You are on page 1of 5

BAHAGIAN A

TUGASAN INDIVIDU

KOMPONEN I

(Perintah Am)

Soalan 1A

Encik Azlim seorang penjawat awam yang telah menduduki rumah biasa kerajaan pada
tahun 2005. Pada tahun 2008, beliau telah memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan
Perumahan Kerajaan dalam kawasan lingkungan 20 km dari pejabatnya.

Bincangkan tanggungjawab Encik Azlim semasa mendiami rumah biasa kerajaan dan
apakah tindakan beliau selepas memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan
Kerajaan.

Sebagai seorang penjawat awam, Encik Azlim adalah layak untuk menduduki
rumah biasa kerajaan di mana beliau perlu untuk mematuhi beberapa syarat yang telah
dikenakan oleh pihak kerajaan dan sekiranya beliau didapati melanggar peraturan yang
telah ditetapkan, kerajaan adalah berhak untuk mengarahkan beliau mengosongkan
rumah berkenaan. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, pihak kerajaan tidak
bertanggungjawab menyediakan rumah-rumah kediaman pegawai,
Walaubagaimanapun ketua jabatan boleh mengarahkan pegawai pindah ke rumah
kerajaan untuk kepentingan perkhidmatan. Adalah menjadi tanggungjawab seorang
penjawat awam yang telah mendiami rumah biasa kerajaan untuk mematuhi beberapa
syarat yang telah digariskan oleh kerajaan. Siapakah yang sebenarnya layak untuk
menduduki rumah-rumah kerajaan ini? Berikut adalah senarai-senarai pegawai yang
layak menduduki rumah kerajaan atas syarat-syarat tertentu sebagaimana yang telah
diperuntukkan dalam perintah am bab E;
PEGAWAI YANG BOLEH DISEDIAKAN RUMAH:

(i) Rumah khas Jawatan.


(1) Pegawai-pegawai Tingkatan Utama termasuk Ketua Setiausaha Negeri.
(2) Pegawai-pegawai lain yang disediakan rumah khas kerana jawatan
mereka.
(ii) Rumah khas Jabatan.
Pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran dengan tempat kerja.

(iii) Rumah Biasa Kerajaan


Boleh diberi kepada pegawai di kawasan-kawasan terpencil dimana rumah
sewa sukar diperolehi.

(iv) Rumah keidaman Luar Negeri


Bagi pegawai-pegawai yang bekerja di kedutaan Malaysia di luar negeri.

Dalam senario permasalahan ini, En Azlim adalah termasuk di dalam pegawai


yang berkemungkinan berada di kawasan-kawasan terpencil di mana rumah sewa
sukar diperolehi. Maka beliau adalah layak untuk menduduki rumah biasa kerajaan
seperti mana yang terdapat di dalam perintah am bab E. oleh itu sebagai penjawat
awam yang mendiami rumah biasa kerajaan beliau adalah dikehendaki untuk
membayar kadar sewa mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh kerajaan
berdasarkan kepada Gred jawatan yang disandangnya di dalam jabatan di mana beliau
bekerja. Selain itu, kerajaan juga boleh mengarahkan beliau untuk mengosongkan
rumah tersebut bagi tujuan kerja-kerja pembaikan dengan memberi tempoh satu bulan
serta rumah yang diperuntukan boleh ditarik balik oleh Pegawai Perumahan sekiranya
didapati En. Lazim melanggar mana-mana peraturan.

Untuk itu En Azlim adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan beberapa


perkara yang mesti dipatuhi semasa mendiami rumah biasa kerajaan. Perkara pokok
yang perlu dilaksanakan adalah, pegawai mesti patuh kepada peraturan yang telah
digariskan oleh kerajaan mahupun peraturan yang telah ditetapkan oleh pegawai
perumahan. Sekiranya beliau didapati melanggar mana-mana peraturan yang telah
digariskan maka beliau dikehendaki mengosongkan rumah kediaman tersebut pada
bila-bila masa sahaja. Selain itu sebarang pindaan terhadap rumah biasa kerajaan
adalah dilarang sama sekali melainkan mendapat persetujuan daripada Jabatan Kerja
Raya (JKR). Sebagai contoh, En Azlim ingin mengecat rumah yang didiami itu kepada
warna lain selain daripada warna yang telah dicat oleh pihak JKR, jadi langkah yang
perlu diambil sebelum mengecat rumah terbabit adalah dengan mendapatkan
kebenaran bertulis daripada pihak JKR bagi mengecat rumah itu kepada warna lain. Dia
juga dikehendaki untuk menukar warna asal rumah tersebut bila dia keluar kelak.
Semasa menduduki rumah biasa kerajaan, seseorang pegawai itu adalah dilarang
sama sekali menyewakan rumah yang diduduki itu kepada orang lain tidak kira atas
tujuan apa sekalipun. Sekiranya didapati bersalah, seseorang pegawai itu boleh
diarahkan untuk mengosongkan rumah tersebut pada bila-bila masa sahaja yang
dikehendaki oleh pegawai perumahan. Di samping itu juga En Azlim adalah
bertanggungjawab untuk memastikan kawasan yang didiami itu sentiasa bersih serta
kemas pada setiap masa. Sekiranya beliau menduduki rumah bertingkat, beliau adalah
dilarang untuk menyidai pakaian di kawasan balkoni rumah kerana ianya adalah salah
satu daripada tanggungjawab untuk memastikan rumah-rumah biasa kerajaan sentiasa
nampak teratur dan kemas. Oleh itu pihak yang mendiami rumah biasa kerajaan
mestilah menyidai pakaian yang telah dibasuh di kawasan yang telah disediakan
kerana perbuatan ini bukan sahaja melanggar peraturan malah mencacatkan
pemandangan di rumah-rumah biasa kerajaan dan sekaligus memberi imej buruk
kepada penjawat awam kerajaan.

Selain itu tanggungjawab yang perlu dipatuhi oleh pegawai kerajaan semasa
menduduki rumah biasa kerajaan adalah penghuni dilarang untuk menternak binatang
ternakan seperti lembu, kambing ataupun ikan dalam sangkar. Perbuatan ini bukan
sahaja mendatangkan bau busuk malah mengganggu ketenteraman awam ataupun
jiran sebelah menyebelah. Ianya juga bagi memastikan kawasan rumah kediaman
sentiasa selesa dan kondusif untuk diduduki oleh semua pegawai kerajaan. Di samping
itu juga, En Azlim sebagai penghuni rumah kediaman kerajaan adalah
bertanggungjawab untuk melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak JKR,
walaubagaimanapun sekiranya didapati kerosakan tersebut adalah disebabkan oleh
kecuaian En Azlim sendiri, maka beliau sendiri dikehendaki membayar kos kerosakan
itu.

Berbalik kepada permasalahan En Azlim di mana pada tahun 2008 beliau telah
telah memiliki rumah sendiri melalui Pembiayaan Perumahan Kerajaan dalam kawasan
lingkungan 20 km dari pejabatnya. Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13
Tahun 2007 bertajuk Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan ada menyatakan bahawa
Pegawai-pegawai Kerajaan yang menduduki Rumah Biasa Kerajaan, bertugas dan
memiliki rumah sendiri melalui pembiayaan Skim Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan
Kerajaan dalam kawasan lingkungan 25 kilometer yang ditetapkan, dikehendaki
mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan apabila rumah yang dimiliki melalui skim
tersebut siap dan selamat untuk diduduki.

Kawasan lingkungan 25 kilometer bagi kawasan perumahan Kerajaan Persekutuan


adalah ditetapkan daripada bangunan kekal atau mercu tanda seperti berikut:

1. Bangunan Perdana Putra bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya;


2. Bangunan Sultan Abdul Samad bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

dan Petaling Jaya;

3. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi Nilai, Negeri

Sembilan; dan

4. Bangunan Dewan Serbaguna, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam di

Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin bagi Gelang Patah, Johor.


Oleh itu, En Azlim adalah dikehendaki untuk mengosongkan rumah biasa
kerajaan yang diduduki ketika ini dalam tempoh 45 hari daripada tarikh rumah tersebut
siap dan selamat untuk diduduki. Jadi beliau adalah dikehendaki membuat laporan
mengosongkan rumah tersebut dan kemudian menyerahkan kunci kepada pegawai
perumahan dan menandatangani sijil akuan keluar rumah. Secara keseluruhannya,
bagi pegawai yang menduduki rumah biasa kerajaan, mereka adalah tertakluk kepada
arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya seseorang pegawai itu ingkar
terhadapa mana-mana peraturan atau undang-undang yangtelah digariskan oleh
kerajaan, maka kerajaan adalah berhak untuk mengarahkan penghuni rumah biasa
kerajaan tersebut untuk mengosongkan rumah tersebut pada bila-bila masa sahaja.
Dan bagi mereka yang telah mempunyai rumah di sekitar 25 km radius daripada mana-
mana mercu tanda yang telah ditetapkan oleh kerajaan mereka perlu untuk
mengosongkan rumah biasa kerajaan dalam masa 45 hari dari tarikh rumah tersebut
siap dan selamat untuk diduduki.

You might also like