You are on page 1of 5

KOMPONEN II

(Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam)

TUGASAN INDIVIDU

Soalan 2A

Perkhidmatan secara profesionalime bermakna setiap anggota organisasi harus


mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi
menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Menyelesaikan masalah secara
profesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Untuk itu,
setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan
dan kemahiran sedia ada.

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55

Bagaimanakah penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkan tahap


profesionalisme selaras dengan teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010?

Dalam menghayati teras kelima dalam Pelan Induk pembangunan Pendidikan


2006-2010 kita perlu tahu apakah isi-isi yang terkandung dalam teras kelima Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 ini. Dalam teras kelima, pelbagai langkah
telah dikenalpasti untuk memartabatkan profesion keguruan dalam mengharungi arus
globalisasi yang semakin berkembang dengan pesat selari dengan perkembangan
sains dan juga teknologi. Antaranya ialah meningkatkan tahap profesionalisme
berdasarkan kepada ketinggian ilmu samada melalui ilmu berkaitan kemahiran
mahupun intelek. Dalam konteks kita sebagai seorang guru, usaha utama dalam
meningkatkan profesionalisme keguruan adalah dengan meningkatkatkan lagi teknik-
teknik pengajaran dalam bilik darjah. Ianya dapat dilaksanakan dengan menguasai
beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi
dengan kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam menghayati nilai-nilai yang disebutkan
dalam perenggan di atas selaras dengan teras kelima Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, salah satu usaha bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan
adalah dengan cara peningkatan kendiri. Secara ringkasnya saya membahagikan
peningkatan kendiri ini kepada beberapa bahagian iaitu; yang pertama adalah melalui
penyelidikan tindakan, keduanya adalah dengan menggunakan pendekatan
muhasabah diri atau refleksi, seterusnya adalah membudayakan ilmu dan yang terakhir
sekali adalah elektronik pembelajaran atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran.
Selain daripada itu, guru-guru juga boleh meningkatkan tahap profesionalisme mereka
melalui latihan dalam perkhidmatan serta kerjasama profesional ataupun kolaborasi
sesama guru yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama.

Penyelidikan tindakan merupakan satu bidang soal selidik dan kajian berbentuk
refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu. Ianya
dilakukan bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan
pendidikan atau sosial. Melalui cara ini ianya dapat menggalakan guru dan pendidik
membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dijumpai semasa
menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki kelemahan dan
kekurangannya. Oleh sebab penyelidikan tindakan mengutamakan amalan pendidikan
di dalam bilik darjah , maka ia dapat merapatkan jurang di antara teori dengan praktis
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina
kemahiran mengajar dengan lebih berguna serta berkesan. Hasil kajian yang didapati
melalui penyelidikan tindakan bukan sahaja akan membolehkan guru meningkatkan
kemahirannya dalam aktiviti pengajaran, tetapi juga membolehkan guru berpeluang
mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya mencuba sesuatu kaedah
mengajar baru yang lebih sesuai. Melalui penyelidikan tindakan juga, guru dapat
meneliti aktiviti pengajarannya secara terperinci dengan aktiviti pengajaran pada masa
depan. Dengan menjalankan penyelidikan tindakan,guru dapat dilatih untuk
meningkatan kemahiran-kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data,
menganalisis, menilai, menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi
meningkatkan tahap ilmu pengatahuan dan imejnya dalam profesion keguruan. hasil
dapatan diperolehi melalui penyelidikan tindakan dan didokumentasikan dalam bentuk
tulisan merupakan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi
juga sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di
sekolah lain.

Selain daripada penyelidikan tindakan, salah satu lagi cara yang dapat
meningkatkan profesionalisme keguruan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 adalah pengamalan reflektif. Amalan refleksi amat penting untuk
peningkatan profesionalisme keguruan kerana guru dapat menggunakan teori
pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta
pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan
teknik mengajar kearah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Dibawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses
seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan
yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk
memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan
dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

Bagi membolehkan guru-guru sentiasa berdaya saing dalam kepesatan sains dan
teknologi, amalan membudayakan ilmu harus disematkan dalam diri setiap insan
bergelar guru kerana ilmu yang diperoleh boleh dimanfaatkan ketika pengajaran dan
pembelajaran dan tidak hanya tertumpu kepada buku-buku yang diedarkan oleh pihak
kerajaan di sekolah-sekolah sebagai rujukan. Membudayakan ilmu boleh dipecahkan
kepada enam cabang yang tertentu iaitu;

 Budaya membaca: iaitu sentiasa memperolehi minat dan rajin membaca dengan
tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri.

 Budaya berfikir: iaitu sentiasa berusaha meningkatkan dan memperkayakan


pemikiran sendiri melalui proses analisis, sintesis dan kritis.

 Budaya belajar: iaitu sentiasa berusaha menambah dan mengembangkan ilmu


pengetauan dan kemahiran melalui berbagai proses pembelajaran.

 Budaya berkarya: iaitu sentiasa berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan atau


kemahiran dengan lisan ataupun secara bertulis sebagai sumbangan untuk
dimanfaatkan oleh ahli-ahli masyarakatnya.

 Bermusyawarah: iaitu pengurusan dan proses membuat keputusan tentang hal


pendidikan dijalankan secara muafakat atau musyawarah dalam semangat
berpasukan.

 Refleksi: iaitu proses penilaian kendiri, menimbangkan hasil dapatan daripada


kajian kes pendidikan dengan tujuan menyedari dan memahami kekuatan dan
kelemahannya, dan mencari ikhtiar untuk mengatasi bidang kelemahan tersebut.

Dengan adanya pembudayaan ilmu di sekolah mahupun di mana-mana, ianya


bukan sahaja dapat menjadi tauladan yang murni kepada murid-murid sekaligus dapat
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan secara tidak langsung. Selain dapat
meningkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing pembudayaan ilmu juga
dapat mempertingkatkan kemahiran seseorang guru itu dalam menangani pelbagai
permasalahan dengan lebih profesional malah dapat menghasilkan perkhidmatan yang
lebih efisien dan efektif di mana ianya juga dapat menambah kecekapan sesebuah
organisasi itu.
Sejak dekad 70-an, oleh kerana perkembangan sains dan teknologi dengan pesat serta
canggih, khasnya penciptaan alat media elektronik dan komputer, pelbagai jenis
pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan untuk kegunaan di institusi pendidikan
demi menangani tuntutan semasa serta cabaran masa depan. Diantara jenis
pendidikan baru diperkenalkan ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer,
Pendidikan Terbuka, pendidikan Radio dan Televisyen, On-Line Tutorial dan
sebagainya. Dengan adanya kemudahan yang canggih dan berteknologi tinggi, para
guru lebih senang untuk mengakses maklumat-maklumat yang diperlukan hanya
dihujung jari. Oleh itu bagi meningkatkan tahap profesionalisme dikalangan guru-guru di
Malaysia, guru hendaklah menjadi lebih proaktif dalam mencari maklumat seiring
dengan perkembangan teknologi di seluruh dunia. Oleh yang sedemikian guru-guru
tidak akan ketinggalan dalam mempelajari ilmu Allah yang sangat luas. Di samping
dapat mempertingkatkan kemahiran dalam bidang yang diceburi, ianya juga diharap
dapat membantu dalam mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran
supaya tidak menjadi bosan sekaligus dapat memberi perkhidmatan yang terbaik
kepada pelanggan iaitu murid-murid yang bakal menjadi penentu masa depan negara
seterusnya dapat melonjakkan tahap profesionalisme keguruan ke tahap yang lebih
tinggi.

Penghayatan nilai yang dapat meningkatkan profesionalisme keguruan selaras


dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 adalah melalui Kursus
Dalam perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Perubahan dan perkembangan dalam
sistem pendidikan menjadikan tugas guru semakin mencabar dan berbeza.
Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat yang berakhlak mulia dan berani akan
meningkatkan lagi tahap profesionalisme seorang guru. Jadi, kursus-kursus yang
dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri haruslah
dihadiri oleh guru. Contohnya ialah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus
Peningkatan Profesionalime Keguruan. Kursus seperti ini sudah tentunya akan
membantu guru meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan
mencabar. Secara tidak langsung juga, peningkatan kemahiran itu akan bertambah lagi
apabila guru berkenaan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak
berkesempatan dan berpeluang menghadiri kursus seperti ini. Di samping itu,
peningkatan kendiri seseorang guru dapat dibuat melalui usaha kerjasama dengan
guru-guru lain yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama di
mana ia boleh disebut sebagai kerjasama profesioanal ataupun kolaborasi. Kerjasama
ialah sikap saling membantu atau tolong-menolong. Jadi, kolaborasi berbentuk
profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat-matlamat pendidikan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam pentadbiran itu juga, ciri-ciri seperti kolaboratif,
koperatif dan kesejawatan mestilah dimiliki oleh guru untuk kemajuan sekolah
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah dapat dihayati dalam menguasai nila
yang disebutkan iaitu ilmu pengetahuan dan juga kemahiran. Bagi membolehkan
seseorang guru khususnya dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan dalam
menongkah arus pemodenan yang semakin mencabar pada masa kini yang menuntut
guru untuk lebih berilmu pengetahuan dari pelbagai aspek di samping kemahiran-
kemahiran lain bagi membolehkannya memberi perkhidmatan yang efesien dan efektif
kepada pelanggannya. Oleh itu, ilmu merupakan perkara yang amat penting dalam
meningkatkan profesionalisme keguruan kerana dengan adanya ilmu serta kemahiran,
banyak permasalahan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan dan cekap. Oleh itu
guru adalah disaran untuk menguasai seberapa banyak ilmu pengetahuan yang ada
kerana ilmu pengetahuan dapat mendorong seseorang itu bersikap lebih matang dan
profesiional dalam menghadapi sebarang permasalahan yang timbul kelak.

You might also like