You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan
1.1 Nama Organisasi
1.2 Latar Belakang Nestle
2.0 Permulaan Pembentukan Nestle
3.0 Jenis Perniagaan
3.1 Produk Kopi dan Minuman
3.2 Produk Bantuan Masakan dan Masakan Siap Dimasak
3.3 Produk Susu
3.4 Produk Bijirin untuk Sarapan
3.5 Produk Tenusu Sejuk
3.6 Produk Ais Krim
3.7 Produk Coklat
4.0 Misi dan Visi Syarikat Nestle
4.1 Misi Nestle adalah Good Food Good Life
4.2 Visi Nestle adalah Menjana Kebahagian Bersama
5.0 Persekitaran Makro
5.1 Pengenalan Persekitaran Makro
5.2 Elemen Persekitaran Makro
5.2.1 Ekonomi
5.2.2 Kebudayaan sosial
5.2.3 Teknologi
5.2.4 Politik dan Undang-undang
6.0 Elemen Persekitaran Makro yang Memberi Kesan Kepada Syarikat Nestle
6.1 Elemen Ekonomi
6.2 Elemen Kebudayaan Sosial
6.3 Elemen Teknologi
6.3 Elemen Teknologi
7.0 Cadangan dalam Penambaikan Produk Nestle
7.1 Mempelbagaikan Rasa Makanan Separa Masak Mengikut Kaum
7.2 Meningkatkan Rasa Ais-krim
7.3 Mengurangkan Harga Sesuatu Jenis Makanan
7.4 Memberikan Lebih Banyak Tajaan
8.0 Ringkasan













1.0 Pengenalan
1.1 Nama Organisasi
Organisasi yang telah dipilih untuk menjayakan tugasan keusahawanan ini adalah
syarikat Nestle Berhad. Nestle Berhad adalah sebuah organisasi di mana ia menjadi pengeluar
produk makanan yang terbesar dan paling dikenali di Malaysia. Juga merupakan organisasi
yang sangat terkenal di seluruh dunia.
1.2 Latar Belakang Nestle
Nestle adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan barangan iaitu produk berbentuk
makanan. Ia telahpun berada di Malaysia sejak 100 tahun yang lalu. Syarikat ini memulakan
perniagaan di Malaysia pada tahun 1912. Pada masa itu syarikat ini dikenali sebagai Anglo-
Swiss Condensed Milk Company. Bermula di Pulau Pinang, dan seterusnya pada tahun 1939
berpindah ke Kuala Lumpur.
Pada tahun 1962 kilang pertamanya adalah di Petaling Jaya. Nestle Berhad pada era ini telah
membuat produknya di tujuh buah kilang seluruh Malaysia dan ibu pejabat Nestle terletak di
Mutiara Damansara.
Pada 13 Disember 1989, organisasi ini telah tesenarai di Bursa Malaysia Berhad. Kini, ia
mempunyai lebih dari lima ribu pekerja seterusnya dapat menghasilkan lebih daripada 300
produk halal dan dipasarkan di seluruh Malaysia. Antara jenama yang terkenal dan disukai
ramai dari organisasi ini adalah MILO, NESCAFE dan MAGGI. Makanan yang disebut di
atas ini jika kita lihat sebahagian daripada makanan wajib yang perlu dan mesti ada pada
setiap rumah. Orang ramai sangat mempercayai dan suka mendapatkan produk yang
dikeluarkan oleh Nestle. Ini adalah kerana dari segi mutu dan rasa yang sangat sedap. Tidak
dapat dinafikan produk dari jenama Nestle mendapat tempat yang paling tinggi dalam
bahagian makanan di negara ini serta sebahagian negara lain.
2.0 Permulaan Pembentukan Nestle
Tahun 1867, organisasi Nestle telah dibentuk oleh seorang ahli pakar farmasi yang bernama
Henri Nestle. Organisasi ini terbentuk daripada Mr Nestle yang sedar akan masalah yang
menimpa bayi jirannya. Tidak seperti bayi lain, bayi ini tidak mendapat nutrisi yang lengkap.
Ini kerana bayi ini tidak dapat menerima dan tidak boleh minum susu ibunya. Akhirnya,
beliau telah mengambil inisiatif dan berusaha untuk menjadikan dan mengeluarkan satu
produk makanan yang sihat. Produk ini adalah dengan harga yang mampu dimiliki sebagai
satu usaha bagi menyelamatkan nyawa bayi tersebut. Bayi malang yang tidak mampu untuk
menyusu ibunya akhirnya diselamatkan. Kini telah seratus empat puluh tahun berlalu. Usaha
Mr Nestle akhirnya berjaya dan diperkembangkan lagi oleh pekerja dan kakitanganya.
3.0 Jenis Perniagaan
Nestle adalah organisasi atau syarikat yang membuat makanan untuk harian ditambah dengan
nutrisi makanan untuk memastikan kesihatan berterusan.
3.1 Produk Kopi dan Minuman
Produk kopi dan minuman dari Nestle adalah sperti berikut;
1- MILO 2- NESCAFE 3- COFFE MATE 4- NESTLE BLISS.
3.3 Produk Bantuan Masakan dan Masakan Siap Dimasak
Produk bantuan masakan dan masakan siap dimasak adalah seperti beikut;
1- MAGGI.
3.3 Produk Susu
Produk susu yang telah dihasilkan oleh Nestle adalah seperti berikut;
1- EVERYDAY 2- NESTLE MOM & ME 3-NAN GROW 4- NAN HA 5- NAN KID
6- NESPRAY CERGAS 7- NESPRAY 8- NESTLE OMEGA 9- LACTOGEN 3.
Setiap jenama susu ini yang dihasilkan oleh Nestle, masing-masing mempunyai fungsi
khusus, ada juga yang mengikut perkembangan umur bayi dan kanak-kanak.
3.4 Produk Bijirin untuk Sarapan
Ramai orang bersarapan dengan bijirin. Bijirin sarapan adalah antara produk Nestle
yang paling terkenal. Ia ada pada hampir setiap rumah di negara ini. Antara jenama bijirin
sarapan yang dihasilkan oleh syarikat Nestle adalah seperti berikut;
1- COOKIE CRISP 2- NESTLE FITNESSE 3- NESTLE CORN FLAKES 4-
NESTLE HONEY STARS 5- NESTLE KOKO KRUNCH 6- NESTLE MILO 7-
NESTLE Multi Grain CHEERIOUS
3.5 Produk Tenusu Sejuk
Lima jenama produk tenusu sejuk dari keluaran Nestle adalah seperti berikut;
1- NESTLE BLISS 2- NESTLE FAT FREE YOGURT 3- NESTLE Greek Yogurt 4-
NESTLE Natural Set Yogurt 5- NESTLE Smooth and Fruity Yogurt.
3.6 Produk Ais Krim
Antara ais krim keluaran Nestle adalah seperti beikut;
1- NESTLE Drumstick 2- NESTLE LA CREMERIA 3- NESTLE MAT KOOL ICE
CONFECTION.
3.7 Produk Coklat
Antara produk coklat yang lazat keluaran Nestle adalah seperti ini;
1- MILO NUGGETS & COCOBAR 2- NESTLE CRUNCH 3- NESTLE CRUNCH
WAFER.
4.0 Misi dan Visi Syarikat Nestle
4.1 Misi Nestle adalah Good Food Good Life
Good Food Good Life bermaksud makanan yang baik membawak kepada hidup yang
baik. Ini memberikan gambaran tentang Nestle di mana matlamat Nestle adalah menjadi
syarikat pemakanan yang mengutamakan Kesihatan dan Kesejahteraan.
Syarikat ini percaya bahawa makanan yang baik adalah merupakan asas kepada satu
kehidupan yang baik. Oleh kerana itu, jika seseorang kekurangan makanan yang berkualiti,
maka zat makanan akan berkurang di dalam badan, seterusnya menyebabkan pelbagai
implikasi.
4.2 Visi Nestle adalah Menjana Kebahagian Bersama
Menjana Nilai Bersama juga bermaksud satu nilai jangka panjang yang dijaga dalam
masyarakat. Begitu juga bagi pemegang saham syarikat Nestle. Selain daripada itu, Nestle
juga berpegang teguh pada Prinsip-prinsip Perniagaan Korporatnya.

5.0 Persekitaran Makro
5.1 Pengenalan Persekitaran Makro
Persekitaran makro adalah merupakan unsur yang berbentuk luaran di mana unsur atau
elemen ini tidak dapat dikawal. Terdapat empat elemen yang dapat dikenalpasti dalam
persekitaran makro iaitu ekonomi, kebudayaan sosial, teknologi dan undang-undang. Huraian
di bawah adalah berkaitan dengan elemen persekitaran makro.
5.2 Elemen Persekitaran Makro
5.2.1 Ekonomi
Persekitaran makro dari aspek ekonomi adalah jumlah sama ada barangan atau perkhidamatan
yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dan barangan atau perkhidmatan itu dikeluarkan,
diguna seterusnya dijual di pasaran. Pemasar haruslah mengawasi perubahan yang terjadi
pada perbelanjaan kerana persekitaran makro ekonomi melibatkan corak perbelanjaan.
Perbelanjaan positif atau negatif harus harus dipantau kerana setiap perubahan ini akan
meninggalkan kesan keatas sesebuah syarikat. Faedah, simpanan dan pinjaman merupakan
contoh perbelanjaan yang perlu diawasi oleh syarikat.
Contoh persekitaran makro elemen ekonomi adalah seperti berikut;
1) Penternakan ikan arowana di sebuah syarikat di mana pertumbuhannya adalah pesat. Tanah
yang luas telah dijadikan tempat bagi membuat kolam dan menternak ikan arowana.
2) Perniagaan permotoran oleh syarikat Boon Siew Honda. Syarikat ini telah dilantik oleh
sebuah lagi syarikat permotoran di Jepun bagi mengembangkan lagi perniagaannya kerana
Malaysia dilihat mempunyai potensi yang tinggi dalam bidang ini.
5.2.2 Kebudayaan sosial
Elemen kedua dalam persekitaran makro adalah kebudayaan sosial. Dalam persekitaran
kebudayaan sosial, ianya melibatkan institusi lain di mana institusi atau organisasi ini akan
mempengaruhi dari segi asas, keutamaan dan lain-lain lagi. Kebudayaan sosial boleh datang
dalam dua aspek iaitu demografi dan aliran budaya dalam sesebuah masyarakat.
Contoh persekitaran makro dalam kebudayaan sosial adalah seperti berikut;
3) Perniagaan arowana merupakan perniagaan yang mendapat tempat tinggi di negara seperti
China. Ini kerana mereka yang mempercayai Budha beranggapan bahawa ikan ini akan
mendatangkan tuah kepada mereka. Oleh sebab itu, eksport Arowana ke negara China adalah
tinggi kerana budaya mereka terhadap ikan itu.
4) Syarikat permotoran Boon Siew Honda telah melebarkan perniagaan bermula dengan
negeri Pulau Pinang. Hal ini kerana Pulau Pinang merupakan negeri yang pesat membangun
dari segi ekonomi. Ini merupakan perihal demografi dari persekitaran makro kebudayaan
sosial.
5.2.3 Teknologi
Teknologi merupakan satu bidang yang berkembang pesat dari hari ke hari. Tidak dapat
dinafikan teknologi merupakan perkara utama yang perlu ada bagi sesebuah negara mencapai
kemajuan.
Persekitaran makro dalam teknologi adalah membolehkan banyak lagi peluang diambil oleh
sesebuah syarikat. Rekacipta dan inovasi merupakan cabang yang paling utama dalam
teknologi di mana rekacipta terbaru ini membolehkan penggunaaan sesuatu menjadi lebih
mudah dan waktu lebih pendek untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
Contoh persekitaran makro dalam tekonologi adalah seperti berikut;
5) Kaedah yang semakin maju untuk pembiakan arowana digunakan. Kaedah ini diberi nama
invitro di mana ianya melibatkan persenyawaan yang dilakukan di dalam makmal. Hal ini
menambahkan lagi peratusan berjaya dan hidup bagi anak-anak arowana. Arowana agak
susah untuk bermandiri kerana peratusannya untuk hidup dan membesar agak sukar. Melalui
persenyawaan ini, telur dijaga dengan baik di mana ianya dieram dan diletakkan di tempat
yang khas yang membolehkan peratusan tinggi bagi penetasan setiap telur arowana.
6) Bagi syarikat permotoran Boon Siew Honda, teknologi canggih dalam pembaharuan model
telah digunakan. Syarikat telah mengeluar serta menggantikan model yang lama kepada
pelbagai model baru yang lebih canggih seiring dengan kemajuan teknologi dalam industri
permotoran.
5.2.4 Politik dan Undang-undang
Politik merupakan satu kegiatan di mana terdapat struktur yang bekerja untuk satu-satu
kesatuan seperti negara atau sesuatu tempat. Undang-undang pula merupakan satu peraturan
yang dibuat bagi menjamin satu kejayaan dan keamanan dalam perkara tertentu. Tanpa politik
dan undang-undang, sistem pentadbiran sesuatu akan kucar-kacir dan tidak dapat diselia dan
dikawal dengan baik.
Elemen persekitaran makro yang seterusnya adalah politik dan undang-undang. Ini merujuk
kepada peraturan yang telah ditetapkan bagi membuat satu reka bentuk serta harga terhadap
sesuatu barangan yang dikeluarkan. Terdapat pelbagai undang-undang yang dikawal bagi
memastikan sesuatu syarikat itu menjalankan operasinya dengan betul.
Contoh persekitaran makro dalam politik dan undang-undang adalah seperti berikut;
7) Masalah bagi mengeksport arowana ke negara luar yang tertentu wujud kerana undang-
undang yang ketat telah digubal bagi kemasukan sebarang hidupan ke dalam negara tersebut.
Hal ini adalah menjadi halangan kepada pemasaran arowana ke peringkat yang lebih tinggi.
8) Syarikat Boon Siew Honda telah mempunyai undang-undang serta peraturan yang
ditetapkan di mana peraturan ini bertujuan bagi meningkatkan mutu dan kualiti barangan yang
dikeluarkan disamping memastikan sistem yang terbaik untuk operasi syarikat.

6.0 Elemen Persekitaran Makro yang Memberi Kesan Kepada Syarikat Nestle
6.1 Elemen Ekonomi
Elemen ekonomi amat berkait rapat dengan syarikat Nestle. Ini kerana Nestle merupakan
sebuah syarikat yang menghasilkan banyak produk. Produk makanan adalah merupakan
antara produk yang paling banyak mendapat sambutan daripada orang ramai. Keadaan
ekonomi negara yang stabil serta populasi rakyat yang berpendapatan sederhana (middle-
income) telah menjadikan orang ramai memilih Nestle sebagai sebahagian makanan harian
mereka
Selain itu, segala perbelanjaan sama ada masuk atau keluar telah direkodkan dengan baik oleh
organisasi ini. Syarikat ini mempunyai rekod yang terperinci tentang aliran tunai mereka. Ada
aliran yang disalurkan kepada badan kebajikan, hasilan modal, untung dan sebagainya. Setiap
daripada aliran dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam bahagian kewangan syarikat ini.
6.2 Elemen Kebudayaan Sosial
Sebelum memasarkan sesuatu produk, Nestle telah mengkaji dahulu apakah budaya
pemakanan yang terdapat di negara itu. Sebagai contoh di Malaysia, ramai rakyatnya yang
sibuk, tiada masa untuk memasak makanan, lalu MAGGI dikeluarkan bagi menampung
keperluan rakyat. Selain itu, NESTLE juga mengeluarkan banyak produk berupa minuman 3
dalam 1, iaitu minuman yang mudah untuk dibancuh. Oleh kerana telah menjadi amalan
penduduk di Malaysia untuk menghidangkan minuman kepada tetamu, jadi produk ini adalah
bersesuaian bagi seseorang untuk menghidangkan minuman kepada tetamu atau untuk minum
sendiri dengan cara yang lebih mudah dan ringkas.
6.3 Elemen Teknologi
Penyelidikan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam syarikat Nestle. Setiap
penyelidikan memerlukan teknologi yang canggih. Perkembangan teknologi dalam bidang
pemakanan termasuklah peralatan terkini dalam menilai kualiti makanan.
Kini terdapat berbagai teknologi yang dicipta bagi menghasilkan makanan yang berkualiti,
sedap dan berkhasiat. Unit penyelidikan Nestle juga telah mengambil peluang dalam
menggunakan tekonologi bagi menghasilkan produk yang lebih bermutu.
Contohnya teknologi adalah mesin penyahkuman yang dapat menyahkuman setiap produk
dalam masa yang singkat. Jika kita lihat pada produk makanan, perkara utama yang
diperincikan tentulah soal kebersihan dan juga keyakinan pengguna untuk mengambil produk
itu. Proses penyahkuman yang dilakukan oleh Nestle sebenarnya mengekalkan lagi mutu
produk makanan keluaran Nestle.
Selain teknologi yang melibatkan penyelidikan makanan, teknologi maklumat juga
memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan hasil jualan sesuatu produk.
Bagi syarikat Nestle, laman web yang digunakan untuk tujuan penyaluran maklumat tentang
Nestle adalah amat berguna. Ini kerana laman web yang interaktif akan menyebabkan ramai
orang menyukai untuk melawati laman web Nestle. Seterusnya, mereka dapat mengetahui
dengan lebih lanjut mengenai Nestle dan semua yang berkaitan dengan Nestle terutama
tentang maklumat pemakanan atau produk terbaru keluaran Nestle.
6.4 Elemen Politik dan Undang-undang
Elemen undang-undang yang membolehkan penjualan pelbagai produk makanan di negara ini
telah menjadikan Nestle semakin berkembang maju. Terutama soal kepatuhan sijil halal yang
menjadi permintaan pembeli beragama Islam. Kesemua produk keluaran Nestle adalah halal
dan telah mendapat kelulusan JAKIM serta badan-badan yang terlibat. Ini menunjukkan
kepekaan Syarikat Nestle terhadap kepatuhan undang-undang serta membantu dalam
menjamin kestabilan politik. Bayangkan syarikat Nestle yang telah sekian lama berkecimpung
dalam industri pemakanan utama negara ini, rupanya tidak mempunyai sijil halal. Pasti
banyak badan-badan kerajaan yang akan dipersalahkan.
7.0 Cadangan dalam Penambaikan Produk Nestle
Penambahbaikan adalah perlu dalam sesebuah organisasi walaupun sudah maju dan baik. Ini
kerana syarikat tidak boleh bertahan lama dengan produk yang sedia ada sahaja.
Syarikat yang maju seperti Nestle sentiasa perlu kepada penambaikan dari pelbagai aspek.
Mereka perlu sentiasa melakukan penyelidikan dan melakukan proses meningkatkan mutu
dan promosi produk mereka. Jika tidak, sudah tentu produknya akan ketinggalan dan
dipandang jemu oleh orang ramai.
Berikut merupakan beberapa cadangan penambaikan kepada organisasi Nestle;
7.1 Mempelbagaikan Rasa Makanan Separa Masak Mengikut Kaum
Nestle Malaysia boleh mencuba untuk mempelbagaikan lagi rasa makanan mengikut kaum di
Malaysia. Contohnya membuat paste makanan segera yang mengandungi tiga perasa iaitu
sup, kari dan pedas. Pilihan ini adalah mengikut elemen makro kebudayaan sosial di mana
kebiasaan masyarakat di Malaysia menggunakan ketiga-tiga rasa mengikut komposisi kaum.
Nestle boleh mempelbagaikan lagi perisa makanan segera atau separa masaknya seperti
mempelbagaikan tahap kepedasannya.
Ini kerana sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk Malaysia memakan makanan pedas.
Namun tahap kepedasannya adalah berbeza mengikut seseorang. Jadi Nestle boleh menambah
baikan produknya dengan cara mempelbagaikan kepedasan dalam produk yang dihasilkan.
7.2 Meningkatkan Mutu Ais-krim
Seperti yang diketahui, ais-krim merupakan salah satu produk yang laris di Malaysia. Elemen
kebudayaan sosial dari aspek kawasan telah menyebabkan ais-krim laris jika dijual di negara
ini. Rasa dan kesedapan aiskrim tersebut boleh ditingkatkan iaitu mengeluarkan produk yang
bersesuian dengan kanak-kanak. Oleh kerana kanak-kanak adalah penggemar ais-krim,
mungkin mereka boleh menghasilkan suatu produk ais-krim yang boleh dijamin bersesuaian
dengan tahap kesihatan kanak-kanak.
7.3 Mengurangkan Harga Sesuatu Jenis Makanan
Disebabkan faktor ekonomi, Nestle dilihat mempunyai persaingan yang sengit dengan produk
lain. Ini kerana ada produk yang meniru keluaran Nestle dan mengeluarkannya dengan harga
yang jauh lebih murah. Harga bagi produk Nestle kini agak tinggi sedikit maka mereka boleh
mencuba untuk membuat promosi atau mengurangkan harga barang bagi memastikan produk
tersebut mampu dimiliki oleh setiap keluarga.
7.4 Memberikan Lebih Banyak Tajaan
Nestle Milo boleh mencuba memberi lebih banyak tajaan kepada pelajar atau mereka yang
perlu kerana melalui penajaan ini, mereka akan mendekatkan produk kepada pengguna. Milo
sering menaja sukan dan juga majlis-majlis yang lain dan sentiasa disebut kerana tajaan itu.
Nestle boleh meningkatkan lagi tajaan dengan menaja barang lain dari Nestle pula seperti
Nescafe dan Aiskrim. Jika setiap produknya menaja majlis tertentu dan mendekatkan diri
kepada masyarakat, maka syarikat ini akan menjadi lebih maju tanpa perlu menukar produk
yang sedia ada.
8.0 Ringkasan
Elemen persekitaran makro memberikan kesan yang besar dalam perniagaan sesebuah
organisasi. Elemen yang terdapat dalam persekitaran boleh menyebabkan sesebuah organisasi
itu terus maju dan membangun. Akan tetapi ada juga elemen yang boleh membawa sesebuah
organisasi kepada kemunduran. Syarikat perlu bijak dalam menangani masalah yang datang
dari persekitaran makro.
Setiap dari aspek persekitran itu mendatangkan keuntungan jika dilihat dari segi yang lain. Ini
kerana jika tiadanya persekitran, maka tidak dapatlah sesebuah organisasi menjalankan
perniagaan dengan lebih maju dan baik. Elemen yang ada di persekitaran merupakan
pemangkin dalam setiap syarikat dalam usaha mereka meningkatkan perniagaan dan usaha.
Tidak menjadi masalah apabila ada cabaran yang datang dari persekitaran. Ini kerana masalah
itu akan memajukan lagi sesuatu syarikat jika diurus dengan betul. Contohnya syarikat Nestle.
Tentu ada masalah yang datang dari persekitaran kepada syarikat ini. Namun mereka berjaya
mengatasinya dengan baik kerana semua yang ada dalam syarikat memainkan peranan yang
baik.
Ketua yang baik dalam sesebuah organisasi adalah diperlukan kerana ketua ini yang akan
membimbing mereka yang di bawah untuk melakukan tugas dengan baik. Jika akar sesuatu
tempat itu rapuh, maka tidak akan berbuah dan tidak dapat dinikmati hasilnya. Begitulah yang
dapat dikaitkan dengan keadaan dalam sesebuah syarikat. Seluruh anggota syarikat perlu
bekerjasama dalam menangani apa jua masalah yang timbul. Tidak perlu sebahagiannya
menangani seorang masalah, kerana jika hasil kerjasama, pasti akan membolehkan
penyelesaian yang baik.
Setiap daripada usahawan dan peniaga kecil atau besar perlu mengetahui akan nilai elemen
persekitaran makro kerana dengan mengetahui dan mengkaji, maka syarikat itu akan terus
maju.



















(jumlah patah perkataan: 2589)

Rujukan
Nazri Kadir. (2010). Berfikir Gaya Trump. Selangor. PTS Professional.

Mei Ling Sieh Lee. (2006). Menangani Cabaran Dunia: Strategi Globalisasi di Malaysia.
Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Rudy Ruggles. (2006). Kelebihan Pengetahuan. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.

Abu Bakar Hamed. (2005). Keusahawanan & Pengurusan Perniagaan Kecil. Universiti Utara
Malaysia.

Zafir Khan Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun.(2003). Menjadi Usahawan.
Selangor. PTS Professional.

You might also like