You are on page 1of 13

DEFINISI BAHASA HALUS

DAN BAHASA KASAR


• Kamus dewan mendefinisikan bahasa halus sebagai bahasa yang terdiri
daripada perkataan-perkataan yang lebih lembut dan digunakan untuk
menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan
orang lain.
• Bahasa kasar ialah bahasa yang tidak sopan atau tidak manis
dituturkan.Contohnya ialah perkataan membuta bagi maksud tidur.
• Za’ba mengaitkan konsep ‘halus’ dan ‘kasar’ini dengan bahasa
kiasan.Mengikut Za’ba,bahasa kiasan ialah bahasa yang memperkatakan
sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada yang lain,sama ada dengan
menyebutkan bandingan atau tanpa bandingan.Tujuan penggunaan bahasa
kiasan adalah supaya maksud yang hendak disampaikan itu lebih jelas.
• Za’ba membincangkan pelbagai jenis bahasa kiasan.Antaranya ialah kiasan
asal,kiasan berpindah,kiasan bersandar dan kiasan melompat.Secara langsung yang
berkaitan dengan bahasa halus dan bahasa kasar ialah kiasan pemanis.

• Kiasan pemanis ialah variasi bahasa yg digunakan untuk menyatakan sesuatu


maksud dengan cara membayangkannya dengan perkataan atau ungkapan lain
dengan tujuan memaniskan atau menundungi sesuatu perkara yang tidak elok
bunyinya jika disebut secara halus.
Contoh Bahasa Halus
Bentuk yang kurang manis Bahasa Halus

Berak Buang air besar


Kencing Buang air kecil
Isteri Orang rumah
Hamil Berbadan dua
Mati Menghembuskan nafas
yang akhir
Menguburkan Mengebumikan
• Mengikut Za’ba lawan kiasan pemanis ialah kiasan
yang menyebutkan sesuatu perkara yang elok dengan
perkataan yang kasar atau tidak manis,dengan kata
lain,bahasa kasar.Berikut ialah beberapa contohnya:

Bahasa kasar Bentuk yang lebih manis

Muntahkan darah Makan


Buntang Mati dengan terbeliak
mata
Membuta Tidur
membelengset Tidur
• Variasi ini disebut juga sebagai bahasa dalam.
• Bahasa istana ialah variasi bahasa yang digunakan sewaktu
merujuk golongan diraja atau sewaktu berhubung dengan
mereka.
• Dapat dikenal pasti empat aspek entang penggunaan
bahasa istana,iaitu:
1.penggunaan kata ganti nama diri,
2.penggunaan gelaran,
3.penggunaan perkataan dan ungkapan
khusus,dan
4.unsur pemulukan dan pendinaan.
• 1.Penggunaan kata ganti nama diri
 Dalam bahasa istana,kata-kata ganti nama diri ini tidak sama
dengan yang terdapat dalam bahasa biasa.
 Berikut ialah beberapa contoh:
(a)beta :kata ganti nama diri pertama
yang digunakan oleh raja.
(b)patik :kata ganti nama diri pertama
yang digunakan oleh rakyat biasa
apabila berhubung dengan
golongan diraja.
(c)tuanku :kata ganti nama diri kedua yang
membawa maksud ‘tuan yang mulia’
:digunakan sebagai kata ganti nama diri
yang ketiga bagi raja.
(d)baginda:kata ganti nama diri ketiga bagi raja.
• 2.Penggunaan gelaran
 Setiap ahli keluarga diraja diberi gelara.Kita
dapat mengenali mereka melalui gelaran-
gelaran ini.
 Gelaran-gelaran tersebut ialah:
• Tengku
• Tunku
• Ungku
• Ku
• Raja
• 3.Penggunaan Perkataan Dan Ungkapan Khusus.
 Perkataan dan ungkapan khusus merujuk sejumlah perkataan
dan frasa khusus yang digunakan sewaktu merujuk golongan
diraja.Bagi masyarakat biasa terdapat perkataan-perkataan lain
pula.
 Berikut ialah beberapa contoh:

Perkataan bagi masyarakat biasa


Perkataan dalam bahasa istana

Tidur Beradu
Makan Santap
Mandi Bersiram
Tinggal Bersemayam
Meninggal Mangkat
Sakit Gering
Bersetuju berkenan
• 4.Unsur Pemulukan Dan Pendinaan
 Dalam perhubungan semuka dengan raja,rakyat biasa kerap
menggunakan ungkapan-ungkapan yang memperlihatkan
unsur pemulukan dan pendinaan.
 Pemulukan ialah meninggi-ninggikan kedudukan seseorang
iaitu raja.
 Pendinaan pula bermaksud merendah-rendahkan diri.
 Berikut ialah beberapa contoh:
Patik pohon perkenan tuanku….
Titah tuanku patik junjung.
Ampun tuanku,beribu-ribu ampun,sembah patik mohon
diampun.
Bahasa Biasa
 Digunakan oleh orang kebanyakan untuk hubungan
harian.
 Lazimnya bersifat tidak formal dan digunakan dalam
konteks tidak rasmi.Walau bagaimanapun,boleh juga
bersifat formal.
 Struktur ayat,pada umumnya mematuhi tatabahasa.
 Menggunakan sistem panggilan yang umum dipakai.
 Mengalami perkembangan yang pesat,terutamanya
apabila pembinaannya dirancang secara sistematik.
PENUTUP
• Variasi bahasa wujud disebabkan sifat masyarakat
yang berbeza-beza.Perbezaan –perbezaan ini
mewujudkan situasi yang berlainan,yang memerlukan
penggunaan bahasa,yang walaupun pada asasnya
sama tetapi berbeza-beza.Tiap-tiap penutur bahasa
dikehendaki mengetahui perbezaan-perbezaan ini dan
menggunakannya dengan betul.Yang melanggar
peraturan ini,sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja,dikatakan ‘tidak tahu bahasa’.

You might also like