You are on page 1of 28

Poster, Model 3D, Transparensi 1

1.0 Prinsip Merekabentuk

Prinsip merekabentuk boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

1. Elemen
− Untuk memilih dan mengendalikan elemen visual kepada rajah visual.
2. Corak (pattern)
− Pemilihan corak untuk menunjukkan elemen.
3. Susunan
− Penyususnan elemen mengikut corak tertentu.

1.1 Elemen

Secara asasnya, terdapat tiga jenis elemen, iaitu:

1. Visual
2. Lisan
3. Daya Penarik

Rajah 1.1 menunjukkan jenis-jenis elemen rekabentuk visual dan kaitan antara
setiap elemen tersebut.

Elemen Rekabentuk Visual

Visual Lisan Daya Penarik

Realistik Tulisan Keistimewaan

Analogi Quantiti Rupa luar

Organisasi Warna Interaksi

Saiz

Panjang

Rajah 1.1: Carta organisasi menunjukkan kaitan antara konsep

1
Poster, Model 3D, Transparensi 2

1.1.1 Elemen Visual

Berdasarkan pengalaman Kon Dale, simbol visual boleh dibahagikan kepada tiga
kategori: realistik, analogi dan organisasi (Houghton & Willows, 1987).

Pemvisualan relistik merujuk kepada kajian mengenai objek sebenar. Dengan


menggunakan warna yang lebih realistik, ia mampu meningkatkan darjah realisme
yang merupakan titik utama di dalam kajian berkaitan warna.

Pemvisualan analogi menunjukkan konsep atau topik sesuatu objek dengan


menunjukkan hubungan antara setiap objek.

Pemvisualan organisasi termasuk carta alir, graf, peta, skema dan carta klasifikasi.
Penyusunan grafik ini menunjukkan perhubungan antara kandungan dan konsep
di dalam elemen teks.

1.1.2 Elemen Lisan

Kebanyakan persembahan visual memasukkan beberapa maklumat lisan (oral)


sebagai item tambahan di dalam pemvisualan objek. Ia boleh dinilai berdasarkan
jenis tulisan (font), kuantiti, huruf besar, warna, saiz dan jarak tulisan.

Sejarah bagi sebahagian daripada Seni dan Komunikasi dikenali sebagai tatahuruf
(typography). Ia mempersembahkan rekabentuk tulisan, pemprosesan dan aplikasi
jenis tulisan di dalam komunikasi. Jenis tulisan perlu konsisten dan harmoni
dengan visual yang lain. Untuk maklumat yang ringkas atau untuk tujuan
pengajaran, adalah dicadangkan menggunakan jenis tulisan yang asas dan ringkas.
Anda boleh memilih tulisan berjenis San Serif contohnya Helvetica untuk
tayangan visual atau Palatino untuk teks yang dicetak.

i. Kuantiti aksara
Tayangan visual seperti slaid adalah dicadangkan menggunakan tidak
lebih daripada dua jenis tulisan dan kedua-dua jenis tulisan itu perlu
harmoni antara satu sama lain. Untuk teks komputer, adalah dicadangkan
untuk menggunakan empat variasi seperti tulisan tebal (bold), condong
(italic), bergaris (underline) dan saiz yang berbeza.

ii. Tulisan besar


Anda dicadangkan untuk menggunakan tulisan kecil untuk menjadikan ia
mudah dibaca. Gunakan huruf besar untuk perkataan tertentu sahaja. Anda
boleh menggunakan tulisan besar apabila menulis tajuk yang pendek,
tetapi untuk frasa yang panjang, penggunaan tulisan kecil adalah lebih
baik.

2
Poster, Model 3D, Transparensi 3

iii. Warna tulisan


Gunakan warna yang berbeza untuk memberikan penekanan kepada
sesuatu mesej kerana ia adalah mudah untuk dibaca sekiranya warna
tulisan adalah berbeza dengan warna latar belakang.

iv. Saiz tulisan


Poster dan buletin biasanya perlu dapat dilihat pada jarak antara 30 hingga
40 kaki. Praktis para pereka bentuk menunjukkan bahawa tulisan dalam ½
inci adalah paling sesuai digunakan untuk poster yang diletakkan pada
jarak 10 kaki daripada penonton. Kesimpulannya, sekiranya penonton
berada pada jarak 30 kaki daripada poster, maka saiz tulisan yang paling
sesuai ialah 1½ inci.

v. Panjang tulisan
Sebenarnya, tiada sebarang teori yang dapat menyokong keputusan kita di
dalam membuat keputusan tentang panjang tulisan yang ingin digunakan.
Ia boleh ditentukan oleh pandangan optik (panjang berdasarkan pandangan
mata). Ini kerana setiap tulisan mempunyai saiz yang berbeza, contohnya
W, A I, K adalah berbeza daripada H, M, N dan S.

vi. Jarak antara garisan


Leading ialah jarak antara isi penulisan. Ia adalah satu perkara yang
penting, jika leading terlalu pendek maka ia adalah sukar untuk dilihat,
dan jika leading terlalu panjang maka ia akan memperlihatkan seolah-olah
garisan tersebut ditulis secara berasingan.

1.1.3 Elemen Daya Penarik

Visual akan menjadi tidak efektif sekiranya ia tidak dapat menarik perhatian
pengguna yang menggunakannya. Terdapat tiga perkara yang dapat membantu
dalam menyediakan ilustrasi yang lebih menarik:
i. Keistimewaan
ii. Dimensi rupa luar
iii. Interaksi

Metafora keistimewaan yang menggunakan kombinasi antara perkataan dan


grafik akan menjadi lebih menarik. Rupa luar dua dimensi (2D) dan tiga dimensi
(3D) dapat menarik perhatian pengguna (sense of touch). Dengan rasa tersebut,
pengguna adalah digalakkan untuk berinteraksi dengan visual yang dipaparkan
contohnya menjawab soalan daripada visual.

3
Poster, Model 3D, Transparensi 4

1.2 Corak (pattern)


Terdapat beberapa elemen utama yang perlu dipertimbangkan iaitu susunan,
bentuk, keseimbangan, gaya, skema warna dan tarikan warna.

1.2.1 Susunan
Apabila elemen asas digunakan di dalam output, perkara paling penting yang perlu
diingat ialah penonton adalah bebas untuk melihat dan cuba mentafsirkan mesej
yang ingin disampaikan. Cara paling efektif untuk membina visual ialah dengan
menggunakan susunan. Untuk mendapatkan fokus dan perhatian daripada penonton,
visual dan elemen lisan perlu disusun secara terancang berdasarkan perspektif
penonton.

1.2.2 Bentuk
Bentuk geometri yang asas seperti segi tiga, segi empat, atau bulat akan
menghasilkan satu rangka kerja yang sesuai. Ini adalah kerana tulisan seperti huruf
Z, L, T dan U adalah jarang digunakam sebagai pandangan rekabentuk. Prinsip lain
yang digunakan sebagai elemen visual ialah rule of third. Mengikut peraturan ini,
setiap elemen disusun di dalam satu pertiga yang menunjukkan betapa ia penting
dan hidup. Kedudukan yang dominan dan dinamik ialah pada kedudukan melintang
bahagian kiri atas.

1.2.3 Keseimbangan
Keseimbangan diukur apabila sesetengah elemen tampil secara simetri pada setiap
paksi (menegak, melintang dan kedua-duanya), Keseimbangan di dalam kedudukan
simetri ialah apabila separuh daripada rekabentuk anda terpantul secara sempurna,
dan sebaliknya.

Keseimbangan yang tidak formal sebenarnya akan diberikan lebih tumpuan


berbanding keseimbangan yang formal. Anda seharusnya mengelak daripada
membuat keseimbangan yang tidak sekata (seimbang).

1.2.4 Gaya
Penonton mempunyai interpretasi mereka yang tersendiri bekenaan dengan gaya
visual. Gaya visual seharusnya ringkas, tidak berkelompok, atau menggunakan
imaginasi yang kompleks yang menggunakan warna yang realistik. Pandangan
seorang kanak-kanak dan seorang orang dewasa adalah berbeza.

1.2.5 Skema Warna


Apabila anda memilih skema pandangan, anda harus memastikan bahawa warna
yang digunakan adalah harmoni. Penonton akan mengambil masa untuk menilai
sesuatu rekabentuk berbanding dengan penggunaan warna yang berbeza. Skema
roda warna (colored wheel’s scheme) boleh digunakan untuk menentukan spektrum
warna. 2 warna yang bertentangan di dalam skema roda warna dikenali sebagai
warna pelengkap (complimentary color), contohnya seperti merah dan hijau, kuning
dan ungu. Warna pelengkap adalah juga warna yang harmoni di dalam skema
warna.

4
Poster, Model 3D, Transparensi 5

Elakkan menggunakan warna pelengkap seperti warna hijau pada tulisan dan warna
merah pada latar belakang. Kedua-dua warna ini mempunyai nilai yang gelap dan
tidak mempunyai perbezaan yang baik. Apabila kedua-dua warna ini digunakan
secara bersama di atas satu kertas yang sama, maka para penonton tidak dapat
memberikan fokus yang baik dan ia juga akan menyebabkan tulisan akan nampak
bergegar.

Warna anologi (analogy color) ialah warna yang bersebelahan antara satu sama
lain, contohnya warna biru dan hijau, biru dan ungu. Warna ini akan memberikan
kombinasi yang tenang dan menarik. Manakala, warna panas (hot color) pula ialah
merah dan oren.

Berikut adalah antara contoh kombinasi warna yang efektif untuk pandangan
normal dan pandangan pada skrin komputer:

• Putih, biru gelap, merah, oren


• Kelabu cerah, biru, hijau, hitam, merah
• Biru, kuning cerah, putih, kuning, merah
• Biru cerah, biru gelap, hijau gelap, merah, oren
• Kuning cerah, ungu, kelabu, merah

2.0 Material, Kaedah dan Pemilihan Media – Mencipta Rekebentuk Yang Efektif

Terdapat tiga ciri yang dapat membantu di dalam menghasilkan satu rekabentuk
yang efektif, iaitu:

• Kenali penonton anda.


• Pemilihan format. Format mana yang terbaik? Bagaimana format yang
dipilih dapat menarik perhatian penonton?
• Cipta satu rekabentuk yang berulang dan konsisten.

2.1 Atribut Visual


Atribut visual dapat dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu visual terunjur dan
visual tidak terunjuk. Rajah 1.2 menunjukkan pengkelasan atribut visual.

5
Poster, Model 3D, Transparensi 6

Atribut visual

Visual Terunjur Visual Tidak Terunjur


(projected visual) (non-projected visual)

Transperensi CD fotografik Kamera digital Pengimbas

CD-ROM DVD

Objek Sebenar Model Material Bercetak Kit Multimedia Aktiviti di luar Visual tanpa Material Murah
Bilik Darjah Unjuran

Syiling
Model Buku teks CD ROM Untuk belajar Visual seperti Permainan
sebenar Fiksyen Filem sesuatu proses papan hitam, Risalah
Peralatan dalam bentuk Bukan-fiksyen Slaid melalui objek carta selak (flip Brosur
3 dimensi Penerbitan Pita video sebenar dan chart), papan Laporan
Buku Gambar kaku manusia magnetik, kain Pita video
Risalah Transperensi - cth: lawatan rentang (cloth Kit multimedia
Artifak
Buku manual bercetak ke Zoo Negara, board panel), Objek sebenar
Lembaran kerja Peta Tempat gambar lukisan, Internet
manual Lembaran kerja Bersejarah poster
Pokok Carta
Graf
Buku
Binatang Objek sebenar
Model

Rajah 1.2: Pengkelasan atribut visual

6
Poster, Model 3D, Transparensi 7

i) Visual Tidak Terunjur (non-projected visual)

Terdiri daripada:

• Objek sebenar
• Model
• Material bercetak
• Material murah dan percuma
• Kit multimedia
• Aktiviti di luar bilik darjah
• Visual tanpa unjuran

ii) Visual Terunjur (projected visual)


Terdiri daripada:
• Projektor overhed (overhead projector)
• Slaid
• Filem
• Imej digital (CD-ROM, CD foto, kamera digital, VCD, DVD, dan pita
video)

2.1.1 Visual Tidak Terunjur (non-projected visual)

i) Objek sebenar

Objek sebenar ialah seperti duit, peralatan, artifak, tumbuhan dan haiwan.
Disebabkan oleh ciri objek yang kukuh dan objek yang benar, ia adalah sesuai
untuk digunakan oleh pelajar dalam membina skema yang berkaitan dengan
kehidupan seharian. Material sebenar boleh diubahsuai dan digunakan untuk
memberikan lebih kefahaman mengenai bahagian dalaman sesuatu material yang
disentuh, contohnya seperti bahagian dalaman sebuah mesin, spesimen tumbuhan,
haiwan dan koleksi artifak yang mempunyai maklumat bercetak mengenai
sesuatu artifak.

ii) Model

Model mempersembahkan sesuatu objek di dalam bentuk tiga dimensi. Model


boleh jadi besar, kecil, atau sama saiz dengan objek sebenar yang diwakili
olehnya. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk yang mudah atau bentuk yang
sempurna, jadi ia boleh digunakan untuk tujuan pembelajaran. Model kadang-kala
dapat memberikan pengalaman belajar kepada pelajar yang mana tidak dapat
diberikan oleh objek sebenar.

Terdapat pelbagai jenis model di dalam pasaran, bermula daripada koleksi model
kapal terbang sehingga koleksi glob dunia yang boleh digunakan di dalam bilik
darjah. Model dapat disentuh, dihimpun dan tidak dihimpun. Latihan di dalam

7
Poster, Model 3D, Transparensi 8

penyambungan dan peleraian dapat menggalakkan pencarian benda baru dan juga
dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan psikomotor.

Model palsu digunakan untuk mempersembahkan material yang kompleks atau


proses di dalam latihan. Objek sebenar dan model harus digunakan di dalam
situasi tertentu kerana objek sebenar dan model menawarkan tugasan yang
memerlukan pelajar mengenalpasti saiz, bentuk atau warna dan latihan secara
praktikal.

Beberapa aplikasi khusus menggunakan model adalah seperti berikut:


• Ia boleh digunakan untuk mengurangkan saiz sesuatu objek yang sangat
besar dan membesarkan saiz objek yang sangat kecil kepada saiz yang
mudah dilihat dan dikendalikan.
• Ia boleh digunakan untuk membuat demonstrasi struktur dalaman sesuatu
objek atau sistem dengan jelas yang tidak dapat dipersembahkan oleh
objek dua dimensi (2D).
• Ia boleh digunakan untuk menunjukkan pergerakan – salah satu ciri yang
sukar ditunjukkan oleh sistem dua dimensi.
• Ia boleh digunakan untuk mempersembahkan sesuatu situasi atau proses
yang sangat kompleks dengan cara yang ringkas dan mudah difahami oleh
pengguna. Ia boleh dilakukan dengan cara memfokuskan kepada ciri-ciri
asas, menyingkirkan sebarang elemen yang kompleks dan mengelirukan.

iii) Material bercetak

Material bercetak termasuklah buku teks, fiksyen dan bukan fiksyen, buku
panduan, risalah, manual dan dokumen pemprosesan perkataan yang disediakan
oleh guru atau pelajar. Buku teks merupakan material asas yang digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kelebihan
• Terdapat di dalam format yang pelbagai.
• Dapat digunakan untuk pelbagai tujuan.
• Mudah dibawa, boleh dipindah alih dari satu tempat ke tempat yang lain
dan tidak memerlukan bekalan elektrik.
• Ramah pengguna.
• Menjimatkan kos kerana ia boleh digunakan berulang kali.

Kekurangan
• Tidak sesuai digunakan oleh pelajar yang tidak dapat membaca dengan
baik.
• Untuk lebih memahami kandungan sesuatu penulisan, pengalaman
terdahulu adalah diperlukan.
• Memerlukan pelajar untuk mengingati banyak fakta dan definisi.
• Sesetengah buku teks memperkenalkan istilah dan konsep yang sangat
banyak.

8
Poster, Model 3D, Transparensi 9

• Persembahan sehala yang pasif dan tidak interaktif.

iv) Material murah dan percuma

Material murah dan percuma bukan merupakan material utama untuk sesuatu
pelajaran tetapi boleh menjadi bahan utama untuk sesetengah topik. Ia
termasuklah poster, permainan, risalah, brosur, laporan, carta, peta, buku, jalur
filem, filem, pita video, pita audio, kit multimedia dan objek sebenar. Sumber
utama lain yang penting ialah Internet yang dihubungkan kepada world wide web
(www).

Kelebihan
• Material murah dan percuma dapat membekalkan maklumat terkini yang
mana tidak terdapat di dalam buku teks atau pada media komersial.
• Boleh disediakan secara dalaman.
• Kegunaan yang pelbagai. Material visual audio mempunyai persembahan
yang tersendiri di dalam bilik darjah. Manakala poster, carta dan peta
boleh digabungkan untuk mencipta visualisasi yang berubah-ubah.
• Memanupulasi pelajar. Material yang digunakan mempunyai kelebihan
untuk menarik penglibatan pelajar.

Kekurangan
• Penerbitan dan pengedaran material murah dan percuma ini selalunya
didapati daripada penajaan syarikat.
• Minat yang khusus. Material ini mungkin akan mempromosikan minat
yang khusus yang mengandungi item propaganda.
• Bilangan yang terhad. Disebabkan oleh peningkatan visual audio dan
material bercetak, pengedar hanya mampu menyediakan material murah
dan percuma dalam kuantiti yang sedikit.

v) Kit multimedia

Kit multimedia ialah satu koleksi meterial pengajaran yang mengandungi satu
jenis medium yang telah disusun di bawah topik-topik tertentu. Kit ini
mengandungi CD-ROM, filem, slaid, pita audio, pita video, gambar statik,
material bercetak, transperensi, peta, objek sebenar dan model.

Sesetengah kit direkabentuk khusus untuk pengajaran guru di dalam bilik darjah,
manakala sesetegah yang lain direkabentuk untuk kegunaan pelajar secara
individu atau kumpulan pelajar yang kecil. Guru atau pakar media boleh
menyediakan kit multimedia mereka sendiri, jadi para pelajar dapat merasai
pengalaman seperti menyentuh, melihat, membuat eksperimen, berfikir dan
membuat keputusan.

9
Poster, Model 3D, Transparensi 10

Kelebihan
• Menjana minat pelajar melalui penggunaan unsur yang pelbagai.
• Kolaborasi ialah satu mekanisme yang ideal untuk menggalakkan projek
kumpulan yang kecil.
• Logistik – ia mudah dibawa ke mana sahaja.

Kekurangan
• Lebih mahal berbanding kaedah konvensional yang lain.
• Peruntukan masa yang banyak di dalam pembangunan dan
penyelenggaraan.
• Sukar untuk menggantikan komponen yang hilang yang akan
menyebabkan pengguna berasa kecewa.

vi) Aktiviti di luar bilik darjah

Aktiviti di luar bilik darjah merujuk kepada pengalaman yang diperolehi di luar
bilik darjah dengan mengkaji proses sebenar manusia atau apa jua objek yang
dapat memberikan pengalaman secar aterus kepada pelajar. Contoh aktiviti ialah
seperti lawatan ke tempat – tempat bersejarah, dusun, pejabat, pusat maklumat,
zoo, bangunan – bangunan yang terkenal dan sebagainya.

vii) Visual tanpa unjuran

Kini, kita terdapat pelbagai bahan bukan dokumentari yang boleh dipaparkan atau
dipelajari oleh pelajar tanpa memerlukan sebarang projektor elektronik yang
terdiri daripada asas bahan bantu mengajar. Visual tanpa unjuran berkebolehan
untuk menukarkan idea abstrak kepada format yang lebih realistik. Ia menjadikan
aktiviti pengajaran bertukar daripada peringkat simbol verbal dalam pengalaman
Kon Dale kepada peringkat konkrit. Ia juga mudah digunakan kerana tidak
melibatkan peranti elektronik. Tambahan pula, ia murah dan digunakan
sepenuhnya dalam mengenalpasti seseorang, tempat, dan benda. Visual tanpa
projection adalah sangat kecil untuk digunakan dalam kumpulan. Oleh itu, ia
boleh dibesarkan visualnya melalui fotografi visual yang mungkin tinggi kosnya.

Terdapat enam jenis grafik yang biasa digunakan di bilik darjah seperti gambar
kaku, lukisan, carta, graf, poster dan kartun.

1. Gambar kaku

Gambar kaku merupakan fotografi mengenai orang, tempat dan benda.


Gambar kaku biasanya digunakan dalam pengajaran seperti gambar foto,
poskad, ilustrasi daripada buku, majalah, katalog dan bahan pembelajaran
bercetak yang dihasilkan oleh organisasi komersial.

Gambar kaku boleh dijumpai dalam format buku (termasuk buku teks),
majalah, surat khabar, katalog dan kalender. Kebanyakan gambar kaku adalah

10
Poster, Model 3D, Transparensi 11

dalam bentuk dua dimensi. Gambar tiga dimensi boleh dipaparkan


menggunakan diagram lakaran pelbagai posisi. Koleksi gambar kaku akan
menghasilkan pergerakan.

2. Lukisan

Lukisan, lakaran atau figur menggunakan garisan grafik yang berturutan untuk
mewakili orang, tempat, benda dan konsep. Biasanya lukisan adalah lebih
baik daripada lakaran. Objektif lakaran bagi menghasilkan diagram adalah
untuk menunjukkan hubungan atau membantu memberikan penjelasan.
Contohnya, lukisan akan menunjukkan bagaimana sesuatu benda berfungsi
atau dibina.Lukisan selalunya disertakan bersama buku teks dan bahan
pembelajaran yang lain . Ia boleh digunakan dalam semua fasa.

3. Carta

Carta adalah cara yang paling berguna untuk mempersembahkan maklumat


atau arahan terutamanya di bilik darjah atau sebarang situasi pendidikan yang
lain. Carta mempunyai saiz yang berbeza bermula daripada carta dinding
(biasanya digantung di dinding, mempunyai saiz tulisan yang sangat besar),
yang biasanya digunakan untuk pembelajaran secara berkumpulan, hinggalah
kepada carta pada sehelai kertas. Kepelbagaian jenis carta dan carta dinding
telah dipopularkan dalam banyak sektor pendidikan dan latihan kerana mudah
digunakan dan mudah disampaikan kepada orang lain dalam bentuk yang
bahan bantu visual yang sofistikated seperti slaid, video, dan multimedia.

Perbezaan yang ketara di antara carta dan carta dinding hanyalah dari sudut
paparan bersaiz besar pada kertas atau kain yang direkabentuk untuk
dipaparkan di bilik darjah atau pembelajaran secara berkumpulan. Perbezaan
yang lain di antara dua jenis carta tersebut ialah bahan pada carta selalunya
besar dan mudah dilihat dan dibaca

Salah satu kebaikan untuk carta dan carta dinding adalah kedua-duanya boleh
dibesarkan dan menjadi lebih komplikated dan paparannya lebih terperinci
daripada transparensi overhed atau slaid 35mm. Kedua-duanya carta boleh
digunakan untuk memaparkan peta yang lebih terperinci (yang merupakan
salah satu kegunaan umum yang penting) dan struktur yang terperinci,
taksonomi dan semua jenis diagram organisasi.

11
Poster, Model 3D, Transparensi 12

Jenis – jenis carta

i. Carta Garis (line)

Ia menunjukkan perbandingan dan sering digunakan. Carta garis


kadangkala dikenali sebagai poligon frekuensi. Ia menjelaskan hubungan
melalui masa. Paksi – x selalunya akan mewakili masa, dan paksi – y pula
mewakili peratusan atau kuantiti. Jangan guna lebih daripada satu
perbandingan bagi setiap visual. Ia selalu digunakan untuk kegunaan
peribadi, pendidikan dan tujuan profesional. Ia juga sering digunakan di
bidang sains dan statistik.

ii. Carta Palang (bar)

Carta bar juga dikenali sebagai histogram. Ia mempunyai dimensi numerik


yang ditunjukkan dalam bentuk bar atau kepelbagaian panjang bar. Ia
digunakan untuk menunjukkan pelbagai perbandingan.

iii. Carta Pai

Carta Pai mudah dibaca dan sangat popular. Ia digunakan untuk


mempersembahkan kategori data atau pembolehubah nilai. Bentuk carta
yang bulat dibahagikan kepada beberapa segmen atau kategori yang
menggambarkan pembahagian pembolehubah dan hubungannya dengan
keseluruhan maklumat. Peratusan digunakan untuk membandingkan
segmen dengan keseluruhan maklumat. Adalah lebih baik untuk
menyusun segmen mengikut arah jam daripada yang besar kepada segmen
yang lebih kecil. Kelemahan carta pai ialah sekiranya ia mempunyai
terlalu banyak segmen, ia akan kelihatan sangat berserabut dan sukar
dikenalpasti.

iv. Kosmograf

Kosmograf ialah jenis carta yang menunjukkan perbandingan. Ia


memaparkan maklumat mengenai komponen dan hubungannnya kepada
keseluruhan maklumat. Ia sama seperti carta pai tetapi kurang numerik
dan lebih banyak menggunakan grafik. Ia sering digunakan untuk
memantau kewangan. Ia menggunakan input seperti pendapatan dan
output seperti perbelanjaan daripada sesuatu perniagaan atau organisasi.
Selain daripada itu, ia digunakan untuk menunjukkan perbandingan antara
bahagian geografi dengan menggunakan warna yang berlainan untuk
memberikan maklumat mengenai sesuatu bahagian. Rajah 1.3
menunjukkan contoh kosmograf yang menunjukkan perbandingan antara
negeri – negeri dalam Malaysia.

12
Poster, Model 3D, Transparensi 13

Rajah 1.3 : Kosmograf bagi negeri-negeri di Malaysia

v. Carta alir

Carta alir menunjukkan langkah-langkah dalam sesuatu proses.


Gambarajah grafik menunjukkan jujukan peristiwa atau proses. Carta alir
menunjukkan hubungan langkah – langkah dalam suatu proses yang sama.
Rajah 1.4 menunjukkan contoh carta alir bagi sesuatu proses.

mula

Proses 1

Tidak
Pengujian Proses 3

ya

Proses 2

Tamat

Rajah 1.4: Contoh Carta Alir

13
Poster, Model 3D, Transparensi 14

vi. Carta organisasi

Carta organisasi juga dikenali sebagai arahan berantai. Ia mendemonstrasi


bagaimana satu jabatan mempunyai hubungan dengan jabatan yang lain.
Carta organisasi melibatkan hubungan secara langsung atau tidak dalam
sesuatu organisasi tersebut. Rajah 1.5 menunjukkan contoh carta
organisasi bagi sesebuah organisasi.

Pengarah

Ketua Unit 1 Ketua Unit 2 Ketua Unit 3

Pekerja 1 Pekerja 1 Pekerja 1

Pekerja 2 Pekerja 2 Pekerja 2

Rajah 1.5 : Contoh Carta Organisasi

4. Graf

Jadual, carta atau graf adalah cara yang paling mudah dan jelas bagi
menunjukkan data. Bagi graf garis dan bar, paksi x dan y mesti dilabel dengan
unit ukuran yang betul (metrik yang sesuai). Cara yang paling mudah untuk
membina graf ialah memasukkan data ke dalam perisian lembaran kerja.
Perisian in akan menajan graf daripada data yang dimasukkan.

Terdapat tiga jenis graf asas, iaitu graf palang, graf garis dan graf pai.

i. Graf palang
Graf palang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara
beberapa kumpulan. Kedua – dua item yang dibandingkan tidak
memberi kesan antara satu sama lain. Ia merupakan cara yang
paling cepat untuk menunjukkan perbandingan yang paling besar.
Terdapat dua jenis graf palang iaitu menegak atau melintang.
Setiap palang mewakili numerik atau pembolehubah berjenis
kategori. Graf palang jenis menegak selalunya digunakan apabila

14
Poster, Model 3D, Transparensi 15

label bagi setiap kategori terlalu panjang. Rajah 1.6 menunjukkan


contoh penggunaan graf palang bagi kesan baja terhadap
perkembangan pokok.

Kesan Baja Terhadap Perkembangan Pokok

30
25
20
Tinggi

15
10
5
0
Granny's JJ Fertilizer MM Fertilizer Grow Plant Tiada Baja
Bloomers
Baja

Rajah 1.6: Contoh Graf Palang

ii. Graf garis

Graf garis digunakan untuk menunjukkan data yang bersambung.


Graf ini amat jelas untuk melihat bagaimana sesuatu item itu
meningkat atau menurun dalam satu garisan. Ia juga menunjukkan
bagaimana suatu item memberi kesan kepada item yang lain. Graf
jenis ini diperlukan untuk memaparkan kesan pembolehubah tidak
bersandar terhadap pembolehubah bersandar. Rajah 1.7
menunjukkan contoh graf garis bagi faktor pernah hadiri kelas
komputer terhadap sikap pelajar.

15
Poster, Model 3D, Transparensi 16

Faktor pernah hadiri kelas komputer terhadap


sikap pelajar

120.0%
100.0%
peratus 80.0% Ya
60.0%
40.0% Tidak
20.0%
0.0%

bersunggu
h-sungguh

berdikari
berminat

seronok

tidak putus
asa
sikap

Rajah 1.7 : Contoh Graf Garis

iii. Graf pai

Graf pai digunakan untuk menunjukkan bagaimana sebahagian


daripada sesuatu item mempunyai kaitan dengan item lain secara
kesekuruhannya.Graf jenis ini diperlukan untuk menunjukkan
peratusan secara efektif. Rajah 1.8 menunjukkan contoh
penggunaan graf pai bagi kesan baja terhadap perkembangan
pokok.

Kesan Baja Terhadap Perkembangan Pokok

14%

32% Granny's Bloomers


JJ Fertilizer
MM Fertilizer
26%
Grow Plant
Tiada Baja

9% 19%

Rajah 1.8: Contoh Graf Pai

16
Poster, Model 3D, Transparensi 17

Bagaimana untuk menghasilkan carta dan graf

Walaupun terdapat pelbagai pilihan carta dan carta dinding dipasaran, namun ia
masih lagi penting untuk seseorang itu menghasilkan carta atau graf sendiri
mengikut topik – topik yang lebih spesifik.

Sebelum membina sesuatu carta atau graf, adalah berbaloi untuk mengkaji
samaada carta atau graf tersebut sesuai digunakan untuk sesuatu tugas seperti
yang dirancang, sama ada mendapat sumber daripada organisasi anda sendiri atau
sumber luar. Jika ya, anda dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Berikut merupakan prinsip – prinsip asas dalam menghasilkan carta atau graf
• Runding dengan pekerja teknikal dan pekerja sokongan grafik dan gunakan
kepakaran mereka sekiranya perlu
• Bina carta dan semua item dengan saiz yang besar dan mudah untuk dilihat
oleh keseluruhan kelas atau kumpulan, atau jika bagi carta dinding, saiznya
hendaklah disesuaikan dengan kegunaan carta tersebut.
• Bina dengan kejelasan yang paling maksimum, menggunakan layout dan
teknik cetakan yang boleh membuatkan mesej yang nak disampaikan jelas
• Jangan menjadikan carta yang tidak penting komplikated terutanya dengan
rekabentuk carta untuk dipaparkan kepada kumpulan yang ramai semasa
pengajaran, terlalu terperinci akan menyebabkan kekeliruan dan kurang jelas.
• Cuba bina carta yang menarik dan menggunakan warna, jika boleh

5. Poster

Poster menggabungkan imej visual, garisan, warna dan perkataan. Objektif


poster ialah untuk menarik perhatian penonton untuk berkomunikasi dengan
mesej yang mudah yang selalunya dalam bentuk rujukan. Poster dapat
menggalakkan minat kepada topik baru, kelas yang khusus atau sekolah. Ia
boleh diaplikasikan sebagai alat motivasi atau menggalakkan seseorang untuk
lebih lagi membaca mengenai topik tersebut. Poster dapat membantu
mempromosikan bagaimana untuk menjaga kesihatan dan menjauhkan diri
daripada rokok dan dadah.

6. Kartun

Kartun adalah format yang popular dan selalu digunakan. Ia boleh ditemui
dalam media bercetak seperti suratkhabar, majalah dan buku teks. Pemahaman
dan penilaian mengenai persembahan lukisan kartun bergantung kepada
pengalaman penonton dan pemikiran yang sofistikated.

17
Poster, Model 3D, Transparensi 18

7. Melihat permukaan

Papan kapur

Sehingga kini penggunaan papan kapur adalah cara yang amat penting di
gunakan di dalam bilik darjah. Pada kelazimannya guru-guru memberi
penerangan kepada pelajar-pelajar menggunakan papan kapur. Pada masa
kini, papan kapur telah digantikan dengan papan serbaguna (papan putih). Di
setengah-tengah bilik darjah, papan kapur masih digunakan untuk
mempamerkan carta dan gambar-gambar. Jangan lupa untuk memadam
tulisan di papan kapur atau papan putih apabila tidak digunakan lagi.

Papan kapur boleh digunakan sebagai permukaan pada:


• Lukisan visual – lakaran, gambarajah, etc
• Mempamerkan visual – gambar-gambar, carta-carta
• Papan serbaguna

Papan serbaguna

Pada masa kini kebanyakan bilik darjah dilengkapi dengan papan serbaguna
atau biasanya dipanggil sebagai papan putih. Papan putih ini dikenali sebagai
papan serbaguna kerana papan ini boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.
Permukaan papan ini boleh digunakan sebagai:
• Menulis teks dan melukis lakaran, gambarajah, etc.
• Tayangan filem, slaid dan transparensi overhead.
• Untuk mempamerkan visual melalui besi berani (permukaan perlulah
dibuat dari besi).

Tidak seperti papan kapur, papan serbaguna tidak berhabuk. Untuk itu,
penggunaan papan kapur dan papan putih adalah cara yang terbaik untuk
tujuan pameran di dalam bilik darjah yang dilengkapkan dengan computer.
Terdapat pelbagai jenis pen marker warna untuk kegunaan papan serbaguna.

• Menggunakan pen marker yang bersesuaian untuk digunakan pada papan


serbaguna.
• Hanya menggunakan pen marker papan putih.Tanggalkan sebarang
dakwat yang kekal di sekitar papan serbaguna.
• Padamkan papan putih/serbaguna selepas digunakan. Jangan biarkan
tanda ditinggalkan pada papan semalaman. Semakin lama tanda
ditinggalkan pada papan, semakin susah untuk menanggalkan tanda
dakwat. Dakwat/tanda lama hanya boleh ditanggalkan menggunakan kain
basah. Tetapi, seseorang memerlukan sedikit masa untuk untuk
mengeringkan permukaan papan sebelum ia boleh digunakan.
• Tutup marker/pen apabila tidak digunakan untuk menulis walaupun untuk
memberi penerangan kepada pelajar-pelajar. Ini adalah kerana pen/marker
mempunyai alas larutan yang mudah untuk kering. Pen/marker perlu

18
Poster, Model 3D, Transparensi 19

disimpan dalam posisi mendatar dengan memastikan penutup marker/pen


ditutup dengan rapat apabila tidak digunakan untuk mengelakkan ianya
kering. Jika pen/marker kering, tutupkan penutupnya, pusingkan
kebawah, dan goncangkan dengan kuat selama 20 saat.

Papan berita ringkas (buletin)

Papan berita ringkas adalah permukaan pameran yang dibuat menggunakan


bahan yang dapat memegang pin, paku payung dan peniti yang tajam yang
tidak merosakkan papan kenyataan. Kebiasaannya papan berita ringkas
digunakan untuk mempamerkan tiga jenis kegunaan:
• Perhiasaan – papan kenyataan ringkas digunakan untuk menyediakan
visual stimulasi di dalam persekitaran pendidikan
• Memberi rangsangan – Papan berita ringkas digunakan untuk
memaparkan hasil kerja murid. Dengan cara ini dapat memupuk rasa
bangga dikalangan murid-murid di dalam pencapaian dalam meneguhkan
usaha murid-murid untuk melakukan tugasan dengan lebih baik.
• Memberi pengajaran – papan berita ringkas digunakan sebagai pelengkap
objektif pembelajaran. Dengan mempamerkan hasil kerja murid-murid
dapat menggalakkan murid-murid untuk menyertai pameran tersebut.
Sebagai contoh, pameran-pameran ini dapat memberi pemerhati makna
untuk memanipulasi bahagian yang dipamerkan untuk menguji jawapan
mereka seperti kepingan, saku, permukaan berangka atau bahagian yang
boleh digerakkan.

Kain rentang

Papan kain diperbuat daripada kain yang diregangkan ke atas bahan


menggunakan tangan seperti papan lapis atau manila kad yang keras.
Adakalanya kain rentang itu akan digantung pada papan serbaguna atau papan
berita ringkas (buletin). Pelbagai jenis bahan boleh digunakan termasuk kain
bulu atau kain kapas.

Penglihatan pendek dari kain kapas boleh dilekatkan dengan mudah – dengan
menekan secara perlahan – pada kain lain yang diperbuat dari bulu. Anda
boleh menggunakan hujung marker/pen untuk melukis sebarang bentuk atau
perkataan pada cebisan kain kapas. Anda boleh memotong dan tekankannya
pada papan kain kapas. Anda boleh juga lekatkan cebisan bulu pada gambar
atau grafik dan tekankan pada ia pada papan kain kapas. Kertas pasir yang
kasar boleh juga digunakan pada belakang gambar sebagai tempelan pada
papan. Sekiranya pelekat kurang dari apa yang diperlukan, condongkan
sedikit papan untuk mengelakkan dari tergelincir.

Anda boleh juga lekatkan bahan Velcro pada gambar-gambar atau grafik
dengan menekankannya pada papan kain. Apabila ianya ditekankan bersama,
dua permukaan akan melekat dengan lebih kuat. Bahan Velcro boleh dibeli

19
Poster, Model 3D, Transparensi 20

dalam bentuk gelung atau jalur. Salah satu kelebihan Velcro ialah mampu
untuk menggantung gambar yang berat dan objek 3D yang ringan. Papan kain
kebiasaannya digunakan untuk pembelajaran di sekolah rendah. Dengan
menggunakan sedikit imiginasi, kain rentang boleh menjadi satu medium
untuk bercerita. Ini kerana sebarang gambar boleh dialihkan dengan mudah
dari satu bahahgian ke bahagian lain pada papan kain. Kanak-kanak juga
boleh melakukan gerakan tersebut dengan sendiri. Pastikan anda mempunyai
tempat simpanan yang elok untuk papan kain dan gambar papan kain apabila
ianya tidak digunakan. Tempat simpanan yang elok dapat memelihara dan
mengelakkan papan kain tersebut dari ronyok atau koyak. Lebih elok
sekiranya barang-barang ini dapat disimpan di pada permukaan yang rata dari
sandarkan pada dinding. Sekiranya anda menggunakan kertas pasir untuk
diletakkan pada belakang gambar, letakkan kertas diantara gambar-gambar
kerana kertas pasir mudah menggorekan permukaan gambar.

2.1.2 Unjuran tampak (Visual projection)

Unjuran tampak boleh didefinasikan sebagai media yang menggunakan imej yang
keras yang boleh dibesarkan dan dilihat pada skrin. Unjuran ini dapat dicapai
dengan memancarkan cahaya menggunakan filem transparensi. Imej akan
dibesarkan menggunakan pelbagai jenis kanta, dimana ia akan memantulkan imej
tersebut pada permukaan unjuran. Terdapat beberapa teknik yang boleh
menyimpan imej di dalam bentuk elektrik dan ditayangkan dalam bentuk digital
atau analog.

Mekanisma storan digital yang boleh digunakan CD-ROM, CD foto, kamera


digital, DVD, alat pengimbas (scanner). Storan analog kebiasaannya
menggunakan cakera video atau cakera laser.

Projektor Overhed

Projector overhed merupakan alat media yang paling diminati. Perkataan


transparensi digunakan untuk menggambarkan situasi penyampaian melalui
projektor overhed. Transparensi overhed biasanya menggunakan imej 8.5 inci x
11 inci menggunakan plastik lutsinar yang disediakan untuk digunakan pada
projecktor overhed. Transparensi terdiri daripada filem fotografi, asetat atau
sebarang bahan kimia atau yang bahan yang telah melalui proses pemanasan.

Cara menggunakan Projektor Overhed

Pada umumnya projektor overhed digunakan sebagai alat bantuan mengajar atau
penyampaian. Ia menjadikan interaksi bersama penonton lebih berkesan; dengan
menyalakan lampu projektor, mata penonton akan tertumpu kepada objek atau
imej yang dipaparkan di skrin projektor. Dengan memadamkan lampu projektor
maka mata penonton akan tertumpu kepada penyampai kembali.

20
Poster, Model 3D, Transparensi 21

Turutan langkah yang perlu dipraktikkan oleh penyampai apabila menggunakan


projektor overhed adalah; padam suis lampu,menutup slaid, meletakkan slaid
yang seterusnya diatas meja, buka suis lampu. Kesalahan yang biasa dilakukan
ialah membiarkan lampu projektor terbuka sepanjang penyampaian. Jika anda
melakukan tindakan sedemikian, anda akan memaparkan maklumat yang tidak
penting. Ini akan mengganggu sesi penyampaian anda.

Kelebihan dan kelemahan menggunakan transparensi overhed adalah seperti


dibawah:

Kelebihan
• Jelas
Walaupun mentol lampu optical adalah efektif dan kukuh, bayangan lampu
pada skrin boleh digunakan dalam situasi normal di dalam kelas.

• Contak Mata
Anda boleh meletakkan projektor overhed di hadapan kelas mengadap
penonton bagi membolehkan anda mendapat contak mata secara terus
dengan penonton anda.

• Senang digunakan
Kebanyakan projektor overhed ringan dan senang dibawa kemana-mana. Ia
juga mudah untuk digunakan.

• Pelbagai bahan
Projektor overhed boleh digunakan dengan menggunakan pelbagai jenis
bahan termasuklah juga bentuk dan pelbagai jenis transparensi.

• Manipulasi
Anda boleh memanipulasi bahan yang dibentang dengan memperbaiki fakta
yang penting (i.e. menggunakan warna yang berlainan). Anda boleh menulis
dan menconteng transparensi semasa penyampaian atau menutup sebahagian
data dan hanya menyampaikan maklumat yang penting dahulu.

• Bahan-bahan yang disediakan sendiri


Anda boleh menggunakan transparensi yang disediakan sendiri oleh anda.

• Berkesan terhadap tingkah-laku


Penggunaan projektor overhed dapat memberi kesan yang positif terhadap
tingkah-laku pelajar ketika berada didalam bilik darjah dan penonton
perniagaan anda. Penyampai akan nampak lebih bersedia, lebih professional,
menyakinkan, menarik minat dan terpelajar semasa penyampaian.

21
Poster, Model 3D, Transparensi 22

Kelemahan

• Tidak diprogramkan
Keberkesanan projektor overhed bergantung sepenuhnya terhadap
penyampai. Ini adalah kerana projektor overhed tidak boleh memaparkan
transparensi secara automatik dan secara berturutan. Ia jugak tidak boleh
memainkan muzik semasa penyampaian.

• Bukan untuk kegunaan pembelajaran sendiri


Sistem projektor overhed tidak sesuai digunakan untuk kegunaan sendiri. Ia
telah direka untuk tujuan penyampaian didalam kumpulan.

• Memerlukan proses pembuatan/produksi


Bahan yang dicetak yang tidak lutsinar dan tidak boleh dipaparkan secara
terus. Ia perlulah diproses untuk menjadikannya lutsinar terlebih dahulu
sebelum digunakan untuk dipaparkan.

• Kesan keystone
Selalunya projektor overhed akan diletakkan diatas meja untuk keselesaan
kepada penyampai. Untuk itu, skrin perlulah diletakkan lebih tinggi supaya
tidak menghalang peglihatan penyampai.

3.0 Cara penyedian Transparensi, Poster dan Model 3D

3.1 Teknik komunikasi visual

Teknik visual adalah suatu kaedah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan
visual kepada penonton. Untuk menghasilkan teknik visual yang bagus, terdapat
beberapa kaedah yang boleh digunakan seperti teknik simetri/tidak simetri, teknik
mudah/kompleks, teknik meneutralkan/menekankan, teknik tetap/berubah dan teknik
aktif/pasif

i. Simetri/tidak simetri

Rajah 1.9 a dan b: contoh teknik simetri dan tidak simetri

Penimbangan boleh tercapai melalui 2 kaedah iaitu simetri dan tidak simetri.
Simetri adalah proksimal penimbangan. Setiap elemen pada sebelah kiri

22
Poster, Model 3D, Transparensi 23

pembahagi adalah sama pada elemen sebelah kanan. Simetri adalah mudah untuk
direka tetapi kadang-kadang ianya terlalu statik dan membosankan. Tidak simetri
adalah elemen yang tidak seimbang dan boleh dilaraskan untuk menjadikan ianya
seimbang. Rajah 1.9 a dan b adalah contoh teknik simetri dan tidak simetri.

ii. Mudah/kompleks

Rajah 1.10 a dan b: contoh teknik mudah dan kompleks

Setiap teknik memberi makna aturan asas visual dan menggunakan ruang yang
sedia ada secara maksimum. Teknik kompleks merujuk kepada tambahan prinsip
bertindan untuk menunjukkan lebih banyak kegunaan dan lebih baik. Rajah 1.10 a
dan b adalah contoh teknik mudah dan kompleks.

iii. Meneutralkan/menekankan

iv. Rajah 1.11 a dan b : contoh teknik meneutralkan dan menekankan

Meneutralkan memeberi persamaan bentuk pada elemen tetapi teknik


menekankan hanya menyorot satu elemen dalam latar belakang yang sama. Rajah
1.11 a dan b adalah contoh teknik meneutralkan dan menekankan.

23
Poster, Model 3D, Transparensi 24

v. Tetap/variasi

Rajah 1.12 a: contoh teknik tetap dan variasi

Teknik tetap adalah kaedah yang digunakan untuk menggambarkan kesesuian


visual yang direka untuk gubahan/karangan. Ia adalah berkaitan pada
selaras,sejajar dan hampir. Teknik variasi (berubah) menyediakan pelbagai jenis
variasi dimana ianya tidak tetap/konsisten. Rajah 1.12 a dan b menunjukkan
teknik tetap dan variasi.

vi. Aktif/pasif

Rajah 1.13 a dan b: contoh teknik aktif dan pasif

Aktif adalah teknik visual digunakan untuk memantulkan pergerakan semasa sesi
pembentangan. Teknik pasif boleh mengubah visual yang statik tanpa sebarang
pergerakan dan dalam keadaan senyap. Rajah 1.13 a dan b adalah contoh teknik
aktif dan pasif.

3.2 Penyedian dan penghasilan transparensi

Transparensi adalah untuk menggambarkan media visual. Secara umum, ianya boleh
dihasilkan menggunakan 3 kaedah:
i. Penulisan/lukisan menggunakan tangan
ii. Pemprosesan filem elektrostatik (xerografi)
iii. Cetakan komputer

i. Penulisan/lukisan menggunakan tangan

Transparensi filem adalah kaedah yang termurah dan terpantas yang boleh
digunakan untuk menyediakan transparensi. Transparensi yang dibuat
menggunakan tulisan tangan mestilah menggunakan pen yang sesuai. Anda perlu

24
Poster, Model 3D, Transparensi 25

memastikan semua perkataan yang ditulis pada filem adalah jelas dan boleh
dilihat oleh penonton/pendengar. Penerangan lanjut mengenai transparensi akan
diterangkan kemudian.

Tambahan pula, transparensi filem biru adalah lebih baik digunakan untuk
mengelak pantulan semasa penayangan di skrin.

ii. Pemprosesan filem elektrostatik (xerografi)

Kaedah kedua yang digunakan ialah dengan menggunakan mesin fotokopi untuk
menghasilkan transparensi hitam putih. Kaedah ini memerlukan naskah induk dan
kertas transparensi yang khas untuk menghalang kepanansan eletrik dan sensitif
terhadap cahaya.

iii. Cetakan komputer

Dengan menggunakan komputer, anda boleh memindahkan tugasan seperti


laporan dari softcopy ke hardcopy. Sebagai ganti menggunakan kertas biasa, anda
boleh mencetak tugasan anda pada transparensi filem yang khas dengan
menggunakan pencetak laser.

3.3 Penyediaan Poster

Tidak terdapat banyak perbezaan antara penyediaan poster dan transperansi. Perbezaan
utamanya ialah dari segi saiz dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan poster.
Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kreativiti untuk menghasilkan poster seperti
menggunakan plastik, daun atau siput.

Persediaan penyediaan poster hendaklah mengambilkira faktor berikut:


• Poster yang baik dapat menarik perhatian penonton dan dapat menunjukkan dengan
jelas kandungan topik yang hendak disampaikan
• Kandungan hendaklah disampaian dengan ringkas, jelas dan mudah difahami
• Poster mestilah dapat menarik perhatian penonton walaupun topik yang dibincangkan
sesuatu yang membosankan
• Tiada kesalahan ejaan pada poster
• Sebaiknya, lakar semua huruf dengan perlahan dengan menggunakan pensel dan baca
berulangkali untuk mengelakkan kesalahan atau ralat ejaan
• Elakkan penggunaan singkatan, akronim atau jargon.

Rekabentuk poster yang baik


Langkah 1 Persediaan
• Kenalpasti penonton – tiga saat yang pertama penonton akan membuat keputusan
samaada untuk terus membaca poster tersebut atau beredar. Jika mereka terus
membaca, anda mempunyai 30 saat untuk memastikan perhatian mereka terhadap
poster anda dengan menyampaikan keseluruhan pemahaman terhadap sesuatu yang
hendak disampaikan

25
Poster, Model 3D, Transparensi 26

• Kumpulkan mesej - Pilih kenyataan, fotograf, diagram yang boleh menarik perhatian
penonton
• Ambilkira permintaan / syarat / ruang yang disediakan untuk poster
• Susun maklumat - bahagikan maklumat kepada bahagian – bahagian utama seperti
Tajuk, Pengenalan, Kaedah, Hasil dan Kesimpulan.

Langkah 2: rekabentuk yang memberikan impak


• Menggunakan warna dan latarbelakang yang berkesan
• Rekabentuk tidak terlalu padat dan mudah untuk diikuti
• Maklumat hendaklah daripada kiri ke kanan dan daripada atas ke bawah
• Teks dan tajuk yang ditulis dengan huruf besar semuanya adalah sukar dibaca
• Bagi memudahkan pembacaan, warna teks hendaklah gelap, manakala warna
latarbelakang cerah
• Menggunakan grafik yang dapat memberikan impak. Sebaiknya rancang sehingga
40% kandungan bergrafik. Grafik hendaklah jelas, menarik dan spesifik

Langkah 3: Membina poster


• Tentukan saiz poster

Langkah 4: Menilai poster


• Minta pertolongan orang lain untuk menilai poster sebelum mencetak poster anda

3.4 Penyediaan Model 3D


Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan di dalam penyediaan model
3D. Beberapa teknik yang boleh dijadikan panduan ialah seperti berikut:
• Gunakan kit komersial seperti ball-and-spring system untuk membina model molekul.
• Gunakan sistem pembinaan seperti Meccano dan Fisher-Price untuk membina model
yang bergerak.
• Gunakan material yang murah seperti kad manila, cardboard, hardboard, kayu dan
wayar untuk membina model yang statik seperti model bangunan, model geometri,
bentuk 3 dimensi dan lain-lain.
• Gunakan material seperti tanah liat pemodelan dan plastesin untuk membina model
yang realistik seperti model haiwan, demonstrasi anatomi (bahagian tubuh badan
manusia), dan sebagainya.
• Gunakan material seperti plaster of Paris dan papier mache untuk membina model
lanskap.

Kaedah untuk menyediakan transparensi overhed.

Kepingan transparensi yang dapat membantu sesuatu persembahan atau pengajaran dan
mempunyai cirri-ciri berikut:
a) Saiz huruf yang paling sesuai ialah 18 pon atau lebih jika menggunakan komputer,
dan jika menggunakan mata pen mekanikal saiz paling minimum ialah 0.5mm dan

26
Poster, Model 3D, Transparensi 27

bagi pembaris pula 5mm. Jika menulis diatas transperansi, tinggi huruf yang
digunakan sekurang-kurangnya 3mm. huruf berbentuk serif adalah lebih mudah
dibaca. Nisbah yang sesuai bagi saiz huruf ialah 1:30 iaitu anggaran 6mm tinggi
paling minimum. Ukuran huruf ¼ inci tinggi diperoleh dengan cara berikut: 1/30 x
tinggi kawasan maklumat.

Pada kelazimannya, kawasan maklumat (content) bagi transparensi ialah 6.5 inci x
9.5 inci. Menggunakan formula diatas, iaitu 1/30 x 6.5 inci, anda akan dapat lebih
kurang ¼ inci tinggi bagi ukuran huruf minimum diatas transparensi. Jangan
menggunakan huruf sambung seperti menulis di atas kertas kerana perkataan itu
mungkin kecil dan tidak jelas apabila diunjurkan ke atas layar.
b) Jarak maksimum antara penonton dengan imej di layar ialah 8T iaitu 8 x tinggi imej
yang ditayang. Sebagai contoh, jika imej memenuhi layar dan berukuran 5 kaki
tinggi, maka jarak maksimum untuk menonton ialah 40 kaki (8 x 5 kaki).
c) Lebih baik sekiranya setiap keping transparensi mengandungi 6 atau 8 potongan ayat
dan setiap baris ayat mempunyai 6 hingga 8 patah perkataan.
d) Gunakan huruf besar untuk tajuk atau label yang mengandungi kurang daripada 5
patah perkataan. Jika lebih daripada 5, gunakan huruf kecil dan huruf besar apabila
perlu.
e) Jarakkan 1.5 kali lebar huruf ‘m’ kecil di antara dua perkataan. Jarak di antara satu
ayat dengan ayat yang berikutnya ialah 3 kali lebar huruf ‘m’ kecil.
f) Jarak huruf secara pandangan optic bukan dari sudut mekanikal.
g) Jarak diantara ayat dengan ayat yang dibawahnya ialah lebih kurang 1.5 kali tinggi
huruf kecil.
h) Padankan warna huruf dengan latar belakang transparensi supaya mudah dibaca.
Huruf yang berwarna cerah jika dipadankan dengan latar belakang yang gelap akan
menghasilkan pandangan atau kebolehbacaan yang lebih jelas. Contohnya, warna
huruf kuning atau cerah dipadankan dengan tranparensi yang mempunyai latar
belakang biru tua seperti yang terdapat pada transparensi haba berwarna biru tua.
Jika huruf berwarna hitam, jangan padankan dengan pelekat warna transparensi
berwarna biru. Jika latar belakang tranparensi itu cerah, maka huruf atau garisan
yang ditulis atau dilukis hendaklah tebal dan gelap.
i) Setiap keping transparensi yang dihasilkan janganlah menggunakan terlalu banyak
teks atau visual. Ini bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan penonton. Penghasilan
transparensi yang baik biasanya mempunyai satu idea dan idea ini mungkin
diperkembang melalui teknik tindan-tindih. Maklumat lanjut mengenai teknik akan
dibincang lanjut kemudian.
j) Transparensi berbentuk melintang adalah lebih baik dari yang berbentuk menegak.
Format melintang dapat mengurangkan kesan herotan baji dan darjah penglihatan
menjadi lebih luas dan terang.
k) Transparensi hendaklah dilekatkan ke atas bingkai kadbod atau bingkai-bingkai lain
yang sesuai supaya mudah diunjur, disusun, disimpan dan dikatalog.

27
Poster, Model 3D, Transparensi 28

28

You might also like