You are on page 1of 14

Tahun Baru Cina

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Malam Tahun Baru Cina di Meizhou, China

Juga Tahun Baru Qamari, Perayaan Musim


dinamakan Bunga
Diraikan oleh terutamanya tamadun Asia Timur
Jenis China, kebudayaan, agama Buddha
Keutamaan Hari pertama kalendar Cina (qamari)
Tarikh 2008 7 Februari
Tarikh 2009 26 Januari
Tarikh 2010 14 Februari
sambutan Tahun Baru, perhimpunan
Perayaan
keluarga, jamuan sekeluarga.
Berkaitan Perayaan Tanglung yang mengakhiri
dengan perayaan ini

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru
dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah
akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi
hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi
dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan
besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau
mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam
sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga
kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,
dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru
Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.
Tarikh perayaan
Rencana utama: Astrologi Cina

Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah
disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan
buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan
tersebut.

Haiwan Dahan bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008

Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019


[sunting] Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada
kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika
Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa
"bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa
ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih
wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan
menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal
bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang
memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal
sampai masa ini.

[sunting] Mitos

Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China.

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari
pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar
musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian
sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga
api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada
perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang
bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[1][2]

[sunting] Sambutan perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli keluarga saudara-mara dan
sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan
kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Sebelum Tahun Baru


Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara
menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan
musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun
Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat
rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis
pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang
terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di
China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu
melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli
terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini
sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.[3]

Hari pertama

Perayaan Tahun Baru Cina, pada hari kelapan, di pinggir kota Vancouver, Kanada.

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan
orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada
memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan
lanjut usia.[4]
Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina
menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka,
biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk
menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2

Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina Ringkas:
开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa
kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak
berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi
saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat
mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,
sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam
jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan
kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.[6]

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi) dijadikan
sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai
Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut
dan diserikan oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu
hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari
Cina.[7]

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul
untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan
dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di
rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina
di merata dunia selain rantau tersebut.[7][8]

Hari ke-9
Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di
Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya
tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada
Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk
melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Hari ke-15

Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina
Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa
Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤
圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina
yang diperbuat daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk
membentuk bebola, kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan
bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini
juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

Hidangan Tahun Baru

Jamuan pertemuan semula

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán fàn)
diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di
rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan
di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang
lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼,
pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan
semalaman), bak pepatah Cina nián nián yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年
年有余), yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan
"semoga ada ikan setiap tahun."[3][9]

Intisari makanan

Nama Bahasa Cina [*] Huraian


Luohan zhai ialah hidangan vegetarian yang biasanya merangkumi 18 bahan,
sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis lumut berbentuk rambut
Luohan 羅漢齋 (罗汉 manusia, disebut "fat choy" dalam bahasa Kantonis sering menjadi ciri-ciri
zhai 斋) luóhàn zhāi utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bunyinya
dengan "kemakmuran". Suku kaum Hakka biasanya menyaji kiu nyuk (扣肉)
dan yong tau fu.

Ramuan yang penting sepanjang sambutan tahun baru. Sebutan perkataan


Ikan 魚 (鱼) yú Cina bagi ikan serupa dengan "lebihan" (bahasa Cina: 餘; pinyin: yú). Ramuan
utama bagi yee sang.

魚生 (鱼生) Salad ikan yang dilambung cebisan ramuannya apabila disambung untuk
Yee sang
yúshēng menyambut tuah.[8]

Ladu 餃子 (饺子) Ladu ini dimakan di China utara kerana bentuknya serupa dengan tongkol
jiaozi jiǎozi emas Cina kuno, seolah-olah berisi tuah.

Limau ini merupakan buah-buahan paling kerap ditemui semasa perayaan


Limau 金橘 jīnjú; atau tahun baru. Fungsi buah limau mandarin bagi masyarakat Cina ialah untuk
mandarin 柑 gān dipuja di Tokong dan daunnya untuk buang sial, buah limau mandarin pula
melambangkan kesejahteraan dan kemewahan.

Kuih Kuih ini paling laris didapati di China timur (Jiangsu, Zhejiang dan Shanghai)
年糕 niángāo
bakul kerana namanya serupa sebutan dengan "kian tahun kian tinggi". [2]

Mi dihidangkan tanpa dipotong, melambangkan panjang hayat, namun


Mi
amalan ini tidak terhad kepada sambutan tahun baru.

Gula-gula dan buah-buahan kering disimpan dalam kotak gula-gula Cina


Gula-gula
berwarna merah atau hitam.

Puding yang diperbuat daripada tepung pulut, kanji gandum, garam, air, dan
Tikoy gula. Warna gula yang digunakan menentukan warna puding ini (putih atau
perang).

Amalan Tahun Baru

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红包, pinyin:
hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事,
bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh
pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.[2]

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah
wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka
ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn).
Oleh sebab angka 4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8
dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam
angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.[10]

Pasar Tahun Baru

Membeli-belah di Pasar Tahun Baru Kreta Ayer, Singapura

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini
biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan
sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai
hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk menghasilkan
letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah
ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali
panjang berlakur yang digantung. Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana
warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun
melepaskan bunyi meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam
bilangan ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir
roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek
penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.[11]

Larangan mercun

Meskipun penggunaan mercun adalah sebahagian amalan tradisi dalam sambutan tahun baru,
namun selama ini telah menyaksikan kejadian yang memilukan. Setiap tahun adanya laporan
mengenai pengguna mercun hilang penglihatan, anggota badan, atau menderita akibat
kecederaan serius yang lain, terutamanya pada musim perayaan. Maka, kerajaan-kerajaan dan
pihak-pihak berkuasa akhirnya menguatkuasakan undang-undang yang mengharamkan
sepenuhnya penggunaan mercun untuk tujuan peribadi, terutamanya atas sebab-sebab
keselamatan.

 Tanah Besar China: Mercun diharamkan di kebanyakan kawasan bandar, namun Beijing menarik
balik larangannya pada tahun 2006 setelah sedekad, dan undang-undangnya tidak selalu
dikuatukasakan.[12] Di kawasan luar bandar pula, mercun masih digemari ramai dan lorong-
lorong selalu diliputi warna merah bangkai mercun.

 Hong Kong: Bunga api diharamkan atas sebab-sebab keselamatan. Namun begitu, kerajaan
kolonial sebelum tahun 1997 dan kerajaan SAR selepas itu juga mengadakan pertunjukan bunga
apa di Pelabuhan Victoria pada hari kedua Tahun Baru Cina. Pertunjukan seumpamanya juga
diadakan di bandaraya-bandaraya dalam dan luar China.

 Singapura: Pengharaman separa dikanakan terhadap mercun pada Mac 1970 setelah berlakunya
kebakaran yang meragut enam nyawa dan mencederakan 68 orang lain. [13] Ini dilanjutkan
menjadi larangan penuh pada tahun 1972, selepas berlakunya letupan yang mengorbankan
nyawa dua orang[14] serta satu serangan terhadap dua orang polis yang cuba menghalang
sekumpulan orang daripada membakar mercun pada Februari 1972. [15] Bagaimanapun, pada
tahun 2003, kerajaan membenarkan mercun dilepaskan pada musim perayaan. Ketika kegiatan
menyala mercun di Kreta Ayer, tepat pada waktu malam hari pertama Tahun Baru Cina, mercun
dilepaskan dalam keadaan terkawal oleh Lembaga Pelancongan Singapura. Peristiwa-peristiwa
lain yang membenarkan mercun ditentukan oleh lembaga pelancongan atau pertubuhan
kerajaan lain. Namun begitu, mercun tidak boleh dijual secara komersial.

 Malaysia: Mercun juga dilarang atas sebab-sebab yang sama dengan Singapura. Bagaimanapun,
kebanyakan orang Malaysia berupaya menyeludup mercun dari Thailand untuk memenuhi
kehendak diri mereka.

 Indonesia: Mercun dan bunga api dilarang penggunaanya di khalayak awam ketika Tahun Baru
Cina[16], terutamanya di kawasan-kawasan yang kebanyakan penduduknya bukan kaum Cina agar
menghindari apa-apa pertelingkahan antara kaum, kecuali di beberapa kawasan metropolitan
seperti Jakarta and Medan, di mana tahap toleransi sosial antara kaum cukup memuaskan.

 Amerika Syarikat: Pada tahun 2007, Bandaraya New York menarik balik larangan mercun setelah
sedekad, agar membenarkan pertunjukan 300,000 batang mercun dibakar di Chatham Square,
Chinatown.[17]

Pakaian

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana
dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang
memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
Shou Sui

Shou Sui (Cina Tradisional: 守歲, Cina Ringkas: 守岁) berlangsung apabila ahli keluarga
berkumpul bersama pada malam selepas makan malam bersama dan mengenangkan tahun yang
telah berlalu sementara menyambut tahun yang akan tiba. Sesetengahnya percaya bahawa anak-
anak yang Shou Sui akan memanjangkan usia ibu bapa.[18]

Simbol

Sepanjang 15 hari Tahun Baru Cina, orang akan mula melihat pantang larang atau kepercayaan
budaya tradisional dengan maksudnya yang boleh mengelirukan orang yang tidak
menyambutnya. terdapat sebab yang menerangkan semuanya, bukan sekadar hiasan, yang
berputarkan warna merah. Pada satu-satu masa, emas merupakan warna pendamping bagi sebab
yang sangat jelas. Satu sebab baik dan biasa bagi poster merah berbentuk berlian dengan aksara
福 (fú), atau "tuah" yang dipamerkan sekitar rumah dan pintu. Tanda ini sering kelihatan
tergantung terbalik, memandangkan perkataan Cina 倒 (dǎo), atau "terbalik", berbunyi sama
dengan 到 (dào), atau "tiba". Maka, fú dào melambangkan ketibaan tuah, kegembiraan dan
kemakmuran.[19]

Bunga

Berikut merupakan hiasan bunga yang paling biasa pada Tahun Baru dan sering dijual ketika
pasaran tahun baru.

Hiasan Bunga Maksud

Bunga plum melambangkan tuah

Kumkuat melambangkan kemakmuran

Narcissus melambangkan kemakmuran

Bunga kekwa melambangkan panjang umur

Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun

Bunga matahari bermaksud tahun yang elok

Ikon dan hiasan

Ikon Makna Ilustrasi

Ikan Ikan koi sering kelihatan dalam lukisan. Sajian berhias yang memaparkan
ikan juga dapat dilihat. Ikan melambangkan lebihan atau simpanan
tambahan supaya ada lebih untuk hidup pada baki tahun. Ikan berpadu
dengan pepatah Cina 年年有餘 (niánnián yǒuyú).[9]

Yuanbao emas (金元宝; jīn yuánbǎo) melambangkan wang dan/atau


Jongkong
kemewahan. Jongkong berbentuk Yuanbao ini merupakan perantara
Yuanbao
pertukaran piawaian di China zaman silam.

Tanglung kertas Cina tradisional ini biasanya berbeza daripada tanglung


yang digunakan ketika Perayaan Kuih Bulan. Tanglung ini berwarna
merah dan selalunya berbentuk bujur. Tanglung-tanglung yang
Tanglung
digunakan pada hari ke-15 Tahun Baru Cina untuk Pesta Tanglung,
dinyala terang-terang, berwarna-warni, dan berbagai-bagai saiz dan
bentuknya.

Hiasan secara amnya menyampaikan ucapan Tahun Baru. Poster kaligrafi


Perhiasan Cina memaparkan peribahasa Cina. Hiasan-hiasan lain termasuk gambar
Tahun Baru, simpul Cina, keratan kertas dan gurindam.

Tarian singa sering diadakan pada Tahun Baru Cina. Adalah dipercayai
bahawa pukulan gendang yang kuat dan bunyi simbal yang memekakkan
Tarian
serta wajah singa yang menari dengan agresif sekali boleh mengusir
singa
puaka jahat. Tarian singa juga dipamerkan pada upacara pembukaan
perniagaan orang Cina.

Cai Shen (Cina Tradisional: 財神, Cina Ringkas: 财神) merupakan dewa
Cai Shen kekayaan yang disembah orang agar memperoleh tuah dan berkat pada
malam Tahun Baru dalam kepercayaan Cina.

Balik kampung

Waktu Tahun Baru Cina juga menyaksikan penghijrahan manusia bermusim yang terbesar,
apabila warga luar bandar yang bekerja di kawasan bandar China, serta juga orang Cina seberang
laut di seluruh dunia pulang ke kampung halaman untuk berjamuan bersama sanak saudara pada
malam tahun Baru. Tempoh ini dipanggil "Chunyun" (Cina Tradisional: 春運, Cina Ringkas: 春
运) dan boleh disamakan dengan fenomena "balik kampung" sewaktu masyarakat Melayu
menyambut Aidilfitri. Masyarakat Cina Malaysia tidak terkecuali daripada balik kampung, maka
timbulnya keperluan mengetatkan kawalan keselamatan jalan raya khususnya untuk perayaan ini
seperti mana yang dijalankan ketika Aidilfitri.

Rumah terbuka

Ketika menyambut perayaan utama di Malaysia, rumah terbuka diadakan oleh golongan
pembesar negeri untuk menjemput rakyat berbilang kaum dan agama, dan juga pelancong asing,
beraya bersama-sama. Tahun Baru Cina tidak terkecuali, dan rumah terbuka perayaan ini
dianjurkan oleh pembesar kaum Cina.

Ucapan

Tahun Baru Cina diserikan dengan ucapan yang diucap dengan kuat dan ghairah, yang dikenali
sebagai "ungkapan pembawa tuah" (Cina Tradisional: 吉祥話, Cina Ringkas: 吉祥话, pinyin:
jíxiáng hùa).

Selamat Tahun Baru

"Selamat Tahun Baru" (Tulisan Cina Tradisional: 新年快樂; Tulisan Cina Ringkas: 新年快乐;
pinyin: xīnnián kuàilè; Bahasa Kantonis (Yale): sānnìhn faailohk; bahasa Hokkien (POJ): Sin-nî
khòai-lo̍k) ialah ucapan kontemporari yang mencerminkan pengaruh barat ini diterjemah secara
literal dari ucapan Happy new year yang kerap didengar di negara Barat. Namun di bahagian
utara China, "guò nián hǎo" (Cina Tradisional: 過年好, Cina Ringkas: 过年好) yang dijadikan
ucapan tradisi, bagi membezakannya dari Tahun Baru antarabangsa, boleh dipakai dari hari
pertama hingga hari kelima tahun baru.

Gong xi fa cai

Kung Hei Fat Choi di Lee Theatre Plaza, Hong Kong


"Gong xi fa cai" (Tulisan Cina Tradisional: 恭喜發財; Tulisan Cina Ringkas: 恭喜发财; pinyin:
gōngxǐ fācái; Bahasa Kantonis (Yale): gūnghéi faatchòih; bahasa Hokkien (POJ): Kiong-hí hoat-
châi; bahasa Hakka: Kung hei fat choi), yang diterjemah sebagai "Tahniah dan semoga mendapat
rezeki". Ungkapan ini yang sering tersalah angggap sebagai bersinonim dengan "Selamat tahun
baru" mula digunakan berabad-abad lalu. Dua aksara pertama ungkapan ini mempunyai
kepentingan sejarah yang lebih lama (menurut legenda, ucapan tahniah adalah bagi kejayaan
menghadapi raksasa Nian dengan selamat, namun secara praktis ini juga boleh melibatkan
kejayaan mengharungi keadaan musim sejuk yang teruk)[20]; manakala dua aksara terakhir
ditambah sebagai menyentuh idea kapitalisme dan konsumerisme yang makin penting di
kalangan masyarakt Cina seluruh dunia. Ucapan ini kerap didengar di kalangan komuniti yang
berbahasa Inggeris sewaktu Tahun Baru Cina di beberapa tempat dsi dunia yang mempunyai
komuniti berbahasa Cina yang ketara, termasuk komuniti pendatang Cina yang lama menetap
selama beberapa generasi, serta pendatang baru dari tanah besar China, Hong Kong, Macau dan
Taiwan, dan pendatang transit (khususnya golongan siswa).

Ucapan lain

Terdapat ucapan lain bagi Tahun Baru Cina, antaranya boleh dijerit dengan sekuatnya tanpa
mengira penerima dalam situasi tertentu. Contohnya, memecah objek ketika tahun baru dianggap
tidak bagus, dan jika berlakunya sedemikian "Suìsuì píng'ān" (Cina Tradisional: 歲歲平安, Cina
Ringkas: 岁岁平安) diucapkan serta-merta, yang bermakna "semoga keamanan berkekalan
tahun demi tahun". 歲 (Suì, bermaksud "usia") sama bunyi dengan 碎 ("pecah"), sebagai
demonstrasi bagi kegemaran orang Cina "bermain-main" dengan perkataan dalam bahasa
mereka. Melalui cara yang sama, 年年有餘 (Niánnián yǒuyú), hajat penambahan hasil setiap
tahun, memanipulasi suku kata yú yang juga ditulis 魚 (ikan), menjadikannya ungkapan utama
bagi sajian tahun baru berikan dan juga lukisan dan grafik ikan yang digantung pada dinding atau
dijadikan hadiah.[2][9]

Ucapan-ucapan ini juga diujar sebelum menerima angpau oleh kanak-kanak, apabila bertukar
hadiah, menziarahi tokong, atau ketika melambung ramuan-ramuan yee sang di Malaysia dan
Singapura.

Kanak-kanak nakal sering berjenaka dengan mengucap (Cina Tradisional: 恭喜發財,紅包拿


來, Cina Ringkas: 恭喜发财,红包拿来, pinyin: Gōngxǐ fācái, hóngbāo nálái), yang diterjemah
menjadi "Tahniah dan semoga peroleh rezeki, mintalah bagi ang pau."

Pantang-larang sewaktu perayaan

Tuah baik

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa
musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
 Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah
menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa
yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk
berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip
tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan
bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi
"seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif,
kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
 Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil.
Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan
sering telah mengatasi tradisi ini.)
 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi
tahun baru.
 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina
kerana ini turut dianggap tidak bagus.Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan
sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".

You might also like