You are on page 1of 15

PENGHARGAAN

Saya Nor Diyanah Binti Nor Hisham, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, saya dapat menyiapkan kerja kursus
Pendidikan Islam ini tanpa menghadapi masalah.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
saya yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya
untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Islam saya ini. Mereka juga
merupakan orang sumber bagi kajian tokoh-tokoh perjuangan Islam ini.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada semua ahli keluarga saya yang banyak membantu dalam kewangan.
Tanpa bantuan dari mereka semua saya tidak akan dapat menyiapkan kerja
kursus Pendidikan Islam ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Kamariah iaitu guru
matapelajaran Pendidikan Islam saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar
kepada saya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas
pertolongan dan kerjasama cikgu.

Kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Nurul Najiha Binti Abd Rauf, Teh
Masrah Binti Md Suhaimi dan Nur Adlin Mazliza Binti Mazlan, saya ingin
mengucapkan terima kasih kerana mereka secara tidak langsung telah memberi
sedikit sebanyak idea bagi memperbaiki lagi mutu kerja kursus saya ini.

Sekian, terima kasih

Nor Diyanah Binti Nor Hisham


1 Al Kindi

1
A
B
U

B
A
K
A
R

A
S

S
I
D
D
I
Q

2
RIWAYAT HIDUP SAIDINA ABU BAKAR

Nama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Beliau dilahirkan di
Mekah pada tahun 572 masihi iaitu dua tahun selepas kelahiran Rasulullah.
Beliau berasal daripada keturunan bangsawan Quraisy. Beliau seorang ahli
perniagaan yang berjaya dan menyumbang kepada perkembangan dakwah
Islam. Beliau ialah lelaki pertama memeluk Islam. Setelah memeluk Islam,
beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah orang yang mula-mula beriman
dengan dakwah Rasulullah. Beliau diberi gelaran 'As-Siddiq' kerana
pendiriannya sentiasa yakin dan membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan
dan dilakukan oleh Rasulullah. Beliau dilantik sebagai Khalifah Islam yang
pertama selepas Rasulullah wafat. Beliau meninggal dunia pada tahun 13 hijrah
ketika berusia 63 tahun.

PERIBADI SAIDINA ABU BAKAR


Saidina Abu Bakar As-Siddiq memiliki peribadi yang sangat mulia. Sebelum
memeluk Islam, beliau tidak pernah menyembah berhala dan minum arak.
Setelah memeluk Islam, beliau terkenal sebagai sahabat yang sangat teguh
imannya sehingga tiada siapa pun yang dapat menyamai iman Abu Bakar.
Akhlaknya sangat mulia serta dikagumi oleh sesiapa sahaja.

PERIBADI BELIAU:

Sentiasa bersopan santun Tabah menghadapi dugaan


Pengasih dan amat penyayang Setia kawan
Bersifat lemah lembut Pembela kebenaran
Ikhlas dalam perjuangan Benci kepada kejahatan
Bercakap benar Jujur hatinya

SUMBANGAN DAN PENGORBANAN SAIDINA ABU BAKAR

Sumbangan dan Pengorbanan

3
Sebelum Menjadi khalifah

1. Mendermakan seluruh hartanya untuk membiayai peperangan Tabuk.


2. Membebaskan penganut Islam yang diseksa dengan membayar tebusan.
3. Sentiasa bersama Rasulullah dalam semua peperangan.
4. Sanggup mengorbankan nyawanya untuk menyelamatkan Rasulullah.
5. Menemani Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah.

PERLANTIKAN ABU BAKAR MENJADI KHALIFAH

Setelah Rasulullah wafat, Kaum Ansar telah berkumpul di Balai Bani Saadah
dan untuk memilih orang yang akan menjadi khalifah. Mereka sebulat suara
memilih Saad Ibn Ubadah untuk menjadi khalifah mengantikan tempat dan
menyambung tugasan Rasulullah. Pada ketika itu, umat Islam sedang sibuk
menguruskan jenazah Rasulullah. Setelah tindakan Kaum Ansar itu diketahui
umum, Saiidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan muhajirin telah pergi ke
Balai Bani Saadah untuk menjelaskan soal perlantikan khalifah. Keputusan
kaum Ansar itu tidak boleh diterima kerana ia bukan keputusan mejoriti umat
Islam, hanya keputusan dari pihak Ansar sahaja.

Dalam pertemuan ini Abu Bakar mencadangkan memilih salah seorang dari dua
samada Umar al Khattab atau Abi Ubaidah bin Jarrah. Manakala pihak Ansar
mencadangkan supaya dilantik khalifah seorang daripada Ansar dan seorang
daripada Muhajirin. Kemudian Basyir bin Saad dari pihak Ansar bangun dan
meminta Abu Bakar menghulurkan tangan dan berkata " Aku baiah kamu
sebagai khalifah", serta diikuti oleh Umar al Khattab dan semua umat Islam
yang hadir. Dengan peristiwa ini maka rasmilah perlantikan Abu Bakar menjadi
Khalifah Islam pertama pada tahun 632 m (11 hijrah) dan memerintah Negara
Islam selama 2 tahun 3 bulan.

4
JASA ABU BAKAR AS SIDDIQ

Saidina Abu Bakar As Siddiq ialah seorang khalifah yang telah berjaya
meneruskan perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah
menjalankan pemerintahan dengan adil, sentiasa mengutamakan kepentingan
agama, masyarakat dan negara daripada kepentingan peribadi. Saidina Abu
Bakar sangat tegas dan mengambil berat dalam memastikan kesuciaan
perundangan Islam dan keamanan Negara berjalan lancar. Bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat, usaha menyelesaikan bibik-bibik perpecahan yang
mungkin melanda umat Islam telah dilakukan. Dengan ini, bolehlah dikatakan
bahawa Saidina Abu Bakar telah berjaya meletakkan asas kepimpinan yang
boleh diteladani oleh pemimpin-pemimpin selepasnya.

JASA-JASA SAIDINA ABU BAKAR

Jasanya ketika menjadi Khalifah

 Memerangi dan menghapuskan golongan murtad dan orang yang mengaku


menjadi nabi
 Memerangi golongan yang enggan membayar zakat
 Mengembangkan syiar Islam ke negeri Parsi dan Rom
 Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah
 Berusaha mengumpulkan semua ayat Al-Quran

IKTIBAR

1. Setiap mukmin hendaklah menjalankan ikatan silaturrahim berdasarkan


iman dan taqwa tanpa mengira keturunan dan darjat.
2. Setiap mukmin hendaklah berjihad pada jalan Allah dengan ikhlas dan
sanggup berkorban jiwa, harta, tenaga, masa dan fikiran untuk agama,
bangsa dan negara

5
3. Umat Islam bertanggungjawab dalam pemilihan pemimpin seperti
menyertai pilihanraya untuk memilih ketua ataupun pemimpin
4. Setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab

6
Saidatina
khadijah Binti
KhuwaIlid

Riwayat hidup saidatina khadijah

Nama penuh beliau ialah Khadijah Binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdul 'Uzza
bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Beliau daripada keluarga mulia dan berharta.
Beliau juga seorang tokoh perniagaan yang kaya-raya. Hidupnya dalam
keadaan sederhana. Beliau berkahwin dengan Rasulullah ketika berusia

7
empat puluh tahun, manakala Rasulullah pada ketika itu berusia dua puluh
lima tahun. Saiditina Khadijah ialah isteri pertama Rasulullah dan wanita
pertama menganut Islam.

Peribadi saidatina khadijah

Saidatina Khadijah wanita yang mulia memiliki peribadi, taat kepada


perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang,
berwawasan, dan berfikiran kreatif. Maka tidak hairanlah Rasulullah sangat
mencintai Saidatina Khadijah dan menghargai pengorbanannya. Beliau
wafat pada tahun ke sepuluh selepas baginda dilantik menjadi rasul, iaitu
tiga tahun sebelum hijrah ke Madinah bersamaan dengan 620 masihi.

Sumbangan saidatina khadijah

Saidatina Khadijah berperanan sebagai isteri dan sahabat yang setia serta
jujur dalam memperjuangkan kebenaran. Beliau juga selaku pendorong dan
sumber inspirasi bagi memastikan perjuangan baginda berjalan terus. Beliau
telah berjaya meredakan kebimbangan baginda ketika menerima wahyu
pertama yang diturunkan. Pada saat itu, beliau telah berjaya
mententeramkan dan memberi keyakinan untuk meneruskan
perjuangannya. Beliau sanggup berkorban harta, tenaga, perasaan, dan
pemikiran untuk bersama Rasulullah mengembangkan agama Islam.

Sumbangan Saidatina Khadijah


 Isteri yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap
perjuangan Rasulullah.
 Isteri solehah yang sentiasa setia dan jujur.
 Banyak memberi sumbangan fikiran dan harta untuk perjuangan

8
Rasulullah.
 Memahami tanggungjawab Rasulullah dan sentiasa yakin dengan
kebenaran perjuangan baginda.

Iktibar

1. Berusaha menjadi isteri solehah seperti taat kepada suami dan sanggup
berkorban untuk kesejahteraan keluarga.
2. Penyayang dan sabar seperti sanggup bersusah payah untuk
kebahagiaan keluarga.
3. Memiliki sifat keibuan seperti mendidik anak dengan penuh kasih sayang.

SUMAIY
AH
UMMU
AMMAR
BIN
9
YASIR

RIWAYAT HIDUP SUMAIYAH UMMU AMMAR

Nama sebenar beliau ialah Sumaiyah Binti Khabbat, seorang hamba kepada
pembesar Quraisy bernama Abu Huzaifah bin al- Mughirah. Beliau berkahwin
dengan Yasir bin Ammar seorang pengembala dan mendapat seorang anak

10
bernama Ammar bin Yasir. Ketika Rasulullah berdakwah, Sumaiyah dan
keluarganya memeluk Islam secara rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya.
Setelah tuannya mengetahui keluarga Sumaiyah memeluk Islam, mereka
diseksa dan dipaksa meninggalkan agama tersebut. Yasir, Sumaiyah, dan
Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera,
dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar
dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak
nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka. Namun, mereka
tetap mempertahankan kesucian akidahnya. Sumaiyah pula dipakaikan baju
rantai daripada besi dan dijemur di tengah panas matahari. Suatu hari ketika
Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian
mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari
datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir.
Tempat yang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."
Walaupun diseksa, Sumaiyah tetap mempertahankan akidahnya.
Akhirnya Abu Jahal menikam Sumaiyah lembing sehingga mati. Beliau
merupakan wanita pertama Syahid dalam Islam.

PERIBADI SUMAIYAH UMMU AMMAR

• Teguh iman
• Sabar dan tabah
• Tetap pendirian
• Taat kepada Allah

SUMBANGAN SUMAIYAH UMMU


AMMAR BIN YASIR
 Berani menyatakan yang hak walaupun disiksa
 Sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan kesucian
aqidah

11
 Memberi imej yang baik kepada umat Islam dalam mempertahankan
agama Islam

IKTIBAR

 Kesucian aqidah wajib dipertahanan seperti tidak terpengaruh dengan


kefahaman atau perbuatan yang merosakkan iman walau dalam apa keadaan
sekalipun.
 Hendaklah tabah menghadapi ujian hidup seperti tidak terpengaruh dengan
tawaran pangkat atau harta untuk melakukan sesuatu yang bertentangan
dengan syariat.
 Setiap pengorbanan yang ikhlas pasti mendapat ganjaran dari Allah
 Usaha menegakkan Islam memerlukan pengorbanan yang tinggi seperti berani
menyatakan sesuatu yang hak.

12
BILAL
BIN
RABAH

RIWAYAT HIDUP BILAL BIN RABAH


Bilal bin Rabah lahir pada tahun 43 sebelum hijrah. Beliau hamba kepada
Umaiyah bin Khalaf. Penganut Islam yang pertama daripada kalangan hamba.

13
Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang
memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu, Khadijah binti Khuwailid, Abu
Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar bin Yasir serta ibunya Sumaiyyah,
Suhaib Ar-Rumi dan Al-Miqdad bin Al-Aswad.Beliau menganut Islam secara
rahsia kerana takut diketahui oleh tuannya. Apabila tuannya mengetahui tentang
keislamannya, beliau telah diseksa di padang pasir panas terik. Kedua-dua belah
tangan dan kakinya diikat serta diletakkan batu besar di atas perutnya.
Penyeksaan yang begini dasyat, sedikit pun tidak menggugat keimanannya.
Mulutnya sentiasa menyebut “Ahad!! Ahad!! “ ketika diseksa. Beliau meninggal
dunia pada 20 hijrah ketika berumur 63 tahun.

PERIBADI BILAL BIN RABAH


Bilal bin Rabah seorang patuh kepada perintah Rasulullah. Beliau juga seorang
yang kuat imannya kepada Allah. Selain itu, Bilal bin Rabah juga merupakan
seorang yang tabah dan berani menghadapi dugaan. Beliau juga sentiasa ikhlas
dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

A) Memiliki iman yang teguh. E) Taat.

B) Berperibadi mulia. F) Rajin bekerja.

C) Sabar. G) Kuat iman.

D) Cekal. H) Berani.

SUMBANGAN BILAL BIN RABAH


Sumbangan yang boleh dirumuskan daripada peristiwa Bilal bin Rabah seperti
berikut :-

14
SUMBANGAN BILAL BIN RABAH
 Menjadi "Muazin" (tukang azan) yang pertama pada zaman Rasulullah

 Menjadi contoh teladan terungggul dalam mempertahankan kesucian


aqidah
 Membantu Rasulullah menembangkan dakwah Islam dikalangan hamba
 Menyertai peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat

IKTIBAR

Iktibar yang dapat dipetik daripada perjalanan hidup Bilal bin Rabah, antaranya :-

 Menggunakan kebolehan yang ada pada diri yang untuk


perkara yang baik dan berfaedah kepada agama, bangsa dan
Negara seperti membantu rakan dalam kemahiran
menggunakan komputer.
 Mempertahankan prinsip Aqidah Islam adalah tanggungjawab
setiap mukmin seperti tidak terpengaruh dengan ejeran sesat.
 Melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan
ikhlas kerana Allah s.w.t seperti sanggup bekerja lebih masa
untuk kemajuan syarikat.

15

You might also like