You are on page 1of 12

PENGENALAN

Imam Abu Hanafiah Rahimahullah ialah seorang daripada Imam Besar ilmu
fikah dan hadis yang amat besar jasanya kepada Islam dan ummah. Seperti
imam-imam lain, Imam Abu Hanafiah cintakan ilmu dan berminat mendalami
ilmu agama sejak kecil. Beliau bersifat gigih dan tabah menhadapi cabaran
sepanjang hayatnya. Abu Hanafiah juga sangat takwa, warak dan tidak cinta
pada dunia seperti beliau cinta pada Allah dan Rasul-Nya. Fakta menjadikan
empat Imam Besar itu terkemuka daripada ulama lain sebagai ulama yang
bebas. Mereka tidak terikat dan tidak berhutang budi kepada sesiapa. Apabila
ilmu mereka bertambah luas, mereka layak berijtihad, maka ijtihad mereka tidak
dipengaruhi oleh batas-batas peraturan atau disiplin yang biasa dikenakan
kepada pegawai pemerintah. Beliau telah dihukum penjara dan dijatuhkan
hukuman sebat. Akhirnya beliau wafat di dalam penjara dan masih teguh
memengang keputusan mendak jawatan tinggi itu hingga ke akhir hayatnya.
Walaupun keempat-empat imam besar itu adalah para mujtahiduk tang bepegah
teguh pada al-Quran, hadis dan sumber-sumber hukum yang lain, hanya Imam
Abu Hanafiah sahaja dianggap lebih bebas merumus hukum sesuatu masalah
ketika ulama lain tidak dapat merumuskannya. Tetapi ini tidak bererti yang
beliau membelakangkan nal al-Quran dan hadis elama nas yang tegas boleh
didapati daripada sumber keduanya. Walaubagaimanapun perbezaan pendapat
di antara keempat-empat imam besar itu hanya dalam masalah furuk,
khususnya dalam urusan mualamat yang berkait dengan kepentingan
masyarakat. Selain itu, mereka tidak berselisih dalam urusan pokok agama
mengenai nas di dalam al-Quran dan hadis. Kemudian, mereka mengasakan
mazhab masing-masing tetapi tidak terkeluar daripada mazhab akidah yang
sebenar iaitu mazhab Ahli Sunnah Waljemaah. Di samping menentang amalan
bidaah, imam-imam besar itu tidak mendorong kaum Muslimin supaya
bertaklid kepada mazhab aliran masing-masing tanpa mengetahui nas yang
diambilnya untuk merumuskan sesuatu fatwa. Sebaliknya, Imam Abu Hanafiah
menasihatkan para pengikutnya supaya mendak pendapatnya jika ada nas
dalam al-Quran & Sunnah Rasul tang berlawanan dengan mazhabnya. Oleh itu,
kelahiran mazhab adalah selaras dengan arus perkembangan manusia dan alam
sekitarnya. Malah kerana itulah Rasulullah s.a.w bersabda:

Perselisihan dalam kalangan umatku adalah suatu rahmat.


Hanya bila perselisihan daripada berbagai azhab itu disalah tafsir atau
dipesongkan, barulah ia membawa mudarat hingga mengancam perpaduan
ummah.
Nama asal: Al-Nukman Bin Ihabit

Dalam Bahasa Parsi, Hanifah bermaksud tinta atau dakwat


PENGASAS KAEDAH QIAS

Imam Abu Hanafiah merupakan ulama besar yang pertama mengasaskan


kaedah Qias dalam ilmu fikah dan diterima menjadi salah satu dasar hukum
dalam Islam. Para murid yang terkenal alim dalam ilmu fikah ialah Abu Yusuf
Ya’akub Al-Ansari yang dilantik menjadi kadi atau hakim dalam zaman khalifah
Al-Mandi dan Al-Hadi. Para muridnya menghasilkan banyak kitab karangan
bagi mengembangkan mazhab guru dan imam mereka. Antara muridnya ialah
Abu Yusuf Al-Ansari, Al-Huzail dan Al-Hasan bin Zaid.

Ilmu fikah dikenal dengan panggilan Mazhab Hanafi dan merumuskan


pendapatnya dengan tuntutan masyarakat pada zamanya berdasarkan Al-
Quran, Hadis Ijmak, Qias dan Istihsan.

Beliau bebas menggunakan fikiran atau ijtihadnya sendiri dan sebab itulah
beliau dianggap sebagai ulama pertama menggunakan kaedah Qias sepenuhnya.
Beliau membuat rumusan sendira dan tidak menyalin pendapat ulama lain yang
dipanggil tabiin sebaliknya beliau menyaring, membahas dan berunding dengan
para tabiin.

Perbezaan Pendapat:

Dalam membuat rumusan hukum beliau berbeza dengan ulama tabiin lain.
Beliau berkata “Saya berijtihad sepertimereka berijtihad dan berpegang pada
kebenaran yang saya dapati seperti mereka juga”.

Imam Abu Hanafiah menyebat tentang beberapa ulama tabiin. “Mereka ialah
satu kaum yang berijtihad, maka saya pun berijtihad seperti mereka berijtihad”
Dalam merumuskan hukum dalam masalah fikah, beliau berpegang teguh pada
dalil dan keterangan dalam al-Quran dahulu sebelum hadis.

(1) Bila tidak terdapat keterangan dalam al-Qurandan hadis, beliau


membuat perbandingan di antara pendapat para sahabat Rasulullah
dan memilih yang sesuai dengan pendapat dan fikiran beliau. Maka
ditentukan secara pasti bahawa pendapat salah seorang Imam Besar
yang empat (Abu Hanafiah, Malik, Al-Shafie dan Ahmad Bin Harbal)
dalam masalah fikah semuanya benar. Ini menyebabkan fikiranya
secara bebas berbanding imam lain.

Beliau sering disifatkan sebagai salah seorang pelopor Ahli Rahyi (Ahli Fikir)
dalam Islam. Beliau merupakan imam mujtahid yang pertama menggunakan
kaedah Qias manakala tiada nas-nas yang jelas daripada al-Quran dan hadis
Rasul mengenai masalah yang timbul pada zamanya. Aliran mazhab Imam Abu
Hanifah lebih longgar sedikit daripada aliran mazhab imam lain.

Berikut beberapa contoh dalam aliran mazhab Imam Abu Hanifah yang
dianggap lebih longgar daripada pendapat para imam yang lain mengenai
masalah yang sama.

(1) Dari segi kebersihan


Dalam hukum mencuci kain atau pakaian yang terkene najis, Abu Hanifah
membolehkan penggunaan air mawar, cuka atau sebagainya, asalkan
pencuci itu cair dan tidak bercampur dengan sebarang zat lain yang tidak
najis.

(2) Dalam soal ibadat


Hukum mengenai haluan kiblat solat pada malam yang gelap pekat atas
pada masa atau di mana terlalu sukar untuk memastikan arah kiblat yang
tepat. Abu Hanifah berpendapat sah sembayang sekalipun tidak menuju
kiblat yang betul dengan syarat sudah berusaha mencari arah kiblat.

(3) Dalam urusan zakat


Wajib zakat daripada emas dan perak, tetapi Abu Hanifah berpendapat
tidak wajib zakat orang yang berhutang.

(4) Islam kanak-kanak


Kanak-kanak yang belum akil (belum baligh) diterima pengakuan
islamnya. Pengkuan kanak-kanak seperti itu dihukumkan sempurna sama
seperti pengakuan orang dewasa.
(5) Harta anak yatim
Orang yang menerima wasiat supaya menjaga harta anak yatim
dibolehkan menjalankan perniagaan dengan menggunakan harta anak
yatim itu.

(6) Soal pasangan hidup


Anak perempuan yang sudah sampai umur baligh dibolehkan mencari
pasangan hidupnya tanpa kebenaran wali. Jika dia dikahwinkan secara
paksa hukumnya tidak sah jika ia menolak.

(7) Saksi bagi upacara nikah


Seorang lelaki sahaja dihukumkan sah manjadi saksi dalam acara nikah.
Untuk menganti lelaki itu, dua orang perempuan dihukumkan sah
menjadi saksi dalam akud nikah.

(8) Kuasa di tangan pemerintah


Pemerintah dan ketua-ketua Negara berhak untuk menguruskan kekayaan
Negara seperti tanah dan sebagainya untuk kepentingan umum.
Pemarintah berhak membuka tanah dan membahagikan tanah kepada
rakyat untuk dikerjakan. Pemerintah berhak member hadiah atau ganjaran
kepada para pejuang atau pasukan keselamatan yang bertugas
mempertahankan keselamatan negara.

ILMU PERIBADINYA

Abu Hanifah sentiasa dipengaruhi oleh pergorakan politik dalam negeri.


Sebahagian daripada fikiran dan pandangannya tidak jauh berkesan daripada
soal politik pemerintahan.

Beliau secara terus terang tidak menyetujui corak pemerintahan yang


dilaksanakan pada zamanya, kerana menurut beliau, jawatan khalifah tidak
harus dipusakai oleh keturunan khalifah dan tidak pula disandang berdasarkan
wasiat. Jawatan khalifah juga tidak boleh diisi secara paksa tetapi hendaklah
melalui perjanjian atau bawah bebas.
Beliau menasihatkan murid-muridnya supaya jangan kerap mendampingi
raja walaupun belaiu berpendapat bahawa raja-raja (khalifah) memang wajib
ditaati kerana raja-raja biasanya akan membuat beberapa tuntutan.

“Jika engkau terlalu patuh kepadanya, engkau akan menjadi hina dan sebaliknya
jika engkau tidak patuh patuh atau menolak tuntutannya mereka akan mencela
dan mungkin menyakiti engkau.”

Imam Abu Hanifah amat mengasihi dan memuliakan orang yang sentiasa
mencari dan mendalami ilmu pengetahuan kerana beliau cinta pada ilmu.
Katanya, usaha mencari ilmu adalah satu jihad yang khusus dan tidak boleh
dicampur dengan usaha mencari harta. Kesungguhan mencari harta
menyebabkan seseorang leka dengan kekayaan dunia yang membawa keinginan
kepada hiburan dan kecantikan wanita.

Beliau menasihati murid-muridnya supaya jangan berhenti menuntut ilmu


kerana orang yang berhenti mencari ilmu akan hilang takwanya dn hidupnya
akan menjadi sempit.

FIRMAN ALLAH: “SIAPA YANG BERPALING DARIPADA MENGINGATI


ALLAH (dengan mencari ilmu agama) NESCAYA KEHIDUPANNYA AKAN
MENJADI SEMPIT.”

Imam abu Hanifah amat memuliakan ilmu dan sering menasihati murid-
muridnya supaya selalu meminta maaf kepada guru dan kepada siapa yang
menyampaikan ilmu pengetahuan. Beliau menggesa mereka supaya gemar
menziarahi kubur para guru dan kuburan orang-orang yang dimuliakan oleh
Allah kerana agamanya.

Imam Abu Hanifah dipandang tinggi dan dihormati oleh imam-imam besar
yang lain dan menyifatkan beliau sebagai bapa dalam ilmu fikah.

Sebenarnya Abu Hanifsh tidak gemar dan tidak tidak terpedaya pada orang
yang terlalu menghormatnya atau menghargainya kerana sedar ia dating
daripada penyokong dan pengikutnya sendiri sebagai tindak balas kepada
orang-orang yang mencelanya.

Kebanyakan orang mencela abu Hanifah kerana beliau dianggap terlalu bebas
menggunakan fikirannya hingga didakwa mamperkecilkan hadis.
MEMELIHARA DIRI

Abu Hanifah:

-berperawakan sederhana

-tidak tinggi dan tidak rendah

-kulit tubuhnya hitam kemerahan

-susuk badannya segak

-menjaga kebersihan dan keadaan pakaiannya

-gemar memakai pakaian bau-bauan

-tidak merasa megah atau merasa dirinya melebihi orang lain

-alim yang sangat waraf

-memelihara makanan

-pemurah

KETAJAMAN OTAKNYA

Abu Hanifah mempunyai fikiran tajam dan bijak dalam perdebatan.

Contoh: Ketika Abu Hanifah berjalan dengan Kadi (hakim) Kufah,

Muhammad bin Abdul Rahman dipinggir sebuah taman, mereka

melihat beberapa orang wanita sedang menari dan menyanyi. Bila

wanita-wanita itu melihat mereka dating, mereka berhenti menyanyi.

Lalu Abu Hanifah berkata: ”Sungguh baik!”

Beberapa hari kemudian beliau dipanggil untuk menjadi saksi tetapi kadi

tidak menerimanya kerana beliau pernah memuji kumpulan wanita yang


melakukan maksiat (menyanyi).

Abu Hannifah bertanya: “Ingatkah tuan bila saya memuji mereka?

Apakah saya memuji mereka ketika mereka menyanyi atau ketika

Mereka sudah berhenti?

Tuan Kadi menjawab: “sesudah mereka berhenti.”

Lalu Abu Hanifah berkata: “Allah maha besar menyaksikan saya memuji

mereka kerana mereka berhenti menyanyi dan bukan saya memuji

mereka atas nyanyian mereka itu. Apakah perbuatan saya itu

menjadikan saya tidak layak menjadi saksi?”

Akhirnya Abu Hanifah diterima menjadi saksi perbicaraan itu. Dan sejak itu
kadi Kufah sangat berhati-hati ketika bercakap dengan Abu Hanifah.

MENDAMPINGI AL-QURAN

-menghabiskan banyak masanya menbaca Quran

-mengulang membaca dan mengkaji isi Quran setiap hari

-menghormati al-Quran dan menghayatinya

-al-Quran menjadi sumber ilmunya dan petunjuk yang memimpin seluruh

hidupnya

-dikatakan bahawa: *wafat di dalam penjara pada saat beliau sedang membaca

Quran

*beliau tahu ajalnya akan sampai dan wafat ketika sedang

sujud dalam sembayang

You might also like