You are on page 1of 7

Pétanque 

adalah sejenis permainan yang berasal dari Perancis yang mana objektif utama
permainan adalah untuk membaling atau melempar bola - bola besi yang disebut sebagai
'boules' sedekat mungkin dengan satu bola kecil yang diperbuat daripada kayu yang
digelar jack. Permainan ini biasanya dimainkan diatas permukaan tanah atau batu kerikil
halus. Namun begitu, permainan petanque ini juga boleh dimainkan di atas permukaan
berpasir atau padang rumput. Dengan kata lain, petanque boleh dimainkan di mana -
mana permukaan.

Permainan petanque boleh dimainkan di atas mana - mana permukaan kecuali permukaan
konkrit atau jubin . Dalam situasi terbaik, permukaan yang sesuai adalah permukaan yang
tidak terlalu lembut seperti di pantai. Jika petanque di mainkan di pantai yang terlalu
berpasir lembut, boule akan terus terlekat dalam pasir tanpa bergerak jauh. Dalam
keadaan padang rumput juga, sukan ini boleh dimainkan.  Namun begitu, permukaan
yang paling baik adalah permukaan yang berbatu halus.

Permainan Petanque dikatakan bermula pada zaman purba Greece. Masyarakat purba
Greece direkodkan telah bermain permainan membaling syiling, kemudian batu-batu
datar, dan diikuti dengan permainan bola batu, yang disebut sebagai ‘spheristics’ , Pada
awal abad ke-6 SM. Masyarakat purba Rom telah memodifikasikan permainan petanque
ini dengan meletakkan target yang harus didekati sehampir mungkin. Variasi Rom ini
dibawa ke Provence oleh tentera Rom.

Permainan Petanque telah dimodifikasikan lagi dengan menggantikan bola-bola batu


kepada bola-bola kayu dan ditambahkan dengan kuku untuk membuat bola tersebut lebih
berat. Pada Zaman Erasmus permainan Petanque disebut sebagai globurum, Di Eropah
permainan Petanque lebih dikenali sebagai 'boules,' atau bola.
Pada kurun ke 17, para bangsawan Perancis telah menjadikan sukan ini kepunyaan
mereka sahaja dan Raja Louis XIV telah meletakkan peraturan permainan tersebut
kepada 14 mata. Semasa perang, tentera Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai
bola permainan. Diceritakan juga, Sir Francis Drake telah bertebeng menamatkan
permainan bola tersebut sebelum beliau bersiap-siaga menewaskan tentera SepanyoL.
Sejarah moden sukan petanque bermula di Clotat, Peranchis dalam tahun 1910 apabila
seorang lelaki cacat yang baru sembuh dari kemalangan sewaktu menyaksikan sukan ini
telah mengambil salah satu bola tersebut dan membalingkannya dengan tepat sekali pada
kedudukan berdiri. Sukan ini kemudiannya berkembang ke semua jajahan di Afrika,
Pasifik Selatan dan Eropah Barat.

Pada abad ke-19, di England permainan Petanque lebih dikenali sebagai "cawan" atau
"rumput bowling". Di Perancis pula dikenali sebagai boules, dan dimainkan di seluruh
negara. Di Selatan Perancis pula, permainan ini dikenali sebagai jeu dan terbukti jeu
mirip dengan permainan Pétanque, bezanya ialah gelanggangnya lebih besar dan pemain
berlari tiga langkah sebelum membaling bola.

Petanque dalam bentuk yang sekarang ini telah dicipta pada tahun 1907 di bandar La
Ciotat berhampiran Marseilles oleh pemain permainan ‘lyonnaise boule’ daripada
Perancis yang bernama Jules Lenoir,.

Pertandingan Petanque yang pertama dengan peraturan-peraturan baru telah diadakan


pada tahun 1910 oleh adik-beradik Yusuf Ernest & Pitiot, iaitu pemilik sebuah kafe di La
Ciotat. Selepas itu, permainan Petanque telah berkembang dengan cepat. Persekutuan
Pétanque Antarabangsa (Federation Internationale de Pétanque et Jeu) telah ditubuhkan
pada 1958 di Marseille dan telah dianggotai sekitar 600.000 anggota daripada 52 negara
pada tahun 2002.
Kejohanan Dunia pertama Permainan Petanque telah berlangsung pada tahun 1959.
Kejohanan yang paling terkini diadakan di Faro (2000), Monaco (2001), Grenoble (2002,
2004 dan 2006), Geneva (2003), Brussels (2005), dan Pattaya / Thailand (2007). Pada
tahun 2007 seramai 52 pasukan daripada 50 negara telah mengambil bahagian dalam
kejohan dunia petanque.

Permainan petanque dimainkan dalam 3 jenis konfigurasi berbeza iaitu:-

 3 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai tripplets, dengan 3 orang pemain


setiap kumpulan dan setiap pemain menggunakan 2 biji boule.
 2 sekumpulan atau lebih dikenali sebagai doublets, dengan 2 orang pemain setiap
kumpulan dan setiap pemain menggunakan 3 biji boule.

 perseorangan atau lebih dikenali sebagai singles, dengan seorang pemain


menggunakan 3 biji bola

. Bola yang digunakan untuk permainan petanque diperbuat daripada besi dengan
berat antara 650g dan 800 gram. Saiz diameter bola besi ini pula antara 70.5mm dan
80mm. ( sebesar bola tennis ). Jack pula diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik dan
mempunyai diameter antara 25mm sehingga 35mm.

Kawasan permainan petanque mestilah tidak kurang dari 15 meter panjang kali 4 meter
lebar. Namun begitu keluasan minimum yang diterimapakai adalah tidak kurang dari 13
meter panjang kali 4 meter lebar.

Pemain yang menang undian lambungan duit syilling hendaklah memulakan permaianan
dengan membuat bulatan dengan diameter 35- 50 cm. Kedua - dua kaki pemain yang
membuat lemparan bola hendaklah menyentuh tanah semasa membuat lemparan.
Permaianan dimulakan dengan pemain pertama melempar jack dalam jarak 6 ke 10 meter
dari bulatan tadi. Jack yang dilemparkan hendaklah tidak kurang 1 meter dari sempadan
gelanggang atau apa - apa objek yang menghalang. Jika ini berlaku, maka jack tersebut
hendaklah dilontar semula.
Pemain yang menang undian tadi akan mula melempar bola sedekat mungkin dengan
jack. Pemain daripada pihak lawan pula akan cuba mengatasi jarak  boule pertama tadi
sehingga dia berjaya lebih dekat dengan jack. Jika dalam percubaan itu, boule pihak
lawan lebih dekat, maka kumpulan pertama tadi perlu mengatasi boule tadi. Permainan
ini akan berulang sehinggalah kesemua boule telah habis dilempar.

Mata akan dikira dengan kaedah, berapa boule pasukan yang mendapat mata lebih dekat
kepada jack sebelum bola pihak lawan. Permaianan biasanya dimainkan sehingga mata
13. Namun begitu, mata 15 juga ada dimainkan untuk perrtandingan - pertandingan akhir.

Peraturan permainan ini tidak susah. Peraturan-peraturannya ialah:

 Pemain boleh membaling bola mengikut cara yang disukainya tetapi tidak boleh
mengangkat kaki ketika membaling bola. Petanque sendiri bermaksud
'meletakkan kedua-dua kaki bersama'.
 Bola yang terkeluar daripada gelanggang tidak dikra dalam permainan.
 Bola boleh dibaling setinggi manapun atau dengan cara balingan lain.
 Lingakaran titik permulaan boleh diubahsuai sekiranya titik akhir jack ialah
kurang 10 meter untuk membuat balingan yang seterusnya.
 Setiap pasukan harus mempunyai peralatan pengukuran yang sesuai

Bagi menentukan pemenang biasanya, pemain sendiri boleh menentukan bola siapa yang
terhampir, tetapi jika berlaku percanggahan, seorang hakim teknikal akan membuat
ukuran. Mata akan diberikan mengikut bola-bola yang terhampir dengan jack.

Sebuah pusingan atau dipanggil ends akan tamat apabila salah sebuah pasukan kehabisan
bola mereka. Ends akan berterusan sehingga salah satu pihak berjaya memperoleh 13
mata.. Permainan ini boleh tamat dalam masa beberapa minit atau berlarutan sehingga
berjam-jam. Ia bergantung kepada strategi.
Sukan petanque ini telah mula dibawa masuk dan diperkenalkan di Malaysis oleh Prof.
DiRaja Ungku Abdul Aziz, Yang Dipertua Angkasa pada pertengahan tahun 1989.
Setelah beberapa bulan dimainkan, akhirnya sukan petanque telah dirasmikan sebagai
salah satu acara sukan negara. Upacara perasmian telah dilakukan oleh Menteri Belia dan
Sukan sendiri pada masa itu, YB Datuk Seri Najib Tun Razak pada 22 Mac 1990 di
Padang jalan Timur, Petaling Jaya.

Pada tahun 1993, permainan petanque telah diiktiraf oleh Kementerian Belia dan Sukan
sebagai salah satu acara "sukan baru" dalam kategori "sukan untuk semua". Seminar
untuk sukan ini telah diadakan di Universiti Malaya pada 24 April 1994 anjuran
Kementerian Belia dan Sukan.

Sumbangan ANGKASA yang cukup besar dalam sukan ini telah memberi faedah yang
amat berguna kepada anggota koperasi keseluruhannya. Melaluinya juga ANGKASA
sekali lagi telah menganjurkan Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Kebangsaan
2009 pada 23 hingga 24 Mei 2009 di Gelanggang Petanque, Pasukan Gerakan Am (PGA)
Cheras, Kuala Lumpur.

Di hari perasmian kejohanan, Yang Dipertua ANGKASA, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu
Bakar mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri ANGKASA
yang telah mengadakan pertandingan di peringkat negeri masing-masing. Selain daripada
itu beliau mengingatkan bahawa permainan ini merupakan satu aktiviti riadah yang
memerlukan tumpuan yang tinggi, minat serta perlu berlatih bersungguh-sungguh. Ini
adalah kerana sukan ini memerlukan latihan bagi meningkatkan kemahiran dan ketepatan
(accuracy), kesempurnaan (perfection), konsentrasi dalam menggunakan akal dan fikiran
serta memikirkan taktik dan strategi, permainan. Komunikasi juga penting di antara
pemain-pemain dalam pasukan, stamina pula untuk ketahanan mental dan fizikal serta
perancangan hingga ke akhir pertandingan.
Perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kecergasan, Jabatan
Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Encik Mohd. Azahari
Mohammad. Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa sukan petanque ini telah terkenal
di seluruh Asia kerana beberapa agensi kejohanan pernah menganjurkannya di luar
negara. Ianya juga selaras dengan dasar kerajaan yang inginkan ‘One Malaysian’ di mana
kejohanan ini turut melibatkan pemain dari berbagai bangsa dan jantina. Dengan itu ianya
akan dapat menonjolkan masyarakat yang harmoni serta dapat menjalinkan hubungan
kerjasama di kalangan anggota koperasi di seluruh Negara.

Dalam pada itu juga bagi menggalakkan kesinambungan permainan ini, ANGKASA
telah menyediakan kursus permainan petaque dan kursus kejurulatihan permainan
petanque. Menurut beliau lagi, kursus ini bertujuan bagi melahirkan pemain-pemain
petanque yang handal untuk bermain di peringkat antarabangsa.
RUJUKAN

1. http://cputsungai.blogspot.com/2009/07/mari-bermain-petanque.html.
2. http://www.kosmo.com.my.
3. http://tettyias.googlepages.com/mypetanquediary
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Pétanque

You might also like