Professional Documents
Culture Documents
1.0 SUBJEK
2.0 KES
Nama Kes
Tabiat Merokok
Perihal Kes
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), tabiat ialah perangai, perbuatan yang
sering dilakukan dan juga merupakan tingkah laku. Oleh yang demikian tabiat merokok
ini adalah sesuatu yangsering dilakukandan menjadi tabiay di kalangan mereka. Rokok
adalah tergolong sebagai dadah. Tembakau dan candu atau dadah yang terdapat dalam
rokok telah dibuktikanmemudaratkan kesihatan. Hubungan langsung antara merokok
dengan penyakit serius seperti kanser paru-paru dan jantung, kanser, batuk yang serius
dan sebagainya menunjukkan betapa serius permasalahan merokok. Justeru, jika tiada
usaha dan langkah pencegahan diambil untuk membendungnya tabiat buruk ini akan
terus menjadi satu ancaman, pembaziran, merugikan keluarga, masyarakat dan negara.
Kajian Kes
Fadhil (bukan nama sebenar) adalah seorang pelajar tingkatan 5. Fadhil
merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Fadhil juga adalah anak sulung
lelaki dalam keluarganya. Ayah Fadhil bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah
kilang yang berhampiran dengan rumahnya. Keluarga Fadhil bukanlah dari golongan
orang yang berada tetapi mereka hidup dalam serba sederhana sahaja. Daripada
pengakuan Fadhil melalui sesi, dia terlibat dengan tabiat merokok adalah dari umur 12
tahun lagi. Rata-rata rakan Fdhil adalah perokok.
Pada mulanya Fadhil hanya berkawan dengan mereka sahaja tanpa ingin mencuba
sendiri kenikmatan rokok seperti yang diperkatakan kepada teman-teman. Ini kerana
Fadhil sedar merokok merbahayakan kesihatan lagipun dia tidak mempunyai duit untuk
membeli rokok. Namun rakan-rakan telah mendesak dan memujuknya agarturut sama
menghisap rokok seperti mereka, malah rakan-rakannya juga telah menetapkan syarat
untuk memulaukannya jika tidak menghisap rokok.
Kerana desakan dan keinginannya sendiri Fadhil telah mula berjinak-jinak dengan
rokok tanpa pengetahuan keluarga. Ini kerana mereka juga sibuk menguruskan hal
masing-masing. Rakan-rakan Fadhil telah bermurah hati membelinya rokok setiap hari.
Ini menyebabkan Fadhil semakin kerap menghisap rokok. Malah Fadhil sanggup berikat
perut menyimpan wang saku sekolahnya untuk membeli rokok. Menurut Fadhil setelah
menghisap rokok dia berasa dirinya hebat dan setanding dengan kawan-kawannya yang
lain.
Selain itu, menurut Fadhil, ayahnya juga seorang perokok. Malah sejak dia kecil
lagi ayahnya pernah menyuruhnya ke kedai memberli rokok. Pernah terdetik di hati
Fadhil untuk mencubanya tetapi bimbang akan dimarahi oleh ayahnya. Sehingga kini
keluarga Fadhil tidak tahu Fadhil menghisap rokok. Fadhil menceritakan dia menghisap
rokok adalah kerana mahu melepaskan tekanan pembelajaran. Fadhil juga menyatakan
bahawa dia juga akan berhenti merokok suatu hari nanti kerana dia juga tahu merokok
membahayakan kesihatan. Buat masa ini dia akan berasa gelisah jika tidak dapat
merokok. Namun Fadhil juga berharap suatu hari nanti dia akan berjaya berhenti daripada
merokok.
Terapi ini telah memberikan penekanan terhadap idea-idea dan kepercayaan yang
tidak rasional dalam diri individu yang bermasalah. Ianya dapat dikenalpasti sekiranya
individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti:
Rasa malu yang teramat (Awfulizing)
Terlalu menuntut (Demandingness)
Merendah diri yang teramat (Self-devaluation)
Daya toleransi yang rendah
Lemah semangat
Mengalah dan menyalahkan (Deservingness & damnation)
Ciri-ciri ini jelas ditunjukkan dalam diri Jali seperti mudah mengalah dan menyalahkan
apabila Jali bimbang tidak akan diterima di dalam kumpulan rakannya.
Corey (1996) telah menjelaskan bahawa terapi REBT berlandaskan kepada
andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional
dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir,
menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain,
berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk
merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguhkan membuat sesuatu,
mengulangi kesilapan, mempercayai tahyul, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan
semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengiktirafan dan
pertumbuhan potensi. Semua fenomena ini meyakinkan bahawa terapi ini dapat
membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan
kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.
Dalam REBT, manusia bermasalah adalah bukan akibat daripada sesuatu perkara
atau peristiwa tetapi adalah disebabkan oleh pandangan atau pemikiran mereka sendiri
terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Bagi REBT juga, seseorang akan menghadapi
neurosis atau psikosis bukan disebabkan oleh sesuatu peristiwa tetapi kerana idea-idea
dan kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional, tidak realistik dan tidak logik.
Implikasi daripada pemikiran yang karut dan songsang ini akan menimbulkan gangguan
emosi dan tingkah laku yang bersifat self defeating.
Corey (1996) menjelaskan prinsip asas kepada gangguan emosi adalah sebahagian
besarnya akibat daripada hasil pemikiran tidak rasional dan pemikiran kalah diri. Hasil
daripada pemikiran ini menyebabkab seseorang individu itu suka menyatakan sesuatu
dengan perkataan ‘sepatutnya’, ‘seharusnya’ dan ‘semestinya’.
Matlamat Terapi
Matlamat Teori REBT adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada klien bahawa
verbalisasi mereka merupakan punca utama terjadinya gangguan-gangguan emosi dan
tingkah laku yang dialami oleh klien.
REBT berusaha ke arah satu perubahan falsafah hidup dan isealogi berpandukan
kepada andaian atau asumsi bahawa masalah emosi dan perlakuan manusia adalah
berpunca daripada falsafah hidup manusia itu sendiri. Oleh itu tujuan asas REBT ialah
bukan sahaja untuk menghapuskan gejala atau masalah klien tetapi ke arah
mendorongkan klien agar dapat menguji secara kritis nilai-nilai dalam dirinya. Sekiranya
masalah yang dihadapi klien seperti ketakutan atau kegagalan dalam sesuatu perkara
maka sasaran terapis bukan hanya untuk mengurangkan rasa ketakutan tetapi juga untuk
menangani perasaan kegagalan seterusnya. Dalam maksud yang lain tujuan utama proses
teraputik REBT ialah untuk membantu klien membebaskan dirinya daripada masalah-
masalah yang telah dinyatakan atau yang tidak diluahkan kepada terapis.
Saya telah meneroka Fadhil sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar
Jali sehingga dia berasa sukar untuk berhenti merokok. Masalah Fadhil ini adalah
berpunca daripada perasaan bimbang akan penerimaan kawan terhadap dirinya, ketagihan
dan juga faktor persekitaran di mana keluarga di kampung juga secara majoritinya
merokok di hadapannya.
5.0 IMPLIKASI
Selepas sebulan lebih Fadhil melalui beberapa sesi dan dibimbing dengan
pelbagai maklumat mengenai cara berhenti merokok, Fadhil akhirnya berjaya berhenti
daripada merokok. Dia mula sedar bahawa apa yang difikirkan selama ini adalah tidak
benar. Walaupun Fadhil tidak merokok, namun dia masih diterima di dalam kumpulan
rakannya. Fadhil juga sangat gembira kerana dia tidak lagi perlu menyembunyikan apa-
apa daripada pengetahuan keluarganya. Fadhil juga berasa kesihatannya semakin bagus
walaupun pada peringkat permulaan, Fadhil sentiasa berasa gelisah, lemah dan pening.
Namun semuanya itu ditahan untuk mendapatkan kesan yang baik.
Fadhil juga berasa bangga dengan dirinya kerana berjaya berhenti daripada
merokok kerana bagi dirinya ini adalah merupakan perubahan yang paling besar pernah
dilakukannya sepanjang hayatnya. Bagi Fadhil tiada apa yang mustahil jika dia sentiasa
berfikiran secara positif dan dengan cara pemikiran ini Fadhil yakin mampu melakukan
sesuatu dengan baik dan berkesan.
6.0 REFLEKSI
Kekuatan
Terapi REBT lebih berkesan dan dapat diselesaikan dalam jangka waktu yang
tidak lama. Dengan menggunakan teori REBT, saya akan mencabar dan mematahkan
sistem kepercayaan tidak rasional yang wujud di dalam diri klien. saya juga tidak perlu
berjumpa dan berbincang dengan klien dalam jangka waktu yang lama atau menunggu
klien sehingga celik akal mengenai masalahnya. Saya hanya perlu mengetahui apa cara
untuk membantu klien dan tidak perlu untuk membuang masa yang lama sehingga klien
menderita dan merana. Sewajarnya klien yang datang dapat menikmati hidup yang
bahagia lebih awal. Dengan menggunakan teori REBT saya merasakan ianya lebih
mudah, cepat dan lebih praktikal dalam membantu klien.
Hubungan emosi dan pemikiran yang berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.
Segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan
pengaruh budaya dan pembelajaran. Manusia juga sangat suka mengamalkan pemikiran
yang tidak rasional dengan menyebut-nyebut dan bertindak secara tidak rasional. Adalah
menjadi tanggunggjawab saya mengubah segala pemikiran dan perasaan ini melalui
menyusun semula persepsi dan pemikiran dengan menggunakan teknik-teknik tertentu
agar klien tidak mempunyai fikiran tidak rasional.
Kelemahan
Pendekatan ini sangat didaktik iaitu bertujuan untuk mengajar dan memberi
contoh teladan yang baik. Pengamalan teori ini juga sukar untuk dipraktikkan kepada
individu yang sukar meninggalkan kelakuan atau tabiat mereka kerana sudah biasa
dengan hidupnya. Penggunaan teori ini juga lebih sesuai digunakan kepada orang yang
betul-betul mahir. Ianya kurang sesuai untuk diterapkan kepada klien yang terlalu tidak
fleksibel dan juga kurang berkesan kepada orang yang mindanya rendah atau tidak
geliga.
REBT lebih menekankan kepada pemikiran (kognitif) dan tidak kepada perasaan
dan emosi. Memandangkan teori ini banyak menggunakan konfrantasi dan arahan, klien
akan menjadi pasif, hanya mendengar dan menunggu arahan daripada kaunselor sahaja.
Sekiranya seorang kaunselor kurang inisiatif dan tidak kreatif dalam usaha untuk
menyedarkan klien terutamanya dengan menggunakan hujah dan cabaran, ia
berkemungkinan menyinggung perasaan klien dan akan mengganggu proses penerokaan.
Bukan mudah untuk menentukan seseorang klien itu benar-benar belajar menyesuaikan
diri dan tingkah laku serta perasaan melalui kata dan bisikan dalaman dirinya sendiri
melalui teori ini. Kadang kala sukar bagi klien untuk menentukan apakah dia mengalami
keraguan, ketakutan dan cemas. Keadaan ini boleh menyebabkan klien susah untuk
menjadi rasional.
7.0 CADANGAN
Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar
dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia
di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki
kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga
mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan
lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai
asas dalam menjalani kehidupan seharian.
Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang
ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK),
sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah.
Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara
bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.
8.0 PENUTUP
Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui
tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan
mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi
kaunseling yang baik dan berjaya.
Tandatangan,
.............................................................
(NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN)
(D20021010330)