You are on page 1of 20

HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Kandungan Muka surat

i. Biodata 1

ii. Sekapur Sirih 3

1. Pengenalan 4

2. Lakaran Kerangka dan bahagian batik dan songket 5

3. Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik


dan kain Songket 6

4. Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket 7

7 Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap 8

5. Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket 13

9 Rancangan Mengajar Harian PSV 16

10 Penutup 19

6. Bibliografi 20

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 1


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

i. BIODATA

NAMA : AMINUDIN BIN MAT LUDIN

NO. MATRIKS : 690101086925002

NO. KAD PENGENALAN : 690101086925

ALAMAT : NO.86, PERSIARAN DELIMA 7,


TAMAN DELIMA,
31050 SALAK BHARU, SUNGAI SIPUT (U),
PERAK.

ALAMAT EMEL : amin6110@yahoo.com

NOMBOR TELEFON : 0135936020

PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PERGURUAN IPOH, PERAK

ii.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 2


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-
Nya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini.

Kesibukan dengan tugas seharian sebagai pendidik tidak menganggu saya bagi
menyelesaikan amanah yang diberikan . Inilah satu cabaran yang amat getir dalam melakukan
dua kerja dalam satu masa. Namun semangat dan kecekalan telah menghilangkan semuanya itu.
Demi menyahut cabaran dan mengimarahkan dunia pendidikan dengan ilmu yang bakal
memertabatkan anak didik ,saya menyahut cabaran ini.
Sejunjung kasih dan penghormatan kepada Encik MOHD RAZALI BIN JAAFAR,
selaku tutor bagi kursus HBAE2103 Corak dan Rekaan. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar serta
komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya melaksanakan satu tugasan yang
begitu berat untuk dilakukan. Kata-kata semangat beliau telah membuatkan saya begitu
terangsang untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik. Tidak lupa juga bantuan
daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping untuk membantu saya.

Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan daripada Illahi.
Terima kasih untuk semua.

Ilmu adalah sesuatu yang bersifat rohani dan mempunyai kekuatan. Aliran kekuatan tersebut
bertali arus dan mengalir ke dalam jiwa penerima seterusnya, apabila punca aliran (Guru)
memiliki kekuatan ilmu. Inilah yang disebut oleh sesetengah pihak sebagai ‘Guru Mursyid’.
Mursyid’..

1. Pengenalan.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 3


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Rekaan dan corak merupakan suatu asas utama dalam


menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang
tradisional mahupun yang moden akan tidak terhasil. Corak dapat didefinisikan sebagai suatu
susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh
dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.

Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dalam
susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan
termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Dengan kata lain corak terancang
mempunyai pengulangan motif. Sementara corak tidak terancang pula dihasilkan secara bebas
tanpa mempunyai motif tertentu. Biasanya corak tidak dirancang ini dihasilkan dengan cara
merenjis, meniup, mengayak, mengolek dan sebagainya.

Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif
terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya
tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa
kita dengar adalah seperti corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya.

Dalam tugasan kali ini saya akan cuba menganalisis, mengenalpasti dan
membincangkan rekaan dan corak yang ada pada objek tradisional yang terdapat pada objek
kain batik tekap atau blok dan juga kain songket. Kain batik dan songket dipilih kerana ianya
merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di negara ini. Sejak abad ke 15 Masihi lagi
manusia telah menemui kaedah pembuatan batik dan menenun kain songket secara tradisional.
Pembuatan batik dan penenunan kain songket suatu ketika dahulu hanya dipelopori dan
digunakan oleh golongan bangsawan dan istana tetapi sekarang penggunaanya sudah semakin
meluas oleh orang kebanyakan dalam majlis formal atau tidak formal.

2. Lakaran kerangka dan bahagian-bahagian Kain Batik dan Kain Songket.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 4


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bahagian-bahagian Kain Batik

kepala kain

kaki kain

badan kain pengapit kepala kain

Bahagian-bahagian kain songket

badan kain

kepala kain

badan kain

3. Kepentingan Rekaan dan Corak Pada Kain Batik dan kain Songket

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 5


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Pada awalnya aktiviti membuat batik dan menenun


songket hanya terbatas kegunaan diraja saja dan ianya dihasilkan untuk pakaian raja dan
keluarga serta para pembesar mereka. Oleh kerana banyak daripada pembesar tinggal diluar
istana, maka kesenian batik dan songket ini dibawa oleh mereka keluar dari istana dan
dihasilkan pula ditempat masing-masing. Ini menjadikanya hak rakyat jelata. Apabila batik dan
songket telah digunakan secara meluas dikalangan rakyat biasa dan tukang pandai seni yang
bilangannya juga semakin ramai maka timbul masalah hak cipta. Kepentingan utama rekaan
dan corak kain batik dan songket ialah hak cipta, nilai estetik, nilai komersial dan nilai identiti.

Akta Harta Intelek dapat mencegah berlakunya tindakan penciplakan atau plagiat, iaitu
suatu tindakan dengan maksud menarik keuntungan dari ciptaan-ciptaan yang merupakan
kekayaan intelektual seseorang. Dengan cara ini ianya dapat melindungi harta intelek atau
paten sesuatu karya atau barangan seseorang dari diplagiat atau dicetak rompak. Di dalam
Deklarasi Universal Hak-Hak Asasi Manusia Perkara 27 ayat 1, menetapkan;
“Setiap orang mempunyai hak sebagai pencipta untuk mendapatkan perlindungan atas
kepentingan-kepentingan moral dan material yang merupakan hasil dari ciptaannya di bidang
ilmu pengetahuan sastera dan seni”

Sehubungan dengan itu, rekaan dan corak yang asli dan dihasilkan oleh seseorang
penggiat seni merupakan sesuatu aset yang harus dilindungi daripada diciplak. Walaupun motif-
motif yang dihasilkannya adalah berdasarkan motif dan corak tradisional, namun reka susun
dan gabungan warna dan teknik yang digunakan harus boleh membezakannya daripada reka
bentuk seni yang dihasilkan terlebih awal serta mempunyai nilai estetik yang tersendiri.

Selain daripada itu, rekaan dan corak pada sesuatu karya pada penghasilan batik dan
songket juga memainkan peranan sebagai sesuatu nilai estetik yang hidup mengikut aliran
zaman. Corak yang sterotaip tanpa pengubahsuaian dan nilai seni yang kreatif mengikut
kehendak zaman akan menjadikannya “mati” dan hanya layak untuk menjadi bahan sejarah.
Kreativiti penggiat seni yang berterusan mencipta corak dalam rekaan batik dan songket

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 6


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

mengikut kehendak dan permintaan penggemar batik dan


songket akan menjadikan batik dan songket sesuatu yang diminati dan mempunyai nilai
komersial yang berterusan. Ini akan memberi nilai tambah kepada penggiat seni batik dan
songket tersebut.

Nilai komersial yang terdapat pada batik dan songket bergantung kepada rekaan dan
corak yang dihasilkan pada permukaan batik dan songket. Nilai komersial inilah yang
merancakkan industi pembikinan batik dan penenunan songket di Malaysia. Nilai komersial
akan secara tidak langsung membangkitkan suatu pesaingan dikalangan penggiat batik dan
songket untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Sudah pasti rekaan dan corak yang
akan dihasilkan menitik berat perancangan yang terliti untuk menghasilkan sesuatu yang baru.
Ini dapat kita lihat dipasaran, setiap bulan akan ada sesuatu corak yang baru diperkenalkan oleh
pelbagai pengusaha batik dan songket tempatan.

Nilai identiti juga memainkan peranan pada rekaan dan corak batik dan songket. Akhir-
akhir ini ada pihak tertentu cuba menuntut hak asal pembikinan dua khazanah ini terutamanya
daripada negara yang mempunyai rumpun yang sama. Identiti batik Malaysia dengan batik-
batik keluaran negara jiran seperti Indonesia, Negeri Thai dan sebagainya mempunyai keunikan
rekaan dan corak tersendiri dan perbezaannya juga ketara. Begitu juga dengan keunikan
tenunan motif yang tertentu pada kain songket telah memberikan identiti tersendiri umpamanya
tenunan songket Terengganu berbaza dari Pahang. Ini secara langsung memberi identiti yang
tersendiri kepada batik Malaysia dan kain songket seterusnya membezakannya dengan batik
negara lain. Jelaslah di sini, rekaan dan corak pada batik dan songket memainkan peranan
penting dalam memberi identiti kepada sesuatu hasilan seni karya tersebut.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 7


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

4. Fungsi dan Kegunaan Kain Batik Dan Kain Songket

Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan untuk
membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam pramugari kapal
terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-majlis formal dan
majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai hiasan seperti alas meja,
cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-lain lagi. Batik boleh dibeli
dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu digemari pelancong-pelancong asing
kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang
ke negara masing-masing.

Semasa mantan Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi
memegang jawatan orang nombor satu dalam Kerajaan Malaysia, kain batik telah diangkat
martabatnya. Semua ini adalah hasil usaha isteri beliau iaitu Allahyahhamah Tun Endon. Kain
batik menjadi suatu yang cukup popular bukan sahaja menjadi rebutan pakar-pakar fesyen
untuk menghasilkan pakaian-pakaian baru berasaskan kain batik, malahan kakitangan awam
digalakan mengenakan pakaian batik pada setiap hari Khamis. Industri batik yang sebelum ini
malap telah berkembang dan bersinar hingga ke peringkat antarabangsa terutamanya dalam
pertunjukan fesyen antarabangsa malahan Malaysia dikenali kerana kain batiknya yang bermutu
tinggi.
Sementara itu, kain songket juga tidak kurang hebatnya dan merupakan antara
perusahaan tradisional yang mempunyai nilai seni yang tinggi. Sejarah Kain Songket adalah
hasil daripada tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang
emas atau perak. Ia telah terkenal di Malaysia sejak abad ke 15 yang lampau. Perkataan songket
berasal daripada perkataan sungkit iaitu teknik menyungkit. Industri tenunan songket ini telah
berkembang pesat terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur seperti di Terengganu dan
Kelantan. Bunga atau hiasan di kepala kain di tenun mengikut citarasa penenun. Corak atau
ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis, pucuk rebung, lawi
ayam dan sebagainya.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 8


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tenunan songket ini dilakukan sebagai industri kecil, yang mana kemahiran seseorang penenun
itu mengambil masa selama enam minggu untuk menghasilkan sehelai kain songket yang
panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Sesuatu yang mengkagumkan tentang seseorang
penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di atas kertas sebelum kerja-kerja
menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi
lagi unik.
Kalau dahulu kain songket hanya dipakai dan digunakan oleh golongan bangsawan dan
istana kerana kain songket melambangkan status seseorang ketika itu. Tambahan pula harga
yang yang agak mahal kerana proses pembikinannya amatlah rumit. Tetapi kini situasi tersebut
telah jauh berbeza, kain songket telah digunakan oleh orang kebanyakan terutamanya ketika
majlis perkahwinan bagi raja sehari dan di dalam majlis atau sesuatu perayaan. Kain songket
telah dijadikan sampin dan menjadi kemestian dipakai bersama baju Melayu terutamanya
semasa perayaan hari raya.

Kain songket juga telah dipelbagaikan kegunaannya dengan dijadikan pelbagai jenis barang
seperti beg tangan, kasut, alas bekas tepak sirih dan sebagainya. Dengan campurtangan kerajaan
dalam perusahaan tenunan kain songket dilihat dapat memelihara industri songket ini untuk
terus berkembang dan dijadikan sebagai satu warisan dan identiti ketuanan Melayu di Malaysia
seperti mana yang diusahakan oleh Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad
Shah yang mewujudkan Galeri Perusahaan Songket bagi memelihara khazanah dan warisan
songket ini supaya tidak lekang dek panas dan dan tidak luntur dek hujan.

Kesimpulannya, rekaan dan corak di dalam karya seseorang penggiat seni batik dan
penenun songket sesungguhnya memberi pengertian yang amat mendalam dan bukan hanya
untuk nilai estetik semata-mata. Corak dan rekaan pada sebidang batik dan songket mempunyai
hak ciptaan, nilai komersial yang tinggi dan identitinya tersendiri. Bahkan batik menjadi
pakaian rasmi bagi pekerja sektor awam pada setiap hari Khamis sementara kain songket pula
menjadi pakaian rasmi Raja-Raja Melayu pada majlis-majlis rasmi begitu juga untuk mereka
yang menjadi raja sehari.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 9


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

5. Proses Dan Teknik Penghasilan Batik Tekap

Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok
corak diperbuat daripada kayu atau logam yang digelar sarang. Proses ini dilakukan berulang-
ulang dengan mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah
dicelupkan terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.

Gambarajah C: Blok atau Sarang

Proses menekap batik mempunyai beberapa langkah yang perlu diambil perhatian dan
dilakukan dengan penuh hati-hati agar ianya menghasilkan sesuatu hasil seni yang bermutu.
Jika tidak, bukan saja hasilnya tidak mencapai tahap bermutu yang diharapkan tetapi akan
merugikan. Langkah-langkah dalam proses ini adalah seperti berikut:
i. Membasuh kain untuk menghilangkan kanji.
ii. Membentangkan kain yang telah dibasuh diatas meja pengecap.Pastikan kain diratakan
dan ditegangkan untuk membolehkan proses penerapan dilakukan dengan kemas dan
lancar.
iii. Panaskan lilin didalam kuali leper.
iv. Celup blok atau sarang kedalam lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain. Lakukan
dengan kemas.Pastikan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk
sehelai kain sarung,corak badan kain adalah berbeza dengan kepala kain atau bahagian
lain. Untuk menghasilkan sehelai kain sarung,lebih daripada satu blok digunakan.
v. Celup kain kedalam pewarna Naphtol.Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan
warna muda diikuti dengan warna gelap.
vi. Rebus kain dan campurkan serbuk soda (soda ash).
vii. Basuh dan jemurkan kain.
viii.
Rajah 5.1 :Proses-Proses dan teknik penghasilan Kain Batik Tekap /Blok
AMINUDIN BIN MAT LUDIN 10
690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

1.Kain perlu dibasuh untuk buang kanji 2. Membentangkan kain yang telah
dibasuh diatas meja

4. Celup blok atau sarang kedalam lilin


3. Panaskan lilin dan terapkan lilin keatas permukaan kain

5. Celup kain kedalam pewarna Naphtol


6.Rebus kain dan campurkan serbuk soda
(soda ash).

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 11


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

8.Jemur

7. Rendam dan bilas kain

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 12


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

6. Proses Dan Teknik Pembuatan Kain Songket

Pada asasnya kain songket dihasilkan menerusi proses-proses seperti yang berikut:
.
Mewarna Benang
Benang untuk tenunan terdiri daripada benang
kapas, benang sutera, benang emas, dan benang
perak. Benang emas dan benang perak adalah
bahan asli yang tidak perlu diwarnakan.
Gempalan benang mentah diwarna berulang kali
supaya warnanya tidak luntur dan sekata. Benang tersebut dimasukkan
kedalam kawah berisi air mendidih. Kemudian benang tersebut dibilas
dengan air, lalu dijemur sehingga kering.

Menerai Benang

Benang diceraikan daripada tungkulan besar dengan menggunakan alat


rahat dan guwing. Bahan-bahan dibahagikan ke dalam pelting buluh
yang dinamakan benang pakan

Menganing

Benang yang telah dileraikan atau dipintal ke pelting disusun di atas anian. Benang ditarik
mengikut panjang yang dikehendaki berselang-seli mengikut pacak-pacak dibatang anian

Menggulung
Benang yang telah dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan
panjang loseng (lebar kain yang dikehendaki pada papan gulung)
AMINUDIN BIN MAT LUDIN 13
690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Menyapuk
Benang yang digulung dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum
dilekatkan kepesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk
penenun. Proses ini dilakukan dengan menggunakan sejenis alat
dipanggil pengait.

Menggarat
Proses ini dilakukan dengan gerakan loseng turun naik. Caranya
dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak
karat diteka

Menyongket
Kerja-kerja menyongket dilakukan dengan menyusun lidi atau
bilah-bilah nibung melalui celah-celah benang loseng

Menekat
Proses menekat ini dilakukan dalam dua cara iaitu takat lima atau
tekat tiga. Setelah songket-songket diikat dan lidi-lidi dikeluarkan
daripada celah-celah benang. Motif dibuat dengan menggunakan
benang emas yang diisi kedalam Cuban. Proses pelancaran Cuban
dikenalsebagai menyulam atau menekat benang emas

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 14


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Menenun
Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau
'kei' dalam dialek Kelantan. Kek terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
kaki kek, badan kek dan kepala kek yang saling berkaitan antara satu
sama lain. Proses menenun ialah melancarkan benang corak ke atas
benag loseng. Dalam proses ini, penenun mestilah menumpukan
perhatian terhadap ragamhias yang bakal ditenun pada kain.

Contoh kain songket yang telah siap ditenun. Kelihatan sungguh cantik dan unik.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 15


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

7. Rancangan Mengajar Harian PSV

Tarikh : 3/11/2009
Tahap : Tahap Dua
Tahun : 5 Bestari
Masa : 9.45-10.45 ( 1 jam)
Bidang : Membuat Rekaan Corak
Tajuk : Batik dan Songket

Ojektif Pengajaran:
Pada akhir sesi pembelajaran pelajar dapat
1. Menyatakan 3 perbezaan dan 3 persamaan kain batik dan songket.
2. Menerangkan 3 perbezaan dan 3 persamaan penggunaan dan fungsi kain batik dan
songket.
3. Mencatatkan 3 perbezaan dan persamaan proses pembuatan batik dan songket.
4. Melakarkan 3 persamaan dan perbezaan motif dan corak kain batik dan kain songket.

Alat Bantu dan Bahan:


Gambar Contoh, Kain batik, kain songket, lilin, blok yang telah disediakan terdahulu, lilin,
pewarna, alatan kuali, periuk, meja, soda ash dan lain-lain bahan yang diperlukan dari masa
kesemasa.

Persediaan Guru:
Gambar dalam slide (Microsolf Power Point) termasuk gambar batik dan kain songket, proses,
contoh-contoh teknik , bahan maujud seperti batik sebenar sebagai contoh, pelbagai warna dan
lilin.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 16


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Kegiatan Hasil Pembelajaran Kemahiran Generik/Nilai


Langkah 1: 1.1 Pelajar membuat catatan 1.1 Kemahiran mendengar
Set Induksi (7 minit) dan mencatat.
1.Dengan mengunakan 1.2 Naturalisme
tayangan slid, guru terangkan
contoh-contoh gambar batik
dan songket dengan jenis-
jenis motif seperti flora,fauna
dan geometri. Pelajar diarah
untuk melakar dan melukis 1.2. Pelajar melakar corak dan 1.2. Kemahiran melukis dan
corak dan motif seperti yang motif seperti diterangkan oleh melakar
ditunjukkan. guru.
2. Guru terangkan dengan
ringkas tentang tajuk.
Mengagihkan batik dan
songket sebenar kepada
pelajar untuk dikaji dan
diamati oleh pelajar.

Langkah 2: (20 min) 2.1 Menerangkan penggunaan 2.1 Kemahiran verbal


1.Perbincangan berkenaan dan fungsi batik dan songket. linguistik interpersonal dan
pengalaman sedia ada murid 2.2 Murid membuat catatan intrapersonal
tentang jenis-jenis batik dan 2.3 Menerangkan proses 2.2 Kemahiran mendengar
songket yang pernah mereka pembuatan kedua kain dan menganalisis
lihat. tersebut.
2. Mengenalpasti jenis-jenis 2.4 Menyenaraikan jenis 2.3.Kecerdasan visual dan
motif yang diketahui dan motif pada corak batik dan Logik Matematik
mengkategorikan mengikut songket
persamaan dan perbezaan
Laangkah 3 (26 minit) 1.1 Mencatat, menyenarai, 1.1.Kemahiran mendengar
AMINUDIN BIN MAT LUDIN 17
690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

mengklasifikasi . motif dan mencatat.


1 Guru menerangkan teknik- berdasarkan objek alam dan 1.2 Naturalisme
teknik penghasilan batik dan berdasarkan corak dan rekaan.
songket. Berpandukan gambar
dan tayangan slide pelajar
diarah untuk mengenalpasti
dan mencatat teknik-teknik
yang diterangkan. 2.2. Melakar persamaan dan 2.2.Kecerdasan visual dan
2 Guru menerang/tunjuk cara perbezaan motif dan corak Logik Matematik dan
tugasan yang akan dilakukan batik dan songket mengikut Kontruktivisme. Mencungkil
oleh pelajar mengikut (3 kategori/kumpulan seperti potensi kecerdasan pelajar
kump) kumpulan. Kumpulan yang diagihkan oleh guru melalui penerokaan,penemuan
membuat kajian dan lakaran penggunakan pensel serta dan penciptaan
motif berdasarkan motif flora, mengaplikasikan teknik
fauna dan geometri lukisan.

Penutup: ( 7 minit) Menghargai nilai seni dalam Apresiasi seni dan


Mengarah pelajar melalui proses penghasilan menghargai nilai-nilai
membersihkan meja dan kelas disamping menambah kerjasama bekerja dalam
sekiranya tugasan telah pengalaman baru. kumpulan
disiapkan. Perbincangan
berkenaan hasil dan masalah-
masalah yang dihadapi dalam
proses penghasilan batik
blok/tekap dan songket.
Memberi galakkan kepada
pelajar berkenaan hasil yang
telah disiapkan. (jika siap)

8. Penutup
AMINUDIN BIN MAT LUDIN 18
690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Rekaan dan corak sesungguh suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi
keperluan domain kognitif,psikomotor dan efektif. Dalam penghasilan batik blok atau tekap,
rekaan corak terancang dan tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan
menarik. Walaubagaimana pun,kemahiran, kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir
yang berhubungan dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.

Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat
diperlukan untuk menguasai kemahiran. Kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu
kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni disamping mempunyai daya imaginasi yang
tinggi dan dapat menilai serta menghayati sesuatu karya seni dengan lebih mendalam. Sesuatu
karya seni itu hanya dapat dinilai dan dihayati oleh yang yang memang berjiwa seni kerana seni
itu indah dan Allah s.w.t sukakan keindahan.

9. Bibliografi

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 19


690101086925
Semester September 2009
HBAE2103: MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bok Kai Wa, Ibrahim Syed. (1998). Pendidikan Seni STPM.


Kuala Lumpur : Eastview Publications Sdn. Bhd.

Hassan M. Ghazali. (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5, Penerbitan
Pelangi Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual,
KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1985) Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,
KBSR.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kintner,Earl W. dan Jack Lahr. 1983. An Intellectual Property Law Primer. New York: Clark
Boardman

Leela R (1995), Memperkenalkan Kraf Tradisional, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Motif-motif Batik (1991), Kuala Lumpur : Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,


Infokraf Malaysia.

Munandar, Prof. Dr. S. C. Utami, (1989) Kreativitas Sepanjang Masa, Jakarta., Pustaka Sinar
Harapan

Open University Malaysia, (2006) HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, UNITEM
Sdn.Bhd.

AMINUDIN BIN MAT LUDIN 20


690101086925
Semester September 2009

You might also like