You are on page 1of 2

Gaya Bahasa Dalam Komsas 1

GAYA BAHASA DALAM KOMSAS

Gaya bahasa – susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan
dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis – jenis gaya bahasa bersama istilah – istilah yang berkaitan dengannya
bagi memudahkan pelajar memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

 aliterasi – pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata – kata yang berturutan
 negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan (pengulangan g) [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
 diusung keliling kampung (pengulangan g)[Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]

 anafora – pengulangan sesuatu kata atau frasa di awal baris yang biasanya secara berturutan agar
memperoleh kesan tertentu
 Sekalipun sehelai kertas kumal
Sekalipun isinya hanya berita kecil [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]
 masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]

 analogi – persamaan sebahagian ciri antara dua benda atau hal yang dapat dipakai untuk dasar
perbandingan

 antitesis – penggunaan kata atau ungkapan dalam frasa, ayat dan sebagainya untuk mendapatkan kesan
perbezaan atau pertentangan yang seimbang

 asonansi – pengulangan bunyi vokal yang sama dalam deretan kata


 ini sungai kita, lindungilah dari pembuangan (peulangan u) [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
 sekalipun sehelai kertas kumal (pengulangan e) [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]

 Bahasa Arab – perkataan – perkataan Arab yang diterapkan ke dalam prosa bagi memberikan kesan
yang berbeza. Contohnya: Alhamdulillah, makhdum, narwastu

 bahasa berirama – ungkapan puitis yang dapat menimbulkan kesan yang mendalam tentang sesuatu
peristiwa
 Tiga bilah lantai terpatah,
Tiga gelegar yang patah [Puteri Besar Lahir ke Dunia – Tingkatan 2]

 Bahasa Inggeris – street fighter, superman, street soccer, futsal, supermarket, suspense

 bahasa istana – bahasa diraja yang digunakan ketika berkomunikasi dengan kerabat diraja

 bahasa kiasan – penggunaan kiasan untuk meningkatkan kesan atau pemerian

 bahasa klasik – penggunaan perkataan – perkataan Melayu klasik seperti sebermula, syahadan, kararlah

 diksi – pemilihan dan penggunaan kata, baik dalam cerpen, novel, drama dan puisi.
Diksi yang baik terlihat pada
a. pemilihan kata yang tepat
b. penggunaan kata yang munasabah
c. penggunaan kata yang jelas dan khusus.
Diksi mempunyai hubungan yang rapat dengan pembinaan ayat.

 epifora – pengulangan kata – kata di akhir baris puisi untuk penegasan

 hiperbola – gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih – lebihan


 cinta kepadanya cinta jutaan bunga – bunga [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
 rindu mencumbu zaman [Tasik Biru, Bau, Sarawak, Kemala]

 hybrid – penyatuan dua kata menjadi satu kata.


 bertanggungjawab (tanggung + jawab)
Gaya Bahasa Dalam Komsas 2
 ketidakpastian (tidak + pasti)

 inversi – pembalikan kata – kata yang berbeza daripada susunannya yang lazim
 kini rambut memutih kepala[Seorang Guru Tua, Gunawan Mahmood]
 di kampung surat ini harganya melambung[Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]
 aduhai adinda berpesan adik

 istilah sains dan teknologi – virus, skrin LC, karbonit, asid

 metafora – pemakaian kata – kata untuk menyatakan erti yang berbeza daripada yang sebenarnya
(sebagai kiasan) dengan menggunakan dua kata berunsur konkrit dan abstrak
 syurga bumi [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
syurga (unsur abstrak)
bumi (unsur konkrit)

 Bukit-bukit harapan
bukit (unsur konkrit)
harapan (unsur abstrak)

 paradoks – penyataan yang kelihatan bertentangan (menggunakan unsur positif dan negatif dalam satu
baris) tetapi kenyataannya mengandung kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.
 menangis dalam kegembiraan
menangis (unsur negatif)
kegembiraan (unsur positif)
 kesepian di tengah ramai

 pengulangan - pengulangan kata, ungkapan, baris atau rangkap

 peribahasa / simpulan bahasa / perumpaan – melukut di tepi gantang, darah daging

 personifikasi – pemberian sifat – sifat manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh – tumbuhan,
keadaan atau peristiwa
 dari buruan kehidupan yang mencekik [Negeri Cinta, Nahmar Jamil]
 kebosanan menggigit pangkal rasa

 repitisi / repitasi – pengulangan kata pada baris yang sama bagi menunjukkan penegasan yang
dikehendaki.
 Kita menjadi kita[Bahasa, Rahman Shaari – Tingkatan 3]
 Muka mesti manis, mulut mesti ramah, hati mesti baik

 responsi – pengulangan kata di tengah baris


 mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh [Burung Tempua, Abdul
Hadi Yusoff]

 simile – perumpamaan atau sesuatu perbandingan dengan menggunakan kata ‘seperti’, “bagai”,
“umpama”, dan “macam”.
 bagaikan mahu diusung keliling kampung [Surat dari Kampus, Nawawee Mohamad]
 besarnya seperti perdu nyiur
 seperti kolek terdampar di pasir

 simplok – pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama
 Sayang seribu kali sayang

 sinkope / sinkof – penggunaan singkatan kata (biasanya dalam cerpen dan novel) seperti tak, nak, ni, dan
dah

You might also like