You are on page 1of 2

PENGERTIAN JIHAD

1.1 Jihad dari segi bahasa


Menurut kamus-kamus bahasa Arab, perkataan jihad berasal daripada perkataan al-jahd yang
bermakna kesukaran, dan al-juhd yang bermakna kekuatan dan usaha. Manakala perkataan al-
jihad bermaksud “mengerahkan kekuatan dan kemampuan baik dalam bentuk kata-kata
mahupun perbuatan&rdquo.

Justeru, perkataan jihad dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai “mengerahkan dan
mengeluarkan segala kekuatan dan kemampuan untuk membuat perlawanan di antara dua
pihak, walaupun dalam bentuk ma’nawi (bukan fizikal)”. Menerusi definisi ini, dapat
disimpulkan bahawa jihad merupakan satu istilah yang meliputi pelbagai aspek. Ia bukan hanya
melibatkan perlawanan atau peperangan secara fizikal yang melibatkan senjata, bahkan
ia juga merangkumi perlawanan bukan fizikal termasuklah secara mental serta spiritual.
Perlawanan dalam bentuk ma’nawi dapat dijelaskan lagi sebagai perlawanan di antara
manusia dengan dirinya sendiri. Sebagai contoh,konflik yang seringkali dihadapi oleh seseorang
individu di antara dua keinginan yang bertentangan, seperti keinginan hati murni untuk
melakukan perkara yang bersesuaian dengan ajaran agama atau keinginan untuk melakukan
perkara menurut hawa nafsu.Manakala frasa “pengerahan kekuatan dan
kemampuan” yang dimaksudkan dalam definisi jihad dari segi bahasa boleh diaplikasikan
dalam pelbagai bentuk, antaranya:

a) Pengerahan kekuatan dan kemampuan menerusi kata-kata.


b) Pengerahan kekuatan dan kemampuan melalui perbuatan nyata, seperti berlawan (samada
dengan atau tanpa
senjata), menyumbang wang atau harta benda.
c) Pengerahan kekuatan dan kemampuan dengan keengganan untuk membuat sesuatu perkara
atau kengganan untuk
berkata-kata, seperti enggan mentaati ibubapa dalam perkara maksiat. (Muhammad Khayr
Haikal, 1996 ji.1: 39)
Pengertian jihad dari segi bahasa tidak menghadkan aliran, ideologi maupun agama si pengguna
istilah jihad tersebut.
Oleh yang demikian bagi orang Islam, jihad yang dilakukan adalah fi sabiliLlah pada jalan Allah
(Muhammad Khayr
Haikal, 1996 jil.1: 40)
1.2 Jihad Menurut al-Qur’an dan Sunnah
Definisi jihad dalam Syariah Islam sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Qur’an
dan Sunnah adalah lebih
khusus berbanding dengan maknanya dari segi bahasa. Jihad bermaksud “mengerahkan
tenaga dan usaha untuk
berperang pada jalan Allah, samada secara langsung (bertempur di medan perang), ataupun
dengan harta, akal fikiran,
membekalkan tentera tambahan, logistik, bantuan perubatan bagi tentera dan
sebagainya”. (Muhammad Khayr
Haikal, 1996 jil.1: 40) Sehubungan itu, Allah s.w.t. berfirman di dalam surah al-Nisa’ ayat
95 yang bermaksud: [i]
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan
orang-orang yang
beriman- selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad
(berjuang) pada jalan
Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan nyawanya. Allah melebihkan orang yang berjuang
dengan harta benda
dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak berperang disebabkan uzur) dengn
kelebihan satu
darjat.”
Allah juga berfirman di dalam surah al-Taubah ayat 41 yang bermaksud:
“Pergilah kamu beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, samada dengan
keadaan ringan (dan mudah
bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggunggjawab); dan
berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi
kamu, jika kamu
mengetahui”.
Menerusi ayat ini, Allah memerintahkan orang-orang Islam keluar beramai-ramai untuk berperang
pada jalan Allah walau
Khairaummah.com
http://khairaummah.com Menggunakan Joomla! Generated: 26 November, 2009, 23:32
dalam apa situasi dan keadaan sekalipun, samada dengan nyawa dan juga harta benda. Jika
diteliti, kita akan dapati
dalam kebanyakan ayat-ayat dan wahyu yang diturunkan oleh Allah Taala berkenaan jihad,
istilah jihad sering
digandingkan atau dikaitkan dengan frasa “berjihad dengan harta dan nyawa ataupun
jiwa”. Ini tidak
membuktikan bahawa jihad dengan harta adalah lebih baik atau lebih diutamakan daripada
berjihad dengan nyawa.
Akan tetapi, ia menjelaskan hakikat berjihad pada jalan Allah yang pada kebiasaannya meliputi
dua komponen utama,
iaitu harta dan nyawa. Harta adalah perlu untuk mempersiapkan peralatan dan kelengkapan
peperangan, manakala
nyawa atau jiwa raga adalah penting sebagai bala tentera.

You might also like