You are on page 1of 10

Imam Malik Rahimahullah

Riwayat Hidup

 Tempat lahir : Madinah


 Tarikh lahir : 93 Hijrah / 713 Masihi (zaman pemerintahan Khalifah Sulaiman)

 Nama sebenar : Malik bin Anas bin Malik Amir Al-Harith (‫نأنس‬ ‫)ما لك ب‬
 Keturunan : Arab

Kehidupan keluarga yang susah tidak memadamkan cita-cita beliau menjadi


seorang yang berilmu.
Berkat usaha gigih,beliau akhirnya muncul sebagai ulama, hartawan,
dermawan, dan berjaya memegang jawatan sebagai Mufti Besar di Madinah.
Pengasas kepada “ Mazhab Maliki ”
Meninggal dunia pada 10 Rabiulawal 179 Hijrah / 789 Masihi ketika usia 86
tahun meninggalkan 3 orang putera dan seorang puteri.
Sifat Peribadi
 Mempunyai kecerdasan akal yang tinggi
Menghafaz Al-Quran ketika usia muda

 Berakhlak mulia, bersopan santun, suka berpakaian bersih, kemas serta bau –
bauan yang harum.

 Pendiam dan hanya bercakap perkara berfaedah.

 Bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan benci perbuatan mencela


sesama manusia.

 Hartawan yang dermawan


Banyak membantu Imam As-Syafie sehingga menjadi ulama terkenal.

 Sangat menghormati hadis-hadis Rasulullah S.A.W. walaupun baginda telah


wafat
Dikatakan tidak pernah menunggang kenderaan di Madinah sebagai tanda
menghormati jasad baginda di dalam kubur.
 Tabah menghadapi sebarang ujian
Pernah dirotan dengan cemeti (sejenis rotan) sehingga patah tulang
belakangnya kerana mengeluarkan fatwa yang tidak disukai oleh khalifah,
iaitu isteri yang ditalak secara paksa tidak jatuh talaknya.
Beliau juga pernah diikat di belakang unta dan dibawa mengelilingi
Kaabah.

 Ulama yang warak, taat dan patuh kepada Allah S.W.T.


Kuat beribadat terutama pada waktu malam.

 Tegas, terutama dalam soal mencari ilmu.


Prinsip yang dipegang ialah orang ingin belajar ilmu hendaklah berusaha
mencarinya, bukan ilmu yang datang mencarinya.

 Seorang ahli hadis dan seorang imam mujtahid yang sangat dihormati dan
disegani.
Pendidikan
► Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan.Sejak kecil, beliau hafaz Al-Quran
dan hadis.Beliau mendapat pendidikan di kota Madinah daripada ulama-ulama di sana.

► Guru pertama ialah Abdul Rahman bin Harman (ulama besar Madinah) telah memberi
pendidikan kepada beliau selama 8 tahun.

► Mempunyai kecerdasan akal fikiran yang luar biasa.Suatu hari, beliau mendengar gurunya
menyampaikan 30 buah hadis secara lisan,beliau dapat mengingati 29 buah hadis
daripadanya.

► Pernah belajar daripada 900 orang guru dari kalangan tabiin dan tabi’ tabiin.

► Banyak menimba ilmu pengetahuan di Madinah yang pada masa itu menjadi pusat
pengajian ilmu, khususnya ilmu agama.Ramai sahabat dan tabiin berdakwah di Madinah.
Keistimewaan Kitab Al-Muattok

 Al-Muattok bererti ‘yang disepakati’ atau ‘tunjang’ atau ‘panduan’ tentang ilmu
dan hukum-hukum agama.

 Al-Muattok adalah sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang


dikumpul oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama
tabiin.Kitab ini lengkap dengan pelbagai masalah agama termasuklah ilmu hadis,
ilmu fiqh dan sebagainya.

 Semua hadis yang terkandung dalam kitab Al-Muattok adalah sahih kerana Imam
Malik sangat tegas dalam penerimaan suatu hadis yang tertentu.Beliau sangat
berhati-hati ketika menapis, mengasingkan, dan membahaskan serta menolak
riwayat yang meragukan.

 Imam As-Syafie pernah berkata : “Tidak ada sebuah kitab di bumi ini yang lebih
banyak mengandungi kebenaran selain daripada kitab Al-Muattok karangan
Imam Malik”.
Sumbangan
Imam Malik merupakan seorang ulama terkenal dan pakar dalam bidang ilmu
hadis.Beliau adalah imam mujtahid yang disegani dan dihormati kerana
kebolehan beliau mentafsir Al-Quran dan Al-Hadis menurut pendapat sendiri.
Beliau sangat berhati-hati dalam menyelidik sanad dan periwayat bagi
memastikan kesahihan hadis-hadis.

Antara sumbangan beliau :


 Mengumpul hadis-hadis Nabi SAW dan menganalisis hadis-hadis untuk merumus
hukum-hukum agama.

 Disebabkan kemasyuran beliau dalam bidang ilmu hadis,ramai ulama dari luar
Madinah datang untuk mendapatkan ilmu daripadanya.

 Menurut satu riwayat, Imam Malik telah menghabiskan umurnya selama 40 tahun
untuk menghimpun dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya.

 Imam Malik telah menghafaz sebanyak 100000 buah hadis. Walaubagaimanapun


tidak semua hadis tersebut diterima untuk dijadikan sumber hukum.Setelah ditapis,
hanya 10000 saja yang diakui sah.
 Daripada 10000 hadis yang telah disiasat dan dipadankan dengan Al-Quran,
akhirnya hanya 5000 saja yang diakui sebagai hadis sahih.

 Kesemua hadis ini disusun mengikut urutannya dan kemudian dibukukan dalam
Kitab Al-Muattok. Kitab tersebut menjadi sumber rujukan umat Islam hingga kini.

 Dalam menentukan sesuatu hukum,Imam Malik berpegang kepada Al-Quran dan


Al-Sunnah sebagai sumber utama. Jika tidak terdapat dalam kedua-duanya,maka
beliau menggunakan ijmak ulama,kemudian Qias,iaitu membandingkan hukum-
hukum yang sedia ada(yang diputuskan oleh ulama-ulama Madinah) dengan
masalah-masalah yang dihadapi dan akhir sekali menggunakan Masolih Al-
Mursalah.

 Beliau juga telah menghasilkan beberapa buah buku agama yang tinggi nilainya
yang terdapat di pusat pengajian tinggi sebagai rujukan kepada pelajar Islam.

 Mazhab Maliki berkembang di beberapa tempat di dunia seperti Morocco, Algeria,


Tripoli (Libya), Iraq dan Palestin.
-Tamat-

You might also like