You are on page 1of 12

Zaiton Bte Abdullah GB00763

SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan


Persekutuan

Kanduangan Muka Surat

1. Pengenalan 1

2. Jus soli 1

3. Konsep Jus Soli 2

4. Prinsip Jus Soli 3

5. Jus Soli di Malaysia 3

6. Penolakan Kaum Melayu Terhadap Jus Soli 4

6.1. Hak Istimewa


6.2. Hak Kerakyatan
6.3. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan
6.4. Tidak Menghormati Hak Orang Melayu
6.5. Balas Dendam

7. Bentuk Penentangan 7

7.1. Akhbar
7.2. Kerjasama
7.3. Kongres
7.4. Pemulauan
7.5. Perkabungan
7.6. Ahli Melayu

8. Kesimpulan 10

Rujukan 11

0
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

Apakah Prinsip Jus Soli? Mengapakah Orang Melayu Menolak Prinsip Ini Dari
Diperkenalkan?

Pensyarah:
Prof. Madya Dr. Agus B. Yusoff

1. Pengenalan

Jus soli kurang menjadi ingatan kepada kaum bukan Melayu lantaran ia tidak dijadikan
mainan oleh pemimpin politik Melayu apabila hak istimewa Melayu dipertikai. Ini kerana
kesopanan, toleransi, sikap menjaga hati yang begitu menebal dalam peradaban Melayu.
Tetapi apabila isu hak istimewa Melayu cuba dibuang tanpa pembatalan prinsip jus soli yang
mana kedua-duanya lahir bagi mengimbangkan sesebuah polemik genting, maka ianya
mengundang ke arah negara ketika Malayan Union hendak ditubuhkan. Tiada siapa mahu
melihat negara ini kembali kepada pentadbirannya seperti hari-hari pertama ia mendaulatkan
perlembagaan tanpa hak istimewa Melayu dan tanpa prinsip jus soli. Ini bermakna kaum yang
sebelum ini telah mempunyai kerakyatan, perlu berubah. Apakah mereka perlu
memperbaharui pas kerja di negara ini atau pulang ke kampung halaman nenek moyang
mereka untuk memulakan hidup baru di tanah asal mereka?. Orang Melayu juga tidak mahu
untuk tiba-tiba menjadi mundur dengan kegiatan ekonomi, kembali kepada kehidupan sara
diri dan lebih buruk apabila kepayahan mencetus perang saudara dan segalanya berlaku
dengan kacau bilau.

Ramlan Adam 2005, inilah yang patut digambarkan kepada ramai oportunis di negara
ini yang sentiasa tidak melahirkan penghargaan atas apa yang telah ada hari ini. Ramai
kalangan masyarakat telah dicekup oleh oportunis-oportunis ini bagi menzahirkan kacau bilau
yang amat mereka inginkan. Pemerintah Malaysia perlu memperbanyakkan pengkisahan
sejarah negara, sejarah nasionalisme dan melipatgandakan penyampaian maklumat berhubung
kisah-kisah penubuhan negara ini mulai dari hari ini dengan menzahirkan filem dan
dokumentari bahasa dan penuh giat. Sebagaimana yang telah diterapkan di dalam Program
Biro Tata Negara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), dimana golongan
sektor awam dan golongan muda didedahkan dengan semangat patrotik dan cintakan negara.

2. Jus soli

Jus soli berasal dari bahasa Latin yang memberi maksud "hak untuk kawasan"
atau kewarganegaraan hak lahir bermaksud hak kerakyatan sama rata iaitu

1
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

taraf kerakyatan yang diberi berdasarkan tempat kelahiran tanpa mengira bangsa dan


keturunan. Menjelangnya abad kesembilan belas, negara telah terbahagi kepada mereka yang
mempunyai kerakyatan terhadap tanahnya mengikut jus soli seperti di Perancis dan memiliki
tanahnya mengikut jus sanguinis hak darah seperti di Jerman. Walau bagaimanapun,
kebanyakan negara Eropah menerima konsep Jerman sebagai "kenegaraan objektif",
berdasarkan darah, bangsa atau bahasa seperti takrifan klasik Fichte bagi sebuah negara,
membuatkan mereka bertentangan dengan ahli republik Ernest Renan yang mencadangkan
"kenegaraan subjektif", berdasarkan pungutan suara harian bagi perlengkapan tanah airnya.
Konsep bagi kenegaraan yang tidak penting ini membolehkan pelaksanaan jus soli,
menentang kepada jus sanguinis. Walau bagaimanapun, dengan penambahan pelarian masa
kini telah mengkaburkan beza antara keduanya (wikipedia:15 November 2009 ).

Malaysia Kita 2004, Di Tanah Melayu pula jus soli telah diperkenalkan pada 1945
dibawah Malayan Union yang memberi kerakyatan kepada warga asing terutama kaum Cina
dan India memasuki Tanah Melayu pada masa itu bagi menyelesaikan masalah kerakyatan
yang dihadapi oleh mereka. Kemudian ia telah dilaksanakan pada 1946 yang telah
menyebabkan kemasukan kaum asing terutama Cina dan India menghampiri 1 juta. Ini telah
membuatkan rasa tidak senang hati kaum Melayu telah timbul kerana dikatakan telah
mengancam kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu, akibat daripada perkara
tersebut telah menyebabkan orang Melayu bangun menentang gagasan tersebut.

3. Konsep Jus Soli

Malaysia Kita 2004 jus soli adalah berkonsepkan kepada kesamarataan di antara rakyat di
dalam satu negara. Dimana ia adalah bagi menuntut kesamarataan di antara rakyat tempatan
dan asing di Malaysia. Kesamarataan dari semua segi yang telah membuatkan keadaan kaum
asal Tanah Melayu menjadi tidak senang dan membantah konsep tersebut. Ini disebabkan hak
mereka semakin terhakis dan ketaatan kepada Raja Melayu tidak diendahkan serta tidak
menghormati kaum asal Tanah Melayu. Bermula dengan pengistiharan Malayan Union pada
1945 di dalam kertas puteh yang telah persetujui oleh Kerajaan British di London dan telah
melantik Harold McMichael sebagai Utusan Khas Kerajaan British untuk mendapatkan
tandatangan Sultan-Sultan di Tanah Melayu. Jus soli telah dijalankan pada 1946 dan telah
dibatalkan pada 1947 kerana dikatakan telah mendapat tentangan yang hebat dari kaum

2
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

Melayu. Akibat dari prinsip yang longgar ini telah membawa masuk lebih 800,000 kaum
imigran ke Tanah Melayu.

4. Prinsip Jus Soli

Mohd Fuad Sadkan 1999 menyatakan Prinsip jus soli adalah satu prinsip dimana ia
berdasarkan undang-undang tempat lahir, sesiapa yang lahir di Malaysia antara hari Merdeka
dan Oktober 1962, secara automatik mendapat taraf warganegara. Terdapat beberapa prinsip
yang membolehkan seseorang itu menjadi warganegara. Bagi yang lahir selepas 1962 dia
boleh menjadi warganegara sekiranya ibu dan bapanya adalah warganegara maka ia boleh
menjadi sebahagian daripada tersebut. Selain itu juga, jika ibu bapa mereka masih lagi
bermastautin di Tanah Melayu pada ketika itu maka secara automatik mereka juga menjadi
warganegara. Dan satu lagi prinsip yang boleh menjadikan mereka seorang warganegara ialah
jika dia masih lagi tidak mempunyai warganegara daripada negara lain. Dengan cara ini
British berpendapat ia akan dapat menyelesaikan masalah tersebut, prinsip yang di utarakan
telah mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu yang mengatakan bahawa hak mereka
menjadi semakin tidak bermakna dan lama kelamaan ia akan terhakis dengan sendirinya.

Ramlan Adam 2005 menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah
Melayu dan Singapura dan telah bermastautin di situ sebelum perintah tersebut
dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun yang telah
bermastautin di Tanah Melayu atau Singapura selama 10 tahun dari masa 15 tahun sebelum
15 Februari 1942. Mereka terpaksa mengangkat sumpah kewalakan kepada Malayan Union.
Sesiapa sahaja yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura pada atau selepas perintah
tersebut dikuatkuasakan. Sesiapa sahaja yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura
pada atau selepas perintah tersebut dikuatkuasakan, apabila bapanya ialah warganegara.

5. Jus Soli di Malaysia

Azmah Abd. Manaf 2003 menyatakan bahawa jus Soli telah diperkenalkan oleh pihak British
pada 1945 dibawah pembentukan Malayan Union, ia diperkenalkan adalah bagi
menyeragamkan keadaan yang tidak konsisten yang berlaku di antara kaum di Tanah Melayu.
Dan telah dijalankan pada 1946 dimana kaum Cina dan India tidak mahu dihantar pulang ke
negara asal meraka. Oleh sebab itu, bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku maka

3
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

pihak berkuasa pada masa itu telah memperkenalkannya. Di bawah penjajahan British, negeri-
negeri Melayu telah dibuka kepada kaum imigran tanpa sekatan. Keadaan ini telah
mengakibatkan jumlah pendatang asing meningkat secara mendadak dan melebihi bilangan
penduduk orang Melayu. Kaum asing mengambil kesempatan daripada kelemahan orang
Melayu untuk membolot kekayaan negeri ini.

Asnarulkhadi Abu Samah 1997 menyatakan sesungguhnya prinsip jus soli hangat
dibincang sejak 1946 lagi apabila prinsip ini diperkenalkan dalam Perlembagaan Malayan
Union. Raja-Raja Melayu dan orang Melayu menolak prinsip jus soli dalam pemberian
kerakyatan kepada bangsa imigran. Justeru, prinsip jus soli digugurkan dalam Perlembagaan
Tanah Melayu (1948). Pendirian tegas Raja-Raja dan orang Melayu terhadap isu ini tidak
berubah. Pada 1950 prinsip jus soli sekali lagi ditolak oleh orang Melayu apabila dicadangkan
oleh Jawatankuasa Penyelaras Antara Kaum. Jawatankuasa ini menawarkan untuk membantu
orang Melayu dalam bidang ekonomi sebagai pertukarannya.

Jus soli telah diperkenalkan sebagai salah satu daripada undang-undang yang termaktub di
dalam Perlembagaan Malayan Union yang telah dicanang oleh British di dalam Parlimennya
dengan tujuannya ialah untuk membalas dendam kepada orang Melayu yang menyokong
pihak Jepun pada masa itu dan bagi memenuhi hasratnya di dalam memonopoli hasil bumi di
Tanah Melayu bagi kepentingan negara mereka.

6. Penolakan Kaum Melayu Terhadap Jus Soli

Abd. Rahman Ismail 2005 menyatakan penentangan ke atas jus soli timbul apabila berlakunya
ketidakpuasan hati orang Melayu kerana kesamarataan dan kelonggaran yang ada dalam
prinsip jus soli. Prinsip jus soli yang membenarkan siapa sahaja masuk dan diberi kerakyatan
yang sama, ini telah menjadikan kaum Melayu sama taraf dengan kaum asing. Antara sebab
yang telah menyebabkan kaum Melayu menolaknya adalah: 

6.1. Hak Istimewa

Prinsip jus soli akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu
sebagai Bumiputera Tanah Melayu kerana Perlembagaan Malayan Union memberi hak dan
peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang

4
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap
pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan
orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini
akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina. Perkara ini telah
menyebabkan orang Melayu menolak prinsip yang akan mengakibatkan keadaan orang
Melayu akan menjadi asing di negara sendiri.

Hak yang orang Melayu ada telah diragut dengan rakus sekali oleh pihak British kerana
perasaan dendam kepada orang Melayu yang telah menyokong Jepun, membuatkan pihak
British terpaksa berundur. Apabila Jepun telah menyerah kalah British kembali semula
mentadbir dan memasang dendam kepada orang Melayu. Maka dengan itu mereka telah
meluluskan pembentukan Malayan Union yang mengandungi prinsip yang cukup mengguris
hati orang Melayu iaitu prinsip jus soli. Walaupun jus soli merupakan sebahagian daripada
yang termaktub dalam Perlembagaan Malayan Union. Tetapi prinsip yang ada di dalamnya itu
telah memberi kesan yang amat sangat kepada umat Melayu.

Orang Melayu merasakan mereka semakin terpinggir dari pelbagai aspek berbanding
dengan kaum yang lain. Dengan kemasukkan yang melampau dan peraturan yang tidak ketat
di dalam prinsip jus soli telah menyebabkan rasa tidak senang hati timbul. Pemilikan ekonomi
kaum Melayu semakin jauh perbezaannya dengan kaum imigran. Kaum imigran telah
menguasai sebahagian bandar-bandar besar pada masa itu dan kaum Melayu hanya tinggal di
kampung dan menjalankan ekonomi secara sara diri sahaja. Akibat daripada kesedaran para
pemimpin intelek Melayu yang dipelopori oleh Dato Onn Jaafar telah berjaya menaikkan
semangat kaum Melayu dalam menentang prinsip tersebut. Walaupun pada asasnya penolakan
itu adalah bersifat menyeluruh terhadap Malayan Union, oleh sebab prinsip jus soli itu berada
di dalam Perlembagaan tersebut maka ia secara automatik ditolak keseluruhannya.

6.2. Hak Kerakyatan

Azmah Abd. Manaf 2003 menyatakan orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan
yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi
syarat kerakyatan yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina
dan India terhadap Tanah Melayu dan kepada Raja-Raja Melayu. Pemberian taraf kerakyatan
yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah

5
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan
menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka
bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk
Tanah Melayu. Dengan kelonggaran kerakyatan yang diberikan dalam prinsip jus soli telah
menyebabkan kemasukkan imigran secara beramai-ramai menyebabkan keadaan orang
Melayu mula rasa tergugat. Ini kerana hak kerakyatan yang diberikan itu adalah tidak
bertepatan dengan kehendak orang Melayu yang membuatkan mereka telah menolaknya.

Oleh kerana keadaan ini dikatakan menggugat kedudukan hak kerakyatan maka orang
Melayu telah memboikot pengistiharan Malayan Union pada 1946 yang telah mendapat
mandat Raja-Raja Melayu dan penggabungan persatuan di seluruh Tanah Melayu pada ketika
itu. Walaupun pada mulanya ia telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu, tetapi dengan
kebijakan yang dimiliki oleh Datuk Onn Jaafar telah berjaya memujuk Raja-Raja Melayu
supaya memboikot pengishtiharan tersebut.

6.3. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan

Penubuhan Malayan Union akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun
kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan
tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal agama
Islam dan adat resam Melayu sahaja. Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal agama Islam juga
terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang
dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-Sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu.
Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu.

6.4. Tidak Menghormati Hak Orang Melayu

Pemberian kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli merupakan hak istimewa yang
diberikan oleh orang Melayu kepada penduduk imigran ketika itu. Kaum Cina dan India
menikmatinya serta merta, tidak seperti hak istimewa orang Melayu yang diabaikan
pelaksanaannya oleh pemimpin Melayu itu sendiri pada tahun-tahun awal kemerdekaan
sehingga terpaksa diperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1970.

6
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

Warga Malaysia keturunan Cina dan India patut berterima kasih dengan orang Melayu
kerana pemberian kewarganegaraan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.
Malah membangkitkan status kewarganegaraan kepada orang Cina dan India sama seperti
mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu/Bumiputera,
kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan agama Islam sebagai agama
Persekutuan, adalah suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 mengikut perkara 149
Perlembagaan Persekutuan.

Sebagai mengenang budi pemberian orang Melayu, mereka perlu akur dengan apa
yang telah dipersetujui oleh nenek moyang mereka dengan para pemimpin Melayu sewaktu
negara mencapai kemerdekaan. Mereka perlu menerima hakikat bahawa kedudukan hak
istimewa orang Melayu adalah sesuatu yang sudah selesai dan tidak harus mempertikaikan
lagi.

6.5. Balas Dendam

Orang Melayu juga menentang jus soli kerana mereka menyedari bahawa ini merupakan balas
dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam
bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti
pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu
bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, Perlembagaan Malayan Union amat merugikan orang
Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan
Sultan. Dengan demikian orang Melayu telah menolaknya bulat-bulat kerana sedar ini akan
menghancurkan orang Melayu pada masa akan datang dan juga akan menyebabkan Tanah
Melayu tidak akan menjadi hak mutlak kepada orang Melayu walaupun ia pada asalnya hak
mereka.

7. Bentuk Penentangan

Ramlan Adam 2005 menyatakan didalam penentangan kepada Malayan Union dan jus soli
telah dibuat melalui beberapa cara, penentangan ini adalah bagi menuntut hak orang Melayu
yang semakin hari semakin kurang akibat dari perbuatan tidak prihatin pihak British kepada
kaum asal antaranya seperti:

7
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

7.1. Akhbar

Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang


Melayu terhadap jus soli. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang
akan dialami oleh orang Melayu jika jus soli dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya
bersatu dalam usaha menentang jus soli. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan
pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini
perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap jus soli. Berita
tentang penentangan orang Melayu disiarkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang
Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu,
Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.

7.2. Kerjasama

Sultan-Sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama


dalam usaha menentang Malayan Union dan jus soli. Mereka telah menulis surat kepada Raja
British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon
sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan
British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan Malayan Union dan
merangka Perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat
melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam
akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap
perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham,
Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu telah
mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di
Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap Malayan Union dan jus soli.
Sebagai contoh, pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di
Kota Bahru semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan.
Pada 25 Januari 1946, hampir 5,000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang
Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang
diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang
diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946.

8
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

7.3. Kongres

Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres Melayu
Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac
1946. Kongres tersebut dihadiri oleh 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan
Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya
bersatu dan berusaha untuk menentang Malayan Union. Kongres tersebut juga mencadangkan
supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di
seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua
diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut.
Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai
UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’
Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama.

7.4. Pemulauan

Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan Malayan
Union. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah
memulaukan upacara penubuhan Malayan Union dan perlantikan Edward Gent sebagai
Gabenor pertama pada 1 April 1946.

7.5. Perkabungan

Selama seminggu sejak penubuhan Malayan Union, orang Melayu telah mengadakan
perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan Malayan Union.
Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih
manakala wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu
mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946,
orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga
kabung.

9
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

7.6. Ahli Melayu

Ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka
terhadap Malayan Union. Ini telah mengakibatkan Malayan Union telah gagal dilaksanakan di
Tanah Melayu dan pihak British telah akur dengan tuntutan yang telah dibuat oleh orang
Melayu. Maka telah terbentuklah Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 bagi menggantikan
Malayan Union.

8. Kesimpulan

Jus soli merupakan isu yang menjadi tuntutan orang dagang terhadap kerakyatan di Tanah
Melayu. Isu ini telah dibantah oleh orang Melayu. Isu tersebut ialah pemberian hak
kerakyatan yang sama rata kepada semua kaum di Tanah Melayu. Perjuangan ini dianggap
boleh melemahkan lagi kedudukan orang Melayu. Selepas perbincangan dan rundingan, raja-
raja Melayu bersetuju menerima kerakyatan jus soli. Kerakyatan jus soli diterima dengan
bersyarat, iaitu orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Seterusnya suruhanjaya ini juga menyetujui agama
Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
utama di Tanah Melayu. Seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara
152 dan 153.

Sebagai salah satu usul yang ada di dalam Malayan Union bagi menyeragamkan
keadaan yang kurang pasti tentang kependudukan kaum lain di Tanah Melayu pihak British
telah mengaplikasikannya untuk kepenting mereka. Ini juga satu motif pembalasan dendam
daripada pihak British kepada orang Melayu diatas sokongan yang telah diberikan oleh orang
Melayu kepada pihak Jepun pada 1945 semasa Jepun mula menduduki Tanah Melayu.

Pemberian kerakyatan melalui jus soli juga adalah kerana memperingati jasa orang
Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina
menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bersama-sama British
dalam usaha mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Akibatnya, ini akan menguntungkan orang
Cina yang berkaitan dengan kerakyatan serta dapat menjadi kuasa politik pada masa akan
datang.

10
Zaiton Bte Abdullah GB00763
SKSJ2153 Kerajaan dan Perlembagaan
Persekutuan

Rujukan

Perlembagaan Persekutuan Edisi 2009, MCD Publisher Sdn. Bhd.

Mohd Fuad Sadkan 1999 Pengetahuan Asas Politik Malaysia Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur

Abdul Rahman Hj. Ismail 2005 Sejarah Kenegaraan dan Politik Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.

Ramlan Adam 2005, Dato’ Onn Bin Jaafar Pengasas Kemerdekaan: Dewan Bahasa dan
PustakaKuala Lumpur.

Malaysia Kita Panduan dan Rujukan Peperiksaan Am Kerajaan Edisi keempat 2004: Terbitan
International Law Book Services Petaling Jaya Selangor.

Azmah Abdul Manaf 2003, Kemunculan Malaysia Moden Siri Pendidikan Jarak Jauh
Univesiti Sains Malaysia Terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd..

Kertas Kerja 4 Sistem Saraan Malaysia PTK 1 Edisi 1 Tahun 2004 Kursus Kenegaraan oleh
Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri.

Laman web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jus_soli bertarikh: 15 November 2009-11-19

Laman web Pemuda UMNO Malaysia: http://www.pemudaumno.org.my/ bertarikh: 10


November 2009

Laman Web Harakah Daily: http://www.mampu.gov.my Bertarikh: 10 November 2009

Shamsul Amri Baharuddin 2008 Edisi Kedua Modul Hubungan Etnik Terbitan Pusat Terbitan
Universiti, UiTM Shah Alam Selangor.

Asnarukhadi Abu Samah dan Jayum A.Jawan 1997 Kenegaraan Malaysia Terbitan Universiti
Putra Malaysia.

11

You might also like