You are on page 1of 20

1

1.0 PENGENALAN

Pembentukan negara bangsa merupakan satu usaha yang paling mencabar bagi sesebuah
negara yang mempunyai kumpulan kaum yang majmuk. Amalan ialah perbuatan yang
biasa dilakukan, kebiasaan, manakala sistem sosial ialah satu tingkah laku atau Organisasi
yang saling berkaitan dengan hak dan kewajipan yang ditentukan oleh masyarakat bagi
orang yang menduduki posisi tertentu di dalam masyarakat. Sistem sosial merangkumi
aspek politik, ekonomi, budaya, pendidikan, agama dan hukum. Kesan daripada peristiwa
13 Mei telah menunjukan betapa pentingnya perpaduan kaum. Justeru itu jelaslah bahawa
perpaduan amat penting bagi negara kita yang mempunyai penduduk yang majmuk. Antara
amalan yang dapat dilihat dengan jelas berkenaan dengan isu perpaduan adalah kontrak
sosial.

Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta
India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak. Ianya
adalah bertujuan untuk:

i. menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing - masing.


ii. memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa
menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii. memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun
kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv. memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan
kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.

Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para
pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan
MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan
masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.
Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui
kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah
bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.
2

Isu kontrak sosial ini sering ditimbulkan dan dipertikaikan mungkin kerana
kontrak sosial ini telah dibentangkan kepada masyarakat sebagai satu persetujuan antara
elit pada masa tertentu, dalam keadaan tertentu. Ini menyebabkan generasi baru
menganggapnya sebagai tidak lagi relevan. Rakyat Malaysia perlu memahami kontak
sosial dengan jelas berdasarkan kepada fakta sejarah. Kontrak sosial harus difahami
sekurang-kurangnya tentang hubung kaitnya kepada empat perkara utama iaitu
perlembagaan, kemerdekaan, hubungan kaum dan sistem pemerintahan negara.

Tanpa kontrak sosial mungkin kita tidak dapat mencapai kemerdekaan pada tahun
1957 kerana pihak British ketika itu menjadikan permuafakatan itu sebagai prasyarat.
Kontrak sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang termaktub
dalam perlembagaan. Kontrak sosial juga asas kepada sistem pemerintahan yang
menjadikan kita negara demokrasi berparlimen raja berperlembagaan dengan konsep
negeri dan persekutuan. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan diwujudkan hasil daripada
kontrak sosial yang dilahirkan daripada permuafakatan pelbagai kaum di negara ini.
Perlembagaan itulah juga yang mentakrifkan negara kita serta menentukan sifat bangsa dan
negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957 memberikan
kewarganegaraan terbuka kepada bukan Melayu, sebahagiannya imigran dan diterima
secara automatis sebagai warga Negara dan diberikan jus soli. Inilah antara sifat negara
dan bangsa Malaysia yang harus difahami, berbilang kaum tetapi berakar umbi dalam
sistem kenegaraan Melayu. Perlembagaan juga mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan sistem pemerintahan beraja.
3

2.0 KONTRAK SOSIAL

Menurut Mohd Salleh Abas (1985), unsur-unsur tradisi meliputi bahasa kebangsaan,
agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak serta pemerintahan beraja. Ia amat penting dibicarakan kerana menjadi faktor
utama untuk memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Unsur tradisi merupakan satu
kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan. Unsur tradisi
berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan oleh Suruhanjaya Reid
menekankan faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun
1957 (Abdul Aziz Bari, 2001). Unsur-unsur tradisi juga merupakan satu prasyarat dan
permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Prasyarat ini
menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi
menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah
Melayu pada ketika itu yang lebih dikenali sebagai kontrak sosial.

Kontrak Sosial adalah anak kunci kepada hubungan kaum sebagaimana yang
termaktub dalam Perlembagaan. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Kontrak sosial
biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada
orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan
Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang
Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Oleh sebab
pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat
kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima
kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia,
status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk
asli Sabah dan Sarawak. Dua isu penting yang dibincangkan di dalam teori Kontrak Sosial
ini ialah:

i. Institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan rakyat ialah
‘Negara’ di mana setiap individu melepaskan dirinya dan kuasanya kepada
’kehendak umum’.

ii. Negara diwujudkan ekoran dari sebuah ‘perjanjian


4

Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam Perlembagaan


Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak
wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada
penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.
Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam.
Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan
harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan
ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial
ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini
wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang
berlandaskan kontrak ini.

Terdapat beberapa elemen utama yang perlu difahami dalam kontrak sosial ini.
Antara unsur tradisi yang terkandung dalam kontrak sosial ini adalah:

2.1 Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu merupakan salah satu daripada unsur tradisi yang
terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Ia disentuh dalam perlembagaan melalui
Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Namun
begitu, tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa
maksud, selain daripada maksud rasmi), atau mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain
(Perlembagaan Persekutuan, 2005). Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pengantar ilmu sejak kemerdekaan pada tahun 1957.
Kemudiannya, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi secara khusus diwartakan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 dan sebagai bahasa pengantar pula diwartakan dalam Akta
Pendidikan 1961 dan seterusnya dalam Akta Pendidikan 1996 (Saifullah Zulkifli, 2005).

Bahasa Melayu memang wajar dijadikan bahasa kebangsaan. Pada hakikatnya,


perkara yang termaktub dalam perlembagaan adalah sesuatu yang adil untuk semua. Hal
ini dinyatakan dalam perlembagaan bahawa bahasa-bahasa lain boleh digunakan selain
daripada maksud rasmi. Maknanya kaum bukan Melayu bebas menggunakan bahasa
mereka dalam pertuturan seharian. Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC)
5

dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT), mereka bebas menggunakan
bahasa ibunda sendiri walaupun subjek Melayu wajib dipelajari. Pembelajaran Bahasa
Melayu tidak mungkin menggugat bahasa ibunda mereka jika pertuturan seharian adalah
dalam bahasa ibunda masing-masing. Sebagai buktinya, di sekitar Petaling Street
khususnya, kebanyakan peniaga di sana menggunakan dialek Kantonis dengan berleluasa
walaupun bahasa tersebut tidak diajar di sekolah Cina. Jelas terbukti bahawa walaupun
bahasa tersebut tidak dijadikan bahasa pengantar di sekolah, ia tetap digunakan dan tidak
tergugat.

Rasional pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah kerana


Bahasa Melayu menjadi lingua franca di Nusantara sejak berabad-abad lamanya, lebih
mudah dipelajari dan bersifat tekal dari segi istilah dan sebutan berbanding bahasa lain.
Menyentuh Bahasa Melayu sebagai lingua franca, William Mars ada menjelaskan (Mohd.
Salleh Abas, 1985):

”Bahasa Melayu dianggap berasal dari semenanjung Tanah Melayu dan telah
berkembang melalui kepulauan timur dan menjadi lingua franca di dunia tersebut,
dituturkan di mana-mana di sepanjang pantai Sumatera dan digunakan tanpa
campuran apa-apa di negara Kepulauan Minangkabau dan tanah jajahannya dan
difahami ke setiap bahagian pulau.”

2.2 Agama Islam

Kedudukan agama Islam di negara kita melalui perlembagaan telah memperuntukan


bahawa agama Islam adalah agama rasmi bagi persekutuan menurut perkara 3 (1). Perkara
ini telah diterima setelah diteliti dengan melihat komposisi penduduk Tanah Melayu yang
terdiri daripada pelbagai golongan etnik dan kepelbagaian kepercayaan. Ini menunjukkan
bahawa usaha orang melayu mempertahankan kesucian agama Islam sepanjang masa
malah sebelum kuasa British masuk lagi tidak sia-sia setelah agama Islam diperuntukan
sebagai agama persekutuan. Adalah tidak adil sekiranya kewujudan agama Kristian, Hindu
dan Buddha yang dibawa oleh kaum lain semasa dalam penjajahan British tidak diberi
pertimbangan oleh Persekutuan.
6

Oleh itu, perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan yang menyebut “tetapi
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Persekutuan”.
Kebebasan untuk beragama dijamin terhadap semua agama, bahawa setiap orang berhak
untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan tertakluk kepada Fasal 4, untuk
mengembangkannya dan bahawa setiap kumpulan agama mempunyai hak untuk
menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri; menubuh dan menyelenggara institusi-institusi
bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan memperolehi dan memiliki harta benda serta
memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

Terdapat tiga had kebebasan yang diperuntukkan didalam perlembagaan, pertama


ialah kebebasan menganut agama dibatasi oleh keperluan memelihara ketenteraman awam,
kesihatan awam dan akhlak. Kedua ialah kebebasan beragama tidak bererti bahawa sesiapa
pun tidak boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan daripada cukai itu
diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya bagi maksud-maksud
sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Ketiga ialah hak seseorang untuk
mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang Negeri, atau
undang-undang Persekutuan dalam kes Wilayah Persekutuan atau pengembangan itu
dibuat di kalangan mereka yang sudah menganut agama Islam.

2.3 Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dan Bumiputera Sabah Dan Sarawak

Menurut Perlembagaan Malaysia (perkara 160), Melayu ditakrifkan sebagai golongan yang
bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu
manakala bumiputera Sabah Dan Sarawak pula golongan kaum asli di negeri terbabit.
Dibawah perkara 153, Yang Di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak
mengikut batas-batas perlembagaan dan undang-undang persekutuan. Menjadi
tanggungjawab Yang Di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan
sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara 153 ini. Antara keistimewaan orang
melayu dan bumiputra sabah da Sarawak adalah:
7

2.3.1 Keistimewaan Dalam Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan awam adalah badan yang bertugas bagi melaksanakan pelbagai usaha untuk
meningkatkan tahap kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan system penyampaian
perkhidmatan kerajaan di samping merupakan sebuah perkhidmatan yang profesional dan
terkecuali dari segi sistem politik seperti Jabatan Perkhimatan Awam (JPA). Perkara 153
secara jelas membuat peruntukan tentang kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan
pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli
industri-industri yang tertentu. Bagaimanapun, selepas diwujudkan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 (di waktu mana orang Melayu hanya
memiliki sebahagian kecil kekayaan ekonomi negara), hak dan keistimewaan orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak diperluas kepada bidang lain, termasuklah
ekuiti dalam perbadanan awam, dan diskaun antara 5 peratusa hingga 15 peratus untuk
membeli harta tanah. Perkara 153 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan adalah
menjadi satu tugas Yang Di-Pertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, selain memastikan kuota dalam perkhidmatan
awam, biasiswa, permit serta lesen dan sebagainya. Ini adalah bertujuan meramaikan
penyertaan golongan kaum Melayu dalam sektor awam.

2.3.2 Keistimewaan Dalam Ekonomi

Menurut perkara 153 dalam perlembagaan negara, sebarang permit atau lesen diperlukan
bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, justeru Yang Di-Pertuan Agong
bertanggungjawab dengan sebarang peruntukan bagi perizaban sebarang perkadaran
daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara
Negeri Sabah dan Sarawak diwujudkan, namun begitu Yang Di-Pertuan Agong tidak boleh
melucutkan atau memberi kuasa dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen
golongan bukan Melayu. Antara keistimewaan kaum Melayu dan bumiputera Sabah dan
Sarawak dari sudut ekonomi yang berlandaskan perkara 153 ini ialah kemudahan lesen
perniagaan dan premis perniagaan yang strategik. Walaubagaimanapun, kerajaan
melaksanakan dasar perkara 153 ini kerana bertujuan untuk merapatkan perbezaan jurang
ekonomi di antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Hal ini demikian kerana jurang
pendapatan kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu sangat tinggi. Daripada Banci
8

Penduduk (1979) oleh Jabatan Perangkaan, sebanyak 64.8 peratus kemiskinan dikalangan
bumiputera berbanding 26 peratus daripada kalangan bukan bumiputera. Justeru adalah
wajar kaum Melayu dibantu dan dibimbing dalam melahirkan masyarakat perdagangan dan
perindustrian (MPPB) agar penyertaan masyarakat bumiputera bertambah dalam sektor
ekonomi.

2.3.3 Keitimewaan Dalam Pendidikan

Antara kepentingan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan ini adalah kerajaan wajib
memberikan para pelajar Melayu biasiswa jika mereka diberi tempat belajar di mana-mana
institusi dalam atau luar negara dan mereka tidak boleh dikenakan syarat untuk membayar
semula biasiswa yang mereka terima daripada kerajaan. Perkara 153 dalam Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan bahawa setiap orang Melayu dan bumiputra mana-mana
negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang berkelayakan adalah diberi hak biasiswa secara
automatik. Ini jelas dari Perkara 153 (3) yang antara lain memperuntukkan pengrizaban
bagi orang Melayu dan bumiputra mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak mengenai
biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-
kemudahan khas, Yang Di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am kepada
mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau
lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas.

2.4 Pemerintahan Beraja

Dalam sistem ini, kuasa sultan hanya terhad kepada hal-hal keagamaan dan adat istiadat
Melayu sahaja. Selepas mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja itu
diteruskan dan beberapa pindaan dibuat agar selaras dengan konsep demokrasi berparlimen
yang diaplikasikan. Bagi kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang merupakan ketua
kerajaan Persekutuan pula, baginda hendaklah bertindak mengikut nasihat kabinet
manakala raja bagi setiap negeri pula hendaklah bertindak selaras dengan nasihat Majlis
Mesyuarat Kerajaan. Yang di-Pertuan agong dipilih daripada raja-raja sembilan buah
negeri Melayu dan merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan serta
mempunyai kuasa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman orang-orang
yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera dan kesalahan yang dilakukan di dalam
9

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Baginda merupakan salah satu unsur badan
perundangan persekutuan, iaitu Parlimen yang membolehkan baginda melantik jawatan-
jawatan penting dalam kerajaan.

Bagi memastikan kesinambungan institusi beraja, pembesar-pembesar yang


memerintah dan lain-lain gelaran ketua dan pembesar adat Melayu, Perkara 71
Perlembagaan Persekutuan membuat peruntukan khas bagi menjamin hak seseorang raja
sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak
keistimewaan di sisi perlembagaan bagi seseorang raja dalam negeri itu.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pihak berkuasa persekutuan berhak untuk
campur tangan dalam hal ehwal negeri atau menyebelahi mana-mana pihak dalam
pemilihan calon-calon bagi raja. Sebarang pertikaian mengenai warisan takhta sebagai raja
mana-mana negeri hanya boleh diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa dan mengikut
apa-apa cara sejajar dengan perlembagaan negeri itu seperti yang diputuskan oleh
mahkamah persekutuan.

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan dibawah sistem


berperlembagaan yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang
moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini
bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya
adalah terhad oleh perlembagaan negara. Pada hari ini, raja berperlembagaan lazimnya
digabungkan dengan perwakilan demokrasi. Oleh itu, kerajaan masih dibawah kuasa rakyat
tetapi raja mempunyai peranan tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya
Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan
bukannya Raja.

Bermula dengan pengorbanan berkongsi tanah air dengan kaum lain. Bangsa
Melayu kemudiannya rela berkongsi kuasa kerana itu sahaja formula yang terbaik untuk
negara. Walaupun permuafakatan itu sedikit tercalar oleh peristiwa pada 13 Mei 1969,
namun ia cepat dilupakan kerana kalau diungkit ia tidak membawa keuntungan kepada
sesiapa. Setiap kaum perlu jelas dan faham tentang kedudukan hak keistimewaan orang
Melayu dan bumiputera di negeri Borneo sepertimana diperuntukkan dalam Fasal 153
Perlembagaan Persekutuan. Dalam laporan yang disediakan oleh Federation of Malaya,
10

Constitutional Commission 1956 – 1957 yang dikenali sebagai Reid Commission


(Suruhanjaya Reid), hak keistimewaan orang Melayu telah diakui dan diiktiraf sebagai hak
asasi (fundamental right) sebelum merdeka.

3.0 DASAR-DASAR YANG MENYOKONG KONTRAK SOSIAL DAN


MEMBANTU MENIGKATKAN PERPADUAN.

Untuk merialisasikan sebuah negara bangsa Malaysia, sesuatu dasar yang mempunyai
tujuan menyatupadukan pelbagai bangsa harus dibentuk. Kerajaan harus merancang dasar
pembangunan negara yang berobjektifkan yang dapat membentuk persepaduan rakyat,
pengukuhan perpaduan bangsa dan sebagainya agar kesinambungan objektif dasar-dasar
perpaduan tersebut dapat membentuk dan seterusnya dapat mengukuhkan perpaduan
negara bangsa tersebut. Dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan
bersama dukungan rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan,
politik, dan ekonomi secara yang seimbang dan adil bagi semua kaum (Shamsul Amri
Baharuddin : 2007). Oleh yang demikian, keseimbangan dan keadilan terhadap semua
kaum amat penting agar tidak berlaku perselisihan faham antara kaum. Dasar-dasar yang
dipilih adalah untuk melihat kepada tahap pencapaian usaha kerajaan sehingga perpaduan
rakyat dapat dicapai dan diperkukuhkan.

3.1 Dasar Ekonomi baru (DEB).

Dasar pecah perintah oleh british mewujudkan jurang pengelasan kaum seterusnya
menghalang interaksi antara kaum menjadi antara punca utama peristiwa 13 mei 1969.
Sejak 1957 sehingga 1960, pembangunan ekonomi telah dipengaruhi oleh kuasa pasaran.
Walaupun kadar pertumbuhan ekonomi amat baik, namun disebabkan oleh pengagihan
tidak seimbang telah mewujudkan satu jurang antara kaum. Golongan yang miskin,
kebanyakannya kaum Bumiputera yang tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai
petani, masih ramai dan mundur, manakala kaum cina dan orang asing pula menguasai
bidang perindustrian, perniagaan dan sektor korporat (www.isis.org.my : 1 September
2009). Penyusunan bangsa yang dilakukan telah mewujud ketidak seimbangan pendapatan
ekonomi masyarakat, yang menetap dibandar semakin kaya, sedangkan yang menetap
11

dikawasan pembangunan tidak dapat membangunkan ekonomi mereka dengan disebabkan


oleh faktor persekitaran.

Justeru itu, DEB dikenalkan pada tahun 1970 selepas belakunya peristiwa rusuhan
pada tahun 1969. Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi
nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata ialah untuk
penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi, pembasmian kemiskinan tanpa
mengira kaum. Usaha yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk menambahkan lagi
pendapatan golongan miskin dan penduduk di kawasan luar bandar, miningkatkan lagi
tahap kemodenan dalam sektor pertanian, meningkatkan tahap pelajaran dikalangan
penduduk kawasan luar bandar serta menambahkan lagi pegangan ekuiti korporat
Bumiputera. Hal yang demikian dilakukan agar dapat merapatkan jurang antara penduduk
bandar dan luar bandar, kerana jurang yang wujud ketika itu telah memisahkan
persepaduan serta dapat mewujudkan sikap buruk sangka antara bangsa.

Ketetapan peratusan turut ditentukan oleh kerajaan terhadap kuota pegangan ekuiti
korporat dan peratusan pekerja. Sasaran juga ditetapkan iaitu 30 % pegangan ekuiti
korporat oleh Bumiputera, penetapan kuota kemasukan pelajar Bumiputera di universiti
dan 30 % daripada bilangan pekerja mestilah Bumiputera (www.isis.org.my : 1 September
2009). Tindakan yang dilakukan ini adalah untuk memastikan bahawa penglibatan
masyarakat Bumiputera harus ada dalam pegangan ekuiti korporat dan peningkatan
pendidikan dengan menyambung pelajaran di universiti agar masyarakat Bumiputera dapat
bersaing dan meningkatkan tahap ekonomi seperti kaum-kaum lain yang menetap di
bandar. Peningkatan taraf hidup ini dapat merapatkan jurang antara masyarakat dan dapat
membentuk satu bangsa negara Malaysia yang bersatu padu.

DEB yang digubal oleh kerajaan juga jelas sekali untuk meningkatkan pendapatan
masyarakat Bumiputera yang jelas dilihat amat miskin ketika itu. Memperbetulkan
ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum dan wilayah, mempertingkat
penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan(Shamsul Amri
Baharuddin : 2007). Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) iaitu pada tahun 1986 sehingga
1990 yang masih meneruskan DEB menunjukan bahawa keberkesana dasar tersebut dan
12

perlu dikekalkan sehingga hari ini. Dalam Rancangan Malaysia Kelima ( RML 1986-1990)
langkah membasmi kemiskinan memerlukan pendekatan mikro iaitu menumpukan kepada
keluarga dan kampung( Wan Azmi Ramli : 1993). Strategi yang digunakan untuk
membasmi kemiskinan ialah dengan menghantar agensi-agensi yang bertanggungjawab
untuk terus ke kampung-kampung untuk melihat individu-individu yang ditakrifkan
sebagai golongan termiskin. Kemiskinan yang wujud ketika ini tidak sama dengan
kemiskinan dua dekad yang lalu, ia tidak terhad kepada kemiskinan fizikal tetapi juga
mental ( Wan Azmi Ramli : 1993).

Selain itu juga dapat dilihat bahawa pada tahun 2005 telah menunjukan kejayaan
yang dicapai oleh DEB iaitu penurunan terhadap kadar kemiskinan dan peningkatan
kepada taraf pendidikan kaum Bumiputera. Yang paling menonjol ialah penurunan kadar
kemiskinan dari 49.3% pada tahun 1970 kepada 5.7% pada tahun 2005(www.isis.org.my :
1 September 2009). Pendapatan penduduk di luar bandar telah meningkat dan seterusnya
dapat mengurangkan pengangguran. Kemudahan asas yang telah wujud seperti jalan raya,
sekolah dan sebagainya telah menunjukan peningkatan taraf hidup penduduk luar bandar.
Hal ini telah menunjukan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar semakin rapat,
usaha kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat untuk mencapai negara bangsa
Malaysia semakin tercapai.

Selain itu, pegangan ekuiti korporat Bumiputera turut meningkat dari 2.4% pada
1970 kepada 19% pada tahun 2000 (www.isis.org.my : 1 September 2009). Walaupun
capaian tidak mencecah sehingga 30 %, namun peningkatan yang dilihat dari tahun 1970
sehingga 2000 dapat menunjukan bahawa usaha kerajaan telah membuahkan hasil yang
agak ketara.

Pengagihan ekonomi yang seimbang amat penting demi mewujudkan sebuah


negara yang mempunyai masyarakat yang bersatu padu, sejarah peristiwa hitam 13 mei
1969 membuktikan bahawa perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan
penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati keseimbangan ekonomi dan sosial juga perlu
dilakukan. Oleh yang demikian, usaha DEB sangat penting dalam mewujudkan perpaduan
kaum. Perpaduan inilah yang akan membentuk sebuah negara bangsa Malaysia.
13

3.2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Dasar kebudayaan kebangsaan (DKK) merupakan asas daripada gagasan Kongres


Kebudayaan Kebangsaan pada 1971. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,
pembentukan kebudayaan yang nasional amat penting agar dapat melahirkan cara hidup
yang bersifat keMalaysiaan. Sebagai usaha untuk membentuk sebuah negara bangsa perlu
ada persefahaman antara kaum-kaum yang terdapat dinegara kita. Hal ini kerana dengan
cara mengenali budaya kaum lain dan menghormati dengan apa yang mereka amalkan
dapat mewujudkan keamanan di negara kita. Perselisihan faham yang berlaku adalah
disebabkan oleh sikap kepentingan diri sendiri dan sikap tidak menghormati kaum lain
serta iri hati yang wujud disebabkan oleh berbeza kepercayaan.

Dalam setiap penggubalan dasar, objektif amat diutamakan kerana dengan


penetapan objektiflah kita dapat melihat tahap pencapaian dasar tersebut. Antara objektif
DKK mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan
memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan,
memperkayakan dan mempertingkatkankualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian
yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi (www3.pmo.gov.my: 1 september
2009). Oleh itu, dapat diteguhkan bahawa matlamat yang cuba dicapai oleh dasar tersebut
ialah untuk mewujudkan lagi kesepaduan antara kaum dinegara kita.

Dalam memastikan DKK dapat bergerak baik, kerajaan telah menetapkan tiga
prinsip utama dalam pembentukan budaya Malaysia. berteraskan kepada kebudayaan
rakyat asal (Melayu) rantau ini, unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar dan
Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
(http://momentumuiam.blogspot.com: 1 september 2009). Dasar ini akan menjadi garis
panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara. Berteraskan
kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini, rantau ini sebagai pusat pemancaran,
pengembangan dan warisan kebudayaan melayu. Kebudayaan melayu sebagai teras kepada
kebudayaan kebangsaan. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima,
unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yg sesuai dan wajar diberi
pertimbangan dan penerimaan dalam Kebudayaan. Tidak bercanggah dengan
perlembagaan dan prinsip Rukun Negara dan agama. Islam menjadi unsur yang penting
14

dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi serta nilai-nilai
Islam yang telah sedia dibawa oleh sebahagian besar rakyat.

Antara strategi dan perlaksanaan yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk
mencapai matlamat dan objektif DKK ialah meningkatkan taraf dan kualiti kesenian
melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan
perhubungan budaya, memperbanyakkan pertunjukan kebudayaan untuk memupuk
perasaan bangga selain menarik menat masyarakat, memupuk kesedaran dan perasaan
menghormati kebudayaan etnik-etnik Malaysia bagi melahirkan semangat nasionalisme
Malaysia, memberi latihan dan bimbingan kepada peminat-peminat kebudayaan, dan
menyelidik di samping memulih dan memelihara kebudayaan agar tidak hilang ditelan
zaman ( Wong Khek Siang: 2004). Antara perlaksanaan yang dilakukan pihak kementerian
ialah melakukan penyelidikan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti pengajuran program
kebudayaan akan dilakukan bersama kompleks Budaya Negara, muzium negara, jabatan
arkib negara dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Hasil daripada uasaha yang dijalankan oleh kerajaan ini pelbagai pencapaian dapat
dicapai seperti identiti kewarganegaraan dapat dilihat dalam perayaan-perayaan. Yang
kedua ialah rrangkaian-rangkaian televisyen dan radio membantu menonjolkan lagi identiti
kebangsaan. Hasil usaha rangkaian media ini dapat mendidik setiap capaian khalayak
untuk lebih memahami akan amalan dan budaya-budaya yang diamalkan oleh kaum lain
seperti cara dan jenis makan, tarian, pakaian dan sebagainya. Selain itu ialah penggunaan
bahasa kebangsaan secara menyeluruh di sekolah. Walaupun masih ada penggunaan
bahasa Cina dan Tamil tetapi Subjek BM menjadi subjek wajib untuk lulus SPM.

Oleh yang demikian, dapat dinilaikan bahawa DKK merupakan dasar yang relevan
kerana banyak progam yang dijalankan mendapat sambutan rakyat, identiti negara dapat
diwujudkan secara beransur-ansur. Hasil usaha mulia kerajaan ini dilihat sebagai didikan
dan pengenalan budaya-budaya kaum lain terhadap kaum tertentu. Melalui cara ini budaya
Malaysia dapat dibentuk kerana tidak semestinya budaya asing melanggar landasan agama
Islam. Tindakan ini dapat mewujudkan persefahaman antara kaum dinegara kita,
seterusnya mewujudkan perpaduan yang bakal membentuk sebuah negara bangsa.
15

4.0 JABATAN PERPADUAN DAN INTERGRASI NASIONAL (JPNIN)

Sebagai salah sebuah agensi pelaksana yang dipertanggungjawabkan bagi membantu


kerajaan untuk memelihara, meningkat serta mengukuhkan perpaduan dan memantapkan
integrasi nasional, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional sentiasa
berusaha menyemai dan menyuburkan semangat kerjasama serta toleransi di kalangan
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Disamping melaksanakan program dan aktiviti
penggalakan perpaduan, usaha ke arah menyebarkan pengetahuan dan maklumat di
kalangan masyarakat mengenai perhubungan kaum, integrasi nasional dan perpaduan
negara juga dipergiatkan melalui saluran media termasuk internet. JPNIN mendukung misi
‘Memupuk Kesefahaman Dan Semangat Muhibbah Melalui Jaringan Dan Interaksi Sosial
Ke Arah Pembentukan Bangsa Malaysia Yang Bersatu Padu Dan Beridentiti Nasional’.
Antara tugas Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional adalah seperti :

i. Menggubal, menyelaras dan melaksanakan dasar yang boleh mengukuhkan


perpaduan negara dan integrasi nasional
ii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program / aktiviti yang boleh
memupuk dan mengukuhkan semangat perpaduan dan integrasi nasional
serta meningkatkan semangat patriotik di kalangan masyarakat pelbagai
kaum di negara ini
iii. Menubuhkan kawasan rukun tetangga dan tabika perpaduan berdasarkan
kelulusan yang diberi oleh agensi pusat
iv. Memberi bimbingan dengan menerapkan nilai-nilai murni serta perpaduan
di kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun melalui program
pendidikan pra sekolah di tabika perpaduan
v. Melaksanakan penyelidikan mengenai perpaduan dan integrasi nasional
secara berterusan dan saintifik
vi. Memantau iklim perpaduan dan integrasi nasional melalui pengesanan
perhubungan sosial
vii. Meningkatkan publisiti dan mempromosi perpaduan dan integrasi di
peringkat negeri dan kebangsaan melalui media cetak dan elektronik
16

Antara tindakan JPNIN adalah seperti:

4.1 Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN)

IKLIN ditubuhkan seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan Bangsa Malaysia yang
bersatu padu. Kenyataan ini bermaksud rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat
perlu memahami hasrat murni yang tersirat ini dengan syarat mereka dibekalkan dengan
ilmu pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.Oleh itu, sebagai sebuah institusi
perpaduan yang memberi fokus kepada aspek kajian dan juga latihan dalam bidang
perpaduan dan integrasi nasional, IKLIN bukan sahaja perlu mempunyai struktur yang
mantap malahan kepimpinan di dalam IKLIN juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya.
IKLIN ini mempunyai misi iaitu ‘Menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan, idea,
latihan, kajian dan penyelidikan serta konsep pembelajaran sepanjang hayat bagi
memacukan ilmu dan pendidikan dalam bidang Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

4.2 Penubuhan kelab atau organisasi kecil dibawah JPNIN

i. Rukun Tetengga (RT)

Memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi


nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan
Persekutuan dan Rukun Negara

ii. Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) adalah seperti berikut :

Membantu mencegah jenayah dan menangani gejala sosial, Membantu


menguatkuasakan undang-undang, Memberi perlindungan kepada nyawa
dan harta benda, Mempertingkatkan semangat kejiranan di kalangan
penduduk setempat, Memulihkan keadaan setempat agar menjadi aman dan
sejahtera
17

iii. Kelab rukun negara (KRN)

Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, Memberi pengertian dan


kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara., Menyubur dan
mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara
sebagai asas norma kehidupan. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara
sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat
yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah,
bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

4.3 JPNIN turut melaksanakan pelbagai aktiviti seperti :

i. Debat Perpaduan

ii. Kursus Pengurusan Perhubungan Kaum

iii. Kursus Taska Komuniti

iv. Bengkel Pemantapan Kerjaya dan Aktiviti Tabika Perpaduan

v. Kursus Pemantapan Pengurusan Perpaduan

vi. Kursus Pengendalian Aktiviti Rukun Tetangga yang berkesan

vii. Kursus Latihan Perhubungan Komuniti


18

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapat dinilaikan bahawa amalan sosial yang telah diamalkan oleh
Malaysia sejak 50 tahun yang lampau sebenarnya dapat mencorak negara bangsa Malaysia.
Usaha kerajaan sejak dari terciptanya Kontrak Sosial merupakan satu usaha utama yang
dijadikan pegangan untuk menggubal dasar-dasar pembangunan negara untuk mencapai
matlamat dan seterusnya dapat membentuk negara Bangsa yang mengutamakan perpaduan.

Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial


yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku
sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di
Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan.
Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan
persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan
menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini
yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.

Namun begitu, disebabkan oleh kepercayaan sesetengah kaum yang masih ingin
mengekalkan kepentingan sendiri seperti kepentingan budaya asal sehingga tidak mahu
menerima budaya lain telah membantutkan usaha kerajaan. Kelakuan sesetengah
pemimpin politik yang ingin menjaga status diri banyak mengurangkan kepercayaan
sesetengah kaum terhadap usaha kerajaan. Sebagai contohnya usaha kerajaan untuk
menubuhkan Sekolah Wawasan, disebabkan oleh risau akan kepupusan bahasa ibunda
telah menyebabkan sesetengah ibubapa tidak mahu menghantar anak ke Kompleks Sekolah
Wawasan tersebut kerana gara-gara dipengaruhi oleh ketua mereka yang hanya ingin
menjaga status dan kepentingan sendiri.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum. Adalah penting
untuk menjaga keharmonian dimana semua rakyat dapat hidup bersatu padu, setia dan
cinta akan negara. Justeru itu, dalam mewujudkan sebuah negara bangsa Malaysia, elemen
19

sistem sosial yang terkandung dalam kontrak sosial perlu dititikberatkan dan dipelihara
agarnya ianya terus kekal sejahtera.

Rujukan

Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Mahani Zainal Abidin.1 September 2009.Pembangunan Keseimbangan dengan


Dasar Ekonomi Baru di Malaysia.
http://www.pmo.gov.my/ucapan/?m=p&p=mahathir&id=538

http://momentumuiam.blogspot.com/2008/07/ kontrak-sosial-dan-dasar-kebudayaan.html

Mohamed Suffian Hashim. 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin.2007. Modul Hubungan Etnik. Pusat Penerbitan Universiti


(UPENA). MASKHA SDN BHD. Kuala Lumpur.

Wan Azmi Ramli.1993. Dasar Awam Di Malaysia. Jilid 1. Golden Books Centre Sdn
Bhd. Syarikat Percetakan Ihsan, Kuala Lumpur.

Wong Khek Siang, Raminah Hj. Sabran, Kok Meng Kee. 2004. Pengajian Am. Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd. Shah Alam. Selangor.
20

You might also like