You are on page 1of 3

Telekom Malaysia Berhad) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan

kedua terbesar di Asia Tenggara. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan


rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran
komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan
menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch.
TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang
menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan
melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli
kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satu-
satunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini. Meskipun ia mempunyai
ramai pelanggan, TM Net menghadapi kritikan pengguna yang amat lantang, terutamanya
aduan mengenai perkhidmatan kurang memuaskan dan pengurusan pelanggan yang tidak
tentu arah.

TM AKAN DIASINGKAN UNTUK PERTUMBUHAN DAN KECEMERLANGAN


OPERASI
Langkah ini akan mewujudkan peneraju jalur lebar domestik dan mudah alih
serantau
Lembaga Pengarah Telekom Malaysia Berhad (TM) telah meluluskan cadangan
pengasingan perniagaan mudah alih dan talian tetap Kumpulan kepada dua entiti yang
berlainan. Objektif disebalik cadangan pengasingan ini ialah untuk mempercepatkan
peningkatan operasi dan pertumbuhan melalui fokus organisasi dan strategik yang lebih
jelas dan seterusnya meningkatkan nilai pemegang saham.
Langkah pengasingan ini akan mewujudkan dua syarikat peneraju telekomunikasi:
RegionCo, yang akan merangkumi operasi mudah alih serantau TM di bawah TM
International, dan operasi mudah alih domestik di bawah Celcom. RegionCo akan
diasingkan dari Kumpulan TM dan disenaraikan secara berasingan
FixedCo, yang akan terus mengekalkan perniagaan domestik yang disenaraikan dalam
bidang talian tetap suara, data dan jalur lebar, dan perkhidmatan bukan telekomunikasi
lain di bawah TM Venture
Semasa satu sesi taklimat kepada media yang diadakan di Ibu Pejabat Korporat
Kumpulan pada hari ini,

Pengerusi TM, Tan Sri Dato’ Ir. Md. Radzi Mansor berkata, “Ini merupakan satu
pencapaian menarik dalam sejarah TM. Pengasingan ini akan meneruskan kejayaan TM
melalui pengwujudan dua syarikat komunikasi yang disenaraikan, kedua-duanya
berpotensi untuk menikmati status sebagai antara syarikat yang mempunyai permodalan
pasaran terbesar di Bursa Malaysia. RegionCo akan muncul sebagai peneraju mudah alih
serantau yang beroperasi di lebih 10 buah negara dan mengukuhkan kedudukannya di
Asia sementara FixedCo akan memfokus kepada pertumbuhan pasaran jalur lebar
domestik.”
RASIONAL DAN MANFAAT  PENGASINGAN
Rasional utama di sebalik langkah ini ialah untuk mewujudkan nilai pemegang saham
melalui peningkatan operasi dan pertumbuhan yang kukuh. Manfaat operasi dan strategik
utama yang bakal diperolehi daripada pengasingan ini akan membolehkan kedua-dua
syarikat: 

Meraih manfaat tadbir urus yang akan mempercepatkan usaha-usaha peningkatan


dan pertumbuhan sedia ada melalui ketelusan prestasi, fokus organisasi dan
keupayaan pelaksanaan yang dipertingkatkan
Cadangan pengasingan ini dijangka dapat memberi mandat pengurusan dan
kebertanggungjawapan yang lebih jelas kepada setiap entiti perniagaan masing-masing
dan pengurusan prestasi terkhusus. Ianya juga diharapkan dapat meningkatkan keupayaan
pelaksanaan setiap entiti perniagaan melalui tumpuan yang lebih baik terhadap
pengurusan bakat dan pembangunan insan.
Justeru, setiap entiti akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk melaksanakan
strategi yang berbeza dengan cara yang lebih fokus. RegionCo boleh memberi tumpuan
sepenuhnya bagi mewujudkan sebuah peneraju mudah alih serantau dengan kedudukan
yang kian luas di pasaran-pasaran yang berkembang pesat. Sementara itu, FixedCo boleh
terus mengembangkan perniagaan pengendali dan sambungan antarabangsa serta
membangunkan operasi talian tetap domestiknya menjadi sebuah syarikat jalur lebar dan
berorientasikan pelanggan.
Cadangan pengasingan ini juga dijangkakan akan meningkatkan kadar ketelusan prestasi
setiap entiti perniagaan yang membolehkan pasaran modal dan pihak berkepentingan
yang lain untuk menilai prospek dan merit setiap entiti dengan lebih baik. Seterusnya ini
akan menghasilkan pembangunan asas pemegang saham yang lebih fokus, yang dijangka
akan memudahkan penilaian berorientasikan perniagaan terhadap entiti berasingan ini
dan memberikan nilai kepada pemegang saham.

Meraih manfaat pengasingan yang unik


RegionCo sebagai sebuah peneraju mudah alih serantau berasingan akan mendapat
manfaat daripada keupayaan penstrukturan perniagaan yang lebih baik dengan profilnya
sebagai operator mudah alih sebenar yang berjaya dan kian berkembang. Penyenaraian
berasingan ini juga memberikan RegionCo perolehan matawang yang lebih menarik
dalam bentuk saham-sahamnya yang disenarai, dan capaian lebih baik kepada pasaran
ekuiti dan pembiayaan yang lebih fleksibel. Ini membolehkan RegionCo berada di
kedudukan yang lebih baik untuk melaksanakan strategi pertumbuhannya.
Pengasingan ini juga akan memberikan setiap entiti tersebut, yang beroperasi dalam dua
bidang perniagaan berbeza, peluang yang lebih baik dan inisiatif pengurusan modal yang
lebih khusus. Ini akan membolehkan setiap perniagaan merangka struktur modal yang
optimum melalui tahap penggearan (gearing level) yang berbeza serta membolehkan
proses peruntukan modal untuk perbelanjaan modal yang lebih efektif. Setiap entiti juga
akan mampu  melaksanakan polisi dividen dan strategi hubungan pelabur yang spesifik.
Kebebasan untuk mempunyai aspirasi dan strategi yang berbeza di samping
menyumbang kepada kemungkinan pencapaian objektif-objektif nasional
Cadangan pengasingan ini akan membolehkan setiap perniagaan, RegionCo dan
FixedCo, untuk memfokus terhadap aktiviti-aktiviti teras dan menjayakan aspirasi
masing-masing.
RegionCo akan memberi tumpuan untuk menjadi peneraju mudah alih serantau yang
terbaik dengan agenda pertumbuhan yang aktif dan mewujudkan tanda aras antarabangsa
dalam industri telekomunikasi. Hasilnya, RegionCo akan berada di kedudukan terbaik
untuk menjadi satu lagi contoh dari Malaysia dalam mewujudkan sebuah syarikat
antarabangsa yang berjaya dengan peluang-peluang menjalinkan hubungan global buat
negara.

Sementara itu, FixedCo bakal meletakkan Malaysia di barisan hadapan ekonomi digital,
disokong oleh cadangan projek jalur lebar berkelajuan tinggi  yang dibangunkan bersama
kerajaan  yang akan membolehkan Malaysia mencapai sasaran penembusan jalur
lebarnya.  Di samping itu, ianya juga akan menyumbang kepada mewujudkan hub
protokol internet (IP) serantau   dan  akan menggalakkan sistem-eko digital yang aktif
dalam negara.

“Ini merupakan sebahagian daripada strategi peningkatan dan pertumbuhan berterusan


yang telah kami usahakan sejak beberapa tahun lalu bagi meningkatkan nilai pemegang
saham kita. Tahun lalu, kami telah melancarkan Program Peningkatan Prestasi (PIP) bagi
meningkatkan keupayaan pelaksanaan perniagaan domestik dan ketelusan prestasi kepada
pasaran luar. TM juga telah memulakan proses bagi menguruskan perniagaan talian
tetapnya dengan lebih baik melalui struktur organisasi dan pengurusan di bawah satu unit
perniagaan khas, Malaysia Business.

Seperti yang dilaporkan dalam keputusan separuh tahun 2007 kami, langkah ini telah
mula membuahkan hasil. Kini dengan cadangan pengasingan ini, kami akan mampu
mempercepatkan peningkatan operasi dan pertumbuhan melalui manfaat-manfaat yang
dinyatakan di atas,” kata Dato’ Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan. 

You might also like