You are on page 1of 61

1. Pasukan unit beruniform sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan.

Tulis laporan
yang lengkap tentang perkhemahan itu.

Laporan Perkhemahan Pengakap di Hutan Pulai
Pada 16 Mei, Persatuan Pengakap Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng telah
mengadakan perkhemahan di pinggir Hutan Pulai. Rombongan kami terdiri daripada 25
orang ahli pengakap dan 3 orang guru pengiring. Perkhemahan ini diadakan untuk memupuk
sifat berdikari dan semangat bekerjasama antara pengakap.
Pada pagi hari tersebut, ahli-ahli pengakap berkumpul di dewan sekolah. Selepas guru
memberikan taklimat, kami pun bertolak dengan bas yang disewa. Setibanya di destinasi,
guru-guru mencari tempat yang berdekatan dengan sungai supaya mudah mendapat air.
Murid-murid bergotong-royong membersihkan tapak perkhemahan lalu mendirikan khemah.
Mula-mula, guru pengiring membahagikan tugas kepada murid-murid. Antaranya
termasuklah memungut kayu api, menanak nasi, menjerang air dan sebagainya. Kami
bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Walupun panas terik, kami masih
bermandi peluh semasa menjalankan tugas.
Pada waktu petang, kami menjamu selera bersama-sama. Selepas makan, ahli-ahli
pengakap menjalankan aktiviti lasak. Antaranya termasuklah meredah hutan, mendaki bukit
dan mengharungi sungai. Melalui aktiviti-aktiviti ini, kami dapat memupuk sifat berdikari dan
semangat keyakinan. Selain itu, kami juga mengadakan pertandingan mencari harta karun.
Akhirnya, Kumpulan Harimau memenangi pertandingan itu. Selepas itu, guru juga
memberikan sijil kepada semua peserta.
Pada waktu malam, ahli-ahli pengakap dan guru menyalakan unggun api. Kami telah
mengadakan banyak persembahan seperti nyanyian, tarian, dan lakonan. Persembahan itu
menarik hati. Semua murid memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sungguh
meriah.
Pada keesokan harinya, semua ahli pengakap dan guru mengemaskan khemah untuk
pulang. Dalam perkhemahan tersebut, ahli-ahli pengakap telah mendapat banyak
pengalaman dan pengetahuan. Kami berpeluang mengenali flora dan fauna di dalam hutan.
Perkhemahan ini amat bererti kerana dapat mendedahkan ahli-ahli kepada alam sekitar.
Laporan disediakan oleh, 23
MEI 2013.
Ng Kim Leng
(NG KIM LENG)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kok Meng.

2. Pada cuti semester yang lalu, kamu sekeluarga telah pulang ke kampung. Tuliskan
pengalaman kamu.
Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki
kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang
indah. Jalan menuju ke kampung bengkang-bengkok seperti ular kena palu.
Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami
dengan tangan terbuka. Di kampung, datuk mengajar saya dan adik bermain wau dan
gasing.Saya dan adik berasa gembira.
Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai
sangat jernih seperti cermin. Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambil
menikmati pemandangan yang indah. Udara di sana sangat nyaman. Angin bertiup sepoi-
sepoi bahasa.
Di kampung, kami sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum
seperti tusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak.
Kami menolong datuk mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan
bersama-sama. Kami makan dengan gelojoh.
Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik
perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka
memuji durian datuk sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua durian sudah habis dijual.
Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya berharap agar
boleh bercuti di kampung lagi.

3. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Kantin. Tuliskan catatan tentang Hari Kantin
tersebut.

Rabu, 15 Disember 2013

6.30 pagi : Murid-murid membuat persediaan. Antaranya termasuklah menghias gerai,
mendirikan gerai , menyediakan makanan dan minuman, membersihkan padang dan
sebagainya. Murid-murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.
8.00 pagi : Semua murid berkumpul di dewan. Ibu bapa juga dijemput untuk hadir.
keadaan di padang penuh sesak seperti ikan di dalam belat.
8.30 pagi : Guru Besar memberikan ucapan kepada semua hadirin. Beliau menasihati
kami supaya selalu berbudi kerana tangan yang memberi sentiasa lebih mulia daripada
tangan yang menerima. Kemudian, beliau merasmikan hari kantin.
9.30 pagi : Hari kantin bermula. Banyak gerai didirikan di padang. Terdapat juga gerai
permintaan lagu. Gerai itu memainkan banyak lagu yang halwa telinga. Suasana yang meriah
menyelubungi seluruh padang. Guru-guru dan murid-murid sibuk melayan pelanggan
dengan mesra. Mereka melaung-laung untuk menarik perhatian pelanggan. Banyak
pelanggan membeli barang dengan menggunakan kupon.
11.00 pagi : Barang jualan hampir habis dijual. Pengunjung-pengunjung mulai beredar.
Guru-guru mengarahkan kami mengemaskan barang-barang.
2.00 petang : Hari kantin tamat dengan lancar. Kami bergotong-royong membersihkan
padang. Selepas itu, kami pun pulang ke rumah masing-masing.

4. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulis laporan tentang sambutan
itu selengkapnya.

Laporan Sambutan Hari Guru SJK (C) Zhi Ling
Pada 13 Mei 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakan sambutan Hari Guru.
Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru
.
Sebelum sambutan Hari Guru, murid-murid sibuk membuat persediaan
untuk mencantikkan dewan sekolah . Antaranya termasuklah
menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid
bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan
sekolah kelihatan bersih dan cantik seperti istana.
Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah.
Keadaan di sana penuh sesak seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar
dijemput untuk memberikan ucapan . Dalam ucapan Guru Besar, beliau
menasihati murid-murid supaya menghargai jasa guru kerana guru umpama lilin
sanggup membakar diri untuk menerangi masa depan murid-murid
. Guru Besar juga mengucapkan Selamat Hari Guru
kepada guru-guru. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Guru.
Pelbagai persembahan pentas yang menarik telah dijalankan
untuk menghiburkan hati para penonton . Antaranya termasuklah
nyanyian, tarian dan sketsa . Persembahan kemuncak ialah pertunjukan
silap mata yang dipersembahkan oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket.
Persembahannya berjaya mempesonakan perhatian para penonton. Para
penonton bersorak-sorai dan memberikan tepukan yang gemuruh .
Suasana yang meriah telah menyelubungi seluruh dewan pada ketika
itu.
Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke
kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan dengan guru kelas masing-masing.
Murid-murid menikmati makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas
mereka di dalam kelas. Akhirnya, murid-murid memberikan hadiah yang disediakan kepada
guru. Antaranya termasuklah bunga, coklat, pen dan sebagainya. Guru-guru berasa suka hati
apabila menerima hadiah.
Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Guru pun tamat. Guru-guru dan murid-
murid pun pulang ke rumah dengan puas hati . Sambutan Hari Guru telah diadakan
dengan berjaya pada tahun ini.

Laporan disediakan oleh, 16
Mei 2013.

Lim Keong Seng
(LIM KEONG SENG)
Ketua Murid,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling.


5. Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak. Sebagai setiausaha
Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis laporan tentang sambutan tersebut. Tulis
laporan itu selengkapnya.


Laporan Sambutan Hari Kanak-kanak SJK (C) Zhi Ling
Pada 2 Oktober 2013, SJK (C) Zhi Ling telah mengadakan sambutan Hari
Kanak-kanak. Tujuan sambutan itu diadakan adalah untuk menggembirakan kanak-kanak
.
Sebelum sambutan Hari kanak-kanak, murid-murid sibuk membuat persediaan
untuk mencantikkan dewan sekolah . Antaranya termasuklah
menyapu lantai, menghias pentas, menyusun kerusi dan sebagainya. Murid-murid
bekerjasama menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Selepas itu, dewan
sekolah kelihatan bersih dan cantik seperti istana.
Pada hari tersebut, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah.
Keadaan di sana penuh sesak seperti ikan di dalam belat. Mula-mula, Guru Besar
dijemput untuk memberikan ucapan kepada murid-murid. Dalam ucapan
Guru besar, beliau menasihati murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh kerana
usaha tangga kejayaan . Beliau juga mengucapkan Selamat Hari Kanak-
kanak kepada murid-murid. Kemudian, beliau merasmikan sambutan Hari Kanak-
kanak.
Pelbagai persembahan pentas yang menarik telah dijalankan
untuk menghiburkan hati para penonton . Antaranya termasuklah
nyanyian, tarian dan lakonan. Persembahan kemuncak ialah pertunjukan
silap mata yang dipersembahkan oleh seorang murid tahun 6, Mun Ket.
Persembahannya berjaya mempesonakan perhatian para penonton. Para
penonton bersorak-sorai dan memberikan tepukan yang gemuruh .
Suasana yang meriah telah menyelubungi seluruh dewan pada ketika
itu.
Selepas 2 jam, persembahan pentas pun tamat. Murid-murid pun beratur balik ke
kelas masing-masing untuk mengadakan jamuan . Murid-murid menikmati
makanan dan minuman yang enak bersama dengan guru kelas mereka di dalam kelas.
Murid-murid juga menjalankan banyak permainan di kelas. Akhirnya, guru kelas juga
membahagikan bungkusan hadiah kepada murid-murid. Murid-murid berasa
suka hati apabila menerima hadiah.
Pada pukul 2.00 petang, sambutan Hari Kanak-kanak pun tamat. Murid-murid pun
pulang ke rumah dengan puas hati. Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan dengan
berjaya pada tahun ini.

Laporan disediakan oleh, 4
OKTOBER 2013.
Lim Keong Seng
(LIM KEONG SENG)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Zhi Ling.


6. Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tuliskan catatan tentang sukan
tahunan tersebut.
Jumaat, 2 Julai 2013.
6.30 pagi - Murid-murid membuat persediaan terakhir. Antaranya termasuklah menghias
padang dengan panji-panji, menyusun kerusi, mengutip sampah-sarap dan lain-lain. Murid-
murid bekerjasama bagai aur dengan tebing.
8.00 pagi - Murid-murid berkumpul di padang. Ibu bapa juga dijemput untuk
hadir. Keadaan di padang penuh sesak seperti ikan dalam belat.
8.30 pagi - Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru tiba. Guru Besar menyambut
kedatangan beliau. Mula-mula, Pegawai Pendidikan Daerah memberikan ucapan. Beliau
menasihati murid-murid supaya mementingkan sukan dan jangan menjadi ulat buku. Selepas
itu, beliau merasmikan sukan tahunan.
9.30 pagi - Acara sukan bermula. Antaranya termasuklah lompat tinggi, lompat jauh,
lontar peluru, lumba lari dan lain-lain. Setiap peserta bertanding dengan bersungguh-
sungguh. Para penonton bersorak-sorai untuk memberikan sokongan. Suasana yang meriah
menyelubungi seluruh padang.
11.30 pagi - Acara sukan tamat dengan lancar. Rumah kuning menjadi johan
keseluruhan pada tahun ini. Saat yang dinanti-nanti sudah tiba. Guru Besar menyampaikan
piala kepada pemenang. Beliau juga menasihati para peserta supaya yang menag jangan
sombong, yang kalah jangan berputus asa.
2.00 petang - Murid-murid membersihkan kawasan sekolah. Selepas itu, kami pun pulang
ke rumah dengan perasaan gembira.
7. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara.
Sebagai setiausaha, Tulis laporan lawatan tersebut selengkapnya.

Laporan Lawatan ke Zoo Negara
Pada 10 Januari 2013, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C) Ming Hwa telah
mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan
diiringi oleh 4 orang guru pengiring.
Pada awal-awal pagi, kami berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, Guru
Besar memberikan taklimat kepada kami. selepas itu, kami pun bertolak ke Zoo Negara
dengan menaiki bas yang disewa.
Kami mengambil masa selama 1 jam untuk tiba di destinasi. Seorang pegawai Zoo
Negara yang bernama Encik Lim telah menyambut kami dengan tangan terbuka. Encik Lim
ditugaskan untuk memberikan penjelasan tentang haiwan-haiwan yang terdapat di zoo.
Kami berpeluang melihat banyak haiwan yang istimewa. Antaranya termasuklah
landak , cipan ,tupai ,badak sumbu ,serigala dan sebagainya. Kami
berasa kagum seperti rusa masuk ke kampung.
Pada hari itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet. Pertunjukan itu sungguh
menarik hati kami. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sangat meriah.
Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan monyet yang comel
itu. Pada pukul 3.00 petang , kami pun berehat sambil makan makanan di sebuah restoran.
Menjelang waktu petang , kami pun pulang ke sekolah. Kami berasa gembira kerana
telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan.

Disediakan oleh, 20
JANUARI 2013.
Tan_______
( TAN MENG KEONG )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa.
8. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Jiran Saya.
Saya tinggal di sebuah pekan kecil. Jiran-jiran saya terdiri daripada orang Melayu,
Cina dan India. Ibu dan bapa selalu menasihati saya supaya berbaik-baik dengan jiran.
Apabila kita menghadapi kesusahan , orang yang pertama sekali menolong kita
ialah jiran, bukan saudara kita yang tinggal jauh .
Jiran di sebelah kanan rumah saya ialah Encik Tan. Encik Tan berumur 35 tahun. Dia
bekerja sebagai guru di sebuah sekolah. Sekolah itu berhampiran dengan kawasan
perumahan kita. Jika saya ada masalah dalam pelajaran , saya akan bertanya dengan Encik
Tan. Dia akan mengajar saya dengan penuh sabar.
Isterinya ialah seorang suri rumah tangga. Mereka mempunyai seorang cahaya mata yang
bernama Tan Feng. Saya dan Tan Feng belajar di sekolah yang sama. Oleh itu, kami selalu
berjalan kaki ke sekolah.
Encik Tan sekeluarga peramah dan bersikap lemah-lembut . Apabila kami
bertemu, mereka akan bertegur sapa dengan kami. Kami juga suka berbual-bual
dengan mereka. Pada masa lapang, saya akan mengajak Tan Feng bermain badminton di
gelanggang sekolah.
Isteri Encik Tan juga selalu memberikan kuih-muih yang dibuat olehnya kepada
kami. Kami suka akan masakan isteri Encik Tan. Pada hari-hari perayaan , kami juga
akan kunjung-mengunjungi .Oleh itu, hubungan kami dengan Encik Tan
sekeluarga sangat erat seperti isi dengan kuku.
Saya bersyukur kerana mempunyai jiran yang baik. Saya berharap agar Encik
Tan sekeluarga selalu sihat dan sejahtera.
9. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Aku Sebuah Beg Sekolah .
Aku sebuah beg sekolah yang berjenama . Aku dilahirkan di sebuah kilang
yang terletak di Kuala Lumpur. Aku bernama Swan. Aku diperbuat daripada kain yang
bermutu tinggi . kecantikkan aku telah menjadi buah mulut orang ramai.
Selepas siap dibuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai beg. Kami
dipamerkan di atas rak dengan kemas. Tuan kedai melabelkan harga pada
badan kami. Aku berharga RM50.00.
Setiap hari, banyak pelanggan datang ke kedai ini. Pada suatu hari, sepasang suami
isteri datang ke kedai. Mereka membelek-belek semua beg sekolah dengan teliti. Akhirnya,
mereka tertarik oleh kecantikan aku. Mereka membeli aku lalu membawa aku
pulang ke rumah.
Setibanya di rumah, mereka menghadiahkan aku kepada anak emas mereka.Anak
mereka berasa gembira seperti itik mendapat air . Kini, aku mempunyai seorang
tuan. Tuan aku bernama Ramli.
Setiap hari, tuan aku akan membawa aku ke sekolah. Perut aku selalu diisi dengan pelbagai
jenis buku. Selepas pulang dari sekolah, tuan aku akan meletakkan aku di dalam almari.
Setiap minggu, tuan aku juga akan mencuci badan aku sehingga bersih. Tuan aku menjaga
aku dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh .
Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang begitu baik. Saya berharap agar dapat
berkhidmat kepada tuan aku selama-lamanya.









TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A



Tip UPSR: Penulisan Bahagian A

Bahasa Melayu Penulisan

BAGI mengelakkan rasa gemuruh dan kelam-kabut sebelum menduduki
peperiksaan, calon dinasihatkan datang awal ke sekolah atau dewan
peperiksaan. Persediaan awal penting kerana untuk menduduki kertas
Bahasa Melayu Penulisan, calon perlu benar-benar bersedia dan tenang
bagi memudahkan mendapat idea bernas ketika menulis karangan.


Sebagai ulang kaji, kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A
membabitkan pembinaan ayat berdasarkan gambar, Bahagian B pula
karangan, manakala Bahagian C berkaitan membuat ulasan. Ketiga-tiga
bahagian ini mesti dijawab.

BAHAGIAN A
Untuk bahagian ini, calon diberi masa selama 15 minit untuk menjawab
dengan peruntukan 10 markah. Untuk mendapat markah penuh tidaklah
begitu susah kerana calon perlu melakukan empat langkah, iaitu:

Langkah pertama
Calon perlu mencari kunci soalan yang terdapat dalam soalan. Kunci soalan
dalam Bahagian A ada tiga iaitu "tentang", "aktiviti" atau "situasi". Kunci
soalan juga boleh diperoleh dalam gambar. Contohnya dalam UPSR 2008,
terdapat ayat "Cara-Cara Melintas Jalan Raya Dengan Selamat". Ayat
tersebut boleh calon gunakan ketika membina ayat. Walau apapun kunci
soalan yang diberikan dalam peperiksaan tahun ini, calon dinasihatkan agar
memulakan ayat dengan subjek (watak).

Langkah kedua

Calon hendaklah menyenaraikan semua kata kerja yang terdapat dalam
gambar. Antara caranya ialah dengan membulatkan watak dalam gambar
dan tuliskan kata kerja yang berkaitan. Cikgu cadangkan calon membuat
lima bulatan sahaja bagi mewakili lima ayat. Senaraikan seberapa banyak
kata kerja yang berkaitan.

Langkah ketiga

Calon membina ayat berdasarkan kata kerja yang disenaraikan.
Dinasihatkan calon membina ayat lebih daripada lapan patah perkataan dan
yang paling penting, mulakan ayat dengan subjek (watak). Selepas subjek,
tulis kata kerja yang berkaitan dan akhiri ayat dengan maklumat (di mana,
bagaimana dan mengapa).

Contoh: Beberapa orang murid (siapa) sedang melukis dan mewarna (kata
kerja) di dalam dewan sekolah (di mana) kerana menyertai pertandingan
melukis sempena Hari Kebangsaan. (mengapa) Jawapan contoh: Beberapa
orang murid sedang melukis dan mewarna lukisan di dalam ketika
menyertai pertandingan lukisan sempena Hari Kebangsaan.

Langkah keempat

Semak ayat yang dibina, pastikan strukturnya betul. Binalah ayat aktif dan
elakkan daripada membina ayat pasif. Semak ejaan agar tidak ada yang
salah. Jangan gunakan perkataan yang calon tidak pasti ejaannya.

Kesalahan ejaan boleh menjejaskan markah. Begitu juga dengan kosa kata
atau perbendaharaan kata yang digunakan mestilah tepat. Contohnya,
antara "memangkas" dengan "mencantas" dan "membelah" dengan
"mengerat". Penggunaannya mengikut konteks ayat.

Jaga-jaga dengan imbuhan yang digunakan kerana kesalahan boleh
membawa maksud yang berbeza. Contohnya, "Ayah menjual ikan" dengan
"Ayah penjual ikan". Kedua-dua ayat ini membawa maksud berbeza
disebabkan penggunaan imbuhan.

Akhir sekali, calon mesti berhati-hati dengan tanda baca. Pastikan ayat
yang dibina bermula dengan huruf besar. Setiap ayat yang dibina mestilah
mempunyai noktah. Jika calon menggunakan nama orang, pastikan
perkataan awal huruf besar kerana nama orang adalah nama khas.

Gabungkan beberapa kata kerja yang disenaraikan dalam satu ayat.
Contohnya, ayat di atas terdapat tiga kata kerja iaitu menyertai, melukis
dan mewarna. Selain itu, calon tidak perlu mengulang kata kerja yang sama
pada orang yang sama untuk ayat seterusnya. Ini dikatakan sebagai
pengulangan ayat.

Seterusnya, pastikan calon membina lima ayat sahaja. Jika ruangan
jawapan yang disediakan tidak cukup, mintalah kertas jawapan tambahan
daripada pengawas peperiksaan. Jika tulisan kecil, calon dinasihatkan agar
selang satu baris antara ayat yang dibina agar lebih kemas dan teratur.















KARANGAN
Cara penulisan karangan cereka.

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran /
Situasi

Memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.
Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau
perbualan.

Contoh soalan cereka

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh
suara riuh-rendah. Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-
kepul naik ke angkasa dari rumah jiran kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu
saksikan itu.

1. Cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2. Cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3. Jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan
kerana ini akan menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan
jelas.

4. Jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan
masa yang diberikan

*Pengenalan - tinggal sendirian
- baca buku cerita

Perenggan ke-2 -mendengar suara riuh-rendah
-menjenguk ke luar
-suatu kebakaran berlaku

Perenggan ke-3 - ramai orang mula berkumpul
-cuba membantu memadamkan kebakaran
-membantu memunggahkan barang

Perenggan ke-4 - aku terus menelefon pihak bomba
-ahli-ahli bomba tiba

Penutup -kebakaran dapat dikawal
-berasa sungguh gembira


Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah
kerana ibu bapa saya pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa
jemu, saya membaca sebuah buku cerita.
Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah
meminta tolong. Saya segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya
apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar dari rumah jiran saya. Suatu
kebakaran telah berlaku.
Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan
kebakaran dan ada yang menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai
berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke rumah saya.
Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh
minit kemudian, anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut.
Akhirnya kebakaran itu dapat dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira
kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran tersebut.


KARANGAN BERBENTUK PENGALAMAN


Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk Pengalaman yang Tidak Dapat
Dilupakan
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung
bersama datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh
kerana sudah lama tidak berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar
malam sudah larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah
lama berjalan, rumah nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri
dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di situ. Bulu romaku berdiri tegak.
Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku.
Aku berasa amat takut sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat
aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak
sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut
nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku
menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum
sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku
sendiri.
situasi
Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang.
Bagaimanakah perasaan anda ?
Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun
berhasil. Saya membuat persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal
tahun lagi.
Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-
rakan saya. Ini kerana dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci
kejayaan saya.
Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang
ramai bahawa seorang anak kampung daripada keluarga miskin dapat juga
berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu
mencapai kejayaan.
Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik
saya. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang
lain.

......................................................................................................................................
Cara penulisan Karangan jenis berita

1. Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
2. Berita mesti menjawab soalan Apa ? Siapa ? Bila ? Mengapa ? Di Mana ? dan
Bagaimana?
3. Apa ?
Menerangkan peristiwa yang berlaku dan menjadi persoalan berita
Memberi maklumat kepada keseluruhan berita
4. Siapa ?
Nama yang terlibat perlu penjelasan lengkap
Jika perlu sertakan usia pelaku
5. Bila ?
Menerangkan masa peristiwa itu berlaku
Tarikh yang tepat

Kejadian jenayah ataupun kemalangan perlu letakkan waktu

1. Mengapa ?
Sebab-sebab peristiwa berlaku
Jika sebab-sebab belum diketahui , nyatakan belum diketahui atau pihak polis
belum mendapat bukti

2. Di mana ?
Tempat kejadian peristiwa
Jika nama tempat kurang diketahui umum sebagai contoh, daerah yang terpencil,
letakkan sekali nama negeri

3.Bagaimana ?
Menerangkan cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.
Mulakan penulisan dengan mencatatkan tempat (huruf besar) diikuti dengan
tarikh peristiwa itu berlaku.

Contoh : JERTEH, 24 Disember -

Tulis secara ringkas tentang saripati peristiwa yang berkenaan termasuk tarikh
dan masa peristiwa itu berlaku. (Sebaik-baik tulis saripati kepada peristiwa yang
berkenaan dalam satu perenggan sahaja.)

4. Pastikan agar pengenalan kamu dapat menarik perhatian pembaca.

5. Gunakan bahasa yang ringkas tetapi padat.

6. Perenggan yang berikutnya ialah tentang huraian-huraian yang lebih panjang-
lebar.

7. Nyatakan bahagian penutup secara ringkas


CONTOH KARANGAN BERITA
SOALAN;
Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta di
Kuala Lumpur. Andaikan bahawa anda seorang pemberita,tuliskan berita tentang
kejadian tersebut. Panjang karangan berita anda hendaklah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan.
Rangka.

1. PENDAHULUAN:

Sepasukan polis berjaya menumpaskan sindiket mencuri kereta -sekitar bandar
raya.

2. ISI

a) berjaya mengesan beberapa kereta curi-siasatan dibuat beberapa minggu
lalu-beberapa orang ditahan.
b) membuat serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta - di Jalan Ipoh -
lima orang ditahan -salah seorang ialah
pakar mekanik.
c) polis menjumpai kepingan-kepingan pintu kereta -beberapa plat nombor
palsu dijumpai di bengkel tersebut.

3.PENUTUP

seorang lelaki dicari -dapat membantu polis-orang ramai diminta
memberikan maklumat tentang lelaki
berkenaan.


CONTOH KARANGAN.

KUALA LUMPUR , 24 Mac - Sepasukan polis telah berjaya menumpaskan satu
sindiket mencuri kereta di sekitar bandar raya. Pihak polis berjaya mengesan
beberapa kereta curi hasil daripada serbuan tersebut.
Jurucakap polis menyatakan bahawa siasatan mengenai sindiket itu dibuat
beberapa minggu yang lalu. Menurut jurucakap itu lagi,beberapa orang telah
ditahan untuk siasatan lanjut.
Hasil daripada maklumat orang ramai,pasukan polis telah membuat
serbuan di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Ipoh. Lima orang ditahan
dalam serbuan itu. Seorang daripadanya dipercayai pakar mekanik
Polis menjumpai kepingan-kepingan pintu yang dicuri .beberapa plat
nombor kereta palsu dijumpai juga di bengkel tersebut.
Sementara itu,gerakan sedang dijalankan oleh polis untuk mencari
seorang lelaki yang bernama Ah Chong .Dia dapat membantu polis untuk
memusnahkan sindiket tersebut. Orang ramai diminta tampil ke hadapan
sekiranya mempunyai maklumat tentang lelaki berkenaan.


















MARI KITA BUAT LATIHAN BERSAMA-SAMA.
SENARAI 40 NILAI MURNI / PENGAJARAN

Bil Nilai Murni / Pengajaran Penyataan
1 adil
2 amanah
3 baik hati
4 bekerjasama
5 berani
6 berazam, bercita-cita tinggi
7 berdikari
8 berdisiplin
9 berhati-hati,berwaspada
10 berhemah tinggi
11 berjimat-cermat
12 bersatu padu
13 bersimpati
14 bersopan-santun, peramah
15 bersyukur
16 bertanggungjawab
17 berterima kasih
18 bertoleransi
19 ikhlas
20 jujur
21 kasih sayang
22 kebebasan
23 kesederhanaan
24 mematuhi undang-undang
25 mencintai alam sekitar
26 menepati masa
27 menghargai masa
28 menghormati
29 menjaga kebersihan fizikal
30 menjaga maruah / harga diri
31 patriotik
32 pemurah
33 prihatin
34 rajin,tekun,gigih
35 rasional
6 sabar
37 taat, patuh
38 tabah, cekal
39 tolong-menolong
40 yakin





Tuliskan nilai murni bagi penyataan di bawah.

bil Penyataan Nilai Murni
1 bangun awal
2 basuh tangan / mandi
3 beratur di kantin
4 berdiri tegak semasa nyanyian Negaraku
5 bersarapan bersama keluarga
6 bersembahyang
7 beruniform sekolah dengan lengkap dan
kemas

8 gotong-royong
9 hendak menjadi ahli perniagaan yang berjaya
10 jangan suka membuang masa
11 jangan suka meninggi diri
12 keras kepala
13 makan dengan tertip
14 memandang ke kiri dan kanan sebelum
melintas

15 membaca buku
16 memberi nasihat
17 memberi tempat duduk kepada orang tua
18 memberi ucap selamat
19 membuang paku di atas jalan
20 memulangkan barang orang lain
21 menderma / menghulurkan bantuan
22 mengemas bilik tidur
23 menghormati jiran
24 mengucap terima kasih
25 mengulang kaji pelajaran
26 mengunci rumah / basikal
27 mengutip sampah di kawasan sekolah
28 Menolong ibu bapa
29 menolong menjaga adik
30 menumpangkan kawan
31 menunggang basikal berhati-hati
32 menutup suis kipas sebelum keluar kelas
33 menyesal kerana tidak mendengar nasihat
34 menyimpan wang
35 menziarahi kawan yang sakit
36 ringan tulang
37 sampai awal ke sekolah
38 tidak membantah pendapat rakan
39 tidak meminta balasan setelah membantu
40 tidak memperkecilkan orang lain




AYAT JAWAPAN BAHAGIAN C.

bersopan santun berdikari
jujur menjaga keselamatan
menghormati mengenang budi
bekerjasama bertanggungjawab
pemurah berhati-hati


Kita hendaklah _______________
Kita mestilah _______________
Kita haruslah _______________
Kita boleh _______________
Kita harus _______________

Siapa Kata bantu Nilai murni / Pengajaran Huraian atau contoh
Kita hendaklah menghormati guru dan ibu bapa.
Kita mestilah
Kita haruslah
Kita boleh
Kita harus
Kita digalakkan*

(JANGAN menggunakan perkataan jangan, tidak boleh dan tidak harus dalam jawapan anda)

Contoh: Gangga sentiasa membaca buku kerana dia hendak berjaya.
Jawapan: Kita hendaklah rajin membaca buku.




............................................................................................................................

SOALAN YANG POPULAR DALAM PENULISAN UPSR MENGIKUT TEMA.

TEMA KELUARGA



1. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jagalah Kebersihan Tempat Tinggal Kita.

2. Kamu baru bertukar ke sekolah asrama penuh. Tuliskan sepucuk surat kepada
sepupu kamu untuk menceritakan pengalaman kamu belajar di sekolah baharu itu.

3. Kamu terpilih mewakili kelas dalam pertandingan syarahan ketika Minggu Bahasa Melayu di
sekolah. Kamu dikehendaki menyampaikan syarahan mengenai aktiviti hujung minggu di rumah.

4. Semasa cuti sekolah yang lalu,kamu dan keluarga telah menziarahi nenek dan datuk kamu di
kampung. Ceritakan pengalaman kamu ketika berada di kampung.

5. Pada hari Ahad yang lalu, kamu dan keluarga pergi berkelah di air terjun. Tuliskan catatan
kamu pada hari tersebut.

6. Kamu pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu. Tuliskan perbualan kamu
dengan penjual barang runcit itu.

7. Tuliskan sebuah karangan yang menggunakan peribahasa Bagai Mencurahkan Air
ke Daun Keladi.

8. Lengkapkan karangan ini.

Pada waktu malam yang sepi,aku membaca buku di dalam bilik tidur.
Jam menunjukkan tepat pukul dua belas malam. Tiba-tiba

9. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Ibu Saya.

10. Pada hari Ahad yang lalu,kamu sekeluarga berkelah di tepi pantai. Semasa
berkelah anda telah menyelamatkan seorang budak yang lemas ketika mandi
di laut. Tuliskan pengalaman kamu semasa menyelamatkan budak itu.

11.Tulis sebuah karangan tentang percutian kamu sekeluarga ke salah satu tempat
peranginan yang terkenal pada cuti penggal persekolahan yang lalu.

12. Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi berkelah bersama
keluarga. Ceritakan pengalaman kamu tersebut.

13. Tulis sebuah karangan tentang lawatan kamu ke Zoo Negara.

14. Kamu sekeluarga telah bercuti ke Cameron Highlands. Tulis sebuah catatan
tentang lawatan kamu itu.

15. Kamu tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa pulang melawat nenek kamu yang
sakit di kampung.Tuliskan sepucuk surat kepada guru kelas kamu untuk memaklumkan perkara
tersebut.
16. Tuliskan sebuah karangan tentang Hari Ibu.

17. Hari semakin larut.Hujan turun renyai-renyai.Ibu dan ayah masih belum
pulang.Tiba-tiba.

18. Tuliskan sepucuk surat kepada rakan kamu untuk menceritakan pengalaman
kamu bercuti di kampung datuk kamu.

19. Tulis sebuah karangan berkaitan peribahasa Seperti Aur Dengan Tebing.

20. Kamu mengikut bapa memancing ikan.Tuliskan pengalaman kamu.

21. Kamu mengikut ibu pergi ke pasar malam .Tuliskan sepucuk surat kepada kawan
untuk menceritakan pengalaman kamu.

22 . Kamu sekeluarga balik ke kampung baru-baru ini.Tuliskan catatan kamu.

23 . Tulis sebuah karangan dengan diakhiri ayat berikut.
................ berasa amat gembira kerana mendapat banyak hadiah.

24. Kamu sekeluarga melawat ke sebuah zoo.Ceritakan pengalaman kamu itu.

25 : Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa Melentur Buluh Biarlah daripada
Rebungnya
26. Kamu sekeluarga minat berkebun.Tuliskan pengalaman kamu berkebun.

27. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat pesakit di hospital.

28. Kamu sekeluarga berhari raya di rumah kawan kamu.Tuliskan suasana yang kamu
rasai pada hari itu.

29. Tuliskan pengalaman yang tidak dapat kamu lupakan semasa membantu jiran.


TEMA MASYARAKAT

30. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Jiran Saya

31. Kawasan kediaman kamu mengadakan gotong-royong.Tuliskan laporan selengkapnya.

32. Kawan kamu mengadakan rumah terbuka semasa perayaan baru-baru ini. Tulis
Catatan kamu pada hari itu.

33 .Kamu sekeluarga pergi ke suatu majlis perkahwinan .Tuliskan pengalaman kamu

34. Hidup berjiran banyak kebaikannya.Huraikan.

35. Banyak kebaikan tinggal di desa.Jelaskan.

36. Tulis karangan yang bertajuk Cara-cara Menjaga Kebersihan Kawasan Perumahan

37 . Sukaneka telah diadakan di taman perumahan kamu.Tuliskan sepucuk surat kepada
kawan kamu untuk menceritakan suasana sukaneka tersebut.

38. Tulis sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Telefon Awam

39. Seperti Kacang Lupakan Kulit.Tuliskan sebuah cerita mengenai peribahasa tersebut.

TEMA : SEKOLAH

40. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Pameran Lukisan di Sekolah Saya.

41. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Kepentingan Menyertai Kegiatan
Kokurikulum di Sekolah.

42. Kamu selaku penerbit majalah sekolah telah mewawancara n seorang tokoh guru di
sekolah. Tuliskan wawancara tersebut.

43. Kamu telah menghadiri satu Kem Motivasi UPSR di sekolah. Tulis catatankan tentang
kem motivasi tersebut.

44. Tuliskan sepucuk surat kepada nenek kamu yang merupakan bekas guru.Ceritakan
kepadanya tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

45. Pasukan bola sepak sekolah kamu telah menjuarai pertandingan bola sepak peringkat
daerah. Tuliskan berita itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.

46. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Tuliskan laporan tentang
hari tersebut selengkapnya.

47. Kamu akan berpindah ke sekolah baru kerana mengikut bapa kamu bertukar
ke tempat lain. Kamu diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis yang diadakan. Tuliskan
ucapan tersebut selengkapnya.

48. Anda ingin melanggan majalah Dewan Pelajar selama 7 bulan. Tuliskan sepucuk surat
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka untuk tujuan tersebut.

49. Tuliskan sebuah karangan tentang tajuk Sekolah Saya.

50. Sebagai Ketua Murid, kamu diminta berucap pada hari perpisahan murid-murid tahun
enam. Guru Besar dan guru-guru hadir pada majlis tersebut.
Tuliskan ucapan kamu selengkapnya.

51. Kamu telah mewakili sekolah di dalam pertandingan syarahan peringkat daerah.Tajuk
syarahan kamu ialah Perlunya Murid-murid Mematuhi Peraturan Sekolah. Tuliskan syarahan
kamu itu.

52. Pada cuti semester yang lalu, kamu telah menyertai lawatan ke beberapa buah tempat
menarik. Kamu diminta menyediakan laporan mengenai lawatan itu.

53. Abang kamu telah mengutus surat untuk mengetahui persiapan kamu menghadapi
peperiksaan UPSR. Tuliskan surat balasan selengkapnya.

54. Bincangkan tajuk Kebaikan belajar secara berkumpulan

55. Sekolah kamu telah mengadakan pesta ria. Ceritakan suasana pesta ria itu.

56. 17.Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk Saya Sebuah Perpustakaan

57. Sekolah kamu telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah karangan mengenai
hari sukan tersebut.

58. Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang menyertai aktiviti perkhemahan
pengakap. Ceritakan perstiwa-peristiwa menarik yang berlaku sepanjang
perkhemahan itu.

59. Kamu telah berpindah ke sekolah baharu. Tuliskan sepucuk surat kepada sahabat
kamu di sekolah lama kamu untuk menceritakan sekolah baharu kamu.

60. Kamu diiminta menemu ramah tokoh murid di sekolah kamu.Tuliskan temu ramah
Itu selengkapnya.




.................................................................................................................

TEKNIK PENULISAN BAHAGIAN A

http://www.slideshare.net/cikgupaklong/penulisan-bhga-upsr
................................................................................................................................
Koleksi cadangan isi karangan yang terpilih

1. Anda sedang berbual-bual dengan rakan anda tentang masalah pencemaran air dan langkah-
langkah yang dapat diambil untuk menjamin kebersihan air.Tulis dialog antara anda dengan
rakan anda itu.

Pendahuluan.
- air penting untuk kegunaan harian

Isi-isi.
1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai penyakit sakit taun, cirit-birit, dan penyakit
kulit
2.langkah untuk menjamin kebersihan air memasak air untuk membunuh kuman
3.menggunakan penapis air terjamin bersih
4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga

Penutup
- menjaga kebersihan air untuk menjamin
kesihatan





2. Anda mewakili kelas anda dalam suatu pertan dingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk
syarahan itu ialah Negara Bersih Rakyat Sihat. Tulis syarahan itu.

Pendahuluan.
- kata-kata aluan
- kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup

Isi-isi
1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya alam sekitar tidak bersih
2.tidak dapat belajar dan bekerja negara akan mundur
3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.
4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur rakyat perlu berganding bahu
mengawal pencemaran

Penutup
- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar




3.Lengkapkan cerita di bawah ini.
Aku sedang memancing dengan kawanku di tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang akan
sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu kawanku. Kami mendekati
benda itu

Pendahuluan.
- seperti perenggan di atas.

Isi-isi
1.menyangkakan benda yang terapung itu batang kayu cuba menguis-nguisnya
2.terkejut benda tersebut ialah seekor buaya lari ke tebing sungai
3.memberitahu orang kampung membuat laporan
4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya

Penutup
- buaya tersebut ditempatkan di zoo




4. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta kakitangan sekolah telah mengadakan projek
secara gotong-royong di sekolah anda. Anda dikehendaki menulis laporan tentang gotong-
royong yang telah dijalankan itu.
Tulis laporan tersebut.

Pendahuluan
- menyatakan tarikh, masa dan tempat gotong-
royong diadakan

Isi-isi
1.tujuan untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus sekolah - memupuk hubungan mesra
2.bermula dengan ucapan ringkas Guru Besar
3.mengecat bangunan kantin menanam pokok-pokok bunga
4.berhenti rehat jamuan ringan
5.menyambung kerja membersihkan longkang

Penutup
- berterima kasih berharap agar aktiviti yang
serupa lebih kerap diadakan




5. Ibu rakan karib anda dimasukkan ke hospital kerana mengidap penyakit jantung.
Tulis sepucuk surat kepada rakan anda itu untuk menyatakan rasa simpati anda kepadanya.

Pendahuluan
- menanyakan khabar dirinya dan ibunya

Isi-isi
1. terkejut mendengar berita ibunya dimasukkan ke hospital
2. meminta maaf tidak dapat melawat ibunya
3. ibu bersalin di hospital menjaga adik-adik di rumah.
4. berharap agar dia tidak berkecil hati

Penutup
- berharap ibunya cepat sembuh




6. Lengkapkan cerita di bawah.
Sudah lama kasut roda itu kuidamkan. Aku ingin benar memilikinya tetapi bagaimana?
Ibu
bapaku tidak akan melayan kehendakku. Aku kurang memberikan perhatian pada
pelajaran
berbanding dengan adikku. Dia sentiasa mendapat keputusan cemerlang
dalam
peperiksaannya. Aku

Pendahuluan
- seperti petikan di atas

Isi-isi
1. ayah berjanji untuk membeli kasut roda syaratnya belajar bersungguh-sungguh
2. berazam tidak mahu ponteng sekolah tekun mengulang kaji
3. cikgu hairan semakin rajin bertanya
4. keputusan akhir tahun tempat pertama ayah membeli kasut idaman

Penutup
- berasa bangga berazam untuk mengekalkan
prestasi cemerlang



7. Anda telah menyaksikan atau mendengar suatu peristiwa yang menyedihkan anda. Tulis
suatu
cerita yang berkaitan dengan peristiwa sedih tersebut.

Pendahuluan
- bercuti di kampung nelayan rumah kawan baik keluarganya susah

Isi-isi
1. suatu malam rumah jirannya terbakar - terjaga segera membantu
2. api merebak ke rumah kawanku - tidak sempat menyelamatkan barang-barang
3. jeritan meminta tolong anaknya terperangkap
4. bomba datang tidak sempat menyelamatkan bayi itu bermalam di dewan sungguh sedih

Penutup
- bapa datang menolong keluarga kawanku
- aku insaf atas kejadian yang berlaku






8. Baru-baru ini negara kita telah dilanda jerebu. Keadaan ini menyebabkan kita tidak selesa.
Tulis sebuah karangan tentang pengalaman anda menghadapi suasana tersebut.

Pendahuluan
- punca jerebu aktiviti pembakaran hutan, asap dari kenderaan bermotor, asap dari kilang

Isi-isi
1. radio, televisyen, akhbar menyiarkan berita mengenai jerebu
2. kurang bermain di luar rumah tiada aktiviti kokurikulum di sekolah
3. tidak berapa sihat batuk-batuk, mata pedih- suasana sekeliling berkabus
4. Negeri Sarawak diisytihar darurat membeli makanan untuk bekalan

Penutup
- dua minggu kemudian jerebu berkurang






9. Anda telah terpilih untuk menyertai suatu pertandingan akhir yang diadakan di sekolah
anda. Berbagai-bagai persiapan telah diatur menjelang hari tersebut.
Tulis suatu catatan tentang persiapan anda itu.

Pendahuluan
- menyatakan tarikh, tempat, dan nama pertandingan yang disertai

Isi-isi
1. persediaan awal berlatih bersungguh-sungguh - menyediakan pakaian yang sesuai
2. pada hari pertandingan berdebar-debar
3. tiba giliran persembahan penuh bertenaga dan yakin
4. tidak sangka menang peserta yang lain hebat

Penutup
- gembira kerana berjaya tidak melupakan orang yang memberi sokongan impian tercapai




10. Baru-baru ini pusat sumber sekolah anda telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu.
Berbagai-
bagai aktiviti telah diadakan Tulis suatu laporan mengenai aktiviti yang telah
dijalankan.

Pendahuluan
- diadakan pada 18 April 2012 hingga 23 April
2012

Isi-isi
1. pelbagai aktiviti diatur pertandingan melukis poster terbuka kepada semua murid
2. pertandingan syarahan Syazlin Sazali menjadi johan
3. diadakan pertandingan perbahasan antara kelas
4. pertandingan mendeklamasikan sajak
5. murid digalakkan bertutur dalam bahasa Melayu baku sepanjang minggu itu

Penutup
- segala aktiviti berjalan dengan lancar - mencapai matlamatnya





..................................................................................................................................
Karangan Jenis Surat Tidak Rasmi ( biasa )

Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi:

Surat tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai.
Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti antaranya ;

1. Surat ucap tahniah
2. Surat ucap takziah
3. bertanya khabar berita
4. menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat
5. Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru
6. Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga
7. membalas surat yang dihantar oleh orang lain
8. dan sebagainya

Tahukah kamu ?
Tarikh boleh ditulis dalam dua cara, iaitu

Cara A : 8 Februari 2012

Cara B : 8 hb. Februari, 2012

Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis.
Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang
dikemukakan sebelum ini.

Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti :
nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda.
Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu.

Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.




Format Surat Kiriman Tidak Rasmi
.Nama penulis.........................
( Alamat ).......................
.......................................
.......................................

Tarikh :


(Tertib menghadapkan surat kepada pihak yang menerima
surat ) ................................................................................................................................................
..............
.............................................................................................................................................................
..

Saudara, (atau yang lain)
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan. Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam
perenggan yang berasingan)

..............................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
.............................................................................................................................................................
...
............................................................................................................................................................
................................................................................................................................................



Yang benar,
.................

( Nama Huruf Besar )


Tulis sepucuk surat kepada seorang kawan kamu untuk mengajaknya datang ke rumah kamu
pada hujung bulan ini kerana buah-buahan di kebun ayah kamu sedang berbuah.

1 Nama dan alamat pengirim (kanan)
2 Tarikh (kanan)
3 Kata hadap atau pembuka kata dan kata-kata pujian
4 Kata sapaan atau panggilan hormat (rapat ke garisan tepi dan koma)
5 Perenggan pertama menyatakan tujuan surat itu ditulis
6 Perenggan ke-2 buah-buahan sedang masak
ayah memajak sebahagian sahaja
keluarga serta kawan-kawan dapat merasai
7 Perenggan ke-3 boleh ajak keluarga serta kawan-kawan bersama-sama
terima kasih
8 Penutup
9 Tandatangan pengirim (kanan)
7 Perakuan diri (kanan)


- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] kata sapaan ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
Tahukah kamu ?
Tidak menjadi kesalahan jika tidak menulis nama selepas tandatangan jika kamu telah menulis
nama penuh pada alamat di atasnya. Ada pendapat mengatakan, anda dianggap ketinggalan
zaman jika anda menulis nama pada alamat di atas sekali.



............................................................................................
Karangan Jenis Surat Rasmit Rasmi

Surat rasmi ditulis untuk tujuan-tujuan seperti yang berikut antaranya :

a. memohon pekerjaan
b. membuat aduan / bantahan / cadangan
c. membuat rayuan
d. membuat jemputan rasmi
e. menempah barangan
f. meminta kebenaran
g. atau apa-apa yang melibatkan urusan rasmi

1. Surat rasmi adalah salah satu karangan yang memerlukan kita sensitif dengan penggunaan
tanda baca seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil. ( Anda boleh dapatkan bantuan
daripada guru. )

2. Karangan ini juga merupakan karangan yang penuh dengan format tersendiri yang mesti
kamu ikuti. Ini memudahkan anda melakukan kesalahan serta mudahlah markah anda melayang.
Ia juga memudahkan anda mendapat markah jika anda mahir dengan formatnya.

3. Perhatikan format di bawah.


Alamat Penulis
______________
______________
______________
________________________________________(garisanpanjang)_____________
Jawatan / penerima
Alamat (pejabat, sekolah, dsb) Tarikh : (selari dengan nama negeri)
Tuan / Puan,
Tajuk /Perkara / Hal (Permulaan Perkataan Huruf Besar Dan Gariskan)
Menyatakan tujuan ( perenggan tiada nombor dan rapat di sebelah kiri)
2. ( Menyatakan isi -isi atau hal-hal lain yang berkaitan dengan tajuk. cuba sampaikan
sekurang-kurangnya tiga isi penting yang berkaitan antara satu sama lain)
3. ( Menyatakan hal-hal lain yang ada hubungannya dengan hal yang kita kemukakan ,
misalnya alasan yang boleh memungkinkan permohonan kita dipertimbangkan.)
(Penutup)
Yang benar, ( perhatikan penggunaan huruf yang digunakan)
__________
Nama Penuh ( HURUF BESAR)
Jawatan ( Huruf Kecil )
Tuliskan sepucuk surat kepada Setiausaha Sukan sekolah kamu untuk memberitahunya bahawa
Pasukan Bola Jaring sekolah kamu memerlukan sebiji bola baru bagi menggantikan bola yang
telah rosak.
Rangka
1. alamat pengirim ( permulaan perkataan dalam huruf besar ) ( jangan lupa tanda koma di
hujungnya ) kemudian selang satu baris
2. buat satu baris panjang melintang kemudian selang satu baris
3. nama ( jawatan ) serta alamat penerima ( permulaan perkataan dalam huruf besar )( alamat
yang terakhir digariskan )
4. tarikh ( selari dengan alamat terakhir penerima ) ( bulan ditulis dalam huruf besar )
5. kata ganti diri penerima ( Tuan, )
6. perkara / tajuk ( permulaan perkataan dalam huruf besar dan digariskan )
7. perenggan pertama tujuan menulis surat ini ( tiada jarak perenggan, lihat contoh )
8. perenggan ke-2 - bola lama tidak dapat digunakan lagi
- memerlukan bola baru
( bagi perenggan kedua dan seterusnya mempunyai nombor serta tanda noktah. Jarakkan
sedikit
sebelum menulis )
9. perenggan ke-3 berharap agar permohonan diluluskan
supaya latihan tidak terganggu
10. perenggan ke-4 mempunyai masa yang singkat sebelum hari perlawanan
11. penutup terima kasih
12. tandatangan pengirim ( boleh ditulis nama secara bersambung atau tidak )
13. nama penuh ( huruf besar ) dalam kurungan
14. jawatan jika ada ( permulaan perkataan dalam huruf besar )

15. berhati-hati dalam penggunaan tanda baca seperti huruf besar , tanda noktah dan koma
.
Tip : Amalkan menulis salam sebelum memulakan karangan jenis ucapan, syarahan, surat tidak
rasmi atau jenis karangan yang sesuai., Ini adalah kerana, diyakini kebanyakan yang memeriksa
kertas penulisan adalah orang terdiri dari kalangan orang Islam.


CONTOH PENULISAN SURAT KIRIMAN RASMI

Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu.
------------------------------------------------------------------------------------------
Encik Musa Bin Hassan,
Setiausaha Sukan,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau,
22000 Jerteh,
Terengganu. 24 APRIL 2012.

Tuan,

Memohon Sebiji Bola Baru Bagi Menggantikan Bola Lama

Saya sebagai Ketua Pasukan, Pasukan Bola Jaring Sek. Keb. Seri Kenangan Darau ingin
memohon sebiji bola yang baru bagi menggantikan yang lama.

2. Bola yang sedia ada itu telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi. Kami memohon bola
baru itu melicinkan lagi latihan yang sedang kami jalankan sebagai persediaan untuk menghadapi
perlawanan yang akan datang.

3. Kami berharap permohonan kami ini akan segera diluluskan. Dengan ini latihan yang kami
adakan setiap hari itu tidak tergendala.

4. Untuk pengetahuan tuan, kami hanya mempunyai masa dua minggu lagi untuk berlatih
sebelum turun ke padang untuk menghadapi perlawanan.
Sekian, terima kasih


Yang benar,
Widyawati

( WIDYAWATI BINTI HUSAIN )
Ketua Pasukan,
Pasukan Bola Jaring,
Sek. Keb. Seri Kenangan Darau.


- mesti ditulis mengikut format ( jika tersalah format, - tolak 3 markah )
a] alamat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
b] tarikh ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
c] panggilan hormat ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
d] tajuk / perkara ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
e] tanda tangan dan nama ( salah letak / jika tiada - tolak 1 markah )
- isi mengikut perenggan biasa



.........................................................................................
CARA-CARA MENGARANG / STRATEGI MENULIS

1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :

a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
- Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
- Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak berformat.
- Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh dikuasai
- Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
( Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti :
Tuliskan laporan mengenai lawatan tersebut. )
Contoh :
Perhatikan soalan di bawah ini.
Soalan 1
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan sebuah
karangan mengenainya.


Soalan 2
Sekolah anda telah mengadakan Hari Sukan. Tuliskan laporan mengenainya untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen : Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi formatnya berbeza.
Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2 berformat.

Tip

Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci
dalam soalan itu. Ini mengelakkan karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk
sebenar.

b. Menyusun rangka karangan

- Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
- Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
- susun isi mengikut urutan kepentingannya.
- Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang akan dihurai.
- Isi penting jangan diulang-ulang.

c. Menulis karangan

- Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan terlebih dalu satu
perenggan.
- Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan berserta dengan contohnya.
( Bahagian-bahagian karangan yang ideal )
Perenggan Pendahuluan
Perenggan isi pertama
Perenggan isi kedua
Perenggan isi ketiga
Perenggan isi keempat
Perenggan Penutup

- Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga kekemasan tulisan.

d. Menyemak karangan

- Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi memastikan jika ada tulisan anda
yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah
dan aspek tatabahasa yang lain.
- baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
a. 4 minit mencari isi
b. 24 minit menulis karangan
c. 2 minit menyemak semula karangan
Jumlah = 30 minit
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika masa telah melebihi 30 minit
beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana adalah lebih baik menjawab dua soalan
daripada menjawab satu soalan yang baik.

Tip

Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat berbanding yang panjang. Ini
kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada kesalahan tatabahasa.

Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah disenaraikan.
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi huraian satu isi.
Tahukah kamu ?
Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik ?

Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa. Lihat contoh di bawah :
Contoh A ( dicadangkan )
Kamu baru pulang ?
Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya.
Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.
Contoh B ( mengelirukan )
Kamu baru pulang ? Baru sebentar tadi. Jawab saya. Tentu Kamu tertunggu kepulangan
saya. Memang saya tertunggu-tunggu, luah Jamal , lembut.

& PETUA BILA MENULIS KARANGAN

Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian susun mengikut mana yang
lebih penting.
Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
Bagi karangan meminta fakta , sekurang-kurangnya mempunyai empat isi ( seelok-eloknya
cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.


...........................................................................................................................................
CONTOH KARANGAN BERBENTUK CERITA .(Soalan UPSR kertas 2)

CONTOH KARANGAN CERITA UNTUK UPSR
1.MENYUDAH/MENGAKHIRI CERITA
Aku baru sahaja menerima berita sedih yang menimpa seorang guruku. Tanpa membuang masa
aku mengatur langkah dan merancang mengadakan
(Mulakan karangan anda dengan Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan
merancang mengadakan )
Tanpa membuang masa aku mengatur langkah dan merancang mengadakan kutipan
dan derma kilat daripada murid-murid yang lain. Sebelum berbuat demikian, aku dan Arni meminta
persetujuan daripada guru besar.
Setelah memberitahu niat kami, guru besar bukan sahaja bersetuju, malahan memuji
langkah yang kami lakukan.
Rancangan kamu bagus danperlu disegerakan. Pihak guru dan kakitangan sekolah telah
pun membuat derma kilat. Memang baiklah kalau murid-murid sekolah ini turut serta, kata Encik
Tamrin.
Kata-kata guru besar itu merangsang kami untuk membuat kutipan itu seberapa segera.
Semasa membuat kutipan , kami tidak menghadapi masalah. Semua murid memberi kerjasama.
Setelah mengira kutipan, kami berjaya mengumpul sebanyak RM375.15. Wang yang
diderma oleh murid-murid itu kami serahkan kepada Encik Tamrin.
Sewaktu perhimpunan pagi, setelah menyampaikan amanatnya, Encik Tamrin
menyatakan sesuatu.
Murid-murid hendaklah mencontohi Adli dan Arni. Mereka adalah murid yang prihatin,
kata Encik Tamrin.
Aku dan Arni kemudian dipanggil ke hadapan. Guru besar menyerahkan satu sampul
surat kepadaku. Setelah itu Cikgu Rasilah pun dipanggil tampil ke hadapan. Aku diminta
menyampaikan sampul surat itu.
Aku tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat air mata mengalir di pipi Cikgu
Rasilah. Pada ketika itu keadaan sepi. Semua murid bersimpati dan mendoakan semoga roh
suami Cikgu Rasilah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

2. MENYUDAHKAN CERITA
Lengkapkan perenggan ini sehingga menjadi sebuah cerita yang menarik.

Ibu bapaku telah meninggal dunia sewaktu aku berusia tiga tahun. Mereka menemui ajal
dalam tragedi kebakaran di salah sebuah kilang di Petaling Jaya. Sebagai anak yatim piatu aku
dijaga..
(Mulakankarangan anda dengan Sebagai anak yatim piatu aku dijaga)
Sebagai nak yatim piatu aku dijaga oleh nenek dan juga keluarga Pak Ngah. Nenekku
menjagaku dengan penuh kasih sayang. Begitu juga dengan Pak Ngah dan keluarganya. Mereka
sering membawaku melawat ke tempat-tempat peranginan dan bersejarah.
Aku mebesar seperti kanak-kanak yang lain. Walaupun sesekali aku teringatkan ibu
bapaku, aku dinasihati oleh nenek supaya bersabar. Nenek pernah berkata,Setiap yang hidup
kan mati.
Setelah usiaku menjangkau 15 tahun, nenekku telah meninggal dunia. Aku terpaksa
tinggal di rumah pak Ngah. Sejak itu, kehidupanku berubah seperti kata orang,Sekali air bah,
sekali pantai berubah.
Aku sama sekali tidak menyanka sikap Pak Ngah yang selama ini baik kepadaku berubah.
Sungguhpun begitu , aku tetap bersabar. Perasaan sedih yang kualami kucurahkan kepada Cikgu
Rahim, guru kelasku.
Oleh sebab aku tidak dapat menahankan perasaan lagi, aku mengambil keputusan keluar
dari rumah Pak Ngah. Dengan persetujuan Pak Ngah juga, aku kemudian tinggal bersama Cikgu
Rahim dan isterinya.
Nasibku sungguh baik kerana Cikgu Rahim dan isterinya menjagaku dengan baik. Aku
diberi pendidikan yang cukup sehingga berjaya ke menara gading. Kehidupanku bersama Cikgu
Rahim dan isterinya sungguh bahagia.

3.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut.

aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.

Walaupun hidup susah, aku menyanjungi sikap dan semangat bapaku. Bapaku tidak
pernah mengalah. Dia memegang prinsip Mengapa aku tidak boleh jika orang lain boleh. Oleh
yang demikian, bapaku sentiasa berusaha untuk memberi pendidikan kepadaku.
Aku dihantar ke sekolah Inggeris sejak sekolah rendah. Walaupun tidak mampu, bapaku
tetap berusaha. Bebanan bapaku ringan sedikit apabila aku mendapat bantuan kewangan
daripada Jabatan Pendidikan.
Semasa di sekolah menengah, aku sekali lagi menghadapi kesulitan kewangan, terutama
untuk membeli buku-buku teks. Bapaku tidak mengalah, malahan terus berusaha bagi membiayai
pelajaranku.
Akhirnya aku dapat juga belajar sehingga tingkatan lima. Semasa di tingkatan lima, aku
menghadapi masalah besar. Bapaku tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.
Bapaku berusaha meminjam wang yang diperlukan daripada saudara-mara tetapi tidak
berjaya. Bapaku tidak berputus asa. Dia kemudian berjumpa dengan tuan tanah tempat bapaku
menoreh getah.
Setelah menceritakan kesulitan yang dialami, tuan tanah itu dengan murah hati
membayar wang peperiksaanku. Usaha gigih bapa mendorongku belajar bersungguh-sungguh.
Akhirnya aku mendapat kejayaan dan aku bersyukur kepada Ilahi di atas rahmatNya.
4.MENGAKHIRI CERITA
Karangkan sebuah cerita yang berakhir dengan petikan berikut :
( kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.)
Pada cuti semester yang lalu, aku pergi ke rumah kawanku. Rumah kawanku itu terletak
di sebuah kampung nelayan. Sungguh indah pemandangan kampung itu terutamanya pada waktu
senja.
Bapa kawanku bekerja sebagai nelayan. Setiap pagi dia turun ke laut menangkap ikan
dan pulang pada waktu petang bersama hasil tangkapan. Kadangkala tangkapannya banyak,
manakala waktu lain pula sedikit.
Pada suatu malam, badanku berasa panas. Aku tidak dapat melelapkan mata, lalu aku
bersantai di halaman rumah kawanku itu. Tiupan angin laut membuatkan suasana di halaman
rumah kawanku itu dingin.
Tiba-tiba aku terdengar suara orang berbisik. Aku mendiamkan diri dan berasa takut.
Sungguhpun begitu aku mencari-cari arah bunyi suara bisikan itu. Tidak jauh dari tempatku duduk
kelihatan dua lembaga menghampiri motobot bapa kawanku.
Aku segera naik ke rumah dan memberitahu apa yang kulihat itu kepada bapa kawanku.
Dua lembaga itu sebenarnya pencuri. Mereka telah ditangkap oleh bapa kawanku.
Bapa kawanku mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku sungguh gembira dan
berbangga kerana dapat berbudi kepada keluarga kawanku.

KARANGANGAMBARAN

1.Kamu sedang menunggu sahabat kamu Azrin di sebuah stesen bas. Sementara menunggu
sahabat kamu itu sampai, kamu memerhati suasana di stesen bas tersebut. Tuliskan sebuah
karangan berdasarkan apa yang kamu lihat.
Perjanjianku dengan Azrin pada pukul 2.00 petang. Namun begitu kini sudah melewati 15
minit. Azrin belum juga muncul. Perasaan resah dan cemas mula menghantui fikiranku.
Sementara menunggu Azrin tiba, tidak jauh dari tempatku berdiri kelihatan penjual tiket
bas haram dengan gelagatnya. Laku juga tiket yang mereka jual sekalipun harganya lebih mahal.
Beberapa penjaja minuman dan makanan ringan pula sibuk dengan tugas masing-
masing. Mereka naik turun bas sambil menjaja. Walaupun tindakan itu tidak dibenarkan, mereka
tetap juga melakukannya.
Dua buah bas masuk ke kawasan stesen. Belum sempat enjin bas itu dimatikan dan
penumpang belum pun turun, sekumpulan pemuda berebut-rebut menaiki bas itu. Ini
menyebabkan berlaku pertengkaran dan suasana bertukar menjadi riuh-rendah.
Di tempat lain pula, kelihatan beberapa orang kanak-kanak membuang kertas
pembungkus makanan dan tin minuman kosong sesuka hati. Sekalipun beberapa buah tong
sampah ada di sekitar stesen bas itu, mereka tidak menggunakannya.
Tekakku sudah berasa kering. Perutku pula mula berkeroncong kerana lapar. Aku
bingkas bangun dari tempat dudukku ke gerai berdekatan. Belum sempat aku membuat pesanan,
aku terdengar ada orang menyapa. Rupa-rupanya Azrin telahpun sampai.
2.KARANGAN GAMBARAN
Gambarkan hari pertama persekolahan bagi murid tahun satu di sekolah anda.
Persekolahan bagi sesi tahun ini dibuka pada 3 Januari. Murid-murid tahun satu buat
pertama kali memasuki alam persekolahan. Mereka kelihatan kemas memakai pakaian seragam
baru.
Pelbagai gelagat mereka dapat dilihat pada hari pertama itu. Ada yang gembira,
menangis dan tidak kurang pula yang mendiamkan diri. Mereka juga ditemani ibu bapa atau
penjaga masing-masing.
Suasana pada pagi hari itu agak sibuk. Ada di antara ibu bapa atau penjaga yang berdiri
menunggu anak, membayar yuran dan membeli peralatan sekolah yang perlu, termasuk buku dan
alat tulis.
Murid-murid tahun satu diarahkan supaya bersiri dalam barisan di tempat perhimpunan.
Mereka kemudian diminta memasuki dewan untuk mendengar penerangan dan kata-kata nasihat
daripada guru besar.
Setelah selesai, mereka dibawa oleh guru kelas masing-masing berjalan di sekitar
sekolah, termasuk pusat sumber, bilik komputer dan tandas. Tujuannya adalah agar mereka
mengetahui tempat-tempat tersebut.
Loceng dibunyikan. Murid-murid tahun satu dibenarkan pulang. Mereka kelihatan
sungguh gembira. Namun ada segelintir murid yang masih bermuram kerana terpaksa ke sekolah
lagi pada pagi esoknya.
3.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Selepas UPSR, sekolah anda telah mengadakan perkhemahan di sebuah hutan. Kamu
telah menyertai perkhemahan itu. Gambarkan keadaan hutan yang kamu lihat.
Pada hari pertama di tempat perkhemahan pelbagai pengalaman yang amat dahsyat
kurasakan. Aku berasa terasing apabila mengingatkan keadaan di rumahku yang serba mewah
tetapi tinggal di hutan apa yang ada?
Aku teringat kata-kata ayah sebelum menyertai perkhemahan ini. Pergilah untuk
menambah pengetahuan dan pengalaman hidup berdikari. Kata-kata ayah membuatku
bersemangat untuk meneruskan perkhemahan.
Teman-temanku makan dengan berselera tetapi aku hanya mampu mengisi perut ala
kadar sahaja. Aku lebih senang duduk di atas sebatang kayu tumbang sambil memandang
persekitaran. Di sekitar kulihat pokok-pokok cengal dan meranti sebesar sepemeluk menjulang
tinggi bagai menyentuh awan.
Siulan burung-burung hutan kudengar bersahut-sahutan. Demikian juga bunyi cengkerik.
Aku kagum mendengar dan melihat keadaan hutan yang sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan
aku berasa tenang sekalipun badan letih setelah seharian berkawad.
Hutan di pinggir bukit itu kelihatan dijaga dengan rapi dan terpelihara. Kulihat kehijauan
daun-daun pokoknya. Di sana-sini oula kelihatan daun-daun kering berguguran apabila ditiup
angin.
Apa yang difikirkan tu? tanya Jamil. Pertanyaan Jamil itu membuatkan lamunanku
terhenti. Aku tersenyum sambil berkata,Hutan ini perlu terus dipelihara. Jamil mengangguk tanda
bersetuju dengan kata-kataku.
4.KARANGAN GAMBARAN (BERDASARKAN PENGALAMAN)
Hujan turun dengan lebatnya. Waktu persekolahan pada hari itu sudah selesai. Anda telah
ketinggalan bassekolah. Tuliskan sebuah karangan tentang Pengalaman Anda Ketinggalan Bas
Sekolah.
Petang itu keadaan sungguh menakutkan. Petir sabung menyabung dengan tiupan angin
kencang. Hujan pula turun semakin lebat. Suasana gelap seperti malam. Aku ke tandas untuk
membuang air.
Ramai kawan-kawanku telah pulang. Mereka dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Aku
masih belum pulang kerana menunggu bas sekolah. Malangnya ketika itu semua kawanku yang
menaiki bas sudah tiada. Aku ketinggalan bas sekolah.
Perasaanku semakin resah dan takut kerana aku keseorangan. Nasib baik pakcik jaga
sekolahku masih ada. Aku berjumpa dengannya dan menceritakan apa yang telah berlaku.
Beliau mententeramkan fikiranku dan berjanji akan menolong. Lega rasa hatiku. Jam
tanganku menunjukkan hampir pukul lapan malam tetapi hujan masih juga tidak berhenti.
Aku terfikir untuk menelefon jiranku. Aku segera meminta kebenaran pakcik jaga
menggunakan telefon sekolah untuk menelefon jiranku. Masalahku hampir selesai. Bapaku akan
datang mengambilku tidak lama lagi.
Tidak lama kemudian bapaku sampai. Aku bersyukur kerana dapat pulang dengan
selamat. Sesungguhnya pengalaman itu tidak dapat kulupakan.
































RENCANA: USAHA MENJAGA KEBERSIHAN SUNGAI (LAUT)
Pencemaran Sungai: Perlu Dinoktahkan Segera
Oleh: Roslan bin Daud

.....Sungai merupakan anugerah daripada Tuhan yang tidak ternilai.
Mencemarkan sungai bermaksud kita tidak bersyukur dengan nikmat
kurniaan Tuhan. Mayapada, sungai di Malaysia semakin tercemar teruk
seperti Sungai Tiram, Sungai Klang dan Sungai Perak. Hal ini disebabkan
oleh kegiatan perindustrian dan pembangunan yang kian rancak di pinggir
sungai bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang patut dilakukan bagi menjaga kebersihan sungai di negara
kita?
.....Antara usaha perdana adalah melalui penguatkuasaan undang-undang.
Kementerian Alam Sekitar perlu membuat pemeriksaan secara mengejut
kepada penduduk berhampiran sungai. Disarankan, pemasangan kamera litar
tertutup (CCTV) di tempat-tempat yang menjadi tumpuan penduduk
membuang sampah sarap perlu dilakukan. Pihak berkuasa tempatan pula
perlu mengenakan denda atau saman kepada kilang yang menyalurkan sisa
toksik terus ke dalam sungai. Jika masih ingkar, mereka wajar diberikan
pengajaran dengan cara menyita harta syarikat seterusnya melumpuhkan
operasi kilang mereka.
.....Selain itu, kempen Cintai Sungai Kita perlu digiatkan ke seluruh pelosok
negara. Penyebaran informasi tentang kesan mencemarkan sungai bukan
sahaja dilakukan melalui kaca televisyen tetapi juga perlu dilakukan di radio
dan media cetak seperti akhbar arus perdana. Ceramah dan pengedaran
risalah tentang penjagaan kebersihan sungai dan impak pencemaran sungai
juga boleh dilakukan di kawasan perumahan supaya masyarakat sedar akan
tabiat buruk membuang sampah sarap ke dalam sungai. Kini, penggunaan
internet juga dilihat sebagai senjata baru dalam memastikan kempen yang
dicanang berjaya membekas di hati masyarakat.
.....Di samping itu, sekolah juga boleh memainkan peranan melalui
pendidikan kesedaran. Guru-guru perlu menyelitkan kepentingan
memeliharan kebersihan sungai melalui mata pelajaran yang sesuai seperti
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi dan Sains. Realitinya, mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sudah mampu menyemai
perasaan cinta akan sungai dalam diri anak-anak. Benarlah kata bijak pandai
dahulukala, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika anak-anak ini dapat
dipupuk dengan rasa tersebut, maka masalah pencemaran sungai tentu
dapat dinoktahkan pada masa hadapan memandangkan merekalah generasi
yang akan meneruskan legasi kehidupan.
.....Seterusnya, penduduk setempat melalui rukun tetangga perlu
mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai. Umpamanya,
penduduk boleh mengutip plastik, botol dan kayu yang ada di dalam sungai.
Malah, sepanjang sungai boleh dibina laluan pejalan kaki dan taman yang
dihiasi oleh jajaran pokok bunga. Jadi, secara tidak langsung, sungai menjadi
kawasan rekreasi untuk penduduk. Dengan cara ini, penduduk lebih
menghargai kewujudan sungai dalam kehidupan mereka.
.....Akhir kalam, usaha menjaga kebersihan sungai menuntut sinergi yang
bersepadu daripada segenap lapisan masyarakat. Sekiranya sungai semakin
tercemar, hidupan akuatik bukan sahaja terancam tetapi kita juga turut
menerima tempias yang sama. Hal ini demikian kerana sumber air bersih
semakin berkurang. Kita tidak mahu generasi akan datang tidak dapat
menikmati segala keindahan sungai. Ingatlah, alam ini merupakan pinjaman
generasi mendatang, dan kita hanya pemegang amanah.
Sekiranya karangan mengajukan langkah memelihara dan memulihara
kebersihan laut, isi ini juga boleh digunakan. Cuma, pelajar perlu menukar
sungai kepada laut, juga contoh-contoh laut di Malaysia seperti Laut China
Selatan, Selat Melaka dan Selat Johor.



Gotong-royong di Sekolah
7.45 pagi
Semua peserta gotong-royong yang hadir mendaftarkan diri mengikut
kategori masing-masing. Selepas itu, kami berkumpul di Dataran Budi untuk
mendengar taklimat daripada penyelaras gotong-royong. Kami dibahagikan
kepada beberapa kumpulan mengikut tugasan masing-masing. Aku dan
rakan-rakanku ditugaskan di kelas kami. Kami dibekalkan dengan alatan
seperti penyapu, cat dan berus cat.

8.00 pagi
Gotong-royong bermula. Kami bersama-sama guru kelas membersih dan
mengemas kelas. Aku dan Kamal ditugaskan mengecat dinding kelas yang
comot. Setelah selesai kelas kami kelihatan sungguh bersih dan ceria. Kami
berasa seronok dan rindu untuk ke sekolah pada hari Isnin nanti.

10.00 pagi
Kami berehat di kantin sambil menikmati hidangan mi goreng dan air sirap
limau. Hidangan tersebut disediakan oleh kumpulan guru-guru dan kaum ibu
yang hadir ke gotong-royong kali ini.
10.30 pagi
Kami masuk ke kelas semula untuk menyudahkan kerja-kerja yang belum
selesai. Kami mengeas semua alatan yang telah digunakan. Kami juga
membuang semua sampah ke dalam tong sampah besar yang disediakan
oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK).

11.00 pagi
Kami berkumpul semula di Dataran Budi untuk mendengar taklimat penutup
yang disampaikan oleh Cikgu Azman Ahmad. Setelas kesemua alatan
dikumpulkan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

http://bloghaslinda.blogspot.com/
KEBAIKAN BERSUKAN

Panduan Guru

Bersukan dapat membantu kanak-kanak dalam aspek berikut:

1.Membantu kanak-kanak memahami aktiviti di sekitar mereka. Kanak-
kanak belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung.
2.Membantu pembentukan personaliti melalui kerjasama, berkongsi, mengikut
peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan.
3.Meningkatkan keyakinan diri.
4.Meningkatkan kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar.
5.Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal, seperti saiz, bentuk,
warna, berat, tekstur dan jenis.
6.Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan gembira, marah
dan geram.
7.Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam
sukan.
8.Sebagai latihan menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan.
9.Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.
10.Meningkatkan perkembangan bahasa dan perbendaharaan kata kanak-
kanak.

Contoh Karangan
Persatuan Alam Sekitar sekolah anda telah menyertai suatu aktiviti secara bergotong-royong
untuk membersihkan sebatang sungai. Aktiviti ini diadakan bersama-sama dengan penduduk
kampung anda. Tulis laporan lengkap tentang aktiviti tersebut.

Pendahuluan

- menyatakan tarikh, masa dan tempat aktiviti diadakan - jumlah ahli persatuan yang terlibat
Isi-Isi
(a) penerangan diberikan oleh wakil penduduk - langkah-langkah keselamatan
(b) ahli dipecahkan kepada beberapa kumpulan - diketahui oleh seorang penduduk kampung -
setiap kumpulan berbeza tugasnya
(c) ahli persatuan diberi tugas mengumpulkan sampah - dipungut dan dimasukkan ke dalam beg
plastik hitam - ditanam
(d) kaum ibu turut sama menyediakan hidangan tengah hari untuk para peserta
Penutup
- aktiviti tamat pada pukul enam petang - sungai dan kawasan sekitarnya kelihatan bersih

Laporan Aktiviti Gotong-Royong
Pada 12 Mei 2008 yang lalu,Persatuan Alam Sekitar telah mengadakan aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan sungai.Aktiviti ini diadakan di Kampung Sri Aman dan aktiviti tersebut
dimulakan pada pukul 8.17 pagi.Aktiviti ini disertai dengan tiga puluh ahli persatuan dan tiga guru
pembimbing.
Sebelum memulakan aktiviti tersebut,penerangan diberikan oleh wakil penduduk Kampung Sri
Aman tentang langkah-langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti gotong-royong.
Ahli Persatuan Alam Sekitar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diketuai oleh
seorang penduduk kampung.Setiap kumpulan diberikan tugas yang berbeza.Antaranya
termasuklah mengumpul sampah,menyapu dan sebagainya.
Satu daripada kumpulan tersebut diberikan tugas mengumpul sampah.Ahli kumpulan
memungut sampah sarap lalu dimasukan ke dalam beg plastik hitam.Beg-beg plastik hitam
tersebut ditanam agar tidak mencemarkan alam sekitar.
Selepas aktiviti gotong-royong selesai dijalankan,kaum wanita telah manyediakan hidangan
tengah hari.Semua yang terlibat berehat dan makan dengan penuh berselera..Selain itu,wakil
penduduk Kampung Sri Aman turut menyampaikan ucapan dan mengucapkan terima kasih atas
kerjasama kami membersihkan kawasan sungai.
Aktiviti ini tamat pada pukul 6.00 petang.Meskipun keletihan, namun kami berasa sungguh
gembira kerana dapat melihat kawasan sungai yang bersih dan cantik.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Tajuk:
Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.Tulis karangan tentang cara-cara
menjaga kesihatan diri.

Contoh Jawapan:

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan
yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu
dalam keadaan baik.
Cara yang paling mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan
memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan
langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan
segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari
untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman
memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang
itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang
berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah
menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan
dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang
itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.








Kunci1.Baik Hati Membantu orang yang dalam kesusahan1.1Belas kasihan Bersimpati
terhadap kesusahan orang lain1.2Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan
orang lain1.3Pemurah Member bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan(menderma,
berkongsi, memberikan)1.4Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan
serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.1.5Saling bermaafan Sanggup meminta
maaf dan memaafkan2.Berdikari Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan
orang lain3.Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup
mencuba4.Berhemah tinggi Tidak sombong/ rendah diri5.Bersopan-santun/ berbudi bahasa
Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan(mengucapkan terima kasih, bertanya
khabar)6. Mengakui kesilapan diri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup
menerima nasihat7.Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang8.Hormat-
menghormati Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada
mereka8.1Hormat dan taat kepada ibu bapa Memulia dan patuh kepada mereka8.2Hormat
kepada kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang
kebesaran negeri dan negara8.3Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum9.Patuh kepada undang-undang
Mematuhi undang-undang setiap masa 10.Kasih sayang Menyayangi diri sendiri, orang lain,
nyawa binatang dengan ikhlas11.Sayang kepada alam sekitar Memelihara dan memulihara
kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup12.Adil Membuat pertimbangan dan
keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian12.1Saksama Tidak menyebelahi
sesuatu pihak dalam membuat keputusan13.Kebebasan di sisi undang-undangBoleh
melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang
tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama14.Keberanian
Gagah dan berani14.1Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan
mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan
dihadapi14.2Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui
kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata15.Menjaga kebersihan diri Kebersihan
anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat16.Menjaga
kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada
kekotoran dan pencemaran17.Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan
perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannyaBil.Nilai MurniPenerangan/ Kata
Kunci18.Jujur Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain19.Amanah
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan
kepercayaan dan keyakinan orang lain20.Bercakap benarMenyatakan perkara yang benar
tanpa menokok tambah atau berselindung21.IkhlasMelakukan sesuatu dengan suci hati
tanpa mengharapkan balasan22.RajinBerusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan
sesuatu yang berkualiti23.DedikasiBerminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk
perkara yang berfaedah24.BekerjasamaMelakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan
sukarela (bergotong-royong)25.ToleransiBertolak-ansur serta dapat mengelakkan
berlakunya perselisihan26.Perpaduaan/ Bersatu-paduBersefahaman dan bekerjasama di
peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan
antarabangsa27.Kesederhanaan27.1Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhanaBertutur
dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau
menimbulkan kemarahan orang lain27.2Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan
diri dan orang lainMembuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri
dan orang lain28.Kesyukuran/ BersyukurPatuh dan menerima nasib atau takdir 29.
Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasaPenghargaan terhadap sesuatu jasa,
sumbangan atau pemberian30.RasionalBerupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu
perkara sebelum membuat keputusan31.Semangat bermasyarakatSupaya hidup dalam
keadaan yang harmoni31.1BermaufakatMengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam
sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama31.2Semangat kejirananBerbaik-baik, bertolak-
ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat31.3Peka
terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatinPeka/ memahami masalah masyarakat
dan sedia berusaha menyelesaikannya32.Semangat patriotik32.1Cintakan negaraBerbangga
dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara32.2Berkorban untuk negaraSanggup
melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh






















101 Nilai Murni Dalam Kehidupan Seharian

1. BANGUN AWAL: BERDISIPLIN

2. MENGEMAS KATIL: BERDIKARI

3. MANDI: MENJAGA KEBERSIHAN

4. MEMBACA DOA MEMAKAI BAJU: BERTAWAKAL

5. SOLAT SUBUH BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA: TAAT

6. MENYALAM IBU BAPA: HORMAT-MENGHORMATI

7. MENCIUM IBU ATAU AYAH: KASIH SAYANG

9. BERJALAN KAKI KE SEKOLAH: BERDIKARI

10: BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: MENJAGA KESELAMATAN

11. MENGGUNAKAN JEJANTAS UNTUK MELINTAS JALAN
RAYA: BERWASPADA

12. MEMBERI SALAM APABILA TERSEREMPAK DENGAN
GURU: HORMAT-MENGHORMATI

13. MENGEMAS KELAS SEBELUM KE SURAU UNTUK MENUNAIKAN
SOLAT HAJAT: MENGHARGAI MASA

14. SEGERA MENGAMBIL WUDHU DAN MEMAKAI
TELEKUNG: MENGHARGAI MASA

15. MENUNAIKAN SOLAT HAJAT: TAAT

16. MENDOAKAN AKAN KESEJAHTERAAN DIRI DAN ORANG LAIN: BAIK
HATI

17. SEGERA PERGI KE KELAS MASING-MASING: MENGHARGAI MASA

18. BERDIRI APABILA GURU MASUK KE DALAM KELAS: HORMAT-
MENGHORMATI

19. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI

20. MEMBACA DOA: BERTAWAKAL

21. MENDENGAR PENERANGAN YANG DIBERIKAN DENGAN
TELITI: TEKUN

22. MEMBUAT KERJA YANG DIARAHKAN: PATUH

23. MENOLONG GURU MEMADAM PAPAN PUTIH: RAJIN

24. BERDIRI APABILA GURU HENDAK KELUAR DARI KELAS: HORMAT-
MENGHORMATI

25. MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI

26. BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH: TEKUN

27. GURU MEMBENARKAN MURID-MURID
BEREHAT: BERTANGGUNGJAWAB

28. BERATUR SEBELUM KE KANTIN: BERDISIPLIN

29. PENGAWAS MENJALANKAN TUGAS MENJAGA KAWASAN YANG
TELAH DIARAHKAN: BERTANGGUNGJAWAB

30. PENGAWAS MENEGUR MURID YANG MEMBUANG SAMPAH
MERATA-RATA: BERTANGGUNGJAWAB

31. MEMBUNYIKAN LOCENG APABILA WAKTU
REHAT TAMAT: MENEPATI MASA

32. BERASA KASIHAN APABILA TERLIHAT SEORANG GURU MEMBAWA
BUKU-BUKU YANG BANYAK: SIMPATI

33. MENOLONG GURU TERSEBUT MEMBAWA BUKU-BUKU ITU: BAIK
HATI

34. MENGUTIP SAMPAH YANG BERTERABURAN: MENJAGA
KEBERSIHAN

35. PERGI KE KELAS DENGAN SEGERA: MENGHARGAI MASA

36. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI

37. MEMINTA MAAF KERANA TERLAMBAT: INSAF

38. BERTANYA TENTANG KERJA YANG DIBERIKAN TANPA MEMBUANG
MASA: MENGHARGAI MASA

39. MEMBUAT KERJA DENGAN TELITI DAN BERSUNGGUH-
SUNGGUH: TEKUN

40. MENGHANTAR BUKU APABILA SIAP SEPERTI YANG
DIARAHKAN: PATUH

41. MEMBERI SALAM APABILA GURU MASUK: HORMAT-MENGHORMATI

42. MEMINTA IZIN UNTUK KE TANDAS: HORMAT-MENGHORMATI

43. MEMBACA DOA SEBELUM MASUK KE TANDAS: BERTAWAKAL

44. MEMBACA DOA KELUAR DARI TANDAS: BERTAWAKAL

45. MENGETUK PINTU DAN MEMBERI SALAM: HORMAT-MENGHORMATI

46. SEGERA BERTANYA TENTANG KERJA YANMG DIBERIKAN TANPA
MEMBUANG MASA: MENGHARGAI MASA

47. MEMBUAT KERJA SEWAKTU LAPANG: MENGHARGAI MASA

48. GURU MENGARAHKAN MURID-MURID BERATUR DI LUAR KELAS
MASING-MASING: BERTANGGUNGJAWAB

49. MURID-MURID BERATUR DI LUAR KELAS DENGAN
SENYAP: BERDISIPLIN

50. PENGAWAS MENJAGA BARISAN DAN MEMASTIKAN MURID-MURID
SENYAP AGAR TIDAK MENGANGGU MURID
LAIN: BERTANGGUNGJAWAB

51. MURID-MURID DIARAHKAN UNTUK MELETAKKAN BEG DI DALAM
DEWAN DAN DIBENARKAN BEREHAT DIKANTIN OLEH GURU
BERTUGAS: BERTANGGUNGJAWAB

52. MURID-MURID MELETAKKAN BEG DENGAN SENYAP DAN TERATUR
DI DEWAN SEBELUM REHAT: PATUH

53. PENGAWAS MENJAGA BARISAN PELAJAR YANG INGIN MEMBELI
MAKANAN: BERTANGGUNGJAWAB

54. MURID-MURID MENDENGAR SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG CARA-
CARA MENGAMBIL WUDHU MENGGUNAKAN AIR YANG SEDIKIT
DEMGAN TELITI: TEKUN

55. MURID-MURID PEREMPUAN MEMAKAI TELEKUNG DENGAN
SEGERA: MENGHARGAI MASA

56. MURID-MURID MELAKUKAN SOLAT ZUHUR BERJEMAAH BERAMAI-
RAMAI DI DEWAN: TAAT

57. SEMUA MURID MENGAMINKAN DOA YANG DIBACA OLEH
IMAM: BERTAWAKAL

58. PELAJAR PEREMPUAN SEGERA MELIPAT TELEKUNG MANAKALA
PELAJAR LELAKI MEMAKAI KASUT: MENGHARGAI MASA

59. MURID-MURID DIARAHKAN GURU UNTUK BERATUR DI DEWAN
SEGERA: MENGHARGAI MASA

60. MURID- MURID SEGERA BERATUR DIDEWAN UNTUK
PEMBAHAGIAN UNIT BERUNIFORM: MENGHARGAI MASA

61. GURU BERTUGAS MEMBERIKAN SEDIKIT TAKLIMAT TENTANG
KETUA GURU UNIT BERUNIFORM MASING-
MASING: BERTANGGUNGJAWAB

62. MURI-MURID BERGERAK KE TEMPAT YANG DIARAHKAN: PATUH

63. GURU-GURU TUNAS PUTERI MEMBUAT PEMILIHAN AHLI
JAWATANKUASA MENGIKUT UNDIAN TERHADAP CALON: ADIL

64. AHLI-AHLI BERGANDING BAHU BERSEPAKAT APABILA MELAKUKAN
SESUATU: BEKERJASAMA

65. MENGADAKAN LATIHAN HOKI TAMBAHAN UNTUK PERSEDIAAN
MENJELANG PERLAWANAN DISAMPING MENGISI MASA
LAPANG: MENGHARGAI MASA

66. MENOLONG GURU MENGANGKAT KAYU HOKI YANG
BERAT: RINGAN TULANG

67. MENGETUAI SENAMAN: BERANI

68. MENDENGAR ARAHAN GURU DENGAN TELITI: TEKUN

69. TIDAK MARAH APABILA RAKAN TERPUKUL KAKI: SABAR

70. MEMBELIKAN AIR UNTUK CIKGU MENGGUNAKAN DUIT YANG
DIBERI: AMANAH

71. MEMULANGKAN BAKI DUIT KEPADA CIKGU: JUJUR
72. MEMBERIKAN UPAH KEPADA KAMI: PEMURAH

73. BEREHAT: MENJAGA KESIHATAN

74. TIDAK MARAH APABIL DILANGGAR SALAH SEORANG PEMAIN
PIHAK LAWAN DI DALAM PERLAWANAN KECIL ANTARA KAWAN: SABAR

75. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH DI DALAM
PERLAWANAN: TEKUN

76. MENYATAKAN KEKURANGAN PASUKAN DI DALAM BENTUK
PERBINCANGAN: JUJUR

77. MELAKUKAN SENAMAN PENYEJUKAN BADAN:
MENJAGA KESIHATAN

78. MURID-MURID SEGERA MEMBUAT BAYARAN UNTUK JERSI HOKI
WAKIL SEKOLAH TANPA BERTANGGUH UNTUK MEMASTIKAN MEREKA
TIDAK TERLEWAT DAN PERLU MEMBAYAR BANYAK
BENDA : MENGHARGAI MASA

79. MURID-MURID MENYALAM GURU PEREMPUAN SEBELUM
PULANG: HORMAT-MENGHORMATI

80. BERJALAN KAKI PULANG KE RUMAH: BERDIKARI

81. MELINTAS JALAN MENGGUNAKAN JEJANTAS: MENJAGA
KESELAMATAN

82. BERJALAN DI LALUAN PEJALAN KAKI: BERHATI-HATI

83. TERDENGAR BUNYI KUCING MENGIAU: PRIHATIN

84. BERASA SIMPATI APABILA TERLIHAT SEEKOR ANAK KUCING
BASAH KUYUP DI DALAM LONGKANG: BELAS KASIHAN

85. TURUN KE DALAM LONGKANG UNTUK MENGAMBIL ANAK KUCING
TERSEBUT: BERANI

86. MEMBAWA ANAK KUCING TERSEBUT PULANG KE RUMAH: KASIH
SAYANG

87. MEMANDIKAN ANAK KUCING TERSEBUT: MENJAGA KEBERSIHAN

89. MEMBERIKAN LEBIHAN MAKANAN KUCING YANG TELAH MATI
DAHULU: BERJIMAT CERMAT

90. MELETAKKAN ANAK KUCING TERSEBUT DI DALAM RUMAH
SEBELUM MELETAKKANNYA DI DALAM SANGKAR: KEBEBASAN

91. MENOLONG IBU MENCEDOK NASI DAN LAUK KE DALAM
PINGGAN: RAJIN

92. MEMBACA DOA MAKAN: BERTAWAKAL

93. MAKAN BERSAMA-SAMA KELUARGA DI RUANG MAKAN: MENJAGA
KESIHATAN

94. MEMBACA DOA SELEPAS MAKAN: BERTAWAKAL

95. MENOLONG IBU MEMBASUH PINGGAN: RAJIN

96. MENGELAP MEJA MAKAN: MENJAGA KEBERSIHAN

97. MEMBUAT KERJA SEKOLAH: MENGHARGAI MASA

98. MEMBACA SOALAN DENGAN TELITI: TEKUN

99. MENGEMAS BEG SEKOLAH: BERDIKARI

100. MENYALAM TANGAN AYAH DAN MENCIUM IBU SEBELUM
TIDUR: KASIH SAYANG

101. MEMBACA DOA SEBELUM TIDUR: BERTAWAKAL
Karangan: Pengalaman Menghadiri Gotong-Royong


Ceritakan pengalaman kamu menghadiri kegiatan gotong-royong di kawasan
perumahan kamu.


Aku berasa sangat teruja kerana pagi esok aku akan
membersihkan taman yang terletak berdekatan rumahku. Aku berasa bangga
kerana semua penduduk mengambil bahagian. Aku juga berharap ia akan
berjalan dengan lancar.
Keesokan pagi, aku bangun awal dan membawa peralatan untuk
membersihkan taman. Aku berpakaian sukan dan berjalan bersama-sama
rakanku, Humaira. Dia juga membawa peralatan yang sesuai. Kami berjalan
sambil berbual-bual.
Sesampainya aku di taman, semua orang turut membawa peralatan
meraka seperti pencakar, plastik hitam, sarung tangan dan sebagainya. Para
ibu pula membawa makanan dan minuman serta cawan polisterin dalam
jumlah yang banyak. Kami semua berkumpul di kawasan lapang untuk
mendengar taklimat daripada penghulu kampung.
Beberapa minit kemudian, penghulu kampung pun tiba. Kami diberi
taklimat berkenaan aturcara aktiviti gotong-royong. Kami dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Kami memulakan operasi membersihkan kawasan
perumahan. Semua orang berpecah menuju tempat tugasan masing-masing.
Aku dan rakan-rakanku ditugaskan untuk mengutip tin-tin minuman
dan plastik-plastik yang berada di merata tempat. Aku dan rakan-rakanku
terbongkok-bongkok memungut sampah. Sampah-sarap tersebut boleh
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes yang membawa maut.
Aku melihat sekeliling. Semua orang tekun melaksanakan tugasan
yang diberi. Beberapa orang pemuda sedang membersihkan longkang.
Segelintir mereka pula sedang mencantas beberapa dahan pokok yang
hampir terkena kabel elektrik yang boleh mengundang bahaya. Sesetengah
mereka pula sedang mengemop lantai balai raya yang sudah berhabuk dan
pastinya bersawang.
Tong-tong sampah pula dibersihkan sepenuhnya agar tidak berbau
busuk yang menusuk ke dalam hidung setiap penduduk. Rumput-rumput
yang selama ini bermaharajalela sudah tidak mengganggu panorama indah
taman. Kolam ikan yang berlumut dibersihkan. Bunga-bunga disiram
manakala alas pasunya dicuci.
Beberapa jam kemudian, kerja-kerja kami telah pun selesai. Tiada
lagi sampah-sarap, rumput yang panjang dan sebagainya. Kami menghela
nafas lega. Taman kami telah menjadi bersih dan sedap mata memandang.
Sebelum pulang, kami menikmati hidangan tengah hari yang disediakan oleh
para ibu. Selesai menjamu selera, kami mengemaskannya lalu pulang ke
rumah masing-masing.
Sebulan kemudian, taman kami diiktiraf sebagai taman terbersih di
daerah Johor Bahru. Usaha kami tidak sia-sia malah menghasilkan hasil
lumayan.
























Idola yang Saya Kagumi

Negara kita tidak kurang tokoh yang sudah mencipta nama dalam bidang
masing-masing. Dalam bidang bahasa, nama Profesor Dr. Haji Awang bin
Sariyan bukanlah nama yang asing. Saya amat mengagumi ketokohan beliau
itu.

Dr. Awang Sariyan dilahirkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor
pada 20 Oktober 1953. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Kebangsaan Teluk Kerang. Kemudian beliau bersekolah menengah di
Sekolah Menengah Teluk Kerang dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultan Ismail, Johor Bahru.

Minat dan ketokohan Dr. Awang dalam bidang bahasa terbukti apabila
beliau diberi peluang menjadi tutor sambilan sewaktu menuntut dalam tahun
tiga di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika itu beliau diminta
membantu Pak Asraf atau Asraf bin Abdul Wahab mengajarkan bidang
tatabahasa bahasa Malaysia kepada mahasiswa UKM.

Dr. Awang memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan dengan kepujian,
Diploma Pendidikan dari UKM. Beliau meneruskan pengajian pada peringkat
sarjana dan doktor falsafah di Universiti Malaya (UM). Dalam lapangan
kerjaya, beliau pernah bekerja di syarikat penerbitan swasta. Beliau
kemudiannya bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai
pegawai penyelidik. Di DBP, Dr. Awang menjadi editor Jurnal Dewan Bahasa.

Kerjaya Dr. Awang Sariyan adalah berkaitan dengan bidang yang menjadi
minat beliau. Beliau pernah menjadi pensyarah sambilan bidang Penguasaan
Bahasa di UM, pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Pertanian Malaysia
dan pensyarah Bahasa Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa.

Tokoh bahasa ini telah mengasilkan ratusan makalah, puluhan kertas kerja
dan buku ilmiah dalam bidang bahasa. Beliau juga telah menerima pelbagai
anugerah, termasuklah Hadiah Bahasa pada tahun 1985. Beliau juga ialah
Presiden Persatuan Linguistik Malaysia.

Ketokohan Dr. Awang Sariyan memang saya kagumi. Beliau yang pernah
menjadi Pengarah Jabatan Bahasa, DBP, Profesor Linguistik di Universiti di
Universiti Putra Malaysia dan di Akademik Pengajian Melayu Universiti
Malaya ini telah menyumbangkan fikirannya untuk memajukan bahasa
Malaysia di Nusantara.

You might also like