You are on page 1of 12

LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

Institut Latihan Perindustrian


Kepala Batas, Pulau Pinang

Instrument SESI 2/2007

SEMESTER 2

DI SEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD JAMAL AZEEM BIN JAMIL

KELAS 3

242071092
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

PENGENALAN
Laporan ini mengenai “ Project Running Light ” yang telah dijalankan
dalam modul Elektronik. Pelajar-pelajar telah ditugaskan untuk
membuat pemasangan litar elektronik berdasarkan skema litar yang di
berikan.

Pelajar-pelajar juga telah di bekalkan dengan komponen dan peralatan


yang digunakan dalam menjalankan pemasangan litar tersebut

Projek ini dijalankan untuk memberikan pendalaman kepada pelajar-


pelajar untuk mengenali komponen dan peralatan yang digunakan dalam
membuat pemasangan litar pada “bread board” dan juga untuk
menerangkan kepada pelajar-pelajar tentang jenis dan fungsi IC yang
digunakan dalam satu-satu litar elektronik.

Dalam menjalankan tugas pemasangan litar ini berlaku beberapa


masalah. Dari masalah yang dihadapi oleh dapatlah pelajar-pelajar
mempelajari cara-cara untuk mengenal pasti masalah dan dapat
memastikan beberapa kerosakan yang komponen yang dibekalkan
kepada pelajar.

OBJEKTIF
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

 Objektif utama dalam membuat litar ini adalah untuk


memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar cara
pemasangan litar.

 Pelajar juga dapat mengenali komponen dan peralatan yang di


gunakan dalam membuat litar tersebut.

 Juga dapat mengetahui cara-cara untuk membuat bacaan


terhadap nilai pada komponen yang di berikan.

 Dapat memupuk nilai kerjasama antara kumpulan dalam


menyiapkan litar tersebut disamping dapat mengeratkan
hubungan Silaturrahim antara ahli kumpulan.

 Pelajar juga dapat mempelajari cara pemasangan yang perlu


di buat berdasarkan litar skematik yang diberikan.

 Pelajar jjuga dapat mengetahui kutub/kaki samada positif


atau negative pada komponen elektronik tersebut

KOMPONEN YANG DIGUNAKAN


LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

Antara berikut merupakan komponen-komponen yang digunakan dalam


litar “ Running Light ” :-

LED = Diod Pemancar

KAPASITOR=

IC =

PERINTANG=
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

PENERANGAN
KOMPONEN
KOMPONEN PENERANGAN
L.E.D.  Mempuyai 2 kaki
 Merupakan lampu pemancar.
 Mempunyai kaki anod dan katod.
 Mementukan kaki dengan multimeter.

Kapasitor  Mempunyai 2 kaki.


 Mempunyai kaki positif dan negative.
 Boleh menentukan kaki menggunakan multimeter
atau warna pada kapasitor tersebut.
 mempunyai sifat istimewa iaitu ia boleh menyimpan
cas dan tenaga elektrik.
 Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan
lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil
lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.

Perintang  Terdapat 2 jenis perintang iaitu boleh laras dan


tetap.
 Nilai berdasarkan pada kod warna pada
perintang.
 Perintang boleh laras mempunyai 3 kaki.
 Perintang tetap mempunyai 2 kaki.
 Digunakan untuk mengawal jumlah arus yang
mengalir dalam litar.
I.C  Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di
dalam sebuah bekas kecil.
 Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau IC
(Integrated circuit)
 Ia boleh mengandungi elemen komponen seperti
transistor, diod, perintang dan sebagainya
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

PERALATAN DAN KEGUNAAN


PERALATAN KEGUNAAN
BRAED BOARD  Alat digunakan bagi membina satu (umumnya
sementara) prototaip satu litar elektronik dan untuk
percubaan dengan rekaan-rekaan litar.

JUMPER  Digunakan untuk membuat lompatan pada lubang-


lubang yang terdapat pada Braedboard untuk
membenarkan arus mengalir pada tempat-tempat yang
di perlukan.

MULTIMETER  Digunakan untuk mengukur nilai pada komponen.


 Juga di gunakan untuk mengetahui kaki pada
komponen elektronik.
 Dapat di gunakan untuk mengenal pasti kerosakan
komponen dan sambungan pada litar.

CUTTER  Digunakan untuk memotong kabel Jumper.


 Membuang penebat pada Jumper.
 Membentuk kaki komponen elektronik.

BATERI 9v  Digunakan untuk mengalirkan arus pada papan litar .


 Dapat menyalakan LED sekiranya litar lengkap.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

LITAR
SKEMAT
IK
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

GAMBARAJAH LITAR
LENGKAP
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

KENDALIAN LITAR
Pertama sekali arus akan memasuki pada perintang tetap 18KΩ dimana
punca masuk pada bahagian positif. Kemudian ada sambungan yang
bersentuhan atau bersambung dengan positif iaitu pada kaki IC
(Integrated circuit) 555 dimana kaki yang terlibat ialah kaki nombor 8
dan kaki nombor 4. Punca positif ini juga bersambung dengan kaki IC
CO4017 iaitu pada kaki nombor 16.
Kemudian kaki keluar dari perintang R1 atau 18KΩ tadi akan
bersambung pula dengan kaki nombor 7 pada IC 555 dan juga
bersmbung dengan perintang R2 atau 1KΩ.
Punca keluar dari kaki perintang R2 atau 1KΩ tadi akan bersambung
dengan kaki nombor 2 dan nombor 6 pada IC 555 lalu bersambung pula
dengan kaki perintang boleh laras 100KΩ. kemudian punca keluar dari
kaki perintang boleh laras tadi akan bersambung pula dengan kaki
positif kapasitor 2.2µf manakala kaki negative kapasitor akan di
sambungkan kepunca negative litar.

Seterusnya kaki nombor 5 pada IC 555 akan bersambung dengan kaki


positif kapasitor 47µf. Manakala kaki negative kapasitor ini juga akan
disambungkan ke punca negative litar.

Kaki nombor 1 pada IC 555 akan di sambungkan pada punca negative


litar. Bagi kaki nombor 3 pada IC 555 akan disambungkan dengan kaki
nombor 14 pada IC CO4017. Maka siaplah sambungan pada setiap
kaki pada IC 555.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

Kini beralih pula pada IC CO4017. Jadual berikut merupakan


sambungan antara kaki pada IC CO4017 dengan kaki positif LED :-

KAKI IC KAKI
CO4017 POSITIF
LED
1 6
2 2
3 1
4 3
5 7
6 8
7 4
9 9
10 5
11 10

Kemudian kaki nombor 8 pada IC CO4017 akan terus disambungkan ke


punca negative litar. Manakala kaki nombor 13 dan 15 pada IC CO4017
akan disambungkan terlebih dahulu dan juga akan dibawa ke punca
negative litar.
Semua kaki negative pada LED akan disambungkan pada punca
negative pada litar.
Bagi kaki nombor 12 pada IC CO4017 hanya di biarkan sahaja.
Keluarkan satu punca pada positif litar dan satu punca pada negative
litar dan sambunkannya pada bateri@sel kering yang di bekalkan. Maka
siaplah litar lengkap bagi “Running Light”.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

LAPORAN
TROUBLESHOOTING
MASALAH YANG DIHADAPI:
Terdapat 2 masalah utama dalam menyiapkan litar tersebut iaitu:-
1. Hanya terdapat 3 sahaja LED yang menyala sesudah litar siap
disambungkan.
2. LED tersebut tidak berkelip (Running).

CARA MENGATASI MASALAH:


MASALAH 1:

 Pemeriksaan terhadap LED telah dijalankan menggunakan Multimeter.


 Membuat pemeriksaan litar kali kedua.
 Menukarkan IC yang baru.

MASALAH 2:

 Memeriksa sambungan pada litar.


 Pemeriksaan dibuat pada kaki perintang boleh laras.
 Melaraskan pada pelaras perintang boleh laras.
 Membuat sambungan pada kaki perintang boleh laras yang masih belum di
gunakan.

KEPUTUSAN:
 Kesemuaan LED menyala.
 Ada kelipan (Running)pada LED.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008

KESIMPULAN
Dapat diringkaskan disini Project Running Light yang telah di tugaskan

telah berjaya di lakukan dengan selamatnya. Dengan adanya latihan atau

tugasan seumpama ini pelajar-pelajar dapat belajar dengan lebih cepat

dan juga dengan cepat dapat memahami konsep dalam memasangan

elektronik seumpama ini. Pelajar juga dapat mengenal dan dapat

mengetahui fungsi dan kegunaan komponen dan alatan yang digunakan

dalam membuat litar elektronik. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada

ahli kumpulan yang berkerjasama dalam menyiapkan pemasangan litar

dan dalam menyiapkan laporan “Project Running Light”. Jutaan terima

kasih juga di ucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu dalam

menyiapkan tugasan yang di berikan. Amat diharapkan agar latihan atau

tugasan seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa yang akn

datang.

You might also like