You are on page 1of 22

Pengurusan Rekod Perkembangan Dan Pencapaian

Kanak-Kanak Dalam Domain Kognitif, Afektif Dan


Psikomotor.

Merekod
Merekod didefinasikan sebagai satu aktiviti mencatat maklumat secara bersistem
berkaitan perkembangan kebolehan, kemajuan dan pencapaian. Merekod melibatkan 3
asas teknik merekod iaitu:-
• Yang menghuraikan
– (running rekod, rekod anekdot)
• Yang mengira masa & menghitung jumlah
– (event sampling, senarai semak)
• Kesimpulan, pertimbangan utk gambarkan sesuatu.
– (skala kadar)

Memilih rekod yang sesuai adalah perlu supaya rekod yang disimpan mempunyai ciri-ciri
yang menepati kriteria penilaian yang akan dibuat ke atas rekod. Sesuatu rekod perlu
mempertimbangkan perkara berikut sebelum melakukan rekod ke atas tingkah laku murid
iaitu:-
• Tujuan
• Aspek
• Perincian
• Pertimbangan yang praktikal

1
Kaedah Merekod
 Naratif / cerita
• Rekod anekdot
− Rekod anekdot adalah rekod mengenai satu sahaja peristiwa. Ia
merupakan satu catatan ringkas yang merekod tentang satu
kejadian atau tingkahlaku yang penting sahaja. Rekod anekdot
menerangkan secara fakta dimana, bagaimana, bila, apa, dan siapa
seara objektif sesuatu kejadian yang berlaku. Guru boleh
menerangkan peristiwa, tingkah laku atau insiden dengan
perkataan atau menggunakan gambar. Oleh itu guru perlu sediakan
buku kecil atau helaian kertas dan diletakkan pada tempat yang
mudah dicapai. Maklumat yang perlu ada dalam rekod ialah nama
kanak-kanak, tarikh, masa, tempat, peristiwa yang berlaku, ulasan
guru dan cadangan atau tindakan guru. Guru dapat mengambil
tindakan susulan yang sesuai supaya dapat membantu murid
tersebut.
− Kebaikan rekod anekdot
• Tidak memerlukan latihan
• Terbuka (boleh tulis apa sahaja)
• Mencatat kejadian yang tidak diduga
• Mencatat tingkah laku yang diperlukan
− Keburukan rekod anekdot
• Tidak mempunyai gambaran lengkap
• Bergantung kepada ingatan pemerhati
• Sukar dianalisa

2
• Rekod berterusan / running record
− Rekod berterusan adalah satu catatan terperinci tentang kejadian
mengikut urutan masa. Lazimnya urutan masa yang ditetapkan
ialah dalam 5 hingga 10 minit. Catatan rekod jenis ini diulang
beberapa kali sehari dan dicatat secara berterusan.
− Kebaikan rekod berterusan
• Memberi makna yang besar bagi kanak-kanak.
Kemampuan dan kejayaan akan meninggikan azam,
kepercayaan diri sendiri dan pandangan diri sendiri.
• Bagi ibu bapa dan guru, dapat mengelakkan bahaya dan
kerendahan daya penggerak. Harapan dan pendangan
terhadap kanak-kanak adalah positif.
• Satu rekod yang lengkap dan tidak terhad pada sesuatu
kejadian sahaja.
• Rekod ini terbuka dan guru boleh mencatat apa sahaja yang
dilihat.
• Pemerhatian tidak perlu mempunyai skill pemerhatian yang
khusus.
− Keburukan rekod berterusan
• Memerlukan masa yang banyak
• Susah merekod semua kejadian secara terperinci
• Sukar untuk merekod pemerhatian secara kumpulan
• Pemerhati hendaklah menjauhkan diri dari kanak-kanak
semasa membuat pemerhatian.

• Specimen rekod
− Rekod jenis ini lebih terperinci dariada rekod berterusan. Rekod ini
merekod tingkahlaku secara menyeluruh tetapi tidak mempunyai

3
tempoh masa. Kebaikan dan keburukan rekod specimen adalah
seperti rekod berterusan.

 Time sampling
• Merekod kekerapan tingkah laku dalam masa yang ditetapkan. Tingkah
laku yang direkod adalah nyata dan kerap berlaku.
• Kebaikan time sampling
• Menjimatkan masa
• Lebih terkawal
• Mengumpul mengenai beberapa kanak-kanak atau jenis tingkah
laku maklumat tentang jangka masa tingkahlaku berlaku.
• Keburukan time sampling
• Mrekod tingkahlaku yang ditetapkan. Kemungkinan tertinggal
merekod tingkah laku yang berguna.
 Event sampling
• Satu catatan ringkas tentang keadaan sebelum dan selepas satu tingkah
laku berlaku.
• Kebaikan event sampling
• Mudah dianalisa
• Lebih objektif
• Merekod kekerapan tingkah laku
• Keburukan event sampling
• Tertutup
• Merekod secara khusus sahaja
• Kurang lengkap

 Skala kadar
• Merekod kadar seseorang kanak-kanak itu melakukan sesuatu tingkah laku
• Sesuai untuk mengkajikanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang
sama pada masa yang sama.
• Kebaikan

4
• Mudah dan menjimatkan masa
• Beberapa tingkah laku yang melibatkan beberapa orang dalam satu
masa dapat direkod
• Mudah untuk memberi skor.
• Keburukan
• Tertutup kerana merekod tingkah laku khusus sahaja
• Menunjukkan tingkah laku positif dan negatif.
• Sukar membezakan point dalam skala.

 Senarai semak
• Satu senarai perkembangan atau tingkahlaku disusun mengikut urutan
perkembangan atau logik. Pemerhati akan menandakan tingkah laku yang
dapat diperhatikan pada senarai semak.
• Kebaikan
• Banyak maklumat boleh direkod
• Tidakperlu dilengkapkan dalam sehari
• Boleh digunakan oleh sesiapa
• Keburukan
• Item senaraisemak terhad, perlu ditafsir berhati, hati
• Kurang maklumat tentang kekerapan, jangka masa dan keterangan
tentang tingkah laku.

5
Pemerhatian

Temuduga Berstruktur
Temuduga ini boleh dilaksanakan semasa kanak-kanak menjalankan aktiviti. Perkara-
perkara yang perlu diberi perhatian semasa temuduga ialah :
 ketekalan
Adakah kanak-kanak memberi jawapan yang sama untuk soalan yang sama pada
masa yang berlainan?
 ketepatan
Adakah kanak-kanak menjawab dengan betul?
 kejelasan
Adakah respon kanak-kanak jelas dan boleh diterima?
 lengkap
Adakah respon lengkap? Berapa banyak aspek sesuatu konsep dilengkapi? Berapa
banyak maklumat yang diberikan?

Rekod Kerja dan Portfolio


Rekod kerja dan portfolio dikumpulkan dan menjadi sumber maklumat kemajuan
kanak-kanak, kekuatan, kelemahan, konsep dan kemahiran yang mereka ketahui dan
kuasai. Kanak-kanak mempunyai sampul matematik, membaca, sains dan lain-lain.
Setiap bahan perlu ada tarikh kerja dijalankan dan catatan berkenaan bagaimana ia
dilaksanakan.Beberapa bahan yang termasuk dalam portfolio ialah:

 hasil lukisan, mewarna, lakaran dan lain-lain.


 gambar kanak-kanak sedang membuat kerja, projek tertentu.
 nota ataupun komen daripada temuduga kanak-kanak.
 kaset yang mengandungi aktivitikanak-kanak bercerita, membaca puisi ataupun
peristiwa tertentu.

6
 video kanak-kanak.
 carta pertumbuhan kanak-kanak.
 senarai semak.
 ujian standard
 maklumat pemerhatian

Ujian Standard
Ujian standard dijalankan mengikut arahan dan masa tertentu. Penyeliaan perlu dilakukan
dengan teliti. Markah dan purata digunakan dalam ujian ini misalnya, guru membentuk
soalan untuk ujian matematik.Ujian ini digunakan bagi mengenalpasti kebolehan kanak-
kanak ataupun bagi menentukan kumpulan pemulihan. Markah daripada ujian ini perlu
disokong oleh penilaian lain.

Kad Kemajuan
Pada peringkat prasekolah, kad kemajuan tidak diperlukan sangat. Kad kemajuan boleh
dalam bentuk bertulis, bukan markah atau gred. Gred atau markah tidak membawa makna
kepada ibu bapa. Kad kemajuan boleh disokong dengan perbincangan bersama ibu bapa.
Kad kemajuan perlu disertakan dengan dengan folio untuk dibawa pulang oleh kanak-
kanak.

Pemeringkatan
Berasaskan kepada pemerhatian yang dibuat dari semasa ke semasa ke atas kanak-kanak.
Asas untuk menyatakan sama ada kanak-kanak telah atau belum lagi mencapai matlamat
yang dikehendaki daripadanya.

Hasil Kerja Murid


Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak dalam proses pembelajaran
dihasilkan dalam bentuk lukisan, tulisan, cetakan komputer ataupun kerja tangan. Ada
sesetengah guru memberi dalam bentuk projek dan hasil kerja murid pula dikumpul
dalam bentuk buku skrap atau laporan. Melalui hasil kerja murid guru dapat menilai
beberapa sikap seperti usaha, kesungguhan, kreativiti, kekemasan, ketelitian dan

7
keyakinan murid. Setiap hasil kerja murid hendaklah ditulis nama, tarikh dan ulasan
ringkas guru. Perkembangan serta perubahan tidak memuaskan, guru boleh berusaha
membantu murid tersebut. Setiap murid yang menghadiri tadika perlu mempunyai satu
rekod profil. Rekod ini terdiri daripada maklumat peribadi murid yang mengandungi
maklumat diri, keluarga, kesihatan dan fizikal, rekod kemajuan perkembangan dan
himpunan hasil kerja murid.

TAHAP-TAHAP TAKSONOMI

KOGNITIF

PEMBELAJARAN

AFEKTIF PSIKOMOTOR

Sumber : Falsafah Kebangsaan

Domain Kognitif

Pemerhatian yang dilakukan oleh guru adalah satu cara untuk mengumpul maklumat.
Guru perlu ada kemahiran memerhati serta prihatin pada apa yang berlaku pada setiap
kanak-kanak. Setiap gerak geri, tindak balas serta reaksi yang dilihat dan didengar
semasa murid melakukan aktiviti secara berkumpulan atau individu memberi maklumat
penting berkenaan perkembangan murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkodkan

8
secara sistematik supaya perisiannya jelas, tepat dan lengkap. Pemerhatian boleh
direkodkan dengan menggunakan rekod anekdot, rekod pensampelan masa dan senarai
semak.

Merujuk kepada Kurikulum Prasekolah (2003) domain kognitif merangkumi komponen


perkembangan bahasa dan perkembangan kognitf (matematik dan sains). Bagi murid
prasekolah, kemahiran dalam kognitif ini dapat dibahagikan mengikut 3 aras.

Aras Peringkat Contoh


Rendah Pengetahuan Boleh menamakan warna
Sederhana Kefahaman Boleh membezakan warna
Tinggi Aplikasi Boleh mengira (operasi tambah)

Pengetahuan ialah aras paling rendah dan mudah. Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah.
Murid akan mengingat kembali pengetahuan tentang
 istilah
 spesifik
 fakta
 kaedah atau prosedur
 konsep asas
 prinsip
 konvensi
 trenda dan aturan
 pengelasan
 kriteria
 prinsip atau generalisasi
 teori dan struktur

Kata tugasan yang digunakan untuk menggambarkan tingkah laku seperti


mendefinisikan, menghuraikan, mengenalpasti, memadan, memilih, menyatakan dan
membuat garis kasar.

9
Kefahaman ialah kebolehan untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada
satu bentuk yang lain. Kefahaman dibahagikan kepada 3 kemahiran kognitif iaitu
penterjemahan, interprestasi dan ekstra-polasi.

 Penterjemahan ialah kebolehan menyatakan sesuatu konsep yang


diketahui dengan menggunakan perkataan , simbol yang lain. Contohnya
menterjemahkan secara literal dari satu bahasa kepada bahasa lain,
membaca al-quran atau membaca skor muzik.
 Interprestasi ialah kebolehan menghubungkaitkan bahagian-bahagian
dalam satu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau
grafik) dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Contohnya
menyatakan satu pernyataan, peristiwa atau konsep dengan menggunakan
olahan bahasa sendiri atau menginterprestasi graf, carta, peta, jadual,
kartun ke bentuk verbal dan sebaliknya.
 Ekstrapolasi ialah kemahiran yang melibatkan interprestasi tetapi ianya
melampui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi berkenaan.
Kemahiran ini menghasilkan ramalan, infrens atau anggaran berdasarkan
pemerhatian, pengalaman, coral, trenda atau suatu urutan berkala misalnya
membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian, pengetahuan dan
pengalaman.

Kata tugasan untuk mengukur objektif khusus seperti ini antaranya ialah menukarkan,
mengubahkan, membezakan, menerangkan, memberi contoh, merumuskan dan menulis
semula dengan perkataan lain dan menyokong.

Aplikasi ialah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru. Objektif umum
yang digunakan seperti menggunakan konsep dan prinsip kepada situasi baru,
menggunakan hukum dan teori kepada kehidupan seharian, menyelesaikan masalah
matematik dan membina carta dan graf.

10
Kata tugasan atau kata kerja yang digunakan ialah mengubah, meramal, meyediakan,
menghitung, membina, menghasilkan, mengubahsuaikan dan menunjukkan cara.

Domain Kogintif dalam Matematik

Setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti
dan kaedah yang diberikan menarik minat mereka. Matematik adalah contoh pemikiran
logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak memerlukan pengalaman, interaksi
sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

Sebagai guru, setiap aktiviti yang dijalankan perlu direkodkan supaya dapat mengetahui
perkembangan murid dari masa ke semasa. Pendekatan yang dapat digunakan dalam
pembelajaran matematik kanak-kanak adalah berbentuk hafalan, aktiviti bimbingan serta
menerusi permainan. Antara komponen yang terdapat dalam pembelajaran awal
matematik adalah seperti berikut:
 Pengelasan objek
 Seriasi
 Padanan satu dengan objek
 Konsep nombor
 Operasi nombor
 Pengukuran
 Konsep masa

Pengenalan konsep nombor dan penggunaannya perlu disertakan dengan aktiviti yang
berkaitan bagi mengukuhkan pengalaman. Apabila kanak-kanak didedahkan dengan
pengalaman awal dalam pengenalan nombor (membilang dan memadan simbol dengan
objek), dan operasi nombor, iaitu konsep tambah dan tolak, barulah kanak-kanak boleh
didedahkan kepada pembelajaran matematik yang lebih abstrak seperti pengukuran masa,
wang dan ruang.

11
Domain Kogintif dalam Sains

Pengalaman sains dapat membantu kanak-kanak mengenali dan memahami


persekitarannya. Secara semula jadi kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.
Maka mereka perlu diberikan peluang, galakan dan masa bagi memenuhi keperluan
mindanya. Pada peringkat awal pengajaran sains, guru menyediakan peluang
pembelajaran sains dengan cara:
 Menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai.
 Menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba-cuba, menanya soalan dan
menyelesaikan masalah.
 Mendapat pembelajaran melalui pengalaman.
 Mengubah suai dan membuat perkaitan antara sesuatu dengan sebab musabab.
 Membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.
 Mengaitkan pengalaman sebenar dengan konsep seperti ‘memasak air sehingga
cerek berbunyi’ dikaitkan dengan konsep ‘air mendidih’.

Domain Psikomotor

Komponen yang berkaitan dengan domain psikomotor ini adalah komponen fizikal dan
komponen kreativiti seni dan estetika. Perkembangan fizikal adalah satu aspek penting
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak yang optimum dapat
membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat, pembentukan kendiri yang
positif dan keyakinan diri. Penguasaan psikomotor yang baik amat penting bagi
membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis.

12
Menurut Foster dan Headley (1966), Widmen (1970) dan Barbour serta Seafeld
(1998) guru boleh membantu kanak-kanak mencapai kesejahteraan fizikal dengan
membantu mereka membina kawalan motor kasar dam motor halus membentuk amalan
kesihatan yang baik, membina sikap yang baik terhadap tubuh badan dan fungsinya,
mempraktikkan prosedur-prosedur keselamatan, mengalami program yang seimbang dari
segi rehat, aktiviti dan rekreasi serta menerima dan memahami ketidakupayaan dalam diri
sendiri dengan orang lain.

Kanak-kanak pada peringkat ini adalah kanak-kanak yang aktif. Pergerakan


anggota mereka menyebabkan keletihan yang cepat. Oleh sebab itu mereka perlu diajar
berehat. Aktiviti perkembangan fizikal dapat membantu meningkatkan kecerdasan,
kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. Aktiviti fizikal juga penting bagi memupuk
kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat. Perkembangan fizikal
menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat,
selamat dan cergas.

Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003 objektif perkembangan kanak-kanak


pada peringkat awal ialah:
1) Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran.
2) Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri
dalam aktiviti fizikal.
3) Mengamalkan cara hidup sihat dan selamat
4) Membina minda sihat dan cergas.
5) Mengamalkan sikap keperihatinan kepada kesihatan anggota diri.

Kemahiran dan kebolehan yang dapat diperhatikan dikategorikan kepada tiga aras iaitu
aras rendah, sederhana dan tinggi. Pada aras rendah peringkat yang boleh dilakukan oleh
kanak-kanak ialah membiasakan diri contohnya seperti memanipulasi alat. Bagi aras
sederhana pula asas kemahiran merupakan peringakat yang perlu kanak-kanak kuasai
contohnya seperti berlatih melakukan kemahiran secara latih tubi manakala pada aras

13
tinggi kanak-kanak telah melalui peringkat perkembangan contohnya seperti mencuba
menghapuskan kesalahan atau mendapat kepantasan.

Kandungan Komponen Perkembangan Fizikal

Matlamat perkembangan fizikal mengikut garis panduan prasekolah kementerian


pendidikan 1993 menekankan tiga aspek iaitu perkembangan psikomotor, kesihatan dan
keselamatan. Aspek psikomotor melibatkan penguasaan kemahiran motor kasar dan
motor halus. Aspek kesihatan melibatkan penjagaan kesihatan diri dan kebersihan
persekitaran manakala aspek kesihatan melibatkan langkah-langkah pengjagaan
keselamatan diri kanak-kanak dari bahaya.

Elkind 1970, berpendapat kanak-kanak prasekolah seronok bermain yang


memberi fasiliti dalam pergerakan dan membenarkan penggunaan tenaga yang maksima.
Bermain adalah cara kehidupan semulajadi kanak-kanak menggunakan kapasitinya untuk
membesar dan mempelajari banyak kemahiran.

Aspek Keselamatan
 Menyedari dan mengenali perlakuan ataupun tindakan yang dapat menyebabkan
kemalangan dan bahaya.
 Mengetahui dan menghindari tempat bahaya
 Mengamalkan langkah keselamatan diri dan orang lain.

Aspek Kesihatan
 Mengetahui pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian
 Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan
 Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan
 Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik
 Berlari ataupun mengayunkan badan, berjalan mengikut muzik dan berhenti
apabila muzik diberhentikan.

14
 Membaling dan menangkap bola.
 Membuat pergerakan seperti haiwan.

Psikomotor Halus
Aktiviti-aktivitiyang melibatkan psikomotor halus adalah:
 Memegang objek menggunakan jari dengan betul.
 Membuat pergerakan anggota badan mengikut arah dengan betul dalam aktiviti
pembelajaran.
 Melakukan koordinasi mata dan tangan dengan baik dalam menyampaikan mesej.
 Bermain jari atau lakonan jari sperti dalam lagu “satu jari” dan lain-lain.
 Bermain dengan plastistin ataupun kertas secara meramas, memicit, mencubit,
merenyuk, menggentel dan lain-lain.
 Memotong dan menampal.
 Melipat, mengoyak ataupun memotong kertas untuk dijadikan benda.
 Menguntai dan mengarang manik ataupun bunga, mencucuk benang pada jarum
besar, mengenakan tali kasut, butang baju dan sebagainya.
 Membentuk corak di atas pasir, tanah, kanji dan sebagainaya.

Psikomotor Kasar
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan psikomotor kasar adalah:
 Melakukan pergerakan fizikal untuk meningkatkan kecergasan.
 Melakukan imbangan postur badan dengan betul.
 Melakukan pergerakan dengan selamat dalam situasi riang.
 Menerangkan cara menjaga kebersihan bahagian badan.
 Mengguna dan menjaga kebersihan tandas.
 Mengamalkan tabiat dan cara makan yang baik untuk kesihatan.
 Menyatakan beberapa penyakit kesan daripada tidak menjaga kebersihan diri atau
persekitaran.
 Berkerjasama antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti dalam kelas dan
luar kelas.

15
Strategi pengajaran dan pembalajaran

Caplan dan Chaplan 1974, mengatakan kanak-kanak juga sepatutnya dibimbing dalam
perkembangan kemahiran-kemahiran progresif untuk kegunaan dan kawalan tubuh
badan. kanak-kanak belajar kawalan tubuh badan melalui permainan aktif seperti berlari,
melompat, menolak, menarik, memanjat, membaling, mengimbang dan bekerjasama
dengan rakan-rakan sebaya. keseronokkan dan kegembiraan adalah sebahagian dari
permainan fizikal dan koordinasi, dan ketangkasan adalah perlu untuk meningkatkan
proses pembelajaran.

Koordinasi motor kasar

Wills dan Lindberg (1967) berpendapat, menekankan mengenai kanak-kanak prasekolah


sepatutnya mengambil bahagian aktif secara fizikal dan dalam aktiviti-aktiviti berirama.
Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang
aktif, pantas dan mencabar. Aktiviti pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh
badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran fizikal serta
dapat meningkatkan keupayaan pergerakannya. Pengalaman yang diperoleh melalui
permainan, tarian serta gerak berirama dan aktiviti gimnastik menjadikan kanak-kanak
seronok apabila mereka dapat menguasai kemahiran tertentu.

Contoh aktiviti motor kasar ialah:


 Melompat tali
 Bertenteng
 Mengayuh basikal
 Berenang
 Berjalan mengiring ke depan, ke belakang dan ke tepi.
 Mengimbang pada papan imbangan.

16
Contoh-contoh motor kasar

Koordinasi motor halus

Kemahiran motor halus melibatkan kemahiran menggunakan otot kecil seperti


pergerakan jari serta koordinasi mata dan jari. Antara aktiviti kemahiran motor halus
yang boleh dijalankan ialah:
 Merantai manik.
 Menjahit kad berlubang
 Menconteng lukisan
 Menguli, menggentel dan mencubit doh
 Melipat, mengoyak dan merenyuk kertas

17
 Menggunting kertas, daun dan sebagainya
 Menjentik getah, tutup botol ataupun buah saga
 Melukis gambar

Contoh-contoh motor halus

Nation Association For The Education Of Young Children (1986), menyatakan guru yang
baik akan menyediakan persekitaran yang merangsang, bahan-bahan dan aktiviti yang
mencabar terhadap kanak-kanak untuk membolehkan mereka menggunakan peluang
harian untuk menggunakan motor kasar untuk berlari, melompat dan mengimbang.

18
Guru merancang aktiviti luar untuk membina dan mengembangkan kemahiran-
kemahiran motor kasar, belajar mengenai persekitaran mereka dan melahirkan perasaan
mereka secara bebas. kanak-kanak juga boleh mengasah kemahiran motor halus malalui
aktiviti main seperti melukis, mewarna, meramas, menggunting, puzzle dan memicit.

Kreativiti berdasarkan lukisan


Bustam Kamri 2004, menyatakan kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada
penghasilannya. Perkembangan kreativiti berbeza mengikut tahap umur kanak-
kanak.Contoh lukisan adalah seperti:

 3 hingga 4 tahun
 berbentuk titik-titik
 garisan

 4 hingga 5 tahun
 pangkah
 gelombang
 bulatan spring
 zig zag
 bintang

 5 hingga 6 tahun
 bulatan
 kolam
 orang lidi
 wajah matahari
 lukis ayah
 lukis adik

19
Domain Afektif

Domain afektif ialah bidang yang berkait rapat dengan perasaan, emosi, sikap dan
tingkah laku. Afektif dan unsur emosi saling berkait rapat. Perubahan fisiologi terhadap
ransangan yang ditanggapkan ini dikenali sebagai kebangkitan emosi. Emosi memainkan
peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami
seseorang mendatangkan rasa senang dan sesetengahnya pula mendatangkan rasa
sebaliknya. Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang ingin dicapai seseorang.
Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu menyenangkan, mereka akan merasa
terdorong untuk mencapai matlamat itu. Emosi menambah keseronokan kepada
pengalaman kanak-kanak sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberi
makna kepada bentuk tindakan yang akan diambil. Emosi juga mempengaruhi persepsi
dan tingkah laku seseorang terhadap orang lain dan juga terhadap alam sekelilingnya.
Seterusnya emosi menentukan corak penyesuaian yang akan diambil dalam sesebuah
kehidupan.

Afektif mempunyai 5 hirarki iaitu:-


1) Penerimaan
– Tunjuk sejauhmana penerimaan murid terhadap apa yang disampaikan oleh
guru.

2) Gerak balas
– Respon terhadap sesuatu perkara seperti menyoal, menjawab, membuat dan
menulis

3) Menghargai nilai
− Ditunjukkan melalui minat terhadap pelajaran dan sanggup bekerjasama dgn.
rakan sebaya serta guru.

4) Organisasi
− Menghubungkan nilai-nilai yang diterima ke dalam situasi lain.

20
5) Perwatakan
− Tingkah laku terkawal serta pembentukan peribadi berdasarkan kepecayaan
dan sikap terhadap sesuatu perkara.

Afektif mendorong kanak-kanak :-


• Mengenalpasti perasaan diri hasil daripada penglibatan dalam aktiviti fizikal.
• Dapat mengawal perasaan ketika kalah, menang, atau bertelagah.
• Menghargai persamaan dan perbezaan melakukan aktiviti fizikal.
• Merasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
• Merayakan kejayaan & pencapaian diri sendiri serta orang lain.
• Berlatih di rumah untuk keseronokan & faedah senaman.

Kesimpulan
Pengurusan rekod perkembangan dan pencapaian kanak-kanak dalam domain kognitif,
afektif dan psikomotor merupakan satu perkembangan dan tingkah laku murid yang perlu
direkod dan disediakan dengan tepat dan jelas. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru
adalah satu cara untuk mengumpul maklumat.Guru perlu ada kemahiran memerhati serta
prihatin pada apa yang berlaku pada setiap kanak-kanak. Setiap gerak geri,tindak balas
serta reaksi yang dilihat dan didengar semasa murid melakukan aktiviti secara
berkumpulan atau pun individu memberi maklumat penting berkenaan perkembangan
murid itu. Gambaran ini kemudiannya direkod secara sistematik supaya perisiannya
jelas,tepat dan lengkap.

21
BIBILIOGRAFI

Bhasah bin Hj. Abu Bakar


Pengujian, Pengukuran, Dan Penilaian Pendidikan, 2006, Kuala Lumpur

Dr.Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah 2003. Panduan Pendidikan Prasekolah.
Bentong, Pahang, PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd.

Prof. Madya Dr.Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad 2004. Panduan
Kurikulum Prasekolah. Bentong, Pahang, PTS Publications & Distributor
Sdn.Bhd.

Ramlah Jantan, Mahani Rzali,


Psikologi Pendidikan – Pendidikan kontemporari. Edisi Revisi. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

http://www.yahoo.com/asssessment.html
http://www.kardelenanaokulu01.sitemynet.com
http://www.irmak.k12.tr

22

You might also like