You are on page 1of 5

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN 2009

JALINAN MESRA GEMILANG TERCIPTA


IPG KAMPUS SARAWAK, MIRI,
EASTWOOD VALLEY GOLF & COUNTRY CLUB
19 NOVEMBER 2009

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Y.Bhg. Dr. Zulmahari bin Hj Merawi


Pengarah IPG Kampus Sarawak, Miri

Y.Berusaha Puan Tumerah binti Hj Rosmin


Timbalan Pengarah IPG Kampus Sarawak, Miri

Puan Lany Bala Aching


Ketua Pensyarah Penasihat
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Sdr. Abg. Mohd Shukri bin Abg. Muis


YDP Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Barisan Exco JPP

Ketua-ketua Jabatan, para pensayarah dan staf sokongan

Guru-guru Pelatih serta para hadiri yang saya hormati

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SELAMAT SEJAHTERA

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya jua dapat saya

bersama-sama tuan/puan para hadirin semua dalam Majlis Jamuan Akhir Tahun 2009 IPG

Kampus Sarawak, Miri yang bertema Jalinan Mesra Gemilang Tercipta. Sekalung tahniah

dan syabas kepada saudara Abg. Mohd Shukri Bin Abg. Muis, YDP Jawatankuasa Perwakilan

Pelajar dan Barisan Exconya JPP Sesi 2008/2009 IPG Kampus Sarawak, Miri yang telah

berjaya menganjur dan mengelola Majlis Jamuan Akhir Tahun bagi kali ini. Saya juga
berterima kasih kepada Y.Bhg. Dr. Zulmahari dan seluruh warga IPG Kampus Sarawak kerana

menjemput saya untuk hadir majlis ini.

Para hadirin yang saya hormati sekelian

Aktiviti sebegini rupa sememangnya dialu-alukan kerana ia merupakan satu cerminan awal

yang memberi ruang dan peluang kepada guru pelatih mengasah bakat kepimpinan dan

menunjukkan guru pelatih kita mampu menjadi pendidik yang dinamik pada masa hadapan.

Aktiviti sebegini jelas dapat memupuk dan membina cirri-ciri kepimpinan yang cukup baik

bagi bakal pendidik dalam mengharungi dunia pendidikan dan cabaran dunia kehidupan

sebenar. Penganjuran aktiviti melalui JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) dapat

memberikan pengetahuan serta pendedahan dalam menjadi pengurus yang baik di samping

menjadi pendidik yang gemilang lagi berhemah. Kita juga boleh melihat aktiviti sebegini

dapat merapatkan ikatan silaturrahim yang telah terbina dengan lebih erat dan mesra. Oleh

itu, setiap guru pelatih perlu mengambil bahagian dalam apa-apa sahaja aktiviti yang

dianjurkan sama ada di peringkat BPG mahupun IPG seluruh Malaysia sebagai peluang

latihan diri untuk menjadi pendidik yang mampu menjadi pengurus dan perancang yang

baik.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian

Jika kita lihat kepada perkembangan bidang pendidikan, guru merupakan akitek sosial

kepada generasi masa depan. Guru juga, kita kenal sebagai pendidik dan agen perubahan

dan juga penggerak utama ke arah masa depan Negara yang gemilang. Oleh itu, sebagai

pendidik, guru pelatih seharusnya sentiasa menyedari akan peranan dan tanggungjawab

masing-masing untuk melahirkan dan membangunkan insan berkualiti yang berhemah dan

berwawasan.
Para hadirin sekelian

Perkara yang saya sebutkan ini, bukanlah satu kerja yang mudah tetapi memerlukan

komitmen yang tinggi dari semua pihak, bermula dengan Pengurusan Tertinggi, Pengarah,

Timbalan Pengarah, semua pensyarah, pendidik guru dan juga para guru pelatih sendiri.

Gunakanlah segala peluang yang tersedia untuk menimba ilmu dan memperkasakan diri

dalam usaha menjadi pendidik yang gemilang. Namun, seperkara yang perlu diingat

bahawa “Kejayaan Yang Kita Perolehi, Adalah Hasil Perancangan Yang Kita Buat Sendiri”.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian

Meneliti kepada keperluan kita memenuhi kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP) 2006 – 2010), setiap daripada kita perlu siap-siaga untuk menjadikan diri kita sebagai

pendidik yang gemilang. Guru pelatih seharusnya sentiasa mengamalkan serta menerapkan

budaya-budaya iPG sebagai satu platform ke arah menjadi pendidik seimbang dalam

pelbagai aspek.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian

Budaya kecemerlangan IPG bukan sekadar sebagai satu laungan semata-masa tetapi

perlulah sentiasa menjadi pegangan dalam kehidupan bakal pendidik. Konsep 1 Malaysia

yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, akan kita garap dan jadikan ia

sebagai satu cabaran kita di IPG seluruh Malaysia untuk menjadi penggerak utama gagasan

1 Malaysia. Kepelbagaian kaum, suku etnik dan kepelbagaian budaya merupakan satu

kelebihan di IPG amnya dan IPG Kampus Sarawak , Miri, khususnya dalam menjadi model

terbaik pemupukan semangat 1 Malaysia.

Ini adalah kerana Kampus IPG seluruh Negara mempunyai warga pendidik guru dan guru

pelatih yang kaya dengan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
dan etnik. Kita terdiri dari kaum Melayu, Cina, India dan belasan masayarakat orang asli di

Semenanjung dan puluhan suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak. Dan, ditambah pula di

IPG Kampus Sarawak, Miri, yang amat dekat dengan pedalaman Ulu Baram dan Bario, yang

secara tradisinya merupakan tempat asal dan tempat tinggal Orang Ulu yang terdiri dari

kaum Penan, Kayan, Kenyah, Saban, Punan dan Kelabit.

Malah IPG Kampus Sarawak, Miri, merupakan satu daripada 5 kampus IPG yang melatih

khusus guru pelatih dalam program ijazah sekolah rendah dalam pedagogi peribumi.

Justeru itu, majlis seumpama ini, amat dialu-alukan sebagai platform mengeratkan

silaturrahim antara seluruh warga IPG yang kepelbagaian etnik dan budaya.

Di samping itu saya berharap agar semua warga IPG terutamanya guru pelatih menyedari

majlis sebegini juga penting dalam usaha untuk membangunkan guru yang berkebolehan

dalam pelbagai bidang, guru yang berhemah, bermasyarakat, yang ada kemahiran

berhubung dengan masyarakat setempat, guru dan pendidik yang berakhlak mulia, yang ada

toleransi dengan orang lain, yang menghormati dan menyayangi satu sama lain, pendidik

yang dapat menyumbang kepada diri, keluarga, bangsa dan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian

Syabas dan tahniah saya ucapkan kerana tuan/puan telah memilih profesion guru dan

pendidik sebagai pilihan utama. Seharusnyalah tuan/puan memperkasakan profesion

keguruan dengan cara melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan peningkatan

profesionalisme secara berterusan serta menguasai kemahiran kompetensi, dengan

memiliki sifat-sifat terpuji dan berhemah supaya tuan/puan boleh dijadikan model, contoh

dan tauladan.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian


Sebagai guru dan pendidik, tuan/puan akan dapat banyak pahala, kebaikan dan kebajikan

yang tertinggi kerana sentiasa berusaha dan berjaya membangunkan insaniah dan sahsiah

diri, individu manusia dan harta intelek negara. Dan selagi ilmu itu dimanfaatkan, selagi

itulah kita dirahmati Allah, budi kita dikenang orang hingga ke akhir hayat sebab kita bukan

sahaja memberi ilmu menjadikan orang pandai tetapi membolehkan dia bekerja dan

menyumbang seumur hidup.

Tuan-tuan dan puan-puan para hadirin sekelian

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada Abg Mohd Shukri

b. Abg Muis, YDP dan barisan exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009 dan

semua pihak yang menjayakan Majlis Jamuan Akhir Tahun IPG Kampus Sarawak, Miri, bagi

Tahun 2009.

Akhir kata, dengan meminjam slogan untuk mengaplikasikan konsep 1 Malaysia, saya ingin

berpesan kepada Pengurusan Tertinggi, Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua Pensyarah

dan Pendidik IPG Kampus Sarawak, Miri, iaitu “IPG : Pelajar Harus Didahulukan, Pencapaian

Harus Diutamakan.” Semoga keperluan dan kebajikan para pelatih dapat dijaga sebaik

mungkin.

Dan, untuk makluman tuan/puan, saya bersama 2 orang pegawai BPG, hadir di majlis

malam ini bersama seluruh warga IPG Kampus Sarawak, Miri, atas semangat untuk meraikan

2 dalam 1 iaitu: Sekalung Budi kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, para Pensyarah dan

semua Staf atas penghargaan jasa dan pengorbanan semua; Dan Segunung Harapan kepada

setiap seorang daripada guru pelatih agar menjadi guru dan pendidik yang gemilang.

Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

You might also like