You are on page 1of 5

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

SMK. BATU EMPAT, TELUK INTAN

1. Pendahuluan

Pengawas sekolah merupakan sekumpulan pelajar yang dilantik khas oleh pihak sekolah
untuk membantu dalam pengurusan disiplin pelajar. Unit Bimbingan dan Kaunseling
dengan kerjasama Badan Pengawas Sekolah bercadang mengadakan satu kursus
kepimpinan terhadap pengawas-pengawas sekolah yang dilantik ini. Kursus ini perlu
diadakan untuk memberi pendedahan serta perkongsian pengalaman di samping
mendapat kemahiran-kemahiran yang boleh membantu mereka dalam menjalankan tugas
sebagai pengawas dengan berkesan dan bertanggung jawab.

2. Rasional

Pelajar-pelajar yang dilantik sebagai pengawas perlu diberi latihan kepimpinan supaya
mereka:
2.1. mahir menguruskan masa dengan berkesan;
2.2. mempunyai kemahiran untuk melaksanakan peranan mereka sebagai pengawas;
2.3. mengamalkan ciri-ciri kepimpinan yang baik agar pelajar-pelajar lain dapat
menerima dan menghormati mereka sebagai pemimpin sekolah.

3. Matlamat

Selepas kursus nanti, pelajar-pelajar yang menyertai program ini akan dapat
mengaplikasikan kemahiran-kemahiran yang dipelajari seterusnya dapat membantu pihak
sekolah dalam pengawasan disiplin pelajar.

4. Objektif

4.1. Membina daya kepimpinan yang berkualiti dan progresif;


4.2. meningkatkan kemahiran memimpin dan berkomunikasi secara berkesan dalam
mengendalikan kes-kes disiplin;
4.3. pengukuhan sikap positif;
4.4. penerapan dan pengukuhan nilai-nilai murni;
4.5. mengeratkan perpaduan, pemupukan semangat patriotisme dan nasionalisme.

5. Kumpulan Sasaran

Semua pengawas sekolah seramai 75 orang.

6. Pelaksanaan Program

6.1. Tarikh : 08 Mac hingga 10 Mac 2002


6.2. Hari : Jumaat hingga Ahad
6.3. Tempat : Kem Hutan Lipur, Kuala Woh, Tapah

7. Kaedah Pelaksanaan

7.1. Ceramah
7.2. Bengkel
7.3. Permainan
7.4. Riadah/rekreasi

8. Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat : En. Pakhrurrazi B. Hj. Arshad


(Pengetua SMAT)

Pengerusi : En. Mohamad. Ramli B. Mokiat


(Guru Kanan HEM)

Naib Pengerusi 1 : Tn. Hj. Elias B. Abd. Hamid


(Guru Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Mohd. Mudasir B. Yunos


(Guru Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Encik Ahmad Puad Bin Esa


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Setiausaha : Puan Norizan Bt. Abdullah


(Guru Pengawas Sekolah)

AJK-AJK

Encik Mohd. Khuzaimi Bin Nordin


Encik Khairuddin

9. Kewangan

Sumber
Yuran Penyertaan 75 x RM20.00 RM1500.00
Wang SUWA RM 300.00
Sumbangan PIBG RM500.00
--------------
JUMLAH RM2300.00
Perbelanjaan
Makanan & Minuman 75 x RM6.00 x 2 hari RM900.00
Peralatan kursus (fail, kad manila, filem,dll) RM200.00
Tambang bas (pergi-balik) RM700.00
Bayaran penceramah 5 org x RM100.00 RM500.00
---------------
JUMLAH RM2300.00
---------------

10. Jadual /Tentatif Program

Hari/Tarikh Masa Aktiviti Tindakan


Jumaat 3.00ptg- Pendaftaran/Penempatan & Taklimat
8 Mac 2002 5.00ptg
5.00ptg- Solat Asar
5.30ptg
5.30ptg- Riadah
6.15ptg
6.15ptg- Bersih diri/ Makan Malam
7.15mlm.
7.15mlm.- Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak
9.15mlm.
9.15mlm.- Dinamika Kumpulan
11.15mlm.
11.15mlm- Minum Malam
11.30mlm
11.30mlm- Light Off
5.30pg.
Sabtu 5.30pg.- Bersih diri/Solat Subuh/Kuliah
9 Mac 2001 7.00pg.
7.00pg.- Senaman pagi
7.50pg.
7.50pg.- Sarapan pagi/Bersih diri
9.00pg.
9.00pg.- Ceramah 1 – Kepimpinan/Definisi
10.30pg.
10.30pg.- Minum pagi
10.45pg.
10.45pg.- Ceramah 2 – Gaya Kepimpinan dan
12.30tgh. Komunikasi

12.30tgh.- Makan Tengahari/Rehat/Solat Zohor


2.00ptg
2.00ptg. – Ceramah 3 - Imej Diri
3.00ptg.
3.00ptg.- LDK 1
4.45ptg.
4.45ptg.- Minum petang
5.00ptg.
5.00ptg. Solat Asar
5.30ptg.
5.30ptg.- Penilaian LDK 1
6.30ptg.
6.30ptg.- Makan Malam
7.15mlm.
7.15mlm.- Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak
9.15mlm.
9.15mlm.- Ceramah 4 – Teknik Membuat
11.15mlm. Keputusan/Asertif
11.15mlm- Minum Malam
11.30mlm
11.30mlm- Light Off
5.30pg.
Ahad 5.30pg.- Bersih diri/Solat Subuh/Kuliah
10 Mac 2002 7.00pg.
7.00pg.- Senaman pagi
7.50pg.
7.50pg.- Sarapan pagi/Bersih diri
9.00pg.
9.00pg.- Bengkel Pengurusan & Tindakan
10.30pg.
10.30pg.- Minum pagi
10.45pg.
10.45pg.- Bengkel Peraturan Sekolah/Tugasan
12.15tgh.
12.15tgh.- Gotong Royong
1.00ptg
1.00ptg. – Makan Tengahari/Solat Zohor
2.00ptg.
2.00ptg.- Penilaian/Perasmian
3.00ptg. Penutup/Penyampaian Sijil/Pulang

11. Penutup

Usaha murni ini sudah pasti menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tentu
memerlukan sokongan pelbagai pihak untuk menjayakannya. Strategi dan perancangan
yang kemas membolehkan program ini dilaksanakan secara berkesan. Kerjasama
daripada semua pihak bukanlah sekadar sokongan moral sahaja, malah sokongan boleh
diberikan melalui tenaga, idea dan material. Adalah menjadi harapan kami agar selepas
program ini akan berlaku perubahan dalam diri pengawas untuk membantu meningkatkan
lagi keberkesanan mutu disiplin sekolah sehingga dapat melahirkan insan yang Berilmu,
Berakhlak dan Berwawasan.

You might also like