tenaga digunakan
untuk mengekalkan aktiviti otot. Begitu juga di dalam aktiviti berlari dan melompat dan
pergerakan yang memerlukan koordinasi dan imbangan di mana tenaga diperlukan
berterusan.
Tenaga didefinisikan sebagai kapasiti melakukan kerja. Tenaga tidak boleh dicipta
atau dimusnahkan tetapi bertukar bentuk. Tenaga boleh terdapat dalam enam bentuk iaitu
kimia, mekanikal, haba, cahaya, elektrik dan nuklear. Tenaga yang dihasilkan semasa
pemecahan makanan diguna untuk menghasilkan kompaun kimia yang dikenali sebagai
adenosina trifosfat (ATP) yang disimpan dalam sel-sel otot. Apabila salah satu ikatan fosfat
pada ATP terurai, 7 hingga 12 kilokalori tenaga dihasilkan. Tenaga yang dihasilkan semasa
pemecahan ATP merupakan sumber tenaga serta-merta yang boleh digunakan oleh sel-sel
otot untuk melakukan kerja.

e
o
r
A
tb
s
i
m
e
a
n
S
A o
r
i
k
a
n
e
k
i
T
b g
a

Rajah 3.2: Jenis-jenis Sistem Tenaga

SISTEM TENAGA
58

3.2 Struktur sistem tenaga

Tenaga yang diperlukan bagi aktiviti fizikal adalah lebih tinggi berbanding dengan tenaga
yang diperlukan semasa rehat. Peningkatan aktiviti fizikal memerlukan lebih banyak
tenaga. Sebagai contoh semasa berenang dan berlari pecut, tenaga yang digunakan oleh
otot yang aktif adalah 100 kali lebih tinggi daripada tenaga semasa rehat. Aktiviti yang
berintensiti rendah seperti maraton, memerlukan tenaga sehingga 20 hingga 30 kali ganda
daripada semasa rehat. Oleh itu penggunaan tenaga bergantung kepada intensiti, masa
latihan dan tahap kecergasan individu.
Terdapat tiga sistem asas di mana ATP boleh dibekalkan ke sel-sel otot untuk
menghasilkan pergerakan. Dua daripadanya tidak memerlukan oksigen dan dipanggil
sistem anaerobik. Sistem yang ketiga memerlukan oksigen dan dikenali sebagai sistem
aerobik. Sistem anaerobik dipecahkan kepada dua iaitu sistem alaktik dan sistem laktik.

Rajah 3.3: Penghasilan ATP


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM TENAGA
59

3.3 Proses fisiologi sistem tenaga

i) Anaerobik alaktik (ATP-PC)


Aktiviti yang melibatkan masa yang singkat dan berintensiti tinggi seperti lari pecut
100 meter dan berenang 25 meter memerlukan tenaga serta merta yang dibekalkan
daripada penguraian Adinosina Trifosfat (ATP) dan Fosfokreatin (PC). Ia juga
dikenali sebagai sistem fosfagen. Hasil akhir pemecahan ini ialah Kreatin (C) dan
fosfat bukan organik (Pi). Tenaga yang terhasil daripada pemecahan PC di sintesis
semula bagi menghasilkan ATP. Jumlah ATP yang dapat disimpan di dalam otot
adalah sedikit mengakibatkan pengurangan tenaga berlaku dengan cepat apabila
aktiviti yang berintensiti tinggi dilakukan. Simpanan ATP pada otot rangka adalah
sedikit. Simpanan ini akan berkurangan dengan cepat apabila aktiviti berintensiti
tinggi dilakukan. Tenaga hanya boleh dibekalkan bagi tempoh 10 saat.

Rajah 3.4: Sistem ATP-PC


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM TENAGA
60

ii) Anaerobik laktik (Asid Laktik)

Sistem ini membekalkan tenaga hasil daripada pemecahan glukosa yang diperolehi
daripada karbohidrat yang tercerna atau glikogen yang tersimpan dalam otot atau
hepar. Sistem ini tidak memerlukan oksigen untuk memecahkan glukosa. Proses
penghasilan tenaga ini dikenali sebagai glikolisis anaerobik iaitu glikosos berpecah
menjadi asid piruvik dan menukar menjadi asid laktik dengan ketiadaan oksigen.
Sistem ini juga menghasilkan asid laktik yang boleh melesukan otot apabila
kandungannya dalam darah terlalu banyak. ATP yang dihasilkan melalui sistem ini
melebihi jumlah ATP yang diperolehi dari sistem anaerobik alaktik (ATP-PC). ATP
daripada sistem ini cukup untuk menjana aktiviti fizikal berintensiti tinggi selama 1-3
minit seperti bola sepak dan hoki.

Rajah 3.5: Sistem Asid Laktik


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM TENAGA
61

ii) Aerobik

Sumber tenaga ini melibatkan pengeluaran ATP daripada pelbagai bahan bakar
dengan penggunaan oksigen. Sumber utama ialah karbohidrat dan lemak. Sistem ini
menghasilkan paling banyak ATP. Ini membolehkan aktiviti fizikal dilakukan dalam
jangka masa yang panjang tetapi berintensiti rendah dan sederhana. Pengeluaran
ATP melalui sistem ini agak perlahan berbanding dengan sistem yang lain dan
memakan masa melebihi tiga minit kerana oksigen perlu disalurkan ke otot melalui
saluran darah. Dengan kehadiran oksigen, asid piruvik berpecah menjadi karbon
dioksida dan air serta membebaskan ATP. Penghasilan ATP adalah melalui tiga
proses utama iaitu glikolisis, kitaran kreb dan sistem pengangkutan elektron.

i. Glikolisis
Mekanisme proses glikolisis boleh berlaku secara anaerobik dan aerobik.
Tindakan kimia sama yang berlaku tetapi hasil sampingan ini yang
membezakan proses yang berlaku secara anaerobik dan aerobik. Dalam
glikolisis anaerobik, asid piruvik bertukar menjadi asid laktik.

ii. Kitaran kreb


Merupakan siri tindakan kimia yang mengoksidakan sepenuhnya enzim
Acetyl CoA. Pada akhir siri tindakan, dua mol ATP akan terbentuk dan
karbohidrat akan dipecahkan ke bentuk karbon dan hidrogen. Karbon akan
bergabung dengan oksigen untuk membentuk karbon dioksida. Karbon
dioksida dinyahkan daripada sistem fisiologi memerusi sistem respiratori.

iii. Pengangkutan elektron


Hidrogen ialah unsur yang dibebaskan menerusi proses glikolisis dan Kitaran
kreb. Hidrogen akan bergabung dengan dua koenzim yang dikenali sebagai
NAD (nicotinamide adenine dinucleotide) dan FAD (flavin adenine
dinucleotide). Enzim-enzim NAD dan FAD membawa atom hidrogen ke RPE.
Pada rantaian ini, berlaku proses pemecahan hidrogen kepada elektron dan
proton.

SISTEM TENAGA
62

Elektron pada RPE berfungsi untuk membolehkan proses fosforilasi adenosin


dwifosfat (ADP) bagi membentuk ATP. Jumlah ATP yang boleh dijana
daripada tindakan ini adalah 34 mol tetapi mekanisme penjanaan ATP
berlaku tanpa had. Pada akhir proses RPE, ion-ion H+ akan bergabung
dengan oksigen untuk membentuk air. Proses ini bertujuan untuk
mengelakkan pengasidan sel otot. Keadaan ini adalah sebab utama
mengapa kelesuan otot yang dialami ketika melakukan aktiviti daya tahan
tidak kronik seperti ketika melakukan aktiviti-aktiviti berasaskan kekuatan dan
kuasa.

Rajah 3.6: Sistem Oksigen


(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)

SISTEM TENAGA
63

iv. Kelesuan otot

Kelesuan merujuk kepada kemerosotan kapasiti otot meregang dengan stimulasi


yang berulang. Keadaan ini menyebabkan prestasi individu menurun. Perbincangan
tentang kelesuan memberi tumpuan kepada:

i. Sistem tenaga (ATP-PC, glikolisis dan pengoksidanan)


ii. Pengumpulan hasil sampingan metabolik
iii. Sistem saraf
iv. Mekanisme kegagalan penguncupan gentian

Faktor-faktor yang menyebabkan kelesuan otot:

i. Pengumpulan asid laktik

Asid laktik menyebabkan kelesuan kerana pemecahan karbohidrat yang tidak


sempurna. Tindakbalas ini berlaku dalam fiber otot. Simpanan glikogen ditukarkan
menjadi glukosa dan kemudiannya ditukarkan oleh enzim kepada asid laktik bagi
menghasilkan ATP. Tindak balas ini dinamakan glikolisis anaerobik. Jika asid laktik
terkumpul dalam otot dengan banyak mengakibatkan toksik. Keadaan ini
mengakibatkan kelesuan dan ketegangan pada otot.

ii. Kekurangan simpanan ATP dan PC

Fosfokreatin (PCr) digunakan dalam sistem anaerobik untuk membina ATP dan
kemudiannya mengekalkan simpanan ATP dalam badan. Kajian biopsi menunjukkan
penguncupan otot berulangulang secara maksima menunjukkan kelesuan berlaku
bersama dengan pengurangan fosfokreatin. Sistem ATP-PCr berintensiti tinggi.
Sistem ini mengakibatkan aras ATP menjadi berkurangan. Pada paras kelesuan
yang tinggi, kedua-dua ATP dan PCr menjadi kurang.

SISTEM TENAGA
64

iii. Kekurangan simpanan glikogen otot

Aras ATP otot dikekalkan melalui pemecahan glikogen otot disebabkan oleh sistem
aerobik dan anaerobik. Bagi acara yang berpanjangan, glikogen otot menjadi
sumber utama untuk sintesis ATP. Malangnya simpanan glikogen adalah terhad dan
boleh berkurang dengan cepat. Apabila PCr digunakan, kadar pengurangan glikogen
otot dikawal oleh intensiti aktiviti. Peningkatan kadar kerja tidak berkadar terus
dengan pengurangan glikogen otot. Sebagai contohnya, semasa lari pecut glikogen
otot digunakan 35 hingga 40 kali lebih cepat daripada aktiviti berjalan. Oleh itu
kelesuan dalam aktiviti yang berintensiti tinggi disebabkan oleh kekurangan
simpanan glikogen otot.

Cara untuk melengahkan kelesuan otot

Bagi mengelakkan kelesuan, atlit mesti mengawal kadar kerja melalui rentak larian
yang sesuai bagi memastikan PCr dan ATP tidak kehabisan. Jika pada permulaan
larian terlalu cepat mengakibatkan simpanan ATP dan PC berkurang dengan cepat.
Keadaan ini menyebabkan kelesuan berlaku lebih awal dan atlit gagal mengekalkan
rentak larian sehingga fasa terakhir. Latihan dan pengalaman dapat membantu atlit
menilai rentak larian yang optima bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan
ATP dan PC.

SISTEM TENAGA
65

3.3.1 Ciri-ciri umum Sistem Tenaga

Sistem Anaerobik Anaerobik Laktik Sistem Aerobik


Alaktik
Sumber Glukosa/glikogen,
Fosfokreatin Glukosa/glikogen
makanan/kimia lemak, protien
Keperluan oksigen Tidak perlu Tidak perlu Perlu
Kelajuan Sangat pantas Pantas Perlahan
Penghasilan ATP Sedikit dan Sedikit dan Banyak dan tidak
terhad terhad terhad
Jangka masa 10 saat 1-3 minit Melebihi 3 minit
Jenis aktiviti Berintensiti
Berintensiti Berintensiti
rendah dan
tinggi tinggi
sederhana
Contoh sukan 100m dan 200m 800m Marathon
Jadual 3.1: Ciri-ciri sistem tenaga

Rajah 3.7: Peratus penghasilan sistem Tenaga


(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)

3.4 Fungsi sistem tenaga

SISTEM TENAGA
66

Tenaga ialah kuantiti yang diperlukan untuk berfungsi dan menjalankan kerja serta aktiviti
harian. Tenaga yang digunakan oleh sistem biologi manusia adalah dalam bentuk
adenosina trifosfat (ATP). Peratusan kuantiti penggunaan ATP oleh sistem biologi untuk
bertukar menjadi haba adalah sebanyak 60%-70% manakala bakinya sebanyak 30%-40%
digunakan untuk melakukan aktiviti fizikal.

3.5 Mekanisme homeostasis

3.5.1 Langkah untuk meningkatkan simpanan sumber tenaga

Perkara yang paling penting dalam konsep tenaga adalah bahan api yang
dibekalkan semasa latihan. Apabila kita mengetahui tentang bahan api yang
dibekalkan kepada otot rangka semasa latihan penting dalam menentukan
pemakanan yang sesuai.
Bekalan bahan api yang dimaksudkan ialah jenis makanan yang boleh
menghasilkan ATP semasa latihan. Terdapat tiga sumber kelas makanan utama
yang menghasilkan tenaga iaitu karbohidrat, lemak dan protein. Bekalan tenaga
yang dikeluarkan akibat pemecahan tiga jenis makanan ini boleh digunakan bagi
sistem aerobik untuk menghasilkan ATP. Oleh itu, karbohidrat memainkan peranan
utama sebagai sumber tenaga utama. Selain itu juga, makanan yang perlu dimakan
mesti memberi tumpuan kepada karbohidrat. Walaupun protein boleh digunakan
sebagai sumber tenaga apabila sumber-sumber lain sudah kehabisan seperti
keadaan kesuburan. Lemak apabila dibakar akan dipecahkan kepada asid lemak
dan gliserol. Asid lemak disimpan sebagai tisu adipos atau beredar dalam darah.
Bahan kimia ini boleh menghasilkan ATP melalui tindakbalas kimia.

SISTEM TENAGA
67

Rajah 3.8: Penghasilan simpanan sumber tenaga


(Sumber: Shergill (2008). “Health Mad”)

3.6 Rumusan

Berdasarkan ciri-ciri sistem tenaga yang telah dibincangkan, penggunaan dominan


sesuatu sistem tenaga untuk menjana ATP bagi mendapatkan bekalan tenaga adalah
ditentukan oleh jenis aktiviti fizikal yang hendak dilakukan. Dengan yang demikian,
perancangan program latihan yang berkesan memerlukan kefahaman jelas hubungkait
yang wujud antara sistem tenaga dengan jenis aktiviti yang dilakukan.

SISTEM TENAGA
68

3.7 Rujukan

Baharudin Omar & Mohd. Hamim Rajikin (1995). Pengenalan Sistem Tubuh dan
Penyakitnya. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Raman, Rubi Husain & M. Afandi Muhamad (1995). Fisiologi Manusia. Selangor :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor:
H.l Holdings Sdn. Bhd.

Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l
Holdings Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
imagepages/ 19678.htm

Mike Walden (2009). TeachPE from http://www.teachpe.com/gcse.anatomy/


respiratory.php

M. Geoffs (2009). “Wellsphere: Health knowledge made personal”. Retrieved


Oktober 10, 1993 from http://stanford.wellsphere.com.

Shergill (2008). “Health Mad”. Retrieved August 28, 2006 from


http://optimizedby.rmxads/iframes3

SISTEM TENAGA

You might also like