You are on page 1of 9

KAJIAN KES 8

1.0 SUBJEK

Nama : Lan (bukan nama sebenar)


Jantina : Lelaki
Asal : Teluk Medan, Bagan Serai, Perak.
Umur : 15 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik- beradik : Anak tunggal
Pekerjaan bapa :-
Tinggal bersama : Datuk
Pencapaian akademik : Lemah

2.0 KES

Nama Kes
Vandalisme

Perihal Kes
Antara tingkah laku delikuen ini adalah vandalisme. Vandalisme boleh dianggap
sebagai tingkah laku seseorang individu yang suka merosakkan harta benda awam
termasuklah menconteng dinding-dinding bangunana, tandas awam, telefon awam dan
sebagainya. Kebiasaannya ia dilakukan oleh golongan remaja yang tidak
bertanggungjawab dan mahu menunjukkan kekuasaan yang ada pad mereka. Golongan
kanak-kanak sekolah juga tidak terlepas daripada melakukan perbuatan ini. Masalah ini
sebenarnya sudah lama menular di kalangan masyarakat di dalam negara kita. Malahan
ada di kalangan mereka ini yang tidak segan silu menconteng dinding dan merosakkan
telefon awam di hadapan masyarakat lain yang lebih tua atau dewasa secara terang-
terangan.
Kajian Kes
Lan (bukan nama sebenar) adalah anak tunggal. Sejak kecil lagi Lan tinggal
bersama dengan datuk dan tidak tinggal bersama dengan ibu kerana ibu berada di Kuala
Lumpur dan bekerja sebagai kerani. Lan amat membenci ibunya kerana dari kecil lagi
Lan tidak pernah dijaga oleh ibu dan mendapat kasih sayang ibu. Lan juga benci dengan
ayahnya yang tidak pernah dikenalinya kerana meninggalkan ibu sewaktu Lan masih di
dalam kandungan ibu. Lan juga tidak pernah mengambil tahu apakah yang terjadi antara
ibu dan ayahnya.

Lan gembira tinggal dengan datuk tetapi kasih sayang datuk dengan keluarga
sendiri tidak sama baginya. Lan amat cemburu dengan rakan-rakannya yang lain tinggal
bersama dengan ibu bapa tetapi diri Lan pula sebaliknya. Lan hanya melihat wajah ibu
setahun sekali dan Lan tidak pernah langsung melihat wajah ayah. Oleh kerana
kurangnya kasih sayang ibu dan ayah, Lan selalu sahaja memberontak. Lan mudah panas
baran dan akan mengamuk jika sesuatu yang tidak kena. Datuk juga tidak berani
memarahi Lan kerana amat menyayangi Lan dan mungkin kerana faktor usia datuk yang
terlalu tua.

Di sekolah Lan dikenali dengan perangai samseng dan suka menjahamankan harta
benda sekolah. Guru-guru juga telah melabel Lan sebagai samseng sekolah dan apa
sahaja barang sekolah yang rosak, Lan pasti akan dicari oleh guru-guru. Lan pernah
menconteng bilik darjah, tangga-tangga, tiang kaki lima, dinding bangunan, memecahkan
kerusi, meja malah meja guru juga pernah Lan musnahkan. Menurut Lan apabila dia
dapat memecahkan sesuatu barang dia akan berasa puas dan akan dapat melepaskan
kebenciannya pada ibu. Lan juga sudah lali dengan kata-kata orang dan tidak kisah
dengan label yang diberikan.
3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih


Teori Gestalt

Rasional Teori Dipilih


Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu kompasisi
yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungkait di antara satu sama
lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak
secara aktif, bukan secara berasingan dan compartmental. Teori ini berpendapat bahawa
manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa
yang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami adalah akibat daripada matlamat dan
tujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh mengendalikan tanggungjawab peribadinya
sebagai manusia yang berguna, personaliti yang sihat yang lahir daripada pengalaman
hidup yang bermakna. Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi semasa dan
menikmati sepenuhnya apa yang ada.

Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan


menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya. Manusia boleh mengendalikan
tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna. Antara perkara-
perkara penting ialah:
 Hidup sekarang, fokus pada sekarang.
 Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.
 Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita
mengalami keseronokkan.
 Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran
sendiri.
 Terima diri anda yang sebenar.
Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenar-
benarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini
mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan kesedaran
mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga mengkaji masa lampau individu dengan cara
yang menarik dan mengiktirafkan kepentingannya. Dengan cara ini seseorang individu
akan menjadi lebih sedar akan perasaannya dan berupaya untuk hidup sepenuhnya
dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang telah menghalang
kemajuannya.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori


Seperti di dalam kajian kes ini, Lan bertindak agak agresif dengan melakukan
vandalisme di sekolah kerana melepaskan kebenciannya pada ibu yang dianggapnya
langsung tidak pernah menyayangi dirinya. Keadaan ini menyebabkan Lan menjadi
seorang yang panas baran dan mudah sahaja mengamuk.

Matlamat Terapi
Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang
tinggi dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang
(here and now). Secara umumnya, terapi Gestalt ini memberi kesedaran kepada individu
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat
individu supaya akan lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain dan
menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih
baik daripada apa yang disangkakan mereka sendiri. Ianya juga membantu individu lebih
mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan
diri dengan persekitaran atau dengan kata lain perkataan tidak perlu mengikut atau
menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat tersebut.

Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi
disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya mengalami
hidupnya dengan sempurna. Oleh itu melalui terapi ini, individu akan cuba dibantu agar
dia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini
juga membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan
pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan merasa dan menyedari perasaan dan
pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha ke arah mengubah personaliti dan diri
mereka.

Teknik Yang Digunakan


 Kerusi Kosong
Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam
diri seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog
dengan Under Dog iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti.

Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian,


moralistik, mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsur ibu bapa yang sering
mengkritik dan yang selalu menekan perkataan ‘patut’ dan ‘harus’.

Under Dog pula merupakan unsur yang meyoal mangsa di dalam sesuatu
keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, ia sering bersikap membela diri,
selalu meminta maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan
bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan peranannya. Bagi menyelesaikan masalah
Fais, teknik berdialog dengan menggunakan pendekatan kerusi kosong telah
digunakan.

Lan merasakan dirinya sangat malang kerana tidak mendapat kasih sayang
seorang ibu dan ayah. Lan sebenarnya teringin mendapat kasih sayang seperti
rakan-rakan yang lain tetapi secara realitinya Lan telah dijaga oleh datuk dan
jarang sekali dapat bertemu dengan ibu malah ayahnya juga langsung tidak
pernah ditemui.
4.0 TINDAKAN KAUNSELOR

Saya telah meneroka Lan sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar
Lan. Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam
menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup,
dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar,
memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang
mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk
harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan
menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien.
komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang
bergantung kepada lisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih
banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan
adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti
tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Lan meluahkan perasaan
kecewanya apabila nafasnya pendek, menghuraikan rambutnya sambil menunduk dan
menggosok belakang leher. Oleh kerana itu saya lebih memfokuskan kepada komunikasi
non verbal Lan. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila
luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini
saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Lan sendiri.

5.0 IMPLIKASI

Melalui teknik kerusi kosong, Lan telah berpeluang belajar bagaimana untuk
meluahkan perasaannya kepada ibu memandangkan selama ini Lan tidak pernah
memberitahu kepada ibu akan masalahnya. Apabila Lan menjalani teknik kerusi kosong,
sekurang-kurangnya Lan sudah dapat merasai apakah reaksi yang akan diterimanya nanti
dan adakah ucapannya itu sesuai untuk diluahkan kepada ibu. Teknik kerusi kosong ini
sekurang-kurangnya dapat membantu Lan meluahkan perasaannya.

Masalah Lan ini boleh diatasi dengan menggunakan kesemua kemahiran


kaunseling yang telah dipelajari. Kemahiran mendengar secara aktif amat penting bagi
seorang kaunselor yang mahu menyelami perasaan klien. Selain itu dengan adanya
dorongan minima, reflrksi, parafrasa, rumusan dan soalan-soalan terbuka dan tertutup
yang diaplikasikan akan melancarkan lagi perjalanan sesebuah sesi kaunseling itu.

6.0 REFLEKSI

Kekuatan
Terapi Gestalt ini merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk membantu
klien bagi membentuk personaliti baru yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadap
dirinya. Contohnya Fais sendiri disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang
pelajar dan Fais juga bersetuju untuk merubah personalitinya kepada yang lebih baik.
Fais juga sedar akan tanggungjawabnya memberikan contoh yang terbaik kepada adiknya
agar perkara yang terjadi kepada ayahnya tidak berulang lagi.

Terapi ini memberikan penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensial


atau fenomenologi yang meletakkan bahawa manusia perlu mencari jalan dalam
hidupnya dan bertanggungjawab pada dirinya sendiri sekiranya dia mahu mencapai
kematangan. Melalui kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuan
untuk membantunya berubah.

Kelemahan
Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat
mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara
kelemahan yang terdapat di dalam mengaplikasikan teori ini ialah kecenderungan
kaunselor untuk lebih bersifat manipulasi dan mengawal adalah tinggi di mana saya
sebagai kaunselor akan banyak mengarah Lan untuk melakukan sesuatu seperti apabila
Lan enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa meminta Lan melakukannya
juga dan merasai kesannya. Teori ini mempunyai kecenderungan mengenepikan unsur
logikal, kognitif dan merendahkan faktor intelektual dalam personaliti. Ini berlaku
apabila Lan merasakan dirinya seakan-akan orang gila apabila bercakap dengan kerusi
kosong.

Apabila Lan enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa menyatakan
sesuatu bagi membuatkan Lan percaya bercakap dengan kerusi kosong dia akan dapat
merasai situasi yang sebenar. Keadaan ini membuatkan saya sebagai seorang kaunselor
terpaksa bersedia berhadapan dengan pelbagai soalan-soalan yang menguji saya untuk
menjawab soalannya dengan baik.

7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar
dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia
di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki
kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga
mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan
lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai
asas dalam menjalani kehidupan seharian.

Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang
ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK),
sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah.
Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara
bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.
Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum
dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak
tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru
dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah
umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di
sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata
kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga
sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah
cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan
memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing
sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0 PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui
tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan
mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi
kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan,

.............................................................
(NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN)
(D20021010330)

You might also like